2019 Yang...


Hari terakhir 2019 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...

1) Kegitaran - #10yearschallenge 2019 genap sedekad aku terjerumus dalam hobi kegitaran. Tapi tahap aku masih di sini (penghobi/hobbyist), tidak ke mana-mana...

Berjaya melepaskan lima(!) buah gitar dalam axology - Francesco (Januari), Tommy (Mac), Mirage (Julai) Korina (Ogos) dan Neon (Oktober). Ironinya kesemua tak lari ke mana, berpindah milik kepada rakan-rakan sepergitaran.




Kononnya ingin mengurangkan, tapi bila lima keluar tiga pula masuk, kah kah kah... Sarge (Mac), Darth Sven (September) dan Mr. Smith (November). Ketiga-tiganya memiliki karekter yang amat berbeza.



Gajet keluar; SD-1, GT-1, MS-60B, Pandora Mini, ST-2, M234 dan MS-50G. Gajet masuk; LX65R, The Silencer, Spark Booster dan Fly Rig PL1.


2) Guitar techie - Hanya bermain-main dengan pikap gitar sendiri; DiMarzio Classic Rock set, DiMarzio X2N, Entwistle Dark Star set, EMG Metal Works, Tesla Plasma-X1 set, dan Seymour Duncan Sentient/Nazgul 7 set.


Oh ya, ada satu gitar rakan... Projek upgrade ex-Mirage aku sebelum berpindah milik kepada Azrul.

3) Jamming dan kugiran - Tahun ini kembali aktif bersama MUP, menyertai empat gig dan persembahan awam - Isolated Gig Vol. 1 (31/03/2019), Isolated Gig Vol. 2 (28/07/2019), Distinguished Gentleman's Ride Charity Gig (28-29/09/2019) dan Various Evo Band Challenge Opening Act (5/10/2019).


Walaupun majoritinya masih memainkan lagu-lagu cover, tapi sekurang-kurangnya sudah ada satu lagu sendiri dalam setlist.


@1:15 tercari-cari engkol Floyd Rose, kah kah kah...

Dan atas sebab-sebab tertentu, mulai 01/01/2020 aku tidak lagi bersama dan mengetuai MUP. Nama dan kepimpinan MUP akan diserahkan kembali kepada Metuk Ulau Underground Voices.

4) CD/DVD - Tiada pembelian CD/DVD tahun ini sehinggalah bulan Disember, iaitu dua album Rammstein daripada Inverno Music Station.


Untuk tahun 2020, azam dan hala tuju hobi kegitaran harapnya dapat diperlahankan (perlahan sahaja, bukan berhenti). Mungkin akan lebih lepak di rumah kembali aktif berkonsol PS4 yang sudah lama ditinggalkan. Tapi, kita hanya merancang...

*AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2020 menjadi semakin ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian kita semua. [lagu latar: Wawasan 2020]


_____
AADI: Hepi;) 2020.

Eclipse Vs Eclipse


Cerita semalam, 26/12/2019.


_____
AADI: Pertama kali tengok gerhana tahun 1988.

The Fall Of The Last Skywalker


Pada pendapat aku, tajuk entri ini sepatutnya menjadi tajuk untuk Episode IX, dan bukannya The Rise Of Skywalker.


Seperti yang pernah aku katakan dalam entri May The 4th beberapa bulan lepas:
"Dah agak tawar hati dengan franchise Star Wars selepas Solo dan The Last Jedi."
"Aku juga tidak menaruh harapan tinggi pada The Rise Of Skywalker hujung tahun ini, cukuplah untuk tontonan kasual sahaja..."


Berkesempatan menontonnya malam tadi tayangan pukul 7.40 di AGC Bintulu. Tidak menaruh harapan yang tinggi selepas dihujani dengan "leaks" di YouTube sejak beberapa bulan kebelakangan. And yes, most of the leaks were true indeed...

Tiada ulasan atau spoiler dalam entri ini, cuma ada dua babak sahaja yang membuatkan aku beremosi sedikit; 1) raungan wookiee dan 2) bila bantuan tiba. Selebihnya aku hanya menonton secara kasual dan bukan sebagai peminat Star Wars yang diragui ketegarannya.

Good bye (Disney's) Star Wars, I'm joining The Fandom Menace.

_____
AADI: "That's not how the force works..." - Han Solo.

Pocky Colourful


Lagi Pocky edisi terhad, aku memang sucker kalau edisi terhad sebegini. Kali ini dengan perisa "colourful".


Katanya "surprise flavour", akupun tak tahu macam mana nak jelaskan. Mungkin macam rasa bubblegum atau aiskrim "pelangi" Walls Paddle Pop gitu. Pendapat aku, perisa cendol lagi best.

_____
AADI: "Gaya jantan gedik sebenar..."

Wordless Wednesday: Fest, Without Project (Part 2)



Cilok dari Facebook MUUV.
_____
AADI: Überheblich, überlegen, übernehmen, übergeben, überraschen, überfallen, Metuk Ulau über allen.

Rammstein - Self-Titled Album


Diperolehi bersama-sama kompilasi Made In Germany (1995-2011) daripada Inverno Music Station minggu lepas. Album studio ketujuh Rammstein rilisan tahun ini 2019 setelah hampir sedekad tanpa album studio.


Cover art yang minimalis, hanya sebatang mancis berlatarbelakangkan warna putih tanpa sebarang aksara, ada tulisan Rammstein di tepi digipak - itu sahaja. Rammstein yang terkenal dengan pyrotechnics semasa konsert (other band play, Rammstein burn!), mancis sekecil ini bisa mencetus api yang besar - mungkin itulah maksud yang tersirat mengikut tafsiranku.


Begitu juga di dalamnya, permukaan CD yang putih yang hanya ada logo Rammstein sahaja tanpa sebarang cetakan aksara lain.


Kalau faham lirik, lebih majestik.

Ok, selepas menonton video muzik lagu Deutschland yang mejestik dan epik berlatarbelakangkan sejarah (dan masa depan) Jerman di YouTube beberapa bulan lepas, sudah cukup untuk aku menarik picu mendapatkan album ini.


Kah kah kah...

Ada beberapa lagu baru mereka sudahpun dilayan menerusi beberapa video konsert terkini mereka di Eropah yang berleluasa di YouTube seperti Was ich Leibe (lagu intro konsert), Radio dan Ausländer. Radio dan Ausländer walaupun agak komedik tetapi liriknya agak dalam.


NSFW video.

Tracklist
  1. Deutschland
  2. Radio
  3. Zeig dich
  4. Ausländer
  5. Sex
  6. Puppe
  7. Was ich Liebe
  8. Diamant
  9. Weit weg
  10. Tattoo
  11. Hallomann

Dengan vokal Lindemann yang garau dan kasar tetapi dinamik dengan setiap tempo lagu, berjaya membuatkan aku terhibur dan melabel album ini sebagai super album walaupun hanya faham 20-30% liriknya. Tak sia-sia mereka berdiam hampir sedekad tanpa album studio.

_____
AADI: Rammstein, mein Herz in Flammen.

Camo Richter


Seperti tahun lepas, satu-satunya perolehan bersempena *Black Friday untuk tahun ini datangnya dari Jerman yang berisi strap gitar daripada Richter Strap. Mengambil masa lebih kurang seminggu untuk sampai (ordered 30/11/2019, posted 5/12/2019, received 11/12/2019).


Black Friday tahun ini Richter hanya menawarkan diskaun 10% sahaja berbanding 15% tahun lepas. Kalau 15% memang aku bantai strap signature Jeff Loomis atau Paul Landers. Kandungan di dalam kemas seperti bungkusan #1502PG sebelum ini, strap digulung dalam plastik tetapi tidak disertakan juga dengan sticker Richter Germany.


Kali ini model yang dipilih ialah Camouflage Crackle Print/Vintage Look #1641 yang sebahagian daripada katalog B-stock (product with minor blemishes). Sebagai produk B-stock, harganya sudahpun berdiskaun 40% daripada harga asal.


Model ini tiada apa-apa kerosakkan seperti model-model lain dalam katalog B-stock, cuma ia merupakan discontinued model sahaja. Tanpa harga B-stock, diskaun 10% Black Friday dan pengeposan percuma (untuk pembelian melebihi €25), sudah pasti harganya amat tidak berbaloi.


Harga strap ini tidak sampai €25, jadi supaya layak pengeposan percuma tadi aksesori pick holder #1363 (juga material kulit) ini menjadi pembelian sampingan. Ia boleh dipasang pada strap Richter (end piece) dan boleh memuatkan sehingga enam keping pick.


Ini merupakan strap Richter ketiga selepas #1517MKH dan #1502PG. Juga material daripada kulit (lembu) seperti kedua-dua tadi. Disebabkan warna dan tema camouflage-nya, ia akan digandingkan dengan Sarge.

*Ada juga membelek-belek katalog Black Friday produk/jenama lain - CD/DVD, t-shirt/merch band, menarik, tapi hasrat terbatal bila nampak kos pengeposan lebih mahal daripada barang yang ingin dibeli.

_____
AADI: Nak dah masuk khemah Richter.

Ada Apa Dengan Red Bull Eropah?


Barulah ada peluang mencuba Red Bull Eropah (buatan Austria) ni. Harga runcitnya yang 2-3 kali ganda lebih mahal berbanding Red Bull tempatan atau Krating Daeng membuatkan niat untuk membelinya selalu terbantut. Inipun dapat percuma sebab kawan belanja.


Rasanya? Sama saja macam Red Bull tempatan, lain kali tak payahlah membazir beli versi Austria ni, kah kah kah...

Aku dah jarang beli Red Bull tempatan terutamanya untuk pemanduan jarak jauh, kerana rasa dan kepekatannya semakin cair (pendapat aku). Kalau nak beli pun minuman jenis macam ni, aku pilih Livita kerana rasa dan kepekatannya tidak berubah sejak dahulu.

_____
AADI: Red Bull gives you wings?

Rammstein - Made In Germany (1995-2011)


Antara tempias perolehan Fly Rig PL1, tergerak hati untuk mendengar kembali lagu-lagu lama Rammstein. Akhirnya berjaya mendapatkan album kompilasi "greatest hits" Made In Germany ini daripada Inverno Music Station (Mahkota Parade, Melaka) beberapa hari lepas. Ia juga merupakan CD audio pertama dibeli tahun ini (ya, betul), kah kah kah...


Kompilasi ini memuatkan 15 lagu-lagu hits mereka daripada album Herzeleid sehingga Liebe ist für alle da dengan tambahan satu lagu baru Mein Land. Ok, aku bukanlah mengikuti Rammstein sangat, suatu ketika aku pernah ada album Rosenrot (versi Jack Sparrow sebab itu tak pernah buat entri).


Didatangkan dalam pakej slipgate, aku tak suka CD dalam pakej slipgate yang (pada pendapat aku) lebih teruk berbanding pakej digipak. Katanya kompilasi ini didatangkan dalam enam versi cover art yang memaparkan death mask keenam-enam ahli kumpulan, versi yang aku dapat ni memiliki muka Doom Schneider.


Muzik video Rammstein antara yang terbaik kualitinya.

Aku kenal Rammstein ketika era Braingell Radio, genre unik mereka ditambah dengan bahasa kasar Jerman dengan catchy chorus otomatik melekat. Mendengar kembali lagu-lagu seperti Engel, Du Hast, Ich Will, Pussy, Rosenrot, Amerika dan Sonne. pastinya menggamet kenangan. Sayangnya tiada lagu Feuer frei! dalam kompilasi ini.

Serius, aku lebih banyak belajar bahasa Jerman menerusi lagu-lagu Rammstein dan game Medal Of Honor: Allied Assault berbanding platform lain.

_____
AADI: Ringtone aku intro/riff lagu Pussy :)

Wordless Wednesday: She Doesn't Live Here Anymore



Petikan entri 2015.
_____
AADI: Thank you for the music.

Inverno Fischen (Teil 7)


Am Ende war es nur das Ende des Jahres, das mich dazu brachte, CD-Audio zu kaufen... Eh, salah channel. Akupun lupa bila kali terakhir aku membeli CD audio, mungkin singles Milik Ku Estranged atau Happenstance Fozzy.


Antara tempias perolehan Fly Rig PL1, tergerak hati untuk mendengar kembali lagu-lagu Rammstein, antara sebab aku mendapatkan album kompilasi Made In Germany mereka. Dan kebetulan Inverno pun ada album terkini mereka keluaran 2019 self-titled (aka album mancis), sekali harunglah...

Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan.

_____
AADI: Was ich liebe...

Sudden GAS: PRS SE Torero


Bila dah berhabis kejar benda lain, tiba-tiba dia bagi diskaun 40% jualan akhir tahun pula, aduih...

Sumber: Bentley's Instagram.
Dan paling sedih mereka kata diskaun 40% hanya untuk "walk-in customer" sahaja, manakala pembelian online masih harga asal, sedih~

_____
AADI: Geng inner-circles pun tak dapat buat apa-apa.

Wasser Und Feuer


Perolehan pertama bersempena jualan hujung tahun (YES) tahun ini - Tech 21 Paul Landers Fly Rig PL1. Model ini keluaran hujung tahun lepas dan diperkenalkan semasa Winter NAMM 2019. Bila dapat tahu ia sudah berada dalam pasaran Malaysia, maka masa untuk bertindak...


Diperolehi daripada Music Bliss pengedar rasmi produk Tech 21 di Malaysia, dengan harga yang boleh dikatakan harga YES tidak rasmi. Dana-dananya adalah hasil GLTL beberapa pedal dan gajet dalam entri-entri sebelum ini.


Aku memilih PL1 kerana ia lebih sesuai dengan genre muzik yang aku mainkan berbanding Fly Rig 5 biasa ataupun signature Ritchie Kotzen RK5. Ia seperti memiliki beberapa pedal - compressor, amp modeling (clean/distortion), boost, delay/vibrato, reverb, tap tempo, tuner dan cab sim DI box - dalam satu pakej kecil tanpa diserabuti oleh patch cable dan daisy chain.


Spesifikasi lanjut dan bunyi-bunyian rasanya tak perlulah aku ulas di sini, boleh layari website rasmi atau tonton saja video YouTube Music Bliss di atas atau Pete Thorn di bawah.


Sebagai gitaris + vokalis, aku perlukan rig yang seringkas mungkin, untuk bunyi-bunyian pelik, solo berapi dan selebihnya adalah tugas gitaris utama. Sebelum ini aku lebih selesa menggunakan MS-50G (atau RP360 jika setlist panjang), yang secara rasminya akan diganti oleh PL1 selepas ini (MS-50G pun dah jual).


DI output with cabinet simulation - inilah fungsi paling menang untuk pedal ini. Amat berguna jika backline gig hanya ada dua buah amp gitar tetapi band ada tiga gitaris (macam kes MUP). Output daripada DI ini boleh disambung terus ke FRFR, mixer atau PA system (dengan harapan soundman adalah jenis educated).


Ok, aku bukanlah mengikuti Rammstein sangat, kenal mereka pun era Braingell Radio. Tapi aku suka genre unik mereka, dan ada beberapa lagu Rammstein memiliki nilai-nilai nostalgik seperti Sonne, Du Hast, Engel, Amerika dan Pussy. Mungkin akan cuba mencari album kompilasi mereka selepas ini.


Akan dibuat lagi entri susulan selepas sessi pandu-uji semasa jamming atau gig (itupun kalau ada sessi dalam masa terdekat). Kalau nak cerita sekarang pun temberang saja lebih...

Links 2-3-4.

_____
AADI: Hampir-hampir memilih Nux Cerberus.

Throwback Thursday: Masih Ingat Tak Lagi Suatu Hari?


Kisahnya tak perlulah aku ulas di sini...


Seperti anekdot entri sembilan tahun lepas:
"Bila dengar lagu-lagu dalam kompilasi ni pastinya aku akan teringat zaman kecik-kecik yang agak nakal... Zaman cuti sekolah buat rumah atas pokok dengan member, menggetah burung punai, memancing ikan puyuh dan sepat kat parit, *sigh* and those were the days... The reason why I bought this compilation in the first place. What's your story?"
Terima kasih atas lagu-lagu anda yang sememangnya antara guilty pleasure aku. Al-fatihah...

_____
AADI: #ILWILR.

Wordless Wednesday: Awesome Mix Volume 2




_____
AADI: Official Marvel dan bersaiz gergasi, ok~

Let-Go: ST-2, M234, MS-50G


Dalam usaha mengurangkan gajet kegitaran, tiga lagi pedal stompbox berjaya dilepaskan iaitu Boss ST-2 Power Stack, Zoom MS-50G dan MXR M234 Analog Chorus. Sejak Jumaat lepas aku iklankan hampir *semua pedal stompbox aku di Jamtank Facebook sebagai jualan Black Friday/Cyber Monday.


Pada mulanya agak keberatan untuk melepaskan ST-2 ini kerana ia antara pedal stompbox Boss kegemaran. Tapi selepas muhasabah diri dan membandingkan antara keperluan dan kemahuan, maka ia dilepaskan jua.


MS-50G ini pula antara pedal yang selalu digunakan terutama semasa gig yang hanya memerlukan dua perubahan patch (rhythm, solo). Tapi akhirnya dilepaskan juga, dengan harapan aku tidak menyesal untuk kali kedua, kah kah kah...


Berbeza pula dengan M234 Analog Chorus ini, selama dua tahun ia berada dalam axology, rasanya tidak pernah dibawa keluar rumah sama ada jamming mahupun gig kerana selalu guna efek chorus yang ada pada multi-fx RP360 dan MS-70CDR.

Ketiga-tiganya bakal terbang ke Lembah Kelang, dan bertambahlah lagi dana-dana GLTL.

_____
AADI: *Kecuali pedal yang ada nilai nostalgik dan yang bertaraf pemberian/hadiah.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger