Wordless Wednesday: Kit Kat Gold



_____
AADI: Kit Kat Duo dipakej semula.

Active Bass Preamp Shopee


Mendapatkan set active preamp generic/oem tanpa jenama daripada Shopee untuk menggantikan preamp asal pada bass Warlock bertali lima aku Francesco, yang kesemua tombol-tombolnya (potentiomenter sebenarnya) sudah keras. Set ini hanya berharga RM25+ termasuk pengeposan.

Sememangnya kesemua potentiometer sudahpun keras ketika ia dimiliki semula, pengguna sebelum ini mungkin jarang memulas tombol-tombol dan cara penyimpanan juga mungkin antara penyebab ia menjadi keras.

Preamp lama.
"Preamp yang ringkas, aku tak pasti model apa, mungkin in-house model. Dengan pematerian yang agak kemas walaupun wayar berserabut tidak diikat. Yang ini aku biarkan sahaja (as-is) selagi tak ada masalah." - entri 2018.

Perancangan utama adalah untuk menggantikannya dengan set EMG 40P5 + EMG 40J untuk kepuasan diri. Tapi selepas muhasabah diri dan faktor kos, ia dibatalkan. Lagipun aku jarang guna bass ni, dan sampai satu tahap mungkin aku akan jual semula bass ini jika ada pihak yang *betul-betul berminat.

Aku memilih preamp ini berbanding preamp Belcat yang RM10 lebih mahal kerana layout yang sama seperti preamp asal iaitu empat pot - VOLUME, BLEND dan 2-band EQ TREBLE/BASS. Preamp Belcat memiliki 3-band EQ TREBLE/MID/BASS menjadikan lima pot kesemuanya.

Cuma agak was-was dengan ketahanan stereo output jack yang digunakan. Sampai masa pastinya akan ditukar dengan Switchcraft (ikut legasi YusTech). Juga didatangkan dengan bekas bateri, dapatlah menggantikan bekas bateri asal yang penutupnya sudah patah.

Aku hanya perlu memateri pikap-pikap asal pada pot BLEND, selebihnya tidak perlu kerana kesemua litar adalah jenis pre-wired. Tapi, tunggulah nanti bila ada masa barulah projek ini bermula. Sekarang kembali "sibuk" PC gaming memainkan semula game lama Fallout: New Vegas, kah kah kah...

_____
AADI: *Yang berminat, tapi tak betul tu memang dah ada.

Politala Hitam Mini


Pedal tuner jenis *polifonik seperti TC Electronic Polytune 3 atau Polytune 2 merupakan antara GAS tahun ini. Tapi bersempena jualan "crazy sales" Music Bliss, model Polytune 3 Noir Mini ini jauh lebih murah berbanding harga runcit semasa (beza RM100!), ditambah lagi dengan pengeposan percuma membuatkannya berbaloi-baloi.

Tuner jenis polifonik amat memudahkan proses penalaan gitar terutamanya untuk pengguna Floyd Rose (atau seangkatannya). Sekali strum, dapat tahu tali mana yang talaannya lari. Termasuklah untuk talaan jenis drop.

Sebagai sebuah pedal bersaiz mini, kelemahan utamanya ialah tiada ruang untuk bateri (tidak seperti Korg Pitchblack Mini yang guna bateri CR2032), perlu menerima bekalan kuasa daripada adapter 9V.

Selain itu, terdapat juga litar buffer Bonafide diintegrasikan dalam pedal ini, kelebihan Polytune 3 berbanding varian Polytune 2. Dua suis kecil di tepi ini untuk mengaktifkan mode buffered/bypass dan standard/always-on.

Ikut pengalaman, ketika di atas pentas atau dalam keadaan yang banyak gangguan daripada getaran luaran (kick drum, bass, dll), tuner jenis clip-on akan "pening" dan memang tidak boleh diharap. Ketika inilah tuner jenis pedal (atau tuner dalam multi-fx) lebih praktikal kerana isyarat elektrikalnya tidak akan terganggu oleh getaran luaran tadi.

Apa-apapun, sewajarnya setiap pemain gitar/bass perlu ada sekurang-kurangnya satu jenis tuner sendiri, tak kisahlah tuner jenis clip-on, candybar atau pedal. Aku pernah "kehilangan" sebuah tuner clip-on dek kerana berpinjam-pinjaman semasa gig...

_____
AADI: *Pernah memiliki Korg Pitchblack Poly.

Flashback Friday: MUP 10th Anniversary


Jika membaca kembali sejarah Metuk Ulau Project, hari ini secara tidak rasminya MUP menyambut ulang tahun yang ke-10. Bermula dari band bidan terjun, sehinggalah menjadi "household name" dalam kedua-dua scene upper dan underground Bintulu.

Imej link dari blog Geng Kereta Sapu.

Ada beberapa "sambutan" yang bakal dibuat, antaranya telahpun diselak oleh si Korawk beberapa minggu lepas. Disebabkan yang satu ini merupakan projek si Korawk, biarlah ia diumumkan dalam blog GKC kelak.

Imej link dari blog Geng Kereta Sapu.

Kedua, akan cuba menganjurkan reunion dan/atau gathering bersama-sama ahli MUP dahulu, kini, pengasas dan termasuklah sessionist yang pernah bermain bersama MUP. Tapi atas kekangan isu semasa, tak dapat nak buat besar-besaran.

Seterusnya mengadakan persembahan Facebook live stream ala jamming santai dari sebuah studio tersohor di Bintulu. Tarikh, masa dan info terkini akan diumumkan dalam Facebook Metuk Ulau Project.

Ice cream for me Bintulu! \m/

_____
AADI: "Apa yang reunion-nya?"

Wordless Wednesday: Tangan Sejahtera



_____
AADI: Gunakan kaki.

Ada Apa Dengan Nescafe Kopi-O Kopitiam?


Selepas tarik kaw kopitam, mencuba pula perisa kopi-o kopitiam. Aku tak pasti, adakah corak tin sebegini edisi terhad khusus untuk label "kopitiam" atau Nescafe sudah berubah wajah (facelifted) lagi?

Rasanya sama seperti Nescafe kopi-o tin biasa atau black roast, hanya visual sahaja nampak lebih menarik dengan label hitam-ungu dan imej ikonik "kopitiam". Aku tak suka kopi-o, lebih-lebih lagi kalau sejuk. Inipun dibeli semata-mata untuk modal AADI, dibawa balik rumah, dicampur dengan sekotak susu UHT 200 ml dan ditambah ais. Bolehlah lawan rasa kopi hipster.

_____
AADI: Empty decorations...

Paradigm Mr. Smith


Selepas Goldie minggu lepas dengan Dunlop KKN1052, kali ini Mr. Smith (Jackson SDX) juga dibelanja tali baharu. Tergerak hati untuk menggunakan Ernie Ball Paradigm 9-46 ini yang sudah terperap setahun dalam stok. Ditala Eb-standard dan akan menjadi gitar utama untuk sessi jamming akan datang (bila?).

Tiba-tiba aku teringat kata-kataku dalam entri tahun lepas.

"Ok, masih sedikit fobia bila membuka apa-apa paket Ernie Ball (sumpahannya), tapi kali ini agak teruja sedikit kerana set Paradigm 10-52 ini masih "segar" tanpa karat walaupun ia batch lama (2015).
Ada lagi satu set Paradigm 9-46 akan dipasang dalam masa terdekat. Tak nak simpan lama-lama dalam stok sesuai dengan waranti 90 hari dari tarikh pembelian (bukan pemasangan)."

Nah! Fobia itu nyata, Paradigm yang gah ini pun ada tompok-tompok karat pada tali plain (GBE) setelah setahun dalam simpanan. Walaupun tidak seteruk kes ini dan ini, tetapi karat tetap karat.

Agak menyesal kerana tidak memasangnya terus pada tahun lepas (Primo pula dipasang). Kalau tak, boleh tuntut klausa waranti 90 hari tu. Berbeza dengan jenama D'Addario, siri murahan EXL pun masih berkilat tanpa karat walaupun disimpan 2-3 tahun dalam stok buktinya entri ini dan ini.

Dengan ini begitu meyakinkan aku bahawa tali gitar jenama Ernie Ball tak kisahpun apa sirinya - normal Slinky (selalu), coated Slinky (coated pun kena) dan Paradigm ini - semuanya tidak boleh diharap disimpan lama dalam stok. Lain kali, lepas beli terus pasang...

Iye?

Malangnya aku ada TERbeli dua unit Turbo Slinky (9.5-46) seperti entri beberapa hari lepas. Yang pasti selepas ini dengan pantas ia akan terus dipasang. Maka dengan ini jenama Ernie Ball terkeluar senarai sekali lagi...

_____
AADI: #iplayslinky for the last time (part 2).

Antara Swee Lee, Ernie Ball, D'Addario Dan Dunlop


Pancingan terkini dari website Swee Lee Malaysia, mengambil masa hampir dua minggu untuk sampai ke Bintulu dek isu semasa. Selepas mencuba Primo Slinky, tertarik pula dengan satu lagi model terbaharu Ernie Ball bersaiz 9.5-46 dengan nama Turbo Slinky, hibrid antara Primo Slinky (9.5-44) dan Regular Slinky (10-46).

D'Addario juga kini sudah kembali setelah sekian lama tidak disenaraikan dalam website Swee Lee. Dua unit EXL120+ (9.5-44) dipancing untuk simpanan stok mengalahkan Primo Slinky yang bersaiz sama. Alasan mudah, D'Addario lebih tahan lama disimpan dalam stok.

Juga pembelian sampingan dua produk Dunlop iaitu kain penggilap fret System 65 Micro Fret Cloth dan set pick nipis Acoustic Pick Variety Pack PVP112.

Mutakhir ini aku lebih selesa menggunakan pick nipis dan sederhana 0.60-0.73 mm, tapi dalam "koleksi" pick aku lebih banyak pick tebal - Jazz III, Ultex, Big Stubby - yang rata-ratanya berketebalan 1.0 mm dan ke atas. Dengan set PVP112 ini, dapat dinilai siri/model pick nipis Dunlop manakah yang lebih serasi.

_____
AADI: Harapnya tiada sumpahan Ernie Ball untuk batch Turbo Slinky ini.

Wordless Wednesday: Mi Generation



_____
AADI: Agak terlewat menceburkan diri.

Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 5)


Sekali lagi minuman F&N Fruit Tree bertukar label (face-lift) berbanding entri lima tahun lepas.

Agak menyedihkan kerana selain label, rasanya juga sudah berbeza, tidak lagi sepekat dan semanis seperti dahulu. Terasa seperti lebih kepada minuman berperisa oren (sirap/kordial) berbanding jus oren, hirisan aloe vera pun tak banyak.

_____
AADI: Harapnya perisa nanas masih kekal sama.

Dah 12 Tahun...


Pertengahan bulan Mac biasanya akan ada entri bragging rights milestone berhobi kegitaran aku. Paling banyak diceritakan dalam entri tahun 2019 bersempena #10yearschallenge (entri tahun terdahulu; 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2020).

Untuk tahun ke-12 ini, tiada azam spesifik disasarkan, PKPx dan isu semasa sedikit sebanyak membantutkan mood. Paling-paling pun akan cuba merancang sambutan ulang tahun ke-10 MUP hujung bulan ini. Juga ingin meneruskan 2020 purge, tapi entah apa lagi yang boleh sanggup dilepaskan.

Kemahiran pun tiada peningkatan masih tahap sama seperti 2-3 tahun lepas, rasanya aku sedang berada di "plateau". Mungkin akan cuba mentelaah kembali siri DVD Guitar Techniques Of... (Lick Library) yang aku ada untuk menaikan kembali semangat dan keinginan belajar benda baharu. Itupun kalau ada masa...

_____
AADI: Kalau keinginan GAS tu jangan ceritalah.

Antara Les Paul Dan Kerry King (Part 2)


Abang long Goldie dibelanja dengan set tali baharu Dunlop KKN1052 Kerry King, dipasang dengan konfigurasi 10-46 pada talaan Eb-standard (E-standard jika perlu). Tali ekstra saiz 52 disimpan untuk gitar lain, mungkin akan digabungkan dengan set 9-42 lain menjadikannya set 7-string.

Aku ada pengalaman *bencinta dengan tali-tali gitar jenama Dunlop. Ikut pengalaman (ini, ini, ini dan ini) talinya lembut, tapi akan ada lebih banyak residu hitam pada hujung jari berbanding jenama lain. Tapi tak mengapa, asalkan tidak karat sebelum dibuka. Tak sehangin Ernie Ball...

Seperti biasa, juga mengambil kesempatan untuk mencuci badan dan fretboard. Nampak jelas kelainan inlay fret ke-15 yang kekuningan (plastik?) berbanding fret-fret putih yang lain (pearloid?) seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri ini.

Baru perasan Dunlop kini telah memilih kaedah pembungkusan semua tali dalam satu bungkusan plastik dan kod warna pada penghujung bebola (ball-end), seperti yang dipopularkan oleh D'Addario.

Mungkin kaedah ini juga dapat mencegah pembentukkan tompok-tompok karat jika tali disimpan dalam jangka masa yang lama, selain menjimatkan penggunaan sampul kertas berbanding kaedah tradisional.

Ironinya, 10 tahun lepas tali pertama yang dipasang pada gitar ini (selepas tali stok) juga adalah KKN1052 (berlabel KFK ketika itu). Merupakan pengalaman pertama menggunakan saiz 10-46 pada Les Paul. Hmmm... 10 tahun dah ye?

_____
AADI: *Bencinta = love/hate.

Ada Apa Dengan Susu Kurma Farm Fresh?


Susu kurma jenama Farm Fresh ini aku rasa sudah hype sejak tahun 2019. Katanya antara jenama susu kurma yang trendy dan viral ketika itu.

Pernah beberapa kali membeli jenama ini pelbagai isipadu, tapi tak pernah tangkap gambar untuk dibuatkan entri AADI. Inipun sebab Mrs. Ijau pakat beli sedozen kotak 200 ml ini sempena jualan amal.

Rasanya memang kimochi, susunya pekat dan rasa manis pati kurmanya boleh menandingi susu kurma jenama Origina dan NS. Tak hairanlah ia trendy dan hype ketika mula-mula dipasarkan.

_____
AADI: Produk Farm Fresh lain agak kurang menyerlah.

Wordless Wednesday: Radin Music Centre Inferno


Ya allah...sesungguhnya setiap yg berlaku ada hikmahbnya. .. Tinggal kenangan...

Posted by Radin Razak on Tuesday, 9 March 2021

_____
AADI: Semoga Bro Radin Razak tabah menghadapi dugaan.

Ada Apa Dengan Wonda Premium Coffee Mocha?


Pesaing kepada kopi 3-in-1 selain Nescafe, Alicafe, Frenche Roast, dll yang ada dalam pasaran. Selepas perisa kopi tarik, kali ini dicuba pula Wonda perisa mocha.

Walaupun rasanya tidaklah 100% seperti rasa mocha versi tin, tapi sekurang-kurangnya menjadi alternatif jika bosan dengan rasa kopi 3-in-1 biasa.

_____
AADI: Atau bila palau dengan rasa kopi.

Wired Wireless Mod?


Bila receiver wireless Airbridge MP-1 ini sangkut "digigit" oleh input jack AT Drive, maka tercabutlah segala jack dan perumah plastik termasuklah pemateriannya apabila ditarik dengan kuat.

Seperti yang aku katakan dalam entri lepas...

"*Material plastik yang nampak kurang tegap, terutamanya mekanisma berpusing itu sendiri pastinya akan rosak/patah jika terlanggar, tersadung atau terhentak."
"*Mungkin akan dimodifikasi dengan patch cable supaya badan transmitter dan receiver tidak dicucuk terus ke output jack gitar dan input jack pedal/amp."

Dengan wayar merah (hot) dan hitam (ground) terjuntai keluar begini, dapat idea untuk dimodifikasi dengan patch cable dan jack Switchcraft supaya menjadi sistem tanpa wayar gitar yang lebih tegap dan strap-friendly. Akan diusahakan bila ada masa dan mood kelak.

Bersambung...

_____
AADI: "Bro, nak beli cable wireless"

Wrapping Frets, Fretting Wraps (Part 3)


Bila dapat tahu FretWrap signature Matt Heafy (MKH), sudah ada di Malaysia, dengan pantas memesannya terus daripada pengedar rasmi Gruv Gear di Malaysia iaitu Brado Guitars. Juga mendapatkan versi Stealth sebagai peneman pembelian.

Selain fungsi utamanya sebagai peredam (dampener) dan/atau pembisu (muter) bunyi deruman berlebihan tali gitar tatkala menggunakan setting high gain, *ia juga lebih trendy, lebih hipster berbanding menggunakan tali pengikat rambut.

FretWraps hijau pun masih ada, tapi yang hitam (LG) dalam entri ini sudah dijual penghujung 2019. Juga ada memiliki dua unit string muter versi imitation bootleg Shopee. Harganya 1/5 daripada versi Gruv, sudah pasti material dan kualiti setimpal dengan harganya.

Material dan harga versi MKH adalah sama dengan versi biasa, hanya logo V digantikan dengan kanji Kiichi (喜一). Tetapi versi Stealth menggunakan material agak premium, harga pun mahal sedikit berbanding versi biasa.

_____
AADI: *Nak juga trending, nak juga hipster.

Throwback Thursday: 35th Puppets


Katanya semalam 03/03/2021 genap 35 tahun album ini...

Pancingan 2014 (cetakan 1989).

Seperti cerita dalam entri 2009 (dengan gaya penulisan ketika itu)...

"wlupun zmn metallica aku bermula dgn album black dan load, tp bg aku... album master of puppets ni la album metallica yg plng aku suka wlupun lmbt sket aku layan (1997 kot?) yg dipengaruh oleh jedi master aku bro amin (mentor repair2 pc waktu aku mula2 berkecimpung dlm dunia IT)"
Pancingan 2009 (cetakan 1986).

Pernah memiliki album ini versi CD dua kali (kaset tak sempat). Versi pancingan 2009 telahpun dijual (kalau tak silap Adi Herman yang beli) bersama-sama album Metallica lain ketika lelongan pasca-Projek Mega 2011 dulu. Versi pancingan 2014 masih ada.

Kalau datang gila-gila mungkin akan cuba memancing versi reissue/remastered daripada Rock At Large. Maklumlah, ini antara album metal terhebat sepanjang zaman.

_____
AADI: MUP pernah cover lagu MOP, tapi sayang undocumented.

Wordless Wednesday: Oreo Red Velvet



_____
AADI: Entah, tak sesedap perisa ori.

Ada Apa Dengan Nescafe Tarik Kaw Kopitiam?


Ok, ini versi keempat Nescafe tarik tin yang pernah aku jumpa selepas versi biasa, versi tarik kaw dan versi kurang manis. Versi kali ini namanya tarik kaw kopitiam.

Rasanya sama seperti versi tarik kaw, hanya visual sahaja nampak lebih menarik dengan label merah dan imej ikonik "kopitiam". Adakah ia akan menggantikan visual tarik kaw lama atau ini adalah edisi terhad?

_____
AADI: Teringat sitkom Kopitiam NTV7 dulu-dulu.

The Black Heart Theory


Selamat berbulan Mac. Serius, sudah lama tidak memancing di website Rock At Large, kali terakhir ketika Record Store Day 2018 dengan album Abigail II dan Vengeance Falls.

Juga disertakan dengan sekeping sticker RAL.

Kali ini giliran album-album Kamelot dan Marko Hietala iaitu The Shadow Theory rilisan 2018 dan Pyre Of The Black Heart rilisan 2020. Bila dapat tahu kedua-dua album ini ada dalam katalog RAL, dengan pantas terus dipancing.

Terima kasih RAL kerana membawa masuk album-album sebegini. Agak serik untuk memancing CD eBay musim-musim pandemik ini. Pancingan CD eBay dari Jerman bulan November lepas sampai sekarang masih belum sampai.

Seperti biasa, akan dibuatkan entri berasingan kelak.

_____
AADI: Next target, Hexed.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger