Showing posts with label takamine. Show all posts
Showing posts with label takamine. Show all posts

Sudden GAS: Acoustic Guitar


Bahaya kalau kena sindrom "sudden GAS", lebih-lebih dalam musim jualan akhir tahun (YES). Kali ni aku tiba-tiba terGAS untuk memiliki sebuah gitar akustik (lagi?).

XA Classic
Sebelum ini aku pernah memiliki tiga gitar akustik; Pepatung XA Classic (Nandung) awal berkecimpung 2009 dulu, Ashton DM25/12 12-string (Ashdozen) pertangahan 2011 dan Takamine ED20SC (Taka) penghujung 2014.

DM25/12
Ketiga-tiga tidak bertahan lama dalam axology, biasanya hanya beberapa bulan sebelum ia dilepaskan (let-go). Mungkin disebabkan aku agak kekok dengan bentuk gitar akustik yang besar sebab perut aku pun besar dan faktor tak dapat nak main lewat malam berbanding gitar elektrik yang lebih "senyap".

ED20SC
Persoalannya, perlukah? Kalau tak perlu, tak payahlah beli, kuota pun dah penuh terlebih. Beli benda lainlah... Kah kah kah!

_____
Ada apa: Filler entry...

Takafishmane


Setelah mendapat respon positif daripada "bakal pembeli yang berpotensi" (selepas diiklankan dalam blog GKC), baru ada mood untuk memulakan eksperimen projek memasang preamp Fishman Presys menggantikan preamp TS-1N pada Taka (Takamine ED20C) yang bermasalah.

Perbandingan saiz.

Disebabkan saiz yang berbeza, lubang kaviti asal terpaksa dibesarkan. Dan dimensi/ukuran cut-out template boleh didapati daripada website Fishman.


Cuma ada gergaji "jigsaw" murahan sahaja untuk potongan kasar, potongan halus dilakukan dengan pisau secara berhati-hati macam buat ukiran kayu (kekangan perkakasan, sedih™).


Pikap piezo Fishman ni namanya Sonicore, agak tebal sedikit berbanding piezo asal. Jadi bridge dan action makin tinggi beberapa nanometer, tapi tak mengapa (parap-parap).


Berkesempatan "mencuri masa" untuk membersihkan fretboard dengan produk-produk Jim Dunlop; 01 Cleaner & Prep, 02 Deep Conditioner dan 65 Polish & Cleaner.


Tali gitar yang digunakan adalah Good Strings (duh~), antara harta rampasan perang daripada Pusat Muzik Reco tempoh hari. Jangan pandang remeh pada jenama ni, ia merupakan adik-beradik jenama Alice, antara jenama tali gitar yang tahan, lembut dan ekonomi.


Onboard tuner pada Presys ni walaupun tidak sesensitif Pitchclip atau Pitchhawk, tapi sekurang-kurangnya lebih bagus daripada tak ada langsung, kan?

Ok, sebenarnya untuk projek ini, hampir semua yang dilakukan merupakan kali pertama, seperti memasang tali gitar akustik, memotong/mengerat tepi badan gitar, memasang preamp/piezo akustik. Dan alhamdulillah syukur, tiada kesilapan berlaku walaupun mengambil masa 3-4 jam untuk siap (amatur).

Malam nanti nak tunggu respon "bakal pembeli yang berpotensi" tu. Pi mai pi mai tang tu, geng-geng MUUV juga, bukannya orang lain...

_____
Ada apa: Credits to Yustech GT blog, as references.

Fishman Presys Acoustic Preamp


Memperolehi set preamp akustik Fishman Presys (OEM-PSY-101) daripada eBay. Presys ni merupakan model OEM dan tidak dijual secara runcit, tapi masih mudah didapati secara borong (wholesale/bulk) secara online.


Disebabkan preamp asal pada Taka (Takamine ED20C) bermasalah, aku mula mencari preamp gantian. Ternyata dalam eBay ada banyak preamp gantian "cap ayam" pada harga yang amat murah (~RM20). Tapi dah alang-alang terjumpa preamp berjenama Fishman dijual pada harga tersenyum berbaloi, rembat Fishman teruslah...

Image source.
Buat masa ni, aku belum ada mood (dan perkakasan, terutamanya jigsaw) untuk menukar dan memasang Presys ni pada Taka. Lebih-lebih lagi disebabkan faktor dimensi preamp asal TS-1N yang agak panjang berbanding Presys.

Jika dipasang dengan Presys, pasti ada sedikit kaviti lebihan yang akan mencacatkan penampilan gitar tersebut. Aku perlu mencari idea dan alternatif bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Lepas ni nak cuba hubungi Yustech atau Nonuz untuk nasihat pakar.


Worst case scenario, mungkin aku akan cari preamp lain yang berdimensi lebih kurang sama dengan TS-1N (cap ayam pun cap ayamlah). Manakala Presys kelak mungkin akan diiklankan di GKC, Facebook, Mudah atau LYN.

_____
Ada apa: Atau biarkan saja Taka tanpa elektronik.

Acoustic Mood, Back To Basic


Ok, walaupun dah penuh kuota tapi TERtambah lagi satu hehehe... Enter Takamine ED20C.

Tiada info mengenai model ED20C pada website rasmi Takamine, cuma ada pada website Takamine Japan. Mungkin disebabkan Dragon Series hanya untuk pasaran Asia dan Oceania sahaja.


Perolehan yang tidak dirancang, yang pasti ia tidak dibeli, tapi diperolehi secara pertukaran (trade) dengan beberapa buah pedal efek (CM-1, MS-50G) yang jarang digunakan. Dan inilah "loophole" yang digunakan sebagai alasan sekiranya ada yang mempertikaikan isu kuota tadi, hehehe...


Diperolehi daripada seorang rakan MUUV yang menjualnya disebabkan masalah pada sistem elektronik dan faktor tidak ergonomik(?). Untuk rekod, inilah kali pertama aku memperolehi gitar berstatus terpakai (used). Fizikalnya boleh aku katakan masih 8.5/10 walaupun telah digunakan 3-4 tahun oleh pemilik asal.


Seperti yang dimaklumkan oleh pemilik asal, sistem elektronik pada gitar ini mempunyai masalah, berbunyi "hissing" dan "static" yang amat menjengkelkan apabila disambung pada amp.

Aku tak pasti sama ada preamp TS-1N atau pikap piezo yang bermasalah (nak kena rujuk YusTech). Worst case scenario, mungkin aku akan gantikan dengan preamp baru cap ayam (atau Fishman terus).


Walau bagaimanapun, jika dimainkan secara unplugged, ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri bunyi sebuah gitar akustik yang berkualiti. Cuma talinya sahaja dah berkarat, ada masa nanti belikan tali baru, akupun tak ada simpan stok tali gitar akustik.


Sememangnya selama ini aku telah banyak memilih jalan singkat untuk belajar bermain gitar (those powerchords stuff), dan dengan adanya gitar akustik ni, aku akan cuba kembali mempelajari asas yang pernah aku tinggalkan (skipped) sebelum ini.

Ditala pada talaan Eb standard (Eb, Ab, Db, Gb, Bb, Eb) supaya serasi berlatih dengan beberapa lagu-lagu akustik kegemaran contohnya Don't You Cry (Kamelot) selain kurang sedikit tegangan pada tali. Yelah, tali gitar akustik bukannya lembut macam tali gitar elektrik. Nickname? Entahlah, susah-susah aku gelar TAKA (たか = falcon, helang?) sajalah.

_____
Ada apa: Lil'Ijau lebih suka "kacau" gitar ni berbanding gitar-gitar elektrik aku.

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 20)


Masa untuk mood akustika...


Walaupun ada modeling/simulator akustik pada Pod X3, Pod HD300 dan Micro Cube GX, tapi bunyi akustik sejati memang menawan.

Tiba-tiba aku teringat Ashdozen (dan Nandung).

_____
Ada apa: Dah boleh ikut Bintulu Buskers ke?

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger