Seperti yang telah diGASkan sejak
awal tahun, aku perlukan sebuah multi-efek yang kompak yang memiliki fungsi looper, sambungan USB, tegap buatannya (bukan plastik) dan mudah dibawa untuk sessi jamming atau gig (
Pod HD300 yang ada sekarang terlalu besar dan berat).
Setelah membandingkan dengan *saingannya dari segi kualiti/fungsi per harga (dan bajet), maka aku memilih Digitech
RP360. Diperolehi daripada
Dead Eye Guitars (DEG) berbekalkan dana-dana GLTL hasil jualan
SC-2 dan
ID:Core 10 minggu sebelumnya.
Pakej RP360 tidak dibekalkan dengan manual, CD mahupun kabel USB (jimat kos?). Tapi tak mengapa (parap-parap), manual dan perisian Nexus boleh dimuat turun daripada website
Digitech.
Rekabentuknya agak berbeza berbanding siri-siri RP terdahulu, lebih kemas dan ringkas. Cuma paparan LCD agak kecil.
Ada orang kata ia merupakan Digitech
GSP1101 dalam bentuk floorboard, mungkin disebabkan teknologi Audio DNA2 yang digunakan adalaha sama. Seperti Pod HD300, ia juga memiliki tiga mode - preset, stompbox dan looper (40 saat).
 |
| Update version 2.0.0.0 |
Dengan perisian Nexus, mengedit patches lebih mudah berbanding mengedit terus daripada konsul RP360. Ia juga lebih mudah difahami berbanding perisian
Pod HD300 Edit.
Seperti Zoom G3/G5, kedudukan pedal/amp bebas disusun dan ditempatkan sesuka hati dalam signal-chain, tidak seperti siri-siri RP sebelumnya.
 |
| Perbandingan saiz. |
Telahpun dipandu uji semasa sessi jamming minggu lepas, aku dapati bunyinya lebih "kaw" jika disambung terus ke FOH/PA system berbanding amp gitar. Mungkin disebabkan opsyen "cabinet simulation" akan dipadamkan jika memilih output amp.
*Saingan yang tumpas, Boss
ME-25, Vox
ToneLab ST dan Zoom
G3X.
_____
Ada apa: Kembali megah dalam khemah multi-efek.