[WTS] Hagstrom Ultra Swede
-
Trimming the herd sale #1.
Memerlukan "ruang untuk bernafas" so I'm letting go some of my underutilised
guitars. Hagstrom Ultra Swede S/N: WI14030026, co...
Setelah teracun dengan muzik DragonForce melalui CD/DVD In The Line Of Fire... Larger Than Live, aku mula mencari rilisan mereka dalam katalog estock musicMagpie. Terjumpa album studio ketiga mereka Inhuman Rampage dengan harga tersenyum £2.45+1.50 (RM23.58).
Aku kenal nama DragonForce melalui album Ultra Beatdown dan bukannya album ini. Tapi tak mengapa, mendengar album ini pun pasti akan menaikkan adrenalin kerana hampir kesemua lagu bertempo laju kecuali lagu terakhir yang agak ballad.
Album yang memperkenalkan dunia dengan lagu Through The Fire And Flames yang kult, lebih-lebih lagi kepada peminat Guitar Hero III: Legends Of Rock. Hype kerja gitar Li dan Totman memang gila-gila.
Dengan line-up lama ZP Theart (vokal), Dave Mackintosh (drums) dan Adrian Lambert (bass), aku lebih suka line-up terkini lebih-lebih lagi dengan karekter bassist Fred Leclercq.
Tak banyak yang aku dapat ulas, sebab akupun baru mengikuti DragonForce ni. Nanti kalau ada apa-apa rapuan terbaru untuk album ini, mungkin aku akan tambah di bawah perenggan ini.
Membelek-belek katalog Foo Fighters di eStock musicMagpie, terjumpa DVD Live At Wembley Stadium dengan harga agak tersenyum £3.58 (RM20.55). Pembelian dibuat semasa video klip Run dan mood "kononnya FF nak singgah KL bulan Ogos kelak" sedang memuncak.
Konsert mega di Stadium Wembley, London yang berlangsung pada dua malam berturut-turut 6-7/6/2008, tapi kalau tengok rilisan rasmi ni sekali harung memang tak akan perasan pun.
Mengetengahkan lagu-lagu mereka sehingga album keenam Echoes, Patience, Silence & Grace. Sayangnya tiada lagu-lagu daripada album pertama, walaupun dikatakan ada lagu This Is A Call dan Big Me semasa konsert, tapi telah disingkirkan daripada rilisan rasmi ini.
Majoriti lagu-lagu dimainkan secara 4-piece (Grohl, Shiflett, Mendel, Hawkins), selebihnya dengan pemuzik tambahan seperti Pat Smear (gitar), Rami Jaffee (kibod, akordian), Drew Hester (perkusi) dan Jessy Greene (biola, celo). Kini selain Smear, Jaffee pun telah diiktiraf sebagai ahli tetap FF.
Dengan kejutan daripada dua anggota Led Zeppelin, Jimmy Page dan John Paul Johns mempersembahkan dua lagu klasik Rock And Roll (Hawkins vocal, Grohl drums) dan Ramble On.
Dave kata ini merupakan konsert FF paling hebat dan bermakna baginya dan dalam sejarah FF itu sendiri. Yelah, kalau dah dua malam berturut-turut menghiburkan puluhan ribu peminat di lokasi konsert antara yang tersohor di dunia, ditambah pula dapat beraksi bersama-sama childhood hero atau idolanya (Page, Johns), sesiapa pun pasti akan mengalirkan manly tears gitu~
_____
AADI: Nasib baik FF tak singgah KL bulan Ogos ni...
Album studio pertama Trivium, Ember To Inferno diperolehi daripada eStock musicMagpie. Ini merupakan versi rilisan semula tahun 2004 dengan tiga lagu tambahan dan CD bonus. Harganya pun taklah seberapa tersenyum £3.82 (RM22.12).
Dalam usaha mengumpul diskografi Trivium, aku menghadapi masalah menghadam dua album terawal mereka (album ini dan Ascendancy) dan album In Waves, terutama bab lagu-lagu yang memiliki vokal terais-terais Heafy. Tapi album The Crusade dan Shogun memang senang masuk.
Kalau dari segi muzik tak ada masalah, Trivium antara generasi muda yang meneruskan legasi metal dengan kerja gitar yang ampuh. Dua album terkini mereka Vengeance Falls dan Silence In The Snow merupakan buruan aku seterusnya.
CD bonus yang dimaksudkan, memuatkan "sampler" kompilasi lagu daripada artis/kumpulan naungan LifeFore Records.
Bergaul dengan generasi muda seperti Azrol sedikit sebanyak membuatkan aku mula respek dengan muzik Trivium, seterusnya mengikuti perkembangan mereka. Kalau tidak, mungkin sampai sekarang pun aku tak pandang Trivium ni.
_____
AADI: Harap sempat memiliki album fizikal SITS sebelum Trivium meriliskan album terbaru.
CD audio eBay pertama untuk tahun 2017 pastinya daripada estock musicMagpie, berisi album Reload Metallica. Diperolehi dengan harga £2.63+1.50 (RM23.41), kira masih berbaloi kerana kondisinya nampak baru (new, but unsealed) belum ada sebarang kesan calar baik pada CD mahupun pada inlay.
Pernah memiliki CD album ni suatu ketika dahulu, tapi ia juga mengalami nasib yang sama dilelong untuk mendapatkan dana-dana segera pasca Projek Mega 2011, seperti album-album Metallica lain yang ada dalam koleksi ketika itu.
Ironinya, tahun ini Reload akan berusia 20 tahun, nilai nostalgik album ini memang ada terutama mengembalikan memori ketika tahun pertama di USM. Lagu-lagu seperti Fuel, The Suffer Memory Remains, Devil's Dance dan The Unforgiven II sudah menjadi tahap lagu klasik.
Apa yang lebih menarik, bila layan album Load dan Reload sekarang, makin jelas terasa kehebatan dua album kontroversi ni berbanding semasa ia diriliskan 20 tahun lepas. Pelik kan?
_____
AADI: Gimi fiu, gimi fai, gimi daba dabada...
Ok, curi-curi masa buat entri blog ringkas (masih sibuk berkonsol). Dalam usaha mengumpul semula diskografi Foo Fighters, kali ni berjaya memperolehi album studio keenam mereka Echoes, Silence, Patience & Grace.
Seperti biasa, unit terpakai ini diperolehi daripada estock musicMagpies dengan harga tersenyum £2.33+1.50 (RM20.47). Dengan adanya album ni, maka album-album studio terdahulu Foo Fighters dah lengkap, tinggal album terkini Sonic Highways saja lagi.
Seperti album One By One dan In Your Honour, agak susah sedikit aku nak hadam lagu-lagu dalam album ni walaupun ada juga lagu-lagu best seperti The Prentender dan Long Road To Run. Mungkin selera aku bukan lagi ke arah hard/alternative rock, ataupun perlukan masa untuk mendengar album ni berkali-kali.
Dah agak kurang kencang ber-eBay, tapi sekali-sekala sempat juga menyambar sekeping CD audio bila harga berpatutan. Kali ni album ketiga Trivium The Crusade menjadi pilihan, diperolehi daripada estock musicMagpie dengan harga tersenyum £2.24+1.50 (RM21.20), berstatus terpakai tapi masih nampak baru.
Album yang memperkenalkan "semula" aku kepada Trivium. Walaupun sebelumnya aku pernah dengar nama Trivium dan Matt Heafy (MKH) menerusi album Roadrunner United, tapi aku tak pernah nak ambil tahu pun pasal Trivium.
Sehinggalah beberapa tahun lepas, Azrol suruh aku praktis lagu Anthem (We Are The Fire) untuk dijadikan projek lagu cover, Azrol memang peminat tegar Trivium. Semenjak itu, Trivium antara band metal moden yang aku follow lebih-lebih lagi selepas album Vengeance Fall.
The Crusade ni bagi aku lebih mudah dihadam berbanding dua album Trivium yang aku ada - Shogun dan Ascendancy. Mungkin disebabkan tema thrash metal vibe ala Metallica dan vokal kurang growling/screaming.
Selain Metallica (era AJFA-Black), kalau dengar berkali-kali mungkin akan perasan ada beberapa vibe dan riff lagu-lagu band lain yang familiar contohnya We Rock (Dio), Mandatory Suicide (Slayer), 2 Minutes To Midnight (Iron Maiden), My Own Savior (Iced Earth), Life And Death (Blaze Bayley) dan mungkin banyak lagi, cubalah cari...
Mengambil peluang semasa kejatuhan sedikit nilai Pound Sterling akibat Brexit beberapa minggu lepas. Album studio ketujuh Foo Fighters Wasting Light ni diperolehi daripada estock musicMagpie dengan harga tersenyum £2.32+1.50 (RM21.63).
Dari Sweden, bukan UK?
Setelah berhenti mengikuti Foo Fighters semasa album One By One (sebab dah tak masuk jiwa), kini dengan adanya estock musicMagpie, aku cuba mengumpul kembali diskografi mereka perlahan-lahan, dengan harapan dapat hadam lagu-lagu mereka pasca-2010.
Sedar tak sedar, tinggal dua lagi album studio mereka yang belum dimiliki; Echoes, Silence, Patience & Grace dan Sonic Highways. Akan diusahakan seterusnya.
Katanya album ni semuanya analog, daripada proses rakamannya sehinggalah cetakan grafik. Dan potongan sekeping pita berwarna perang kehitaman di bawah ni pun ada ceritanya...
"The first CD copies of the album contain a small section of the original analogue master tape. Grohl decided to it both for thinking it "would be an extraordinary move to destroy all the masters and give the pieces of the tapes to the fans", as the digital recording does not allow for such a memento, and also due to every technician involved with Wasting Light being overtly worried about the tapes." - Wikipedia.
Nasib baik aku baca Wikipedia sebelum beli, kalau tak memang aku dah buang "sampah" ni. Hahaha...
Lagu-lagu dalam album ni boleh tahan, ada lenggok era TCATS dan TINLTL. Ada satu lagu (aku lupa apa tajuk)White Limo pula ada gaya lagu Weenie Beenie dalam album pertama, vokalnya ada efek megaphone. Terbaik dari Grohl dan rakan-rakan!
Mudah untuk aku menghadamnya berbanding lagu-lagu dalam album One By One dan In Your Honour. Mungkin jika album ni terikat dengan memori tertentu (seperti tiga album pertama) sudah pasti ia boleh menjadi super album.
_____
Ada apa: Perlu diberi peluang dengar berkali-kali.
Satu lagi pembelian impromptu ketika nilai Pound Sterling jatuh sekejap bulan lepas, album studio kedua Trivium Ascendancy dan kebetulan dalam katalog estock musicMagpie ia disenaraikan pada harga tersenyum £2.51 + 1.50 (RM24.29).
Ini merupakan versi special edition cetakan 2006 yang disertakan dengan DVD bonus. Walaupun ketika diterima jewel case dah retak (biasa berlaku), tapi tak mengapa (parap-parap) sebab fizikal CD dan inlay nampak masih baru.
*Aku tak follow Trivium, tapi sama seperti pembelian album Shogun tahun lepas adalah disebabkan pengaruh Azrol yang merupakan peminat tegar Trivium. Sebagai persefahaman mutual (you hear my fav music, I hear yours) sekali-sekala ikut juga selera "generasi-Y"nya.
DVD bonus pula mengadungi empat muzik video (Like Light To The Flies, Pull Harder On The Strings Of Your Martyr, A Gunshot To The Head of Trepidation dan Rain) dan konsert Live at the London Astoria 18/9/2005.
Serius, aku agak menyampah dengan imej Matt Heafy dan konco-konconya yang agak emo dalam album ni (hahaha), teringat aku seorang patron kedai muzik (tak perlu sebut nama) suatu ketika dahulu.
Sekitar 2005-2006 dulu selepas memiliki kaset Roadrunner All Stars Session aku pernah cuba untuk check-out band Trivium ni. Ternyata (ketika itu) aku tak dapat hadam muzik mereka terutama bab vokal terais-terais (screaming).
Tapi album The Crusade dan dua album terkini (Vengeance Falls, Silence In The Snow) dapat pula aku hadam (setakat ni cuma ada mp3 sedut). Faktor utama mungkin disebabkan vokal clean dan melodik dalam album-album ni. Antara target seterusnya...
_____
Ada apa: *Aku cuba follow Instagram Trivium dan Matt Heafy.
Ketika nilai Pound Sterling jatuh sekejap awal April lepas, aku mengambil peluang untuk terus membeli CD ni dari estock, eh~ dah tukar nama jadi musicMagpie. Album studio kelima Mastodon The Hunter.
Cover art yang ohsem, mengingatkan aku kepada berhala lembu emas dalam cerita Nabi Musa/Harun (Exodus). Diperolehi dengan harga £3.09+1.50 (RM26.75), masih berbaloi untuk sebuah CD terpakai yang fizikalnya 90% masih baru.
Album yang memperkenalkan aku kepada Mastodon setelah menyedut versi mp3 beberapa tahun lepas. Mula-mula bila dengar lagu kedua Curl Of The Burl, aku ingatkan Pak Ozzy jadi artis jemputan, rupa-rupanya ia vokal Brann Dailor (drummer).
Dengan kerja gitar yang kompleks, ketukan drum yang "rajin" dan semua ahli kumpulan boleh jadi vokalis (termasuk Kelliher) membuatkan aku terus tertarik (and hooked) dengan Mastodon ni.
Ini merupakan perolehan terakhir daripada estock_deutschland sebelum senarai katalognya "kosong", album studio HammerFall yang kelapan - Infected.
Diperolehi dengan harga sedikit tersenyum €5.40 (RM22.96). (P)+(C) 2011 Nuclear Blast GmbH, sudah pasti ia adalah cetakan Jerman.
Ini merupakan versi special edition digipak (duh~) yang didatangkan sekali bersama DVD All Guts, No Glory yang mengandungi persembahan lima buah lagu secara "live" di studio (tapi aku rasa macam miming saja).
Macam videoclip Iron Maiden 80an je...
Cover art album ni pernah menjadi kontroversi, kerana imej asal merupakan logo biohazard yang kemudiannya diganti dengan imej tangan zomba zombie ala Left 4 Dead.
HammerFall juga mungkin terikut-ikut trend semasa (ketika itu) dengan memilih tema zombie dan wabak penyakit sebagai konsep album mereka kali ini, sehinggakan cover art album ni tidak menampilkan maskot templar mereka iaitu Hector. Walau bagaimanapun, muzik mereka dalam album ni tidak berubah, vokal Cans pun masih maintain...
Ini merupakan kali ketiga aku membeli CD audio Blooddrunk. Kali pertama tahun 2009 (Hong Kong pressing, ada cerita sedih) dan kali kedua tahun 2010 versi CD/DVD digipak (US pressing).
Kedua-duanya berserta diskografi COB lain telah dilelong pra-Projek Mega 2011. Tapi dengan adanya *estock_deutschland, kini amat mudah dan murah untuk meneruskan proses pembelian semula. Album ini diperolehi dengan harga tersenyum €3.01 (RM12.48).
(C)(P) 2008 Spin-Farm Oy, a Universal Music Company, made in EU (UK pressing la kot?). Versi yang diperolehi kali ni menggunakan super jewel box, CDnya pula berwarna hitam berbeza dengan dua versi sebelumnya yang berwarna kelabu/perak. Cerita selebihnya berkaitan album ni boleh baca entri lama pada link perenggan pertama.
Sekarang cuma follow COB sekadar di pinggiran atau ikuti sipi-sipi (bak kata Dr. Ben). Roope Latvala keluar pun aku baru tau beberapa minggu lepas, digantikan oleh Antti Wirman (adik kepada Janne Wirman). Dengar-dengar mereka juga bakal meriliskan album studio kesembilan bulan Oktober nanti.
Mungkin sekarang masih belum musim viral Iron Maiden kot? Tapi tak mengapa (parap-parap), tak lama lagi album baru mereka (yang ke-16!) akan menjelang...
Sementara itu, beberapa hari lepas menerima bungkusan eBay daripada estock (UK) bukan *estock_deutschland (DE), berisi DVD konsert Iron Maiden - Death On The Road. Walaupun berstatus terpakai (used), ia masih lagi nampak 90% seperti baru.
Apa beza estock UK dan DE? UK ada postage (tak mahal pun, £1.50 sahaja), DE free postage! Tapi malangnya DE tak jual DVD.
Perolehan yang tertunda lebih empat tahun semenjak merapu dalam entri versi CD audio. Itupun nasib baik ada estock yang menjualnya dengan harga tersenyum £3.96+1.50 (RM31.61), kalau harapkan seller lain, agak susah untuk diperolehi dengan harga sedemikian.
Ini merupakan versi 3-DVD (ada versi 2-DVD sahaja). Untuk konsert terdapat dua DVD yang berbeza format audio, satu adalah stereo dan satu lagi 5.1 Dolby Digital. Jika anda tidak mempunyai sistem teater rumah yang canggih, sila pasang versi stereo.
Bagi aku highlights untuk konsert ini ialah semasa lagu Journeyman. Rasanya tak pernah Iron Maiden buat persembahan full acoustic sebelum ini (betulkan kalau aku salah ye Deaf-Angel) kan?
Dengan sedikit tambahan solo Adrian Smith berbanding tiada solo dalam versi album. Harap-harap untuk album baru nanti adalah melekat satu lagu dalam mood sebegini.
Apa yang menarik dengan DVD konsert Iron Maiden (semenjak DVD Rock In Rio kot?), biasanya akan didatangkan dengan DVD bonus "special features".
Mengandungi dokumentari yang menceritakan pembikinan album Dance Of Death dan cerita di belakang tabir konsert jelajah Death On The Road mereka. Juga mengandungi klip video Wildest Dream dan Rainmaker serta galeri gambar.
Versi audio CD dah ada, versi DVD pun dah ada, dah boleh tutup akaun Death On The Road. Apa? Piring hitam? Tak apalah, lakum hobikum wa bagi kamu hobi kamu, bagi aku hobi aku...
Berjaya memperolehi satu lagi album Kamelot daripada The Fourth Legacy yang merupakan album studio Kamelot yang keempat (hence, the Fourth).
Diperolehi dengan harga tersenyum sedikit €6.31 (RM25.76) setelah disenaraikan secara tiba-tiba dalam katalog estock_deutschland.
Jika aku tidak pernah memiliki album live The Expedition, pastinya beberapa lagu dalam album ni agak asing seperti lagu-lagu Kamelot pra album Karma (bukan Hukum Karma).
Datazz!
Tapi tak mengapa (parap-parap), lagu-lagu dengan vokal Roy Khan memang senang untuk aku hadam berbanding vokal Mark Vanderbilt dalam album Eternity.
Lagu-lagu seperti New Allegiance/The Fourth Legacy, The Shadow Of Uther, A Sailorman's Hymn dan Until Kingdom Come telah diperkenalkan melalui versi live dalam album The Expedition. Manakala lagu Desert Reign/Nights Of Arabia pula melalui DVD One Cold Winter's Night.
Cuma satu perkara sahaja yang kurang enak, inlay kehilangan beberapa lembaran, yang tinggal hanya dua lembar pertama. Tapi tak mengapa (parap-parap) asalkan cover art depan tidak terjejas, setakat lirik boleh cari di Internet.
Sekarang hanya tinggal album kedua (Dominion) dan ketiga (Siege Perilous) sahaja masih belum dimiliki sebelum koleksi diskografi Kamelot aku menjadi lengkap.
_____
Ada apa: Haven pula akan diriliskan pada bulan Mei nanti.
Terpancing sebuah lagi album HammerFall daripada katalog estock_deutschland pada harga agak tersenyum €5.82 (RM24.76), album studio HammerFall yang keempat, Crimson Thunder.
Juga menggunakan hasil karya Samwise Didier untuk cover art, sama seperti album Threshold dan 3U. Jika anda peminat siri-siri game WarCraft, StarCraft dan Diablo, anda mungkin perasan seni lukis Didier ni.
Walaupun album ni keluaran tahun 2002 ketika mana aku belum mengikuti HammerFall, tetapi beberapa lagu dalam album ni antara lagu-lagu HammerFall kegemaran seperti Riders Of The Storm, Hearts On Fire, Crimson Thunder dan Hero's Return disebabkan DVD konsert One Crimson Night.
Terdapat dua lagu cover dalam album ni Angel Of Mercy (Chastain) dan Rising Force (YJM Rising Force) yang kemudiannya dimuatkan dalam kompilasi Masterpieces.
Lagu instrumental In Memoriam hasil sentuhan Stefan Elmgren juga amat menusuk kalbu, dan sekali lagi aku berharap agar Elmgren akan kembali kekal dalam HammerFall dan bukan hanya sebagai bassist gantian untuk tour album baru.
_____
Ada apa: Riders Of The Storm akan di"cover" selepas hiatus.
Untuk cerita merapu lama mengenai album Kill 'Em All ni, boleh baca entri tahun 2010.
Album-album Metallica juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa lelongan pasca Projek Mega 2011. Satu-satunya album Metallica yang "terselamat" ketika itu ialah Ride The Lightning.
Seperti album lain yang menjalani proses pembelian semula, ia diperolehi daripada estock_deutschland dengan harga tersenyum €3.98 (RM17.26). Ini merupakan versi cetakan 1989, sama seperti yang pernah aku miliki dahulu.
Album live Made In Hong Kong (And Various Other Places) ni pun dah lama diintai dalam katalog estock_deutschland, tapi versi "brand new" agak premium harganya. Bila versi "very good" disenaraikan dengan harga tersenyum €6.06 EUR (RM25.50) pastinya terus dirembat.
Kompilasi lagu-lagu versi live Nightwish sepanjang konsert jelajah (tour) album Dark Passion Play sekitar 2007-2008 dari Israel hingga ke Amerika Selatan. Termasuk dua buah lagu Escapist dan While Your Lips Are Still Red daripada B-side single Bye Bye Beautiful dan Amaranth. Juga disertakan lagu Cadence of Her Last Breath versi demo yang dinyanyikan oleh Marco Hietala (pra Anette Olzon).
Album ni juga didatangkan dengan sebuah DVD yang mengandungi dokumentari Back In The Day... Is Now yang mengisahkan cerita di bekalang pentas sepanjang konsert, hampir keseluruhannya dalam bahasa Suomi (with English subtitle) dan tiga klip video; Amaranth, Bye Bye Beautiful dan The Islander.
Diperolehi sebagai pelengkap koleksi diskografi Nightwish, dan paling penting ialah dokumentari Back In The Day... Is Now itu sendiri, antara sebab utama keinginan untuk memiliki album ini.
Pada pendapat aku, fokus utama dalam album live dan dokumentarinya ialah vokalis baru mereka (ketika itu) Anette Olzon. Untuk persembahan live, vokal Olzon agak "kureng" seperti tercungap-cungap, mungkin disebabkan gementar berhadapan dengan ribuan penonton seperti yang dijelaskan sendiri oleh Olzon sendiri dalam dokumentari.
Satu lagi album HammerFall - Threshold, berjaya diperolehi dengan harga tersenyum €5.59 (RM24.07) selepas diintai daripada katalog estock_deutschland. Album ni sebenarnya diterima pada hari yang sama dengan album Shogun, tapi entrinya dipotong oleh kompilasi Bore Us, Chorus minggu lepas.
Threshold merupakan album studio keenam, dan merupakan album terakhir bersama-sama Stefan Elmgren dan Magnus Rosen, masing-masing keluar daripada HammerFall pada 2007 dan 2008.
Tetapi Elmgren kini kembali bersama-sama HammerFall sebagai bassist undangan (untuk tour) menggantikan Fredrik Larsson yang sedang cuti bersalin (paternity leave). Harap-harap selepas Larsson habis bercuti, Elmgren kekal dan kembali kepada posisi gitaris supaya HammerFall jadi "three-amigos" - Dronjak/Norgren/Elmgren.
Seperti album 3U, album Threshold ini juga masih menggunakan khidmat Samwise Didier untuk lukisan cover art.
Memandangkan album ini dikeluarkan tahun 2006 ketika aku masih belum mengikuti HammerFall (mula rancak selepas era Masterpieces), ia hanyalah sebagai pelengkap koleksi kerana tiada lagu-lagu yang meninggalkan memori. Walau bagaimanapun, muzik HammerFall tetap epik seperti album sebelumnya.
Antara album kategori "guilty pleasure" yang sekian lama ingin dimiliki ialah kompilasi Roxette Don't Bore Us, Get To The Chorus. Walaupun agak mudah didapati di Malaysia, tapi aku tak berani menarik picu (pull the trigger?) untuk membelinya pada harga standard CD audio di Malaysia.
Dah lama aku intai album ni dalam katalog estock_deutschland, sebelum ini harganya memang tahap premium (RM40-100!), bila mula ditawarkan pada harga tersenyum (in this case €4.28 @ RM18.00) terus aku rembat.
Walaupun aku tidak mengikuti Roxette, tapi dah dengar muzik mereka sejak sekolah rendah lagi (It Must have Been Love) hingga ke zaman SPM (Crash! Boom! Bang!, Vulnerable). Dan seperti album-album "guilty pleasure" yang lain, ia dimiliki atas faktor nilai nostalgia, kenangan ketika zaman bercinta di sekolah.
Aku tak bersendirian bab Roxette ni, geng bloggers lain seperti Berteromber, Deaf dan Portdy juga meminati Roxette, pun mungkin atas faktor yang sama.
_____
Ada apa: Mungkin lepas ni nak cari kompilasi super Swedish lain - ABBA, Ace Of Base.
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?