Showing posts with label yolo. Show all posts
Showing posts with label yolo. Show all posts

Metukulucifer Atau Metukulaullica?


Oke seperti yang dijanjikan, entri bias berasingan untuk persembahan Metuk Ulau Project semasa gig YOLO tempoh hari.


Seperti yang aku nyatakan dalam entri ni, ada sedikit rombakan line-up untuk gig kali ni. Aku dan Korawk bertukar posisi - aku menggalas tugas sebagai bassist (menggunakan Silver Wings) manakala Korawk sebagai vokal utama dan gitaris kedua.


Bukan apa, nak bagi peluang Korawk untuk beraksi dengan gitar 1Malaysianya (Ibanez GRG270) yang dah dipasang dengan pikap DiMarzio Petrucci set.

X-11 beraksi lagi!
Setlist
  1. Project Madness
  2. Warriors Ride On The Chariots
  3. Seek Creeping Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Dimulakan dengan lagu Project Madness (working title, final title may differ) lagu sendiri MUP hasil nukilan aku dan Azrol yang masih belum ada lirik, dimainkan secara instrumental sebagai intro persembahan.


Lagu kedua merupakan lagu cover Metalucifer iaitu Warriors Ride On The Chariots. Lagu yang disarankan oleh Korawk untuk dicover oleh MUP sebulan sebelum gig.


Tapi yang amat menyedihkan, vokalis tidak hafal lirik lagu sehingga saat-saat akhir, dan terpaksa mempertaruhkan maruah diri dengan membawa helaian lirik, hahaha...

Warriors Ride On The Chariots - featuring Korawk as vocalist.

Lagu ketiga merupakan lagu medley Seek Creeping Puppets sempena demam Metallica nusantara bulan depan. Bak kata Korawk "...lagu ini ditujukan untuk mereka yang tak pergi Metallica".


Bahagian Seek dinyanyikan oleh Korawk, manakala selebihnya by yours truly... Sekali-sekala MUP cover Metallica enjoy juga kan?


Seperti lagu Chariots, medley Seek Creeping Puppets ni juga turut dinyanyikan beramai-ramai oleh penonton yang rata-ratanya merupakan rakan-rakan MUUV dan 3-series club yang dipelopori oleh Adi Herman.


Sambutan penonton yang agak mengejutkan, tak sangka lagu-lagu Metallica masih diminati di Bintulu tak kira peringkat umur.


Rakan sepermetalan Olee dari Eternal Zine yang headbang tak ingat dunia dari mula lagu medley sampai habis (f*cking 7.00+ minutes!) esok pagi pasti sakit tengkuk.


Tahniah kepada Bob Kandar yang akhirnya dapat memainkan medley Seek Creeping Puppets dengan jayanya walaupun sebelum ni (semasa jamming) pernah putus asa sebab hilang keyakinan diri memainkan lagu Metallica.


Dan untuk tidak menghampakan permintaan penonton yang inginkan lagu Iron Maiden, maka keluarlah lagu The Trooper sebagai encore. Bagi mereka, mungkin agak janggal gig MUP tanpa lagu cover Iron Maiden kot?


Akibat solo maut yang berbisa, tali gitar X-11 Azrol putus semasa solo lagu The Trooper. Walau bagaimanapun lagu tetap diteruskan sampai habis walaupun tanpa solo. Soalan, kenapa Korawk tak ganti solo?


Pendapat peribadi? Sambutan penonton kali ni lebih meriah berbanding Oktoberfest. Mungkin disebabkan lokasi yang sempit dan dihadiri oleh dari pelbagai peringkat umur (daripada budak sekolah hinggalah kepada bapa orang).

Video persembahan link daripada Facebook Korawk, dirakam menggunakan Zoom Q3HD.

_____
Ada apa: Next, Bintulu 80's Rockers Reunion Concert.

Sekitar Gig You Only Live Once


Sabtu (6/7/2013) - Sekitar gig You Only Live Once (YOLO), lokasi gig pada mulanya dijadualkan di Danau Alai tetapi berpindah ke Telaga Kumang disebabkan masalah-masalah dalaman lokasi asal.

Ini hanyalah laporan ringkas dan bias, laporan penuh mungkin akan disiarkan oleh blog Molotov Cocktailz ataupun Barangkali Marus.


Gig kali ni dianjurkan oleh rakan-rakan junior dari kumpulan My Eye See Ghost yang bernaung di bawah panji-panji Bintulu Independent Music Movement (BIMM).

Ada Kuraia Manggas.
Daripada senarai kumpulan yang bakal membuat persembahan, rata-rata majoritinya merupakan kumpulan remaja-remaja 15-25 tahun, suatu perkembangan yang agak "sihat" untuk senario muzik bawah tanah Bintulu.


Kalau diikutkan jadual, Metuk Ulau Project merupakan kumpulan kelapan membuat persembahan (dijangkakan sekitar 4.00-5.00 petang), tapi kami meminta supaya persembahan kami diawalkan kerana Bob Kandar akan masuk syif kerja pukul 4.00 petang.

TOYS menyanyikan lagu Doraemon?
Pasangan bahagia yang sentiasa ada di mana-mana gig Bintulu.
Dengan suasana dalaman yang penuh dengan asap rokok membuatkan aku tak tahan nak lepak lama-lama. Masuk sekejap, lima minit kemudian pasti aku akan keluar. Begitu juga dengan aksi mosh-pit penonton-penonton remaja yang agak agresif, agak sukar mendekati pentas untuk mendapatkan liputan.


Saudara Barangkali Marus yang agak rasta menjadi pengacara majlis, walaupun datang agak lewat disebabkan urusan kerja tetapi tetap datang untuk memeriahkan suasana.


Ini projek rakan-rakan dari Bintulu Buskers iaitu projek Buku Jalanan Bintulu (seperti dalam entri ni). Mengumpul petisyen daripada pengunjung mengenai pendapat mereka tentang projek tersebut.

Aku terpaksa balik rumah sebelum pukul 4.00 petang atas urusan keluarga (dah janji dengan Mrs. Ijau ajak jalan-jalan), kamera ciput aku diserahkan kepada Korawk untuk merakamkan beberapa gambar persembahan Erectus.



Aku tak ada idea nak tulis apa pasal persembahan Erectus ni sebab aku dah balik. Tapi seperti biasa, persembahan Erectus memang mantap dengan gimik gitar cabang-cabang. Antara pelopor muzik bawah tanah ekstrim Bintulu. Dengar-dengar mereka ada cover lagu The Pursuit Of Vikings.

Bro Sallem of Erectus.
Err, mana gambar-gambar persembahan MUP? Nantilah aku buat entri berasingan...

_____
Ada apa: Dah beli tiket Metallica?

Suffocated Saturday: Metukulaullica!


Selesai aktiviti menyemputkan nafas di Telaga Kumang petang tadi sempena gig You Only Live Once (aka YOLO gig).

Headbanging tak ingat dunia, hahaha! Salute~
Setlist Metuk Ulau Project kali ni:
  1. Project Madness - lagu projek (yang masih belum ada lirik)
  2. Warriors Ride On The Chariots (Metallucifer cover)
  3. Seek-Creeping-Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Entri bias penuh menyusul kemudian bila dah hilang semput. Seriously, memang aku tak tahan lepak lama-lama di dalam tempat yang penuh dengan asap rokok.

_____
Ada apa: Gig baca lirik, epic fail...

Metuk Ulau Project At You Only Live Once Gig?


Aktiviti menarik untuk bulan Julai. Sekali lagi seperti gig yang lepas, tiba-tiba nama Metuk Ulau Project tersenarai...


Untuk gig kali ni ada sedikit rombakan ahli kumpulan, a little bit of twists - aku dan Korawk akan bertukar posisi. Dan sekiranya tiada arah melintang, MUP akan cuba menyampaikan lagu baru...

Korawk, apa cer?

_____
Ada apa: Forever alone Bintulu~ \m/

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger