Showing posts with label jr. Show all posts
Showing posts with label jr. Show all posts

Jurassic World Evolution (PS4)


Waktu install game Shadow Of The Tomb Raider beberapa minggu lepas, anak autis aku si Ijau Jr. tiba-tiba kata "ayah, nanti belikan saya game Jurassic World Evolution 3". Dia ni memang suka dinosaur sejak kecil, jadi nak juga main game berasaskan dinosaur. Bila aku check, game JWE3 ini kira game baharu rilisan Oktober 2025 hanya untuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S sahaja. Runding-runding suruh mula dengan game pertama dahulu Jurassic World Evolution, sekurang-kurangnya ada untuk PS4.

Ini game yang agak rare, jadi untuk mendapatkan unit baharu format fizikal agak sukar, kalau ada pun harganya masih mahal. Jadi mendapatkan unit terpakai merupakan opsyen seterusnya. Diperolehi di platform Lazada, masih agak mahal untuk sebuah unit terpakai berbanding game mainstream. Juga lambat sampai kerana tak perasan aku terpilih opsyen penghantaran laut.

Tiada sebarang dokumentasi disertakan, hanyalah sekeping cakera seperti standard kebanyakkan game PS4 lain. Jangan tanya aku apa genre dan cara mainnya, aku cuma beli, install dan suruh si Jr. fikir sendiri cara main. Tapi kena gilir-gilirlah dengan ayah yang juga sedang sibuk main Shadow Of The Tomb Raider.

Lain cerita, semenjak Sony main taik, dalam seminggu lepas memang aku main secara offline sahaja. Tidak login ke PlayStation Store/Network seperti yang diboikotkan. Antara game yang "selamat" dimainkan secara offline setakat ini ialah ketiga-tiga game Tomb Raider, Doom 2016, Doom Eternal, Days Gone, Minecraft Heroes dan JWE ini. Akan cuba lagi game lain dalam koleksi aku, adakah boleh dimainkan secara tanpa perlu login?

_____
AADI: "Ayah belilah Nintendo Switch pula, boleh main game Mario" kata si kakak.

Kaiju, Tapioca, Caramel Macchiato!


Pantang ada filem untuk tontonan sekeluarga, pasti anak-anak akan melobi, apatah lagi bila trailer Minions 3: Minions & Monsters mula berlegar dalam media sosial. Franchise Minions dan Despicable Me merupakan kegemaran anak-anak (dan si ayah juga).

Memilih tayangan 11.00 pagi Sabtu dua minggu lepas (11/07/2026) di family friendly hall @ junior TGV Bintulu yang aku rasa lebih selesa berbanding play hall GSC Bintulu.

Agak stand-alone filem kali ini hampir tiada kaitan dengan dua filem Minions sebelumnya. Minions utama dalam filem kali ini pun bukannya Kevin, Stuart dan Bob. Jalan ceritanya pula seperti tiada hala tuju yang nyata, lebih kepada faktor escapism dan jenaka semata-mata dan kami terhibur kerananya, sudah kira berbaloi untuk tontonan sekeluarga...

_____
AADI: Gru, Kyle dan Agnes juga ada buat penampilan semasa kredit.

Mario Galaxy


Kesinambungan filem The Super Mario Bros. Movie tiga tahun lepas, sekali lagi anak-anak aku melobi untuk menonton filem sekuelnya The Super Mario Galaxy Movie di pawagam. Dan menunaikan hajat mereke Sabtu lepas (11/04/2026).

Kali ini memilih family friendly hall TGV Bintulu atas faktor waktu tayangan yang lebih mesra ayah 11.00 am dan harga tiket yang murah sedikit berbanding play hall GSC Bintulu. Seperti filem Papa Zola The Movie: Game On, hanya aku dan anak-anak sahaja yang pergi, Mrs. Ijau tak nak ikut.

Entahlah, aku agak lost dengan plot filem kedua Mario ni. Apa-apa yang melibatkan Bowser agak longgar plotnya. Begitu juga dengan Bowser Jr. yang over-powered dan Yoshi pula agak menjengkelkan. Tapi aku tak kisahlah, dapat tengok anak-anak terhibur sepanjang tayangan terutamanya si autis Jr. pun sudah kira berbaloi untuk tema dad and kids day out.

Selebihnya tak perlulah spoiler sangat.

_____
AADI: Ada cameo Minions(?).

Antara Papa Zola Dan Papa Ijau


Ketiga-tiga anak aku sepakat melobi aku untuk tengok Papa Zola The Movie: Game On sejak ia dirilis minggu lepas. Memilih tayangan 10.05 pagi Sabtu (20/12/2025), seperti biasa Play Hall GSC Bintulu menjadi pilihan jika menonton bersama anak-anak. Tapi kali ini hanya aku dan anak-anak sahaja yang pergi, Mrs. Ijau tak ikut. Memang dad and kids day out lah jadinya, sesuai dengan tajuk filem...

Pada pendapat aku, Monsta Studios terlepas peluang untuk menunjukkan kehebatan sebenar Papa Zola ketika filem kedua BoboiBoy Movie 2 (minit 1:42:29). Sepatutnya ketika ini Papa Zola bertarung secara serius kerana Pipi Zola disakiti, tapi masih "dilawakkan" dengan moniker Papayam.

Tanpa membuka banyak spoiler, aku boleh bagi tiga rumusan untuk filem - Pertama, ia merupakan redemption arc untuk watak Papa Zola setelah "dilawakkan" sepanjang siri/filem BoboiBoy dan "dibuli" anak isteri dalam siri Papa Pipi.

Betul, dalam filem ni ada Bas Mini Wilayah.

Kedua, menceritakan sedikit sebanyak latar belakang (back story) Papa Zola dan Mama Zila sebelum era BoboiBoy (tahun 80/90an? Sebab KL masih ada bas pink). Dan sedikit terungkai misteri bagaimana Papa Zola boleh jadi watak game (yang melawan Raksasa Tidur) dalam musim pertama BoboiBoy.

Ketiga, filem ini seperti ditujukan khas buat mereka yang bergelar ayah. Jika anda seorang ayah atau father figure sesebuah keluarga, pasti akan ada babak yang membuatkan anda mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya terasa sebak di dada.

Jika anda peminat BoboiBoy universe - 10/10.
Jika anda berstatus ayah tapi tak follow BoboiBoy universe - 7/10.
Jika anda peminat BoboiBoy yang berstatus ayah - 11/10 must watch!

Jangan keluar awal, sebab ada dua post-credit scenes (macam Marvel) yang ada kaitan dengan projek filem ketiga BoboiBoy.

_____
AADI: Juga ada cameo BoboiBoy, Gopal, Amato dan geng kedai kopi Tok Aba.

Kraf Lombong


Menunaikan hajat anak autis aku si Junior untuk menonton filem A Minecraft Movie di pawagam. Sejak tahun lepas lagi dia dah bulatkan tarikh rilisan dalam kalendar. Amat jarang dia ajak tengok wayang, kali terakhir layan Polis Evo 3.

Dah alang-alang aku ajak sekeluarga menonton ala family time, sama seperti filem Mario beberapa tahun lepas. Tapi kali ini memilih tayangan 1.30 petang di play hall GSC Bintulu. Kali pertama masuk play hall ini, sedikit berbeza berbanding family friendly hall TGV Bintulu yang mana playground di luar dewan, manakala GSC ini di dalam dewan betul-betul bawah layar skrin.

Junior dan adiknya si Arlo seperti budak-budak lain di dalam dewan amat mudah mengenali watak-watak dan makhluk Minecraft dalam filem ini seperti creeper, villagers, iron golem dan Enderman. Sebab mereka pun ada bermain Minecraft sama ada Minecraft Dungeons (PS4) atau pelbagai versi bootleg di Internet.

Seperti biasa, Hollywood tak dapat lari daripada mentololkan watak lelaki untuk filem-filem sebegini, manakala watak wanita paling hebat sepanjang zaman. Watak Natalie dan Dawn amat mudah mengalahkan musuh berbanding watak Steve dan The Garbage Man yang terkial-kial kebingungan. Selebihnya tak perlulah spoiler sangat...

Yang pasti, kedua-dua Jack Black dan Jason Momoa memang mat rock/metal pada penghujung filem.

_____
AADI: Terlepas babak viral chicken jockey sebab menemankan anak ke tandas.

T-Shirt Autism Awareness (Part 6)


Seperti acara tahunan, Mrs. Ijau rajin membeli t-shirt autism awareness sebegini untuk kami sekeluarga daripada kompeni/persatuan yang sama setiap kali ada design/imej terbaharu (2022, 2021, 2020, 2019, 2018).

Untuk tahun ini dengan tema "Let's Rock" dipilih dan pastinya saiz gergasi 4XL untuk aku. Aku rasa design ini akan lebih menarik sekiranya diwarnakan (walaupun hanya tiga warna) seperti design 2021.

Inspirasi gitaris utama pastinya Slash, gitaris kedua watak Dewey Finn (Jack Black) dalam filem School Of Rock, manakala drummer nampak seakan-akan Black Wings. Hanya bassist sahaja aku tak tahu, rambut nampak emo gitu.

Tapi aku pasti pelukis adalah juga seorang ahli muzik (bedroom atau weekend warrior) kerana nampak perincian pada alatan muzik, mic stand dan stage monitor.

Design belakang kali ini tiada lagi hashtag bagai, cuma agak kurang sesuai dipakai oleh orang lain yang tidak autis. Tapi bapa anak autis seperti aku, t-shirt ini pastinya akan dipakai seragam setiap kali keluar dengan Ijau Jr.

_____
AADI: Teringat Bro Gayour...

Nora Danish Evo


Anak autis aku si Ijau Jr. berkali-kali ajak tengok Polis Evo 3 di pawagam setiap kali ada iklan, tayangan perdana dan "the making of..." di Astro Ria/Prima. Kebelakangan ini dia agak suka dengan guns and firearms. Jadi bila tengok aksi tembak-tembak dan letup-letup dia agak teruja. Maknya agak risau, tapi aku kata boys will be boys...

Kebetulan TGV Cinemas ada promosi tiket beli satu percuma satu untuk tayangan penghujung musim Polis Evo 3 ini di semua pawagam mereka bermula 29 Jun hingga 5 Julai. Jadi mengambil peluang ini untuk menunaikan hajat si autis tadi dan memilih tayangan 2.00 petang semalam. Kalau ikutkan kira-kira, taklah betul-betul "beli satu percuma satu" pun, hanya tiket kedua tu ada diskaun sekitar RM10-12.

Aku agak skeptikal dengan filem-filem Melayu secara amnya, tak kisah pun apa genre. Filem Melayu terakhir yang aku tonton di pawagam ialah filem Baik Punya Cilok awal 2006.

Kalau siri Polis Evo pula paling-paling pun pernah tengok filem pertama di TV ketika raya tahun bila entah. Itupun faktor Nora Danish hanya tengok babak awal dan akhir sahaja. Filem kedua pula langsung tak pernah tahu jalan cerita...

Mulanya niat hanya menemankan si Junior yang memang teruja sepanjang filem. Tapi serius filem ini jauh menyimpang daripada jangkaanku. Terutama kualiti bunyi dan dubbing suara yang sebelum ini merupakan faktor utama aku agak skeptical dengan filem-filem Melayu. Setiap bunyi tembakan senjata api agak unik dengan jenisnya - 9mm, MP5, UMP, M4, dll - tidak seperti zaman filem Gerak Khas dulu-dulu (kalau faham). Ya, jadi perbandingan sebab filem ini ada kaitan dengan Skop Productions.

Dari segi jalan cerita, memang tak dapat lari daripada cliché buddy cop ala Bad Boys. Antagonis pula psiko tahap Joker, sayangnya character development antagonis ini agak longgar walaupun origin, motif dan ending dah cantik.

_____
AADI: "I like that police girl with sniper riffle" kata si Junior.

Ada Apa Dengan Magnum Classic?


Aku teringat aku beli ais krim ni bila brader ais krim Wall's (dengan lagu runut 8-bit ikonik Paddle Pop) lalu kawasan perumahan, dan anak autistik aku si Ijau Jr. panggil brader tadi "hey, I want ice cream". Ya, dia sekarang lebih banyak guna bahasa Inggeris (American accent, pengaruh YT Kids) berbanding bahasa Melayu.

*Kebelakangan ini aku jarang makan ais krim walaupun selalu belikan untuk anak-anak. Hadkan pengambilan dalam 2-3 kali seminggu sahaja. Tapi sekali-sekala bila dah craving tu, beli yang premium teruslah. Magnum ini ais krim jenis premium, setaraf dengan ais krim Nestle Kit Kat dan Nescafe Gold. Dengan saduran coklat Belgium yang tebal dan keras merekah, fuh memang kimochi...

Kalau kategori begini dulu aku selalu beli Top Ten (Wall's), Crunch (Nestle) atau Cravio (Magnolia) yang harganya 1/3 daripada harga Magnum ini.

_____
AADI: *Kurangkan makanan manis.

Layan Mario Sekeluarga


Semenjak menonton filem Sonic 2 tahun lepas, anak autistik aku si Ijau Jr. agak serik untuk ke pawagam, *katanya "cinema is too loud". Agak terkejut pula bila sebelum cuti raya dia sendiri yang ingin menonton filem The Super Mario Bros. Movie di pawagam. Dan aku berjanji membawanya selepas raya.

Kebetulan minggu lepas hari lahirnya yang kelapan dan minggu depan pula ke-11 kakaknya si Lil'Ijau, alang-alang bawa sekeluarga terus sebagai birthday treats. Memilih tanyangan 10.45 pagi Sabtu lepas di family friendly hall TGV Bintulu. Hanya ada tiga keluarga menonton sessi ini dan dewan terasa agak lapang. Juga merupakan kali pertama anak ketiga aku si Arlo masuk pawagam. Mrs. Ijau pun kali pertama menjejak kaki di TGV Bintulu, nampak sangat bukan kaki wayang hehehe... Zaman ehem-ehem dulu pernahlah dibawa ke Star Cineplex beberapa kali.

*Kali ini aku perasan 90-95% masa memang dia fokus menonton Mario sampai babak post-credits, selebihnya meronda-ronda dewan bersama adiknya si Arlo. Tidak seperti ketika Sonic 2 separuh jalan sudah bosan nak ajak balik.

Bijak juga untuk Nintendo menggunakan khidmat studio Illumination (Despicable Me, Minions) berbanding studio animasi lain (DreamWorks, Pixar), kerana gaya animasi dan lawak Illumination agak unik. Juga di bawah Universal, mesej wokeness tidaklah ketara walaupun ada sedikit, tidak seperti rilisan-rilisan kompeni tikus hitam tu.

Bukan setakat mengetengahkan elemen game Mario Bros., tapi apa-apa franchise Nintendo lain yang ada watak Mario di dalamnya; contohnya Mario Kart, Donkey Kong dan Wrecking Crew ada dalam filem ini. Sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman NES dulu (walaupun hanya memainkan Micro Genius).

Family friendly 5/5, bapa budak zaman NES 5/5.

_____
AADI: Harap suatu hari nanti mereka akan buat filem crossover Smash Bros pula.

Ada Apa Dengan Kjeldsens Butter Cookies?


Membeli memori...

Satu daripada jenama butter cookies yang lagenda selain Royal Dansk. *Waktu kecil-kecil dulu bukan selalu dapat makan biskut ni kerana harganya yang premium, sehingga kini pun masih premium sekitar RM25-30 setin begini berbanding imitasi atau jenama tempatan yang biasanya RM12-15 sahaja.

Inipun sebab selera si autis Ijau Jr. yang teringin nak makan. Turutkan sahaja, si ayah pun turut merasa - win-win situation. Bagi yang prihatin, jangan risau sebab ada persijilan halal Eropah.

_____
AADI: *Dulu, tinnya dibuatkan tempat menyimpan...?

Wordless Wednesday: Electric Flying Iguana



_____
AADI: Backdated.

Sonic Boom


Menunaikan janji membawa anak-anak Lil'Ijau dan Ijau Jr. menonton filem *Sonic The Hedgehog 2 di pawagam sejak ia dirilis seminggu sebelum raya (21/04/2022). Aku ingatkan filem ini sudah tiada dalam tayangan sebab sudah basi sebulan lebih, rupa-rupanya TGV Bintulu Boulevard masih menayangkannya tapi hanya eksklusif untuk Hall 7 iaitu family friendly hall.

Antara sebab utama untuk mencuba Hall 7 kerana ini merupakan kali pertama anak autistik aku si Jr. masuk pawagam, kakaknya sudah pernah dibawa menonton Frozen 2 sebelum musim pandemik dulu. Mula-mula memang dia teruja sebab skrin besar dan ramai "kawan" (budak-budak lain). Tapi selepas sejam pertama mula mundar-mandir dan berkali-kali tanya bila nak balik sebab bosan katanya, hahaha...

Spoiler - Sonic jadi Captain Marvel.

_____
AADI: *Kalau tak sempat Sonic, tunggu Minions la.

T-Shirt Autisme Awareness (Part 5)


Tiap kali ada design baru t-shirt autism awareness, pasti Mrs. Ijau akan uruskan pembeliannya daripada kompeni/persatuan yang sama seperti t-shirt tahun lepas, 2020, 2019 dan 2018. Seperti biasa, ada saiz gergasi 4XL untuk aku.

Depan.

Kalau tak silap pembeliannya bulan Februari sebelum aku dan anak-anak kena C19, cuma waktu itu tak sempat nak gambar. Design kali ini tidaklah se"anime" dan warna-warni seperti tahun lepas, tapi masih mengekalkan hero utamanya dengan tema *berbasikal "we never give up!". Paling best fabrik t-shirt kali ini agak tebal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Belakang.

Kebetulan Sabtu lepas (02/04/2022) merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia dan April merupakan Bulan Kesedaran Autisme. Ijau Jr. pun sudah masuk sekolah tahun 1 beberapa minggu lepas, bakal menyambut hari jadi yang ketujuh penghujung April nanti...

Sik berasa~

_____
AADI: *Masih belum pandai berbasikal roda dua.

Akhirnya... (Part 2)


Sambungan bahagian pertama...

Hari keempat, Selasa 22/02/2022 - sudah tidak lagi memerlukan dos paracetamol, tiada lagi demam-demam, sakit sendi dan kepala. Hanya deria rasa dan bau masih celaru, tapi tak mengapa yang penting selera makan tidak terganggu seperti 2-3 hari pertama. Hari-hari kuarantin lebih banyak masa bermain StarCraft II berbanding gitar, kah kah kah...

Hari ketujuh, Jumaat 25/02/2022 - hari terakhir aku dikuarantin, tapi malam sebelumnya Mrs. Ijau memaklumkan anak-anak (bilik sebelah) pula mula panas badan.

Seawal 4.00 pagi Lil'Ijau (9 tahun), Ijau Jr. (6 tahun, autistik) dan Arlo (3 tahun) menjalani ujian kendiri dan perkara yang aku geruni akhirnya berlaku, ketiga-tiga mereka positif, Allahuakbar... Setakat ini, hanya si kakak Lil'Ijau sahaja yang sudah divaksin, itupun baru satu dos.

Hari kelapan, Sabtu 26/02/2022 - gelang tangan aku sudah dipotong, tapi kesian anak-anak pula demam. Si kecik Arlo terpaksa dibawa ke unit kecemasan tengah-tengah malam kerana muntah-muntah dan SpO2 bawah 95%. Mujurlah tidak berlarutan, stabil dan dilepaskan setengah jam kemudian.

Hari ke-10, Isnin 28/02/2022 - alhamdulillah keputusan ujian kendiri aku pagi ini sudah tidak garis berkembar, dua hari lepas masih garis berkembar. *Maknanya tiada lagi C19 dalam sistem badan aku.

Walau bagaimanapun, pasca C19 memang terasa badan cepat penat walaupun hanya melakukan kerja-kerja rumah ringan mahupun turun naik tangga.

Anak-anak pula tidak lagi demam sejak semalam, tidak ada menunjukkan apa-apa simptom lain dan hari ini sudah ceria dan aktif. Harapnya mereka hanya mendapat versi yang sudah ditapis oleh badan aku (kena hari keenam aku dikuarantin) dan bukannya versi prima. Kini menunggu masa ujian kendiri hari kelima mereka esok...

Selamat tinggal Februari yang mencabar.

_____
AADI: *Achievement unlocked - C19 fighter/survivor.

Autism Dan Thomas & Friends (Part 2)


Sambungan entri lepas. Bila dah terjumpa penjual rasmi Fisher Price di platform Shopee dan Lazada, mulalah memborong beberapa mainan Thomas & Friends untuk anak autistik aku Ijau Jr.

Yang ini borongan siri track master ketika ada jualan "children & baby special" di Lazada untuk tiga hari sahaja. Dengan pembelian melebihi RM100 dapat hadiah misteri, dalam kes aku dapat Percy... Fuh, makin lebar senyum sikawan.

Yang ini pula batch Shopee, diterima ketika Mrs. Ijau dikuarantin dua minggu.

Ijau Jr. ni memang cermat dengan mainannya berbanding adiknya si Arlo yang jenis "tangan panas". Kalaulah dua beradik ni aman main bersama, sanggup aku belikan biar cukup koleksi, kah kah kah... Kadang-kadang disindir maknya "ini anak ke atau bapak yang main?".

Bab kumpul mainan ni, tiba-tiba teringat (arwah) Syafid Transformers United. Walaupun aku tak rapat macam bloggers lain, tapi feel/aura kumpul mainan tu aku terasa...

_____
AADI: Nanti cerita pasal ensiklopedia Thomas pula.

Seminggu Tanpa Entri (Part 3)


Lebih seminggu tanpa entri? Sembilan hari, tak pecah rekod tahun lepas.

COVID-19 itu benar, impaknya memang terasa. Kalau ia tak ganggu kesihatan, ia akan ganggu benda lain contohnya rezeki, mata pencarian sesetengah orang dan untuk kes aku terganggu dari segi masa.

Gambar hiasan - beli online pengganti yang rosak.

Dua minggu lepas Mrs. Ijau antara kontak rapat kes COVID-19 di tempat kerja, dan telah dikuarantin hari berikutnya. Tinggallah aku dan anak-anak - Lil'Ijau (9), Ijau Jr. (6, autistik) dan Arlo (3) - di rumah. Nasib baiklah boss bagi pelepasan untuk bekerja dari rumah (BDR/WFH) sepanjang tempoh Mrs. Ijau dikuarantin. Dapatlah aku fokus kepada penjagaan dan kebajikan anak-anak.

Gambar hiasan - hobi yang tersadai.

Kalau ikutkan kami anak beranak boleh dikira kontak sekunder/tertier. Walaupun tiada arahan, tapi sebagai "orang sains" aku mengambil keputusan untuk kuarantin kendiri di rumah bersama anak-anak sehingga keputusan swap test Mrs. diterima - alhamdulillah negatif. Walau bagaimanapun tempoh kuarantinnya tetap sama.

Gambar hiasan - terapi fretboard, kekal siuman.

Menjadi "single parent" secara berterusan 14 hari memang mencabar kesabaran dan minda. Stress itu biasalah, pernah juga beberapa kali terasa burnout, bukan sebab penat buat kerja rumah, tapi penat menahan marah dek perangai anak-anak. Tapi faktor anak-anak jugalah yang menjadi motivasi untuk terus bertahan...

Hari ini hari yang ke-12 atau 13, akupun dah lupa.

_____
AADI: Endure, in enduring, grow strong.

Autism Dan Thomas & Friends


Malam semalam satu daripada koleksi Thomas & Friends (ori Fisher-Price) anak autistik aku si Ijau Jr. rosak dikerjakan adiknya si Arlo sampai tercabut tayar. Dahlah spesifik hero utama (Thomas) yang rosak dan bukannya watak sampingan, mengamuklah si kawan...

Siapa ada anak autistik pasti akan faham kalau dah datang tantrumnya, memang "bergegarlah" rumah, ditambah lagi dengan perasaan sedih tengok Thomas dah rosak. Budak autistik kalau menangis sedih memang kaw-kaw, silap-silap kau sendiri pun akan sebak mengalirkan air mata sebab kesian...

Toys R Us KLIA2, menuju Dystopia.

Aku mula rajin belikan mainan T&F (siri Push Along, Metal Engine) begini sejak umurnya dua tahun bila dia dah mula minat animasi T&F. Hampir 90% nama watak-watak dia kenal dan ingat nama (kelebihan autism). Setiap kali pergi mana-mana premis Toys R Us, Popular atau Parkson, kalau jumpa watak yang belum ada dalam koleksi, pasti akan dibeli.

Sejak 2017 sampai sekarang, tak pernah satu pun watak-watak T&F dalam koleksinya yang rosak. Memang cermat dia memainkannya, kalau setakat lusuh tu biasalah. Setakat ini sudah ada sekitar 15 watak kepala enjin dalam koleksi - Thomas (2x), Ashima, Diesel, Winston, Luke, Percy, Rosie, Trevor, Toby, Salty, Nia, Frankie, Victor, Emily dan Cranky.

Selain watak-watak kepala enjin, turut dibeli secara berperingkat ialah trek landasan tambahan, gerabak dan struktur bangunan yang serasi (compatible) boleh sambung dengan yang lain, selagi ia berjenama Fisher-Price.

Semenjak Toys R Us Times Square Bintulu dah tutup, tiada lagi tempat untuk mendapatkan mainan T&F ini. Pagi tadi aku cuba meronda premis Popular dan Parkson untuk mencari pengganti watak spesifik Thomas yang rosak di atas tadi.

Sayangnya di kedua-dua premis tadi kini dimonopoli oleh koleksi Hot Wheels yang lebih trending. Kalau terjumpa pun T&F tinggal seketul dua sahaja, itupun watak yang sudah ada dalam koleksi, dan malangnya bukan hero (Thomas).

Opsyen terakhir kini ialah memesannya secara atas talian. Baru sekejap tadi melayar website rasmi Toys R Us Malaysia, Mighty Utan Malaysia dan di platform Shopee/Lazada.

_____
AADI: Juga meminati mainan dinosaurs dan alam fauna.

Flashback Friday: AADI Dan Autism


Bersempena dengan Hari Kesedaran Austism Sedunia hari ini, tergerak hati nak buat entri berkaitan autism. Berikut antara anekdot autism yang pernah aku kongsikan dalam AADI.

"Oh ya, aku jarang bercerita pasal keluarga dalam AADI. Anak kedua aku, Ijau Jr. (bakal berumur tiga tahun) setelah didiagnosis oleh doktor pakar, memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder (ASD) dan kini menjalani terapi sebulan sekali. Pembelian t-shirt ini sedikit sebanyak sebagai tanda sokongan kepada apa-apa komuniti kesedaran autism di Malaysia, secara amnya.

Menjadi ibu bapa kepada anak autism memang mencabar, seperti slogan t-shirt di atas "tuhan menduga kita". Cabaran besar untuk aku ialah sabar, aku sememangnya seorang yang baran, tuhan menduga aku supaya menjadi seorang yang lebih penyabar, insya-Allah..."

- Entri 23/02/2018

"Bila dikurniakan anak yang didiagnosis mempunyai ciri-ciri autism spectrum disorder, barulah aku faham apa itu autism. Yang pasti golongan autism ni ada ciri-ciri istimewa, Ijau Jr. yang aku perhatikan dapat menghafal nombor 1-10 (Bahasa Melayu dan English), ABC dan alif-ba-ta dalam masa yang singkat."

- Entri 02/04/2018

"Adiknya Ijau Jr. juga mula bersekolah TASKA tahun ini. Sebenarnya lebih risau melepaskan adiknya (yang didiagnosis memiliki ciri-ciri ASD) ke TASKA berbanding kakaknya tiga tahun lepas."

- Entri 10/01/2019

"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi semenjak mula bersekolah TASKA tahun ini, Ijau Jr. menunjukkan banyak perubahan dari segi komunikasi, sosial dan akademik (selain hasil sessi terapi bulanan). Terkejut juga bila baru-baru ini Ijau Jr. menerima anugerah Pelajar Terbaik Kelas Mandarin dan Pelajar Contoh bersempena Hari Keluarga TASKA."

- Entri 21/11/2019

"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi syukur mulai bulan ini Ijau Jr. sudah boleh discharged daripada menjalani sessi terapi carakerja (occupational therapy) bulanan setelah dua tahun menjalaninya. Juru terapi juga berpuas hati dengan perkembangan Ijau Jr. sepanjang dua tahun terapi. Tapi bagi aku, paling banyak membawa perubahan adalah semenjak dia bersekolah di TASKA."

- Entri 12/03//2020

"Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tahun ini anak ASD aku Ijau Jr. akan masuk enam tahun, masih disekolahkan di TASKA yang sama. Walaupun tahap berkomunikasinya seperti 1-2 tahun lewat berbanding umur, tapi syukur kerana sudah boleh berinteraksi dengan orang sekeliling. Kelebihan ASDnya, seawal umur lima tahun dia sudah pandai membaca, ya membaca bukan mengeja."

- Entri 11/01/2021

Banyak sebenarnya pengalaman yang aku boleh ceritakan, tapi biarlah setakat ini dahulu... Kalau ada idea dan mood, mungkin aku akan tambah lagi di bawah.

_____
AADI: Different, not less.

T-Shirt Autism Awareness (Part 4)


Tiap kali ada design baru t-shirt autism awareness, pasti Mrs. Ijau akan uruskan pembeliannya daripada kompeni/persatuan yang sama seperti t-shirt tahun lepas, 2019 dan 2018. Seperti biasa, ada saiz gergasi 4XL untuk aku.

Pembelian t-shirt ini sedikit sebanyak sebagai tanda sokongan kepada apa-apa komuniti kesedaran autism di Malaysia, secara amnya.

Depan.

Design kali ini agak menarik kerana ada cameo Kal-El, Arale-chan dan satu karekter daripada DBZ aku lupa siapa nama (Vegeta?) dengan palet tiga warna putih, kuning dan biru

Belakang.

Belakang hanya palet warna putih, dengan babak yang berbeza. Cuma pendapat aku, tak perlulah letak hashtag merata.

Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tahun ini anak ASD aku Ijau Jr. akan masuk enam tahun, masih disekolahkan di TASKA yang sama. Walaupun tahap berkomunikasinya seperti 1-2 tahun lewat berbanding umur, tapi syukur kerana sudah boleh berinteraksi dengan orang sekeliling. Kelebihan ASDnya, seawal umur lima tahun dia sudah pandai membaca, ya membaca bukan mengeja.

_____
AADI: It's over 9000!!!

Pinggan Kuasa Elemental Boboiboy


Serius, aku sudah lama tidak mengikuti perkembangan BoBoiBoy selepas DVD BoBoiBoy: The Movie, lebih-lebih lagi bila sudah masuk musim BoBoiBoy Galaxy (walaupun ada di YouTube). Ceh! Payahnya nak taip, aku taip Boboiboy sajalah...


Terjadi modal pula untuk buat entri AADI berkaitan Boboiboy. Mutakhir ini susu Fernleaf didatangkan sekali dengan hadiah percuma pinggan kuasa elemental Boboiboy bersempena filem Boboiboy Movie 2. Kebetulan susu jenama Fernleaf merupakan susu rasmi Ijau Jr. 


Ada enam rekaan kesemuanya; Boboiboy Blaze Bayley, Supra, Cyclone, Frostfire, Thorn Within dan Glacier. Walaupun filem Boboiboy Movie 2 pernah ditayangkan di Astro Ria dua kali sebelum PKP dan raya lepas, tapi hanya anak-anak sahaja yang tengok sampai habis. Aku? Aku sudah pasrah untuk tidak mengikuti Boboiboy, jadi agak lost dengan jalan cerita dan kuasa baharu Boboiboy, hehehe...

_____
AADI: Bubadibako Katon, gokakyu no jutsu!

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger