Gold Mines Berkabus


Buat entri teaser dulu, belum ada mood nak taip entri panjang-panjang... Mungkin esok, lusa atau minggu depan.


Line-up photoshoot yang tak menjadi, orang lain posing ganas, tapi ada pula yang posing ala kawaii gitu, kah kah kah~

Video? Ada, live video linked daripada Facebook Azri.


Oops~ Terkucil @0:31 onwards.

Btw, GT-10 dan Helix tu band dari Brunei (Alexandria) yang punya, dah siap-siap soundcheck. Aku dan Nuing cuma guna MS-50G sahaja.

_____
AADI: Gitar baru?

Wordless Wednesday: Jackson-ed




_____
AADI: >:)

Maximum Micro (Part 2)


Sessi jamming rehearsal ketiga MUP persiapan untuk Isolated Gig Vol. 1 hujung minggu ini. Untuk entri kali ini, perenggan pertama dan kedua lebih merapu kepada eksperimentasi equipment yang aku guna (sama seperti entri minggu lepas), *tapi...


Untuk minggu ini aku menggandingkan Micro Terror bersama-sama kabinet yang lebih besar iaitu HT-112. Setting lain masih sama seperti minggu lepas (Neon, Dark Star, MS-50G). Ya, dengan HT-112 ini volume Micro Terror sekitar 10-11 o'clock sudah cukup kuat untuk jamming kecil-kecilan berbanding 3 o'clock dengan V110NT minggu lepas.


Nuing menggalas tugas sebagai gitaris utama untuk gig nanti menggantikan Azrul (tour bersama Larrong di Filipina) dan Jawank (kerjaya). Masih setia membawa RG331M dan minggu ini, juga membawa amp sendiri iaitu Katana 50 yang khabarnya baru diperolehi daripada Dead Eye Guitars.


Minggu ini si Korawk ada menghadirkan diri, yang bakal menjadi frontman merangkap bassist untuk gig nanti. Inilah tuan baru kepada bass aku ex-Tommy (tak lari ke mana kan?). Sebagai frontman, jangan hairan sebab ada lagu cover Metalucifer, kerana Korawk baru saja berjumpa Metalucifer di KK beberapa minggu lepas...

Setlist
  1. Pentagram Di Atas Pusara (PDAP, codename Padaiyappa)
  2. Kabus
  3. Warriors Ride On The Chariots
Klausa "kehilangan ahli band..."
*Tapi, minggu ini Bob Kandar pula tak dapat hadir kerana kerja yang berlarutan sehingga petang. Maka kami bertiga jamming tanpa nadi dan kadang-kadang ke laut dari segi tempo. Harapnya ada lagi sekali sessi jamming (rehearsal) sebelum hari kejadian dengan dihadiri oleh semua line-up yang terlibat.

_____
AADI: Rehat cover Iron Maiden.

Ada Apa Dengan Origina Dairy Tamar Milk?


Susu kurma agak hype kebelakangan ini dari segi rasa dan harga yang premium. Contohnya Origina Dairy tamar milk ini yang berharga *RM3.50 untuk sepeket berisipadu 200 ml.


Dikilangkan oleh PS Food & Beverages Sdn. Bhd. Shah Alam. Rasa manis kurma membuatkannya agak eksotik, tetapi harga per isipadu membantutkannya daripada menjadi minuman harian.

*Harga kantin, kalau harga kedai runcit atau pasar raya mungkin lebih murah.

_____
AADI: Cerita mereka sendiri.

Drop-D Nightfall


Nightfall dibelanja dengan set tali baru Jim Dunlop DEN1052 (10-52), bukanlah jenama tali gitar kegemaranku, tapi ada baiknya Jim Dunlop ini didahulukan berbanding jenama lain yang ada dalam stok sebelum ia berkarat dalam simpanan (pengalaman sebelum ini). Tetapi saiz 10-52 merupakan saiz kegemaran untuk gitar-gitar berskala 24.75".


Julat muzik yang aku mainkan setakat ini hanyalah sekitar E/Eb-standard dan drop-D/C#. *Tiada maknanya jika aku tala lebih rendah daripada drop-C# (contohnya D-standard sebelum ini), ia hanya akan membuatkan gitar ini jarang dimainkan. Jadi, untuk kali ini ia ditala drop-D, jika rasa kekok, akan ditala semula menjadi Eb-standard. Dicadang untuk dibawa sessi jamming MUP hujung minggu ini.

_____
AADI: *Antara pemusnah GAS 7-stringer.

Maximum Micro


Sessi jamming rehearsal kedua MUP persiapan untuk Isolated Gig Vol. 1 hujung bulan nanti. Entri kali ini lebih merapu kepada equipment yang aku guna, malas nak cerita pasal sessi jamming itu sendiri. Lagipun bassist dan frontman tidak dapat hadir (meh~) saat-saat akhir atas urusan kerja...


Daripada pengalaman sessi minggu lepas, minggu ini aku membawa amp sendiri iaitu Micro Terror dan kabinet V110NT kerana amp gitar studio Riego agak kurang memuaskan.


Setup Micro Terror digunakan agak clean-ish (edge of breakup, 10-11 o'clock gain) dan dikeraskan oleh distortion daripada MS-50G (Red Crunch - rhythm, Zoom 9002 - lead) dengan sedikit reverb dan delay secukup rasa.

Ya, setup begini cukup kuat untuk jamming kecil-kecilan (3 o'clock volume), minggu depan mungkin aku akan cuba gandingkan dengan kabinet HT-112 pula.


Minggu ini aku menggunakan Neon untuk memandu-uji prestasi set pikap Dark Star. Seperti hyped, ia boleh menandingi prestasi set Evolution/D-Activator sebelum ini. Pastinya set ini akan dibiarkan dalam gitar ini, sehinggalah aku bertukar mood dan pasang pikap lain.

_____
AADI: Video? Ada link/share dalam Facebook aku.

Mesin Penala Pengunci


Leka membelek-belek katalog *ESP/LTD di website Guitar Collection, terjumpa Planet Waves auto-trim locking tuning machines dalam ruangan clearance dijual dengan diskaun 65% harga penghabisan stok.


Dengan pantas memesan dua unit iaitu PWAT-6R3 (in-line right, gold) dan PWAT-331L (3R+3L, chrome). Malangnya tiada versi untuk lefthanded/reversed headstock. Dipesan hari Selasa (12/3/2019) dan diterima petang semalam.


Ini merupakan model lama, kerana model baru menggunakan nama D'Addario (parent company) dan bukan lagi Planet Waves.

PWAT-331L (3R+3L, chrome).
PWAT-6R3 (in-line right, gold).
Walaupun luaran kotaknya bermusim dan nampak seperti selalu dibuka (stok lama atau demo set), tapi kandungan dalam masih nampak baru, berkilat dan lengkap dengan segala skru, nat dan washer.

Gitar mana yang bakal dipasang, itu simpan untuk entri lain...

_____
AADI: *Nak beli gitar baru ke?

Popcorn Magic Bites


Antara yang terperap dalam draft sejak tahun lepas. Popcorn jenama Magic Bites perisa butter caramel, 130 gram dengan harga RM3.00 di depan premis JR.


Buatan MMB Marketing Company Sdn. Bhd. Kuching, Sarawak. Rasanya walaupun tidak dapat menandingi perisa karamel Tong Garden, tapi lebih puas kerana kuantiti per harganya.

Persoalannya sekarang, macam mana nak seludup masuk pawagam? Kah kah kah!~

_____
AADI: Dah susah nak cari popcorn Tong Garden.

Wordless Wednesday: Isolated Gig Vol. 1




_____
AADI: Dah lama tak main gig, serius~

Sessi Jamming MUP Plus


Sessi jamming agak impromptu untuk mencari keserasian (chemistry?) MUP setelah hampir lama tidak jamming dengan korum yang cukup (jamming entri ini dan ini tidak cukup korum). Jika ok, mungkin MUP akan turut serta gig tempatan penghujung bulan ini.

Imej cilok Facebook Korawk.
Kali ini disertai semula oleh Nas Korawk yang sekian lama hilang daripada radar, yang akan bertindak sebagai frontman (vokalis) kerana sehingga detik sessi jamming ini, Korawk masih belum ada apa-apa alat muzik, yang ada sebelum ini sudah dijual. Sebagai frontman, pemilihan setlist, talaan dan gimik diberikan sepenuhnya kepada Korawk.

Sambil main bass pun boleh akses fon .
Juga disertai oleh Herman Akmal (NV Unity) sebagai bassist dengan menggalas ex-Francesco aku (ya inilah tuan baru bass ini), dan Nuing dengan RG331M orennya yang baru sahaja dipasang dengan set Sentient/Pegasus penghujung tahun lepas.


Bro Jawank tidak menyertai sessi kali ini kerana balik Semenanjung, juga masih 50-50 untuk menyertai MUP semasa gig akan datang kerana urusan kerjaya. Kalau Bro Jawank dapat turut serta, maka MUP kembali dengan trademark 3-amigos.


Aku mengambil peluang untuk mencuba Mirage yang baru-baru ini dipasangkan dengan pikap X2N tunggal. Walaupun cuma pikap bridge sahaja, tetapi dengan mod series-split-parallel, perbezaan bunyi amat ketara. Dan malangnya, konfigurasi pikap tunggal bukanlah forte aku, mungkin akan dipasang semula dengan set SA/SA/89 selepas ini.

_____
AADI: Dijadualkan untuk sessi jamming lagi minggu depan, bersambung...

Let-Go: Tommy


Seperti yang dikatakan dalam entri #10yearschallenge minggu lepas, aku akan sudah mula mengorbankan haluan bass dalam usaha untuk mengurangkan gajet-gajet kegitaran bermula dengan Francesco penghujung Januari lepas.


Kali ini mengucapkan selamat tinggal kepada Tommy (Ibanez SR300 bass) yang telah berpindah milik kepada seorang rakan pemuzik yang telah dorman sekian lama, juga seorang daripada ahli MUP (tak lari ke mana pun).

Bass ini telah berada dalam axology selama lima tahun (bass paling lama bertahan setakat ini), pernah aku guna untuk beberapa persembahan awam dan gig, antaranya Sarawak Rock'n Mob rehearsal, Glam Rock Nite, Gig Raya Warung Deli, dan Malam Aspirasi Seni 2016.

Walaupun ada memiliki sedikit nilai-nilai nostalgik dan satu daripada "self-proclaim IDK Sig Mark IV", tetapi aku tidak keberatan untuk dilepaskan bass hijau ini. Yang penting berjaya mengurangkan ahli dalam axology, antara sasaran kegitaran tahun ini.

_____
AADI: Ok, dah boleh pencen main bass...

Dark Star Neon


Seperti abangnya Mirage beberapa minggu lepas, Neon (LTD M-50FR) juga menerima tempias modifikasi (kes gatal tangan main pateri) dengan dipasangkan set pikap Entwistle Dark Star zebra.


Daripada set ini tersimpan dalam stok (jual semula pun tak ada orang berminat), ada baiknya dipasang untuk kegunaan sendiri dan mengetahui sejauh mana hype pikap ini.

Juga dipasangkan dengan Seymour Duncan Liberator 500k terpakai (used) yang diperolehi dalam entri ini untuk *kesenangan kemudian hari.


Baru perasan yang pot Liberator ini bersaiz CTS walapun bentuknya seperti Alpha, maka lubang pot perlulah dibesarkan kepada saiz CTS iaitu 3/8".

Masih pikap lama (Evo/D-Act).
Dan untuk tidak menyerabutkan litar, tone pot tidak digunakan (bypassed), pot yang ada hanyalah dummy. Lagipun 99% daripada masa bermain gitar ini tombol tone langsung tidak dipulas.


*Sekiranya pikap ini tidak memuaskan hati, atau ingin memasang kembali pikap asal (Evo/D-Act) atau pikap lain (Plasma-X1 set?), tidak perlu bermain pateri lagi.

Kedua-dua pikap neck dan bridge memiliki DCR yang sama 16K, mungkin sebab itu bunyi pikap neck lebih kuat berbanding bridge terasa tidak seimbang jika dimainkan pada clean channel. Tapi untuk distortion, bunyi kedua-duanya seimbang, yang berbeza hanyalah ketepuan distortion.


Dalam kesempatan yang ada, Neon dibelanja dengan set tali baru GHS Boomers GB7M (10-60) dan ditala pada talaan Eb-standard. Tanpa tali ketujuh (7B, 60), saiznya sama sahaja seperti 10-46 biasa. Tali ketujuh mungkin akan didermakan kepada Azrul.

_____
AADI: Belum ada berita Sarawak Rock'n Mob 2019?

Blaze Bayley Iron Maiden 25th Anniversary T-Shirt


T-shirt bersempena ulang tahun ke-25 Blaze Bayley menyertai Iron Maiden (1994). Katanya bakal memainkan setlist lagu-lagu era Iron Maiden secara eksklusif pada lima tarikh yang tertera di belakang t-shirt ini.

Depan.
Sebagai peminat kedua-dua Blaze Bayley dan Iron Maiden, aku mesti mendapatkan t-shirt ini yang katanya edisi terhad (cetakan tahun ini sahaja). Dipesan melalui website Blaze Bayley pada 22/2/2019, dihantar pada 26/2/2019 dan diterima Selasa lepas 5/3/2019 hanya mengambil masa seminggu untuk sampai ke Bintulu.

Belakang.
Imej yang diilhamkan daripada kedua-dua cover album The X Factor (normal and alternate), imej Eddy digantikan dengan imej Blaze, agak parodi dan lucu. Memesan saiz gergasi XXL bertag Gildan. Untuk perbandingan, saiz XXL Eropah lebih kurang saiz 4XL Asia. Bakal digayakan jika ada gig atau persembahan awam kelak.


Kedua-dua album Iron Maiden bersama Blaze Bayley (The X Factor dan Virtual XI) antara album yang banyak nostalgia (diceritakan di sini), sudah pasti bertaraf "soundtrack of my life".


Teringin untuk memainkan cover lagu-lagu Blaze Bayley, sama ada era Iron Maiden ataupun solo seperti Man On The Edge, Como Estais Amigos, The Clansman, 10 Seconds, The Man Who Would Not Die, Smile Back At Death, Watching The Night Sky dan Comfortable In Darkness. Tapi Blaze Bayley nama yang agak asing dalam kalangan rakan-rakan...

_____
AADI: Up the Blaze! \m/

Alice And Celeb


Ikutkan rekod, tali gitar akustik aku Celeb (Ovation CC24S) hanya bertukar tali setahun sekali, nampak sangat aku jarang main gitar ni.


Tahun lepas ia dipasang dengan Ernie Ball Earthwood Light 80/20 Bronze (11-52), kali ini ia dipasang dengan Alice A306-XL (10-47) yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco. Dengan saiz 10-47 ini, lebih yakin untuk ditala E-standard berbanding saiz sebelum ini. Walau bagaimanapun, gitar ini ditala pada talaan DADGAD untuk sedikit cabaran.

Entri ini sebenarnya telah ditaip sejak bulan Januari lepas, tapi terlepas pandang dan terperap dalam draft.

_____
AADI: Kalau saiz 12.5-55 untuk talaan E-standard? Ada berani?

Flashback Friday: ...Of Strings And Me, 10th Anniversary Edition


#10yearschallenge - Secara tidak rasmi, bulan ini genap sedekad aku terjerumus dalam hobi kegitaran, agak lucu juga bila membaca kembali entri pertama...

Bermula dengan ketiadaan hobi baru di Bintulu dan cemburu dengan senpai (geng Manggas - Takilala, Jairo) aku memulakan perjalanan yang penuh suka dan sedikit duka. Kebanyakannya telah diulas dalam entri tahun lepas (dan juga entri tahunan 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017), jadi tak perlulah diceritakan semula.

2009 yang slim, feat. Azroy Hammett.
Selama 10 tahun ini aku sempat melalui tiga fasa - bujang, suami dan ayah. Ketiga-tiganya memberi impak yang berbeza terhadap hobi. Paling ketara bila masuk fasa ayah, makin bertambah bilangan anak, makin berkurang masa untuk berhobi. Apa-apapun keluarga patut diutamakan...

Caught somewhere in La Bistro.
Sejak awal penglibatan lagi aku tidak menetapkan sasaran yang tertentu, asalkan aku dapat main gitar lagu-lagu kegemaranku sudah kira berpuas hati. Tidak pernah terfikir untuk sampai tahap main gig atau persembahan awam.


Berbangga dengan rakan-rakan lain yang sudah maju ke depan - Adi Herman dan Azrul kini mula menggegarkan Sarawak dengan projek Tahi Suci. Terkini, Azrul khabarnya akan tour bersama-sama Larrong ke Filipina pertengahan bulan Mac ini sebagai gitaris gantian. Tahniah, all the best~

Aku? Aku masih di sini, begini dan tidak ke mana-mana, cukuplah sekadar penghobi. Untuk maju ke depan perlukan pengorbanan dan komitmen, dua perkara yang aku tak sanggup (rujuk perenggan ketiga).


Bersempena 10 tahun ini, aku berazam untuk mengurangkan gajet-gajet kegitaran yang aku ada secara berperingkat, agak risau kerana sekarang nampak seperti menjurus ke arah hoarder collector berbanding player, tetapi langsung tiada masa untuk memainkannya. Mungkin akan mengorbankan haluan bass sebagai permulaan ini.

Nasihat aku kepada mereka yang mungkin senasib atau bakal senasib, lebih berhati-hati dalam perbelanjaan perhobian dan bijak menguruskan masa antara kerjaya, keluarga dan hobi.

_____
AADI: Agi idup agi metal! \m/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (78) 58 explorer (20) 724rocks (2) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (23) adrian smith (14) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (146) amplitude music (3) amplug (4) andy james (3) angker (2) anime (51) anniversary (80) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (128) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (4) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (62) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (14) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (280) bintulu buskers (5) black friday (8) black sabbath (1) blackstar (25) blades (5) blaze bayley (27) blind guardian (21) blogging blues (57) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (6) boss (60) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (56) bumi putra rockers (3) bundaberg (14) cable (24) canon (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (61) children of bodom (21) ck music (55) cog (7) coke (5) coklat (4) cola (4) compilation (63) conception (2) console games (10) converse (3) cort (46) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (38) dalat (19) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (41) digitech (21) dimarzio (44) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (4) dvd (71) earth hour (14) ebay (228) ec-256 (26) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (88) electro-harmonix (25) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (24) emo (205) energy drinks (31) engrish (3) entwistle (9) environment (35) epiphone (120) erectus (5) ernie ball (22) esp/ltd (166) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (14) family (47) fear factory (3) fender (16) filler entry (48) first aid (1) fishman (3) flashback friday (15) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (20) footwear (2) fotografi (30) fozzy (1) fund-snatcher (14) fusion (3) gamer mode activated (23) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (124) gator (14) gax010ltd (9) geeksup (2) ghs (25) gibson (16) gig (91) gigrig (12) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (6) green tea (17) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (13) guitar collection (10) guitar parts (66) guitar service (32) guitar talk (64) hammerfall (16) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (28) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (60) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (196) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (67) imitation (3) in flames (4) instagram (19) inverno (19) iron maiden (143) irt-pulse (4) isolated gig (3) isu semasa (240) j5 (13) jackson (37) jamming (138) jamtank (30) jepak (9) jim dunlop (60) joe satriani (14) jotb (13) joyo (20) jr (10) js music (3) js32 king v (4) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (22) karisma (4) kaset (32) kawan (290) kazanna (1) kempen (34) kerja (73) kerly (2) kesihatan (40) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (24) kkdn (6) koleksi (299) konsert (90) kopi (27) korg (51) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (33) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (3) laney (27) larrong (4) lawas (4) lazada (18) lefthanded (5) lemon tea (12) letgo (46) lil (32) limbang (5) limited edition (32) line 6 (42) linkin park (4) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (84) m-50fr (21) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (372) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (2) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (58) melaka (13) membakut (44) memori (326) mercyful fate (11) metallica (78) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (3) moody monday (11) mooer (1) motorhead (9) movie (55) mr diy (2) mrs (59) muf (1) mug (2) mukah (20) mup (121) music bliss (10) music master (41) music nomad (1) muuv (57) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (36) new album (28) new gear (187) newsted (3) nightfall (8) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (8) nogas (3) nonsense (83) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (25) nylon maiden (2) of string (19) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (38) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (49) pc stuff (34) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (306) pedaltrain (13) pemuzika (15) penang (37) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (14) pfg5 (7) phones (12) pic of the day (57) pick (60) pickup swap (60) pickups (136) planet waves (12) playstation (10) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (17) pod x3 (17) pokka (13) popcorn (5) popomania (6) post-apocalypse (15) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (3) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (46) radio (5) rajinikanth (3) ramadhan special (71) ramli sarip (2) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (67) revamp (2) rex (1) rg331m (9) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) richter (2) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy khan (12) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (31) shopee (9) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (6) silvia (10) singapore (51) single/ep (7) sipitang (1) sit (7) skull strings (2) slayer (3) slipgate (5) smr (3) snark (9) so-cal (55) sonata arctica (3) sony (23) soundcloud (7) soundwave (1) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (31) stagg (12) star wars (14) stewmac (6) sticker (6) strap (16) street jam (2) strings (116) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (12) super album (94) superlux (3) susu (3) sv guitars (3) swee lee (4) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (44) tahi suci (6) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tech21 (1) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (2) the cranberries (2) the guitar addict (32) the iron maidens (3) thomas zwijsen (6) throwback thursday (13) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (9) tonelab ex (2) tong garden (3) tools (20) top 5 (4) tour de brunei (44) toys (6) trade (20) transformers (4) travel (123) tribute (42) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (3) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (72) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (28) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (299) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (4) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (111) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger