[WTS] Hagstrom Ultra Swede
-
Trimming the herd sale #1.
Memerlukan "ruang untuk bernafas" so I'm letting go some of my underutilised
guitars. Hagstrom Ultra Swede S/N: WI14030026, co...
Bila dua gitaris idola anda dari genre yang berbeza bergabung, meletop!
Masing-masing menggunakan gitar signature mereka Ortega TZSM dan Ibanez JIVA10. Katanya sessi ini adalah secara spontan tanpa sebarang rehearsal. Jelas ketara keriangan pada wajah mereka, kah kah kah... I know that feelings, bila jumpa geng sekepala jamming lagu Maiden.
_____
AADI: Pemangkin belajar versi akustik, keluarkan semula Celeb.
Preserved In Time merupakan album ketiga Nylon Maiden kelolaan Thomas Zwijsen, mengandungi versi akustik/instrumental 16 buah lagu-lagu Iron Maiden dan dua lagu Bruce Dickinson solo (Tears Of The Dragon, Jerusalem) yang dimuatkan dalam CD berkembar.
Diperolehi bersempena Black Friday tahun lepas, dengan promosi pengeposan percuma dengan setiap pembelian barangan (merchandise) daripada website rasmi. Walaupun dengan pengeposan percuma, album ini masih boleh dikategorikan agak premium (€19.95). Oh tak lupa juga, dogtag Nylon Maiden juga merupakan hadiah percuma sempena Black Friday.
Memang teringin untuk memiliki album ini dalam bentuk fizikal, mungkin kerana kaitannya dengan Iron Maiden, Bruce Dickinson dan Blaze Bayley membuatkan album ini terasa istimewa. Juga boleh baca ulasan blog Deaf-Angel untuk album ini.
Selain bermain gitar secara solo, juga ada beberapa lagu berkolaborasi dengan pemain biola Anne Bakker dan band Thomas sendiri.
Juga dikomen sendiri oleh Thomas Zwijsen dalam Instagram aku, ohsem!
Tiga lagu dengan vokal Blaze Bayley Judgement Of Heaven, Blood Brothers, Como Estais Amigos, terasa lebih emosi berbanding versi asal. Amat tertarik dengan Judgement Of Heaven, baru dapat menghayati lirik-lirik lagu ini berbanding dalam X Factor.
Pada pendapat aku, hanya lagu Wrathchild sahaja yang agak kurang enak bila diakustikkan, mungkin faktor lagu rancak. Tapi amat berbeza pula untuk lagu-lagu epik seperti Powerslave, Fear Of The Dark dan Rime Of The Ancient Mariner yang semakin ohsem bila diakustikkan.
Hanya dua lagu yang aku agak kurang familiar iaitu Burning Ambition daripada album pertama (self-titled) dan Reach Out daripada B-side Wasted Years single.
Lagu naga versi akustik yang pernah menjadi entri WW suatu ketika dahulu, antara lagu yang selalu dimainkan oleh MUP, antara pemangkin untuk aku memiliki gitar akustik (walaupun bukan bertali nylon).
Setelah mendengarkannya untuk beberapa putaran, album ini amat sesuai dijadikan lagu runut untuk mengiringi majlis-majlis rasmi contohnya makan malam tahunan. Dan tak akan ada yang tahu kesemua pada asalnya merupakan lagu-lagu metal, kecuali peminat.
Kompilasi 30 buah lagu-lagu bermakna sepanjang kareer Blaze Bayley pasca-Iron Maiden dimuatkan dalam pakej CD berkembar. Diperolehi daripada Rock At Large pada harga yang agak berpatutan. Kalau di eBay atau webshop Blaze Bayley, bila ditambah dengan kos penghantaran, harganya menjadi agak tidak berbaloi.
Imej-imej yang terdapat pada muka depan boleh dibuatkan trivia daripada album manakah ia berasal? Contoh gerhana matahari, litar bersepadu di perut patung, kelawar tiang belah kiri, robot tiang belah kanan, keranda berduri dan grafiti kepala serigala di muka belakang, dll...
Keranda berduri, dan kelibat grafiti kepala serigala.
Dua lagu daripada album artis lain iaitu Thomas Zwijsen Nylon Maiden (The Clansman) dan Sinnergod It's A Wonderful Life (Wonderful Life). Manakala ada dua buah lagu baru khas untuk kompilasi ini - Hatred dan Eating Children.
Dalam inlay, setiap lagu ada ulasan dan cerita di sebalik lagu tersebut yang membuatkannya begitu bermakna buat Bayley. Tapi ulasan paling best dan paling pendek ialah untuk lagu The Day I Fell To Earth - "the day I was sacked by Iron Maiden", sedih yang epik.
Juga boleh singgah blog KDHR Deaf Angel untuk entri ulasan panjang lebar album ini dalam edisi platinum.
Masih lagi entri (pendek) berkaitan Blaze Bayley...
Kesian, patutlah Harris tak bagi Bayley nyanyi lagu ni waktu dia bersama Iron Maiden. Aku rasa kalau lagu ni detune guna D atau C mungkin sesuai dengan suara Bayley.
Ya, seperti Bayley, aku juga suka lagu ni sebab liriknya penuh bermakna...
_____ Ada apa: Gitaris tu tak sporting langsung...
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?