Vintage Blues TGS


Mendapatkan set pikap Seymour Duncan Vintage Blues ini daripada website The Guitar Store sebagai self-reward bersempena hari ayah dengan berbekalkan dana-dana pelepasan ex-Preator bulan lepas.

Roto Blacks sebagai pembelian sampingan.

Aku rasa ini merupakan set Seymour Duncan paling murah dalam pasaran kerana masih mengekalkan harga pra-pandemik. Ditambah diskaun 10% TGS dan kupon hari ayah Atome menjadikannya semakin murah. Pasca-pandemik hampir kesemua harga set Seymour Duncan dalam pasaran mencecah empat digit.

Sudah lama inginkan pikap jenis classic output pada kedudukan bridge. Ikut sejarah aku, hampir kesemua pikap bridge yang pernah diguna/dipasang pada gitar-gitar aku adalah jenis high output, kecuali Epiphone Probuckers dan pikap asal Goldie iaitu Gibson '57 Classic/Classic Plus.

Set yang terdiri daripada '59 Model neck dan bridge (SH-1N/SH-1B), katanya period correct iaitu mengekalkan ciri-ciri pikap penghujung 50an - tiada label "Seymour Duncan" atas bobbin, selotep ikonik, wayar satu conductor dan kaki pikap yang lebih panjang berbanding pikap moden. Hanya wax potted sahaja ciri yang moden.

Dengan ciri-ciri tadi, ia pastinya akan dipasang pada Les Paul aku sama ada abang long Goldie ataupun gitar rimau Tigera.

_____
AADI: Pasang songsang ala Greeny?

Ada Apa Dengan Magnum Classic?


Aku teringat aku beli ais krim ni bila brader ais krim Wall's (dengan lagu runut 8-bit ikonik Paddle Pop) lalu kawasan perumahan, dan anak autistik aku si Ijau Jr. panggil brader tadi "hey, I want ice cream". Ya, dia sekarang lebih banyak guna bahasa Inggeris (American accent, pengaruh YT Kids) berbanding bahasa Melayu.

*Kebelakangan ini aku jarang makan ais krim walaupun selalu belikan untuk anak-anak. Hadkan pengambilan dalam 2-3 kali seminggu sahaja. Tapi sekali-sekala bila dah craving tu, beli yang premium teruslah. Magnum ini ais krim jenis premium, setaraf dengan ais krim Nestle Kit Kat dan Nescafe Gold. Dengan saduran coklat Belgium yang tebal dan keras merekah, fuh memang kimochi...

Kalau kategori begini dulu aku selalu beli Top Ten (Wall's), Crunch (Nestle) atau Cravio (Magnolia) yang harganya 1/3 daripada harga Magnum ini.

_____
AADI: *Kurangkan makanan manis.

Flashes Batmen


Adanya watak Batmen (Keaton, Batfleck) merupakan faktor utama untuk aku menonton filem ini. Kalau ia adalah filem standalone The Flash, Supergirl atau watak DC/DCEU lain memang aku tak berminat. Sampaikan aku selamba jawab tengok filem "Batman" kepada patron kaunter popcorn sebelum mendapat memorabilia di bawah ni.

Sedikit kelainan kali ini kerana memilih GSC Bintulu untuk tayangan dewan besar BIG Dolby Atmos pada waktu yang sesuai (7.10 malam) Jumaat lepas, selain harga tiket yang lebih murah. Di TGV Bintulu hanya ada tayangan dewan besar (Infinity) pada lewat malam.

Aku tahu, geek dan gen-X seperti aku pasti akan bias kepada Batman Keaton, yang ditampilkan sebagai lebih berumur, matang, berpengalaman, yakin dan masih elegen seperti dua filem Tim Burton terdahulu, siap dengan muzik runut ikoniknya. Dua filem itulah yang membuatkan aku meminati watak Batman selain Batman: The Animated Series dan game Batman (NES).

Sekadar hiasan.

Kesinambungan filem Justice League, bijak bagi DC untuk menggunakan satu timeline sahaja seperti anekdot filem Back To The Future (Eric Stoltz?) sebagai latar belakang filem ini termasuklah paradoks pengembaraan masa. Tidak seperti Avengers: Endgame yang memilih timeline bercabang-cabang tanpa sebarang paradoks.

Banyak cameo yang bisa membuatkan sama ada tersengih atau ketawa terbahak-bahak. Jalan cerita yang agak bagus (tanpa perlu fikir isu semasa Ezra Miller) juga ada babak yang emosional. Tapi CGI ketika dalam speed force memang dipertikaikan agak teruk, seteruk babak The Scorpion King dalam filem The Mummy Returns. Selebihnya tak perlulah diceritakan, nanti terbuka pula segala spoilers.

_____
AADI: Keaton sesuai untuk jadi Bruce Wayne lagi kalau ada filem Batman Beyond.

Boxing Diaries: June 2023


Seperti entri diari bulan lepas, penghujung Mei dan awal Jun juga menyaksikan graf berat badan aku masih berlegar-legar pada nilai yang lebih kurang sama walaupun sessi latihan masih konsisten. Teori berat lemak yang hilang telah diganti dengan berat otot yang membesar disahkan oleh kelonggaran semua seluar aku.

Selepas menyertai PS Boxing hampir setengah tahun, aku menyaksikan ramai pengunjung gym jenis walk-in yang datang dan pergi hanya selepas 1-2 sessi. Ya, rejim latihan tinju memang mencabar, sessi conditioning sahaja lebih memenatkan berbanding sessi latihan asas, menumbuk beg/pad dan shadow boxing.

Kalau psikologi tak kuat memang akan awal mengalah. Selain ahli tetap (fighters/boxers), hanya beberapa muka sahaja yang masih bertahan termasuklah "uncle" ini.

Juga sudah berani masuk sessi sparring pada setiap malam Rabu (fight night). Mula-mula tu memang selalu "nampak bintang" jugalah bila kepala selalu ditumbuk. Lama-lama alah biasa tegal biasa, selalunya kehabisan stamina lebih dikhuatiri berbanding sakit-sakit akibat ditumbuk.

Bila team budak-budak PS Muay Thai turut serta
sessi sparring, meriahnya lain macam.

Dengan 2-3 sessi seminggu, badan terasa lebih sihat, kaki pun sudah terasa kuat terutama bahagian lutut yang bermasalah, walaupun pergerakan tidak akan selincah zaman rajin berfutsal dulu (penghujung 2000an). Kini sudah lebih yakin bersenam tanpa perlu memakai pendakap lutut (knee braces) lagi.

_____
AADI: Dah jadi nickname gym "uncle" tu.

Beast Primal


Menyambung tradisi menonton filem-filem Transformers di pawagam sejak 2007, hanya spin-off Bumblebee sahaja yang tak sempat dilayan baik di pawagam mahupun DVD sehingga kini (dah keluar TV?).

Memilih tayangan 8.30 malam Jumaat lepas di TGV Bintulu menggunakan klausa "tiket percuma" yang ditemus menggunakan 1600 kredit TGV Movie Club.

Telahpun bersedia menerima filem ini seadanya kerana setiap kali ada rilisan filem Transformers, latar belakang (lore/canon), MacGuffin dan plot sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten dengan filem terdahulu. Juga tidak dapat lari daripada elemen diversity and inclusion filem-filem Hollywood mutakhir ini dengan mengetengahkan pelakon-pelakon BIPOC dan tiada lagi eksploitasi hotchix sebagai penyeri.

Seperti biasa, tiada spoiler dalam entri ini, hanya Optimus Prime yang pada pendapat aku tidak menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang bagus dalam filem ini. Begitu juga dengan watak-watak Maximals lain - Rhinox, Cheetor yang hanya menjadi watak tempelan. Padahal dalam siri Beast Wars Transformer, mereka inilah antara watak terpenting.

_____
AADI: Juga tiada Rattrap.

Steam Wasteland 3


Ikut rekod aku, game Wasteland 3 ini dibeli Disember 2022 ketika promosi Steam dengan harga RM21.45 (harga asal RM65.00) tapi hanya mula dimuat turun mulai penghujung April lepas. Sebagai game rilisan 2020, datanya agak besar dan dengan internet mobile aku yang berkelajuan hanya 10-15 Mbps, jika dipasang hanya 2-3 jam sehari, ia memerlukan beberapa minggu untuk selesai dimuat turun.

Game ini juga memerlukan spesifikasi PC yang agak tinggi - Core i5 minimum, Core i7 recommended. PC harian aku Core i3 dikatakan agak rendah untuk memainkan game ini. Jadi ia tidak akan dimainkan dahulu selagi belum habis memainkan Wasteland 2 dan jika PC harian aku sudah dinaik taraf kelak.

Banyak lagi game Steam yang sudah dimuat turun tapi belum habis atau belum pernah dimainkan langsung, contohnya Metro 2033 Redux dan STALKER: Call Of Pripyat.

_____
AADI: Sudah sibuk bertinju.

Wordless Wednesday: 7611 12



_____
AADI: Tak terasa dah 12 tahun.

Moody Monday: Anger 20


Album ini pun tak terasa sudah 20 tahun usianya hari ini...

Memori untuk album ini:

"Versi kaset diperolehi di sebuah premis aras dua (lupa nama) di Kompleks Bukit Jambul sekitar penghujung 2003. Ketika itu aku bercadang untuk mendapatkan versi CD tapi aku "diselamatkan" oleh kegawatan ekonomi peribadi, maka pulanglah dengan versi kaset (dan segulung poster besar). Di rumah, album ni dilayan menggunakan Walkman, ketika itulah aku rasa bersyukur kerana tidak mendapatkan versi CD..."

- Entri 2014.

_____
AADI: Hanya pelengkap koleksi.

Let-Go: Praetor


Memulakan bulan Jun dengan melepaskan gitar pertama untuk 2023 - Jackson JS32 King V #2 (Preator).

Hanya tujuh bulan dalam axology dan tak sempatpun dibawa jamming. Ia telah dilamar oleh seorang rakan sepergitaran yang katanya minat model King V. Bila rakan tadi dapat tahu yang aku ada model ini (lagi), terus meminta aku untuk melepaskannya. Kalau dapat balik modal, lepaskan sajalah... Lagipun masih ada satu lagi Jackson dalam axology.

Ironinya, rakan tadi adalah orang yang sama memiliki King V #1 aku (ex-Sarge) sebelum pandemik dulu. Nak dijadikan cerita, King V itu pula telah dipau dibeli secara paksa oleh seorang gitaris veteran Bintulu selepas pandemik, yang juga katanya peminat tegar gitar-gitar Jackson. Hahaha ada-ada sajalah korang ni...

Seymour Duncan Jazz/JB yang dipasang bulan Mac lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal Jackson (Belcat) untuk mengembalikan setup dan nilai asal. Axology aku menurun kembali menjadi 10. Permulaan yang bagus, kalau boleh sasaran ingin diturunkan sehingga 6-7 unit sahaja.

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kotobian tadau tagazo do kaamatan dan gayu guru gerai nyamai kepada rakan-rakan, pengikut dan pembaca AADI di Borneo ini.

_____
AADI: 2023 purging #3.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger