Showing posts with label modtone. Show all posts
Showing posts with label modtone. Show all posts

Guitar Talk: Multi-Effects Versus Stompbox (Part 2)


Dulu aku pernah memiliki beberapa multi-effects terutamanya dari jenama Zoom, antaranya G1X, G1M, G1N, G1XN, G1u, B1X dan B2. Tapi multi-effects yang paling dominan aku gunakan ialah Korg AX3000G (aka Behemoth). Disebabkan waktu itu aku lebih fokus kepada bass, ia juga menjadi mangsa "gali lobang tutup lobang".

Kebelakangan ni semenjak berkecimpung dengan Metuk Ulau Projekt sebagai vokalis dan "si gitaris ketiga", aku mengambil keputusan untuk hanya menggunakan stompbox dengan rig yang ringkas - distortion, chorus dan booster - dengan harapan senang dari segi logistik, setting dan tak perlu pening memilih efek mana (modeling) yang perlu digunakan.

Jamming rig #1 (MT-DS, Pocket Metal Muff, FX600, GDI21)

Tapi setelah beberapa sessi jamming (dan satu gig) menggunakan stompbox, aku rasa agak kelam-kabut sebab terpaksa menumpukan perhatian kepada tiga perkara sekaligus - vokal, gitar dan efek - mungkin disebabkan aku masih lagi n00b dan kurang pengalaman.

Jamming rig #2 (CM-1, CC-1, VXL), rig yang aku gunakan untuk Opening Season Gig 2012. Gambar link dari Facebook Es Oasiss.

Contoh paling senang ketika main lagu Coming Home yang agak progresif, daripada intro (distortion) kepada verse (clean) perlu off distortion kemudian on chorus (dan efek tambahan lain, jika ada), begitu juga seterusnya "vice-versa". Memang nampak senang dan ringkas, tapi kalau tersalah pijak memang kelam-kabut nak memulihkan keadaan.

To be continued...

_____
Ada apa: Selamat Hari Bumi...

Guitar Talk: Multi-Effects Versus Stompbox


Ada yang kata multi-effects bagus, ada yang kata stompbox lagi bagus... Ada yang kata guna multi-effects ni poyo, ada yang kata guna stompbox baru ada "professional feel" (yela tu~). Ada pula yang kata guna multi-effects leceh, ada yang kata guna stompbox senang nak edit setting...

Oops, terlupa pula VXL Bass Attack.

Aku? Aku join kedua-dua kem, selain stompbox pedals di atas, aku juga menggunakan multi-effects iaitu Pod X3 dan Pandora Mini. Setakat ni Pod X3 "sikacang merah" merupakan multi-effects yang terbestest (ayat Dr. Ben) yang pernah aku guna (mungkin Pod HD-series lagi best, tapi aku belum pernah guna lagi). Cuma kelemahan Pod X3 ni ia agak leceh nak dibawa ke studio jamming, apatah lagi kalau bawa waktu gig?

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda berada di dalam kem multi-effects atau kem stompbox? Dan apa pendapat anda tentang isu "multi-effects versus stompbox" ni?

To be continued...

_____
Ada apa: Tiba-tiba rasa rindu pula nak main AX3000G aku (Behemoth).

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 5)


Rabu (11/4/2012) - Memandangkan hari ni merupakan cuti umum, ia merupakan hari yang sesuai untuk mengadakan sessi jamming Metuk Ulau Projekt. Seperti biasa, Z-Studio merupakan pilihan...

Sessi kali ni (dan mungkin sessi-sessi seterusnya) tidak disertai oleh Korawk disebabkan komitmen beliau untuk lebih fokus kepada dunia fotografi.

Sessi kali ni aku menggunakan jamming rig #1 dengan tambahan Pocket Metal Muff sebagai distortion utama, manakala jamming rig #2 (favourite rig) direhatkan.

Adi Herman dengan gembira menunjukkan gajet barunya (selipar?) yang baru diperolehi beberapa minggu lepas. Best ke bro? Hehehe...

Aku rasa sessi kali ni agak impromptu dan santai (banyak salah), aku sendiri pun tak sempat nak buat setlist, susunan lagu pun ikut hentam sajalah. Tapi kali ni ada beberapa tambahan lagu projek - Dajal, Half (versi tribute to Korawk) dan So What?

Azrol yang sentiasa Hepi;), dengar khabar angin Azrol ni nak beli gitar baru, atau mungkin nak "pimp" GRX40 tu dengan elektronik baru dan menggantikan pikap stok Ibanez PSND dengan pikap Tesla - yang ni aku yang racun sebab elektronik gitarnya (pikap, suis, pot) memang ada masalah.

Ritma ketukan drum Bob Kandar nampaknya ada kemajuan, mungkinkah ia disebabkan mood drumset digital yang baru diperolehinya semalam kot? Apa? Drumset digital? Fuiyooo!~

Senak pangkal perut, sensasi yang biasa dialami selepas meneran vokal tinggi untuk beberapa buah lagu (tembam?).

Bulan Mac lepas langsung tak ada sessi jamming (melanggar SKT 2012; jamming sekali sebulan), kali terakhir sessi jamming diadakan ialah pada penghujung bulan Februari lepas sebagai persediaan untuk Opening Season Gig 2012. Harap-harap hujung bulan ni nanti ada sessi jamming lagi sekali untuk "membayar" sessi jamming bulan Mac.

_____
Ada apa: Sessi yang akan datang mungkin aku nak guna Pod X3 lagi.

Fear Of The Dark Stage


Pengalaman diperolehi selepas menyertai Opening Season Gig 2012 (OSG2012) Februari lepas. Selalunya pentas gig yang biasa dianjurkan di Bintulu ni agak terang-benderang (ballroom hotel).

Tapi pentas OSG2012 bertempat di pub Telaga Kumang memang suram, agak sukar bagi aku yang jenis rabun ni untuk menyelenggara barangan terutama setting stompbox pedal tanpa bantuan cahaya yang mencukupi (harapkan pre-setting dari rumah).

Jadi, apa kata letak sebiji lampu comel macam ni?

Clip-on LED light, lampu comel cap ayam ni yang diperolehi di premis SS (ala-ala kedai RM2.00) beberapa hari lepas dengan harga RM2.99 seunit. Berbanding lampu khas untuk pedalboard (Mighty Bright) yang harganya mencecah puluhan atau mungkin ratusan ringgit, aku rasa lampu comel ni memang super-duper berbaloi.

Dengan hanya berbekalkan tenaga 4.5V daripada tiga biji bateri butang (button cell) jenis AG13, ia agak terang dan menyilaukan mata jika ditenung secara terus. Bateri jenis AG13 ni juga boleh didapati dengan senang, di premis SS ia dijual dengan harga RM3.99 per pek yang mengandungi 10 biji.

Lepas ni tak perlu risau lagi jika membuat persembahan di atas pentas yang gelap.

_____
Ada apa: Fear of the duck, kwek kwek!~

Sessi Jamming Z Studio (Part 3)


Sabtu (3/12/2011) - Seperti sessi jamming dua minggu lepas, sessi kali ni juga tidak dikira sebagai sessi jamming Metuk Ulau Projekt sebab tak cukup korum. Walaupun kali ni disertai oleh Adi Herman sebagai bassist undangan, tapi Korawk pula tak ada sebab dia dah balik kampung (dah cuti sekolah la katakan).

Disebabkan membawa Pod X3 ke studio sewa agak leceh dari segi logistik dan memakan masa untuk setup, kali ni aku hanya menggunakan "simple jamming rig" tiga buah pedal, Speedbox MT-DS distortion, Cool Cat Chorus CC-1 (menggantikan efek chorus pada FX600) dan GDI21 sebagai pre-amp.

Adi dengan bass barunya Craftsman FP10.

Setlist sama saja seperti sessi-sessi jamming sebelumnya cover lagu Iron Maiden, Bruce Dickinson, Nirvana dan Wings. Adi request untuk main lagu-lagu klasik Metallica antaranya Creeping Death dan For Whom The Bell Tolls. Memang kelam-kabut jadinya main lagu-lagu Thrash ni, lirik pun berterabur.

Sounds like megaphone?

Selain mencuba CC-1, sessi kali ni juga sebenarnya merupakan platform untuk aku "memandu-uji" Mirage (M-103FM) yang baru diterima minggu lepas. Aku agak berpuas hati dengan feel (ringan, stabil) dan keselesaan memainkannya ketika jamming (keadaan berdiri dan menggunakan strap), tak jauh berbeza seperti menggunakan Replacement dulu.

Hasil memainkan lagu-lagu Thrash Metal,
strumming/riffing tak ingat dunia!

Tak sangka bunyi clean yang dihasilkan oleh pikap singlecoil ESP LS-120 Mirage ni amat nyaring dan jelas menggunakan amp Kustom KG100FX212 studio (on rhythm channel) tanpa perlu mengurangkan output volume, dan dengan tambahan sedikit efek chorus pada CC-1, picking intro lagu Tears Of The Dragon memang mengasyikkan. Berbeza bila menggunakan amp kecil (Micro-Cube, Micro Crush Pix) bila main di rumah, bunyi clean yang dihasilkan agak kusam dan terpaksa kurangkan output volume.

Kadang-kadang terpikir juga nak tukar pikap untuk menggantikan set pikap ESP LH-150 dan LS-120 yang ada pada Mirage ni, aku masih ada simpan pikap Tesla VR-Extreme bridge dalam stok, tapi entahlah itu semua cerita lain...

_____
Ada apa: Korawk, kami tak main lagu Gaban.

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart


Jumaat (20/10/2011) - Menerima sebuah bungkusan poslaju yang berisi Behringer GDI21 V-Tone guitar driver DI.

Diperolehi dari forum Lowyat.NET (LYN) Street Mart. Dijual oleh seorang LYN user yang tidak lagi menggunakannya (pedal berusia 6-7 bulan) dan dijual pada harga 56% daripada harga asal (juga disertakan dengan salinan resit dari Music Master Studio).

Ia diterima bersama-sama manual dan bungkusan asal. Secara fizikalnya ia masih nampak 95% baru, nampak ketara macam tak pernah dipijak, mungkin cuma ditekan dengan tangan (bedroom player?).

Dan kebetulan aku memang GAS dengan pedal ni (entri beberapa hari lepas). Ia memang pedal yang serbaguna, berfungsi sebagai:

  1. Guitar amp modeler - imitasi bunyi tiga amp terkenal (California, British, Tweed) dengan tiga mode amp (clean, high gain, hot wired) pada tiga kedudukan mikrofon maya (classic, centre, off-axis). Dengan kata lain, ada 27 konfigurasi untuk dipilih.
  2. Preamp - dengan dua EQ; TREBLE dan BASS beserta LEVEL (output volume) dan DRIVE untuk mengawal "gain" ketiga-tiga mode amp.
  3. DI unit - fungsi utama yang sangat-sangat aku perlukan.

Cerita lebih lanjut sila layari website Behringer ataupun blog Bro Sub ni.

1/4" input (left), XLR balanced output, 1/4" normal output (right).

Pedal ni sebenarnya merupakan klon pedal Tech 21 SansAmp GT2, tapi dengan tambahan XLR balanced output (fungsi yang tiada pada GT2) yang membuatkannya juga boleh berfungsi sebagai DI unit walaupun pada bypass mode.

Kelebihan

  1. Harga yang ekonomi, 1/4 daripada harga pedal asal yang diklon (SansAmp GT2).
  2. Serbaguna, tiga fungsi dalam satu pedal - amp modeler, preamp dan DI unit.
  3. Ruangan bateri (battery compartment) yang senang diakses dan dibuka.
  4. Emergency (backup) distortion pedal - ketika pedal distortion utama meragam... Pilih CALIF/BRIT pada HOT channel dan pulas tombol DRIVE semaksimum yang boleh.
  5. Juga boleh digunakan untuk instrument lain - bass, keyboard dan mikrofon.

CALIF (Mesa/Boogie?), BRIT (Marshall?), TWED (Fender?).

Kelemahan

  1. It's plastic - standard Behringer pedals' trademark.
  2. Hanya amp model TWED pada CLN channel saja yang sesuai untuk main clean, model CALIF dan BRIT menghasilkan bunyi distortion walaupun menggunakan CLN channel dan tombol DRIVE pada kedudukan pukul 7-9.
  3. Kenapa mesti warna biru?

Ruangan bateri di bahagian bawah yang senang dibuka, tak perlu nak buka guna pemutar skru seperti dua pedal aku yang lain (EHX Bass Blogger, Modtone Speedbox MT-DS).

Disebabkan kebelakangan ni amat susah untuk jamming di Hepi;) makeshift studio, opsyen utama ialah untuk jamming di studio sewa. Tapi memandangkan studio jamming sewa biasanya hanya memiliki dua amp gitar, amat susah untuk kugiran yang memiliki tiga orang gitaris (three amigos?) untuk mengasah bakat mereka.

Jadi, cara penyelesaian yang mudah ialah "gitaris ketiga" terpaksa menggunakan amp modeler yang disambung terus pada mixer/PA system studio, sebaiknya menggunakan output XLR. Di sinilah pedal GDI21 ni memainkan peranan utamanya...

My simple jamming rig - GDI21, FX600, Speedbox MT-DS.

Speedbox untuk distortion, FX600 untuk efek-efek chorus, delay dan pitchshift. GDI21 pula untuk amp modeling (personal favourite - TWED, CLN, CNTR), kira dah cukuplah untuk "gitaris ketiga". Nak guna Pod X3 di studio jamming sewa dah kira terlampau "overkill" pula kan?

Dulu aku pernah ada pedal BDI21, waktu tu aku belum ada amp bass. Bass rig aku disambung terus pada PA system melalui pedal tersebut. Tapi ia dah di"let-go" bila aku dah ada Oren Besar.

_____
Ada apa: Dan pedal ni dah digunakan untuk sessi jamming Metuk Ulau Projekt petang tadi.

Ada Sesuatu Dari Steven Guitars


Jumaat (23/9/2011) - Kalau sebelah pagi menerima bungkusan poslambat (parcel post), sebelah petang pula menerima bungkusan plastik Kangaroo Worldwide Express.

Beberapa hari lepas aku memesan sesuatu dari Steven Guitar melalui Facebook. Steven Guitar, antara nama "online seller" yang baru nak naik di bumi Kenyalang ni. Aku memesan satu jenama pedal efek gitar (stompbox) yang agak susah diperolehi di pasaran Malaysia - Modtone.

Walaupun aku memesannya dari Steven Guitar, tapi bungkusan yang diterima berinvois dari LG Art Enterprise, pengedar (distributor) jenama Modtone di Malaysia.

Pedal Modtone yang aku order ialah model Speedbox Distortion XXL MT-DS, dengan harga yang murah sedikit berbanding Boss DS-1. Pada mulanya aku ingin memesan Modtone Mini-Mod Distortion, tapi disebabkan perbezaan harga yang sedikit, it's better to order full-fledge Modtone.

Pedal, kotak dan manual ringkas.

Apa yang menarik pada pedal ni ialah warnanya yang HIJAU dengan corak "black flame" (Amaterasu?) yang menarik. Ya, jika pedal distortion lain kebanyakannya berwarna oren atau merah, tapi pedal ni memang sesuai dengan jiwaku :) Selalunya pedal overdrive yang berwarna hijau (mojo daripada Ibanez Tube Screamer).

Satu suis "bypass" dan tiga tombol ala DS-1; TONE, GAIN dan LEVEL.

Berbanding pedal-pedal Modtone yang lain, pedal Speedbox ni yang paling murah dengan harga di bawah RM200. Dan untuk rig yang ringkas (2-3 stompboxes), memang kebetulan aku hanya perlukan efek distortion sahaja, efek-efek lain seperti chorus, delay, phaser, flanger, tremolo dan pitch shifter aku boleh guna Behringer FX600.

Kedudukan AC power input yang terletak di bahagian atas pedal.

Seperti pedal EHX Bass Blogger aku, ia tidak mempunyai ruang bateri yang khas. Untuk menukar bateri, kita terpaksa membukanya menggunakan pemutar skru, sesuatu yang agak leceh.

Tonewise, tak jauh beza berbanding DS-1, cuma bunyinya lebih treble (berpasir?). Dan seperti DS-1 atau distortion lain, ia amat sesuai untuk bunyi Hard Rock dan old-school Heavy Metal, atau sebagai booster untuk hi-gain amplifier.

Lepas ni nak cuma pedal-pedal stompbox jenama/model China lain yang berharga sub RM200 - Beta Aivin, Joyo, Biyang, Moen (Moen lagi?).

_____
Ada apa: Teringat pula Satchurator...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger