Alice And Celeb
oleh Ijau D. Koceng 04 March 2019 pada 6:00 AM 0 commentsTahun lepas ia dipasang dengan Ernie Ball Earthwood Light 80/20 Bronze (11-52), kali ini ia dipasang dengan Alice A306-XL (10-47) yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco. Dengan saiz 10-47 ini, lebih yakin untuk ditala E-standard berbanding saiz sebelum ini. Walau bagaimanapun, gitar ini ditala pada talaan DADGAD untuk sedikit cabaran.
Entri ini sebenarnya telah ditaip sejak bulan Januari lepas, tapi terlepas pandang dan terperap dalam draft.
_____
AADI: Kalau saiz 12.5-55 untuk talaan E-standard? Ada berani?
Antara Fly 3 Bass Dan Reco
oleh Ijau D. Koceng 22 January 2017 pada 1:00 AM 1 commentKali ni Blackstar Fly 3 Bass menjadi
Tidak seperti amp kecil lain, contohnya Micro Crush yang lebih untuk perhiasan dan koleksi, Fly 3 Bass ni agak praktikal. Walaupun kalah dari segi saiz dan kuasa (hanya 3 Watt), tapi fungsi dan bunyinya setaraf dengan amp praktis lain berkuasa 10 Watt.
Ada dua channel, clean dan OD (overdrive) yang boleh dilaras secukup rasa dengan tombol GAIN. Compressor (COMP.) fungsi bonus yang jarang ada pada amp praktis lain. Manakala tombol kecil SUB menghasilkan bunyi sub-sonic tambahan, boleh membuatkan anda tidak percaya bahawa amp sekecil ni boleh menghasilkan bunyi bass yang mendebarkan dada.
Memerlukan enam biji bateri bersaiz AA (disertakan) untuk fungsi mudah-alih seperti busking. Juga boleh menggunakan adapter 6.5 Volt yang dijual berasingan. Kan lebih bagus kalau ia dicipta serasi dengan voltan adapter pedal (9 Volt, centre negative) yang lebih mudah diperolehi.
Sekarang ni tak perlu amp bass besar kalau nak jamming. Selain menggunakan MS-60B terus ke PA system atau IRT-X, Fly 3 Bass ni pun boleh digunakan sedemikian dengan menggunakan output EM. OUT & HEADPHONE untuk bass rig yang paling ringkas.
Pembelian sampingan merupakan empat unit tali gitar high-E (0.09"), tiga merupakan jenama Alice dan satu D'Addario. Seperti biasa ia merupakan backup sekiranya tali high-E putus.
_____
AADI: Harapnya tiada GAS barangan bass tahun ni.
theGUITARaddict! (Part 8)
oleh Ijau D. Koceng 29 October 2015 pada 8:00 AM 10 komen:Berisi beberapa keping pick gitar pelbagai jenama. Ia merupakan kesinambungan daripada entri blog theGUITARaddict beberapa minggu lepas.
Dalam banyak-banyak pick tadi, empat pick ni menarik perhatian dari segi bentuk, warna dan grafik (especially that Marvel's Ghost Rider).
Dan "hero of the day" merupakan sekeping pick berjenama Gravity, siri Sunrise dengan ketebalan .90 mm untuk dijadikan bahan eksperimen penggunaan pick tempahan khas (custom order).
Pendapat? Permukaan yang luas, serta tulisan yang timbul (embossed) membuatkan ia lebih senang dipegang. Dan bucu yang tajam sesuai untuk petikan persis (precise picking). Teringat pick custom Nonuz The Ego yang pernah menjadi pick kegemaran aku beberapa tahun lepas.
Terima kasih sekali lagi kepada Bro Sub.
_____
Ada apa: Pick kegemaran semasa, Dunlop Jazz III Max-Grip.
Parts From Hong Kong
oleh Ijau D. Koceng 07 July 2015 pada 8:00 AM 4 komen:Berisi pre-wired rig untuk Les Paul, selonggok pick pelbagai ketebalan berjenama Alice (60 keping) dan 30 utas wayar merah/hitam/putih untuk stok projek pematerian (10 wayar per warna, panjang 20 cm). Macam biasalah, belah-belah sana (Hong Kong, Taiwan, China) benda-benda
Kedua-dua item ni sebenarnya adalah pembelian sampingan, 60 keping pick Alice ni harganya US$2.99 (RM11.63) lebih kurang ~19 sen sekeping, boleh buat bisnes kecil-kecilan jika dijual dengan harga 50 sen sekeping (harga runcit di sini pun RM1.00 sekeping). Wayar merah/hitam/putih stok untuk projek servis/pasang pikap.
Dan ini merupakan item utama yang dibeli, Les Paul pre-wired rig (2x volume, 2x tone, 3-way switch, output jack) untuk projek baikpulih sebuah gitar Les Paul (copy) kepunyaan seorang rakan.
Rig ini harganya cuma US$6.69 (RM26.01), lebih murah berbanding membelinya satu-persatu, cap ayam pun biasanya mencecah RM50+, apatah lagi kalau berjenama DiMarzio sudah pasti RM100+. Wayar yang dah siap *dipateri pada pot/switch/jack memudahkan kerja pemasangan kelak.
Bersambung...
_____
Ada apa: *Dipateri dengan kemas.
Gitar Pasar Raya
oleh Ijau D. Koceng 16 April 2015 pada 8:00 AM 5 komen:Fuh! Pasar raya pun ada jual gitar elektrik? Dengan harga sekitar RM300-600 seunit berjenama "susah-nak-sebut", aku rasa lebih berbaloi beli gitar "entry level" jenama yang dikenali di premis menjual alat muzik.
Walau bagaimanapun, di premis ni juga ada menjual tali gitar jenama Alice, bagus!
_____
Ada apa: Adi Herman pastinya tau premis ni.
Murah Dan Bagus
oleh Ijau D. Koceng 11 April 2015 pada 12:00 PM 3 komen:![]() |
| Siri A506 dengan label yang kult! |
Apa yang menarik mengenai Alice ni, selain murah ia juga mudah didapati (saiz 9-42) di pasaraya biasa dengan harga lebih murah berbanding di premis alatan muzik. Ia juga boleh didapati dalam bentuk satu-persatu (loose/single string), amat berguna sebagai backup.
_____
Ada apa: Masih ada lagi beberapa bungkus tali berjenama dalam stok peribadi.
Takafishmane
oleh Ijau D. Koceng 08 January 2015 pada 8:00 AM 1 comment![]() |
| Perbandingan saiz. |
Disebabkan saiz yang berbeza, lubang kaviti asal terpaksa dibesarkan. Dan dimensi/ukuran cut-out template boleh didapati daripada website Fishman.
Cuma ada gergaji "jigsaw" murahan sahaja untuk potongan kasar, potongan halus dilakukan dengan pisau secara berhati-hati macam buat ukiran kayu (kekangan perkakasan, sedih™).
Pikap piezo Fishman ni namanya Sonicore, agak tebal sedikit berbanding piezo asal. Jadi bridge dan action makin tinggi beberapa nanometer, tapi tak mengapa (parap-parap).
Berkesempatan "mencuri masa" untuk membersihkan fretboard dengan produk-produk Jim Dunlop; 01 Cleaner & Prep, 02 Deep Conditioner dan 65 Polish & Cleaner.
Tali gitar yang digunakan adalah Good Strings (duh~), antara harta rampasan perang daripada Pusat Muzik Reco tempoh hari. Jangan pandang remeh pada jenama ni, ia merupakan adik-beradik jenama Alice, antara jenama tali gitar yang tahan, lembut dan ekonomi.
Onboard tuner pada Presys ni walaupun tidak sesensitif Pitchclip atau Pitchhawk, tapi sekurang-kurangnya lebih bagus daripada tak ada langsung, kan?
Ok, sebenarnya untuk projek ini, hampir semua yang dilakukan merupakan kali pertama, seperti memasang tali gitar akustik, memotong/mengerat tepi badan gitar, memasang preamp/piezo akustik. Dan alhamdulillah syukur, tiada kesilapan berlaku walaupun mengambil masa 3-4 jam untuk siap (amatur).
Malam nanti nak tunggu respon "bakal pembeli yang berpotensi" tu. Pi mai pi mai tang tu, geng-geng MUUV juga, bukannya orang lain...
_____
Ada apa: Credits to Yustech GT blog, as references.
Gig Survival Kit
oleh Ijau D. Koceng 05 November 2012 pada 8:00 AM 6 komen:Kadang-kadang hairan juga bila tengok rakan-rakan lain yang bersahaja pergi jamming (atau gig) dengan hanya membawa gitar, efek, strap dan dua set kabel, tapi lupa bawa benda kecil-kecilan yang penting seperti tuner, bateri tambahan dan pick (contohnya si Korawk, strap pun kadang-kadang lupa hahaha).
Aku dah terbiasa membawa benda-benda ni dari zaman Hepi;) makeshift studio lagi, bukan nak tunjuk hebat, tapi harus bersedia untuk sebarang kemungkinan (macam Doomsday Preppers).
![]() |
| My gig survival kit. |
Dan kesemua barang-barang tadi dibawa dalam sebuah beg kecil seperti gambar di atas (kadang-kadang aku bawa dalam kontena Apple Lady) yang juga menempatkan kabel, strap, dan DI unit ekstra (MO-BA).
Dan kebelakangan ni semenjak MUP makin aktif dalam pergerakan bawah tanah Bintulu ni, aku sarankan ahli-ahli MUP yang lain (dan kugiran Bintulu lain amnya) supaya menyediakan "gig survival kit" persendirian - mandatori mesti ada pick, tuner, bateri dan kabel ekstra (shit happens), yang lain-lain boleh fikirkan sendiri mengikut kepentingan dan keperluan.
_____
Ada apa: Juga ada menyimpan beberapa keping pick dalam wallet.
Antara Tanglewood Dan Alice
oleh Ijau D. Koceng 10 August 2012 pada 10:00 PM 0 commentsMenggantikan tali gitar pada strat-copy aku iaitu Tanglewood TSB-6 (aka Tobi) yang semenjak diperolehi beberapa minggu lepas cepat sangat out-of-tune. Selepas post-mortem didapati masalah berpunca dari pemasangan tali gitar yang cincai (dari kilang atau kedai?), hanya dua lingkaran pada machine-head (tuner).

Kali ni aku menggunakan tali gitar jenama Alice. Tali gitar asal aku tak buang sebab masih baru, ia akan dikitar-semula pada gitar berskala pendek ataupun yang mempunyai locking nut. Eh~ Jangan pandang rendah pada jenama Alice ni, walaupun ia jenama murahan tapi ia antara jenama yang berkualiti dan "mesra" pada hujung jari anda (fretting fingers).
_____
Ada apa: Akan digunakan untuk sessi jamming esok...
Sepetang Di My Music (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 05 June 2012 pada 10:00 PM 7 komen:Singgah sekejap di premis My Music lepas balik kerja, mencari tali gitar yang dijual secara berasingan (individual strings) sebagai "backup" sekiranya tali Gibson Brite Wires yang teruk berkarat (dalam entri lepas) tiba-tiba buat hal.

Di premis ni hanya tali gitar berjenama Alice dijual secara berasingan, aku membeli tiga tali pertama (unwounded strings, GBE), dan juga yang dijual sebagai set (9-42) untuk disimpan dalam stok - bertambah lagi stok tali gitar aku. Dua keping pick *tengkorak tu pula dibeli sebagai koleksi (geng dengan pick tengkorak yang didapati dari Pusat Muzik Reco).
Jangan pandang rendah pada tali gitar jenama Alice ni, walaupun ia dikategorikan jenama murahan, tapi ia merupakan antara tali murahan yang lembut, tegap dan lambat berkarat. Sekurang-kurangnya ia tak berkarat sebelum digunakan, tak seperti tali jenama "mahal" tu...
_____
Ada apa: *Tengkorak merah tu pastinya Diablo II, yang hijau aku tak pasti di mana aku pernah tengok.
Guitar Talk: Strings Story
oleh Ijau D. Koceng 23 July 2010 pada 2:00 PM 3 komen:Hari ni kalau ikutkan aku malas nak buat entri (walaupun dalam draft ada dua entri Maiden Tribute), tapi tiba-tiba pagi tadi dapat idea daripada entri Bro Sub ni. Cerita pasal string dan pick, tapi cerita pick tu rasa-rasanya simpan dululah... Nanti dah tadak idea baru bukak cerita pasal pick (aku pun kumpul pick jugak).

Setakat ni, ini saja string yang aku ada. D'Addario selalu dapat free setiap kali bila beli gitar daripada Dead Eye Guitars (empat gitar = empat paket D'Addario), Dean Markley dan DR pulak complimentary from Bro Sub. Cuma string Alice dan Stagg saja yang aku beli sendiri (string murah hehehe). Dua-tiga daripadanya merupakan kotak/bungkusan kosong sebab string dah pasang, tapi macam best pulak kumpul kotak kosong ni (dah dasar collector, benda macam ni pun boleh dikumpul).
D'Addario - Personal preference, semenjak aku mula berkecimpung dalam dunia kegitaran ni tahun lepas (erk, baru setahun lebih), memang D'Addario saja yang aku guna. Sehingga aku mula-mula belajar pasang string (restring) gitar aku guna string Alice yang murah, sebab kalau salah pasang ke apa ke tadaklah rasa rugi sangat.
So far, gauge .009-.042 was the best gauge for my playing style. Jazz light gauge .012-.052 belum pernah pasang lagi, tapi dalam perancangan nanti nak pasang guna B-standard tuning ala-ala 7-stringer (minus high-E string), antara scale 24.75" dan 25.5" rasa-rasa yang mana satu sesuai dipasang gauge besar ni untuk B-tuning?

Alice string, .009-.042 gauge RM16.00 @ Hollywood Music, KK Plaza
(diskaun jadi RM14.00)

Alice - Setakat ni aku rasa string Alice ni antara string yang murah dan best. Walaupun agak kasar berbanding string mahal, tapi ia boleh dikatakan tahan lama. Aku pasang kat Mephisto aku awal Januari lepas, sampai April masih oke lagi (dengan penjagaan yang rapi).
Berbanding string Stagg (regular .010-.046 gauge, RM15.00 @ Zoso Music Bintulu) yang sekarang aku pasang kat Abominations, baru dua minggu pasang dan bawa jamming sekali dah nampak berkarat, walaupun dengan penjagaan yang rapi, aik? Jadi lepas ni string Stagg memang terkeluar daripada senarai. Nanti nak cuba jenama murah yang lain...

Dean Markley - Ni lagi satu string yang best, aku rasa string ni dah dua kali aku "recycle" (hehehe), mula-mula pasang kat Kelly Kelly, bila nak let-go Kelly Kelly awal bulan ni, aku ganti dengan string D'Addario baru, yang Dean Markley tadi aku pasang kat Dinoscars. Sampai sekarang masih lagi belum menunjukkan apa-apa kesan dimakan usia (selain kesan hentaman pick yang ganas). Yup, you're right Bro Sub, this string was awesome!

DR String - Another complimentary from thE guitaR addicT!, string ni agak istimewa sebab bersalut (coated) warna hijau, yup warna HIJAU! Buat masa ni aku belum lagi pasang string ni kat mana-mana gitar aku, mungkin nanti nak pasang kat Dinoscars bila string Dean Markey tadi dah sampai seru. Sekurang-kurangnya sepadan dengan badan Dinoscars yang jugak berwarna hijau (Ijau D. Koceng signature series hehehe). Dengar-dengar Oriaj pun sekarang dah pakai string DR, betul ke?

Elixir string - Stock string bass untuk Black Ice aku (aku tak tau la berapa harga string Elixir untuk bass, mungkin boleh mencecah RM200 kot?) Aku beli Black Ice aku Krismas tahun lepas, sampai sekarang dah masuk tujuh bulan tak termasuk berapa lama bass ni melepak kat kedai. Sehingga kini string Black Ice aku ni masih lagi berkilat (seperti biasa dengan penjagaan rapi), kecuali ada "bulu-bulu" halus salutan (nanoweb/polyweb) yang terkupas hasil hentaman ganas picking style.
Mungkin nanti bila aku dah cuba beberapa string jenama lain, mungkin aku akan sambung entri ni lagi. Kadang-kadang teringin jugak nak cuba artist-related strings, tapi bukannya dengan string tu aku boleh terer main macam artis yang dimaksudkan, betul tak? (But just for collections).
To be continued...
_____
Ada apa: String apa yang paling panjang?
tHE gUITAR aDDICT! (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 16 April 2010 pada 1:00 AM 9 komen:Isnin lepas (12/4/2010) waktu aku bercuti di kampung, *ehem-ehem* aku SMS bagitau ada bungkusan untuk aku dari Singapore. Singapore? Aku boleh agak siapa pengirimnya... Yup, none other than the addict himself!
Petang semalam (14/4/2010), sampai-sampai je kat Bintulu, aku terus pi opis dulu nak ambik bungkusan ni... Kebetulan jugak ada bungkusan dari UK (berisi CD Iron Maiden Life After Death) kat atas meja cubicle aku, but that was another story...
Setem SGD0.50x3, ni boleh masuk dalam koleksi setem aku ni.
As usual, complimentary from Bro Sub to me for being a follower and regular commentor of his blog. Kali ni aku menerima DR Extra Life Evergreen .009-.042 coated strings dan dua Alice picks 1.0mm (pick besar) dan 2.0mm (pick kecik). Cool green picks, pastinya aku akan simpan pick ni untuk koleksi.
.009-.042 gauge
Ever wonder why it's called coated strings and Evergreen? It's because it was coated in green! Duh!~ Why coated strings? For extra protection of course, against damaging substances such as perspiration, dirt, humidity and 'acid hands'. And since it was coated, why not make it coated in colours? In my case, Bro Sub gave me green colour hehehe... Say my name, say my name...
Rasanya string ni bersalut macam polyweb/nanoweb Elixir strings Black Ice aku kot? Atau berbeza? Since Kelly Kelly aku pun baru restring dengan string Dean Markley (from Bro Sub) beberapa minggu lepas dan Mephisto aku pun baru restring guna string recycle Kelly Kelly, jadi string DR ni aku simpan dulu bersama-sama stok string yang lain. String warna hijau... Mesti gempak kan? Thanks again bro!
For more info on DR strings, checkout their official website here.
_____
Ada ada: Hehehe... Beberapa entri aku pun dah macam style tHE gUITAR aDDICT!
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Baru tahu ada premis Sports Direct Malaysia di Bintang Megamall, Miri. Kalau tak silap lokasi ini dahulunya menempatkan premis Parkson. Dah...
-
Set sarung tangan tinju (gloves) dan pembalut tangan (wraps) tinju ini diperolehi daripada Shinobi Martial Arts Company melalui platform Sh...
-
Ini kali kedua abang long Goldie dipasangkan dengan pikap jenama Seymour Duncan, tahun 2018 pernah dipasangkan dengan set Sentient/Pegasus ...
-
Kesinambungan filem The Super Mario Bros. Movie tiga tahun lepas, sekali lagi anak-anak aku melobi untuk menonton filem sekuelnya The Super...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-



























