Wordless Wednesday: Kit Kat Dark Pink



Bukan black pink ya...
_____
AADI: Backdated.

Mono Betty, Second Chance


Antara sebab aku tak suka strap gitar yang bukan daripada material kulit (keseluruhan, atau *hujung sahaja) ialah ketahanannya. Contoh paling ketara ialah strap Mono Betty ini, walaupun harganya premium tapi tak sampai tiga tahun diguna sudahpun menunjukkan tanda-tanda merekah.


Aku tak pasti apa material asalnya, sintetik macam getah tapi yang pasti bukan kulit, mungkin untuk menepati citarasa pengguna vegan. Mungkin juga ia kesan kerana selalu menggalas gitar-gitar berat - Nightfall (4.2 kg), ex-Johnny (4.7 kg), ex-Francesco (4.9 kg).

Oktober 2017, dipadankan bersama-sama Loxx.
Aku bercadang untuk menghantarnya ke tempat membaiki kasut kulit selepas PKP kelak. Tapi dijadikan cerita, kebetulan ada seorang rakan sekerja yang otai (Pak Abu) waktu PKP ini mula berminat bermain dengan kulit, buat wallet, sarung handphone, vape, dll. Mencari hobi baru penghilang bosan katanya. Betty ini menjadi satu daripada platform untuknya belajar menjahit kulit.


Walaupun agak amatur, tapi sekurang-kurang aku kembali yakin untuk menggalas gitar dengan Betty ini. Sekiranya sintetik asal tadi tewas, masih ada saving grace gitu... Akan digunakan bersama-sama gitar yang ringan untuk mengurangkan risiko.

_____
AADI: *Kulit pada hujung strap Dunlop masih bertahan 10 tahun tanpa sebarang kerosakan.

Days Gone (PS4)


Ini antara pembelian impulsif setelah mengetahui tempoh PKP dilanjutkan lagi untuk fasa ketiga sehingga masuk bulan puasa. Days Gone antara game PS4 yang masuk dalam senarai ingin dimainkan selain The Outer Worlds dan Red Dead Redemption 2.


Days Gone dipilih kerana ia eksklusif untuk PS4 sahaja berbanding dua tajuk tadi yang juga ada pada platform lain seperti Xbox dan PC. Diperolehi menerusi Shopee daripada seller yang sama untuk Doom 2016. Ini merupakan game rilisan tahun lepas (26/04/2019) boleh dikira setahun basi dan harga pasarannya juga turun sedikit tapi tidaklah semurah Doom 2016 tadi.

Berlabel kuning "not to be sold separately" yang bermaksud game ini sepatutnya bundle sekali dengan pembelian sistem PS4 baharu. Tapi tak mengapa, yang penting ia original dan diterima dalam keadaan baru dan berbungkus (sealed).


Ketika entri ini ditulis, aku sedang dalam fasa menghabiskan game Tomb Raider: Definitive Edition yang tidak berkesempatan dimainkan ketika ia diperolehi tiga tahun lepas. Game ini pula akan mula dimainkan sejurus TRDE tadi habis dimainkan, bekalan untuk PKP fasa keempat.

Mengambil peluang sepanjang tempoh PKP ini untuk berkonsol "nocturnal gaming" sepuas mungkin. Nanti dah habis PKP pastinya tiada peluang lagi untuk berkonsol, pola tidur kena kembali normal. Lebih-lebih lagi hujung tahun nanti bakal ada ahli keluarga baharu, insya-Allah.

Stay safe, stay at home, the world comes for you...

_____
AADI: Tak tersentuhlah gitar dan Pod HD.

Ramadhan PKP


Ramadhan datang lagi, ahlan wasahlan...

Tetapi Ramadhan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana masih dalam tempoh PKP. Paling ketara tiada bazaar Ramadhan dan tiada solat tarawih di masjid.

Gambar hiasan entri tahun lepas.
AADI mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Ramadhan 1441H, selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang beragama Islam.

Stay safe, stay at home, ahlan wasahlan ya Ramadhan.

_____
AADI: Berkebarangkalian besar tiada sambutan Hari Raya.

Wordless Wednesday: Kit Kat Duo




_____
AADI: Bolehlah, lebih sedap berbanding versi Pink atau Green Tea.

Bintulu Times Square Skating Rink


(Cerita sebelum PKP) Dah agak jarang pergi Bintulu Times Square kebelakangan ini semenjak ada tHe Spring Bintulu, kecuali kalau nak pergi premis Toys R' Us satu-satunya tujuan utama untuk ke gedung ini.

Beberapa bulan lepas ada dipromosikan di Facebook mengenai premis terbaharu di sini iaitu skating rink. Kononnya sebagai tarikan terbaharu untuk gedung ini yang popularitinya semakin merundum.


Di Facebook ikonnya merupakan seekor penguin, jadi aku beranggapan "wah ada ice skating, biar betul?". Tapi bila dah sampai agak hairan kenapa hanya ditulis "skating rink" dan bukan "ice skating rink"?


Rupa-rupanya yang putih itu bukanlah permukaan ais, tetapi sintetik seperti plastik. Memang potong stim teruslah nak membawa anak-anak masuk, nasib baik tak dijanjikan, kalau tak memang ditagih anak-anak. Jadi, kembalilah ke premis Toys R' Us...

Disney-fied Star Wars.
Teringat memori bermain ice skating di Kompleks Bukit Jambul, Penang zaman student USM penghujung 90an dulu (belasah student night, setiap Isnin bermula 9.00 malam) itupun hanya bertahan beberapa tahun sahaja sebelum lingkup. Nanti aku cari gambar throwback.

Sunway Pyramid, entri lama.
Kemudian awal 2000an hanya sempat main beberapa kali di Sunway Pyramid. Sekarang dengan lutut kiri aku yang bermasalah (cedera dua kali zaman gila futsal penghujung 2000an dulu) memang betul-betul grounded lah aku daripada dunia begini.

_____
AADI: Bersukan e-sport lah jawabnya.

Pod HD, Si Kacang Hitam


Tak tersengaja melayari web CK Music beberapa bulan lepas, terjumpa pula saki-baki barangan Line 6 yang dijual pada harga penghabisan stok (CK Music bukan lagi pengedar rasmi barangan Line 6 sejak 2015). Satu daripadanya ialah Pod HD Desktop "Black Bean" ini yang dijual pada harga diskaun 70%. Ini antara gajet yang pernah terGAS suatu ketika dahulu.


Pembelian sampingan ialah dua unit tali gitar jenama GHS, Boomers GB9 1/2 (9.5-44) dan Burnished Nickel Rockers BNR-L (10-46). Kebetulan juga ketika itu CK Music ada promosi GHS 20%.


Diterima dalam keadaan yang memuaskan, cuma kotak asal sahaja agak kemek akibat transit. Kandungan di dalam lebih ringkas berbanding Pod X3, cuma ada manual ringkas dan adapter. Tiada apa-apa CD atau manual tebal disertakan, semuanya disuruh muat-turun dari website Line 6, juga tidak disertakan dengan kabel USB (duh~).


Unit ini berstatus new old stock dan bukannya display unit, katanya masih ada 1-2 unit lagi dalam stok mereka. Cuma, tiada lagi waranti kerana perenggan pertama di atas. Diperolehi berbekalkan dana-dana hasil jualan Micro Terror dan SC58, aku cuba mendapatkannya awal bulan Mac tetapi tertangguh kerana PKP.

Second input, XLR version.
Ini merupakan model terakhir siri Pod bentuk kacang (discontinued), pod yang masih wujud kini hanyalah Pod HD500X dan Pod HD Pro X. Aku pernah memiliki versi "Red Bean" Pod X3 pertengahan tahun 2011 (jual, beli balik, jual lagi). Ketika itu belum berapa "mahir" dan terasa agak leceh digunakan ketika jamming. Tetapi sejak memiliki Pod HD300 aku mula faham bagaimana mengendali siri-siri Pod Line 6. Sayangnya Pod HD300 tadi pula dah kaput dan kemudiannya dijual sebagai alat ganti.


Fungsi-fungsi utamanya iaitu amp modeling lebih kurang sama seperti yang ada pada Pod HD300, tetapi lebih banyak opsyen contohnya dual-tone dan dual-rig sama seperti Pod X3. Setelah dicuba secara spontan, ia terus dikemaskini dengan flash memory terkini v2.62 untuk mendapatkan tujuh lagi model amp tambahan.


Seperti Pod X3, ia lebih digunakan sebagai mainan di rumah (*lebih-lebih lagi musim PKP ini) berbanding dibawa jamming, gig atau persembahan pentas. Akan dipadankan dengan Laney IRT-X atau menggunakan headphone HD-330 untuk mod senyap. Selain hanya memainkan patches yang tersedia ada (kes malas buat patch sendiri), juga akan cuba download patches yang ada pada website custom tone Line 6.

*Tapi serius ketika musim PKP ini serius kehangatannya telah dipotong oleh PS4...

_____
AADI: Beg Line 6 FG5 sudah boleh digunakan semula :)

Wordless Wednesday: In 3M We Trust




_____
AADI: Fasa Ketiga, hari ini aku mula bertugas.

Aku, PlayStation 4 Dan PKP


Antara aktiviti nocturnal ketika PKP ini ialah bermain konsol PS4. Serius, kalau bukan pasal PKP memang tak tersentuh pun PS4 selepas kehangatan main Fallout 4 mula menurun awal 2017. Semasa fasa pertama, aku memainkan semula The Last Of Us, Remastered yang sebelum ini hanya pernah dimainkan 10-15% sahaja, berjaya dihabiskan dua kali pusingan.

Man cave IDK.
Semasa fasa kedua, baru menerima Doom 2016 yang dipesan beberapa hari sebelum PKP fasa pertama bermula. Seperti Fallout 4, agak janggal pada mulanya memainkan game FPS menggunakan DualShock (sebelum ini aku PC gamer) tapi lama-kelamaan bolehlah. Dua perkara yang aku puas hati dengan Doom 2016 ini - karekter Doom Slayer dan muzik Mick Gordon.


Untuk PKP fasa ketiga nanti, mungkin akan cuba menghabiskan game Tomb Raider Definitive Edition yang sebelum ini menerima nasib yang sama seperti TLOUR di atas. Teringin juga nak beli game baru sama ada Days Gone atau The Outer World, tapi was-was sebab lepas PKP nanti, belum tentu ada masa untuk rancak berkonsol seperti sekarang.


Gitar? Hehehe... Siang sibuk dengan aktiviti kekeluargaan, malam pula nocturnal gaming, kadang-kadang memang *tak tersentuh pun gitar walaupun bersebelahan konsul. Kalau ada pun biasanya hanya sempat 10-15 minit sehari untuk menghilangkan gian, selain cuba untuk memainkan riff-riff Mick Gordon seperti dalam game Doom 2016.

Ya, tak tersangka pula PKP bakal masuk fasa ketiga sampai bulan puasa. Nampak sangat tiada harapan untuk balik raya di Membakut tahun ini kerana sudah pasti sempadan Malaysia-Brunei masih tutup. Nak balik guna udara pula banyak kerenah birokrasi selain Mrs. Ijau yang masih mabuk trimester pertama.

Stay safe, stay at home, rip and tear!

_____
AADI: *Blogging pun sama...

Ada Apa Dengan Dutch Lady Star Wars? (Part 2)


Kalau versi lama imejnya Darth Vader (coklat) dan Storm Trooper (strawberi), versi baru ini pula didatangkan dengan imej R2-D2 (coklat) dan BB-8 (strawberi).


Aku tak beli pun sebab tiada lagi yang istimewa dengan franchise Star Wars mutakhir ini, akupun dah tawar hati sejak filem The Last Jedi. Kalau teringin nak minum susu Dutch Lady coklat/strawberi, baik beli versi kotak UHT lebih berbaloi per isipadu.

_____
AADI: Susah cari masa berblog tatkala PKP ni, buat entri pun pendek-pendek.

Wordless Wednesday: Hati Dan Jantung




_____
AADI: Selamat ber-April.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (83) 58 explorer (23) 7-string (11) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (28) adrian smith (17) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (149) amplitude music (3) amplug (5) andy james (4) angker (2) anime (52) anniversary (89) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (132) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (6) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (67) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (16) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (12) bentley (1) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (300) bintulu buskers (5) black friday (9) black sabbath (1) blackstar (27) blades (5) blaze bayley (28) blind guardian (21) blogging blues (61) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (63) botb (21) bottlecapt (3) brado guitars (5) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (59) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (25) canon (2) caparison (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (68) children of bodom (22) ck music (56) cog (10) coke (5) coklat (7) cola (8) compilation (64) conception (2) console games (18) converse (3) cort (48) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (44) dalat (20) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) dgr (3) digipak (44) digitech (24) dimarzio (47) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (6) dvd (72) earth hour (14) ebay (228) ec-1000 (5) ec-256 (26) ec-257 (11) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (89) electro-harmonix (27) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (27) emo (220) energy drinks (34) engrish (3) entwistle (9) environment (36) epiphone (128) erectus (12) ernie ball (29) esp/ltd (189) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (15) fallout (15) family (55) fear factory (3) fender (16) filler entry (49) first aid (1) fishman (3) flashback friday (18) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (21) footwear (3) fotografi (31) fozzy (1) fund-snatcher (16) fusion (3) g250fr (1) gamer mode activated (28) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (126) gator (15) gax010ltd (9) geeksup (3) ghs (29) gibson (16) gig (106) gigrig (14) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (8) green tea (18) grg270 (25) gruv gear (2) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (15) guitar collection (11) guitar parts (70) guitar service (35) guitar talk (64) hammerfall (17) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (29) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (62) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (27) ibanez (208) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (69) imitation (3) in flames (4) instagram (27) insulter (4) inverno (22) iron maiden (148) irt-pulse (6) isolated gig (8) isu semasa (251) j5 (13) jackson (49) jamming (142) jamtank (35) jepak (9) jim dunlop (64) joe satriani (14) jotb (13) joyo (21) jr (13) js music (4) js32 king v (13) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (23) karisma (4) kaset (34) kawan (310) kazanna (1) kempen (35) kerja (77) kerly (2) kesihatan (45) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (9) king diamond (25) king's studio (3) kkdn (6) koleksi (300) konsert (93) kopi (36) korg (52) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (35) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (4) laney (31) larrong (6) lawas (4) lazada (22) lefthanded (5) lemon tea (13) letgo (58) lil (35) limbang (7) limited edition (41) line 6 (43) linkin park (5) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (90) m-50fr (25) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (410) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (15) marco hietala (20) marigold (3) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (60) melaka (13) membakut (42) memori (343) mercyful fate (11) metallica (80) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (4) moody monday (13) mooer (1) motorhead (9) movie (59) mr diy (2) mrs (63) muf (7) mug (2) mukah (20) mup (134) music bliss (11) music master (41) music nomad (1) muuv (58) muww (1) mxr (11) my music (8) nanasmania (27) naruto (1) nat-geo (4) nestle (43) new album (28) new gear (198) newsted (3) nightfall (9) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (14) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (94) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (28) nylon maiden (2) of string (23) oishi (5) oktoberfest (9) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (39) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (50) pc stuff (36) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (314) pedaltrain (14) pemuzika (15) penang (39) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (9) phones (12) pic of the day (61) pick (61) pickup swap (64) pickups (147) pkp2020 (16) pl1 (2) planet waves (12) playstation (17) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (4) pod hd (1) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (14) popcorn (7) popomania (6) post-apocalypse (16) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (5) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (47) radio (6) rajinikanth (3) ramadhan special (79) ramli sarip (3) rammstein (6) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (79) revamp (2) rex (1) rg331m (16) rg350m (14) rg370ahmz (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (3) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (6) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (8) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) sdx (6) search (16) seymour duncan (35) shopee (14) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (7) silvia (16) singapore (53) single/ep (7) sipitang (1) sit (9) skb (2) skull strings (3) slayer (3) slipgate (7) smr (3) snark (9) so-cal (61) sonata arctica (3) sony (24) soundcloud (9) soundwave (2) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (39) stagg (12) star wars (18) stewmac (6) sticker (6) strap (20) street jam (2) strings (134) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (4) sungai (13) super album (96) superlux (3) susu (9) sv guitars (3) swee lee (7) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (48) tahi suci (7) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tc electronic (2) tech21 (4) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (3) the cranberries (2) the guitar addict (33) the iron maidens (3) the shred sanctuary (1) thomas zwijsen (6) throwback thursday (18) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (11) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (20) top 5 (5) tour de brunei (46) toys (12) trade (22) transformers (4) travel (125) tribute (45) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (4) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (73) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (29) wireless (5) wonda (3) wordless wednesday (334) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (5) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (114) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger