Selamat Tinggal GKC
-
Selepas 16 tahun bersiaran (01/07/2010), blog Grune Katze Corner ini sudah
tidak relevan lagi sebagai medium untuk "garage sale" mengiklankan barangan
pe...
Hari ini katanya ulang tahun ke-30 album studio keenam Metallica - Load. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku mula meminati Metallica ketika perantaraan album Black dan Load.
"Selepas muak dengan muzik alternative dan grunge sekitar 1996 aku mula mencuba dengar muzik Metallica bermula dengan album Load. Ya, ketika itu album Load masih panas lagi, lagu Until it Sleeps selalu keluar carta RIM di TV. Tahun yang sama juga aku layan album Black yang kasetnya dipinjam daripada Awg Raem (drummer Manggas) dan menjadi peneman aku sepanjang musim SPM."
"Kes tak ada idea, bolehlah dijadikan entri hari ini. Kaset ori tak pernah beli, yang ada waktu itu (1996) cuma kaset dubbing daripada CD milik Cimca (abang Takilala) itupun tak semua lagu, cuma 4-5 lagu sahaja sempat dubbing. Versi CD pula dibeli dua kali, 2009 dan 2013.
Boleh dikatakan album bertahap soundtrack of my life kerana mengingatkan aku tahun menduduki SPM. Dengar kaset dubbing tadi dengan kaset album Black sambil ulangkaji pelajaran..."
Mendengar kembali lagu-lagu dalam album ini 30 tahun kemudian memang berbeza. Kalau sebelum ini hanya Ain't My Bitch, Until It Sleeps, King Nothing, Hero Of The Day dan ballad Mama Said sahaja yang meninggalkan kesan.
Tetapi kini Bleeding Me, Cure, Wasting My Hate, Thorn Within dan The Outlaw Torn juga tidak kurang impaknya bila dihayati kembali lirik-liriknya. Walaupun ia bukanlah album kegemaran ramai, tapi yang pasti album ini berstatus soundtrack of my life kerana ia mengingatkan aku pada satu garis masa yang bermakna dalam hidupku, era SPM (dan main kereta 4WD Tamiya).
Sudah lama aku memesan buku Messengers: The Guitars Of James Hetfield ini melalui Amazon, sebelum raya lagi ketika masih lagi melanggan Amazon Prime (free 30-day trial). Dalam tempoh langganan antara faedahnya ialah dapat pengeposan percuma untuk pembelian barangan Amazon melebihi US$49.
Dipesan pada 14/03/2026 mengambil masa sebulan untuk "diluluskan", dihantar pada 18/04/2026 dan seminggu lagi untuk sampai ke Bintulu menggunakan DHL Express. Dengan situasi geopolitik semasa, aku agak risau jika ia "hilang" dalam transit, macam kes CD Dominion eBay ketika musim pandemik dulu (itulah kali terakhir aku ber-eBay).
Tapi bila tengok data tracking, pakej ini ke Asia Tenggara menggunakan laluan Pasifik transit di Hawaii - Kentucky, Ohio, Honolulu, Singapore, KL, Kuching dan akhirnya Bintulu. Diperoleh dengan harga US$51.60 (~RM228.30) berbanding dalam katalog Kinokuniya Malaysia yang harganya di luar kemampuan (mampu sebenarnya, tapi tak berbaloi pada harga tersebut).
Terkejut kerana diterima dalam keadaan "bogel" begini dalam kotak Amazon tanpa sebarang balutan kertas atau plastik tambahan. Adakah ia memang begini dari Kentucky atau sudah digeledah oleh pihak kastam dan/atau KDN? Kerana di luar kotak ada selotape kuning DHL berlabel "repackaged".
Aku rasa buku ini terpakai (used) kerana ada sedikit kerosakan koyak pada luaran dan dalaman. Mungkin sebab itu harganya sedikit "murah" kot? Tapi tak mengapa, asalkan lembaran muka suratnya langsung tidak terganggu.
Sebagai peminat Metallica, James Hetfield dan gitar elektrik secara amnya, buku ini dikira sebagai kamus atau ensiklopedia koleksi Hetfield. Selain koleksi pelbagai model yang kebanyakkannya Gibson dan ESP, ia juga menceritakan segala modifikasi dan kerosakan yang pernah ada pada gitar tersebut dihiasi dengan gambar-gambar daripada arkib Metallica.
Tak perlulah aku ulas secara terperinci pasal buku ini. Aku hanya akan merapu pasal beberapa gitar Hetfield yang ikonik bagiku semenjak mula meminati Metallica ketika perantaraan era album Black dan Load.
1) ESP Elk Skull - Cunning Stunts antara persembahan live Metallica yang selalu aku layan penghujung 90an dulu (versi VCD-JS). Elk Skull ini gitar yang majoriti digunakan ketika konsert tersebut selain Kenneth Lawrence di bawah.
2) Kenneth Lawrence Hunter - satu lagi gitar "Explorer" ikonik Hetfield yang biasa digunakan untuk lagu-lagu ballad atau yang ada clean picking/strumming. Dikenali juga ketika era Cunning Stunts dan S&M.
3) ESP White Iron Cross - Dah ada satu dalam axology aku tapi hanya mampu versi LTD sahaja. Sehingga kini (setahun kemudian) hanya beberapa kali sahaja ia keluar dari hardcase.
4) New Electra - Hetfield mencari beberapa buah Electra 1980an buatan Jepun untuk direplikasikan menjadi seperti Elektra pertama Hetfield (OGV). Dan inilah yang menjadi gitar utama Hetfield untuk konsert-konsert 72 Seasons terkini. OGV sudah dipencenkan, hanya untuk kegunaan di studio atau HQ Metallica sahaja.
Ok, tak lupa letak gambar Abang Mus dan McGovney.
Hetfield amat sinonim dengan tiga bentuk gitar - Flying V, Explorer dan Les Paul. Tapi paling ikonik ialah Explorer ditambah dengan silhouette kangkang, pasti akan dapat itu ialah James Hetfield. Aku pernah ada Explorer (ex-Korina), tapi bagi aku bentuk V lebih selesa digalas semasa persembahan pentas.
Memori MUP pra-pandemik.
Apa impak Hetfield kepada kehidupan bergitar aku? Pastinya vokal sambil main gitar. Walaupun MUP banyak memainkan lagu-lagu Iron Maiden berbanding Metallica, tapi aku lebih "selesa" menggalas gitar sambil vokal. Bak kata Hetfield dalam buku ini, gitar itu seumpama perisai melindungi dirinya, untuk "bersembunyi" daripada berhadapan terus dengan penonton.
Seperti Seymour Duncan (pickup company, not the person), EMG juga katanya menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini, juga aku tak pasti bilakah tarikh sebenarnya. Katanya nama asal kompeni ni ialah Dirtywork Studios kemudian jadi Overlend, tahun 1983 barulah jadi "Electro-Magnet Generator", EMG.
Sebagai player, ada tiga gitar dalam axology aku yang menggunakan pikap EMG. Pertama, ESP Eclipse-II (Shiro) yang memang didatangkan dengan set 81/60. Tidak dinafikan set 81/60 merupakan standard untuk heavy metal sejak 80an sehinggalah takhtanya digoncang oleh Fishman Fluence sekitar 2010an.
Kedua, Epiphone Les Paul Custom Plus Top (Tigera) yang kini bernadi set H1N/ALX, kononnya tribute untuk Alexi Laiho. Tapi atas sebab-sebab tertentu, set ini akan dikeluarkan dan dipasangkan semula pikap asal Epiphone Alnico Classic.
Ketiga, LTD Iron Cross James Hetfield signature (Iron Cross) yang pastinya didatangkan dengan set JH "Het-Set" James Hetfield signature.
Pada pendapat aku inovasi paling gempak EMG ialah sistem pemasangan tanpa paterinya (solderless install system) yang amat menyenangkan kerja-kerja pemasangan pikap. Tapi kedua-dua Shiro dan Iron Cross didatangkan dengan versi hardwired (berpateri).
Hari ini katanya ulang tahun ke-40 album Master Of Puppets, *album terunggul sepanjang zaman (GOAT) Metallica. Telahpun dibuatkan entri ketika ulang tahun ke-35 album tersebut, juga boleh kembali ke entri versi 2009, versi 2014 dan entri 40th Metallica.
*Secara peribadi, ada lima album GOAT Metallica pilihanku - MOP, Black, Load, Garage Inc. dan S&M. Bukan setakat bab muzik, juga nilai nostalgik di sebalik album-album tersebut yang pasti akan mengingatkan titik-titik berbeza dalam garis masa kehidupanku.
Aku boleh dengar kelima-lima album ini tanpa skip, dan setiap lagu pasti akan mengimbau kenangan seperti membuka kembali sebuah kapsul masa.
_____ AADI: Lirik Disposable Heroes masih lagi relevan seperti isu semasa.
Tahun ini katanya jenama sub-ESP iaitu LTD (Living The Dreams?) menyambut ulang tahunnya yang ke-30.
"Founded in 1996, the LTD brand helps bring the quality and prestige of ESP to a more affordable price in order to accommodate all players. A wide range of LTD models are made to cover everyone from beginning players to serious working musicians. With numerous different model families to choose from, we are sure there is an LTD guitar perfect for you."
Seperti entri ulang tahun ke-50 ESP tahun lepas, sebagai seorang peminat ESP dan LTD amnya, dapat juga idea untuk entri blog cerita pasal gitar LTD.
"Malangnya" mutakhir ini aku hanya ada satu sahaja gitar LTD dalam axology iaitu *Iron Cross James Hetfield signature (Iron Cross). Kalau bukan kerana harga promosi raya Music Bliss tahun lepas, mungkin aku tak akan menarik picu untuk gitar ini. Belum pernah lagi dibawa jamming mahupun gig, jadi belum diketahui lagi prestasi dan "mojo"nya.
Tapi kalau dalam keluarga ESP, ada dua buah gitar lagi iaitu ESP Eclipse-II (Shiro) yang dah menguning dengan cemerlang (vintage white) dan GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Horizon) - dua ni tak perlulah diceritakan sebab bukan LTD.
Sebelum ini aku pernah memiliki beberapa buah gitar (dan bass) LTD, berikut model-model yang pernah dimiliki:
1) EC-257 (ex-Sven) diperolehi penghujung 2019, gitar bertali tujuh pertamaku. Dilepaskan 2024 kepada seorang rakan sepergitaran veteran di Bintulu sebagai koleksinya.
2) EC-1000VB (ex-Deluxe) diperolehi awal 2020 dalam keadaan terpakai tanpa elektronik. Pernah dibawa gig sekali sahaja iaitu ketika penghujung 2020. Dilepaskan kepada Azrol pertengahan 2022 dan kini menjadi antara gitar utamanya bernadi yang Seymour Duncan Blackouts.
3) M-50FR (ex-Neon) self-proclaim IDK Sig Mark V. Pernah tiga kali beraksi di atas pentas (Gig Terjun Part III Jepak 2017, Sarawak Rock'n Mob 2018, Bintulu Bike Week 2018). Hampir-hampir memiliki nilai nostalgik, tetapi dilepaskan jua kepada seorang rakan yang amat memerlukan superstrat 24-fret pada penghujung 2019.
4) M-103FM (ex-Mirage), LTD pertama dan paling lama dimiliki sejak 2011. Berkali-kali mengalami proses modifikasi hinggalah ia bertukar tangan kepada Azrol tahun 2019. Kini juga menjadi antara gitar utamanya yang sering dibawanya untuk gig bersama Larrong.
5) F-54 (ex-Silver Wings) satu-satunya bass LTD yang pernah dimiliki, ia diperolehi ketika aku memerlukan bass awal 2013. Tak sampai setahun dalam axology tapi pernah dibawa gig sekali semasa YOLO 2013, dilepaskan kepada seorang rakan di kampung.
6) EC-256 (ex-Dark Moon) model Eclipse pertama dimiliki sekitar awal 2015. Ia tidak bertahan lama, hanya 4-5 bulan dalam axology kemudian dilepaskan kepada si Korawk.
Gitar-gitar LTD ini ada feel dan mojo tersendiri, lain origin lain feel - Korea, Indonesia, Vietnam, China - jenis hit and miss, kadang-kadang bernasib baik dapat yang "sedap" digunakan walaupun hanyalah model bawahan/murahan. Dalam keenam-enam model yang pernah dimiliki ini, aku rasa EC-1000VB dan M-50FR antara yang "sedap" digunakan. Nasib baiklah kedua-duanya belum ada nilai nostalgik, jadi taklah rasa menyesal dilepaskan.
_____ AADI: *Hampir-hampir menarik picu untuk BK-600.
Pancingan bersempena promosi Rock & Raya Music Bliss yang sukar ditepis, sebuah gitar LTD Iron Cross James Hetfield signature. Bukan selalu dapat gitar Papa Het pada harga yang dikira agak *mampu milik. Ditambah penghantaran percuma menggunakan East Link Freight yang mengambil masa sehari untuk sampai ke Bintulu.
Sudah lama teringin untuk memiliki gitar LTD signature James Hetfield (kalau versi ESP memang tak mampulah) sejak dari zaman Truckster lagi. Tapi Truckster jenis relic'd, aku tak suka gitar relic'd, sehinggalah ada model Snakebyte, Iron Cross dan Vulture.
Snakebyte tidak ditawarkan dalam promosi, Vulture pula menurut info juru jual Music Bliss tidak didatangkan dengan hardcase, maka ironinya model Iron Cross ini dipilih. Lagipun model ini sudah lebih 10 tahun dalam pasaran (rilisan 2014), dan berkebarangkalian besar mungkin ESP akan menggantikannya dengan model JH-Eclipse lain tak lama lagi.
Kalau tak silap model Iron Cross putih ini bersempena konsert Freeze 'Em All di Antartica 2013 dulu. Diinspirasikan daripada Iron Cross lama (distressed black) yang asalnya ditiru daripada estatika Uncle Milty UM73 (Gibson 73 Les Paul Custom). Spesifikasi lain tak perlulah aku ceritakan, boleh rujuk website ESP.
Produk kilang World Musical Instrument Co. Ltd. Korea bernombor siri W23050451 iaitu keluaran ke-451 bulan Mei 2023. Kalau gitar signature LTD kualiti pertukangannya memang setaraf Deluxe 1000-series. Didatangkan sekali dengan hardcase ESP yang khas untuk bentuk Eclipse, membuatkannya lebih berbaloi-baloi per harga.
Secara harfiahnya ia sebuah Eclipse dengan pickguard, aku memang sucker untuk bentuk Eclipse. Dengan berat sekitar 3.6 kg tak jauh beza daripada Shiro (ESP Eclipse-II) sekitar 3.5 kg. Radius fretboard yang agak rata 350 mm (~13.78") berbanding 305 mm (~12") pada Eclipse biasa.
Yang janggal hanyalah kedudukan suis toggle di bawah ikut spesifikasi Hetfield dan bukannya di atas (dummy) seperti kebiasaan Les Paul dan Eclipse.
Bernadi pikap EMG JH HET Set antara set pikap idaman sejak ia diperkenalkan. Serius, pikap ini agak berbeza berbanding EMG 81/60, ia hanya akan "garang" selepas tombol volume dipulas melebihi 7. Aku tak pasti adakah ia dipengaruhi oleh potentiometer atau memang spesifikasi pikap ini.
Didatangkan dengan set tali D'Addario (10-46?) dan telah sedia dengan setup Eb-standard yang agak memuaskan, action yang agak rendah, dan neck yang lurus. Aku hanya perlu touch-up sedikit talaan dan laras ketinggian pikap sahaja.
Isi perutnya adalah jenis hardwired to self-destruct, berpateri dan bukannya sistem easy-connect EMG aftermarket yang diguna dalam versi ESP (contoh dalam video ini). Yang ini akan dibiarkan seadanya selagi gitar ini berstatus gitar koleksi.
Kecuali jika datang gatal tangan main pateri, mungkin aku akan pindahkan suis ke atas dan jadikan konfigurasi tombol 2V2T seperti Les Paul. Kaviti suis atas ini ada routing untuk wayar ke bahagian kaviti potentiometer tadi, standard routing Eclipse/EC-series.
Terlalu banyak ciri-ciri Hetfield pada gitar ini; 1) initial "JH" pada headstock, 2) perkataan "Iron Cross" pada penutup truss rod, 3) Iron Cross flag pada fret ke-12, 4) EMG HET Set, 5) konfigurasi suis, 6) racing stripes, 7) emblem Iron Cross besar, 8) dan tak lupa ada nama lagu Metallica di bahagian belakang bertulis "Battery" (lawak Andertons).
*Dengan promosi tadi ia berdiskaun ~37% daripada harga asal katanya sehingga 30 April sahaja. Tapi sehingga entri ini dipos, masih lagi harga promosi. Kalau harga asal memang aku tak pandanglah, kerana aku agak skeptikal dengan gitar-gitar berharga melebihi RM5k untuk tahap kasta aku. Namun begitu, ia menurunkan takhta Shiro (sebuah ESP terpakai) sebagai gitar aku paling premium setakat ini.
Beza hardcase batch Iron Cross (kiri) dan ESP Eclipse (kanan). Sekarang memang susah nak cari gitar yang datang sekali dengan hardcase pada harga bawah RM5k. Nickname? Tak perlu nickname, biarlah IRON CROSS sahaja. Bila nak beraksi? Oh, ini gitar koleksi, hanya mainan syok sendiri di rumah sahaja. Lagi rela membawa Shiro keluar.
_____ AADI: Mungkin akan "pinjam" HET Set dan pasang pada Shiro.
Tahun ini katanya ESP menyambut ulang tahun ke-50. Rapuan AADI telahpun diceritakan dalam entri ulang tahun ke-45 lima tahun lepas.
"Walaupun mengenali Metallica sejak 90an, tapi aku hanya menyedari kewujudan jenama gitar ESP ini melalui Thomas Youngblood dan Glenn Barry dalam DVD Kamelot One Cold Winter's Night ketika mula-mula terjerumus dalam hobi kegitaran sedekad yang lepas. Semenjak itu, model ESP Horizon (leaf/tongue headstock) dan Eclipse merupakan gitar final fantasy."
Kini kedua-dua model final fantasy Horizon dan Eclipse sudahpun ada dalam axology. Walaupun Horizon itu hanyalah versi GrassRoots bukan ESP, tapi yang penting headstock bentuk daun/lidah.
Pernah jugalah menyasarkan sebuah lagi LTD hi-end Deluxe 1000-series atau Black Metal series, tapi ketika itu terlalu banyak komitmen. Juga hampir-hampir menarik picu untuk sebuah Snapper hijau versi Edwards E-SN-145FR terpakai penghujung tahun lepas.
Bersempena ulang tahun ke-50 ESP ini, menambah satu lagi keluarga ESP dalam axology aku. Tak alang-alang, biarlah model ikonik terus walaupun hanya sebuah LTD.
Selepas hampir dua tahun dirilis, barulah tertarik picu untuk mendapatkan album studio ke-11 Metallica ini. Itupun selepas terjumpa CD audio ini dijual agak murah sedikit di platform Shopee. Diperolehi semata-mata sebagai pelengkap diskografi album studio Metallica.
Keterujaan aku ketika album ini dirilis tidaklah sehangat ketika menanti album Hardwired... To Self-Destruct sembilan tahun lepas. Tapi seperti HTSD, lagu-lagu dalam album ini juga banyak yang telah dirilis dalam YouTube sebelum tarikh rasmi rilisan. Mungkin ia taktik pemasaran terkini, banyak view, banyak masyuk.
Walaupun ada opsyen mendengar album kuning ini melalui platform online secara sah, contohnya Spotify dan YouTube, tapi aku rasa aku hanya pernah mendengar album ini secara keseluruhan mungkin hanya 2-3 putar sejak ia dirilis.
Harga runcit CD audio yang kini agak keras antara faktor aku tidak terburu-buru mendapatkannya, kalau tak memang aku dah beli di Victoria tahun lepas. Bukan setakat album Metallica sahaja, hampir semua band yang aku follow kebelakangan ini menerima tempias yang sama. Tiada lagi rasa FOMO, mungkin tanda-tanda untuk berhenti hobi sebegini kot?
"satu lagi kebelakangan ini seperti sudah tiada kehangatan untuk mendapatkan album-album terkini artis/band yang suatu ketika dahulu memang follow berabis
banyak dah aku ketinggalan bas - Metallica, Megadeth, Nightwish, Kamelot, Blind Guardian, HammerFall - ni semua band yang paling top dalam koleksi aku, tapi aku belum ada album terkini mereka, ada yang dah pun rilis dua album"
Kadang-kadang aku terasa sedih bila aku tengok potret ini. Kalau tidak mengenali Metallica pastinya ia hanyalah sebuah potret generik orang tua. Tapi pada peminat metal umumnya, inilah potret seorang ikon. Nampaknya semua hero-hero metal kita sudah masuk fasa senja, namun aku respek kerana mereka masih aktif dan bertenaga untuk menghasilkan album apatah lagi konsert jelajah dunia.
Hahaha... Tak ada pula ulasan lagu-lagu dalam album ni. Tak mengapa, ini Metallica, mereka metal, walaupun tak berapa menyengat seperti album-album *terdahulu (pada pendapat aku), metal mereka masih lagi relevan selepas 40 tahun menjuangkan metal.
Juga tahniah kepada Metallica kerana berjaya menjadikan warna kuning begitu metal sekali.
Ini sebenarnya entri yang dibuat bersempena ulang tahun ke-20 album ini (2019) tapi terperap beberapa tahun dalam bentuk draft. Dikorek dan diolah semula untuk entri ulang tahunnya yang ke-25, esok (23/11/2024).
Pernah memiliki album ini beberapa kali dalam pelbagai format - VCD (versi JS, 1999/2000), audio CD dan DVD (Speedy Video, 2010 dan 2013).
Bagi aku, lagu yang sinonim dengan S&M ialah lagu No Leaf Clover, radio Hitz FM hampir tiap-tiap hari pasang lagu ni (ketika itu). Lagu yang otomatik mengimbau era awal tahun 2000 di Penang ketika bergelut dengan pelbagai masalah - pelajaran, kewangan, percintaan, tempat tinggal, dll.
"Dilayan sehingga awal 2000, akan mengingatkan aku pada dan musim aku ambil lesen motosikal dan layan VCD filem-filem koboi Clint Eastwood, seterusnya dapat tahu lagu runut Ecstasy Of Gold adalah daripada filem The Good, The Bad And The Ugly yang selalu menjadi intro konsert Metallica."
Satu daripada album lagu-lagu "cover" yang bertaraf soundtrack of my life (selain Masterpieces HammerFall), album Garage Inc. Metallica sudahpun berusia 25 tahun Jumaat lepas (rilisan 24/11/1998).
"lagu febret? ofkos byk lagu2 cover dlm album ni best2, tp aku rasa aku suka medley mercyful fate (aku dgr lagu ni sblm aku kenal/minat king diamond & mercyful fate), astronomy, whiskey in the jar (aku ada byk dgr versi lagu ni, versi irish drinking song best... yg metallica cover ni versi thin lizzy yg dimetalkan), stone cold crazy, blitzkrieg, so what, dan lagu2 motorhead (sama jugak, dgr lagu2 ni sblm aku kenal/minat motorhead)
versi kaset aku dah ada, aku beli somewhere in 1999 kat berjaya video, sg. dua penang. album ni kira byk memori... time tgh jiwang2 dgn junior usm hehehe, sama kes mcm album there is nothing left to loose"
Versi kaset dibeli pada 13/06/1999 manakala CDnya di-eBay dua kali - 2009 dan 2013 sebagai pelengkap koleksi. Memorinya seperti mana perenggan di atas yang dipetik daripada entri 2009 dengan gaya penulisan blog yang berbeza ketika itu.
Beberapa hari lepas katanya album studio kesembilan Metallica ini menyambut ulang tahunnya yang ke-15. Eh? Macam baru saja rilis rasanya...
Pernah memiliki versi CD dua kali, versi Malaysia Edition diperolehi daripada Speedy Video (2008) yang kemudiannya dilelong bersama-sama diskografi Metallica lain pasca Projek Mega 2011 dan versi super jewel case pancingan eBay (2013).
Album yang mengembalikan harapan aku pada Metallica selepas St. Anger yang bikin aku anger lima tahun sebelumnya. Dan era yang mana aku mula aware dan follow setiap axology Hetfield dan Hammett selepas menceburi hobi kegitaran pada 2009.
"Banyak lagu-lagu best dalam album ni, Metallica seolah-olah akur dengan permintaan peminat yang nak good'ol Metallica selepas menerima kritikan yang hebat melalui album St. Anger yang membuatkan peminat-peminat Metallica naik anger! (aku pun menyampah dengar snare drum tong-tong-tong Ulrich). Ternyata dalam album kali ni Metallica menggunakan formula-formula lama seperti dalam album-album 80'an mereka."
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?