Voices Of Ummi - Erti Al-Fatihah


Entri yang sesuai untuk hari Jumaat.

Audio CD ni dibeli di premis Speedy Video, Suria Sabah bersama-sama CD/DVD Rockestra Wings awal bulan Februari ini. Sebenarnya ia dibeli oleh Mrs. Ijau untuk hiburan anak semasa pemanduan jarak jauh.


(P) & (C) 2011 Johan Nawawi Sdn. Bhd. Edaran Sony Music Malaysia. Album yang boleh dikira sebagai "soundtrack" daripada siri animasi 3D Ummi... Ceritalah Pada Kami yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu. Mengandungi 14 buah lagu, termasuk lagu Pedoman yang merupakan lagu nasyid terbaik AIM ke-18 2011.


Pada mulanya Mrs. Ijau nak beli versi DVD, tapi aku sarankan lebih baik beli versi CD audio (hahaha tiba-tiba teringat dialog dalam entri Xyrus Zone semalam).

Selain CDnya boleh dipasang dalam Imago semasa pemanduan sekeluarga, versi mp3 (ripped) dapat dipindahkan ke dalam tablet, telefon pintar atau mp3 player, boleh diaplikasi untuk pelbagai aktiviti keluarga. Kalau DVD, kat situ sajalah...


Lil'Ijau suka lagu ni... Budak-budak, biasalah kalau hari-hari dengar lagu yang sama memang cepat hafal, begitu juga ayahnya hahaha... Siap karaoke sekeluarga. Tapi memang kena "veto" oleh anak, tak dapat nak pasang lagu lain semasa pemanduan sekeluarga.

_____
Ada apa: Lagu Munif dia dah tak minat dah...

Ada Apa Dengan Haven?


Selepas Blind Guardian dan Nightwish, tahun ini juga Kamelot bakal mengeluarkan album studio terbaru mereka bertajuk Haven (release date 5-8/5/2015).

Sumber imej: Kamelot Official.
Sudah menjadi kebiasaan, akan ada beberapa artis jemputan seperti album-album Kamelot sebelum ini. Untuk Haven ada Alissa White-Gluz (Arch Enemy) lagi, Troy Donockley (Nightwish) and Charlotte Wessels (Delain).

Harapnya album kali ni akan sehebat album Silverthorn (atau lebih) yang dapat mengekalkan "vibe" Kamelot walaupun tanpa vokal Roy Khan.

_____
Ada apa: Dulu guna vokal growl Shagrath, sekarang guna Alissa, hahaha!

Wordless Wednesday: Dark Moon Rises




_____
Ada apa: Berjaya "gali lobang tutup lobang", hehehe...

GAS Yang Tertunda


Zoom G7.1ut (discontinued), antara pedal efek jenis konsul (aka multi-fx gedabak) yang pernah terGAS suatu ketika dahulu ketika mula-mula terjerumus dalam dunia gitar elektrik (circa 2009). Tapi disebabkan ketika itu harganya agak premium, aku memilih Korg AX3000G yang lebih mampu milik.


Setelah hampir enam tahun, kini ia berjaya dimiliki walaupun GASnya sudah reda hasil urusniaga pertukaran (trade) dengan seorang rakan seMUUV untuk gitar akustik Takamine ED20C (Taka), serta beberapa barangan kecil sebagai penggenap nilai hampir sebulan lepas.


Disertakan sekali dengan beg cap buaya Gator GK2110. Tiada kotak asal, yang ada cuma adapter AD-0012 dan beberapa keping manual di dalam poket sampingan.

Perbandingan saiz dengan Pod HD300.
Rahsia untuk menggunakan multi-fx gedabak semasa jamming atau gig supaya tidak terkial-kial buang masa ialah siap-siap edit dan susun patches di rumah, nanti di studio jamming atau pentas gig hanya perlu selaraskan ZNR/NOISEGATE, GAIN, VOLUME dan CAB SIM (bergantung kepada amp yang digunakan) semasa soundcheck.

Bateri Energizer?
Dan jika amp yang digunakan mempunyai FX LOOP (SEND/RETURN) di belakang, ada baiknya sambung output multi-fx pada FX RETURN, kerana bunyi modeling kegemaran anda tidak akan terjejas oleh preamp amp tersebut (bypass mode).

Azrol beraksi dengan G7.1ut.
Sekarang jika menggunakan multi-fx gedabak, aku lebih selesa menggunakan Pod HD300 (dan Pod X3 "si kacang merah" untuk kegunaan di rumah). Manakala G7.1ut ini pula bakal telah berpindah milik kepada Azrol yang sememangnya peminat Zoom dan perlukan sebuah multi-fx yang lebih sesuai/serasi.

Tiba-tiba teringat entri G9.2tt Jairo beberapa tahun lepas (waktu dia rajin berblog).

_____
Ada apa: Too advance for console? Stick with stompboxes...

Trivium - Shogun (Special Edition)


Audio CD eBay pertama untuk 2015, album studio keempat daripada Trivium - Shogun. Versi Special Edition ini diperolehi seperti biasa daripada estock_deutschland dengan harga yang tak berapa tersenyum €7.06 (RM30.99).


Sebelum ini aku tak layan Trivium (dan seangkatan) walaupun aku pernah sedut mp3 album Shogun ni sekitar tahun 2008-2009 dulu, tapi rasanya tak pernah dengar pun (sedih).

Kebelakangan ni aku mula berjinak-jinak dengan Trivium semenjak diprovok oleh Azrol untuk cuba cover beberapa lagu Trivum. Azrol menyarankan album The Crusade, tapi aku mulakan dengan Shogun disebabkan versi Limited Edition ni tersenarai dalam katalog estock_deutschland.


Mungkin disebabkan muzik Trivium ni ada unsur-unsur classic heavy metal dan thrash metal, lebih-lebih lagi vokal Matt Heafy yang ada vibe James Hetfield membuatkan aku senang menghadam muzik mereka. Cuma bab vokal teriak (screaming) agak menjengkelkan pada pendengaranku. Selebihnya, memang album ni layak dikategorikan sebagai super album.


Versi Limited Edition ni memiliki tiga lagu tambahan berbanding versi biasa, satu daripadanya ialah cover Iron Maiden yang pernah dimuatkan dalam album kompilasi Maiden Heaven.

Ia juga didatangkan dengan bonus DVD yang mengandungi dokumentari The Making Of Shogun (aku suka dokumentari "behind the scene" sebegini) dan Shogun: The Riffs, iaitu video cara-cara memainkan riff Shogun menggunakan gitar dan bass (boleh cari di Youtube).


Aku bukanlah peminat Trivium (lama-lama mungkin minat), daripada pengamatanku bergaul dengan ahli MUUV yang muda, biasanya mereka (generasi Y) senang nak terima muzik/vokal sebegini berbanding genarasi X macam aku. Jadi selebihnya biarlah peminat tegar Trivium yang komen. Apa-apapun aku suka lagu Throes of Perdition.

Boleh juga baca ulasan D'Arsil dalam entri blognya di sini.

_____
Ada apa: Epiphone, Jackson dan BC Rich, hebat!

36 Gambar Di 36 Studio


Bersempena dengan berakhirnya operasi 36 Studio mulai hari ini, tergerak hati untuk membuat entri "tribute" dengan kompilasi 36 gambar menarik semasa berada di 36 Studio (2013-2015). Kebanyakannya diambil semasa sessi jamming Metuk Ulau Project dan sessi Jammed Of The Beast dalam entri-entri sebelum ini. Enjoy...




































-TAMAT-
_____
Ada apa: Terima kasih Borhan dan 36 Studio.

Wordless Wednesday: Sel Otak Berhubung




_____
Ada apa: Pandai menarik perhatian ayah...

Elan


Dalam perancangan hari ni nak buat entri pasal album Shogun Trivium (first eBay CD for 2015), tapi kes terkena "kick" single terbaru Nightwish Elan di YouTube, terasa nak merapu sikit pasal klip video ni...



1) Abang Marco (always be my influence, both vocals and bass) dah mula selesa menggunakan Buzzard semenjak Showtime, Storytime, tak nampak lagi Infinity dan Vampyre.

2) Sentuhan seruling Celtic Troy Donockley yang kini sebagai ahli tetap (dan bukan lagi pemuzik jemputan), menaikan lagi "feel" muzik Nightwish.

3) Vokal Floor Jansen memang serasi dan "natural" dengan muzik Nightwish, dan jika ditanya antara Turunen, Olzon dan Jansen, aku pilih Jansen mungkin disebabkan faktor lagu-lagu era After Forever yang banyak memori.

Entri lama.
Bab TH, EV dan drummer gantian tak payahlah aku cerita... Hmmm, few Finns, one Brit and one hightower Dutch.

_____
Ada apa: Dah jumpa album live Made In Hong Kong daripada estock_deutschland.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger