Showing posts with label stagg. Show all posts
Showing posts with label stagg. Show all posts

UPC-535: Size Doesn't Really Matter


Seperti yang aku ceritakan dalam entri lepas, benda ni dipesan sebelum cuti raya dan sepatutnya tiba seminggu (atau dua) selepas raya, tapi entah di mana silapnya boleh pula terlajak laris lepas sebulan baru sampai.


Pedal case Stagg model UPC-535 medium, dengan ukuran dimensi 535 x 320 x 83 mm. Sebelum ini aku pernah ada UPC-424 dan UPC-688, tapi kedua-duanya telah dijual kepada rakan yang lebih memerlukannya (ketika itu).


Juga dibekalkan dengan selembar velcro berjenama 3M, susah nak cari velcro 3M di tempat aku. Biasanya velcro 3M ni aku simpan, dan gunakan velcro cap ayam untuk dilekat pada pedal.


Pada mulanya pedal case ni akan dijadikan (1) platform untuk gigrig #2 ataupun (2) kotak logistik untuk barangan live audio (kabel, DI, mixer, dll) bersama Hepi Sound And Entertainment. Tapi tak sangka pula Pod HD300 boleh masuk cukup-cukup muat dalam pedal case ni, secara tak langsung menjadi fungsi ketiga pedal case ni.

Pedal-pedal yang bakal disumbat dalam pedal case ni sebagai gigrig #2 pun belum lagi dipilih, mungkin pedal geng-geng Joyo kot? Harap-harap nanti taklah melarat dan berserabut macam Pedaltrain rakan ni...

_____
Ada apa: Hero Jackhammer atau Satchurator?

Music Master Boxes


Pagi semalam menerima dua buah kotak dihantar melalui pos lambat parcel, beralamat daripada Music Master Studio. Credits to Gapnap the Gapster.


Bungkusan sebelah kanan tu dah nampak label dan logo, tidak syak lagi ia berisi barangan Vox. Dipesan minggu lepas bersama-sama Zoom G5 soft case, tetapi disebabkan saiz dan beratnya, ia dihantar melalui pos parcel untuk opsyen yang lebih ekonomik


Bungkusan yang kedua pula berisi pedalcase Stagg UPC-535. Cerita di sebalik bungkusan kedua ni agak sedikit menyakitkan hati. Barang dipesan sebelum cuti raya (dana hasil jualan L-500XL) dan dipos oleh Gapnap pada 24/7/2014, tapi baru sekarang diterima selepas lebih sebulan menunggu (cuti raya kot).

Dalam kotak ada kotak, sama seperti VT40+.
Seperti label yang tertera pada kotak, ia berisi speaker cabinet (cab) V110NT, cab yang dicipta khas untuk digandingkan dengan amp Lil' Night Train. Tapi dalam kes aku ni, ia akan menjadi pasangan kepada Micro Terror yang belum ada cab yang sesuai untuk kegunaan domestik dalam rumah. Cerita selanjutnya akan disambung dalam entri lain (jika rajin).

Sebenarnya gambar dalam entri semalam hanyalah imej daripada kotak.

_____
Ada apa: Vox lagi...

UPC-688: Size Matters!


Perbandingan saiz antara Pod HD300 dan pedalcase Stagg UPC-688 yang diperolehi dari Music Master Studio beberapa minggu lepas.


Dengan dimensi dalaman 688 x 296 x 83 mm, ia cukup besar untuk menampung Vox ToneLab SE mahupun Zoom G9.2tt.

_____
Ada apa: Ada 1/3 lagi ruang kosong, nak isi apa?

Sepetang Di Music Master Studio (Part 2)


Jumaat (1/2/2013) - Semenjak hari Isnin lagi aku dah rancang nak pergi ke Music Master Studio (MMS) di SS2, tapi baru hari ni ada peluang dan mood nak pergi. Balik dari kursus terus ke stesen PUTRA Taman Jaya menuju stesen Taman Bahagia.


Turun dari stesen PUTRA Taman Bahagia, kemudian menapak lebih kurang 10-15 minit melalui kawasan perumahan untuk sampai ke MMS, berpeluh juga dibuatnya.

Dah hampir dua tahun aku tak datang ke sini, kali terakhir (dan pertama) aku datang penghujung bulan April 2011. Banyak perubahan, nampak lebih luas sebab banyak barang-barang telah dipindahkan ke MMS Cheras.

Dengan kebenaran tauke Clement (aka gapnap), ada banyak gambar aku snap (guna k618i yang klasik) tapi aku hanya letak gambar-gambar yang menarik sahaja.

Tanglewood TSB58, a good Les Paul copy.
Anda minat dengan bentuk singlecut (Les Paul) tapi tak mampu nak beli Epiphone? Well, Tanglewood TSB58 was the closest thing you can get, dengan harga 2/3 hingga 1/2 daripada harga Epiphone.

Spear RF-150M strat copies - good craftsmanship with glossy maple fretboards.
Strat copy Spear ni juga menarik perhatian. Walaupun harganya sekitar RM5xx tapi pertukangannya pada tahap RM15xx, serius! Aku pernah teringin untuk memiliki strat copy Spear ni dulu (dalam entri ni). Cuma aku tak suka headstock yang agak "cangkuk", sebab itu aku memilih Tanglewood TSB6 (aka Tobi).


Antara gitar terpakai yang sempat dicuba ialah Ibanez RGRT47DX (kiri sekali). Antara RG yang mempunyai ciri-ciri kegemaranku - Edge Pro bridge, sharktooth inlays, reversed headstock, neck-thru. Cuma fretboard yang "full scalloped" membuatkannya agak janggal dimainkan bagi mereka yang dah biasa dengan fretboard rata.

MIJ and MIA Fender Stratocasters.
The Gibbies
Sebenarnya aku ni seorang yang penyegan dan pemalu, sebab itu walaupun diberi peluang oleh gapnap untuk mencuba apa sahaja gitar yang ada di dalam premis MMS ni, tapi aku hanya mencuba dua buah gitar iaitu RGRT47DX tadi dan Les Paul Classic, bukan Epiphone tapi Gibson hehehe...

Akhirnya, dapat juga aku merasa main gitar Gibson. Sebelum ini gitar yang paling premium pernah aku main hanyalah Jackson RR24.

Test rig - Ceriatone with TC Electronics pedals.
Ini merupakan test rig yang digunakan, sederet stompbox pedal dari jenama TC Electronics disambung pada clean channel amp Ceriatone. Kalau dari segi distortion, aku lebih suka Rottweiler berbanding Dark Matter.

Sayangnya pedal sig Petrucci The Dreamscape tak ada dalam deretan. Nasib baiklah aku dah masuk kem multi-effects, kalau nak main stompbox pun mungkin aku pilih jenama lain yang lebih ekonomi (contohnya Joyo atau Nux).

The Lunchbox dari ZT Amplifier.
Aku ingatkan amp The Lunchbox ni sebesar microwave oven, rupa-rupanya lebih kecil lagi, sebesar lunchbox (duh~) dengan speaker 6.5" sahaja (lebih kurang Micro-Cube). Pada pendapat aku walaupun ia berkuasa 200 watt, tapi amaun udara yang disesarkan oleh speaker 6.5" tadi tidaklah sebanyak mana.

Jika anda memiliki amp ni, ada baiknya disambungkan kepada kabinet berspeaker besar (atleast 1x12 or 2x10) untuk keriangan yang maksimum.

Peavey Bandit 112, one of my wishlist.
Dan pada harga yang lebih kurang sama dengan amp The Lunchbox tadi, ada baiknya anda memilih Bandit 112 ni. Amp yang tak perlu diperkenalkan lagi, biasa dijumpai di studio-studio jamming (versi lama). Dengan kuasa 80 watt (or 100 watt with external 4 ohm speaker), amp ni memang "tahan pukul" dan cukup kuat untuk digunakan semasa jamming mahupun gig kecil-kecilan, KIV dulu.


Antara produk terbaru di MMS ialah Bare Knuckle Pickups (BKP). MMS merupakan pengedar rasmi BKP di Malaysia. Tapi bagi aku, harganya terlalu premium, dengan harga seketul pikap BKP ni aku boleh dapat dua ketul pikap DiMarzio, oleh yang demikian aku masih setia menetap dalam kem DiMarzio.


Sejam lebih di MMS ini sajalah yang dibeli hehehe, barang kecil-kecilan sahaja tak ada yang istimewa - Stagg UPC-688 pedalcase, Hennessey straplocks (lagi) dan pick Awe-In-One dalam bekas tin yang berisi lima keping (sebagai penggenap bayaran).

Clip-on tuner tu pula dikira sebagai hadiah sempena CNY, hahaha thanks gapster. Juga terima kasih kepada staff MMS bernama Jayson kerana menghantar aku dari MMS kembali ke stesen PUTRA Taman Bahagia (atas arahan tauke, hehehe), tak perlu aku penat-penat menapak lagi.

_____
Ada apa: Yang lain-lain, mungkin akan dibeli secara online.

Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 5)


Kalau diikutkan tracking e-parcel sepatutnya barang ni sampai hari Jumaat (19/7/2012), tapi atas sebab-sebab dalaman pejabat pos terpaksa aku ambil sendiri pagi semalam.

Diperolehi dari LYN Street Mart daripada user supercolossal dan dipos dari Penang. Ia merupakan pedalcase terpakai (used) berjenama Road Ready yang diperolehi daripada Music Master Studio (custom made kot?).

Pedalcase ni bersaiz 56 x 36 x 12 cm pada mulanya dibeli untuk penyimpanan logistik powered mixer baru Bob Kandar, tapi malangnya saiz mixer terlebih tinggi hanya beberapa mm.

Perbandingan saiz dengan pedalcase Stagg UPC-424, hampir dua kali ganda besarnya. Materialnya juga lebih tegap berbanding UPC-424.

Keluasan ruang dalaman pedalcase ni, boleh muat lapan unit G2Nu! Tapi aku tak ada pedal sebanyak tu... Jadi, aku nak buat apa dengan pedalcase besar ni? Isi baju untuk balik raya kot?

_____
Ada apa: Korawk, anda berminat?

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 10)


Walaupun ia beralamat dari MMO Music, aku tetap menggunakan nama yNot Studio untuk entri ni. Tidak menjadi masalah sebab kedua-duanya diusahakan oleh Engbok - MMO Music merupakan "kedai" online beliau, manakala yNot Studio merupakan studio beliau di Farlim (Penang) yang juga ada menjual alatan muzik.

Bungkusan poslaju yang diterima Rabu lepas (22/2/2012) berisi Stagg UPC-424 pedal case, yang merupakan pedal case bersaiz paling kecil dalam keempat-empat pedal case Stagg (UPC-424, UPC-500, UPC-535 dan UPC-688).

Kenapa kodnya UPC-424? Sebab ukuran dimensi dalaman pedal case ni ialah 226 x 424 x 100 mm, 424 mewakili ukuran panjangnya.

Stagg - Universe Of Music.

Aku lebih suka logo lama Stagg ni berbanding logo Stagg yang baru. Seperti Behringer, Stagg menghasilkan produk-produk pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

Ia juga disertakan dengan velcro strip berjenama 3M, kunci dan sepaket silica gel. Tapi aku tak guna velcro strip 3M ni (simpan), aku akan guna velcro strip cap ayam dulu.

Seperti yang terGAS dalam entri ni, aku memang perlukan pedal case, supaya pedal-pedal boleh disusun dan diselenggara lebih awal di rumah, secara tidak langsung menjimatkan masa setup ketika jamming.

Multi-purpose pedal case:

  • Config. A - Crowded jamming rig.
  • Config. B - Simple jamming rig, my favourite rig (tried and tested).
  • Config. C - Simple bass rig.
  • Config. D - Logistic vessel for Pod X3 (when needed).

Walaupun ia diperbuat daripada plastik dan tidak setegap flight case, tapi penjuru-penjurunya diperkukuh (reinforced) dengan kepingan aluminium. Kira dah cukup tegaplah kalau setakat dibawa turun naik studio jamming.

_____
Ada apa: It looks cool too...

Sessi Jamming Z Studio


Ahad 11/9/2011 - Hari ni Bob Kandar berkeras nak ajak geng-geng Hepi ;) - aku, Azrol dan Hamdan untuk jamming di Z Studio (kes gian jamming dengan Metuk Ulau Projekt semalam), yang pada mulanya ingin ditempah pukul 5.00 petang tapi cuma dapat slot dalam pukul 7.00 malam.

Aku agak keberatan nak jamming hari ni sebab tak ada mood, lagipun Mrs. Ijau dah pesan jangan balik lambat (kes takut tinggal seorang di rumah). Tapi untuk tidak menghampakan rakan-rakan lain, akupun bersetuju untuk datang.

Z Studio yang terletak di tingkat atas Li Hua Plaza, Bintulu (berdekatan dengan Esplanade) nampak agak baru dari segi kelengkapan - gitar-gitar Clevan CX series dan Yamaha, Stagg J-bass (B300-BK), amp bass Fender Rumble 75, amp gitar Kustom KG100FX212 (studio 1) dan Marshall MG100 (studio 2), drums jenama Tama (single pedal). Dengan sewa RM35 sejam, agak berpatutan dengan equipment yang ada berbanding "studio yang satu lagi" tu.

Kali ni Azrol membawa gitar dan efeknya sendiri (Ibanez GRX40 dan Digitech RP55), sebab itu kami memilih studio 1 yang menggunakan amp Kustom. Lain kali mungkin kami akan mencuba studio 2. Aku pula hanya membawa Korg Pandora Mini (dan kamera) sahaja, bass kira guna studio punya sajalah (waktu ni aku belum ada Clover lagi).

Hamdan juga tidak membawa apa-apa equipment, sekadar mencuba gitar Clevan dan Behringer UM300 kepunyaan studio yang disambung kepada amp Kustom. Aku tak tau kenapa bunyinya teruk sangat (mungkin masalah pada UM300 kot?), pasal taknak buang masa aku malas nak tolong soundcheck rig Hamdan ni, lantak sajalah hahaha...

Stagg J-Bass (Jazz bass copy) ni agak ringan dan selesa dimainkan, mungkin disebabkan tali-talinya masih baru dan belum berkarat lagi. Sekali-sekala guna Jazz bass layanlah juga walaupun main rendah (low strung) selalu orang main Jazz bass tinggi paras dada.

Entah kenapa sessi jamming kali ni agak kurang "happening" tidak seperti sessi-sessi jamming lain di Hepi ;) makeshift studio. Terutamanya aku yang asyik lupa lirik dan chords, walaupun untuk lagu-lagu yang selalu dimainkan ketika jamming (The Trooper, Ranggi Metropolis).

Mungkin faktor pesan Mrs. Ijau supaya "jangan balik lambat" menyebabkan aku kurang menumpukan perhatian. Begitu juga dengan Bob Kandar yang pukulannya agak kurang mantap, Bob kata pasal studio ni tidak menyediakan double-pedal (lain kali bawalah double-pedal sendiri heh).

Dan seperti studio-studio sewa yang lain, gitar-gitar di studio ni tidak diselenggarakan dan tidak dijaga dengan baik (out of tune, high action, improper pickup heights) walaupun nampak masih baru. Tapi sekurang-kurangnya remaja-remaja di Bintulu kini mempunyai opsyen untuk jamming selain Studio Amazika (semenjak studio jamming Zoso Music dah tutup). Lepas ni kalau kami malas nak setup Hepi ;) makeshift studio, mungkin kami akan jamming di studio ni.

_____
Ada apa: Korawk band, lain kali kalau nak jamming di Z Studio ni sekurang-kurangnya bawa tuner gitar sendiri...

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 9)


Lagi bungkusan poslaju dari yNot Studio yang diterima semalam (Khamis 28/7/2011). Kali ni bungkusan yang kecil saja, dan ada kaitan dengan Pod X3 dan ME-70 yang diperolehi hari tu.

Engbok dan yNot Studio (MMO Music) memang tak pernah menghampakan dari segi servis yang cepat dan harga yang rendah - recommended! Thanks again Engbok!

Cerita pasal ME-70 tu, baru kejap tadi ia dituntut oleh tuan punya (kawan kepada Korawk). Yup, memang orang yang sama yang order Zoom G2Nu hari tu. Sambil berborak-borak beliau mengatakan hasrat nak order power amp pula lepas ni (or maybe it was guitar amp head?).

Roland/Boss PSA-230 compatible adapter, XLR male to 1/4" mono plug cable dan dua keping picks Stagg sebagai penggenap nilai.

Custom ordered Kadas cable (3 metres) with Neutrik XLR male and 1/4" mono plug, yang bakal digunakan untuk input kedua (XLR input) pada Pod X3. Dengan adanya kabel ni, dua gitar (atau gitar+bass) boleh disambung pada rig Pod X3. Sebelum ni tanpa kabel sebegini, input kedua hanya dapat digunakan untuk mikrofon saja (gitar+mic atau bass+mic).

Neutrik XLR male head.

Disebabkan ME-70 tidak disertakan dengan adapter, dan tauke Dead Eye Guitars (DEG) pun tak dapat nak cari adapter Boss dari pembekalnya (katanya kehabisan stok), jadi aku cuba mencarinya di yNot Studio (nasib baik ada). Walaupun ia adalah adapter Roland dan bukan Boss, tapi Roland dan Boss kan adik-beradik. Dan adapter ni bertulis "PSA-230 compatible".

Korawk, tak jeles ke?

_____
Ada apa: Tiba-tiba rindu AX3000G aku dulu.

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 3)


Sebenarnya dah lama aku terima bungkusan ni, hari yang sama waktu aku terima GC-V gigbag (selepas beberapa jam kemudian). Disebabkan aku order benda ni 30/8/2010 jadi ia sampai selepas Hari Merdeka. Seperti tajuk entri, aku ada order sesuatu dari yNot Studio.

Bungkusan berisi Zoom G1N guitar effects pedal. MMO Music Net (nama online store untuk yNot Studio) ada buat Merdeka Sales sehingga 31/8/2010, beberapa barang memang price drop gila-gila (contohnya Behringer V-Ampire LX combo amp). Jadi aku tak lepaskan peluang untuk membeli G1N ni dengan harga yang cukup murah RM2xx, lebih murah daripada harga Year End Sale CK Music (murah beberapa ringgit je, bukannya puluh-puluh).

Zoom G1N guitar effects pedal, upgraded version of old Zoom G1.

Yang hairannya, kat dalam cuma ada manual dalam satu bahasa sahaja (English), tak seperti B1X, G1X, B2 dan G1M yang pernah aku beli dulu yang dibekalkan dengan manual dalam enam bahasa! Agaknya pihak Zoom nak jimat kertas kot? Empat keping pick Stagg tu sebenarnya nak menggenapkan nilai bayaran.

Sebenarnya pedal ni bukanlah untuk aku, ia dipesan oleh seorang kawan di Bintulu ni yang katanya akan diambil selepas gaji bulan September (beberapa hari lagi), sebab kalau aku yang beli kira alang-alang beli G1u atau G2Nu terus kan? Ada USB interface.

Sama je macam Zoom G1M, warna dan patches je lain.

Sementara menunggu tuannya menuntut pedal ni, aku tak lepaskan peluang untuk mencubanya. With simple rig Abominations -> G1N -> MDR-XD100 headphone. Tidak seperti patches G1M yang lebih kepada muzik Metal, patches dalam G1N ni lebih versatile seperti G1X. Country, Classic, Jazz, Reggae, Punk, Rock, you name it, semua ada patches yang sesuai (main lagu Sejati dan The Trooper pun best).

Nak main Metal? No problem, patch B0 (Deep Sand) memang sesuai untuk heavy chords muzik Metal. Ada tiga patches diambil dari G1M iaitu patch b9 (Nemesis II Rhythm), C0 (Buried Dreams II Lead Wah) dan C1 (Revolution II Clean). Ada jugak beberapa patches yang diambil dari signature pedal Zoom yang lain antaranya dari G1K, G2R dan G2G. Kesemua patches ni tidak terdapat pada G1/G1X.

_____
Ada apa: Nak menunggu CK Music 2010 Year End Sale...

Guitar Talk: Strings Story


Hari ni kalau ikutkan aku malas nak buat entri (walaupun dalam draft ada dua entri Maiden Tribute), tapi tiba-tiba pagi tadi dapat idea daripada entri Bro Sub ni. Cerita pasal string dan pick, tapi cerita pick tu rasa-rasanya simpan dululah... Nanti dah tadak idea baru bukak cerita pasal pick (aku pun kumpul pick jugak).

Setakat ni, ini saja string yang aku ada. D'Addario selalu dapat free setiap kali bila beli gitar daripada Dead Eye Guitars (empat gitar = empat paket D'Addario), Dean Markley dan DR pulak complimentary from Bro Sub. Cuma string Alice dan Stagg saja yang aku beli sendiri (string murah hehehe). Dua-tiga daripadanya merupakan kotak/bungkusan kosong sebab string dah pasang, tapi macam best pulak kumpul kotak kosong ni (dah dasar collector, benda macam ni pun boleh dikumpul).

D'Addario - Personal preference, semenjak aku mula berkecimpung dalam dunia kegitaran ni tahun lepas (erk, baru setahun lebih), memang D'Addario saja yang aku guna. Sehingga aku mula-mula belajar pasang string (restring) gitar aku guna string Alice yang murah, sebab kalau salah pasang ke apa ke tadaklah rasa rugi sangat.

So far, gauge .009-.042 was the best gauge for my playing style. Jazz light gauge .012-.052 belum pernah pasang lagi, tapi dalam perancangan nanti nak pasang guna B-standard tuning ala-ala 7-stringer (minus high-E string), antara scale 24.75" dan 25.5" rasa-rasa yang mana satu sesuai dipasang gauge besar ni untuk B-tuning?

Alice string, .009-.042 gauge RM16.00 @ Hollywood Music, KK Plaza
(diskaun jadi RM14.00)

Alice - Setakat ni aku rasa string Alice ni antara string yang murah dan best. Walaupun agak kasar berbanding string mahal, tapi ia boleh dikatakan tahan lama. Aku pasang kat Mephisto aku awal Januari lepas, sampai April masih oke lagi (dengan penjagaan yang rapi).

Berbanding string Stagg (regular .010-.046 gauge, RM15.00 @ Zoso Music Bintulu) yang sekarang aku pasang kat Abominations, baru dua minggu pasang dan bawa jamming sekali dah nampak berkarat, walaupun dengan penjagaan yang rapi, aik? Jadi lepas ni string Stagg memang terkeluar daripada senarai. Nanti nak cuba jenama murah yang lain...

Dean Markley - Ni lagi satu string yang best, aku rasa string ni dah dua kali aku "recycle" (hehehe), mula-mula pasang kat Kelly Kelly, bila nak let-go Kelly Kelly awal bulan ni, aku ganti dengan string D'Addario baru, yang Dean Markley tadi aku pasang kat Dinoscars. Sampai sekarang masih lagi belum menunjukkan apa-apa kesan dimakan usia (selain kesan hentaman pick yang ganas). Yup, you're right Bro Sub, this string was awesome!

DR String - Another complimentary from thE guitaR addicT!, string ni agak istimewa sebab bersalut (coated) warna hijau, yup warna HIJAU! Buat masa ni aku belum lagi pasang string ni kat mana-mana gitar aku, mungkin nanti nak pasang kat Dinoscars bila string Dean Markey tadi dah sampai seru. Sekurang-kurangnya sepadan dengan badan Dinoscars yang jugak berwarna hijau (Ijau D. Koceng signature series hehehe). Dengar-dengar Oriaj pun sekarang dah pakai string DR, betul ke?

Elixir string - Stock string bass untuk Black Ice aku (aku tak tau la berapa harga string Elixir untuk bass, mungkin boleh mencecah RM200 kot?) Aku beli Black Ice aku Krismas tahun lepas, sampai sekarang dah masuk tujuh bulan tak termasuk berapa lama bass ni melepak kat kedai. Sehingga kini string Black Ice aku ni masih lagi berkilat (seperti biasa dengan penjagaan rapi), kecuali ada "bulu-bulu" halus salutan (nanoweb/polyweb) yang terkupas hasil hentaman ganas picking style.

Mungkin nanti bila aku dah cuba beberapa string jenama lain, mungkin aku akan sambung entri ni lagi. Kadang-kadang teringin jugak nak cuba artist-related strings, tapi bukannya dengan string tu aku boleh terer main macam artis yang dimaksudkan, betul tak? (But just for collections).

To be continued...

_____
Ada apa: String apa yang paling panjang?

Ada Sesuatu Dari yNot Studio


Jumaat 19/3/2010 - Rabu lepas aku ada order Behringer BOD100 bass overdrive ni from Engbok @ yNot Studio, Penang (tempat aku beli Micro-Cube). Sebab Engbok jual lebih murah daripada tempat-tempat lain yang aku survey. Aik? Behringer?

Antara accessories yang aku order - patch cable (aku order sepasang, tapi awat dapat satu je?) dan beberapa pick Stagg (nak menggenapkan nilai).

Soalan yang biasa orang akan tanya,
"Awat hang beli Behringer? Plastik! Pijak beberapa kali dah pecah..."

Kalau tengok website Behringer, pedal BOD100 sepatutnya warna light purple, kalau dark purple macam ni untuk pedal BOD400. Tombol-tombol yang sama macam kat pedal Boss ODB-3 (dah namanya klon).

Masalah pertama yang korang akan hadapi kalau beli pedal-pedal Behringer ni ialah macam mana nak pasang bateri? Mana tempat nak letak bateri? Kat manual memang tak ada tulis pun. Abis semua skru aku bukak, tapi tak jumpa jugak... Lastly aku SMS Engbok.

Rupa-rupanya kat sini battery compartmentnya... Teknik membuka ni pun aku jumpa kat YouTube. Lepas aku tengok video ni barulah Engbok call... "Haha takpa Engbok, I dah jumpa kat Youtube"

Aku ada adapter Zoom AD-0006E 9V 300mA, tapi untuk pedal Behringer ni nak 100mA jadi tak berani la aku nak guna adapter (boleh ke?). Lainlah kalau aku banyak pedal-pedal Behringer ni bolehlah jugak aku nak order adapter (+daisy chain) Behringer from Engbok.

Esok (Sabtu) kitorang dah plan nak jamming (mungkin ada dua gitaris)... Jadi petang tadi lepas main futsal, aku dan Bob Kandar buat soundcheck kat makeshift studio, try pedal ni dengan Black Ice aku main lagu Opera Hidup (bass + drums only)... Hmmm, not bad! Memang bunyi overdrive yang aku cari. Full review selepas sessi jamming...

_____
Ada apa: Kenapa ramai yang pandang rendah kat produk-produk Behringer ni?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger