Showing posts with label green tea. Show all posts
Showing posts with label green tea. Show all posts

Ada Apa Dengan Day Day Jasmine Green Tea?


Ini kes tersilap beli ketika singgah di Pekan Balingian dalam perjalanan balik dari kampung Mrs. Ijau cuti CNY beberapa minggu lepas. Yakin yang aku ambil dari peti sejuk itu adalah teh hijau jasmin jenama Drinho, bila letak di kaunter ketika ingin membayar baru perasan ia jenama lain.

Buatan Yoke Food Industries Sdn. Bhd. Senai, Johor. Berharga sekitar RM1.80-2.00 untuk tin berisipadu 300 ml ini. Serius, warna dan grafiknya memang seakan-akan Drinho lama (gelombang air menitis) dan baharu (daun-daun teh), rasanya pun hampir-hampir sama. Adakah Day Day me"kejuruteraan-terbalik"kan (reversed engineered) teh hijau jasmin Drinho?

Setakat ini aku belum jumpa lagi di Bintulu.

_____
AADI: Selamat berbulan Februari.

Ada Apa Dengan Pokka Teazzle?


Mungkin ini produk terbaharu daripada Pokka sebab aku tak pernah tengok sebelum ini. Ia sejenis minuman campuran teh dan jus ditambah dengan karbonat. Terdapat dua perisa setakat ini, aku memilih perisa pic (peach) untuk permulaan.

Buatan Pokka Pte. Ltd. Singapura, harganya sekitar RM2.00+ untuk setin berisipadu 325 ml. Katanya tanpa pemanis tambahan, tapi bagi lidah *40+ tahun aku ia masih terasa manis. Minuman begini sudah tidak sesuai untuk aku, aku lebih selesa dengan minuman jenis teh hijau, teh hijau melati atau teh lemon.

_____
AADI: *Tapi Cola boleh pula, haih~

Ada Apa Dengan Pokka Peach Oolong Tea?


Teh oolong (oolong tea) agak berbeza dengan teh hijau atau teh hitam, tapi kalau dah biasa minum teh pekat tak kisahlah hijau atau hitam, meneguk teh oolong memang tiada masalah.

Pernah nampak perisa original (tanpa gula) tapi tak ter... bila jumpa berperisa pic (peach) dan kurang gula (masih ada manis sikit) terus dibeli untuk entri AADI. Buatan Pokka Singapura dengan harga RM2.80 di pasar raya F untuk sebotol berisi pada 500 ml.

Rasa teh oolongnya agak pekat, jika tidak biasa meneguk teh hijau Jepun, memang susah nak lepas tekak. Tapi dengan rasa dan aroma pic tadi sedikit sebanyak membantu. Kalau ia manis lagi, aku rasa mungkin lebih seronok menikmatinya. Tapi sudah bertentangan dengan tujuan meminum teh oolong itu sendiri.

_____
AADI: Selamat menyambut Pesta Menuai dan Gawai Dayak untuk warga Borneo.

Ada Apa Dengan O'Cha Jasmine Green Tea?


Terjumpa minuman teh hijau melati berjenama O'Cha dalam mesin vending lot parkir pusat membeli belah S. Berharga RM2.00+ untuk setin berisipadu 300 ml.

Buatan Singapura oleh JJ Drinks Manufacturing Pte. Ltd. Diimport oleh JJ Drinks Marketing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rasanya sama seperti teh hijau melati yang lain, cukup kelat, cukup manis dan cukup harum bunga melati. Namun selepas ini ia bukanlah pilihan utama jika ada teh hijau melati jenama Pokka, Heaven And Earth atau Drinho.

_____
AADI: Apa maksud O'Cha?

Ada Apa Dengan Heaven And Eearth Lemongrass Green Tea?


Entri AADI pertama selepas Heaven And Earth berubah wajah (facelift), kalau botol/tin wajah lama boleh singgah sini, sini dan sini.

Ini aku rasa antara perisa yang terbaharu Heaven And Earth, teh hijau berperisa lemon dan serai (lemongrass). Tapi sayang, rasa serainya tidaklah begitu ketara kerana rasa lemon lebih menonjol.

Minuman begini walaupun memiliki logo pilihan lebih sihat, tetapi lidah 40-an akan merasakan ia masih manis yang amat.

_____
AADI: Selamat tinggal Januari.

Ada Apa Dengan Pokka Japanese Green Tea? (Part 2)


Aku rasa versi tin ini tak jauh beza dengan versi botol 500 ml yang dibuatkan entri hampir tujuh tahun lepas walaupun labelnya berbeza (facelifted?).

Buatan Pokka Singapura dengan harga RM1.20 untuk tin berisipadu 300 ml. Rasa teh hijaunya memang pekat, tawar tanpa gula, tak ada perisa/bau jasmine seperti teh hijau jasmin Pokka.

Bila dah berumur *pertengahan hidup, terapi makanan dan minuman kurang atau tanpa gula sebegini terpaksa dijadikan kebiasaan. Meneguk teh hijau Jepun ini sekarang agak rileks berbanding tujuh tahun lepas.

_____
AADI: *Teringin nak cover lagu ni.

Ada Apa Dengan Aik Cheong Matcha Latte?


Terjumpa pula perisa unik Aik Cheong iaitu matcha latte dengan nata de coco. Warna hijaunya otomatik menarik perhatianku.

Ia bukanlah minuman kopi bancuh, tetapi lebih kepada matcha (sejenis teh hijau) bertenusu (hence, latte).

Ini kali pertama aku menikmati minuman berasaskan matcha secara panas, sebelum ini semua sejuk (ini dan ini). Rasa dan aromanya agak unik, seakan cendol panas yang baru diperah keluar acuan, dan dengan tambahan nata de coco membuatkannya lebih kimochi~

_____
AADI: Kegemaran kedua selepas flat white.

Ada Apa Dengan Pokka Premium Matcha Milk Tea?


Pokka lagi hari ini, kalau dua hari lepas dengan entri kopi premium (milk coffee, cappuccino), hari ini entri teh premium Pokka pula - premium matcha milk tea.

Rasa teh susunya sama generik sintetik seperti teh susu botol/tin lain, cuma rasa matcha sedikit sebanyak menutup rasa sintetik tadi. Dan rasa matchanya tidaklah sehanyir rasa matcha dalam minuman matcha Justea matcha latte (rasa sayur petola?).

_____
AADI: Esok entri Pokka lagi?

Ada Apa Dengan Pokka Green Tea Peppermint?


Antara lebihan entri minuman ketika bulan puasa lepas. Ini antara perisa yang boleh dikatakan edisi terhad, kalau aku jumpa memang aku beli.

Kebiasaan teh hijau Pokka adalah berperisa jasmin, edisi ini digantikan dengan pudina. Bagi mereka yang susah nak teguk teh hijau perisa jasmin, mungkin perisa pudina ini lebih mudah. Rasa pudinanya pun taklah sekuat ubat gigi.

_____
AADI: 40th anniversary katanya.

Ada Apa Dengan Lipton Mangga Pandan Green Tea?


Dah beberapa kali aku mencuba minuman ini, tapi baru teringat ia belum pernah dibuatkan entri AADI, yang pernah hanyalah teh hijau perisa lemon ais (yang ada iklan Hugh Jackman tu) lima tahun lepas.


Rasa? Rasa mangga dah ngam, tapi rasa dan bau pandan yang agak lemak dan wangi pula seperti tidak serasi dengan rasa mangga dan teh hijau. Pada pendapat aku, rasa pandan sesuai untuk minuman jenis bertenusu. Tapi, kalau nak minuman teh hijau perisa mangga yang kick, boleh cuba jenama *Heaven & Earth.

_____
AADI: *Aku dah buat entri AADI ke belum ni?

Ada Apa Dengan Goodday Green Tea Milk?


Ini antara entri yang sepatutnya disiarkan waktu bulan puasa, tertangguh dalam draft. Antara sajian untuk sungkei (iftar) dan/atau sahur ialah susu. Amat jarang beli susu berperisa selain strawberi dan coklat. Teringin untuk mencuba susu berperisa teh hijau berjenama Goodday.


Seperti Justea matcha latte, gabungan teh hijau dan susu bukanlah gabungan yang ideal (pendapat peribadi). Agak susah diterima tekak aku walaupun aku penggemar teh hijau dan susu. Dinikmati secara sejuk (berais) supaya senang diterima tekak yang dahaga.

_____
AADI: Pertama dan terakhir.

Ada Apa Dengan Yeo's, Justea? (Part 2)


Kebelakangan ini produk makanan dan minuman yang berasaskan matcha seolah-olah semakin hype. Yeo's Justea juga tidak terlepas daripada hype ini dengan minuman matcha latte.


Minuman teh hijau matcha dengan tambahan susu (atau krimer). Aroma dan rasa matcha agak mentah lebih kurang macam sayur petola(?), agak sukar diterima tekak aku yang jenis tak makan sayur karnivor.

_____
AADI: Tiada kaitan dengan perkataan "macha" (Tamil origin).

Ada Apa Dengan Heaven And Earth Ayataka?


Dah lama teringin mencuba Heaven And Earth perisa Ayataka, tapi sebelum ini agak tidak berbaloi untuk dicuba kerana hype "Japanese green tea, no sugar, no calories". Tapi bila ia mula dilelong separuh harga, maka perasaan untuk mencuba tidak dapat dielakkan.


Teh hijau Jepun, tanpa aroma bunga melati (jasmine) seperti kebanyakan teh hijau lain dan tanpa gula. Bagi mereka yang dah biasa minum teh hijau (seperti tuan tanah), meneguk Ayataka ini mungkin tiada masalah. Tapi bagi mereka yang *baru belajar minum teh hijau, sudah pasti akan terasa sedikit loya, kah kah kah...

Nak sedap lagi, tambah gula, sedikit perahan limau atau lemon, tambah ais, fuh!~

_____
AADI: *Stick to the normal Heaven And Earth.

Ada Apa Dengan Yeo's, Justea?


Dah lama aku minat minuman jenama *Justea ni (produk Yeo's), rasanya sejak awal 2000an kot. Kalau dulu cuma ada dalam versi tin 325 ml, sekarang dah ada opsyen kotak UHT 250 ml, 1 liter dan botol PET 300 ml seperti di bawah.


Cuma kelemahan (mungkin kelebihan bagi orang lain) jenama Justea ni agak manis tehnya. Agak kurang sesuai untuk orang-orang yang nak melangkah masuk umur pertengahan hidup macam aku ni. Nak ok sikit, cairkan dengan nisbah 4:1 atau 3:1.

Entri Mini: Selamat... Thank You! Empat Tahun Lepas


Dah empat tahun dah ye? Nak baca entri lama, boleh klik Part 1, Part 2, Part 3.

Juga boleh baca pengalaman konsert yang sama versi bloggers berikut - Dead Eye Guitars, Metal Brain Asylum, Shafid Prime, Dark Shah dan D'arsil.


Aku bersyukur mereka TIDAK singgah KL semasa tour Januari lepas. Cuma Korea, Hong Kong, China dan Singapura menjadi persinggahan mereka.


Tetapi KL telah "diselamatkan" oleh Abang Mus & Co., yes!

_____
AADI: *Teringat nama awek USM dulu, kah kah kah...

Ada Apa Dengan Cool Tea? (Part 2)


Entri yang terperap dalam draf sejak hujung tahun lepas.


Terjumpa dua perisa baru untuk Mamee Bev Cool Tea - kekwa (chrysanthemum) dan teh hijau. Dijual dengan harga promosi (ketika itu) RM0.98 untuk sebotol 500 ml di pasar raya F.

Rasa? Kalau teh herba perisa teh hijau agak pelik, tapi perisa kekwa boleh diterima. Walau apapun, aku lebih suka perisa asli seperti dalam entri ni.

_____
AADI: Sekarang rajin beli versi 6-pack (tin 325 ml).

Ada Apa Dengan Heaven And Earth Jasmine Green Tea?


Satu daripada teh hijau jasmin (selain jenama Seasons) yang rasanya seakan-akan rasa teh hijau jasmin jenama *Rex.


Walaupun rasa teh hijaunya tak berapa pekat, tapi bau jasminnya agak kuat (harum), boleh jadi aroma terapi sambil minum.

Sesuai menjadi minuman harian, tapi harganya sedikit premium berbanding teh hijau jasmin jenama Pokka dan Drinho kegemaranku...

_____
Ada apa: *Masih belum jumpa teh hijau jasmin jenama Rex di Bintulu.

Ada Apa Dengan Oishi? (Part 5)


Terjumpa satu lagi perisa baru (kot) untuk teh hijau berjenama Oishi, perisa laici... Laici? *Eeeh~* (macam ekspresi mak Gru dalam filem Despicable Me).


Bau laicinya memang kuat, kalau tertumpah memang akan semerbak bau laici. Sekali teguk memang rasa laici akan memonopoli deria rasa anda. Sehinggalah bila dah telan, baru ada terasa kelat-kelat teh hijau, awesome sensation...

Tapi kalau diberi pilihan, aku akan pilih perisa lemon madu.

_____
Ada apa: Kimochi Oishi~

Ada Apa Dengan Heaven And Earth Mango Tea?


Bila tak puas dengan tin 315 ml atau botol 500 ml, beli botol 1.5 liter terus, muahahah~

Abaikan background.
Aku perasan minuman teh hijau berjenama Heaven and Hell Earth ni mempunyai banyak perisa. Dalam banyak-banyak perisa yang ada, perisa teh mangga dan bunga kamomil (chamomile) ni memang mengasyikkan.

Selain teh hijau Pokka, Oishi dan Lipton, Heaven and Earth juga antara jenama minuman teh hijau yang selalu dibeli untuk pemanduan jarak jauh ataupun dekat.

_____
Ada apa: Produk keluaran syarikat Coca-Cola.

Ada Apa Dengan Pokka Green Tea Jasmine?


Pokka ni merupakan satu daripada jenama minuman teh hijau berperisa jasmin kegemaranku selain Drinho. Boleh dikatakan dah jadi minuman rutin harian, pasti akan ada sekurang-kurangnya sekotak Pokka (atau Drinho) dalam peti sejuk di rumah.


Harganya berubah-ubah antara RM1.90 sehingga RM2.80 untuk sekotak 1 liter di pasar raya besar. Kalau kedai runcit biasa, stesen minyak atau premis 24 jam mungkin harganya boleh mencecah RM3.00+

Rasa teh hijau Pokka memang pekat, cukup-cukup manis dan aroma jasminnya pula agak kuat, antara sebab aku suka jenama ni berbanding teh hijau jasmin jenama lain. Bagi mereka yang tak biasa minum teh hijau jasmin, pasti akan terasa sedikit loya disebabkan aroma jasmin yang kuat tadi.

_____
Ada apa: Teh hijau jasmin jenama Rex lagi kaw-kaw~

Wordless Wednesday: Kit Kat Green Tea




_____
Ada apa: Lebih suka Kit Kat asli, atau chunky.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger