![]() |
| XA Classic |
![]() |
| DM25/12 |
![]() |
| ED20SC |
_____
Ada apa: Filler entry...
The Blog Of Ijau (ver 3.0) - kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...
![]() |
| XA Classic |
![]() |
| DM25/12 |
![]() |
| ED20SC |
Hehehe (senyum tawar) let-go lagi... Pada yang selalu mengikuti AADI pastinya dah muak dengan tajuk macam ni.
Aku rasa gitar ni paling sekejap saja dalam "axology arsenal" aku, cuma sebulan saja. Dibeli waktu dapat bonus pertengahan Ogos lepas, baru saja dijual minggu lepas melalui Mudah.my kepada seorang "miss" dari Kuching, mungkin untuk tujuan kerohanian.

Kenapa jual let-go? Tak best ke? Alasan biasa - "Gali lobang tutup lobang", yang pasti aku perlukan dana-dana untuk mendapatkan bass yang lebih diperlukan berbanding gitar akustik.
_____
Ada apa: Guna acoustic simulator (pada multi-effects) sajalah lepas ni...
Dah beberapa hari aku tabahkan diri supaya tak teracun dengan stuff dari NoobAxe (yang ini dan yang ini). Tapi selepas sessi lawatan TERlawat ke My Music minggu lepas, akhirnya aku tewas bila benda berada di depan mata.

Harta rampasan perang dari My Music, berbekalkan dana-dana jualan Zoom G1u beberapa minggu lepas dan dengan sedikit tambahan daripada "bonus", akhirnya aku TERbeli juga... Sebenarnya dah lama aku target benda ni, sejak lawatan terakhirku ke My Music pada bulan Mei lepas, kebetulan waktu tu ada Gawai Sale (dalam entri ni).
Setelah berbincang dengan Mr. Hii, aku masih dapat membelinya dengan harga Gawai Sale dan "smooth-talk" untuk mendapatkan sebungkus Martin/Darco strings secara percuma.
"If you’re stepping up to a 12-string from a standard 6-string acoustic, you’ll find the transition to the DM25/12 a breeze. Its smooth playing action, fast neck and exotic sound will make you wonder why you waited so long!"
- Hype dari website Ashton.

Meet the 12-stringer (spesifikasi)

Pearloid Ashton logo, die-cast chrome tuners, plastic nut.
Oh ya, pada sesiapa yang tak pernah main 12-string sebelum ni, ia sebenarnya sama sahaja seperti main 6-string dari segi chords, cuma ada tambahan tali octave pada empat tali terbawah (eE-aA-dD-gG) dan tali berkembar pada dua tali atas (BB-EE), hence twice the sound of normal guitar. Dengan kata lain, bila memainkan chords tertentu, kita menekan dua tali berbanding satu. Senang je kan? Walaupun pada mulanya terkial-kial jari...

Rosewood bridge with plastic saddle.
Daripada petua-petua 12-string yang aku baca di Internet, untuk mengurangkan tegangan pada tali dan bebanan pada neck dan bridge, gitar ni aku set pada D-tuning standard (drop scale) dD-gG-cC-fF-AA-DD, walaupun neck gitar ni mempunyai truss rod yang pelarasnya terletak di bahagian bawah neck (area lubang akustik). Kalau nak main standard tuning eE-aA-dD-gG-BB-EE, aku guna capo kepit pada fret kedua.

Truss rod adjustment bolt placement.

Capo on 2nd fret for standard tuning.
Kelebihan:

Mahogany sides and back, with binding (plastic?).
Kelemahan:
Satu perkara yang terasa "bagus" bila main gitar akustik ni ialah hujung jari-jemari akan rasa lebih "kebal" disebabkan talinya agak keras, besar dan kasar berbanding tali gitar elektrik (walaupun dengan gauge 10). Bila dah sehari suntuk main gitar akustik, lepas tu cuba main gitar elektrik, pastinya anda akan merasa satu pengalaman yang "agak menarik".

Built-in Ashton chromatic tuner,
powered by a pair of AA batteries.
Dengan gitar ni, aku kembali belajar asas bermain gitar... Selama ni (sejak dua tahun lepas) aku dah lompat banyak step. Daripada zero-knowledge terus main bass, kemudian lompat terus kepada powerchords gitar elektrik dan effects tanpa belajar asas gitar dengan sempurna (chords & scaling).
Biasanya ia aku mainkan secara strumming, kalau nak main secara picking agak susah sedikit (kecuali kalau anda seorang "precision picker"). Lepas ni nak kena buka balik buku asas belajar gitar hehehe...
Oh ya, nickname... ASHDOZEN, don't ask why. Tiba-tiba aku teringat gitar Nandung aku suatu ketika dulu.
_____
Ada apa: Dan kalau bukan pasal "bonus", jangan harap nak dapat benda ni waktu dekat-dekat nak raya (lagipun Mrs. Ijau bagi "lampu kuning").
Pada mulanya dalam *dilema, akhirnya semalam TERbeli juga benda ni...

7-string? 8-string? Hamekaw 12-string terus!
Terkial-kial juga jari dibuatnya...
Kalau bukan disebabkan peristiwa Isnin lepas (dan dana-dana let-go G1u), entah bila agaknya aku nak dapat benda ni. Lagipun aku rasa lain macam je bila beli gitar akustik walaupun harganya cuma beberapa ratus berbanding gitar elektrik harga ribu-ribu.
Nanti ada masa baru buat entri ulasan ringkas.
_____
Ada apa: *Dilema takut Mrs. Ijau bising-bising nanti...
Petang tadi lepas habis main bola tampar, aku TERsinggah di premis My Music - kedai menjual alat muzik (kebanyakannya gitar akustik, ukulele, biola dan piano) dan juga kelas muzik.
Aku sebenarnya TERtarik dengan iklan "SALE" di depan pintu masuk. Antara barangan "SALE" ialah gitar-gitar akustik dari jenama Ashton, Yamaha, Samick, Takamine dan Ibanez (tadak satu pun yang cap ayam).

Harap maaf, tak dapat nak snap gambar dalam premis.
Aku tertarik dengan beberapa gitar akustik 12-strings (pengaruh intro lagu ni) yang ada. Antaranya Ashton D25/12 dan SL29/12CEQ. Tauke premis ni, Mr. Hii bermurah hati membenarkan aku mencuba kedua-dua gitar 12-strings ni. Sebelum ni memang aku tak pernah main gitar 12-strings, jadi inilah peluangnya.
Ashton D25/12 12-string acoustic guitar
selling at RM4xx (image linked from DV247.com)
Ashton SL29/12CEQ 12-string electro-acoustic guitar
selling at RM6xx (image linked from DV247.com)
Walaupun chords sama macam 6-strings, tapi memang terkial-kial jari dibuatnya, jari-jari dah biasa tekan fret gitar elektrik (low actions) tiba-tiba tekan fret gitar akustik, 12-strings pula tu! Selain 12-strings, aku cuma sempat mencuba beberapa gitar akustik biasa (6-strings) antaranya Ibanez V50NJP Jampack dan sebuah model (aku lupa) dari Samick. Takamine dan Yamaha harga melebihi RM1k, tak berani aku nak cuba hehehe...
Ibanez V50NJP Jampack acoustic guitar pack
image linked from DV247.com
Credits to Mr. Hii for letting me test-drive some of the acoustic guitars. Treng-treng-treng, tak sedar hampir sejam juga aku "melepak" dalam premis ni, hahaha... Tapi serius, bunyi akustik 12-strings memang best! Crystal clear sound with resonating natural chorus effects, gonna get myself one of these stuff someday...
Btw, click here for My Music Bintulu's blog (non-sale related).
_____
Ada apa: Dah terkena racun 12-strings pula~
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-