Kaamatan Dan Gawai 2014


AADI ingin mengucapkan kotobian tadau tagazo do kaamatan dan gayu guru gerai nyamai kepada rakan-rakan dan pembaca di seluruh Borneo (tak lupa juga kepada mereka yang berada di Semenanjung tak dapat balik beraya, jangan sedih).


Tapi yang tak sedapnya, ada juga yang menganjurkan kursus semasa musim perayaan ni, nampak sangat ketidak-1Malaysia-annya. Bagaimana rasanya jika diadakan kursus semasa 4-6 Syawal?

AADI juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Calvin Chuah yang mengakhiri zaman bujangnya semalam dan majlis resepsinya pula pada hari ini.

_____
Ada apa: Metallica 14 Syawal boleh pula kan? Hahaha...

Nirvana - Nevermind (Part 2)


Album yang pernah diperolehi dalam bentuk CD audio suatu ketika dahulu tetapi telah menjadi mangsa lelongan pasca Projek Mega 2011 (sebenarnya kesemua diskografi Nirvana yang aku ada menjadi mangsa).


Kini dengan adanya estock_deutschland, memperolehinya kembali dengan harga tersenyum amatlah mudah (€3.95 @ RM18.26). CD yang aku dapat ni merupakan cetakan pertama 1991 (DGC/SUBPOP) dan bukan cetakan semula ataupun versi 20th Anniversary, namun ia nampak agak baru untuk cetakan pertama.

Cerita nostalgik di sebalik album ni aku dah cerita dalam entri lepas, anda juga boleh baca entri versi tak mengapa (parap-parap) dan entri ulasan pakar.


Kebetulan kaset-kaset KLMJ yang ada di kampung aku dah bawa balik ke Bintulu, dah boleh anggap proses naiktaraf semula (re-upgrade) untuk album ni dah selesai. Target naiktaraf seterusnya mungkin In Utero ataupun Bleach (bukan Bleach dalam entri ni).

Smells like this...

_____
Ada apa: Thank you Kurt!

Wordless Wednesday: White Pickup Set




_____
Ada apa: Ezaidi MBA, L-500XL dah keluar, lepas ni boleh runding...

Kamelot - The Expedition


Setelah kalah bidaan dari Australia, aku mencuba opsyen kedua, membidanya dari Rusia pula. Dibida sehingga tahap maksimum yang aku termampu, dan hasilnya aku menang bidaan dengan harga US$12.99+9.00 (RM74.35) seterusnya berjaya memiliki album live Kamelot yang uber-rare - The Expedition.

New and still sealed.
(P)(C) 2000 Noise Records, a label of Sanctuary Records Groups Ltd. Cetakan ini merupakan cetakan Rusia (Russian pressing) diedarkan oleh Soyuz Music. Walaupun di belakang ada notis "for sale in Russia and CIS states only" tapi ia terlepas juga untuk pasaran luar melalui eBay (sama seperti kes album Crows Fly Black).

Ada helaian obi (obi strip), macam CD cetakan Jepun
Album live pertama Kamelot yang dirakam semasa konsert mereka di Jerman dan Greece sempena Kamelot live in Europe 2000, dirakam, diadun (mixed, mastered) dan diterbitkan oleh Sascha Paeth - nama yang sinonim dengan album-album Kamelot dan beberapa buah band power metal yang lain.


Aku mengenali Kamelot semasa album Karma, manakala album live ni merupakan album selepas The Fourth Legacy (pra-Karma), jadi beberapa lagu agak asing bagiku (walaupun ada memiliki mp3 sedut).

Tracklist
  1. Intro / Until Kingdom Come
  2. Expedition
  3. The Shadow of Uther
  4. Millennium
  5. A Sailorman's Hymn
  6. New Allegiance / The Fourth Legacy
  7. Call of the Sea
  8. Desert Reign / Nights of Arabia
  9. *We Three Kings
  10. *One Day
  11. *We Are Not Separate
Tiga lagu terakhir (*) merupakan lagu bonus rakaman studio.

Khan nampak muda remaja, hahaha...
Walau bagaimanapun, vokal Roy Khan yang unik mampu membuatkan minda aku secara otomatik berkata "ini Kamelot" walaupun jarang atau tak pernah mendengar lagu-lagu dalam album ni. Tak hairanlah jika vokal Khan menjadi identiti Kamelot sehinggakan penggantinya, Tommy Karevik pun seoalah-olah terpaksa (dipaksa?) "meniru" gaya vokal dan imej penampilan ala Khan (pendapat peribadi).


Ketika ini Thomas Youngblood masih menggunakan Jackson Soloist, belum masuk khemah ESP lagi. Aksi Thomas bersama ESP Horizon (dan Eclipse) dalam DVD One Cold Winter's Night antara yang mempengaruhi aku untuk cuba belajar main gitar pada tahun pertama aku terjerumus dalam hobi tersebut (ketika itu aku cuma pandai main bass).

_____
Ada apa: Next target, The Fourth Legacy.

Sepetang Di Star Cineplex


Kali terakhir aku menjejakkan kaki di premis Star Cineplex (City Point, Bintulu) ni ketika menonton filem The Dark Knight Rises hampir dua tahun lepas.

Disebabkan perkhidmatan premis ni yang agak lembab ketika itu (audio-video tidak diselenggara, filem dah sebulan basi baru nak siarkan) aku memutuskan untuk tidak lagi menonton filem di premis ni selagi tiada perubahan (dan inilah satu-satunya pawagam yang ada di Bintulu).

Pemandangan dari foyer premis (mana Imago aku?).
Tapi semenjak awal tahun ni, aku dapati premis ni mula mengiklankan poster filem-filem terkini (bukan lagi filem yang dah basi) dan mula tergerak hati untuk mengunjunginya lebih-lebih lagi selepas ternampak poster X-Men: Days Of Future Past yang mula diiklankan sejak Khamis lepas.


Akhirnya semalam aku mengambil keputusan untuk menonton filem tersebut, bukan hanya disebabkan faktor aku minat X-Men, tapi juga nak menjenguk sejauh mana perubahan premis ni. Jika bagus, bolehlah aku sambung semula hobi kaki wayang aku yang dah lama terbantut.

Agak menyedihkan juga bila dapat tau premis arked bersebelahan pawagam telah tutup. Dulu selalu main game tembak-tembak Jurassic Park dalam arked ni sementara menunggu tayangan bermula.


Dari luaran nampak tiada perubahan langsung baik di kaunter penjualan tiket mahupun kiosk penjualan kudapan. Melangkah masuh ke dalam dewan tayangan aku dapati ada sedikit perubahan, kerusi dah bertukar (walaupun tidak setaraf premis nama besar) sekurang-kurangnya ia lebih selesa berbanding sebelumnya.

Juga sempat menoleh speaker di sekeliling dewan sebelum lampu dimalapkan dan mendapati ia juga seperti telah diganti. Dan ternyata tepat sekali jangkaanku apabila bunyi-bunyian semasa filem ditayangkan adalah jenis surround system bukan lagi stereo.

Tom Cruise in bad-ass exosuit.
Dengan sedikit penambahbaikan pada perkhidmatan premis ni - filem terkini, audio-video yang telah dinaiktaraf - aku rasa agak berbaloi untuk aku menyambung semula hobi kaki wayang aku walaupun tiada geng seperhobian seperti dahulu (Mr. Isabella). Target aku seterusnya ialah filem Edge Of Tomorrow yang bakal ditayangkan minggu depan.

Oh ya, berkenaan dengan filem X-Men terbaru ni? AADI sudah lama tidak menjadi blog ulasan filem semenjak entri Prince Of Persia: The Sands Of Time, dan ada baiknya ia kekal begitu. Untuk tidak mendatangkan *spoiler* kepada mereka yang belum menontonnya, aku cuma berpendapat filem X-Men kali ni agak emosional berbanding filem-filem sebelumnya. Anda juga perlu berfikiran empat dimensi semasa menontonnya, kerana filem yang melibatkan pengembaraan masa memiliki banyak paradox.

Teknologi yang dimiliki oleh Bolivar Trask pada tahun 1973 adalah secanggih teknologi Tony Stark pada tahun 2008 semasa filem pertama Iron Man.

_____
Ada apa: Aku terlepas tonton filem The Wolverine tahun lepas.

Tandas Pasca Apokalips


Adi Herman, Korawk dan Barangkali Marus pastinya tahu tempat ni...


Bagi mereka yang meminati fiksyen pasca apokalips (post-apocalypse) akan melihat struktur yang dimamah usia seperti ini dari sudut dan nilai estatika yang berbeza.

Aku cuba korek blog Image Of Bintulu Before And Now kalau-kalau ada gambar lama di kawasan ni.

_____
Ada apa: Macam di Pripyat?

Wordless Wednesday: Entwistle Singlecoil GAS



Entwistle ASN 57 - Image linked from Golden Tubes blog.
_____
Ada apa: Stacked singlecoil with 4-conductor.

ReVamp - Self-Titled


Bagi mereka yang rindukan kumpulan symphonic metal dari Belanda After Forever (dan vokal Floor Jansen) yang telah dibubarkan awal 2009, album ni sedikit sebanyak dapat mengubati rindu anda.


Pada tahun berikutnya (2010), Jansen kembali dengan kumpulan barunya ReVamp bergenre progressive metal dengan album sulung mereka bertajuk yang sama (self-titled) ReVamp. Dah lama aku intai album ni dalam katalog estock_deutschland, dan baru kini tiba gilirannya untuk diperolehi.

The sticker says it all.
Diperolehi dengan harga €4.78 (RM22.48) berserta pengeposan percuma dengan status masih baru dan berbungkus (new and still sealed). (P)(C) 2010 Nuclear Blast GmbH, made in Germany.


Secara peribadi, walaupun lagu-lagu dalam album ni ada terasa sedikit vibe After Forever dengan muzik yang lebih berat, ditambah dengan efek orkestra dan koir (lebih kepada symphonic berbanding progressive), tetapi dari segi susunan muzik agak mendatar seperti tiada klimaks. Tiada verse, chorus atau solo yang boleh membuatkan kita aku bersiul secara otomatik selepas mendengarnya.

Juga ada tiga vokalis jemputan; Russel Allen, Bjorn "Speed" Strid dan George Ossthoek untuk vokal tambahan dalam beberapa lagu. Senarai lagu dan cerita selebihnya boleh baca dalam Wikipedia (kes malas).


Namun kekuatan vokal Jansen memang tidak dapat disangkal, walaupun dikategorikan sebagai suprano tapi julat vokalnya lebih natural jika dibandingkan dengan Tarja Turunen, dan agak matang berbanding Anette Olzon - eh silap, entri ni cerita pasal ReVamp bukan Nightwish (merapu dalam entri ni) hehehe...

_____
Ada apa: Bagaimana pula album kedua mereka Wild Card?

TxSx Yang Masih Suci


TxSx - gelaran yang lebih "mesra dan suci" untuk Tahi Suci.


Gambar diambil selepas persembahan mereka semasa gig Borneo Attack 2 yang berlangsung di Telaga Kumang Sabtu lepas.

Harap maaf kerana AADI tidak ada liputan dan gambar-gambar menarik sekitar gig ini kerana aku hanya dapat datang sekitar 4.00 petang setelah selesai tugasan di rumah. Di tempat kejadian pun aku hanya lepak di luar dan tak masuk atas sebab-sebab peribadi.

Liputan, cerita dan gambar-gambar menarik ada disiarkan dalam blog Molotov Cocktailz.

_____
Ada apa: Dah istinjak?

Floyd Rose Special Dilemma (Part 3)


Locking nut pada Mirage aku buat hal lagi, sama kes seperti tahun lepas - alur skru loose - walaupun selama ini aku dah berhati-hati supaya tidak memulasnya terlalu kuat (tork ala kadar). Tapi tak mengapa parap parap sebab locking nut yang digunakan adalah jenis cap ayam dan bukannya Floyd Rose Special.


Dapat bertahan dalam tempoh masa setahun, dah kira berbaloi untuk locking nut cap ayam yang murah (±RM15 seunit). Dan nasib baiklah tahun lepas aku membeli dua unit, satu sebagai "backup" persedian untuk kejadian tak terduga seperti ini.


Mungkin lepas ni aku akan order lagi locking nut cap ayam ni beberapa unit lagi sebagai backup dan stok. Kalau nak digantikan dengan jenama FR1k atau Gotoh memang tak berbaloi (walaupun mampu).

_____
Ada apa: Nak cuba lebar 41 mm.

STALKER Mode


Sejak hari Selasa lepas, aku kembali bermain STALKER: Shadow Of Chernobyl.

Walaupun masih menggunakan PC yang sama sejak 6-7 tahun lepas dengan nadi AMD Athlon 64 X2 (Brisbane), tapi pengalaman bermain kali ni agak jauh berbeza disebabkan faktor grafik.

Image linked from somewhere on the net.
Graphic card yang aku gunakan sekarang tidaklah sehebat mana (GeForce GT 440), tapi ia lebih daripada cukup untuk efek dan resolusi grafik maksimum. Ketika mula-mula main dahulu (sekitar 2007-2008) aku hanya menggunakan GeForce 9300GS, terpaksa guna resolusi dan efek paling minimum untuk permainan yang lancar.

Imej Wikipedia.
Cuma bila dah berkeluarga, seperti biasa hanya dapat curi-curi masa bermain selepas pukul 10.00 malam dengan durasi 2-3 jam sahaja. Seperkara lagi yang aku perasan, aku dah tak sehebat dahulu untuk game bergenre FPS ni terutama dari segi reaksi dan ketangkasan mengemudi keyboard dan mouse (faktor usia).

Entri Mini: Selamat Hari Guru


AADI ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru seluruh dunia terutamanya kepada guru/mentor/jurulatih/pensyarah yang pernah mengajar dan membimbing aku semasa aku berada di Tadika Kampung Pimping, SK Pangiran Jaya Kampung Pimping, SUIS Kampung Pimping, SMK Membakut, Universiti Sains Malaysia dan dalam kehidupan harian dan kerjaya secara amnya.

_____
Ada apa: Teringin nak main semula Far Cry sempena ulang tahun ke-10nya.

Kamelot - Eternity


Ikut pengalaman bermain eBay, empat album studio pertama Kamelot - Eternity, Dominion, Siege Perilous dan The Fourth Legacy - agak susah dicari, kalau ada pun harganya agak mahal. Begitu juga dengan album live The Expedition yang dah masuk tahap "rare" (seperti single Virus Iron Maiden) harganya boleh mencecah hingga tiga digit.


Diterima minggu lepas (bersama-sama dengan Train Of Thought dan Back To The Start) dari Australia dengan harga AU$6.75+14.00/3 (RM36.09), jika diambil kira tahap "rarity" ia masih boleh dikira pembelian yang berbaloi. Keseluruhan fizikal CD masih baru cuma ada keretakan pada jewel case ehsan daripada pengeposan.

Walaupun album studio pertama Kamelot ni keluaran 1995, tapi CD yang aku perolehi ni merupakan cetakan 2002. (P)(C) 2002 Noise Records, a division of Sanctuary Records Group. Distributed by Universal Music, made in USA.

Hanya Thomas Youngblood sahaja yang masih kekal hingga kini.
Bagi mereka yang dah lama mengikuti AADI pastinya tahu yang Kamelot merupakan band power metal kegemaranku selain Blind Guardian dan HammerFall. Bagi aku yang mengenali dan mengikuti Kamelot selepas album Karma, mendengar lagu-lagu dalam album pertama ni terasa agak pelik. Walaupun aku pernah menyedut mp3 album ni (dan beberapa album terawal Kamelot), tapi aku tak pernah mendengarnya sampai habis.

Faktor utama mungkin disebabkan vokal Mark Vanderbilt yang seakan-akan meniru gaya Geoff Tate. Faktor kedua mungkin muzik Kamelot yang ketika itu masih belum ada identiti tersendiri, guitar works Youngblood masih pada tahap biasa-biasa sahaja. Keseluruhan album terasa seolah-olah mendengar album Queensryche. Tapi melalui album pertama ni Kamelot berjaya membuktikan bahawa power metal bukanlah sekadar bertemakan fantasi dan mitologi dengan muzik berderap.

_____
Ada apa: Rindu dengan vokal Roy Khan.

Wordless Wednesday: Prickly Heat Powder (Part 2)



More info here.
_____
Ada apa: Aku lebih suka yang original, baunya klasik dan lebih epik.

Dream Theater - Train Of Thought


Aku hanyalah peminat kasual Dream Theater, diskografi (fizikal) mereka yang aku ada hanyalah album Images And Words (nostalgic value).

Tapi ketika pembelian semula album Image And Words, Dr. Ben (peminat tegar) menyarankan agar aku mendapatkan sekurang-kurangnya satu lagi album mereka iaitu Train Of Thought. Maka terbelilah album ni sebagai pembelian sampingan Eternity bersama kompilasi Back To The Start seperti dalam entri minggu lepas,


Lagu-lagu dalam album ni agak "berat" muziknya berbanding lagu-lagu mereka yang pernah aku dengar sebelum ini. Mungkinkah ketika ini Petrucci dah mula menggunakan JP7? Rapping LaBrie dalam lagu Honor Thy Father juga sesuatu yang agak mengejutkan.

Low tuning, heavy riffs, pinch harmonics, rapping - mungkinkah mereka ingin mencuba resepi nu-metal yang menjadi trend semasa ketika itu (awal 2000an)?

Aku sebenarnya agak susah mengikuti lagu-lagu progresif yang melebihi julat 10 minit, tapi sekurang-kurangnya album ni masih boleh dihadam berbanding Awake yang pernah aku miliki suatu ketika dahulu (telah dilelong). Tapi secara seriusnya, solo-solo Petrucci dan Rudess dalam album ni memang gulung habis seperti tiada esok lagi (like there's no tomorrow?).

_____
Ada apa: Untuk ulasan pakar yang ringkas dan padat, bolehlah rujuk entri ni.

Happy Birthday Lil'Ijau! (Part 2)


Hari ini puteriku (aka Lil'Ijau in AADI) berusia genap dua tahun. Memang masa berlalu begitu pantas, tapi sekiranya dapat meluangkan masa berkualiti semaksimum yang boleh bersama anak pasti tidak akan rugi.

[image removed]

Dalam umur sebegini, anak selalunya meniru apa sahaja yang dilakukan oleh ibubapa dan pengasuhnya, baik kerja rutin harian di rumah mahupun yang berkaitan hobi.

Memerhatikan gelagat anak memang mengasyikkan dan kadang-kadang melucukan, terutama jika apa yang dilakukannya itu mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.

_____
Ada apa: Sejuk hati memerhatikan anak dah pandai meniru gaya kita bersolat...

Megadeth - Greatest Hits: Back To The Start


Pembelian sampingan bersama-sama album Eternity dan Train Of Thought dalam entri semalam. Menang bidaan dengan hanya AU$1.29 (RM4.08), jika dikalkuluskan bersama kos penghantaran menjadi RM18.83 masih lagi dalam tahap harga tersenyum.


(P)(C) 2005 Capitol Records Inc. Manufactured and distributed by EMI Music Group Australasia, printed in Australia. Fizikal CD seakan masih baru, hanya ada sedikit keretakan pada jewel case hasil ehsan pengeposan yang boleh dimaafkan.

Tiada yang menarik selain kompilasi "greatest hits" lagu-lagu Megadeth sebelum era The System Has Failed (kalau tak silap), kompilasi yang boleh menggantikan Capitol Punishment.


Selain cetakan Australia, versi yang aku beli ni juga disertakan dengan DVD bonus (limited edition?), antara sebab aku membida album ni. Ia mengandungi konsert Megadeth Live At The Fillmore Auditorium, Denver Colorado 27/12/1999, konsert yang agak teruk dari segi sound mixing - lebih-lebih lagi bunyi gitar Marty Friedman yang tenggelam. Juga disertakan dengan klip video lagu Kill The King dan previu DVD Arsenal Of Megadeth.

Pertengahan 2007 dulu aku pernah ada album kompilasi ni (versi Jack Sparrow) ketika itu aku belum serius mengumpul diskografi Megadeth (dan belum terjebak dalam eBay). Tetapi setelah memperolehi kompilasi Anthology: Set The World Afire, ia terus dilupakan.

More info on Wikipedia.

_____
Ada apa: Tiba-tiba aku rasa menyesal sebab lelong DVD Rude Awakening.

Aku, CD Dan eBay... (Part 8)


Bungkusan eBay kali ni datangnya dari Australia, merupakan pembelian pukal (setelah menang beberapa bidaan) daripada seller underblueskies35. Lari sekejap daripada dominasi estock_deutschland.


Pada mulanya aku hanya membida album live Kamelot The Expedition, sampai satu tahap aku terpaksa mengalah kerana dah tak mampu untuk menandingi harga pembida lain yang hampir mencecah tiga digit (dalam RM). Jadi fokus bidaan beralih kepada album Eternity yang juga ada dalam senarai dan dimenangi pada harga AU$6.75 (RM21.34).

Train Of Thought dan kompilasi Greatest Hits: Back To The Start pula merupakan bidaan sampingan supaya kos pengeposan AU$14.00 (RM44.25) dapat dioptimumkan. Kedua-duanya dimenangi dengan harga yang agak tersenyum AU$3.99 (RM12.61) dan AU$1.29 (RM4.08). Fizikal ketiga-tiga CD nampak seperti baru dibeli walauupn berstatus terpakai (used), cuma jewel case ada sedikit retak kesan pengeposan yang boleh dimaafkan.

Ada masa nanti aku cuba buat entri yang berasingan untuk setiap CD.

_____
Ada apa: Nak lengkapkan diskografi Kamelot.

Wordless Wednesday: Hepi T-Shirt



Sounds?
_____
Ada apa: Merujuk kepada entri ni.

FRS Saddle Set


Setelah bengang dengan saddle double-locking II pada gitar Cort X-11 yang selalu bermasalah (retak, pecah, loose) sejak tahun lepas, Azrol menggantikan kesemua saddle yang ada dengan set saddle Floyd Rose Special (FRS).


Sekarang Azrol dah boleh melakukan selenggaraan dan baikpulih ringkas pada gitarnya (setelah diajar oleh mentornya, *ehem*), cuma hanya perlu memesan alat ganti daripada Nonuz melalui aku.

Azrol's Cort X-11.
Sebahagian daripada persiapan Azrol untuk mengikuti gig Shout It Right 2.0 bersama Ana & The Scene (sebagai gitaris seasonist) di Kuching hujung minggu nanti.

Sebagai peringatan kepada aku dan juga rakan-rakan supaya tidak membeli gitar yang mempunyai floating bridge murahan yang diperbuat daripada aloi rapuh - termasuk FRS, Ibanez ILT, Cort Double-Locking II/III dan mana-mana "licensed FR" yang tidak berjenama.

ILT bridge on Ibanez GRG270 (pre-2010 batch).
Nak puas hati, beli gitar yang mempunyai sekurang-kurangnya Floyd Rose 1000 atau Ibanez Edge-III (walaupun ramai yang kata Edge-III pun bermasalah). Jika tidak mampu, tunggu sampai bajet mencukupi atau pilih sahaja gitar jenis fixed bridge atau vintage tremolo.

Entri Mini: Tribute To Abang Ajis


Linked from somewhere on the net.
Al-fatihah atas pemergian Bujang Lapok yang terakhir - Datuk Aziz Sattar aka Abang Ajis (laporan Berita Harian). Babak lakonan beliau yang paling aku suka ialah babak Abang Ajis keluar dari perigi buta dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

_____
Ada apa: Beliau juga pernah berlakon dalam rancangan Upin & Ipin, tak percaya?

May The 4th Be With You


Selamat menyambut Hari Star Wars.

Kitar semula gambar entri lama.
Hari ni layan Star Wars - Disney XD pukul 12.00 tengahari ada Escape Form The Jedi Temple, malam kelak TV2 ada Episode IV.

Nak kata peminat tegar tu taklah sangat, tapi membesar dalam era 80an, Star Wars juga sedikit sebanyak mempengaruhi minat aku terhadap sains fakta/fiksyen dan teknologi angkasa lepas.

_____
Ada apa: Dengar-dengar tahun 2015 ada Episode VII, awesome!

Ada Apa Dengan Ebene? (Part 2)


Bila *lutut kiri mula terasa kurang selesa terutama ketika mengangkat benda berat (atau mendukung Lil'Ijau) semasa menaiki tangga hingga ke tingkat dua.

Aku mula mendapatkan Ebene Bio-Ray Metal Support Knee Guard yang diperolehi dari premis Guardian Pharmacy, kebetulan versi ni ada promosi 30% berbanding versi biasa.


Tidak seperti unit pertama yang dicipta khas untuk kegunaan bersukan, unit kedua ni lebih kepada kegunaan terapi. Aku selalu memakainya semasa tidur ketika lutut tak banyak bergerak. Nak kata mujarab tu taklah, tapi ada terasa perbezaan walaupun sedikit.

*Cedera dua kali semasa tahun 2007 (torn ligament), waktu obses main futsal.

_____
Ada apa: Sekarang tak obses cuma dah obes (hahaha).

Distortion MAY-hem


Entri ini tidak merujuk kepada set pikap Seymour Duncan.

Dengan perolehan JH-1 minggu lepas, aku dah ada lima ketul pedal distortion jenis stompbox dalam axology - DS-1, JF-03, *JF-01 dan CM-1.


Nak buat apa pedal distortion banyak-banyak ni? Entahlah, ada yang dibeli sebab ingin mencuba, ada juga yang dibeli disebabkan terGAS. Nasib baiklah kelima-limanya merupakan pedal stompbox murahan. Worst case scenario, jadi koleksi jawabnya...

Tapi yang pasti, setiap satunya ada karekteristik tersendiri. Walaupun aku suka bunyi distortion JF-03, tapi DS-1 tetap menjadi distortion utama menggantikan MT-2. DS-1 lebih menyerlah pada volume yang tinggi berbanding bunyi metallic MT-2 (pendapat peribadi).

*Ok, kalau diikutkan kategori, JF-01 tu sebuah pedal overdrive bukannya distortion.

_____
Ada apa: Selamat berbulan Mei, tukang blog pun ambil kesempatan untuk bercuti.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger