Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Boxing Diaries: July 2026


Seperti bulan lepas, bulan Julai ini pun aku kurang mengikuti sessi latihan. Selama 2-3 minggu ini terlibat dengan karnival sukan dalaman di tempat kerja (badminton, ping-pong, bola tampar, dodgeball, street soccer) pada sebelah petang yang membawa penat hingga ke sebelah malam.

Jersi cap 3-singa versi Econsave.

Lain cerita, ada dua lagi pempengaruh tinju yang aku ikuti media sosial mereka iaitu Jetmir Prenga (Miri Boxing) dan Frank Gilfeather. Gilfeather sudah berumur 80 tahun tapi masih fit untuk bertinju, motivasi untuk aku yang masih pertengahan 40an.

Miri Boxing pula banyak memberi tutorial kombo yang senang dan ringkas tapi amat praktikal untuk sessi heavy bag mahupun ketika sparring. Dengan gaya dan pelaksanaan yang amat majestik.

_____
AADI: Bukan merujuk kepada Miri Sarawak.

PJ, Aku Datang Lagi, Versi 2024


Kali terakhir aku menyeberang Laut China Selatan ketika konsert Megadeth Dystopia Kuala Lumpur 2017, ya sudah tujuh tahun aku tidak meninggalkan tanah Borneo.

Selepas anak kedua aku didiagnos memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder dan kelahiran anak ketiga aku pada tahun 2018, memang agak keberatan untuk berjauhan dengan Mrs. Ijau dan anak-anak sama ada untuk urusan kerja mahupun peribadi. Ditambah lagi dengan musim pandemik kemudiannya...

Kali ini ke Petaling Jaya untuk beberapa hari atas urusan kerja, mahu tak mahu aku kena pergi juga kerana berkaitan dengan tugas hakiki. Sebelum-sebelum ini cuba untuk mengelak apa-apa urusan kerja, kursus, konvensyen atau mesyuarat di luar Bintulu (atau Sarawak amnya) disebabkan perenggan kedua tadi. Sekarang anak-anak dah besar, akak yang sulung pun dah 12 tahun minggu lepas, dapatlah tolong maknya jaga adik-adik dan buat kerja rumah.

Kalau cerita pasal PJ pula, kali terakhir menjejak kaki di sini tahun 2013, selepas itu kalau ada latihan atau kursus biasanya akan dihantar ke Melaka.

_____
AADI: Hati masih di Bintulu.

Wordless Wednesday: Old Gloves



_____
AADI: Jumpa dalam stor ofis, tapi sayang tak muat.

Throwback Thursday: 2021 Dan PKP


Jika tahun lepas kita masih lagi agak terpinga-pinga dengan situasi PKP dan SOP pada tiga bulan pertama (Mac-Mei). Tapi bulan berikutnya (Jun) budak-budak sudah kembali bersekolah, bulan Ogos pula sudah tiada permit polis diperlukan untuk perjalanan rentas daerah.

Gambar hiasan - hobi yang tersadai.

Tahun ini walaupun kita sedikit sebanyak lebih berpengetahuan dan berpengalaman berbanding tahun lepas, tapi sepanjang tahun terasa hambar. Aku paling kesian dengan anak-anak, si kakak Lil'Ijau hanya sempat bersekolah fizikal tak sampai sebulan, taska Ijau Jr. pula on-off-on-off tapi yuran masih dibayar penuh.

Mei - Juga beraya dalam keadaan PKP lagi tahun ini, tiada yang menarik selain jimat belanja, hahaha...

Jun - Menerima dos pertama vaksin bulan Jun setelah memohon sejak bulan Februari. Di kampung pula, mak ngah aku antara yang pergi akibat C19 penghujung Jun. Kemudian beberapa ahli keluarga dan sanak saudara aku di kuarantin kendiri di rumah (nasib baik) termasuklah mak dan kakak aku.

Julai - Menerima dos kedua vaksin pertengahan Julai. Penghujung Julai pula Mrs. Ijau menjadi kontak rapat kepada kes positif di tempat kerja dan dikuarantin 14 hari oleh KKM di hotel. Ini tempoh masa paling mencabar tahun ini (walaupun tidak sesedih cabaran tahun lepas) kerana fokus menjadi single parent selain kuarantin kendiri (kontak sekunder/tertier).

September - bila SOP pergerakan agak longgar barulah dapat mengunjungi pusara anak syurgaku selepas lima bulan terhalang daripada rutin bulanan.

Oktober - Bob Kandar pula positif C19, walaupun sekarang sudah sembuh tapi masih semput pasca-C19. Tak lama kemudian Azrol sekeluarga pula antara yang positif C19, tapi mujurlah tidak bergejala dan tidak sakit.

November - Bila sudah boleh merentas daerah tanpa perlu permit polis, kami mengambil peluang balik kampung Mrs. Ijau di Dalat setelah hampir setahun tidak dapat berpeluang sedemikian.

Disember - Bila SOP kemasukan ke Sabah/Sarawak dah longgar sikit, tidak perlu lagi swab-test atau kuarantin, aku terus mengambil peluang ini balik kampung setelah tidak keluar Sarawak sejak 7/6/2019.

Balik secara solo melalui jalan udara, jumpa orang tua walaupun sekejap, pergi Jumaat balik Ahad. Serius, genap dua setengah tahun (30 bulan) aku tak balik Sabah. Harapnya sempadan Brunei akan buka tahun depan, dapatlah kami balik sekeluarga balik melalui jalan darat trans-Borneo aka tour de Brunei.

Harapanku untuk 2022 tiada lagi PKPx diisytihar, kehidupan harian kita beransur pulih walaupun dengan kekangan norma baharu (pelitup muka, perjarakan fizikal, MySejahtera, dll). Imuniti komuniti/kelompok itu benar, harapnya program vaksinasi akan diperluas untuk budak-budak bawah 12 tahun kerana merekapun tidak sabar untuk kembali bersekolah. Insya-Allah...

_____
AADI: Bila kali terakhir anda demam/selesema?

Gig Pertama 2021?


Setelah menjalani beberapa kali sessi jamming dalaman, inilah persembahan pertama kugiran kelab tempat kerja kami (belum ada nama rasmi) bersempena majlis Hi-Tea kelab petang Jumaat lepas. Diterajui oleh Ken, seorang pemuzik muda serba boleh (boleh main keyboard, gitar, bass, drum).

Juga dianggotai oleh Methodman (gitar), Bob Kandar (drummer 1) dan Wilther (drummer 2). Bassist yang diperuntukan sebelum ini berperangai Chipsmore semasa sessi jamming, untuk melancarkan keadaan, aku mengambil alih tugas sebagai bassist. Vokal? Bergilir-gilir antara ahli kelab.

Wilther menjadi perantis sound tech aku dan Bob Kandar untuk mengendalikan PA system, juga merangkap pemain drum kedua. Juga pandai bermain gitar dan bass, tapi masih malu-malu.

Sebenarnya bassist tu bersembunyi di belakang PA system sebab senang nak baca notes/chords. Setlist pun selalu bertukar-tukar mana sempat nak berlatih. Ditambah lagi dengan lagu yang bukan jiwa, kah kah kah...

Selain lima lagu yang telah dipersetujui semasa jamming sebelum ini, ditambah pula dengan beberapa lagu Indo-rock Sheila On 7, Armada, Repvblik dan Wali. Itu belum lagi selera veteran yang tiba-tiba request lagu era mereka; Jeffrydin, A. Halim, A. Ramlie, P. Ramlee.

Bob Kandar yang baru sahaja selesai menjalani fasa pasca-Covid, tidak dapat menggalas posisi pemain drum sepenuhnya kerana cepat semput, paru-paru masih belum kuat. Sebab itu ada dua orang drummer, bergilir-gilir dengan Wilther.

Oh ya, aku menggunakan Tommy dan B1Xon dengan patch yang ringkas (compressor dan amp modeling) terus ke PA system.

Inilah cabaran bermain kugiran mainstream, bukan sahaja dari segi lagu/genre yang bukan jiwa dan setlist yang berubah-ubah, tapi juga cara berkomunikasi antara ahli kugiran yang ternyata berbeza berbanding dengan geng yang "sekepala".

_____
AADI: Dah boleh fokus untuk MUP Facebook live stream.

Musang Otai P-Bass


P-bass "Fender" ini tersadai dalam studio Hepi;) sejak bermulanya sessi jamming dalaman. Katanya bass ini sudah rosak, tiada bunyi...

*Inipun atas inisiatif sendiri (rujuk perenggan akhir) aku membawanya balik untuk diservis. Ketika membelek-beleknya, aku perhatikan banyak benda yang "tak kena" berkaitan bass ini.

Pertama sekali yang paling ketara ialah pemasangan tali bass yang salah, sepatutnya digulung lawan jam bukannya arah jam. Nut juga terpesong ke kiri akibat tekanan string yang dipasang salah tadi. Cara melilit string tu malaslah aku nak cerita.

Tuning machine jenis open gear nampak tegap, dan harapnya dapat menahan talaan. Tiada nombor siri pada belakang headstock mahupun pada neck plate, label "Fender, made in USA" pada headstock tadi memang sudah dikompromi.

Ini improvasi oleh pengguna, melekatkan sticker/sellotape merah sehingga fret kesembilan ala "sharkfins" Jackson. Adakah ia untuk bantuan visual atau kosmetik semata-mata?

Ini buat aku geleng kepala. Siapa yang bijak sangat membuka skru-skru pada saddle bridge ni? Macam mana nak laraskan ketinggian action? Action jadi terlalu rendah dan buzzing sepanjang fretboard.

Skru pickguard pun telah diganti dengan skru yang agak besar, ternyata pickguard bass ini pernah dibuka dan elektronik di dalam pernah "diservis"? Musang Otai Band - mungkinkah ini nama band pemilik asal?

Berapa lama tak pernah cuci bass ni? Biasanya aku akan guna Dunlop Formula No. 65, tapi residu kulit manusia dan kulapuk yang tebal begini hanya berkesan dihilangkan dengan multi-purpose cleaner.

Seperti dijangka bass ini pernah "diservis" sebelum ini. Tanda-tanda pot volume tidak dipasang ketat pada pickguard menyebabkan wayar bergulung dan ada yang sudah terputus.

Aku pasti litar asal dari kilang bukanlah begini, yang "menservis" sebelum ini rasanya tidak merujuk skematik P-bass di internet. Banyak kesalahan yang tak perlu aku ceritakan di sini. Agaknya bagaimanakah bunyi bass ini kalau wayar-wayar tadi tidak putus?

Semua komponen elektronik asal - pikap, potentiometer, kapasitor dan output jack - masih bagus, aku hanya perlu memateri litar baharu. Ilmu yang dipelajari daripada sifu YusTech diaplikasikan di sini.

Saddle juga disendal (shim) dengan kadbod supaya action cukup-cukup rendah/tinggi supaya bass ini dapat dimainkan. Ini merupakan penyelesaian sementera, kelak aku akan suruh tuan punya beli bridge baharu melalui Shopee/Lazada, benda ni tak sampai pun RM50 seset.

Nut digam semula dan tali bass dipasang pada tuning machine seperti yang sepatutnya. Truss rod dilaras, diintonasi dan ditala pada talaan E-standard.

Sekarang bass ini sudah boleh digunakan dengan optimumnya. Dah boleh main bass letup-letup macam Stevenson Steve Harris. Tiada lagi alasan untuk tuan punya tidak dapat main bass semasa jamming dalaman dan selamatlah aku daripada menjadi bassist bidan terjun lagi, hahaha...

_____
AADI: *Sometimes, all you have to do is ask...

Jamming Dalaman


Sambungan entri lepas, untuk sessi jamming pertama ini boleh dikatakan agak berjaya, dengan hanya memfokuskan tiga lagu sahaja untuk mencari keserasian - Biar Bekikis Bulu Betis, Sinu dan Kamelia.

Dan dengan tambahan seorang staff baharu, Ken sebagai pemain keyboard, spektrum muzik terasa lebih luas berbanding hanya gitar, bass dan drum sebelum ini.

Mengambil peluang untuk mencuba prestasi pikap Alnico Classic yang baru dipasang pada Goldie. Cuma patches peribadi yang ada pada Pod HD agak metal (Mesa/ENGL/Soldano modeling) untuk lagu-lagu tadi. Sessi seterusnya mungkin akan cuba buat patches hard rock (Marshall/Vox modeling) atau angkut amp HT-5RH terus.

_____
AADI: Seronok, dah lama tak jamming.

Projek Kolaborasi Kerja 2021


Idea gila-gila daripada Methodman untuk menggabungkan rakan-rakan sekerja yang pandai bermain alat muzik untuk berkolaborasi main muzik suka-suka di studio Hepi;) yang sudah lama suram.

*Pandu uji Woodie dan Tigera.

Perancangannya akan memainkan lagu-lagu cover yang lebih mainstream termasuk lagu-lagu tempatan (Iban) yang trending. Aku sekarang tak kisahpun apa genrenya, asalkan ia berpaksikan gitar (guitar oriented) aku sedia mencuba.

Harapnya kelolaan Methodman kali ini menjadi kerana ada 2-3 orang staff generasi baharu, kalau yang lama tu buang masa saja kalau ajak. Sebab aku pernah ajak mereka lebih 10 tahun lepas (ketika baru berjinak-jinak hobi bergitar), tapi tiada komitmen. Hanya aku dan Bob Kandar sahaja yang serasi dan bertahan sehingga kini.

*Kedua-dua gitar baharu dalam axology aku ini agak cemerlang dalam situasi jamming, maka buat masa ini tak perlu fikir untuk menukar elektronik terutamanya pikap.

Tunggu selepas isu semasa makin reda barulah boleh mengusung "big guns".

_____
AADI: Bekikis bulu betis?

Seminggu Tanpa Entri (Part 3)


Lebih seminggu tanpa entri? Sembilan hari, tak pecah rekod tahun lepas.

COVID-19 itu benar, impaknya memang terasa. Kalau ia tak ganggu kesihatan, ia akan ganggu benda lain contohnya rezeki, mata pencarian sesetengah orang dan untuk kes aku terganggu dari segi masa.

Gambar hiasan - beli online pengganti yang rosak.

Dua minggu lepas Mrs. Ijau antara kontak rapat kes COVID-19 di tempat kerja, dan telah dikuarantin hari berikutnya. Tinggallah aku dan anak-anak - Lil'Ijau (9), Ijau Jr. (6, autistik) dan Arlo (3) - di rumah. Nasib baiklah boss bagi pelepasan untuk bekerja dari rumah (BDR/WFH) sepanjang tempoh Mrs. Ijau dikuarantin. Dapatlah aku fokus kepada penjagaan dan kebajikan anak-anak.

Gambar hiasan - hobi yang tersadai.

Kalau ikutkan kami anak beranak boleh dikira kontak sekunder/tertier. Walaupun tiada arahan, tapi sebagai "orang sains" aku mengambil keputusan untuk kuarantin kendiri di rumah bersama anak-anak sehingga keputusan swap test Mrs. diterima - alhamdulillah negatif. Walau bagaimanapun tempoh kuarantinnya tetap sama.

Gambar hiasan - terapi fretboard, kekal siuman.

Menjadi "single parent" secara berterusan 14 hari memang mencabar kesabaran dan minda. Stress itu biasalah, pernah juga beberapa kali terasa burnout, bukan sebab penat buat kerja rumah, tapi penat menahan marah dek perangai anak-anak. Tapi faktor anak-anak jugalah yang menjadi motivasi untuk terus bertahan...

Hari ini hari yang ke-12 atau 13, akupun dah lupa.

_____
AADI: Endure, in enduring, grow strong.

Antara Ernie Ball, D'Addario, Les Paul Dan Telecaster


Beberapa hari lepas diupah oleh Methodman untuk memasang set tali baharu pada kedua-dua mantan gitar aku iaitu Epiphone Les Paul Nightfall (ex-Nightfall) dan Squier J5 Telecaster (ex-Johnny) secara impromptu di tempatnya. Aku hanya perlu bawa clip-on tuner dan dua set tali gitar dalam stok peribadi.

Nightfall ini dipasangkan dengan Ernie Ball Turbo Slinky (9.5-46). Sambil-sambil itu memberi toturial kaedah memasang tali gitar pada sistem Floyd Rose dan teknik untuk menalanya. Tinggal satu set lagi Turbo Slinky ini dalam stok, perlu dipasang secepat mungkin sebelum ia berkarat dalam simpanan.

J5 pula dipasangkan dengan set D'Addario EXl120+ (9.5-44) dan dalam kesempatan yang ada mengopek lebihan sticker digicamo sebelum ini yang masih melekat di bawah pickguard, bridge dan panel tombol. Sekarang J5 ini kembali seperti penampilan asal.

_____
AADI: Da-dairy-o, ok?

Moody Monday: 2021 Dan PKP


Musim PKP(x) datang lagi tahun ini... Kononnya nak merapu memori ketika musim PKP 2020, tapi ia sudahpun dibuatkan entri FF bulan Disember lepas.

Sarawak pada mulanya hanya menjalani PKPP bersama-sama Perlis, tapi bila ada beberapa bahagian/daerah telah diisytihar menjalani PKP contohnya Sibu (Selangau dan Kanowit), maka mulai Ahad 17/01/2021, seluruh Sarawak diisytihar PKPB kecuali kawasan yang telahpun diisytihar PKP tadi.

Kerja? Masih bekerja seperti biasa, cuma masa bekerja dipendekkan dari 9.00 pagi sehingga 3.30 petang sahaja. Juga diberi opsyen untuk bekerja dari rumah, tapi kerja aku bukanlah jenis yang boleh dibawa balik ke rumah. Nasib baiklah jarak antara rumah dan tempat kerja hanya sekitar 4-5 km.

Tiada lagi peluang untuk berkonsol sebab PS4 sudahpun dijual, kah kah kah... Bila aku mula buka cerita nak beli PS4 lagi (PS5 masih panas, mahal) jika PKP(x) berlarutan, terus melirik mata Mrs. Ijau~

Mungkin kali ini boleh fokus kepada hobi kegitaran, siapkan lagu Hepi;) dan proses rakaman lagu di rumah.

Ditambah lagi dengan pengisytiharan darurat sehingga Ogos, belum tentu ada peluang lagi nak balik Sabah beraya tahun ini. Bersedialah untuk beraya PKP lagi macam tahun lepas.

Bersambung(?)...

_____
AADI: Backdated.

Flashback Friday: 2020 Dan PKP


Bila hampir keseluruhan negeri di Malaysia kembali menjalani PKPB beberapa bulan lepas, dan tak lama kemudian semua sekolah bawah KPM ditutup, terpiculah kembali beberapa memori ketika musim PKP (Mac-Julai 2020).

PlayStation 4 - Musim PKP akan sentiasa diingati sebagai musim berkonsul PS4, hobi bergitar tolak tepi dulu. Inilah aktiviti nocturnal aku ketika PKP. Serius, kalau bukan pasal PKP memang tak tersentuh pun PS4. Selain memainkan tajuk-tajuk yang tak sempat dimainkan sebelum ini iaitu Tomb Raider Definitife Edition dan The Last Of Us, Remastered, juga sempat memesan dua lagi tajuk iaitu Doom 2016 dan Days Gone sebelum kena sindrom gaming fatigue.

Roti dan mentega kacang - ini antara barang makanan yang agak sukar dicari ketika musim PKP. Kami sekeluarga sudah biasa dengan roti jenama Chef (Bintulu tiada Gardenia) kerana roti jenama ini merupakan makanan ruji anak autistik kami Ijau Jr. Siapa ada anak autistik pasti faham dilema dan pola pemakanan mereka.

Semasa PKP kena keluar awal kerana pukul 2.00 petang biasanya kedai roti Chef sudah tutup. Nasib baiklah ada roti JJ Bakery sebagai alternatif kedua.

Imej Lam Soon.

Begitu juga dengan mentega kacang, Ijau Jr. tak nak jenama lain selain Lady's Choice atau Daisy. Itupun mesti yang creamy bukan chunky/crunchy. Daripada bau pun dia dapat tahu kalau kita guna jenama lain. Jadi, jangan cuba-cuba nak buyuk tipu.

WFH - Masuk fasa ketiga, sudah diarahkan untuk hadir ke pejabat, tapi cuma 2-3 hari dalam seminggu selebihnya WFH. Itupun hanya 3-5 jam sehari untuk menyelesaikan tugas-tugas yang tertunggak sebelum PKP. Masuk fasa kelima barulah bekerja lebih lama sedikit. Nasib baiklah rumah kami dekat dengan tempat kerja (~5 km), taklah tersangkut di mana-mana sekatan jalan raya.

Online shopping - Gawat Poslaju dan kurier lain bila rakyat Malaysia mula berbelanja atas talian terutamanya melalui platform Shopee dan Lazada. Pejabat aku berjiran dengan pejabat pos, dapatlah menyaksikan sendiri lambakan barangan yang tak mampu dihantar seperti biasa kerana melebihi kapasiti harian. Jadi, ada barang yang terkandas di pejabat pos sehingga 1-2 bulan.

Raya PKP - Mahu tak mahu PKP telahpun berlarutan sehingga raya. Terimalah hakikat yang raya tahun ini agak istimewa... Raya ala kadar walaupun langsung tidak terasa rayanya. Ceritanya di sini.

PKP merupakan jangka masa yang agak "menarik" yang kita tak pernah terfikirpun akan terjadi dalam hayat kita. Nasib baiklah Malaysia tak sampai tahap perintah berkurung (curfew), itu lagi dahsyat. Punca PKP tu rasanya tak perlulah diulas dalam AADI, cukuplah dengan harapan agar ia tidak akan berulang lagi selepas ini, amin...

Serius, selepas mengamalkan budaya kebersihan diri dan norma baharu, bilakah kali terakhir anda selsema, batuk atau demam?

Terima kasih frontliners, termasuk rider Foodpanda dan GrabFood.

_____
AADI: Selamat Hari Natal.

Wordless Wednesday: Pycnometer



Missing something...

_____
AADI: Entri tak ada idea.

Let-Go: Nightfall


Gitar ketiga dilepaskan tahun ini, Nightfall (Epiphone Les Paul Nightfall) yang telah berpindah milik kepada seorang rakan sekerja. Tak lari ke mana, rakan yang sama membeli ex-Johnny dua tahun lepas.

Katanya ingin mencari sama ada gitar ber-Floyd Rose atau gitar berbentuk Les Paul. Nah, Nightfall ini memenuhi kedua-dua kriteria tadi sekaligus. Sebenarnya dah lama juga dia intai gitar ni...

Dua tahun lebih dalam axology aku (sejak Mei 2018) tapi tak pernah dibawa jamming yang serius mahupun gig dan belum memiliki nilai-nilai nostalgik, sudah pasti aku tidak keberatan untuk melepaskannya.

Yang penting dapat mengurangkan gitar dalam axology aku sejajar dengan proses 2020 purge (kononnya) dan mengimbangi perolehan Shiro yang kaw-kaw bulan lepas.

_____
AADI: Will miss the H4/H4A combo.

Ada Apa Dengan Carbon Masks?


Ok, ini boleh dikira sebagai pembelian impulsif. Kalau ikutkan ceritanya, sebelah siang tak jadi beli topeng muka di Shopee kerana kos penghantaran lebih mahal berbanding harga topeng.


Tapi sebelah malam pula TERbeli Carbon Masks yang agak premium selepas tertarik dengan iklannya di Instagram. Buatan Malaysia dengan pengeposan percuma dihantar menggunakan Ninja Van dan bukannya Poslaju (nasib baik).


Materialnya nampak seperti fabrik seluar dalam (kah kah kah), di dalamnya ada penapis yang katanya boleh bertahan 20 kali penggunaan sebelum ditukar, dan ia boleh dibeli berasingan (strategi pemasaran).


Topengnya pula boleh diguna berkali-kali dan disarankan untuk dicuci sehari sekali atau beberapa hari jika jarang digunakan. Pastikan penapis dikeluarkan dahulu sebelum topeng dicuci. Bagi aku, penapis ini hanya berkesan untuk musim-musim jerebu dan bukan musim-musim PKP ni (kalau faham konsep pemakaian topeng muka).


Dengan pengalaman bekerja aku berbelas tahun yang sentiasa memakai PPE (surgical, N95 & filtered respirator), ternyata topeng jenama Carbon ini agak selesa untuk kegunaan harian tatkala isu semasa masih belum selesai. Ia juga nampak ranggi metropolis.

_____
AADI: Persediaan 01/08/2020?

Hepi;) Makeshift Studio Reloaded (Part 3)


Hepi;) Makeshift Studio sekali lagi kembali beroperasi setelah hiatus hampir tiga tahun. Dan kali ini perkataan "makeshift" sudah boleh dibuang kerana telah memperolehi sebuah lokasi kekal (permanent) iaitu sebuah bilik yang sudahpun tersedia dengan dinding berpad.


Cuma perlu sedikit kerja untuk mengemas bilik ini yang berbau busuk kerana telah lama dijadikan stor, aircon perlu diservis, dan barangan yang masih ada perlu dipindah, dikemas, disusun semula atau dibuang.


Barangan studio mula dibawa masuk secara berperingkat sejak minggu lepas, terutama drumset dan PA system kepunyaan Bob Kandar. Sessi kali ini hanyalah sessi percubaan, kerana studio belum disetup sepenuhnya.


Hanya tiga orang sahaja terlibat kali ini (sosial distancing?); aku, Bob Kandar dan seorang rakan sekerja (dalam AADI akan dikenali sebagai Methodman) yang memiliki gitar Squier J5 Telecaster (ex-Johnny) aku yang dilepaskan beberapa tahun lepas. Menggunakan amp LX65R aku tanpa sebarang efek. Amp ini akan ditinggalkan di studio ini sahaja, kalau di rumah pun bukannya dapat guna seoptimumnya.


Aku pula mengambil peluang untuk mencuba Pod HD sikacang hitam ini disambung terus ke mixer. Sejak diperolehi beberapa bulan lepas baru ada peluang untuk dipandu-uji secara optimum. Sessi akan datang mungkin akan mencuba Fly Rig PL1 pula, atau bawa HT-5RH terus?


Juga memandu-uji Mr. Smith, selain tidak pernah dibawa jamming sejak diperolehi tahun lepas. Ia juga merupakan satu-satunya gitar aku dalam talaan E-standard ketika ini. Seperti dijangka, bunyi pikap humbucker agak tidak menepati citarasaku (X2N menanti), berbeza pula dengan kedua-dua bunyi pikap singlecoil yang agak ohsem.


Post-mortem
  1. Bilik ini kekurangan soket elektrik, hanya ada dua point berbanding kelengkapan yang bakal digunakan - PA system, power amp, amp gitar, multi-effects.
  2. Dengan bau yang kurang menyenangkan, berada di dalamnya untuk jangka masa yang lama amat meloyakan. Nasib baiklah aircon masih sejuk, tetapi tetap perlu diservis.
  3. Ia studio jenis peribadi, dan bukannya untuk komersil/sewaan.
Hujung minggu ini mungkin akan bergotong-royong membersihkannya sebelum ada sessi lagi...

_____
AADI: Buat masa ini lokasinya masih dirahsiakan, hahaha...

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger