Step Drilling


Step drill bits yang diperolehi dalam entri beberapa minggu lepas adalah untuk membesarkan lubang pot pada Goldie kerana ingin dipasang dengan pot CTS yang berdiameter 3/8" (~9.52 mm) berbanding pot Alpha yang digunakan sekarang 5/16" (~7.94 mm).


Hujung heksagonnya memang serasi dengan lubang pada drill Bosch GSR ProDrive, membuatkan kerja-kerja semakin mudah. Masking tape digunakan sebagai penanda supaya tidak terlajak laris korek.


Masking tape juga digunakan semasa proses mengorek supaya kemasan tepi lubang pada permukaan Goldie tidak pecah/retak. Kerja-kerja membesarkan lubang tak sampai pun 5 minit, kalau guna kikir entah berapa lama masa yang diambil.


Hanya pot CTS All Parts sahaja yang digunakan kerana memiliki groove kasar yang sesuai untuk tombol asal Epiphone yang jenis tekan (push-in). Pot CTS DiMarzio EP1201 memiliki groove halus dengan diameter yang agak lebar. Mungkin sesuai untuk tombol jenis berskru.

Dipasang pot volume sahaja, bypass tone (wayar label biru), kerana aku cuma ada dua unit pot CTS All Parts dan dua unit CTS DiMarzio (yang mulanya dirancang untuk tone). Nanti kalau dah ada stok CTS All Parts baru, akan dipasang kemudian bersama-sama dua biji buah oren.

Juga bereksperimentasi menggunakan penebat heat shrink tube untuk projek kali ini. Nampaknya kena ada pemanas yang sesuai barulah ia mengecut dengan sempurna, aku menggunakan pengering rambut dan pemetik api, kah kah kah...

Bersambung...

_____
AADI: Dah lama Goldie tidak beraksi.

Record Store Day 2018 - Rock At Large


Pembelian berkembar daripada kedai CD/LP Dr. Bentara kita - Rock At Large.


Mengambil peluang diskaun 20% bersempena Record Store Day 2018 pada 21-22/04/2018 yang lepas untuk memiliki dua album yang sudah sekian lama dalam senarai buruan; Vengeance Falls dan Abigail II: The Revenge.


Juga telah memperolehi album terkini Blaze Bayley The Redemption Of William Black (Infinite Entanglement Part III) minggu sebelumnya (tiada diskaun 20%). Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan.

_____
AADI: Vengeance & revenge...

Wordless Wednesday: Baby Stor




_____
AADI: Tempat menyimpan bayi?

Sekitar IKMB & Friends Gig & Mini Mob


Sabtu (21/04/2018) - Pertama kali menjejakkan kaki di IKM Bintulu, suasana kampus sebegini mengingatkan aku kepada USM. Datang ke IKMB atas jemputan menyertai IKMB & Friends Gig & Mini Mob yang berlangsung hari ini bersempena Majlis Konvokesyen IKMB kali yang keempat.


Majlis konvokesyen biasanya adalah hari terbuka sesuatu kampus, tapi untuk kes IKMB ini orang awam tidak dibenarkan meletak kenderaan di dalam kawasan kampus dengan alasan tidak ada pas kenderaan, WTF? Nasib baiklah dapat runding masuk sekejap untuk memunggah barang (sahaja), kalau tak naya nak berangkut dari luar.


Tiba sekitar pukul 10.50-11.00 pagi, slot persembahan MUP dijadualkan pukul 11.15 pagi, sempatlah warm-up. Seperti gig sebelumnya, MUP tidak cukup korum hanya aku, Bob Kandar dan gitaris jemputan Azroy Hammet, tiada bassist.


Menggalas Neon dan menggunakan amp sendiri (yang dibawa untuk Mini Mob) iaitu Laney IRT-X. Amp atas pentas tidak boleh diharap berdasarkan pengalaman Azroy pada hari sebelumnya. Untuk amp modelling, patches dan efek, Boss GT-1 digunakan.

Baju ESP tapi gitar cuma LTD.
Mempersembahkan lagu Tears Of The Dragon dan Kabus sebagai persembahan "cukup syarat". Seperti yang dijangka, amp pentas yang digunakan oleh Azroy mula bermasalah semasa pertengahan lagu Dragon, terpaksa improvised lagu tersebut kepada versi agak akustik. *By popular demand, lagu The Trooper juga dimainkan.


Hujan renyai-renyai mula turun sekitar pukul 12.00 tengah hari, makin lebat dan berlarutan hingga pukul 1.00 petang. Terpaksa mencari perlindungan di bawah khemah pentas, biar aku basah, jangan equipment basah. Mujurlah gigbag semua jenis yang agak kalis air.


Persembahan selepas hujan oleh kugiran Gedong Riot Crew. Membawakan lagu-lagu bergenre punk/skinhead terutamanya lagu-lagu cover ACAB. Persembahan yang agak bertenaga berbanding kumpulan sebelumnya, hehehe...


Mini Mob bermula sekitar 2.30 petang dengan beberapa sessi soundcheck dan rehearsal, manakala acara sebenar berlangsung sekitar 5.00 petang selepas kedatangan VIP IKM. Setiap peserta yang mendaftar juga diberikan sijil penyertaan oleh pihak IKMB.

Lagu-lagu yang dimainkian Biar Berkikis Bulu Betis, Meniti Titian Usang, Hati Emas, Situasi, Akan Ku Tunggu, It's My Life, Last Kiss dan lagu encore Pelesit Kota.


Dikatakan ini merupakan Rock & Mob (mini) yang pertama diadakan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Disertai oleh lebih kurang 50 orang ahli muzik dan vokalis daripada IKMB sendiri dan ahli Pemuzika. Kebanyakannya adalah muka-muka yang dikenali semasa Sarawak Rock & Mob bulan lepas.

Pendapat peribadi, Mini Mob ini walaupun berjaya, tapi ia agak kurang meriah kerana ramai rakan-rakan "geng keras" yang menyertai Sarawak Rock & Mob bulan lepas tidak dapat turut serta kerana komitmen kerja.

Ice cream break.
Acara Mini Mob tamat sekitar 6.00 petang, perut dah mula lapar. Selepas sarapan di rumah, aku hanya berbekalkan tenaga daripada 100 Plus, ais krim gula apong dan sebotol Brands Ca'ya. Aku tidak berani membeli makanan lain yang dijual di gerai-gerai bersebelahan pentas kerana baru kena keracunan makanan minggu lepas.

Rasanya ini merupakan aktiviti muzika sosial terakhir aku sebelum hiatus beberapa bulan. Selain alasan bulan puasa dan raya, yang penting adalah persiapan untuk paternity mood yang dijangka pada bulan Ogos nanti, insya-Allah.

_____
AADI: *Kadang-kadang teringin juga nak lari daripada hype Iron Maiden.

Ibanez GSR Copy


Diberi tugasan untuk "mengatur" sebuah bass milik rakan sepermuzikan Bintulu. Baru dibeli beberapa minggu lepas semata-mata untuk home recording. Rakan tersebut seorang gitaris, jadi perlukan sebuah bass. Dimaklumkan bahawa bass ini bermasalah bunyi humming yang kuat.


Dijadikan cerita ini merupakan pertama kali aku menservis bass. Bila dihantar ke tempat aku, aku berani cakap bass ini bukan Ibanez asli, tapi bahasa lembutnya "copy". Aku pernah memiliki dua jenis bass Ibanez GSR series iaitu GSR190J dan GSR200EX, jadi sedikit sebanyak tahap "GSR lore" aku boleh tahan jugalah.


Daripada headstock beberapa off-sets; (1) label "Ibanez", (2) trussrod cover bentuk LTD dan (3) bucu kanan agak "tumpul". Rujuk headstock GSR190J, GSR200EX dan SR300 di bawah sebagai perbandingan.

GSR190J (aka ex-Crows).
GSR200EX (aka ex-Clover).
SR300 (aka Tommy)
Pada badan pula, beberapa off-sets; (1) 24-fret berbanding 22-fret pada kebanyakan GSR series, (2) generic bridge bukan Ibanez B10, (3) tombol jenis logam dan bukannya plastik, dan (4) skru-skru pikap dipasang agak kelam-kabut, senget dan saiz tidak sesuai.


Menjenguk isi perut, sekurang-kurangnya kerja kayunya lebih bagus daripada Fender 50's Strat copy dalam entri ini. Cuma ia tidak dilapisi dengan cat konduktif yang biasanya berwarna hitam. Mungkin satu daripada punca humming.

VOL/VOL/TONE.
Pendawaian pun agak generic; pot 500k untuk kedua-dua pikap precision dan jazz, dan pot 500k untuk tone. Kebanyakan pendawaian PJ bass yang aku jumpa di internet menggunakan pot 250k.


Nak buat copper shielding menggantikan cat konduktif, tapi aku tak ada material dan kemahiran. Jadi aku cuba untuk "mengatur" semula pendawaian - buka dan pateri semula wayar seringkas mungkin dengan harapan kuranglah ground loop.

Pada pendengaran aku yang amatur ini, selepas "diatur" semula pendawaian ada kurang sikitlah humming (menggunakan Blackstar Fly 3) berbanding mula-mula diterima. Cuma malangnya, bila sampai di tempat tuan punya, bunyi humming masih ada *sigh~*.

_____
AADI: Bajet bukanlah satu-satunya kriteria pembelian alat muzik.

IKMB & Friends Gig & Mini Mob


Notis pendek daripada pihak Pemuzika, dengan kejayaan menganjurkan Sarawak Rock & Mob bulan lepas, kini ia kembali dalam bentuk Mini Mob bersempena Pesta Konvokesyen keempat IKM Bintulu.

Imej cilok.
Dengan kerjasama Persatuan Kesenian dan Kebudayaan IKM Bintulu, antara team yang paling banyak menghantar penyertaan semasa Rock & Mob lepas. Mini Mob dijadualkan pada Sabtu 21/04/2018 (esok) bermula jam 2.00 petang.

Setlist lagu-lagu untuk Mini Mob - Biar Berkikis Bulu Betis, It's My Life, Meniti Titian Usang, Hati Emas, Gerhana, Sweet Child 'O Mine, Akan Ku Tunggu dan Last Kiss.

Gig pula ada tiga slot, slot pertama Jumaat 20/04/2018 0900-1100, slot kedua Sabtu 21/04/2018 0900-1230 dan slot ketiga sebelah malamnya 2000-2300. MUP dijadualkan bermain dalam slot kedua sekitar pukul 1115-1200. Dan seperti gig Rock & Mob yang lepas, MUP tidak cukup korum, kali ini mungkin hanya bermain secara 3-piece (aku, Bob dan Roy).

_____
AADI: "Lagu metal tidak dibenarkan", chuih!~

Tali Gitar Gaya Pos (Part 4)


Batch keempat pembelian tali gitar melalui Strings By Mail, batch kali ini kesemuanya adalah jenama SIT Strings dalam pelbagai saiz. Pembelian utama ialah tiga unit bersaiz 9.5-44, selebihnya merupakan pembelian sampingan.


SIT Power Wound merupakan antara jenama/model termurah dalam katalog SBM. Juga percuma dua sticker decal SBM seperti pembelian batch pertama.

Saiz 9.5-44 merupakan saiz perantaraan 9-42 dan 10-46, bukan semua jenama ada saiz perantaraan begini. Ia sesuai untuk mereka yang melalui proses peralihan (transition) daripada gitar berskala 25.5" kepada 24.75", atau daripada talaan E-standard kepada Eb-standard jika merasakan saiz 10-46 agak keras.

Biasanya aku memperolehi dalam 4-5 unit per batch sebelum kos pengeposannya menjadi tidak munasabah, daripada USD5+ kepada USD14+ (2-3 kali ganda lebih mahal). Jika batch sebelum ini hanya empat dan lima unit sahaja, kali ini dapat menyelit sampai enam unit.

_____
AADI: Juga boleh didagangkan semula.

Wordless Wednesday: Ashtar Galactic Cinema












All images linked from Francis Ngu @ Bintulu News Facebook.

_____
AADI: Akhirnya, selepas dua tahun menunggu. Oklah AGC daripada tak ada langsung.

Mega HT-5RH


Tergerak hati untuk mencuba kesemua kabinet gitar yang ada V110NT, IRT-X dan HT-112 secara serentak pada HT-5RH, untuk setup yang mega. Gitar yang digunakan untuk sessi eksperimen ini ialah Neon.

Setup agak berterabur.
Kedua-dua kabinet HT-112 dan V110NT mempunyai impedens 16 ohm, maka kedua-duanya boleh digunakan serentak (8 ohm x2) pada HT-5RH ini. Manakala IRT-X disambung pada emulated output dengan emulasi 1x12 cab.


Pedal yang digunakan ialah SD-1 sebagai front-end booster dan MS-70CDR untuk efek-efek time-based (chorus, delay, reverb) melalui effects loop.

Keputusan: IRT-X agak overkill pada volume maksimum, menenggelamkan bunyi kedua-dua kabinet V110NT dan HT-112. Tetapi bunyi HT-112 lebih padu dan lebih bass kerana saiz speaker 12" menolak lebih banyak udara berbanding 10" pada V110NT.

Kesimpulan: Setup sebegini walaupun nampak ringkas, tetapi hanya sesuai untuk setup jenis fixed seperti di studio. Kalau untuk persembahan live/gig, agak leceh dari segi logistik. Mungkin lebih sesuai untuk HT-5 versi kombo.

_____
AADI: IRT-X bakal beraksi untuk Rock & Mob (mini) hujung minggu ini.

Ada Apa Dengan Yeo's, Teh Krisantimum Salji?


Promosi RM0.99 di pasar raya F untuk sebotol 350 ml Yeo's teh krisantimum salji (winter chrysanthemum?).


Rasanya agak cair berbanding teh krisantimum biasa (kotak). Mungkin juga lebih kurang sama cair seperti rasa chrysanthemum with tea Pokka. Sesuai untuk minuman harian, dengan harga RM0.99 tak berkira sangat kan?

_____
AADI: Apa beza salji dan salju?

Wordless Wednesday: Imperial Step Drill Bits



Non-metrics.
_____
AADI: Backdated.

Children Of Bodom - Halo Of Blood (Deluxe Edition)


Satu daripada usaha untuk melengkapkan koleksi album-album Children Of Bodom pasca Projek Mega 2011 (BD, RRF, HOB, IWC). Diperolehi daripada Inverno Music Station bersama-sama Crush bulan lepas.


Album studio kelapan Halo Of Blood merupakan rilisan tahun 2013, ketika aku baru berjinak-jinak kembali dengan COB melalui album RRF. Dengan cover art monotone yang menarik berbanding cover art RRF dan IWC.


Ada kesan potongan pada tepi digipak, tanda sebegini atau lubang ditebuk pada barkod biasanya menandakan CD lelong atau penghabisan stok. Jadi tak hairanlah ia diperolehi dengan harga yang munasabah murah. Aku boleh terima "kerosakan" begini asalkan tidak menjejaskan CD.


Seperti album IWC, versi deluxe album ini juga disertakan dengan DVD bonus dokumentari ala "the making of..."



Tak banyak yang dapat aku cerita pasal album ni. Dah beberapa kali putar, lagu-lagunya agak kurang melekat berbanding album-album klasik. Tetapi muzik COB tetap memukau, terutama faktor keyboard Wirman, aku akan tertunggu-tunggu untuk solo keyboard pada setiap lagu. Nak cerita pasal kerja gitar Laiho nanti terlalu overrated pula.

Seperti biasa, akan ada lagu cover menarik, untuk album ini Sleeping In My Car (Roxette) menjadi pilihan mereka. COB suka cover lagu-lagu pop, contohnya - Oops!... I Did It Again, Cruel Summer dan Danger Zone. Adakah untuk suka-suka, atau mereka juga ada guilty pleasure?


Inlay jenis lipat-lipat, kalau dibuka boleh jadi poster. Masih bersama Roope Latvala yang selepas album ini tidak lagi menyertai COB, mungkin faktor usia atau masalah peribadi.

Lain cerita, eStock musicMagpie sudah tidak lagi menerima pembelian eBay daripada Malaysia (dan Asia Tenggara secara amnya) untuk CD/DVD mereka. Nampaknya kena cari penjual eBay lain, atau sokong penjual tempatan - Radin, Inverno, Rock At Large.

_____
AADI: Mengumpul kembali album COB lama pula lepas ni.

Ada Apa Dengan Brand's Ca'ya?


Sudah sekian lama aku mencari Brand's Ca'ya di Bintulu, hanya pernah terjumpa dua kali di 7-Eleven dan Shell Mart. Itupun agak malang kerana sudah lebih tarikh luput. Harganya juga agak premium sekitar RM6.00 untuk sebotol kecil 100 ml ni.


Tapi bila terjumpa ia dijual di pasar raya SK dengan harga RM35.70 untuk sekotak berisi enam botol kecil 100 ml DAN percuma lagi sekotak, aku tidak melepaskan peluang untuk membelinya. Ini merupakan cara untuk menghabiskan stok lama, kerana kotak yang percuma (bawah) tu sebenarnya sudah dekat tarikh luput (Ogos 2018), manakala kotak atas ada masa setahun lagi.

Pertama kali menikmati minuman habbatus sauda dan ginseng ini sebelum menonton konsert Megadeth Kuala Lumpur hampir setahun lepas. Efeknya memang hebat, selari dengan slogannya "kekal bertenaga sepanjang hari".

Antara bekalan sebelum Sarawak Rock & Mob minggu lepas, bertenaga dari petang hingga gig santai sebelah malamnya.

_____
AADI: Tak boleh minum selalu.

Chorus, Delay, Reverb, Revisited


Mengambil kesempatan diskaun *30% bersempena ulangtahun ke-30 CK Music pada 23-24/03/2018 lepas untuk mendapatkan semula pedal Zoom MS-70CDR ini.


Pernah memilikinya beberapa tahun lepas, tetapi telah dijual bersama beberapa pedal lain untuk dana-dana GLTL Korina, alasan standard - jarang digunakan. Kemudian rasa menyesal kerana tahun-tahun berikutnya bila pedal ini ingin diperolehi semula, harganya pula melonjak naik daripada RM3xx kepada RM5xx! Sudah tidak berbaloi.

Unit ini telahpun memiliki firmware versi 2.0, tambahan 51 efek berbanding versi 1.0 menjadikan kesemuanya 137. Bakal digunakan pada effects loop Blackstar HT-5RH atau diasimilasikan dengan Laney IRT-Pulse bersama-sama MS-50G.

_____
AADI: *Berbanding hanya 20% semasa YES 2017.

Sekitar Gig Santai Sarawak Rock & Mob 2018


Sabtu (31/03/2018) - Siangnya Sarawak Rock & Mob, pada sebelah malam pula diadakan gig santai mengetengahkan kugiran-kugiran yang menyertai acara pada siang harinya. Diadakan di hujung foyer hadapan KFC Paragon, lokasi yang sama sessi rehearsal ini dan ini dan busking listrik.


Gig bermula sekitar pukul 8.00 malam, tiada tentatif atau senarai giliran, waktu ini tiada kugiran yang mahu membuat persembahan selain kugiran daripada SMK Kidurong (kalau tak silap).

Sehinggalah pihak penganjur mencari-cari ketua atau wakil ahli kumpulan untuk membuat senarai giliran secara impromptu, waktu ini barulah terkial-kial semua ingin masuk senarai.

Pro-X.
Rasanya ada berbelas-belas kugiran yang turut serta, antaranya (yang aku ingat) - NV Unity, Pro-X, Natas, Reigo Band, 4 Horsemen dan P9. Ada juga kugiran yang ditubuhkan secara bidan terjun pada malam itu juga. MUP? Kami tak cukup ahli kumpulan, jadi bermain sebagai MUP & Friends, tarik beberapa ahli kumpulan lain.

NV Unity.
Walaupun sudah dimaklumkan hanya dua lagu per kugiran, namun ada juga kugiran yang melarat main hingga 5-6 lagu, antara sebab gig ini berlarutan melebihi detik 11.00 malam.

Tiada penguatkuasaan daripada pihak penganjur, kalau adapun, agak pilih bulu. Nasib baiklah tuan rumah (Paragon) agak sporting dan bertolak ansur.

Reigo Band.
Sehingga detik 11.00 malam, penonton semakin berkurangan, nama MUP pun belum dipanggil. Bila dah lama menunggu sedikit sebanyak menghilangkan mood.

The show must go on, walaupun sudah melepasi detik 12.00 tengah malam dan hanya beberapa orang sahaja penonton yang masih kental, MUP & Friends tetap membuat persembahan. Disertai oleh Azroy Hammett (yang dah biasa menjadi seasonist MUP), Bro Ijam SYJ (bassist) dan Bro Asri Cop Kids (vokal). Setlist playsafe - The Trooper, 2 10 Minutes To After Midnight (tajuk parodi).

MUP & Friends.
Berbanding persembahan lucu MUP semasa Malam Aspirasi Seni 2016, aku rasa persembahan kali ini tidak kurang lucunya. Walaupun lirik berterabur hibrid Jerman-Russia, tapi aksi Bro Asri di atas pentas hyper-active ala Bruce Dickinson. Tak kering gusi aku sepanjang persembahan, tersenyum, tersengih dan ketawa melihat gelagatnya. Video? Ada tapi bukan aku yang punya.

Post-mortem:
  1. Masih ada kugiran yang mengambil masa yang lama untuk buat soundcheck.
  2. Perlu ada penguatkuasaan oleh pihak penganjur/pengelola - jangan lama buat soundcheck, jangan main lagu lebih.
_____
AADI: Terasa agak janggal bila tak jadi vokalis.

Wordless Wednesday: Heat Shrink Tubing




_____
AADI: Macam mercun.

Sekitar Sarawak Rock & Mob 2018


Sabtu (31/03/2018) - D-day Sarawak Rock & Mob 2018 bertempat di perkarangan Bintulu Paragon. Setelah hampir empat bulan perancangan dan beberapa kali sessi rehearsal, maka tibalah hari kejadian.


Kredit kepada pihak Pemuzika Bintulu kerana berjaya mengelola program sebegini dengan lancar tanpa dana yang besar, disokong oleh pihak Paragon yang menaja tapak dan tauke-tauke PA system sekitar Bintulu (termasuk Hepi Sound) untuk kolaborasi PA system yang mantap.

Aku tiba sekitar 1.15 petang, walaupun sudah mendaftar dan mengambil sijil penyertaan pada sebelah paginya sambil membawa keluarga jalan-jalan melihat persiapan. Mendengar taklimat ringkas untuk kelompok gitaris belakang (kami la tu) supaya volume tidak overkill, sebelum pemilihan tapak dan soundcheck.


Rig ringkas - gitar, wireles Takstar WGV-601, Boss GT-1 terus ke Laney IRT-X. Kali ini aku membawa So-Cal sebagai gitar utama atas faktor mojo Charvel, Neon pula sebagai backup disimpan dalam kereta. Oh ya, tak lupa kamera Go-Amateur yang dipasang pada headstock gitar untuk rakaman video kenang-kenangan peribadi.


Dah berjanji dengan Bro Eden (REG Studio) untuk memilih tapak yang berhampiran. Rasanya kali terakhir aku bergandingan dengan Bro Eden adalah semasa konsert Metallica Kuala Lumpur tahun 2013 dulu, fuhh~ Dah lima tahun. Walaupun seBintulu, tapi jarang berjumpa, akupun dah lama tak menjejakkan kaki ke REG Studio.


Sessi soundcheck dan raptai penuh sekitar 3.00 petang berjalan lancar, rehat sebentar sebelum acara perasmian dan persembahan pukul 4.00 petang.

Acara rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku (fuh rasmi gila), ucapan Pengerusi Pemuzika dan seterusnya perasmian oleh Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu (sebagai wakil).


Seperti biasa, disertakan video "live" ketika hari kejadian daripada Facebook Bintulu Info. Rasanya cuma aku seorang saja yang pakai gitar warna hijau, kah kah kah...


Agak terkejut kerana ada lagu encore Sweet Child O' Mine, lagu yang tidak dimainkan semasa latihan ataupun rehearsal, ramai yang terkial-kial termasuk aku. Tapi tak mengapa (parap-parap) hentam sajalah, kalau rasa salah, off saja volume gitar.


Tak banyak gambar yang ada dalam kamera telefon aku. Tiada masa nak multi-tasking, cuma harapkan gambar-gambar cilok daripada Facebook rakan-rakan. Video dan gambar dalam Go-Amateur pun belum aku tonton sepenuhnya.


Herman Akmal (NV Unity) menggayakan t-shirt Tahi Suci, dan kelibat amp ex-Vox VT40+ bersama-sama VFS5 kepunyaan Azrol (tidak ikut serta) yang digunakan oleh Akmal. Masih bertahan hampir lapan tahun.

Fakta-fakta menarik Sarawak Rock & Mob 2018:
  1. Pertama di Sarawak dan kedua di Malaysia selepas Perlis.
  2. Berjaya memecahkan rekod 150 orang penyertaan, iaitu 158 hahaha...
  3. Penyertaan termuda umur 6 tahun bermain drum elektrik.
  4. Paling veteran rasanya Pak Yep Hanafi (Pro-X band) kot?
  5. Cuaca memang mengizinkan, panas dan cerah sehingga petang.
  6. Geng-geng Harley Davidson Bintulu (geng Bro Eden ni) pun datang memberi sokongan.
  7. Sebelah malam ada gig santai, MUP dapat slot kedua terakhir, main pukul 12.00 tengah malam, hambek kau!
Dengan selesainya acara ini, maka impian aku seperti dalam entri tiga tahun lepas sudah tercapai.

Aku berhenti di sini dulu, habis idea... Kalau ada idea, info dan gambar tambahan aku sambung lagi.

[03/04/2018 - Gambar-gambar tambahan]



Selamat Hari Kesedaran Autism Sedunia 2018


Yang juga disambut pada hari ini 02/04/2018.


Bila dikurniakan anak yang didiagnosis mempunyai ciri-ciri autism spectrum disorder, barulah aku faham apa itu autism. Yang pasti golongan autism ni ada ciri-ciri istimewa, Ijau Jr. yang aku perhatikan dapat menghafal nombor 1-10 (Bahasa Melayu dan English), ABC dan alif-ba-ta dalam masa yang singkat.

_____
AADI: Autism awareness leads to autism acceptance.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger