Showing posts with label bag/case. Show all posts
Showing posts with label bag/case. Show all posts

Beg Ekstrim Cap Buaya


Ini merupakan kali ketiga aku mendapatkan gigbag Gator GBE-EXTREME-1 ini, kali pertama 16 tahun lepas untuk VMNTx (ex-Abomination), kali kedua sebelum PKP untuk King V (ex-Sarge) tapi tak terbuat entri.

Diperolehi daripada Music Bliss melalui platform Shopee mereka, yang mana kos penghantaran lebih ekonomi berbanding website rasmi mereka. Dulu produk Gator mereka bagi pengeposan percuma jika dipesan melalui website, contohnya gigbag G-PG-335V Pro-Go dan Rok-It RI-GTR-RACK3 stand.

Diperolehi semata-mata untuk transportasi Tyrant, kerana gigbag G-PG-335V Pro-Go yang sedia ada tak muat. Inipun harapkan ukuran yang diberi dalam website dan membandingkannya dengan fizikal Tyrant tadi, tawakkallah ia muat. Tapi bila disukat begini, nampak ketara tak muat, malang nasibmu...

Bila dimasukkan ke dalam gigbag sikit lagi nak muat, *bucu upper-wing yang terbonjol begini tak dapat dizip habis. Oklah sekurang-kurangnya muat ~98% begini dapatlah juga digunakan untuk transportasi Tyrant ke studio jamming sekitar Bintulu, kerana itulah tujuan utamanya. Dengan syarat dibawa secara horizontal kerana agak kompromi jika digalas di bahu.

*Bucu terbonjol tu mungkin boleh diinovasikan sikit.

Imej website Guitarlicious.

Lain cerita, aku pernah hubungi Guitarlicious (pengedar rasmi Dean Malaysia?), mereka rekomen hardcase khas untuk bentuk Dean Tyrant. Tapi pada harga yang hampir separuh daripada harga gitar yang aku rasa tak berbaloi (belum tambah kos penghantaran lagi). Kalau ada versi softcase macam MLVZ dulu mungkin akan dipertimbangkan...

_____
AADI: Sudah tiada cap buaya untuk produk Gator batch baharu.

Penzalim Berpercikan Darah


Hampir-hampir terpancing gitar Dean Tyrant X Splatter Michael Amott Signature ini ketika jualan akhir tahun 2025 Guitarlicious yang berdiskaun 25%. Tapi terlepas peluang itu dan kemudian ia sold-out pula.

Selepas membuat kajian pasaran, terjumpa seunit (terakhir?) di Mahogany Music Petaling Jaya. Berbekalkan dana-dana hasil pelepasan dua gitar beberapa minggu lepas, ia terus dipesan dengan sedikit diskaun berbanding harga runcit. Mengambil masa lima hari untuk sampai ke Bintulu menggunakan GDEx dengan kos yang amat ekonomi.

Ini merupakan Dean siri X murahan buatan China (bolt-on) bukanlah siri standard Korea (set-neck) mahupun premium USA. Sama seperti Mustaine's VMNTx (ex-Abominations) yang pernah dimiliki 16 tahun lepas. Bernombor siri Y24090087 yang aku interpret sebagai keluaran ke-87 bulan September 2024.


Aku bukanlah peminat *Arch Enemy mahupun Michael Amott, tapi gitar ini menepati tiga faktor yang aku inginkan:

  1. V-shaped - teringin memiliki semula gitar ekstrim berbentuk V ringkas dengan fixed bridge. Pernah menyasarkan Epiphone Flying V 70s tapi sampai sudah tak ada stok.
  2. Mojo/stage presence - selain V-shaped, penampilan "berpercikan darah"nya juga pasti akan melirikkan mata. Ia bukanlah airbrush tapi hanyalah grafik yang dicetak pada badan gitar.
  3. Ekonomi - tidak risau untuk dijadikan gitar pentas dan belasahan berbanding gitar premium yang ada dalam axology.
  4. (Honourable mention) Bankruptcy - sebelum Dean betul-betul "bankrap", ada jugalah sebiji Dean dalam axology.

Spesifikasi lain boleh rujuk website Dean Guitars, yang pasti ia berskala 24.75" beradius 12" dan 22-fret sahaja, kalau sudah biasa pegang neck Les Paul memang tak kekok. Beratnya pun hanya sekitar 3.3 kg sahaja dan amat stabil bila digalas dengan strap, tiada head-dive.

Prestasi pikap DMT Design ini pastinya sama seperti yang ada pada VMNTx. Ada masa lapang memang akan diganti terus dengan set pikap aftermarket yang ada dalam simpanan, calon-calonnya; Alumitone/Deathbucker, PAF Pro/Super 3, H1N/ALX atau Thrash Factor.

Beberapa "kecacatan" yang aku perasan:

  1. Neck pocket tidak perfect fit, ada celah yang boleh muat dua keping kertas A4 pada bahagian bass-E.
  2. Setup yang agak teruk, intonation out, action tinggi, jarak pikap pun terlampau dekat dengan tali.
  3. Kaviti isi perut tidak bercat konduktif dan wayar-wayar di dalamnya tidak kemas.
  4. Tali asal (D'Addario) plain string sudah berkarat. Mahogany tak bagi set tali baharu.
  5. Dalam spesifikasi rasmi ia berkonfigurasi switch/volume/tone, tapi unit ini berkonfigurasi switch/volume/volume.
  6. Output jack pada bahagian dalaman lower-wing, agak janggal kalau main duduk kepit di paha.

Perkara (2) hingga (5) tidak menjadi masalah kerana jika ingin diperbaiki aku boleh buat sendiri.

Gitar putih keempat dalam axology semasa selepas Shiro, Tofu dan Iron Cross. Axology aku kembali menjadi sembilan (10 jika akustik anak dara aku dikira sekali). Tak perlu nickname, sudah ada nama TYRANT yang sinonim dengan fizikalnya.

Malangnya, ia tidak muat dalam gigbag Gator G-PG-335V Pro-Go (King V muat, Explorer pun muat), sama ada disebabkan ekor lebih panjang berbanding Flying V biasa ataupun headstock bercabang ikonik Dean tu. Maka bermulalah operasi mencari gigbag yang sesuai...

_____
AADI: *Harap tiada yang tanya aku tiga tajuk lagu Arch Enemy.

AD Mini


Percubaan kelima untuk memiliki gitar akustik (#1, #2, #3, #4), kali ini memilih Cort Standard AD Mini yang bersaiz 3/4 daripada saiz dreadnought. Jenama/model mini lain yang tewas - Kepma ES36, Enya EM-X0 dan Ibanez V44MINI.

"The downsized body makes the guitar very portable for travel while delivering a big sound that belies its size. Ideal for female players and children alike with body depths of 82*101 mm." - Website Cort.

Diperolehi daripada Music Bliss dengan diskaun tambahan 20% dan penghantaran percuma menggunakan East Link Freight yang mengambil masa seminggu untuk sampai ke Bintulu. Perolehannya telahpun dirancang sejak awal tahun lagi, tapi tertangguh beberapa bulan atas faktor isu semasa di Asia Barat dan Selat Hormuz.

Didatangkan dengan gigbag Cort yang ala kadar, tapi lebih baik daripada tiada langsung kan? Mungkin boleh muat dalam gigbag Superbag.

Sebagai gitar akustik seadanya, tiada elektronik ataupun pikap piezo dipasang pada unit ini. Pernah juga terfikir alang-alang untuk mendapatkan jenama/model yang memiliki pikap dalaman, tapi ia akan jauh menyimpang daripada *matlamat asal dan bajet.

Sekiranya ada keperluan untuk amplifikasi, mungkin boleh gunakan Nu-X B-10 Vlog wireless microphone system - unit TX dikepit/diselit dalam sound hole, manakala unit RX diamplifikasikan ke Micro Cube GX atau IRT-X.

Cort, pastinya buatan Indonesia dengan nombor siri IA240964834 yang aku interpret buatan September 2024 unit ke-64834. Tak perlu risau tentang kualiti pertukangannya, tetap ampuh. Spesifikasi lain boleh rujuk website rasmi Cort.

Saiz mini ini agak selesa untuk mereka yang sudah biasa memainkan gitar elektrik. Berskala 22.8" pendek dua inci berbanding skala Les Paul (24.75"). Neck pun tebal seperti neck Les Paul, lebar nut 43 mm dan radius 500 mm (15.75") yang agak rata. Bunyinya tetap "penuh" dan resonans walaupun saiznya kecil, taklah terasa seperti bunyi ukulele.

Didatangkan sekali dengan hex-key, end-pin, saddle dan shim ekstra. Sudahpun di"setup" oleh Didik dan Basori pada 26/09/2024.

*Sebenarnya ini bukan gitar aku sepenuhnya, tetapi hadiah ulang tahun untuk anak dara aku si Lil'Ijau yang ingin belajar main gitar akustik. Sebab itu saiz mini dipilih, sesuai untuk girly atau kanak-kanak. Disebabkan itu, tiada nickname untuk gitar ini (setakat ini).

_____
AADI: Sekali-sekala aku yang main...

REG Studio 2026


Sabtu (31/01/2026) - Dijemput oleh Azrol untuk *jamming saja-saja di REG Studio ketika menghantar EC-1000VB-nya (ex-Deluxe) untuk diservis malam sebelumnya kerana bermasalah pada pot. Tiada perancangan dan latihan, hanya harapkan muscle memory memainkan 3-4 lagu. Oklah, akupun dah lama tak jamming, dapatlah juga menjadi platform untuk mencuba memandu uji gitar dan pedal.

Kali ini giliran **Horizon (GrassRoots G-HR3-68) dibawa untuk dipandu uji kerana tidak pernah lagi dibawa jamming lebih-lebih lagi selepas dipasang dengan set Seymour Duncan Jazz/JB Mac tahun lepas. Sekali lagi berpeluang menggunakan amp lagenda JCM800.

Juga baru berkesempatan menggunakan gigbag ukulele Ibanez IUBS301 sebagai beg sampingan untuk mengisi pedal, adapter, kabel, strap, dll. Pedal LT-Dual dipilih kali ini sebagai overdrive/front-end booster JCM800 bersempena 10 tahun ia dalam axology aku tahun lepas. MS-70CDR pula seperti biasa untuk chorus/delay/reverb dalam effects loop.

Mulanya agak menyesal membawa LT-Dual ini kerana secara sonik bunyinya agak kureng jika digunakan sebagai overdrive (low gain, high volume) melalui high sensitivity input pada JCM800. Aplikasi yang sebelum ini amat cemerlang jika menggunakan pedal GT-OD atau overdrive lain seperti MojoMojo atau SD-1.

Tapi bila guna low sensitivity input, barulah LT-Dual ini cemerlang digunakan sebagai mild distortion unit (mid gain, mid volume) terutama channel 1 berbanding channel 2 yang agak boomy. Maka ternyatalah LT-Dual ini adalah sebuah pedal distortion dan bukannya overdrive. Demo? Video? Tak ada, ini semua temberang saja...

*Sebenarnya Azrol dan rakan-rakan termasuk Bro Eden (tauke studio) sedang dalam proses mencari ilham dan praktis lagu terbaharu projek kolaborasi mereka. Aku? Aku menempel saja di situ, tidak terlibat dengan projek.

**Mulai 2026, Horizon ini akan aku gelar TOFU atas sebab karekter putihnya yang seakan-akan tofu/taufufah.

"Buat masa ini ia akan digelar HORIZON sahaja sehinggalah dapat nickname yang sesuai."

- Entri GrassRoots Brado.

_____
AADI: Masih rasa janggal guna superstrat.

D'Addario Ultra Pack (Part 2)


Memesan dua unit lagi D'Addario Ultra Pack saki-baki penghabisan stok yang masih ada di Bentley Music, hanya tinggal saiz 10-46 sahaja.

Gigbag ukulele Ibanez IUBS301 pula sebagai pembelian sampingan yang berdiskaun 50% bersempena promo ulang tahun ke-50 Bentley Music. Serius harganya lebih murah berbanding seunit tali gitar D'Addario biasa (XL).

Aku tak ada ukulele, tapi beg ini boleh dijadikan sebagai gigbag untuk pedal atau multi-effects kecil (G1X Four, B1Xon, Fly Rig PL1) dan aksesori gitar lain seperti kabel atau strap.

_____
AADI: Selamat Kaamatan/Gawai untuk warga Borneo.

Salib Besi


Pancingan bersempena promosi Rock & Raya Music Bliss yang sukar ditepis, sebuah gitar LTD Iron Cross James Hetfield signature. Bukan selalu dapat gitar Papa Het pada harga yang dikira agak *mampu milik. Ditambah penghantaran percuma menggunakan East Link Freight yang mengambil masa sehari untuk sampai ke Bintulu.

Sudah lama teringin untuk memiliki gitar LTD signature James Hetfield (kalau versi ESP memang tak mampulah) sejak dari zaman Truckster lagi. Tapi Truckster jenis relic'd, aku tak suka gitar relic'd, sehinggalah ada model Snakebyte, Iron Cross dan Vulture.

Snakebyte tidak ditawarkan dalam promosi, Vulture pula menurut info juru jual Music Bliss tidak didatangkan dengan hardcase, maka ironinya model Iron Cross ini dipilih. Lagipun model ini sudah lebih 10 tahun dalam pasaran (rilisan 2014), dan berkebarangkalian besar mungkin ESP akan menggantikannya dengan model JH-Eclipse lain tak lama lagi.

Kalau tak silap model Iron Cross putih ini bersempena konsert Freeze 'Em All di Antartica 2013 dulu. Diinspirasikan daripada Iron Cross lama (distressed black) yang asalnya ditiru daripada estatika Uncle Milty UM73 (Gibson 73 Les Paul Custom). Spesifikasi lain tak perlulah aku ceritakan, boleh rujuk website ESP.

Produk kilang World Musical Instrument Co. Ltd. Korea bernombor siri W23050451 iaitu keluaran ke-451 bulan Mei 2023. Kalau gitar signature LTD kualiti pertukangannya memang setaraf Deluxe 1000-series. Didatangkan sekali dengan hardcase ESP yang khas untuk bentuk Eclipse, membuatkannya lebih berbaloi-baloi per harga.

Secara harfiahnya ia sebuah Eclipse dengan pickguard, aku memang sucker untuk bentuk Eclipse. Dengan berat sekitar 3.6 kg tak jauh beza daripada Shiro (ESP Eclipse-II) sekitar 3.5 kg. Radius fretboard yang agak rata 350 mm (~13.78") berbanding 305 mm (~12") pada Eclipse biasa.

Yang janggal hanyalah kedudukan suis toggle di bawah ikut spesifikasi Hetfield dan bukannya di atas (dummy) seperti kebiasaan Les Paul dan Eclipse.

Bernadi pikap EMG JH HET Set antara set pikap idaman sejak ia diperkenalkan. Serius, pikap ini agak berbeza berbanding EMG 81/60, ia hanya akan "garang" selepas tombol volume dipulas melebihi 7. Aku tak pasti adakah ia dipengaruhi oleh potentiometer atau memang spesifikasi pikap ini.

Didatangkan dengan set tali D'Addario (10-46?) dan telah sedia dengan setup Eb-standard yang agak memuaskan, action yang agak rendah, dan neck yang lurus. Aku hanya perlu touch-up sedikit talaan dan laras ketinggian pikap sahaja.

Isi perutnya adalah jenis hardwired to self-destruct, berpateri dan bukannya sistem easy-connect EMG aftermarket yang diguna dalam versi ESP (contoh dalam video ini). Yang ini akan dibiarkan seadanya selagi gitar ini berstatus gitar koleksi.

Kecuali jika datang gatal tangan main pateri, mungkin aku akan pindahkan suis ke atas dan jadikan konfigurasi tombol 2V2T seperti Les Paul. Kaviti suis atas ini ada routing untuk wayar ke bahagian kaviti potentiometer tadi, standard routing Eclipse/EC-series.

Terlalu banyak ciri-ciri Hetfield pada gitar ini; 1) initial "JH" pada headstock, 2) perkataan "Iron Cross" pada penutup truss rod, 3) Iron Cross flag pada fret ke-12, 4) EMG HET Set, 5) konfigurasi suis, 6) racing stripes, 7) emblem Iron Cross besar, 8) dan tak lupa ada nama lagu Metallica di bahagian belakang bertulis "Battery" (lawak Andertons).

*Dengan promosi tadi ia berdiskaun ~37% daripada harga asal katanya sehingga 30 April sahaja. Tapi sehingga entri ini dipos, masih lagi harga promosi. Kalau harga asal memang aku tak pandanglah, kerana aku agak skeptikal dengan gitar-gitar berharga melebihi RM5k untuk tahap kasta aku. Namun begitu, ia menurunkan takhta Shiro (sebuah ESP terpakai) sebagai gitar aku paling premium setakat ini.

Beza hardcase batch Iron Cross (kiri) dan ESP Eclipse (kanan). Sekarang memang susah nak cari gitar yang datang sekali dengan hardcase pada harga bawah RM5k. Nickname? Tak perlu nickname, biarlah IRON CROSS sahaja. Bila nak beraksi? Oh, ini gitar koleksi, hanya mainan syok sendiri di rumah sahaja. Lagi rela membawa Shiro keluar.

_____
AADI: Mungkin akan "pinjam" HET Set dan pasang pada Shiro.

Sepetang Di Music Outlet Metrocity


Mencari kesempatan melawat premis Music Outlet Metrocity ketika berada di Kuching cuti sekolah dan Krimas bulan Disember lepas.

Memilih cawangan Metrocity Matang kerana dekat dengan tempat penginapan kami berbanding cawangan lain. Dan berdekatan dengan McDonald's drive-thru Metrocity, alasan untuk aku dan my boys (Junior dan Arlo) jalan-jalan cari makan.

Inilah yang ingin diintai di cawangan ini, setelah diiklan di Facebook beberapa minggu sebelumnya. Sebuah Edwards Snapper E-SN-145FR terpakai yang ditawarkan pada harga yang memang sukar ditepis.

Memang ia menepati ciri-ciri yang aku inginkan - MIJ superstrat 24-fret, rosewood fretboard, Seymour Duncans, Floyd Rose 1000 dan yang pastinya warna hijau.

Tapi selepas memikirkan beberapa faktor antaranya Horizon yang baru diperolehi bulan November lepas dan axology aku sudahpun mencecah 10 unit, niat untuk memiliki gitar ini terpaksa dilupakan.

Aku tidak pulang dengan tangan kosong, beroleh sebuah gigbag Superbag (jenama apa ni?) pada harga yang berbaloi per fitur, kualiti dan ketebalan. Agak besar mungkin boleh memuatkan sebuah ES-335 atau gitar berbentuk pelik seperti Firebird, Iceman, Warlock dan bass berskala pendek.

_____
AADI: Lama tak masuk kedai gitar.

Powerpad Bass


Perolehan bulan lepas daripada Music Bliss semata-mata untuk perlindungan dan logistik Tommy (SR300) semasa membawanya dari Bintulu, Kuching, Sibu dan kembali ke Bintulu ketika musim cuti sekolah, Krismas dan gig SMR 2024 bulan lepas.

Sebuah gig bag Ibanez Powerpad IBB540 untuk bass. Bukanlah sebuah gig bag yang unggul per harga berbanding Gator 4G-series, tapi cukup-cukup perlindungan per ketebalan dan per ruang Silvia aku semasa perjalanan jauh berbanding gig bag Ritter sebelum ini yang agak nipis. Banyak poket tambahan adalah bonus.

Apa yang menariknya, walaupun khas untuk bass Ibanez atau bentuk bass generik (P/J bass), ia juga agak panjang dan 97-98% dapat memuatkan Francesco (PFG5 Warlock) yang agak leceh dicarikan gig bag yang sesuai akibat bentuk dan panjangnya. Dengan sedikit tambahan padding pada bucu bawah tajam Warlock, makanya gig bag ini juga boleh digunakan sebagai logistik bass ini sekitar Bintulu.

_____
AADI: Luar Bintulu, belum terfikir lagi...

Kealmarian Jerangkung


Audit axology setakat 25/10/2024...

Tiga terkini yang aktif - *Candy, *Goldie, Swede - diletakkan pada Rok-It supaya mudah diakses. Selebihnya - Shiro, Lagoon, Tigera, Chucky, Tommy, Francesco - diperiksa jika ada anomali, disimpan dalam hardcase/gigbag (kiri ke kanan) dan "dijerangkungkan" dalam almari.

Teringin untuk kembali aktif jamming seperti dahulu, tapi sekarang amat susah untuk mencari masa yang sesuai untuk mengumpulkan bandmates... Yang dua minggu lepas pun kira one-off sebab klausa farewell jamming.

Mrs. pula suruh let-go mana yang langsung tak diguna (*ayat standard: "asyik-asyik gitar tu juga yang diguna"), kemudian dana-dananya dilaburkan semula untuk model yang hi-end terus... Idea yang bagus, tapi kalaulah sesenang itu dapat dilepaskan memang dah lama aku buat.

_____
AADI: Api aku masih menyala.

Lagun Biru


Ini pembelian ria (*joybuy) selepas ia diiklankan dalam Facebook Marketplace area Kuching. Ibanez RGA42FM terpakai ini dituntut sendiri ketika bercuti sekeluarga beberapa hari di Kuching minggu lepas.

Ditawarkan pada harga 36% daripada harga runcit semasa (atau 30% ikut harga pra-2022) tapi dengan klausa tanpa pikap. Amat sesuailah dijadikan gitar projek dan kebetulan akupun ada banyak pikap tanpa gitar perumah. Diterima dalam keadaan berdebu dan bersawang, seperti sudah lama berada dalam stor.

Harga ditawarkan tadi adalah termasuk sekali dengan strap Planet Waves, Straplok Dunlop dan gigbag Gator 4G-series. Ketiga-tiga item terpakai inipun kalau diikutkan harga keseluruhan memang sudah dikira berbaloi.

Gigbag ini fizikalnya masih tegap, cuma ada beberapa tempat permukaan agak teruk seperti menjadi tempat kucing mengasah kuku. Tapi setakat untuk membawa gitar turun naik studio jamming sekitar Bintulu masih tiada masalah.

Dengan kemasan bernama blue lagoon burst flat (BLF) ia mengingatkan aku pada kemasan deep sea blonde (DSB) JIVAJR signature Nita Strauss. Sudah lama aku tiada gitar jenama Ibanez dalam axology (bass lain cerita). Kali terakhir ber-Ibanez ketika era ex-Replacement (RG350M) berbelas tahun lepas.

Kaviti pikap jenis direct mount ini agak cetek, bakal memberikan sedikit cabaran untuk mengenalpasti pikap apakah yang bisa muat di dalamnya.

Berat keseluruhan amat ringan sekitar 2.7 kg sahaja tanpa pikap. Calar-balar yang dikesan agak minimum dan hanya sedikit lekukan pada bahagian belakang. Bagi aku dengan kotoran seadanya (residu manusia, debu dan karat) ia masih aku kategorikan sebagai 8/10.

Daripada nombor siri I181109414, ia merupakan buatan November 2018, tapi aku pasti ia adalah model untuk rilisan 2019. Buatan Indonesia, jadi tak perlu risau tentang kualiti pertukangannya.

Badan asas kayu meranti, kemasan atas kayu maple, fretboard pula menggunakan kayu jatoba. Warna kayu jabota ini agak janggal pada gitar gelap atau hitam (contoh), tapi pada gitar berwarna biru, ia agak kontras dan menyerlah. Fret masih 85-90% jangka hayatnya.

Fixed bridge Ibanez, aku sebenarnya tak suka bridge jenis begini, kerana skru terpacak keluar amat menjengkelkan ketika palm mute. Kalau model lama RGA32 menggunakan bridge jenis Gibraltar (rujukan) yang sedikit selesa.

Isi perut yang ok, masih mengekalkan output dan suis 5-arah Ibanez 3SWLSP5. Cuma pot volume dan tone sahaja sudah ditukar kepada jenis CTS, tak pasti jenama apa tapi bukan DiMarzio.

Maka proses restorasi pun bermula dengan pembersihan residu dan debu, kemudian cucian badan dan fretboard menggunakan produk Dunlop. Pikap? Elektronik? Yang ini akan difikirkan kemudian.

Nickname? Buat massa ini ia akan digelar LAGOON atas faktor kemasan blue lagoon burst-nya. Axology aku kembali menjadi sembilan. Tapi perancanganku selepas restorasi ini, ia akan cuba didagangkan semula untuk modal pusingan.

Bersambung...

_____
AADI: *Bahaya ni.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger