The Cranberries - Stars: The Best Of 1992-2002
oleh Ijau D. Koceng 20 December 2013 pada 9:00 AM 7 komen:Pada mulanya aku ingin membeli semula album No Need To Argue yang telah dilelong. Tapi selepas memikirkan beberapa faktor, aku mengambil keputusan untuk memiilih album kompilasi. Seperti biasa ia diperolehi daripada estock_deutschland dengan harga menarik €3.37 (RM15.32) termasuk pengeposan.
Tapi album kompilasi agak kurang menarik dari segi penampilan, kerana ia hanyalah selipat digipak kadbod yang nampak murahan, tanpa sebarang inlay. Tempat letak CD pun dibuat daripada kadbod dan bukannya plastik seperti digipak yang biasa. Tapi aku lebih suka CD yang didatangkan dalam bentuk jewel case kerana lebih tahan berbanding digipak.
Patutlah nampak murahan, rupa-rupanya ia dibuat daripada bahan kitar semula. Satu lagi perkara yang agak kurang menarik berkaitan album ni, beberapa jam selepas aku membelinya, terdapat pula versi CD berkembar (double CD) album yang sama dengan beza harga cuma €1-2 baru disenaraikan oleh penjual. Harap-harap versi berkembar tu pun sama menggunakan digipak murahan macam ni dan bukannya jewel case.
Dalam kompilasi ni memang terdapat semua lagu-lagu The Cranberries kegemaranku (bukan semua lagu mereka aku suka), antaranya; Dreams (aku mula-mula dengar versi Faye Wong), Zombie (sudah pasti), Salvation, Promises dan Animal Instinct. Lima lagu ni jika didengar semula mengingatkan aku nostalgia zaman selepas PMR (1994), sehingga zaman tahun ketiga di USM (1999).
Lepas ni aku bercadang nak kumpul album kompilasi artis atau kumpulan yang aku suka tapi tak sampai tahap kumpul diskografi penuh, lagipun dengan adanya estock_deutschland semuanya tak mustahil untuk mencari album-album tersebut pada harga yang menarik..
_____
Ada apa: Kadang-kadang teringin juga nak jamming lagu-lagu alternative rock.
megadeth - youthanasia, adema - adema & the cranberries - no need to argue
oleh Ijau D. Koceng 01 July 2009 pada 9:40 PM 4 komen:isnin lepas 29/6/2009 batch terakhir cd2 bundle dan cd/dvd games yg aku order bln lps kat ebay smpi serentak. mcm biasa brader posmen tu hntr smpi opis mcm kes jumaat lps. brader posmen tu tesengih je tgk aku dah tggu2 mcm tau2 je bungkusan2 tu semua utk aku
kali ni ada 3 bungkusan, 2 dari us dan 1 dari uk. yg dari uk ni bungkusannya besar sket. dua2 bungkusan dari us tu dari seller yg sama cuma berbeza tarikh hntr, bungkusan pertama berisi 3 cd iaitu megadeth - youthanasia, adema - adema dan the cranberries - no need to argue, bungkusan ke-2 berisi 2 cd iaitu nirvana - mtv unplugged in new york dan hootie & the blowfish - cracked rear view. bungkusan besar dari uk plak berisi 4 cd/dvd games... game apa? tomb raider iii, tomb raider chronicles, tomb raider legend dan tomb raider anniversary. spt biasa aku bhg2kn entry mengikut bungkusan, entry yg ni utk cd megadeth, adema dan the cranberries shj. yg lain tggu jela ada tu nnti...
cd bundle 1 cent cd yg aku menang bid drp user rivercnk (dia ni lg). utk megadeth US$3.15 adema US$1.35 dan the cranberries US$1.55, manakala shipment kos utk ketiga2nya ialah US$7.97 dan utk mengurangkan shipment cost aku pilih option 'send without jewel case'. bila dah dikalkuluskan megadeth RM20.62, adema RM14.10 dan the cranberries RM14.82 what do u think?
kronologi - order kat ebay 21/5/2009 tarikh pos 26/5/2009 cop pelepasan kastam 1/6/2009 smpi kat tgn aku 29/6/2009
megadeth - youthanasia
cd megadeth yg aku dpt ni inlay dan cd mmg dlm keadaan tiptop wlupun bkn thp mint condition. tp yg xbestnya... (don't worry cd ni ori bkn mcm kes blooddrunk) kat cd tu ada tulis...
licensed for promotional use. not a sale. this cd cannot be transferred without consent of record company. use or retention of this cd signifies acceptance of this license
but since this was a great album for the price of RM20.62 in good condition, well what more did u expected? dlm usaha mengumpul megadeth, anything goes as long as it's ori. stakat ni utk megadeth aku cuma ada 2 kaset (capitol punishment, risk) 1 cd ori (anthology: set the world afire) dan 3 cd cap lanun (back to the beginning, united abomination, complete mp3 collection) next cd project risk or united abomination
(p)(c) capitol records inc. printed in usa. peminat tegar abg mus ofkos dah tau tracklist utk album ni, so xpyh la aku list down lg. lagu febret aku dlm album ni ialah reckoning day (aku suka bunyi tembakan browning .50cal waktu ending lagu ni), train of consequences (sapa prasan ada bunyi hon keretapi dlm lagu ni?), the killing road dan ofkos lagu berhantu a tout le monde
aku 1st tgk kaset ni thn 1995 (form 4), classmate aku bawa kaset ni pi skolah dgr guna walkman. time tu aku xtau pun band megadeth ni, cuma cover art album ni menarik perhatian... time tu aku cuma dgr lagu2 drp green day, offspring, ugly kid joe dan nirvana. aku pnh gelakkan member aku pakai t-shirt megadeth sbb ejaan 'deth'nya salah sepatutnya megadeath... marah gila member aku tu. bila aku dah minat megadeth dan tau kenapa jd ejaannya jd megadeth bkn megadeath baru aku phm kenapa member aku tu marah gila :)
adema - adema
self-titled album drp adema merupakan album pertama dorg... ekceli aku xtau pun band ni, lagu2 dorg bergenrekan nu-metal (bunyi dan style mcm korn) dan sket2 alternative. klu aku xtau band ni apsal aku beli? sbb ada 1 lagu best dlm ni yg ada memori (haha beli sbb nostalgic value). apa2 cari info kat website rasmi adema atau wikipedia. inlay dan cd diterima dlm keadaan memuaskan with a minor scratch that doesn't affects playability
tracklist
- everyone
- blow it away
- giving it
- freaking out
- the way you like it
- close friends
- do what you want to do
- skin
- pain inside
- speculum
- drowning
- trust
(p) & (c) 2001 arista records inc. a unit of bmg entertainment inc. printed in usa. lagu febret? freaking out, the way you like it, pain inside dan speculum. empat2 lagu ni aku mula2 dgr kat braingell radio. tp lagu pain inside tu mmg layan, ni la lagu best yg aku mention td. memori time aku keje kat penang bertungkus-lumus smpi larut mlm single-handedly pasang 30 set pc yg kastemer order waktu pc fair 2005... mmg pain inside pun
the cranberries - no need to argue
sapa xkenal the cranberries? sapa xtau lagu zombie? antara bassline yg pertama aku belajar... sbb senang riff yg rasa ulang2 dari mula smpi abis :) xkisah intro ke chorus ke sama je. rasa2nya xpyhla aku cerita pasal band dari ireland ni, apa2 info cari kat website rasmi the cranberries atau wikipedia
(p)(c) 1994 island records inc. printed in the usa. no need to argue ni album ke-2 the cranberries ni. inlay like new, cd pun like new cuma ada scratch yg halus. tracklist pun malas aku nak list down, lagu febret ode to my family, i can't be with you, zombie (semestinya) dan no need to argue (mcm style lagu enya). selain album ni antara singles lain dorg yg aku minat ialah dreams, salvation dan animal instinct... tp malas la nak kumpul (i'm not into the cranberries) biarla 1 album ni je yg aku ada. klu nak beli pun maybe cari yg kompilasi je kot
dulu2 thn 1994-1995 lagu zombie slalu kluar kat radio muzik (skrg ni muzik fm) zmn muzik alternative mula mndpt tmpt di hati remaja2 m'sia (termasuk aku). suara dolores yg radikal ni ditiru oleh bbrp artis spt faye wong dan abot (alternative la konon)
_____
p/s: skrg ni susah nak cari jewel case yg single... kebanyakkan yg jual semua double-cd jewel case
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Sejak semalam aku dah mula mengaktifkan "gamer mode" aku, kali terakhir aku mengaktifkannya waktu main Crysis 2 dan Doom 3 beber...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-








