Selamat Tinggal GKC
-
Selepas 16 tahun bersiaran (01/07/2010), blog Grune Katze Corner ini sudah
tidak relevan lagi sebagai medium untuk "garage sale" mengiklankan barangan
pe...
Tahun ini katanya Seymour Duncan (pickup company, not the person) menyambut ulang tahun ke-50, tapi aku tak pasti bilakah tarikh sebenarnya. Sebagai collector, aku ada beberapa pikap Seymour Duncan dalam simpanan seperti yang telah dibuatkan entri *beberapa bulan lepas.
Sebagai player, hanya ada dua gitar dalam axology aku yang menggunakan pikap Seymour Duncan. Pertama, Prestige Heritage Custom Deluxe MC (Chucky) yang memang didatangkan dengan set 59/JB. Tidak dinafikan set 59/JB sememangnya ampuh dalam gitar ini. Ia akan dibiarkan seadanya dan tidak akan dikacau.
Kedua, GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Tofu) yang kini bernadi set Jazz/JB (kontot). Selepas sessi jamming pandu-uji bulan lepas, mungkin aku akan keluarkan set Jazz/JB ini dan menggantikannya dengan set Lace Alumitone/Deathbucker yang sudah lama terperap dalam simpanan. Set Jazz/JB tadi sama ada akan dipasangkan pada gitar lain ataupun didagangkan semula.
*Begitu juga dengan nasib pikap-pikap Seymour Duncan dalam entri tersebut. Aku rasa akan dagangkan semula untuk dana pusingan beli gitar/bass baharu. Hanya set Thrash Factor sahaja yang mungkin akan aku simpan sebagai legasi Dave Mustaine dan Megadeth yang akan pencen.
_____ AADI: Apa model pikap Seymour Duncan kegemaran anda?
Sudah hampir penghujung 2024 baru tergerak hati mengeluarkan Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dibawa jamming minggu lepas. Warna "metallic charcoal"nya kini sudah kehijauan dan secara rasminya menjadi IDK signature (self-proclaimed) *Mark VIII.
Suis toggle gitar ini selalu bermasalah antara sebab aku jarang menggunakannya, sudah tiga kali ditukar tapi tidak direkodkan dalam entri AADI. Suis yang ketiga ini aku guna jenis syaf panjang ala Gibson (tapi bukan Switchcraft) harapnya dapat bertahan lama.
Selepas jamming minggu lepas, ia dipasangkan set tali baharu Elixir Nanoweb (9-42) menggantikan set tali asal yang tidak pernah ditukar sejak dimiliki dua tahun lepas (D'Addario, 10-46?). Ditala dan diintonasi pada E-standard.
Saiz 9-42 lebih sesuai untuk gitar ini tidak seperti kedua-dua Les Paul yang aku miliki (Goldie, Tigera) yang lebih sesuai dengan 9.5-44 atau 10-46 untuk talaan E-standard. Mungkin kerana faktor bridge Bigsby yang membuatkan tali-talinya menjadi agak kenyal.
Dalam kesempatan yang ada, fretboard dirawat dan dikondisi dengan produk Jim Dunlop. Kini ia nampak lebih gelap seperti kayu ebony.
Antara kesimpulan pasca pandu-uji jamming minggu lepas:
Beratnya 4.1 kg, lebih kurang berat abang long Goldie (4.0 kg), terasa jugalah lenguh-lenguh bahu menggalasnya untuk dua jam jamming.
Ia tidak seresonans seperti kedua-dua Les Paul aku jika dimainkan seadanya secara akustik, tapi agak berbeza ketika diamplifikasikan. Kombo Seymour Duncan 59/JB memang cemerlang untuk aplikasi ini.
Radius fretboard 15" agak rata seperti superstrat, bila sudah terbiasa dengan radius 12" terasa agak janggal.
Aplikasi bridge Bigsby tona hanya dapat turun/naik satu fret (half-tone). Ia tidaklah secemerlang Floyd Rose atau tremolo fulkrum ala Strat, tapi ia bukan dicipta untuk aplikasi sebegitu.
Selebihnya jika biasa menggalas Les Paul, tiada masalah untuk transisi kepada gitar ini.
Ia akan direhatkan seketika jika ada sessi jamming untuk memberi laluan kepada Swede (Hagstrom Ultra Swede) yang belum pernah dipandu-uji jamming. Lebih-lebih lagi selepas dipasangkan kombo DiMarzio PAF Pro/Super 3.
Sabtu (12/10/2024) - Sessi jamming impromptu di REG Studio setelah entah berapa lama14 bulan tidak jamming sebagai entiti MUP. Kali ini untuk meraikan Nuing yang akan berpindah ke Kanowit mulai minggu depan.
Sessi kali ini juga disertai oleh Azrol dan si Korawk menjadikan suasana lebih meriah kucar-kacir dengan setlist yang ke laut. Bolehlah juga dikirakan sebagai sessi gathering/reunion dengan sedikit hidangan pizza, kola dan isotonik.
Anak aku si Arlo pun ikut kali ini, dah cukup besar untuk dibawa. Bila ada peluang waktu uncle Bob rehat, mulalah dia mengetuk drumset. Kalau abangnya si autis Junior memang tak boleh toleran dengan bunyi bising begini.
Kali ini aku membawa Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dipandu uji, sudah dua tahun dimiliki belum pernah dibawa jamming. Akan dibuat entri berasingan untuk pasca pandu-uji.
Dilema efek dalam entri beberapa hari lepas pun terjawab dengan membawa Fly Rig PL1 (dengan pacuan AT Drive) atas faktor logistik, selepas memikirkan faktor membawa makanan dan minuman seperti perenggan kedua tadi.
Nuing hanya menggunakan RG370AHMZ "sehelai sepinggang" terus ke amp studio MG100HGFX. Perkakasan lain efek, strap, kabel katanya sudahpun dikemas untuk berpindah. Azrol pula menggunakan ex-Dinky (Jackson DK2), ME300 dan SD-1. Korawk? Yang ni tak payah ceritalah...
Sementara menunggu si Korawk.
Sedikit trivia mengenai Nuing - diperkenalkan oleh Korawk (bertugas di tempat sama) dan menyertai MUP sebagai gitaris utama sejak Isolated Gig Vol. 1 April 2019 menggantikan Azrol yang ketika itu sedang berkomitmen dengan band lain yang lebih maju jaya hingga merantau ke Filipina.
Aku paling suka versi ini kerana MUP 3-amigos, tiga-tiga ada solo dalam satu lagu.
Semoga Nuing lebih maju jaya bertugas mendidik anak bangsa di Kanowit (ye, dia cikgu) dan kembali gembira kerana tidak lagi berjauhan dengan keluarga. Terima kasih kerana menjadi keluarga MUP yang line-up sentiasa kucar-kacir tapi progresif.
Dua item ini diperolehi daripada Swee Lee sejak awal Januari lepas.
Set pickup ring hitam daripada Allparts bersaiz Epiphone Les Paul untuk menggantikan set yang ada pada Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC).
Sebelum.
"Setakat ini kelemahan yang aku jumpa ialah pickup ring neck menggunakan jenis rata dan bukannya tilted/slanted, jadi neck pickup nampak agak offset di situ. Buat masa ini biarlah, bila aku agak OCD kelak akan digantikan dengan pickup ring neck slanted."
Selepas.
Dengan terpasangnya set pickup ring Allparts ini aku tidak lagi OCD, sekian...
D'Addario siri XT 10-52 pula disimpan dalam stok peribadi, akan dipasang pada gitar yang sering digunakan pada ketika itu nanti untuk mengetahui bagaimana prestasi siri XT yang premium ini.
Aku tak kenal Jeff Beck sebagai artis, tapi aku kenal Jeff Beck melalui pikap Seymour Duncan signature beliau iaitu JB Model, itupun aku dapat info daripada blog The Guitar Addict belasan tahun lepas.
JB Model tak kisah versi humbucker (SH-4) atau trembucker (TB-4) menjadi pikap idaman untuk dipasang pada gitar peribadi selain Screamin' Demon dan 59/Custom (ketika itu). Faktor utama ialah pengaruh hero-hero aku yang menggunakannya.
Beberapa kali memperolehi pikap JB ini dan ingin dipasang pada gitar yang dimiliki tetapi tidak kesampaian (ketika itu), contohnya ini, ini dan ini. Tak lupa juga yang pernah dipasang pada ex-Mr. Smith yang hanya bertahan beberapa bulan sebelum dilepaskan bersama gitarnya. Tetapi kembali semula dalam bentuk JB kontot.
Kini aku memiliki dua gitar yang memang didatangkan dengan pikap JB, pertama versi SH-4 pada Prestige Heritage Custom Deluxe MC (Chucky). Kedua versi TB-4 pada Jackson DK2 Dinky (Dinky).
Pendapat aku JB Model ini pikap jenis serba boleh untuk pelbagai genre muzik dan ampuh dipasang pada apa jua jenis gitar sama ada Strat atau Les Paul (hollow/semi tak pasti). Kalau kem DiMarzio mungkin saingan terdekatnya ialah model Super Distortion atau Tone Zone.
Terima kasih Jeff Beck, walaupun entri aku ini agak lari dari konteks.
Hari terakhir 2022 biasanya masa untuk entri sinopsis tahunan AADI. Pendapat aku, secara amnya kehidupan harian pada 2022 mula menarik selepas fasa endemik diumumkan.
1) Kesihatan - 19 Februari aku disahkan positif COVID-19 dan berkuarantin kendiri seminggu di rumah. Hari kelima kuarantin, ketiga-tiga anak aku Lil, Jr. dan Arlo pula positif, Mrs. Ijau setakat ini masih kebal. Mujurlah hanya dikuarantin di rumah, kalau kena tahun lepas atau 2020, memang berkampung di hospital atau pusat kuarantinlah jawabnya. Tapi serius, budak-budak lebih cepat sembut berbanding dewasa. Aku pasca-COVID masih semput 2-3 bulan baru betul-betul sembuh.
Dan sekali lagi kena 9 Disember lepas, tapi kali kedua ini tidak sesakit pertama kali. Hanya seperti demam selesema biasa sahaja. Tapi sindrom pasca-COVID tetap sama, ketika menaip entri ini pun masih semput.
2) Jamming dan kugiran - Hanya menyertai dua gig bersama MUP tahun ini, ada juga dijemput untuk beberapa gig/acara lain tapi terpaksa ditolak kerana kekurangan korum.
Pertama, King's Studio Open Gig awal Julai dan kedua Local Gig 2022 awal Disember lepas. Tiada apa yang menarik, masih memainkan lagu-lagu cover selain satu lagu sendiri. Tahun hadapan akan diusahakan untuk 1-2 lagu original.
Tahun ini juga ada menyertai kolaborasi kegitaran dengan rakan-rakan online - contohnya kolaborasi CNY dan raya anjuran Dead Eye Guitars.
Yours truly @ 14:05.
Yours truly @ 6:12 (dan 0:18).
3) Kegitaran - Kononnya tahun ini juga ingin meneruskan 2020 purge, tapi tidak bejaya kerana TERtambah pula empat buah - Prestige Heritage Custom MC (Chucky), Hagstrom Ultra Swede (Swede), Jackson JS32 King V (Praetor) dan DK2 Dinky (Dinky).
Yang keluar ada dua LTD EC-1000VB (ex-Deluxe) berpindah milik kepada Azrol yang kini menjadi gitar utamanya touring bersama Larrong dan Cort G200DX (ex-Woody) pula telah dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bersempena perkahwinannya beberapa minggu lepas, menjadikan axology aku pi mai pi mai tangtu masih lagi sebelas!
Gajet keluar: Blackstar HT-5RH + HT-112 sahaja. Akan cuba meneruskan purging tahun hadapan, terutama kuantiti gitar yang kini memasuki tahap hoarder, perancangan akan cuba (iye?) mengurangkan sehingga tinggal 6-7 buah sahaja.
4) Guitar techie - "Mengerjakan" gitar sendiri itu sudah pasti, tapi juga pada gitar rakan-rakan; memasang set pikap Seymour Duncan Black Winter pada RG370AHMZ Nuing dan menservis bass Ibanez Roadstar II milik REG Studio.
6) CD/DVD - Hanya memancing tiga CD audio sahaja tahun ini - Saqang (EP), Corporeal Undead dan Battles. Harga runcit semasa CD kadang-kadang membantutkan hasrat untuk memancing.
Juga sudah ada pawagam alternatif iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) yang baru dibuka di The Spring Bintulu minggu lepas. Filem Avatar: The Way Of Water dilayan di sini.
Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2023 kelak menjadi semakin ohsem. Perancangan perhobian untuk tahun hadapan macam biasa akan dibuatkan entri berasingan. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...
_____ AADI: Teringin kembali berseni bela diri, atau cuba tinju (boxing) atau MMA.
Perlukan sebuah gig bag gitar ekonomi dan berkualiti yang boleh memuatkan dan *membawa sebuah singlecut ber-Bigsby (Chucky) ke lokasi jamming atau gig tempatan dengan selesa.
Sasaran awal aku ialah Gator 4G-series, tetapi Music Bliss tidak lagi memberikan pengeposan percuma untuk produk-produk Gator seperti rak RI-GTR-RACK3 dan gigbag G-PG-335V sebelum ini.
Pilihan seterusnya ialah Koda Plus One yang diperolehi daripada Swee Lee, seperti biasa pengeposan percuma membuatkannya lebih berbaloi per harga.
Kualiti fabriknya biasa-biasa sahaja seperti fabrik gigbag Pedaltrain, tetapi jahitan, padding dan zipnya agak tegap. Cuma penampilannya yang agak "plain" hitam, tanpa sebarang imej atau logo membuatkannya seperti tiada apa-apa daya tarikan.
Memiliki satu poket tepi yang agak luas, boleh memuatkan sebuah multi-effects sederhana seperti Nu-X MG-30.
Juga memiliki sedikit padding tambahan pada bahagian bawah untuk menyerap hentakan dan tapak getah pada bahagian luar.
Memiliki bantal neck rest adalah satu bonus untuk beg ini, cuma strap velcro pada neck rest ini tidak dapat dilaras mengikut ketebalan neck gitar. Kalau dah longgar seperti gambar di atas umpama tiada kegunaan langsung.
Juga bisa memuatkan gitar berbentuk singlecut (Les Paul, Eclipse), strat dan superstrat lain. Ia bukanlah eksklusif untuk satu gitar sahaja, boleh pakai sampai lunyai.
_____ AADI: *Kalau luar kawasan barulah guna hardcase.
Hari ini dijadualkan ada gig anjuran King's Studio sekitar pukul 2.00 petang. Atas kekangan masa, dan bertukar-tukar line-up, tiada sessi jamming praktis atau rehearsal dijalankan, akan cuba membuat persembahan secara impromptu dengan setlist "playsafe".
Biasanya dilema untuk situasi begini ialah equipment apa yang ingin dibawa ketika hari kejadian, terutamanya bila tiada sessi rehearsal untuk mencuba setting. Aku dah prektis main bass, kini terpaksa prektis sekali lagi lagu yang sama dengan gitar pula bila line-up bertukar-tukar...
Dengar khabar, acara pula ditunda daripada pukul 2.00 petang kepada 5.00 petang, ah sudah~
[Edited 09:05 pm] Live feed daripada Facebook King's Studio.
Pernah mengintai gitar ini Ogos tahun lepas, tapi ketika itu aku memilih sebuah Epiphone Les Paul Custom (Tigera) kerana harga yang lebih mampu milik. Tapi bila ia ditawarkan semula pada harga yang semakin tersenyum, ditambah pula dengan dana-dana GLTL Deluxe beberapa minggu lepas, maka tertariklah picu impulsif merangkap gitar raya 2022.
Ya, sebuah singlecut lagi.
Prestige Heritage Custom Deluxe MC ini diperolehi daripada The Guitar Lair dengan diskaun kaw-kaw penghabisan stok. Untuk rujukan, mengikut website Prestige Guitars harga runcitnya ialah USD1399. Tapi, dengan diskaun tadi harganya kini setaraf dengan sebuah Epiphone Les Paul Standard.
Didatangkan sekali dengan hardcase Prestige, amat berbaloi-baloi dengan harga tadi. Selain itu spesifikasinya boleh dikira mid/high-end dengan hardware berjenama; Grover Rotomatic tuners, GraphTech TUSQ XL nut, Seymour Duncan 59/JB, TonePros Tune-O-Matic bridge with TPFR roller saddle dan Bigsby licensed vibrato.
Spesifikasi lain sama seperti sebuah Les Paul Custom - mahogany neck, mahogany body, maple top, full thickness, double bound, mother of pearl block inlays, 24.75" scale, 22-fret - kecuali radius fretboard yang lebih moden 14" berbanding 12" pada Les Paul.
*Warnanya kelabu "metallic charcoal", tapi ada iras-iras warna hijau jade pada sudut-sudut tertentu seperti Kelisa Imago aku.
Headstock tak berapa ganas dengan emblem fleur-de-lis. Susunan tuning machine head 3+3 begini dengan sudut break angle selepas nut yang hampir lurus (seperti PRS) lebih mudah ditala. Ditambah dengan nut sintetik berjenama GraphTech TUSQ XL yang lebih licin berbanding plastik.
Nombor siri 100405 aku interpret sebagai unit kelima Ogos 2010, tapi ia nampak terlalu baharu untuk sebuah gitar buatan 2010. Mungkin nombor siri Prestige tidak menunjukkan tarikh keluaran seperti gitar-gitar lain.
Dengan potongan ala Les Paul Custom (full thickness, double bound) dan dengan tambahan Bigsby vibrato, aku menjangkakan beratnya seperti ex-Johnny (~4.7 kg). Tapi ia hanya sekitar 4.1 kg sahaja, lebih kurang berat abang long Goldie 4.0 kg (atau mutakhir 3.9 kg dengan pikap Alumitone).
Routing "isi perut" yang kemas bercat konduktif, wayar-wayar pun diikat kemas. Potentiometer menggunakan jenis Alpha 500k. Untuk elektronik (pikap dan isi perut) tidak akan dikacau selagi tiada masalah, tapi alangkah baiknya jika Prestige menggunakan pot jenis CTS atau Bourns.
Pengalaman pertama aku menggunakan Bigsby vibrato, sebenarnya ia merupakan floating vibrato klasik dengan mekanisma yang ringkas. Ditambah dengan roller saddle pada TOM dan TUSQ XL nut, sistem ini agak stabil dan amat jarang lari tuning.
Ini merupakan batch lama, masih menggunakan Bigsby "Licensed" berbanding Bigsby USA B5 untuk batch terkini seperti spesifikasi dalam website.
Fretboard yang kering, perlu rawatan minyak lemon.
Begitu juga dengan 10 block inlays (hingga fret ke-21) berbanding sembilan (hingga fret ke-19) untuk batch terkini. Aku rasa gitar ini mungkin batch pra-2017 sebelum CITES, kerana fretboard masih menggunakan kayu rosewood berbanding pau ferro.
Setakat ini kelemahan yang aku jumpa ialah pickup ring neck menggunakan jenis rata dan bukannya tilted/slanted, jadi neck pickup nampak agak offset di situ. Buat masa ini biarlah, bila aku agak OCD kelak akan digantikan dengan pickup ring neck slanted.
Ya, selepas menjenguk kaviti pikap, pikap Seymour Duncan 59 (SH-1N) dan JB (SH-4) bertarikh keluaran 2014. Jadi, berpandukan teori pada perenggan di atas, gitar ini mungkin keluaran antara 2014-2016.
Daripada cerita yang aku dengar, gitar-gitar Prestige ini perkayuan badannya dibuat di Korea Selatan (40%) manakala selebihnya, final assembly dan QC (60%) dibuat di Kanada.
Kualiti buatannya setaraf dengan sebuah high-end Epiphone dan LTD 1000-series, taklah berani nak cakap setaraf Gibson sebab aku sendiri tak ada Gibson untuk perbandingan.
Berurusan terus dengan tauke Marc Warman yang katanya ingin kembali ke Kanada selepas ini, dan kesemua gitar yang masih ada di premis The Guitar Lair perlu dilepaskan (liquidation?) dengan diskaun sehingga 70%.
Nickname? Dengan penampilannya metallic charcoal, ia akan digelar CHUCKY derivasi daripada perkataan charcoal. Gitar pertama untuk 2022, axology aku kekal sembilan unit (Deluxe keluar, Chucky masuk), amat bertentangan dengan matlamat 2020 purge, bahaya ni, hehehe...
_____ AADI: *Adakah ia layak digelar IDK Sig Mark VII?
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?