Perampas Dana: Root Canal Treatment


Sabtu lepas ada temujanji dengan doktor gigi kononnya hanya ingin tampal gigi berlubang. Tapi lepas didiagnos, masalahnya lebih serius daripada yang disangka dan terpaksa menjalani root canal treatment.

Bila ada melibatkan bius, x-ray dan surgery, sudah pasti kosnya lebih tinggi daripada jangkaan. Maka dana-dana perhobian akan datang terpaksa dilaburkan supaya tidak mengganggu dana-dana lain yang dikhaskan pasca berpindah rumah.

Akan follow-up lagi minggu depan. Tak mengapa, aku suka makan. Kalau gigi bermasalah, pasti nikmat makan akan berkurangan...

_____
AADI: Melepaslah sebiji IRF-Loudpedal.

Boxing Diaries: August 2023


Diari bulan ini tidak banyak yang menarik, hanya menjadi "mangsa" teman bertumbuk beberapa sessi sparring bersama budak-budak PS Boxing (bawah naungan Bintulu Boxing Association) sebagai persediaan untuk mereka mengikuti Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak di Sri Aman pada 20-26/08/2023.

Beberapa kali sparring dengan mereka ini, boleh aku rumuskan setiap kelebihan mereka, Nic - kidal/southpaw, body shots expert, John - aggressive, Kenny - nimble/agile, Abid - long-ranged attacks, coach Ting - ah he's just a coach, hahaha...

Sebenarnya coach kami ni pun bukan calang-calang orangnya. Louis Ting Chek Tee, atlet SUKMA XVIII Sarawak tahun 2016.

Oh ya, beberapa hari lepas juga mencapai perbatuan (milestone) kerana berat badan aku tidak lagi bermula dengan angka 9. Kini sudah bermula dengan angka 8. Aku dapat membuktikan pada Mrs. Ijau yang aku boleh menurunkan berat badan dengan hanya bertinju tanpa mengawal pemakanan. Maksud aku, makan masih macam biasa, tak ada diet-diet. Sebelum menyertai tinju, berat badan aku hampir mencecah 3-digit.

_____
AADI: Cuti berboksing pula aku minggu ni...

Sedekad Metallica Kuala Lumpur


Sedar tak sedar hari ini sudah 10 tahun konsert Metallica Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (throwback part 1, part 2, part 3). Sehingga kini masih belum ada ura-ura untuk mereka kembali ke KL. Paling dekat pun mereka singgah Singapura pada Januari 2017, tapi KL tarak.

10 tahun kemudian juga kita kena akur yang hero/idola 80-90an kita semakin tua, Papahet pun awal bulan ini menyambut ulang tahun ke-60. Namun respek kepada mereka kerena masih aktif dan mampu beraksi di atas pentas yang luas.

"Metallica begitu sinonim dengan metal, mereka membuatkan metal menjadi mainstream, ramai yang sebaya denganku mula minat metal kerana Metallica. Harapanku agar mereka dapat merilis sekurang-kurangnya satu lagi album sebelum mereka berpencen wajib. Kalau dapat singgah KL lagi, itu kira bonus..."

- Entri 40 tahun Metallica.


Suka dengar kalau Hammett yang ditemuramah, tanpa gangguan Ulrich.
@1:08:30 setuju dengan Hammett.

Apa-apapun, nama Metallica akan tetap menjadi antara yang teratas sebagai pengaruh kehidupan metal aku secara amnya dan alam kegitaran secara khususnya (Les Paul, ESP, EMG). Dapat tengok konsert mereka 10 tahun lepas pun dah kira tercapai hajat bucket list, bersama-sama Iron Maiden Singapore 2011 dan Megadeth KL 2017.

_____
AADI: Apa khabarnya ABC Band?

Tarot Kembali


Melihat Tarot kembali beraksi one-off di kampung halaman mereka (Kuopio) membuatku tersenyum. Walaupun pentas taklah segah pentas festival besar, tapi biasanya pentas kecil begini lebih happening, mengingatkan aku pada konsert mereka dalam DVD Undead Indeed.

Imej cilok web Wings Of Darkness.

Selepas kematian drummer Pecu Cinnari beberapa tahun lepas, aku jangkakan Tarot akan bubar. Tapi agak terkejut bila mana ada cerita rehearsal Tarot dalam Youtube Zaku (Zachary Hietala) beberapa bulan lepas. Tak pasti pula siapa drummer pengganti.



Begitu juga dengan abam Marco (Marko Hietala) yang kini kembali aktif dalam scene tempatan Finland dengan band solonya selepas pencen scene antarabangsa (namely Nightwish).

Welcome back abam Marco, nampak berisi dalam video di atas.

_____
AADI: Sayap-sayap kegelapan (atau kepak-kepak lebih tepat?).

Sentuhan Kanta Kecundang


Atas faktor sukan tinju, kembali memakai kanta sesentuh (contact lens). Pandangan yang kabur merupakan kekangan setiap kali sessi latihan, memakai cermin mata memang tidak praktikal. Kali terakhir aku memakai contact lens sekitar 2011-2012 ketika masih aktif mampu bermain futsal.

Awal 2000an dulu (zaman Penang, the wasted years) rajin pakai contact lens, dua jenama kegemaranku ialah Bausch + Lomb dan Acuvue. Selain jenis disposable, pernah juga memakai jenis permanent (satu set tahan setahun, taklah permanent mana pun) berwarna hijau (ya, macam mata Hulk).

Sudahpun mula dipakai beberapa sessi yang lepas, paling ketara perbezaan ketika sessi sparring malam Rabu (fight night). Katanya stok untuk sebulan (30 set), tapi seminggu ada 2-3 sessi latihan, sejam setengah hingga dua jam per sessi. Jadi satu set bolehlah diguna untuk seminggu.

Cuma disebabkan aku sudah mengalami presbyopia (rabun tua), apa-apa yang berada dalam lingkungan jarak 30 cm dari mata memang susah difokus ketika memakai contact lens. Paling menyeksakan ketika menggunakan smartphone. Penyelesaian mudah, pakai cermin mata rabun dekat (reading glasses) Mr. DIY.

_____
AADI: Faktor usia.

Steam Witcher


Ini antara game yang tak sempat dimainkan sejak ia dirilis tahun 2008, pernah membeli DVDnya (versi JS) sekitar 2009-2010 tapi tak dapat install sebab data DVD rosak.

Tapi, bila mana ia diiklankan di Steam padah harga RM3.45 (harga asal RM23.00) beberapa minggu lepas, terus masuk bakul dan dimuat turun. The Witcher inipun antara franchise game yang popular dan sudah berkembang beberapa sekuel, expansion dan spin-off. Mungkin sepopular franchise Assassin's Creed dan/atau God Of War.

Spesifikasi PC aku walaupun dikira tahap paling bawahan (Core i3) untuk gaming semasa, tapi ia masih cemerlang memainkan PC game lama pra-2015. Cuma aku sahaja yang sudah kurang "spesifikasi" untuk PC gaming. Baru 15 minit main dah pening, faktor usia, padan muka...

_____
AADI: Netflix mensia-siakan bakat Henry Cavill.

Ada Apa Dengan Nippy's Ginger Beer?


Nippy's ginger beer, satu lagi produk minuman bir halia buatan Australia dicuba untuk entri AADI. Dah jarang beli minuman begini, selain harga yang agak premium untuk sebotol 375 ml ini, kadar kemanisan juga antara faktor yang perlu diambil kira.

Rasa manis dan pedarnya tak jauh beza dengan bir halia Bundaberg. Tapi seperti perenggan pertama tadi, tahap kemanisannya agak tinggi untuk golongan 40an. Perlu dicairkan sedikit, biasanya aku akan cairkan dengan nisbah 9:1 atau 8:2 mengikut citarasa.

Tapi biasalah bila ada perkataan "beer" tu agak sedikit triggered bagi sesetengah orang, sama macam root beer. Aku sudah uji dengan GC-FID, tiada kandungan alkohol dikesan dalam minuman ini.

_____
AADI: Bir halia Bundaberg pun dah lama tak beli.

Wordless Wednesday: Glowing Fresh Tubes



_____
AADI: Bassman 100T REG Studio, re-tubed.

Sepetang Di REG Studio (Part 5)


Sabtu (5/8/2023) - Sessi jamming impromptu di REG Studio setelah tujuh bulan tidak jamming dan sebagai sessi jamming terakhir MUP bersama Methodman yang akan berpindah ke Kuching mulai minggu depan.

MUP menghadiahkan seutas strap gitar Dunlop Flambe sebagai token kerana Methodman pernah menyertai MUP semasa Local Gig 2022 di KKB Disember tahun lepas.

Rasanya inilah kali pertama (dan terakhir?) Methodman jamming di sini. Aku pernah membawanya ke sini tahun lepas tapi untuk menjenguk koleksi gitar Bro Eden dan bukan untuk jamming. Sessi kali ni pun ala kadar dengan lagu-lagu playsafe setlist Local Gig yang tunggang langgang.

Semoga Methodman lebih maju jaya bertugas di Kuching dan kembali gembira kerana tidak lagi berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

_____
AADI: Misi merekrut ahli baharu lagi.

Outshock Liner Glove 500 Ergo


Outshock Liner Glove 500 Ergo ini diperolehi terus daripada website Decathlon Malaysia dengan pengeposan percuma menggunakan SkyNet.

"The boxing liner glove that is closest to a professional bandage. Its innovative design ensures ease of dressing, cushioning, and striking comfort."

- Website Decathlon.

Ease of dressing, ya itulah kelebihan produk ini berbanding wrap tradisional, ia lebih mudah dan cepat dipakai dan balutan tahap profesional dengan padding pada bahagian buku lima.

Memang betul-betul muat (snug fit) jika dipakai di dalam glove Outshock BG120, tapi agak ketat dan kurang selesa jika dipakai di dalam glove Everlast aku.

Produk ini buatan Pakistan tidak seperti BG120 buatan Vietnam. Cuma pada pendapat aku ada dua kelemahan, pertama fabrik untuk wrap terasa kurang kualiti, agak nipis dan terlalu elastik berbanding wrap Everlast yang selalu diguna. Kedua, membukanya mengambil masa sedikit kerana ketat terutama pada bahagian celah jari.

Bersama-sama kombo BG120 tadi, ia akan digunakan untuk sessi latihan menumbuk beg dan pad (bag/pad work). Untuk sessi sparring malam Rabu (fight night) masih relevan menggunakan wrap tradisional dan glove Everlast aku yang lebih mesra muka lawan kerana padding yang lembut.

_____
AADI: Advanced boxing gear?

Pindah


Memulakan bulan Ogos dengan berpindah ke kediaman baharu, agak sedih juga meninggalkan kediaman lama kerana memori mendiaminya lebih 11 tahun, sebaya umur anak sulung aku si Lil'Ijau.

Di kediaman baharu, sengaja aku susun axology aku begini, selain sessi fotografi arkib (untuk entri ini) juga sebagai prank kepada Mrs. Ijau. Nampak banyak, tapi sebenarnya ada 10 unit sahaja - Goldie, Candy, Tommy, Francesco, Sven, Shiro, Tigera, Chucky, Swede, Dinky - selebihnya hanyalah gigbag dan hardcase kosong. Jika ada peluang, teringin untuk melepaskan beberapa unit lagi...

Ya, masih menyewa kerana harga hartanah di Bintulu ini memang tidak munasarawakbah, agak tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Nasib baiklah kami dikelilingi oleh insan-insan yang berhati mulia, segala proses perpindahan berjalan lancar dan dipermudahkan.

_____
AADI: Terkejut Mrs. Ijau.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger