Ada rakan seperhobian kenalan Jamtank berminat dengan pikap-pikap dalam stok peribadi aku dan memborong hampir *kesemuanya - DiMarzio Hurricane set (Evolution + D Activator), classic rock set (PAF 36th Anniversary + Super Distortion) dan EMG 89.
Guna kotak pikap Tesla.
Classic rock set dikeluarkan daripada Goldie, walaupun dikatakan paling ampuh untuk gitar tersebut, tapi ia dilepaskan jua dan kini masih lopong tanpa pikap. Ini merupakan transaksi secara pertukaran (trade, kecuali EMG 89 yang dibeli tunai) dengan set pikap yang dimiliki oleh rakan tersebut. Dijangkakan untuk entri minggu depan.
*Hanya tinggal DiMarzio X2N dan Entwistle Dark Star zebra set sahaja yang tinggal dalam stok peribadi tanpa gitar perumah.
_____
AADI: Kalau jual tunai, dapat sebuah gitar ni...
Setelah berpuas hati dengan prestasi set Entwistle Dark Star, kali ini Neon cuba dipasangkan pula dengan set Tesla Plasma-X1 chrome. Ini merupakan kali keempat Neon menjadi platform eksperimentasi pikap. Selain Dark Star, ia juga pernah dipasang dengan DiMarzio Evolution/D-Activator dan Seymour Duncan Sentient/Pegasus.
Pada mulanya set Plasma-X1 ini dipasang atas dasar penampilan dan nilai estatika - sama tema chrome dengan hardware lain (bridge, knobs, locking nut, tuning machine).
Tetapi ironinya walaupun beroutput medium, aku agak suka respon sonik set Plasma-X1 pada Neon ini, berbanding semasa dipasang pada Goldie tahun lepas. *Menyangkal pendapat peribadi bahawa gitar superstrat berkayu ringan tidak sesuai dipasangkan dengan pikap beroutput medium.
Dan dengan sistem Seymour Duncan Liberator yang tidak melibatkan sebarang pematerian, proses menukar pikap hanya mengambil masa bawah 15 minit. Seperti litar sebelum ini, tone pot tidak digunakan (bypassed), yang ada hanyalah dummy pot.
Tunggu ada sessi jamming lagi untuk dipandu-uji seoptimumnya. Kemudian barulah keputusan muktamad dipilih sama ada mengekalkan set Tesla ini, atau kembali memasang set Entwistle atau DiMarzio seperti perenggan pertama tadi (Seymour Duncan dah jual).
Hari terakhir 2018 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...
1) Jamming dan kugiran - Highlights untuk tahun 2018 pastinya sessi "jamming gergasi" Sarawak Rock & Mob yang julung-julung kali diadakan di Sarawak dan kedua di Malaysia selepas Perlis. Harap ia akan menjadi acara muzika tahunan Bintulu, jika diadakan di bandar lain (Kuching, Miri, Sibu, dll.) agak susah untuk turut serta.
Juga menyertai Mini Mob bersempena Majlis Konvokesyen IKM Bintulu. Format yang sama, cuma pada skala yang kecil... Dan pertama kali dianjurkan oleh IPTA di Malaysia.
MUP? Ada sedikit ketegangan line-up, mungkin disebabkan komitmen dengan band projek lain, selain aku yang hiatus panjang kerana cuti paternity. Masih ada persembahan awam walaupun tidak serancak sebelumnya, MUP dah tak laku... Hanya ada satu persembahan awam rasmi, iaitu semasa Bintulu Gig Empire, bersempena Bintulu Bike Week 2018.
Featuring Asri Copkids and Jawank.
Yang tidak rasmi (MUP & friends) ada semasa Gig Santai Rock & Mob dan Mini Mob IKM & Friends.
Featuring Bro Asri, Bro Ijam dan Azroy.
Naga menangis di IKM Bintulu.
Berkenalan dengan seorang kenalan FB Jamtank yang baru berpindah ke Bintulu atas urusan kerjaya - Bro Jawank, gitaris yang hebat dan kadang-kadang menjadi seasonist untuk MUP. Harapnya tahun depan kurang sibuk, boleh ajak join gig lagi.
2) Kegitaran - Dua buah gitar diperolehi tahun ini - Epiphone Les Paul Nightfall (Nightfall) dan bass BC Rich Warlock PFG Signature 5 (Francesco), menjadikan koleksi dalam axology aku bertambah menjadi sembilan(!) kouta empat dah lama bubar, kah kah kah...
3) Guitar techie - Seperti tahun lepas, tahun ini juga didatangi oleh rakan-rakan dan rakan kepada rakan yang menghantar gitar mereka kepada aku untuk diservis tukar pikap, pendawaian semula, cuci dan tengok-tengok apa yang patut. Antaranya - RG331M, 50's Strat replica, Warnell HSS, GSR copy, X-11, RG7321 dan RG331M sekali lagi.
5) PS4 gamer - Memang tiada aktiviti gaming untuk tahun ini, konsol yang adapun dah berdebu. Faktor utama ialah masa, banyak masa diluangkan untuk menguruskan anak-anak. Nak jual rasa sayang pula, biarkan saja jadi pemain cakera Blu-ray.
6) Peribadi - Aku dah jarang cerita pasal perkara peribadi dalam AADI, tapi yang paling menggembirakan tahun ini ialah ketika menyambut kelahiran puteraku pada 7/8/2018 (yang aku gelar sebagai Arlo untuk gantinama dalam AADI).
Serius, bila dah anak tiga (Lil'Ijau, Ijau Junior, Arlo), hampir tiada masa untuk berhobi dan menghadap PC untuk berblog. Tahun depan (lusa) Lil dah darjah satu, Junior yang ASD pula masuk taska, makin padat jadual harian...
*AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2019 menjadi tahun yang ohsem (walaupun mencabar) untuk perhobian kita semua.
Ya, pastinya set pikap Tesla Plasma-X1 chrome yang diperolehi beberapa hari lepas dipasang pada Goldie. Setelah beberapa kali bertukar-tukar pasangan pikap, ironinya Goldie kembali full-circle menggunakan jenama Tesla.
Antara faktor utama pemilihan Plasma-X1 chrome ialah *penampilan dan nilai estatika, sesuai dengan tema chrome hardware yang lain. Kalau aku cerita faktor tona pula, biasanya temberang saja yang lebih, kah kah kah... Set EMG-HZ H4/H4-A sebelum ini disimpan dalam arkib.
Kali ini aku memilih pendawaian jenis 50's untuk sedikit kelainan berbanding pendawaian moden. Menggunakan potentiometer CTS Allparts 500k dan kapasitor Roederstein 22nF yang ada dalam stok.
Kapasitor panjang sebegini lebih sesuai untuk pendawaian 50's berbanding Sprague Orange Drop. Dibiarkan secara full humbucker, tiada opsyen push-pull untuk coil-split atau series/parallel yang leceh untuk dipateri.
Nampak lebih menyerlah bila dibuka pickguard.
Juga dibelanja dengan set tali baru D'Addario EXL115 (11-49) dan ditala pada talaan Eb-standard (atau drop-C# jika perlu). Gitar yang jarang digunakan biasanya hanya bertukar tali setahun sekali.
Sekali-sekala Goldie patut diberi peluang beraksi semasa persembahan awam kan? Kalau ada Sarawak Rock'n Mob tahun depan, mungkin boleh dipertimbangkan...
_____
AADI: *Mulanya ingin memasang set Entwistle Dark Star.
Bungkusan dari Kota Singa ini datang serentak dengan bungkusan dari Hong Kong dalam entri semalam. Ini merupakan kali kedua berurusan dengan SV Guitars, kali pertama tujuh tahun lepas. Berisi pikap jenama Tesla, ya pikap gitar lagi...
Juga pembelian impulsif selepas terGAS untuk mendapatkan semula pikap jenama Tesla seperti yang ditaip dalam entri minggu lepas. Dan kebetulan ada diskaun 50% untuk pikap jenama Tesla, terus memesan dua unit Plasma-X1 chrome, masing-masing untuk posisi neck dan bridge.
Selepas Ashportal dan Hashtag Music, tiada lagi yang menyambung legasi mereka membawa masuk jenama Tesla ini ke Malaysia. Opsyen terdekat ialah SV Guitar yang merupakan pengedar rasmi di Singapura.
Antara jenama yang menjadi bahan eksperimen trial-and-error belajar proses pematerian pikap gitar. Ironinya, tiada satupun model yang masih melekat pada gitar-gitar aku. Kesemuanya telah di-GLTL-kan untuk mengejar jenama lain.
Menerima "cabaran" daripada Chop Sudir, vokalis/gitaris kumpulan Ana & The Scene (ATS) untuk memindahkan pikap Tesla Plasma-X1 zebra set yang ada pada Ibanez GAX30 (dipasang hampir empat tahun lepas) ke gitar Squier Vintage Modified Telecaster Custom II (VMTC2).
Chop sukakan bunyi pikap Tesla ni, tetapi pada masa yang sama Chop lebih selesa menggunakan VMTC2 ni sebagai gitar utama/pentas (mojo Telecaster, serius).
Masalah utama yang dihadapi untuk projek ini - pikap asal VMTC2 ni merupakan jenis P90 (Duncan Designed) dan bukannya humbucker. Jadi, perlukan banyak kerja jika ingin memasang humbucker pada gitar ni.
Nasib baik kavitinya cukup besar untuk menampung saiz humbucker, aku tiada peralatan pertukangan kayu yang lengkap untuk buat routing humbucker jika kavitinya kecil. Untuk memudahkan kerja, hanya perlu mencari pickguard gantian yang sesuai.
Pickguard ni diperolehi melalui *Lazada (ya, Lazada, jangan terkejut) dengan harga RM25.30 sahaja. Walaupun saiznya retrofit dengan VMTC2 tetapi ada dua masalah yang dihadapi.
Pertama, daripada 14 lubang skru yang ada, hanya tiga sahaja yang selari dengan lubang asal pada badan gitar. Tapi tak mengapa (parap-parap), Chop membenarkan aku untuk menebuk lubang-lubang baru.
Kedua, lubang pikap adalah bersaiz Fender wide range yang lebih besar berbanding saiz humbucker. Idea penyelesaian untuk masalah ni pula diperolehi selepas teringat Dave Murray Stratocaster (HSH)...
Iaitu dengan memasang ring pikap di atas pickguard. Ring pikap logam yang digunakan ni dah hampir tiga tahun terperap dalam simpanan kes projek terbengkalai. Akhirnya berguna juga benda ni...
Pertukangan yang agak kasar, tapi sekurang-kurangnya masalah selesai dan semuanya berfungsi dengan cemerlang. Pendawaian dan komponen elektronik asal (suis, kapasitor, potentiometer) dikekalkan, tak perlu banyak kerja memateri.
Output jack asal tele yang bermasalah selalu tercabut juga diganti dengan output standard dua skru.
Atas permintaan Chop, VMTC2 ni juga dipasangkan dengan set tali baru SIT Power Wound bersaiz 9-42. Aku agak kecewa sedikit kerana jenama SIT ni juga tidak terlepas daripada beberapa tompokan kecil karat walaupun ia merupakan stok baru dan bungkusannya kedap udara.
Dengan modifikasi di atas tadi, tele ni dah bertukar nama jadi Modern Modified Telecaster Custom II (MMTC2) hahaha... Dengan set Plasma-X1 ni, tele Chop dah boleh main genre metal! \m/
Lain cerita, Ibanez GAX30 pula kembali kepada konfigurasi dan pikap asal, kesian gitar ni...
Meluangkan masa menunggu waktu sungkei (berbuka puasa, iftar) Sabtu lepas dengan memasang pikap Tesla Plasma-2 gold set pada gitar LTD EC-256 (Dark Moon) aku.
ESP LH-150s (G&B pickups)
Seperti LTD M-103FM (Mirage), gitar ini juga menggunakan pikap G&B sebagai pikap asal (factory, stock). Dalam katalog ESP ia dikenali dengan nama LH-150.
Bukannya pikap LH-150 ni tak bagus, tapi ada satu perasaan riakwi puas bila gitar dipasang dengan pikap jenis aftermarket. Lagipun buat apa beli pikap aftermarket kalau tak pasang/guna, kan?
Kaviti routing pikap sebegini walaupun bersih, tapi permukaannya agak kasar kerana tidak digosok dengan kertas pasir.
Pengabaian perincian sebegini membuatkan seni pertukangan gitar Vietnam nampak agak sedikit teruk (sloppy) berbanding Indonesia.
Begitu juga dengan kaviti potentiometer (pot) yang menyedihkan. Itu belum cerita lagi pasal pendawaian dan pematerian yang comot.
Sebagai perbandingan, berikut kaviti gitar-gitar buatan Indonesia yang pernah dijenguk sebelum ini...
Mungkin QC Vietnam hanya mementingkan luaran sahaja kot? Tapi tak mengapa (parap-parap) dalam perancangan Dark Moon selepas ini akan dijadikan gitar belasahan utama (workhorse) menggantikan Mirage yang direhatkan atas masalah teknikal.
Untuk menjimatkan masa, pematerian asal tidak diganggu. Hanya sambungan dari pikap ke pot sahaja yang diubahsuai sedikit seperti berikut...
Aku dapat idea ni daripada Seymour Duncan Blackouts Modular Preamp dan Liberator. Dengan menggunakan *apakebenda-namanya-benda-plastik-putih-ni* untuk menyambung wayar pikap dan pot.
Dengan kaedah sebegini, aku tidak perlu lagi bermain dengan pateri jika gatal tangan ingin menukar pikap lain pada masa akan datang. Ia juga boleh dijadikan sebagai platform eksperimen pikap-pikap pasif yang lain.
Terasa semakin kompetan bermain pateri, masa yang diambil (jika ditolak curi-curi masa layan anak), rasanya tak sampai sejam kot...
Bunyi? Jangan tanya pasal bunyi, seperti biasa blog AADI ni kalau bab gitar hanyalah blog yang temberang, hahaha...
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?