Showing posts with label crinson. Show all posts
Showing posts with label crinson. Show all posts

Wordless Wednesday: White Beauties



ST-213
RG350DXZ
_____
Ada apa: Kalaulah ada slot kosong...

Logam Kematian


Mendapatkan sebuah lagi pedal distortion (koleksi?) iaitu Digitech Death Metal. Diperolehi daripada Crinson Music dengan berbekalkan dana-dana "gali lobang tutup lobang" hasil jualan pikap Tesla Plasma-7.


Terasa GAS untuk mendapatkan sebuah pedal distortion jenis "metallic", dan pada mulanya ingin mendapatkan kembali Boss MT-2, tapi Death Metal dipilih atas faktor-faktor ekonomi dan faktor keMATIannya (the DEATH factor) walaupun aku tak main genre death metal.


Cara mengakses ruang bateri pedal ni sama seperti pedal-pedal Behringer. Jika pernah memiliki pedal Behringer pasti tidak mengalami sebarang masalah untuk membukanya. Digitech juga bermurah hati kerana membekalkan pedal ni dengan bateri 9V jenis alkali (Energizer terus!~) dan bukannya jenis zink karbon.


Kenampakan perkataan DIGITECH GRUNGE yang dicetak pada papan litar, mungkinkah pedal Death Metal dan Grunge memiliki papan litar dan chip yang sama? Oh ya, suisnya pun sama kecil seperti Behringer. Tapi aku pasti, Behringer yang "meminjam" rekaan sebegini daripada Digitech.


Satu perkara yang menarik mengenai pedal ini, ia tidak memiliki tombol GAIN, hanya ada tombol LEVEL (volume) dan 3-band EQ (LOW, MID, HIGH). Macam malas nak buat ulasan, rasanya video di bawah ni lebih sesuai menerangkan karekter pedal ni.

Checkout @8:48

Bagi aku, ia sesuai untuk mendapatkan bunyi "rectified" ala Roy Z seperti dalam album Tyranny Of Souls. Selebihnya, masih relevan menggunakan DS-1. Kelebihan? Kelemahan? Demo? Tak perlulah kerana (seperti biasa) ini hanyalah entri temberang.

_____
Ada apa: Seventh distortion pedal? Need to trim the herd...

Delaying The Boss


Ahli terbaru dalam gigrig #1 aku - Boss DD-3 Digital Delay. Diperolehi daripada Crinson Music, ia sebenarnya merupakan perolehan yang tertunda (delayed) disebabkan musim perayaan.

Pearl white, nice~
Dah lama GASsed teringin untuk memiliki effect delay jenama Boss (DD-3/DD-7/TE-2), tapi disebabkan harganya yang agak premium, sedikit sebanyak membantutkan hasrat. Kali ni pun berjaya diperolehi hasil dana-dana "gali lobang tutup lobang" G2.1Nu seperti yang diiklankan dalam entri GKC ni.


DD-3 ni disertakan dengan bateri 9V jenis alkaline, tidak seperti pedal-pedal Boss lain yang diperolehi sebelum ini yang hanya disertakan dengan bateri 9V jenis biasa (zinc carbon). Tapi untuk penggunaan berpanjangan, perlu ada AC adapter.


Dan seperti kebiasaan berurusan dengan Crinson Music, pasti akan ada pembelian sampingan (purchase with purchase, collateral purchase?).

Ulasan? Hmmm... Tak payahlah, ni entri temberang saja ni.

_____
Ada apa: Kalau terasa nak main multi-effects, Pod HD300 masih ada...

Micro Tangerine (Part 2)


Bungkusan ni diterima Jumaat dua minggu lepas (7/3/2014) beralamat daripada Crinson Music, Shah Alam, yang sepatutnya tiba sehari sebelumnya.

Kebelakangan ni aku sedikit kecewa dengan perkhidmatan poslaju yang sudah tidak lagi menepati piagam mereka (next day delivery). Aku tak pasti sama ada masalah ni cuma terjadi di poslaju Bintulu ataupun secara amnya.


Berbekalkan baki daripada pembelian Tommy beberapa minggu lepas, dan dengan suntikan dana hasil daripada jualan beberapa gajet yang tidak digunakan (mostly pedals), kali ni aku memperolehi Orange Micro Terror (amp head only) yang bakal digandingkan dengan kabinet projek Peavey 1x12".


Amp head ni memang kecil, sesuai dengan namanya "micro" dan lebih kecil daripada jangkaanku (telefon kuno K618i sebagai perbandingan saiz), beratnya pun tak sampai sekilo. Spesifikasi amp ni tak payahlah aku ceritakan di sini, boleh rujuk website Orange Amplification.


Resit dan juga beberapa pick Planet Waves sebagai penggenap bayaran dan pemberian mutual daripada tauke Crinson. Dah lama aku tak guna pick Planet Waves ni semenjak menggunakan pick Nonuz custom dan Dunlop Tortex/Ultex.

Skodeng tube 12AX7.
Amp ni merupakan jenis hibrid, menggunakan teknologi tube/valve pada bahagian pre amp, manakala teknologi solid state (keadaan pepejal?) pada bahagian power amp. Lebih kurang macam teknologi yang digunakan oleh Vox Valvetronix.


Impedens minimum 4 ohm, agak universal sebab kita boleh guna sama ada speaker/kabinet yang mempunyai impedens 16, 8 dan 4 ohm. Cuma sedikit mengecewakan ialah ia dikuasakan oleh adapter DC 15V 2A berpolariti positif tengah, agak sukar untuk mencari adapter berspesifikasi begini sekiranya adapter asal rosak.


Tak lupa pose bersama sepupunya Micro Crush Pix (aka si Oren Kecik). Seperti Micro Crush Pix, Micro Terror ni juga lebih kepada amp koleksi berbanding kegunaan praktikal disebabkan saiznya yang comel.


Setup ringkas yang digunakan untuk sessi "pandu uji" amp ni; Calypso -> JF-01 (TS808 clone) -> Micro Terror head -> 1x12" makeshift cab (4 ohm, 300 watt). Amp ni jenis single channel, jadi bunyi clean dan overdrive ditentukan oleh ketepuan gain pada amp dan output volume pada gitar anda.

Betul kata Bro Sub, bunyi overdrive/distortion yang best (in this case "British growl") adalah daripada amp, bukannya pedal. Pedal overdrive JF-01 yang digunakan hanyalah sebagai booster.

Walaupun hanya 20 watt, tapi bunyi yang dijanakan memang cukup kuat. Dengan menggunakan kabinet 1x12" yang ada, aku hanya boleh memulas tomboh volume dalam 10-20% sahaja (full gain), lebih daripada itu memang tak sesuai untuk rumah yang ada budak kecil. Tak hairanlah jika dalam Youtube ada yang sambung amp ni dengan kabinet 4x12" dan cukup kuat untuk jamming.

_____
Ada apa: Ada masa nanti mungkin aku akan cuba "full blast" semasa jamming di makeshift reloaded studio.

IDK Sig Mark IV?


Kotak yang dituntut sendiri di premis Citylink Express Bintulu pada tengahari Rabu beberapa minggu lepas (19/2/2014). Beralamat daripada Crinson Music, Shah Alam, dan dihantar sehari sebelumnya.

Ya, jual bass lama untuk beli bass baru, gali lobang tutup lobang... Bagi mereka yang dah lama mengikuti AADI, fenomena sebegini bukanlah baru.

Ok, dah dua minggu baru nak buat entri ulasan bass baru ni. Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelumnya, aku kembali masuk kem Ibanez selepas hampir setahun tanpa Ibanez dalam axology.


Ibanez SR300 MFT (metallic forest) - SR300 merupakan model terbawah dalam siri Soundgear (SR), bawah daripada SR300 dah masuk versi Gio (GSR). Walaupun SR300 bukanlah model baru dalam siri Soundgear, tetapi kemasan hijau "metallic forest" ni merupakan kemasan terbaru untuk tahun 2014, warna seakan-akan MXR Carbon Copy. Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Ibanez.


Bila kabel asal/stok tak boleh diharap.
Pakej disertakan dengan manual, beberapa tag (EQB-IIID, strung with D'Addario, Ibanez QC check), allen keys dan kabel. Juga disertakan dengan beberapa keping pick Dunlop Hetfield Black Fang (lagi) sebagai pemberian mutual oleh tauke Crinson Music. Manakala kabel Ibanez Series DS dan D'Addario NS Micro Tuner tu merupakan pembelian sampingan.

Standard SDGR headstock.
Seperti beberapa model Ibanez lain, penutup truss rod adalah jenis yang senang diakses (swiveling), tak payah buka skru penutup jika hendak melaras truss rod, hanya tolak penutup plastik ke tepi. Apa itu truss rod? Truss rod ni adik-beradik kepada fishing rod.

34" scale, full 24 medium frets.
Mengikut pengalaman, mesti ada sebuah bass dalam axology, tak dapat nak jangka bila ia akan digunakan. Aku perlukan sebuah bass yang ringan, selesa, ergonomik, mempunyai elektronik (dan bunyi) yang mantap, bentuk yang agak sesuai untuk semua keadaan dan masih dalam kategori mampu milik.

Setelah membuat penilaian atas beberapa jenama/model bass, aku memilih SR300. Dan secara kebetulan tahun 2014 ada kemasan berwarna hijau, yang juga merupakan suatu ciri bonus. Aku hampir-hampir memesan SR300 berwarna putih (pearl white) ataupun SR305 warna hitam (iron pewter).

CAP EXF-N2 pickups with EQB-IIID 3-band EQ
Pikap-pikap CAP EXF-N2 boleh dikatakan pikap yang agak versatile, ia tidak terlalu punchy seperti yang ada pada ICB200EX (DCS4) dan GSR200EX (PPD4), ia juga boleh menghasilkan bunyi bottom end yang agak lembut seperti pikap jazz bass.

Accu-cast B120 bridge.
Accu-cast B120 bridge lebih tegap, moden dan senang dilaras berbanding bridge yang ada pada bass-bass aku sebelum ini; B10 bridge pada GSR190J, ICB200EX, GSR200EX, GARTB20 dan DB-4 bridge pada F-54. Daripada warna-warni pada ball-end sudah pasti tali stok yang digunakan adalah berjenama D'Addario.

Made in Indonesia, November 2013.
Buatan Indonesia bernombor siri I131117556, walaupun bass ni adalah model 2014, tetapi ia dihasilkan pada bulan November 2013.

SR4 5-piece maple/rosewood neck.
Gabungan lima keping kayu maple/rosewood secara bertindih untuk memastikan neck bass ni tegap dan pada masa yang sama masih lagi mengekalkan kenipisan neck SR4 siri Soundgear. Sambungan bolt-on juga agak ergonomik seperti AANJ yang ada pada gitar-gitar siri Roadgear (RG).


Kedudukan ruang bateri yang agak berbeza berbanding bateri PHAT-II yang ada pada ICB200EX dan GSR200EX.

Pendawaian yang kemas.
Antara sebab utama kenapa aku memilih Soundgear berbanding bass jenama/model lain pada julat harga yang sama (selain faktor warna hijau) ialah disebabkan elektronik yang ada - Ibanez EQB-IIID 3-band EQ (bass, mid, treble), yang lebih canggih dan versatile berbanding PHAT-II. Bunyi-bunyi dapat dilaras terus daripada bass tanpa perlu melaras pada pedal, preamp ataupun amp (jika perlu, lain cerita).

+1 on "not for retail sale".
Kelemahan? Setakat ni aku cuma perasan satu saja kelemahan bass ni - tali bass asal/stok yang dipasang (D'Addario) memiliki gauge yang kecil, agak menggelebeh jika ditala pada talaan rendah seperti Eb dan D tuning (boleh diatasi dengan melaraskan ketinggian action pada bridge). Tapi jika anda suka bunyi-bunyian bass "ketung-ketung" ala gallop Steve Harris, tak perlu laras, senang-senang saja dapat bunyi macam tu.

Seperti entri-entri ulasan gitar/bass dan gajet baru yang ada dalam AADI sebelum ini, ulasan dalam entri ni pun semuanya temberang belaka. Jadi tak perlulah tanya pasal demo audio/video sebab aku bukannya pandai sangat main bass, setakat patuk-patuk manuk bolehlah.

Nickname? Aku akan menggelarnya TOMMY, sempena Tommy (Oliver) The Green Ranger. Secara tidak rasmi ia juga merupakan self-proclaim IDK signature Mark IV (hehehe).

_____
Ada apa: Fuh~ Tommy The Green Ranger, KLMJ sungguh!

Chorusing The Boss (Part 2)


Bungkusan poslaju yang dijangkakan tiba Jumaat minggu lepas (30/8/2013) hanya tiba semalam. Beralamat dari Crinson Music, Shah Alam.

Pembelian yang tertangguh sejak bulan April yang lepas, disebabkan dana-dananya selalu dirampas untuk benda/perkara lain (paling mutakhir untuk konsert Metallica).

Berisi sebuah pedal jenis stompbox iaitu Boss CH-1 Super Chorus. Seperti yang di dalam entri lepas, ia merupakan pengganti kepada Danelectro Coolcat Chorus CC-1 yang telah berpindah milik kepada seorang rakan pemuzik Bintulu.


Disertakan bersama beberapa dokumentasi yang terdapat di dalam kotak (kad waranti, manual, sticker, katalog, dll) standard pedal Boss.


Untuk pedal jenis stompbox, aku biasanya hanya memerlukan tiga buah sahaja - distortion, chorus dan booster. Dan setup ringkas (minimalist) sebegini biasanya digunakan semasa gig disebabkan senang dan cepat untuk deploy/soundcheck (biasanya hanya beberapa minit) berbanding multi-effects.


Empat tombol (LEVEL, EQ, RATE, DEPTH) untuk pelbagai larasan bunyi-bunyian chorus. Belum sempat nak pandu-uji pedal ni walaupun malam tadi ada sessi traimming (jamming + training). Jadi, tiada ulasan peribadi mengenai kelebihan dan kelemahan pedal ni (mungkin dalam entri lain kot?).


Juga disertakan bersama pembelian sampingan (collateral purchase?) untuk menggenapkan bayaran - Dunlop Formula No. 65 guitar polish & cleaner dan tiga keping pick Dunlop PH112 James Hetfield Black Fang (masih mood Metallica).

_____
Ada apa: Kelemahan beli pedal jenis stompbox, teringin nak tambah lagi...

Silver Forest Bass


Dah nak dekat sebulan baru aku sempat buat entri ringkas bergambar pasal bass baru aku ni.

Kotak yang beralamat dari Crinson Music ini diterima pada 1/4/2013 lepas. Pastinya berisi sebuah bass ESP (sebenarnya LTD je) untuk menggantikan Silverado aku yang dah di"let-go" seminggu sebelumnya. Ikut pengalaman tahun lepas, mesti ada sebuah bass dalam axology aku. You won't know when you'll need it badly.

Ironinya, empat buah bass aku sebelum ini semuanya Ibanez (GSR190J, ICB200EX, GSR200EX, GARTB20) dan kali ni aku keluar dari khemah tidak memilih Ibanez...


ESP LTD F-54 SS (silver satin) - Ini merupakan model paling cikai kasta bawah untuk bass daripada F-series (Forest), dan mulai 2013 ia tidak lagi disenaraikan dalam website ESP tapi masih ada dalam website ESP UK (click link for specifications).


Bass berbentuk Forest sebegini dipopularkan oleh Tom Araya, Henkka Blacksmith, James MacDonough, Dorris Yeh, Orion, Apollyon dan Jairo(?).

F-54 ni merupakan buatan China sekitar April 2008 (berdasarkan nombor siri), model F-1xx dan ke atas mungkin buatan Indonesia.

34" scale.
Sememangnya bass F-series (F-104) pernah menjadi idamanku suatu ketika dahulu, waktu aku baru mula-mula berkecimpung dalam dunia bass.

Standard LTD 12th fret model mark.
Silver satin (SS) finish.
Kelebihan
  1. Ringan, lebih ringan daripada Mirage aku.
  2. Non-glossy silver satin finish.
  3. Mempunyai preamp ESP ATB-1 active tone boost.
  4. Hanya mempunyai satu pikap sahaja (juga menjadi kelemahan).
  5. Full 24-fret.
  6. Matching headstock.
ESP SB-4 solitary passive pickup, ESP DB-4 Bridge
Kelemahan
  1. Ada sedikit cela pada kemasan (finish) cat.
  2. Hanya mempunyai satu pikap sahaja, memang "worst-case scenario" kalau pikap ni rosak waktu tengah jamming atau gig.
  3. ATB-1 yang tak berapa boost, tak boleh lawan preamp Phat-II Ibanez.
  4. Ruang bateri yang susah diakses, perlu dibuka dengan pemutar skru.
Kaviti untuk elektronik.
Dengan sedikit modifikasi (tambah sticker COBHC), mungkin boleh nampak seperti macam bass Henkka Blacksmith.

Ruang bateri yang ringkas.
ESP ATB-1 Active Tone Boost.
Preamp ESP ATB-1 (kotak hitam) yang ada pada bass ni macam ala kadar sahaja, cukup-cukup untuk boost bunyi bass. Tidak seperti preamp Phat-II yang ada pada kebanyakan bass Ibanez kasta bawah.

Tanpa preamp ni, aku rasa bunyinya lebih teruk daripada bass yang tidak mempunyai preamp disebabkan isipadu kayu yang kurang (sebab tu ringan). Kalau ada rezeki lebih, teringin juga nak gantikannya dengan preamp AT2 (made in *Yustechland), tak perlu tukar pikap, hanya perlu tukar preamp.

Oh ya, juga disertakan dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) iaitu kabel Fender Californian 10 kaki (~3 meter) dengan warna kegemaran surf green, dan hadiah percuma sebungkus tali gitar berjenama D'Addario (of course in 9-42, my favourite gauge).


Sebelum ini aku memiliki kabel yang sama tapi versi 15 kaki (~5 meter), selepas menggunakannya beberapa kali semasa jamming dan gig, aku rasa ia agak terlalu panjang untuk perantaraan gitar dan pedal. Sebab itu aku memesan versi 10 kaki yang lebih sesuai. Versi 15 kaki agak sesuai digunakan untuk perantaraan pedal dan amp, atau jika hanya menggunakan amp (direct) tanpa sebarang pedal efek.

Failed pose.
Nickname? SILVER WINGS, enough said. Sempena tajuk lagu Bruce Dickinson. Harap-harap tiada lagi "gali lobang tutup lobang" untuk bass.

Selepas ini ada sedikit rombakan pada line-up Metuk Ulau Project, Korawk akan kembali menjadi gitaris manakala aku pula menggalas tugas bassist. Sebab itu perlu ada bass dalam axology aku seperti yang aku nyatakan pada awal entri. Masa untuk Silver Wings beraksi...

_____
Ada apa: *Bro Yus, if you're reading this entry, I'll contact you later about the AT2.

Akhirnya Aku Berada Di Zon Logam


Bungkusan yang dituntut sendiri di kaunter Poslaju Bintulu petang semalam (19/4/2013) beralamat dari Crinson Music, Shah Alam.

Di dalamnya berisi sebuah pedal jenis stompbox yang memang aku terGAS untuk memilikinya sejak 2010, tetapi dana-dana untuk membelinya selalu saja dirampas untuk membeli benda lain terutamanya multi-effect.

Setelah terGAS hampir tiga tahun, akhirnya kali ni aku "berjaya" memilikinya...


Tak lain tak bukan pedal Boss MT-2 Metal Zone. Sepanjang minggu lepas aku dalam dilema untuk memilih tiga buah pedal metal sama ada Metal Zone, Metal Muff ataupun Fullbore Metal. Setelah membuat kajian tempatan, akhirnya aku memilih Metal Zone atas sebab-sebab berikut:
  1. Paling murah antara ketiga-tiga pedal.
  2. Permukaan untuk dipijak lebih luas iaitu 19.25 cm² berbanding 3.15 cm² pada Muff dan Fullbore.
  3. Kebarangkalian untuk terpijak tombol amatlah rendah.
  4. Ruangan bateri yang senang diakses.
  5. Dah lama terGAS untuk memilikinya.
  6. It's a Boss!

Rasanya tak perlu aku buat ulasan mengenai pedal ni, di luar sana (internet) ada berlambak ulasan sama ada positif dan juga negatif mengenainya. Memang tidak dinafikan MT-2 merupakan antara pedal Boss yang paling popular masuk tahap lagenda seperti DS-1 (bukan DSAI), dan boleh dikatakan "wajib" dimiliki oleh setiap gitaris metal.


Dengan empat tombol EQ (HIGH, LOW, MIDDLE, MID FREQ) terdapat pelbagai kombinasi bunyi metal boleh dihasilkan. Terpulang kepada pengguna untuk mencari "sweet spot" masing-masing. My "sweet spot" so far (in o'clock format) - LEVEL (12-2), HIGH (12), LOW (3), MIDDLE (11), MID FREQ (3), DIST (2).

Dah keluar kem multi-effects? Tak, sekarang aku menghuni kedua-dua kem stompbox dan multi-effects (G2.1Nu, Pod HD300). Ikut pengalaman, kedua-dua multi-effects dan stompbox akan digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian sama ada di bilik tidur gitar, untuk rakaman terus ke PC, jamming di studio sewa ataupun beraksi di pentas gig.

_____
Ada apa: Finally, I'm in the "Zone".

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger