Showing posts with label pm2011. Show all posts
Showing posts with label pm2011. Show all posts

2011 Yang Bermakna...


Antara peristiwa penting dan bersejarah dalam AADI sekitar 2011...

1) Iron Maiden The Final Frontier World Tour Singapore 2011 (aka Iron Maiden Singapore) - pastinya tarikh keramat 15/2/2011 ni terpahat di sanubari peminat Iron Maiden seantero nusantara bila impian kita untuk menonton konsert Iron Maiden secara live telah menjadi kenyataan! Yeah, I was there too...

Up the Irons! \m/

2) Time To Be King! (aka Projek Mega 2011) - alhamdulillah dengan sekali lafaz akad aku telah menamatkan zaman bujang pada 7/6/2011 bertempat di Kampung Tanam, Dalat (Sarawak). Pada rakan-rakan yang masih berstatus bujang tu bila lagi?

Hail to the King!

Tahun depan bakal berstatus bapa? Insyallah...

3) Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (aka Goldie) - di kalangan geng-geng bloggers, aku lebih dikenali dengan perangai suka bertukar-tukar pasangan gitar, jual gitar lama beli gitar baru. Dan Goldie ni merupakan pembelian gila-gila untuk tahun 2011 yang ada kaitan dengan perkara 2) di atas.

Selain Clover dan Mirage, agak-agak tahun depan ada penambahan atau pertukaran lagi tak? Hehehe...

4) Metuk Ulau Projekt - projek kolaborasi antara Hepi ;) dan Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) yang diterajui oleh Adi Herman dan Korawk, pada mulanya hanya untuk suka-suka kini makin menjadi-jadi.

Metuk Ulau Projekt (ejaan Projekt adalah disengajakan) lebih berkonsepkan cover band, memainkan lagu-lagu Iron Maiden (most notably), Metallica, Nirvana, Wings dan beberapa lagu 80's Rock, Heavy Metal, Alternatives dan Grunge yang lain.

* * * * *

Jadi, apakah azam anda untuk tahun 2012 nanti? Bagaimana pula dengan azam tahun 2011? Adakah kesemuanya sudah terlaksana?

Apa-apapun selamat menyambut tahun baru 2012 (bukan filem Hollywood tu) dari AADI, semoga tahun 2012 nanti menjadi tahun yang lebih bermakna kepada kita semua.

_____
Ada apa: *add some fireworks effects here*

Ada Apa Dengan Pengembaraan Satu Lagenda?


Aku dah lupa bila aku dapat terima sampul pos ekspress berisi booklet ni, rasanya awal bulan Julai kot?

Hairan juga sebab sampul ni diterima dari *Inspirasi Management, bunyinya macam nama kompeni jual insurans je, ni mesti prospektus insurans ni. Aku dah menyampah dengan kompeni insurans (sub-kontrak) yang guna telemarketing untuk cari pelanggan, menyibuk satu hal, bila orang taknak beli insurans, boleh pula dia tanya kenapa taknak beli?

Bila dah buka, aiseh rupa-rupanya berisi booklet Wings - Pengembaraan Satu Lagenda. Booklet ni sebenarnya dihadiahkan oleh saudara Muspeed (Musyrif Speedrider) sebagai hadiah Projek Mega 2011 aku tempoh hari, disebabkan tarikh projek mega kami hampir dekat (beza seminggu kot?) kami dah berpakat bertukar-tukar hadiah (amboi).

Rasanya tak payahlah aku buat ulasan lebih lanjut pasal booklet ni, sebab isi kandungannya sama seperti yang terdapat dalam Wings Official Website Sayap2Wings dengan banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa, cerita pasal kumpulan Wings - sejarah penubuhan, ahli kumpulan, discography yang juga diselitkan dengan gambar berwarna-warni kumpulan Wings.

[Edited @ 25/8/2011 5.20 am] Cerita lebih lanjut dan gambar-gambar tambahan boleh lawati blog Bila Awan Bertukar Hitam.

Mana Syakila?

Bab gambar-gambar lama ni yang best...

Kebanyakkan gambar-gambar ni aku pernah tengok suatu ketika dulu dalam majalah Media Hiburan keluaran penghujung 80an atau awal 90an. Abang aku dulu rajin beli malajah ni, jadi aku tumpang baca. Dan gambar-gambar zaman Bazooka Penaka aku rasa antara gambar yang paling gampang hampeh dalam koleksi ni hahaha!

Okela, terima kasih sekali lagi pada saudara Muspeed... Hang dah ada "rezeki", aku belum ada lagi~

_____
Ada apa: *Nampaknya aku bukanlah peminat tr00 Wings, sebab kompeni ni pun aku tak tau, hehehe...

Seminggu Yang Emo (Part 2)


Beremosi seketika...

Isnin - Kembali ke Bintulu (sebagai raja) seperti dalam entri yang lepas.

Selasa - Bengang dengan tuan rumah yang tak tepati janji, sepatutnya kami boleh masuk rumah (kelamin) pertengahan bulan Jun (15-16hb) tapi sehingga hari ni, kami masih belum dapat mendiaminya kerana kerja-kerja renovasi masih belum selesai sepenuhnya. Kalau renovasi tu cantik takpe la juga... Akhirnya terpaksa "membujang" untuk dua malam.

Gambar hiasan (Wikipedia).

Rabu - Mula membersihkan rumah, walaupun ia bukanlah rumah yang agak selesa, tapi inilah rumah (sewa) pertamaku yang bakal didiami bersama isteri tercinta, susah senang kita bersama (amboi). Dan insya-Allah hujung minggu nanti kami dapat mendiaminya tanpa sebarang halangan.

Khamis - Aku mula bekerja setelah bercuti panjang hampir empat minggu (bersamaan 16 hari bekerja, tolak cuti hujung minggu dan Gawai). Tak sampai setengah jam duduk, aku "dibebankan" dengan dua (mungkin tiga) buah komputer Jabatan yang diserang W32.Rontokbro@mm (a Brontok variant). Ni yang aku tak suka, orang lain punya salah aku yang susah!

Gambar hiasan.

Sebelah petang (selepas waktu kerja) ada majlis barbeku (barbecue, BBQ) untuk seorang staf (En. I) yang bakal berpindah ke Cawangan Melaka minggu depan. BBQ kepak ayam, udang, ikan, bla bla bla... Pada pengikut setia AADI pastinya tau, kalau opis aku anjurkan bab-bab berkaitan makan ni, selalunya memang "meriah".

Jumaat - Pagi ada perhimpunan bulanan, dan seterusnya majlis "sambutan 4 dalam 1" - (1) Gawai Dayak (2) hari lahir beberapa orang staf (3) perpisahan En. I dan (4) meraikan pasangan pengantin baru :) Banyak juga dapat hadiah.

Tak pernah-pernah aku terima hadiah sebanyak (dan seberat) ni. Hadiah-hadiah dari staf Jabatan - orang perseorangan atau pasangan suami-isteri, seksyen-seksyen dan dari Kelab Sukan Dan Rekreasi. Tapi Mrs. Ijau tak bagi buka hadiah-hadiah ni dulu, tunggu dah pindah rumah baru boleh buka :(

Dalam banyak-banyak hadiah kahwin, hadiah yang paling "OMG!" aku terima melalui poslaju pagi semalam. Apa dia? Hehehe from tauke DEG himself!

Hahaha! Vandalisme yang terlampau!

Aku agak terharu bila tauke DEG menghadiahkan aku oren ni, mungkin ia sebagai tanda penghargaan kerana aku seorang daripada pelanggan tetapnya (regular customer - means buying guitar on REGULAR basis). Terima kasih tauke DEG!

Hidung selsema, tekak perit rasa nak batuk, badan mula rasa macam nak demam, adoi~

_____
Ada apa: Ada sapa-sapa nak hadiahkan aku MT-2?

Time To Be King!


[Scheduled entry] This is it, my own *D-Day! Projek Mega 2011! Or whatever you wanna call it... Yeah! Time To Be King!

Imej link dari Wikipedia.

Jadi aku tujukan lagu ni khas kepada geng-geng Bloggers, pembaca dan pengikut setia blog AADI tak kisah sama ada anda pembaca aktif atau pembaca senyap (silent reader).

*Yang ironinya ulangtahun ke-67 D-Day Operation Overlord (6/6/1944) pun berlangsung semalam.

_____

Owh btw, apa yang setaraf/setanding dengan raja kalau bukan emas? Well, here's my gold! Muahahaha...

KING and GOLD, a good combination, yes?

Epiphone Les Paul 1957 Goldtop (reissue, custom shop, limited edition?). Review? Nanti-nantilah kalau aku rajin lepas Projek Mega 2011...

_____
Ada apa: The crown is in my hands, time to be king...

The Man Who Would Be King?


[Filler entry] The Man Who Would Be King by Iron Maiden, from their 15th studio album The Final Frontier...

Hail to the Man who would will be King!

Dalam kesempatan ini, blog AADI ingin mengucapkan "Selamat Menjadi Raja" kepada seorang daripada geng Bloggers yang telah menamatkan zaman bujangnya semalam, iaitu Encik Muspeed (Musyrif + Speedrider), semoga berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.

_____
Ada apa: King Ijau? Dulu aku pernah guna nick ni dalam mIRC (circa 2000-2001), pengaruh King Diamond.

Kembali Ke Bintulu (Part 10)


[Scheduled entry] Dalam perjalanan balik ke Bintulu, bertolak seawal 5.30-6.00 pagi tadi. Kali ni aku tidak berseorangan, tetapi bersama-sama rombongan konvoi tiga buah kereta (termasuk Imago aku) untuk fasa terakhir Projek Mega 2011.

Gambar hiasan - Kompleks CIQ Lawas.

Dalam perancangan, kami akan bermalam di Bintulu (rumah bujang aku) malam ni dan malam esok. Dan akan bertolak ke Mukah seterusnya ke Dalat pada pagi Isnin (6/6/2011) nanti, insyallah...

_____
Ada apa: Harap-harap dipermudahkan segala urusan dan selamat perjalanan pergi dan balik, amin~

Antara Pemanduan Dan CD Metal (Part 5)


[Scheduled entry] Dalam perjalanan balik ke Membakut, seperti biasa pemanduan trans-Borneo (aka tour de Brunei) seorang diri. Mungkin ini kali terakhir aku memandu trans-Borneo seorang diri, lepas ni akan ada co-pilot.

Korg Pandora Mini, sesuai untuk travelling guitarist/bassist.

Seperti biasa aku sediakan 10 CD Metal sebagai bekalan pemanduan, anti-stress dan anti-mengantuk. Senarai untuk pemanduan kali ni - Silicon Messiah, Blood & Believe, The Man Who Would Not Die, Promise And Terror, Aeronautics, Time To Be King, Death On The Road, Flight 666, The Final Frontier dan Scream.

Gambar hiasan - McDonald's drive-thru Permyjaya, Miri.

Balik bercuti rehat di kampung dalam 4-5 hari, akan kembali semula ke Bintulu dan seterusnya ke Mukah/Dalat pada hari Sabtu nanti (bersama rombongan) untuk pelaksanaan Projek Mega 2011 minggu depan.

[Entri Mini] Tadau Kaamatan

Selamat menyambut Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan kepada rakan-rakan Dusun, Kadazan, Murut, Rungus Sabahan dan pembaca/pengikut blog AADI yang menyambutnya hari ini dan esok, dengan ucapan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan. Harap terhibur dengan videoclip di bawah ni...

_____
Ada apa: Oriaj, nanti belanja aku burger mega.

Membakut, Here I Come! (Part 9)


Secara rasminya hari ni aku dah mula bercuti panjang (cuti Projek Mega 2011) selama tiga minggu dan akan balik ke Membakut (trans-Borneo aka tour de Brunei) Isnin nanti. Dalam kesempatan yang ada aku pi kedai tayar untuk servis tayar (wheel rotation, balancing & alignment) Imago kesayanganku, yang kebiasaannya akan aku lakukan setahun sekali.

Mungkin disebabkan cuti sekolah dah bermula dan Gawai Dayak minggu depan, hampir semua kedai tayar yang aku survey di sekitar Bandar Bintulu mempunyai ramai pelanggan, termasuk Perodua Servis yang kekurangan kakitangan (sebab ramai mekanik dah bercuti Gawai). Masing-masing buat persediaan pemanduan nak balik beraya.

Dan sudah menjadi kebiasaan aku akan servis tayar di Metro Tyre Service Centre (Parkcity) seperti tahun-tahun lepas. Proses servis (rotation, balancing & alignment) yang kebiasaannya akan siap dalam masa tak sampai sejam kali ni mengambil masa hampir dua jam! Aku siap tertidur di customer lounge menunggu giliran Imago aku untuk diservis.

Itu ini itu ini melayang juga RM6x dibuatnya, tapi takpa bab-bab keselamatan pemanduan ni tak payahlah nak berkira sangat.

_____
Ada apa: Apa khabarnya Cik Elle? Odometer dah cecah 10,000km ke?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger