Ada Apa Dengan Kjeldsens Butter Cookies?


Membeli memori...

Satu daripada jenama butter cookies yang lagenda selain Royal Dansk. *Waktu kecil-kecil dulu bukan selalu dapat makan biskut ni kerana harganya yang premium, sehingga kini pun masih premium sekitar RM25-30 setin begini berbanding imitasi atau jenama tempatan yang biasanya RM12-15 sahaja.

Inipun sebab selera si autis Ijau Jr. yang teringin nak makan. Turutkan sahaja, si ayah pun turut merasa - win-win situation. Bagi yang prihatin, jangan risau sebab ada persijilan halal Eropah.

_____
AADI: *Dulu, tinnya dibuatkan tempat menyimpan...?

Wordless Wednesday: Hugh Announcement?




Mengening!

_____
AADI: Tunggu RDJ lagi buat comeback.

Antara MUWW 2022 Dan Corporeal Undead


Sabtu (24/09/2022) - Nak turun gig pukul 4.00 petang, tapi anak-anak pula ajak jalan-jalan. Ok, ikutkan sajalah kerenah mereka... malam nanti baru aku turun gig.

Tiba di tempat kejadian sekitar 7.00 malam, ketika Necrotic Chaos mula soundcheck. Mula mengenalpasti muka-muka rakan sepermetalan Bintulu yang biasa datang gig. Sudah lebih dua tahun aku tak turun gig, kali terakhir ketika Metuk Ulau Fest 2020 sebelum pandemik (ini dan ini tidak dikira). Gig-gig minggu lepas End-Emic dan Titan's pun aku tak turun...

Kalau jenguk website Metal Roos, tahun ini hanya Bintulu sahaja yang menyertai MUWW untuk wakil Malaysia. Acara yang pada mulanya dijadualkan di Sibu tetapi dipindahkan ke Bintulu atas sebab aku pun tak tahu.

Korawk menjadi emcee malam itu, tapi tiada kelibat alter-egonya Kurt Lanc@u. Mungkin kali ini menggunakan moniker Radio Bawah Tanah Sana.

Hah tu dia! Ada kelibat Nuing turun gig kali ni. Antara yang paling riang malam itu menggayakan t-shirt dan topi Slayer!

Persembahan main event Necrotic Chaos dengan dua setlist, pertama dengan Adik yang juga turun Bintulu, kedua dengan bassist/vocalist semasa mereka AP Filthgrindz.

Aku tak follow NC jadi aku tak tahu lagu-lagu mereka, tapi showmanship memang padulah. Gitar custom V merah Dark-E pun nampak ohsem. Katanya acara MUWW di Bintulu ini juga menjadi platform pelancaran album terbaharu mereka Corporeal Undead.

Ada tiga cabutan bertuah selepas habis acara. *Nombor aku (054) tak kena tapi nombor Nuing (031) kena, dia segan nak naik pentas maka aku disuruh menjadi wakil. Sempatlah bergambar dengan wakil Legion Music dan Boss Judin. Hadiahnya CD Corporeal Undead, patch SMR dan sticker Legion Music.

Abang long kawasan Adi Herman menggayakan banner MUWW 2022. Kali ini aku tiada curfew, jadi dapatlah melepak lama sikit selepas habis gig. Kemudian diajak oleh Bro Eden REG untuk lepak di The Hood.

*Nak dijadikan cerita, lepas turun pentas jadi wakil untuk ambil hadiah cabutan bertuah, Nuing suruh aku ambil terus semuanya. Kelam-kabut aku mengejar setiap line-up untuk minta otograf, kebetulan mereka masih ada, termasuklah Adik yang dengan selamba kata "aku tak main dalam album ni". Aku jawab "takpa, kira special appearance sebab dah turun Bintulu" (otograf tepi).

Juga sempat bermuamalat dengan Drop Dead Distro, sebuah digipak album Battles In Flames menjadikannya CD kedua yang dibeli tahun ini kah kah kah... CD Corporeal Undead tidak dikira beli ya~

_____
AADI: Dr. Ben ada dikreditkan sebagai penulis lirik dalam album Corporeal Undead ini.

Tetap Teguh


Taman Rashidah Utama, Isabella, Teguh (disenarai-pendekkan)... antara anthem dan soundtrack of my life membesar sekitar 80-90an.

Rasanya macam baru saja aku dengar cerita Awie pasal cerita di sebalik asal-usul lagu Taman Rashidah Utama beberapa minggu lepas... terutamanya bab "ku berjalan di dalam hujan".

"Mengejar kekayaan, kau ku tinggalkan..."

Terima kasih untuk muzik, lirik-lirik puitis yang dwi-makna dan memori zaman kanak-kanak.

_____
AADI: ILWIIR.

Ada Apa Dengan Schweppes Lemon Lime?


Aku tak pasti ada tak Schweppes perisa lemon lime ini tahun 90an dulu?

Yang ini rasanya amat berbeza berbanding 7-Up mahupun Sprite, tapi lebih dekat dengan rasa Bundaberg LLB cuma kurang masam lah. Sesuai untuk pembelian berulang, harga pun lebih kurang sama macam harga 7-Up dan Sprite.

_____
AADI: Tapi, dah 4-series tak boleh selalu minum begini.

Wordless Wednesday: Eyewitness World War II



_____
AADI: Dah lama tak beli buku pasal WWII.

DiMarzioed Tigera


Set DiMarzio PAF Pro/Super 3 yang sebelum ini dipasang dalam Goldie kini dikeluarkan dan dipasang pula pada gitar rimau Tigera. Kenapa? *Kerana aku boleh.

Ada sedikit modifikasi pada pikap, ia dipasangkan dengan cover berwarna emas kerana aku agak OCD dengan penampilan gitar ini, sebuah Les Paul Custom yang sewajarnya set gold hardware, berbanding hanya bobbin hitam.

Cover logam begini mudah diperolehi melalui Shopee. Sudah agak lama aku memperolehi set emas ini juga ada set berwarna hitam matte. Ia amat serasi dengan saiz tapak pikap DiMarzio, cukup-cukup muat dan ketat tanpa sebarang modifikasi.

Lubang cover selari seperti ini dipilih berbanding lubang individu kerana tak perlu risau dengan jarak antara kekutub pikap saiz normal humbucker (~50 mm) pada PAF Pro dan saiz F-spaced (~52 mm) pada Super 3.

Bahagian belakang tak perlu "dikunci" dengan pateri, kerana manalah tahu akan datang aku gatal tangan bertukar pikap lagi atau bosan dengan cover ini.

Kerja-kerja memateri pun tidaklah mengambil masa yang lama, sekitar 15-20 minit sahaja kerana hanya dua terminal per pikap sahaja yang perlu dipateri, bahagian lain tak perlu diganggu. Selebihnya banyak masa dibuang untuk mengemaskan wayar-wayar yang ada, meneruskan legasi YusTech.

Dengan cover begini, penampilannya sedikit sebanyak seakan-akan pikap jenis filtertron. Tapi sekali lagi OCD melanda, mula mempertikaikan warna emas baharu pada cover berbanding warna emas yang lusuh pada bridge dan tailpiece (model 2008), aiseh...

Gambar lama.

Abang long Goldie pula kembali dipasang dengan set Epiphone Alnico Classic. Selepas 10 tahun, ia kini dirancang untuk direhatkan daripada tugas-tugas jamming atau gig, tugas yang diserahkan kepada Tigera tadi sekiranya memerlukan khidmat sebuah Les Paul.

_____
AADI: *Ia juga sejenis terapi.

Sedekad So-Cal


Semalam (14/09/2022) giliran Charvel So-Cal Style 1 HH pula menyambut ulang tahun ke-10 dalam axology aku, kedua selepas Goldie tahun lepas. Sebaya dengan anak sulung aku Lil'Ijau yang lahir bulan Mei tahun yang sama.

Pic courtesy of Dead Eye Guitars.

Diperolehi daripada Swee Lee Singapura dengan diskaun 40% penghabisan stok melalui perantaraan Dead Eye Guitars yang membawanya ke Malaysia. Walaupun dengan diskaun tadi, harganya masih dikira premium untuk tahap aku (ketika itu, 2012), tetapi aku nekad untuk mendapatkannya. Tidak lupa juga pengalaman mengerikan ketika membawanya balik menaiki Air Asia.

Satu-satunya gitar buatan Amerika (MIA) dalam axology aku, ditambah lagi dengan nombor siri yang unik 002255. Biasanya gitar buatan Amerika jarang-jarang jatuh nilai harganya.

Oktoberfest 2012 - gig pertama dengan So-Cal.

Juga gitar aku yang paling "sedap" dimainkan setakat ini. Tak perlu banyak bergelut dengan masalah ergonomik seperti capaian fret tinggi (tapi 22-fret sahajalah), genggaman neck yang cukup-cukup serasi dengan saiz tangan aku.

Ia juga tidak kurang memiliki nilai-nilai nostalgik. Berikut antara pencapaian dan perbatuannya:

BOTB BIKF 2015.

1) Gitar pentas paling bermojo, digunakan beberapa kali untuk gig dan persembahan pentas sekitar Bintulu - Oktoberfest 2012, Bintulu Music Festival 2013, Love & Peace Gig 2013, Bintulu Bike Week 2013, BRRU Rock Nite 2013, BOTB BIKF 2015, BOTB Sebauh 2016, Sarawak Rock'n Mob 2018 dan terkini ketika King's Garage Open Gig beberapa bulan lepas.

2) Sebagai "self-proclaim IDK Signature Mark III", inilah gitar utama yang digunakan jika identiti Ijau D. Koceng diperlukan, contohnya semasa kolaborasi YouTube DEG Raya 2021, Merdeka 2021 dan CNY 2022 (kolab Raya 2022 aku guna Shiro).


Yours truly @ 6:15.

Yours truly @ 25:48.

Yours truly @ 14:05.

3) Hanya pernah sekali bertukar pikap iaitu kombo DiMarzio Air Norton/D-Activator tetapi kembali menggunakan pikap asal DiMarzio Evolution/Tone Zone beberapa bulan kemudian. Juga pernah dirancang menjadikannya SSS dengan set EMG-SA, tapi terbantut atas sebab-sebab teknikal.

Tapi ternyata, kombo pikap asal Evolution/Tone Zone memang sudah cukup ampuh untuk gitar ini. Respon pikap-pikap ini juga antara faktor ia "sedap" dimainkan. Modifikasi lain yang masih ada hanyalah sticker carbon fibre pada pickguard dan potentiometer push-pull StewMac untuk opsyen coil-split.

Pernah diberi nama Calypso iaitu derivasi daripada perkataan So-Cal ketika mula-mula dimiliki dan atas sebab-sebab tertentu beberapa tahun lepas aku berhenti menggelarnya dengan nama tersebut dan hanya digelar So-Cal sahaja. Tapi bersempena ulang tahunnya yang ke-10 ini, ia diberi nickname baharu iaitu CANDY bersempena warnanya candy green, terasalah comel sikit ;)

Harapnya ada lagi peluang beraksi atas pentas dengan gitar ini sebelum 2022 berakhir.

_____
AADI: Bukan Candy akan ku tunggu~

Flashback Friday: 9/9/2020


Tidak seperti tahun lepas, tahun ini hampir tiap-tiap bulan kami melawat pusaranya, kalau terlepas pun biasanya tak sampai dua bulan. Hari ini genap dua tahun anak syurga aku lahir dan meninggalkan kami pada masa yang sama.

Assalamualaikum nak...

Kalau tahun lepas cerita pasal komplikasi yang dialami iaitu oligohydramnios dan Potter Sequence, tahun ini kononnya ingin bercerita sedikit pengalaman menyambut kelahiran mati (stillbirth), menuntut jenazah di rumah mayat Hospital Bintulu sehinggalah pengurusan jenazah di Surau Kampung Sibiew dan Tanah Perkuburan Bukit Kemunting (aka "Kemunting Heights"). Atas kekangan PKPx ketika itu, hampir semua terpaksa aku buat sendirian, kecuali pengurusan jenazah kecil yang dibantu oleh 2-3 orang AJK surau.

Rupa-rupanya, aku masih lagi beremosi bila mula menaip perenggan kedua tadi, aku ingatkan selepas dua tahun dah keras hati bab ini. Tapi syukur alhamdulillah sepanjang dua hari kejadian (9/9/2020 kelahiran, 10/9/2020 urusan jenazah) aku diberi kekuatan fizikal dan mental untuk melalui semuanya...

_____
AADI: Semoga kita akan bertemu lagi di sana.

Wordless Wednesday: Marini 1928



_____
AADI: Maaf, tak sedap.

Moody Monday: Your Hero


Antara momen penuh emosi semasa konsert tribute Taylor Hawkins beberapa malam lepas...

Selepas insiden Dave Grohl patah kaki di Sweden tahun 2015, maksud tersurat dan tersirat lagu ini kini menjadi semakin bermakna buat peminat Foo Fighters. Daripada album The Colour And The Shape rilisan 1997, yang sememangnya satu daripada album bertaraf soundtrack of my life.

_____
AADI: Shane Hawkins.

Pick Kiichi


Ini antara pick signature yang sudah lama aku tunggu untuk masuk pasaran Malaysia - Dunlop 471P3SMH Matthew K. Heafy Custom Max Grip Jazz III.

Selain pick signature, ia sebenarnya hanyalah Max Grip Jazz III material nylon berwarna krim dengan kanji "ki" (喜) dan "ichi" (一) bersebelahan menggantikan tulisan "Max Grip".

Aku perasan pick Kiichi ini lebih kesat dipegang disebabkan corak / dan \ lebih jarang berbanding berbanding Jazz III Max-Grip biasa yang rapat. Sekeping akan disimpan dalam koleksi, selebihnya untuk kegunaan harian seperti Jazz III lain.

Diperolehi daripada Swee Lee dengan beberapa pembelian sampingan - D'Addario EXL110BT (10-46, Balanced Tension), PRS Classic Regular Light (10-46), Rotosound Roto Blues RH10 (10-52) dan Ernie Ball Not Even Slinky (12-56) - untuk simpanan stok peribadi.

_____
AADI: Slinky lagi? Tak serik?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger