Showing posts with label guitar talk. Show all posts
Showing posts with label guitar talk. Show all posts

Mr. Jackson And Mr. Smith (Part 2)


Tiap kali kalau Deaf-Angel buat entri konsert Iron Maiden TBOS 2016 dalam blog KDHRnya, aku selalu request minta gambar Adrian Smith dengan gitar Jackson hijaunya. Siap jadi highlight dalam entri ni.

Imej KDHR.
Ini merupakan model custom shop Jackson, one-off berasaskan signature series Adrian Smith San Dimas DK. Dikatakan dalam Twitter ia bernadi Seymour Duncan JB, agak terkejut sebab H terkenal sebagai ahli khemah DiMarzio Super Distortion.

Imej KDHR.
Surprise, surprise! Untuk Summer NAMM '17 Jackson bikin hangin jadikan gitar hijau tadi sebagai signature model terkini untuk Adrian Smith - SDXQ.

Imej cilok website Jackson.
Apa yang menarik ia merupakan X-series, siri *mampu-milik seperti model lama SDX. Dan seperti SDX, tiada pikap Seymour Duncan atau DiMarzio, hanyalah pikap in-house Jackson HSS. Floyd Rose Special juga sebagai pembendung harga. Harap-harap ia buatan Indonesia berbanding India.

*Tapi dengan forex sekarang USD748.29 (~RM3.2k) pun dah dikira di luar kemampuan. Tak mampu ke San Dimas, duduk di Selatan California (So-Cal) pun dah kira berbaloi, get it? So, skipped for the time being...

_____
AADI: Nak masuk khemah Jackson?

Wiring A Semi Hollow


Dapat belajar ilmu baru pagi ni lepas menyelam dunia YouTube sebelum sahur.


Pernah tertanya-tanya bagaimana nak buat wiring untuk gitar-gitar jenis semi-hollow ni, kerana ia tidak memiliki ruang kaviti seperti gitar solid. Rupanya-rupanya kaedah yang digunakan ialah pre-wired elektronik (pots, caps, jack, switch) di luar, kemudian main "pancing-pancing" hahaha...

_____
Ada apa: Bro Yustech pun buat macam ni ke?

H Dan Xtroyer


Beberapa minggu lepas cerita pasal Janick Gers guna Les Paul (Epiphone Black Beauty) untuk tour TBOS. Kali ni, lepas baca entri terbaru Deaf-Angel, tergerak hati pula nak merapu pasal gitar baru(?) Adrian "H" Smith.

Imej cilok blog KDHR.
Mula-mula aku ingatkan Ibanez Destroyer merah seperti konsert di Belgrade tahun 2014, tapi tengok headstock ada logo *Jackson.

Bila dah zoom gambar dan perhatikan bentuk badan gitar baru perasan ia merupakan Jackson Xtroyer, agak berbeza sikit berbanding Xtroyer Phil Collen. Custom-made kot sebab hampir menyerupai Destroyer merahnya yang lagenda.

_____
Ada apa: *H ni kan signature artist Jackson, jadi tak hairanlah...

Jan Dan Epiphone


Sempat menjenguk beberapa video YouTube konsert TBOS Iron Maiden. Agak terkejut bila tengok Janick Gers guna Les Paul. Dah biasa tengok Jan guna Stratocaster, nampak pelik pula bila dia guna Les Paul (Black Beauty), Epiphone pula tu...

Image source.
Ok, mungkin disebabkan lagu If Eternity Should Fail tu guna drop-D, lebih senang nak tune gitar ber-TOM kot? Tapi apakah faktor Jan memilih Epiphone? Walaupun sudah pasti dia mampu ber-Gibson seperti H dan Davey.

Image source.
Bersemangat pula aku nak guna Goldie untuk persembahan hujung minggu nanti.

_____
Ada apa: Dalam buku On Board Flight 666 pun ada gambar Davey guna Epiphone.

Multi-Effects Versus Stompbox (Part 3)


Satu kelemahan kalau dah masuk khemah stompbox, pastinya akan terGAS untuk mendapatkan sebuah lagi stompbox lain, lepas sebuah, sebuah lagi, serius! Lama-lama tanpa disedari, ia beranak-pinak...

Tabalurut!
Mahu atau tidak, aku mesti melepaskan beberapa buah stompbox yang jarang atau tidak digunakan (trimming the herd). Hanya perlu tinggalkan stompbox yang asas sahaja untuk kegunaan masa-masa "kecemasan", kemudian kembali kepada khemah multi-effects.

_____
Ada apa: Gali lobang tutup lobang...

Mr. Smith The Destroyer


Tertarik dengan gambar-gambar semasa konsert Iron Maiden di Belgrade dalam entri blog KDHR Deaf-Angel, terutamanya gambar Adrian "H" Smith dengan Ibanez Destroyer merah. Sebagai seorang peminat H, info sebegini memang menarik perhatianku.

"Sooooo~ understand..."

Nampak seperti Destroyer model DT520GGB dengan sedikit perbezaan matching headstock dan bridge pickup (pastinya DiMarzio Super Distortion).

Entri lama.
Mungkin H ingin mengembalikan nostalgia dan "feel" Destroyer klasik seperti yang digunakan semasa era TNOTB dan POM. Siapa-siapa ada DVD The Early Days pasti akan perasan Destroyer ni.


Walaupun seorang endorser jenama Jackson (DK, SDX), tapi H juga selesa dan tanpa segan silu menggunakan gitar-gitar jenama lain (tidak seperti Phil Collen) semasa konsert. Antaranya Gibson 70's Les Paul Deluxe Goldtop (his favourite guitar?), Gibson SG dan Ibanez Destroyer. Kalau Fender Stratocaster tak payah ceritalah (Fender dan Jackson anak-beranak).

Seriously, Destroyer was a heavy guitar - physically and sonically.

*Imej-imej dengan "watermark" deaf-angel.blogspot.com dicilok dari blog KDHR Deaf-Angel tanpa kebenaran (hahaha~).

_____
Ada apa: Motivasi untuk kembali ke khemah Ibanez?

Guitar Talk: Of Zoom G5 And Dave Mustaine


Huh! Abang Mus sekarang dah main G5, dah tak puas hati dengan G2.1DM eh? Hahaha... Alaaa, ni semua hanyalah strategi pemasaran Zoom.

GAS? Memang ada sedikit rasa GAS untuk mendapatkan G5 ni, tapi kalau diikutkan dari segi logik dan "reality check", G3 atau G3X lebih sesuai untuk aku. Tunggu Year End Sale CK Music hujung tahun nanti.

"Reality check" lagi sekali, rasanya G2Nu yang aku guna sekarang ni pun dah cukup...

_____
Ada apa: Juga teringin untuk mendapatkan model lama GFX-8 seperti dalam entri GKC ni.

Guitar Talk: Of Music Master And Strat Copy


Tertarik hati dengan entri stok baru gitar berjenama Spear di Music Master (entri ni). Daripada banyak-banyak model stok baru tersebut, aku tertarik dengan strat copy model RF-150 lebih-lebih lagi dua kemasan (finish) ni:

White (olympic white or snow white?).

Sunburst.

Teringin untuk memiliki gitar berbentuk strat (tapi tak sampai tahap GAS), lebih-lebih lagi dengan konfigurasi pikap HSS dan maple fretboard yang merupakan ciri-ciri kegemaranku. Ditambah pula dengan harga yang boleh membuatkan anda tersenyum. Cuma headstock "cangkuk" tu saja yang buat aku tak berapa berkenan, sama seperti headstock strat copy jenama SX dan Craftsman.

Oh ya, dulu aku pernah cerita pasal Tanglewood TSB 6 strat copy kan?

Selain headstock yang tak berapa berbeza daripada bentuk "telinga" ala Fender/Squier Stratocaster dan maple fretboard, model TSB 6 ini juga didatangkan dengan pikap berjenama Entwistle. Harganya juga agak murah sedikit daripada RF-150 di atas, cuma pikapnya berkonfigurasi SSS...

Images courtesy of gapnap.com

_____
Ada apa: Jadi, ada apa dengan strat copy?

Guitar Talk: Silverburst Finish


Aku tak pasti kompeni mana yang mula-mula mengeluarkan gitar dengan kemasan (finish) silverburst ni selain Gibson/Epiphone, sebab kompeni lain seperti ESP/LTD, PRS dan Ibanez juga mempunyai gitar yang memiliki kemasan yang sama.

Silverburst Les Paul Custom.
Image linked from MyLesPaul forum.

Yang ni versi Epiphone, ngam kalau digandingkan dengan Goldie (gold and silver). Jadi, ada apa dengan kemasan silverburst?

_____
Ada apa: GAS?

Guitar Talk: Multi-Effects Versus Stompbox (Part 2)


Dulu aku pernah memiliki beberapa multi-effects terutamanya dari jenama Zoom, antaranya G1X, G1M, G1N, G1XN, G1u, B1X dan B2. Tapi multi-effects yang paling dominan aku gunakan ialah Korg AX3000G (aka Behemoth). Disebabkan waktu itu aku lebih fokus kepada bass, ia juga menjadi mangsa "gali lobang tutup lobang".

Kebelakangan ni semenjak berkecimpung dengan Metuk Ulau Projekt sebagai vokalis dan "si gitaris ketiga", aku mengambil keputusan untuk hanya menggunakan stompbox dengan rig yang ringkas - distortion, chorus dan booster - dengan harapan senang dari segi logistik, setting dan tak perlu pening memilih efek mana (modeling) yang perlu digunakan.

Jamming rig #1 (MT-DS, Pocket Metal Muff, FX600, GDI21)

Tapi setelah beberapa sessi jamming (dan satu gig) menggunakan stompbox, aku rasa agak kelam-kabut sebab terpaksa menumpukan perhatian kepada tiga perkara sekaligus - vokal, gitar dan efek - mungkin disebabkan aku masih lagi n00b dan kurang pengalaman.

Jamming rig #2 (CM-1, CC-1, VXL), rig yang aku gunakan untuk Opening Season Gig 2012. Gambar link dari Facebook Es Oasiss.

Contoh paling senang ketika main lagu Coming Home yang agak progresif, daripada intro (distortion) kepada verse (clean) perlu off distortion kemudian on chorus (dan efek tambahan lain, jika ada), begitu juga seterusnya "vice-versa". Memang nampak senang dan ringkas, tapi kalau tersalah pijak memang kelam-kabut nak memulihkan keadaan.

To be continued...

_____
Ada apa: Selamat Hari Bumi...

Guitar Talk: Multi-Effects Versus Stompbox


Ada yang kata multi-effects bagus, ada yang kata stompbox lagi bagus... Ada yang kata guna multi-effects ni poyo, ada yang kata guna stompbox baru ada "professional feel" (yela tu~). Ada pula yang kata guna multi-effects leceh, ada yang kata guna stompbox senang nak edit setting...

Oops, terlupa pula VXL Bass Attack.

Aku? Aku join kedua-dua kem, selain stompbox pedals di atas, aku juga menggunakan multi-effects iaitu Pod X3 dan Pandora Mini. Setakat ni Pod X3 "sikacang merah" merupakan multi-effects yang terbestest (ayat Dr. Ben) yang pernah aku guna (mungkin Pod HD-series lagi best, tapi aku belum pernah guna lagi). Cuma kelemahan Pod X3 ni ia agak leceh nak dibawa ke studio jamming, apatah lagi kalau bawa waktu gig?

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda berada di dalam kem multi-effects atau kem stompbox? Dan apa pendapat anda tentang isu "multi-effects versus stompbox" ni?

To be continued...

_____
Ada apa: Tiba-tiba rasa rindu pula nak main AX3000G aku (Behemoth).

Guitar Talk: Digitech Lyra


Kalau ikutkan pedal Digitech Lyra ni asasnya lebih kurang macam pedal DF-7 Distortion Factory, ada tujuh jenis bunyi "modeling" dalam satu pedal...

Tapi "modeling" digital dalam pedal ni memang unik. Dah boleh masuk dalam kategori multi-effects dah ni.

Hype dari website Digitech:

"The DigiTech® Lyra pedal is a *limited-edition stompbox featuring 7 tones created for the music associated with the characters in the Eternal Descent comic book/CD created by Guitarist/Comic Book designer Llexi Leon. The music for the series features some of your favorite guitar heroes including Atreyu, Firewind, Shadows Fall, Static X and others!"

Images linked from Digitech website.

Pasti harganya pun lebih kurang macam DF-7, tapi kalaulah harganya berada dalam lingkungan RM300-400, mungkin ia boleh masuk dalam senarai GAS 2012 aku, muahahaha!~ (Jangan harap).

Purple...

_____
Ada apa: *Limited edition?

Guitar Talk: New LTD EC-256 Variant


Walaupun terdapat beberapa model/varian baru LTD untuk Musikmesse 2012, tapi satu varian ni menarik perhatian aku...

Imej link dari website ESP Guitars.

Untuk Summer/Fall 2011 tahun lepas, varian EC-256P diperkenalkan (P for P90 pickups). Kali ni dengan varian terbaru EC-256, non-distressed finishes - lemon drop (LD) and cherry sunburst (CSB). Lemon drop tu membuatkan aku GAS!

Kebelakangan ni aku agak GAS dengan gitar jenis single-cut selain Les Paul - Eclipse, ART, Zenox.

_____
Ada apa: On-hold...

Floyd Rose Special Dilemma


Daripada info yang aku dengar, ramai yang komplen gitar yang memiliki Floyd Rose Special (FRS) bridge selalu out-of-tune...

FRS set, imej link dari website Floyd Rose.

Pada rakan-rakan (terutamanya si Korawk) yang baru berjinak-jinak atau teringin nak berpindah dari kem fixed bridge kepada kem floating bridge aka tremolo, bersedialah untuk mengalami setup dan tuning yang agak leceh.

Sebab utama selalu out-of-tune? Tali gitar biasanya tidak "dikunci" dengan ketat pada locking nut dan saddle menyebabkan tali akan tergelongsor sedikit demi sedikit bila tremolo disentap.

"A locking nut made of cheap metal will develop internal grooves when you lock the strings. The strings will slip, and the tremolo will not stay in tune".

Tapi disebabkan FRS ni menggunakan material yang agak "lembut" dan "murah" berbanding Floyd Rose Original (FRO) atau Floyd Rose 1000 (FR1k), kadang-kadang mengetatkan "kunci" pada locking nut dan saddle pun boleh mendatangkan masalah, contoh paling biasa ialah hex-key bolt pada locking nut loose.

Inilah yang telah berlaku pada Mirage aku beberapa minggu lepas, hex-key bolt pada locking nut yang mengepit tali E/A dah loose disebabkan aku mengetatkannya terlalu kuat. Tapi kalau tak ketat nanti tali menggelongsor pula kalau tremolo disentap, kan?

Dan perlu lebih berhati-hati mengetatkan tali pada saddle, takut-takut nanti blok saddle pula pecah, lagi haru! Kes macam ni pernah terjadi pada rakan aku dulu.

Penyelesaian mudah ialah untuk mendapatkan bolt yang lebih keras dan tahan, seperti yang aku perolehi dari Jo @ NoobAxe minggu lepas. Jo, bolt ni dari jenama apa? Ia memang lebih keras dan tahan berbanding bolt stok FRS set LTD.

Penyelesaian drastik pula ialah dengan menggantikan sistem FRS dengan sistem FRO yang bakal mencecah kos RM1k atau dari jenama Gotoh pada harga RM5xx, sanggup ke?

Tapi, daripada pengalaman menggunakan gitar Ibanez terutamanya RG350M, floating bridge jenis Edge-III lebih stabil dan lebih "tahan pukul" berbanding FRS ni. Bagaimana pula dengan Edge-Zero, ZR atau Edge Pro? Yang tu kena tanya pada yang pakar...

_____
Ada apa: Credits from Bro Sub's entry.

Guitar Talk: Korawk's Hybrid Guitar


Semalam (Jumaat 3/2/2012) si Korawk menghantar gitarnya ke tempat aku untuk di"servis" sepanjang hujung minggu ni. Kalau aku rajin beberapa jam mungkin boleh siap, kalau aku malas (atau tak ada mood) mungkin terbengkalai sampai Isnin.

Gitar yang sama diguna waktu sessi jamming Metuk Ulau Projekt yang pertama dan kedua. Jadi, sebelum aktiviti "servis" dijalankan, sempat snap beberapa gambar untuk sedikit entri ulasan kegitaran, hehehe...

Sekali imbas, nampak macam Les Paul Custom copy kan?

Sebelum ni Korawk menggunakan gitar Cort M-series (tak pasti model apa), kalau tak silap gitar tu pun dah "gali lobang tutup lobang" juga kot, betul ke Korawk?

Menurut info si Korawk, gitar ni sebenarnya gitar hibrid - body ala-ala Les Paul Custom (copy, unknown make/brand), manakala neck/headstock pula daripada Samick Gregg Bennett.

Samick Gregg Bennett Malibu series.
Err supertrat neck?

Equipped with Grover tuners too, nice...

Samick covered passive pickups.
Isk isk isk, teruknya karat...

Ini merupakan masalah utama kenapa gitar ni perlu di"servis", 3-way switch patah! Sebab tu aku order ProLine 3-way switch daripada NoobAxe beberapa hari lepas. Kemudian nak upgrade pikap, nak guna Tesla Plasma-2 gold set (yup, swapped-out from my Goldie).

Dah mula berkecimpung jadi "guitar-tech" amatur la pula... Bro YusTech, sila beri tunjuk ajar.

_____
Ada apa: Korawk, bila kali terakhir kau menukar tali gitar ni?

Guitar Talk: Ibanez S670SE


Sebenarnya kalau gitar-gitar superstrat Ibanez, aku lebih suka Road Gear (RG) series berbanding Saber (S) series. Kali ni nak cerita merapu sedikit pasal model S670SE, merupakan model keluaran 2008 yang katanya hanya untuk pasaran Jepun.

Imej Wikia.

Antara yang membuatkan S670SE ni menarik ialah:

  • Sleek body, nipis trademark S series.
  • Made in Korea for Japan market only.
  • Mahogany body with bound swirled ebony top yang agak mengiurkan.
  • Oval inlays.
  • Ibanez ZR (zero resistant) bridge with ZPS2.
  • Cosmo black hardware.

Yummy swirl ~ Imej Ishibashi.

Dan seperti Saber series (pre-2011 models) yang lain, ia hanya memiliki 22-fret. Kenapa pula tiba-tiba cerita pasal S670SE ni?

[Entri Mini] Selamat Tahun Naga

[Edited @ 6.45 pm] AADI ingin mengucapkan selamat bertahun naga kepada pembaca blog AADI terutama yang menyambut CNY esok. Terimalah lagu rasmi "naga" daripada Kapten Bruce & C0. sebagai hiburan kita bersama...

Lagu ni dah jadi antara lagu wajib untuk sessi jamming Hepi ;) mahupun Metuk Ulau Projekt.

_____
Ada apa: Bro Sub, ada apa-apa info tambahan untuk model S670SE ni tak?

Ada Apa Dengan Craftsman?


Tahun lepas aku pernah mengalami GAS untuk memiliki gitar Craftsman Les Paul (copy) terutamanya model GS100 dan GS200 (sub RM7xx range). Tapi bila dah ada Les Paul original (Epiphone version, not Gibson though) penghujung April lepas, perasaan GAS untuk memilikinya dah hilang. Yelah kan dah ada original, copy dah tak pandang (kecuali Ibanez ART200FM atau ESP/LTD EC-256).

Tapi kebelakangan ni ia diganti pula dengan GAS Craftsman Strat copy, contohnya model ST120 di bawah ni.

ST120 @ RM5xx - aku memang suka gitar-gitar yang memiliki fretboard daripada kayu maple, ada satu perasaan yang agak berbeza pada hujung jari berbanding kayu rosewood. Dengan harga cuma RM5xx hey why not? Sekali sekala nak juga merasa 'feel' Strat copy.

Baru-baru ni dalam website CK Music ada beberapa model baru gitar-gitar Craftsman mula diiklankan, dalam beberapa model tersebut ada tiga model yang menarik perhatianku.

1) ST140 @ RM7xx (should be RM6xx *later on) - HSS, lacquered maple fretboard, natural finish body. Berbanding ST120, ST140 ni memiliki konfigurasi pikap HSS, sesuai untuk dijadikan gitar projek.

2) RS30 @ RM6xx - Total PRS copy (yes it does come in Petronas green!). Tapi sayangnya inlay "burung" yang ala kadar tu (PRS's bird inlay mojo?) aku rasa kurang sesuai dan agak mencacatkan penampilan.

Imej link dari blog Dead Eye Guitars.

3) SRB20 @ RM5xx - EBMM StingRay copy (bass yang membuatkan Adi Herman tak senang duduk, hahaha), alangkah baiknya kalau ia juga memiliki fretboard dari kayu maple dan warna selain hitam (sunburst would be nice).

Apa? Tak pernah dengar jenama Craftsman?

"Craftsman guitars are City Music's (CK Music's sibling) very own in-house brand of electric guitars. Craftsman guitars have been around for more than 15 years. They are designed and marketed by their very own team in Singapore, and manufactured by a very reputable guitar factory. If you have any doubts about their quality, do note this guitar factory also manufactures for a few other very famous guitar brands out there. So you can rest assured that Craftsman Guitars carries with it a high level of quality and value."

Hmm... Agak-agak yang mana bagus? Craftsman ST120/ST140 ataupun Tanglewood TSB 6 AW? Inilah yang dikatakan dilema gitar murahan...

_____
Ada apa: *CK Music's Year End Sale (YES) t-minus one week.

Guitar Talk: LTD Entry-Level Forests


Dua model gitar entri LTD F-Series (Forest), F-50 dan F-10.

Berpandukan katalog ESP 2011 dan website ESP Guitars sebagai rujukan - antara model F-50 dan F-10 ni macam tak ada perbezaan langsung, selain varian dan konfigurasi pikap iaitu LH-150 pada F-50 dan LH-100 pada F-10 (neck pickup was rail version in singlecoil size).

LTD F-50

LTD F-10

Tapi harga F-10 hampir separuh daripada harga F-50! Apa yang membuatkan F-10 lebih murah berbanding F-50? Harap-harap ada kaki gitar (guitar enthusiast) atau tauke gitar yang boleh jawap...

F-10 juga ditawarkan dalam bentuk pek permulaan (starter pack) bersama-sama amp, gigbag, tuner, kabel, strap dan pick.

All images linked from DV247.com

_____
Ada apa: Nasib baik model ni tak masuk dalam senarai LTD wishlist aku...

Guitar Talk: The String Cleaner


Rajin mencuci dan melap tali gitar? Guna apa? GHS Fast Fret, Dunlop Ultraglide atau anda menggunakan bahan pencuci atau kaedah lain? Apa kata gunakan alat yang inovatif khas untuk mencuci tali gitar.

The String Cleaner - The ultimate string and fret cleaning tool by ToneGear, for more info please visit it's official website. Seperti namanya, ia merupakan alat khas untuk mencuci tali gitar. Pemilihan nama yang agak tawar, it's same as naming your cafe/restaurant as "Kopitiam", a building as "Wisma Bangunan", or calling your boy "Ah Chai".

Cara penggunaannya amat mudah dan ringkas - buka, masukkan antara celah tali/fret, tutup dan seretkan sepanjang tali gitar. Walaupun dinyatakan "no solution needed" dalam manual, tapi aku rasa ada baiknya tali dilap guna Fast Fret atau Ultraglide dulu, kemudian baru guna The String Cleaner ni untuk mendapatkan hasil pencucian yang maksimum. Konsep yang sama seperti menggunakan Vanish bersama-sama detergen.

Anda pasti terkejut bila mendapati banyak kotoran melekat pada bahagian bawah tali gitar yang selama ni tak dapat dicuci oleh Fast Fret atau Ultraglide (without manual wiping). Btw, Planet Waves pun ada juga alatan yang lebih kurang macam ni. But the big question - to clean or not to clean?

The String Cleaner, courtesy of Dead Eye Guitars.

_____
Ada apa: Aik? Mana entri Diari Ramadhan? Tadak idea beb...

Guitar Talk: Boss ME-70 Guitar Multiple Effects


Hari ni rehat buat entri pasal makanan dan Diari Ramadhan 1432H.

Walaupun ME-70 ni dah dituntut oleh tuan punya pada Jumaat dua minggu lepas, tapi aku sempat mencubanya (sessi "pandu-uji") pada malam selasa sebelumnya. Aku taknak buat ulasan pasal kualiti bunyi ME-70 ni (it's a Boss product afterall) cuma nak buat ulasan ringkas peribadi setelah sessi "pandu uji" yang tak sampai satu jam.

More technical info, please visit Boss official website.

Seperti Korg AX3000G aku dulu, ME-70 ni juga mempunyai dua mode; presets dan manual. Pada mode preset seperti multi-effects yang lain, banyak tersedia presets (or patches) yang sedia untuk digunakan untuk main pelbagai jenis genre. Tapi aku tak explore sangat presets yang ada.

Pada mode manual, empat suis kaki (pedal) yang bernombor 1 hingga 4 berfungsi seperti empat "stompbox" yang berasingan - COMP/FX (compressor/effect), OD/DS (overdrive/distortion), MODULATION dan DELAY. Dan tak lupa expression pedal yang berfungsi sebagai WAH atau volume level. Kecuali PREAMP dan REVERB sahaja yang tidak mempunyai suis kaki.

PREAMP, amp model - CLEAN, COMBO, TWEED (Fender?), STACK, LEAD STK (Marshall?), R-FIER (Boogie?) lebih kurang macam amp modelling pada Micro-Cube aku. Dan lima tombol GAIN, BASS, MIDDLE, TREBLE, LEVEL (volume) untuk "dipermain-mainkan" ikut citarasa sendiri.

OD/DS - overdrive dan distortion modelling seperti stompbox Boss yang ada di pasaran (OD-1, BD-2, DS-1, OD-3, MD-2, MT-2, ML-2, FZ-5, etc). So you have equivalent of 8-10 Boss overdrive/distortion/fuzz stompboxes in there! Damn~ MODULATION, DELAY, REVERB dan WAH tak payahlah aku cerita.

Input output yang ada - Gt. AMP OUTPUT (R and L/MONO - dua output mono, bagus ni), REC OUT/PHONES (sumbat headphone), AUX IN (CD atau MP3 input), PREAMP REVERB ON/OFF (yang ni aku tak pasti), DC IN (btw, adapter sold separately).

Mungkin disebabkan ME-70 ni model lama (macam ME-50) dan waktu ia dikeluarkan USB recording belum lagi menjadi kegilaan, jadi model ni tidak mempunyai USB mahupun MIDI port. Kalau nak rakam, terpaksa guna cara manual REC OUT/PHONES sambung ke mesin perakam.

Kelebihan:

  1. Mudah dikendalikan, pada yang biasa menggunakan multi-effects pastinya akan berasa senang menggunakan pedal ni tanpa membaca manual.
  2. Pada manual mode, ia seperti memiliki 4+3 buah analog stompbox yang berasingan, disebabkan setiap pedal diedit secara berasingan (independent control knobs per effect). Ramai rakan-rakan seperMETALan yang selalu jamming/gig suka ME-70 (atau ME-50) disebabkan ia ringkas, senang dan cepat diedit.
  3. Saiznya yang tak berapa besar (macam GT-10) dan tak berapa kecil (macam Zoom G1N), sedang-sedang saja saiznya.
  4. In metal casis, +1 on reliability.
  5. Amat sesuai untuk live performance, gig atau jamming.
  6. It's a Boss!

Kelemahan:

  1. Display cuma 2-digit/aksara, sama seperti pedal-pedal Zoom yang ringkas (G1, B1, B2).
  2. Tidak mempunyai USB port untuk disambung pada komputer (masalah ini diperbaiki pada model ME-25).
  3. Tak banyak amp-modelling. Tapi bagi aku, enam amp-model pun dah kira cukup.
  4. Tidak disertakan dengan AC adapter, terpaksa dibeli berasingan. Mana tahan nak guna bateri (AAx6).
  5. Dah masuk tahap rare, memang susah nak cari di pasaran.
Pada mereka yang terkial-kial mencari model ni di pasaran (seperti Oriaj suatu ketika dahulu), selain Dead Eye Guitars, anda juga boleh mencuba nasib di NoobAxe, yNot Studio (via MMO Music), Music Master Studio atau Satchman Enterprise. Maksud aku, mencuba nasib dari segi product availability.

Korawk, bonus raya nanti mau beli apa selain Nokia blackboard tu? AADI dan sub-kontrak GKC boleh tolong carikan, hehehe...

Simple test rig: Goldie -> ME-70 -> Sony MDR-XD100 headphone (atau Oren Kecik).

Pendapat peribadi, kalau bab multi-effects aku lebih suka (dan GASsed) jenama Zoom dan Line 6 berbanding Boss. Jadi aku tak berapa cemburu dengan ME-70 ni, tapi kalau Zoom G2/G3/G7/G9 atau Line 6 Pod HD300/400/500 itu cerita lain...

_____
Ada apa: Cerita pasal bonus raya, kalau separuh gaji (minimum RM500) banyak tu~ Mulalah pikir bukan-bukan...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger