T-Shirt Joe Barbarik


Aku tahu kewujudan t-shirt ini bila Joe Wings Jo Branko sendiri share iklan Grousiey Printhouse di Facebook. T-shirt cetakan semula(?) bersempena *gig Joe Barbarik di Hilton Petaling Jaya pada 04/08/2019. Aku tak ada apa-apa info pasal gig ni, tapi boleh singgah blog Shafid Transformers United untuk jenguk gambar-gambar hari kejadian.

Memesan dua unit saiz gergasi iaitu 3XL dan 4XL untuk mengoptimumkan kos pengeposan, selain was-was dengan ukuran 3XL pada mulanya. Setiap unit t-shirt disertakan dengan beg Kedai Tengkorock, poster kecil dan plastik sticker cukai jalan.

Rekaan imej hadapan agak menarik dengan imej Jo Branko bersama Goldtop di"kartun"kan. Sebagai seorang peminat dan pemain gitar, aku agak kecewa dengan imej headstock yang cincai tidak jelas.

Imej belakang pula sepatutnya setlist konsert tersebut, tapi design flaw membuatkannya susah dibaca.

Mulanya dijanjikan dengan t-shirt berteg Gildan Premium, tetapi kehabisan stok untuk saiz-saiz gergasi atas kekangan PKP. Diberi opsyen menggunakan t-shirt in-house Kedai Tengkorock dengan diskaun RM10 tetapi masih tebal, masih berbaloi.

Ok, bolehlah digandingkan dengan Goldie aku bila ada sessi jamming atau gig yang menggunakan gitar ini kelak.

_____
AADI: *Joe Barbarik featuring PrimeD?

Cort Pertama


Ini merupakan pembelian impulsif musim PKP (bahaya ni) dan gitar pertama diperolehi untuk 2021. Selain satu daripada model tersenarai untuk *projek gitar perumah Lace Alumitone HSS, spesifikasi Cort G200DX ini dan harga yang ditawarkan juga antara faktor.

Serius, sebelum ini aku tak pandang pun gitar-gitar jenama Cort kecuali model KX5 dan G250FR (klon SDX?). Padahal kilang Cort Indonesia merupakan OEM kepada beberapa gitar jenama lain seperti Ibanez, PRS SE, Squier dan Jackson.

Bila gitar ini ditawarkan semasa promo "FMCO Meal Deals" oleh pengedar rasmi Cort di Malaysia iaitu The Guitar Store, harganya terus menjadi murah seperti harga model G100, maka tertariklah picu...

Pertukangan kayu kilang Cort tak perlu dipertikai, kalau letak jenama lain pada headstock (contohnya Jackson) dengan kualiti begini, senang-senang saja harga runcitnya mencecah RM2k.

Badannya adalah daripada kayu ash, sepatutnya ringan kan? Tidak pada gitar ini yang beratnya 4.0 kg, seberat sebuah Les Paul standard (Goldie aku 3.9 kg). Bentuk offset Strat begini lebih ergonomik dan seimbang bila digalas dengan strap, tetapi membuatkannya tidak muat dalam peti cap buaya.

G-series ini tidak memiliki headstock "cangkuk" seperti kebanyakkan Strat-copy lain. Lubang truss rod juga terletak pada headstock dan bukan pada pangkal neck seperti SDX, lebih mudah untuk diakses. Tali asal 9-42 (D'Addario daripada ball-end warna-warni) masih bagus dan dibiarkan dalam talaan E-standard.

Mengikut nombor siri IE210304405 ia keluaran Mac 2021, aku jangkakan dapat batch 2020. Tuner yang cukup-cukup makan, tapi untuk gitar berharga sebegini, tak hairanlah.

Radius fretboard katanya 240 mm (~9.5") agak melengkung berbanding radius 12" yang biasa aku guna. Neck dan fretboard adalah daripada sebatang kayu maple yang sama (1-piece hard Canadian maple?) dengan sedikit ketara pola "bird's eye" sepanjang fretboard, neck dan headstock membuatkan penampilannya sedikit eksotik.

Bridge standard vintage tremolo enam skru. Perlu sedikit masa membiasakan diri dengan bridge begini kerana telapak tangan aku dah biasa dengan bentuk bridge jenis TOM dan FR untuk palm mute. Akan dibiarkan dalam keadaan "fixed" tanpa perlu aksi tremolo.

Antara tabiat buruk aku, terus bercadang untuk menggantikan pikap stok dengan pikap aftermarket (dalam kes ini, Alumitone HSS) tanpa memberi peluang kepada pikap stok untuk beraksi dan menunjukkan taring mereka. Jika pikap stok Powersound HSS ini cemerlang dalam situasi jamming kelak (entah bila), maka ia akan dikekalkan.

Sambungan bolt-on ala AANJ Ibanez lebih mesra telapak tangan, neck juga ada skunk stripe. Kayu badannya adalah daripada dua keping (2-piece) kayu sahaja. Semburan "clear" pada seluruh badan agak tebal seperti ex-Korina, seakan-akan lapisan cermin 1 mm meliputi badan gitar ini. Adakah ini mempengaruhi tona dan berat keseluruhan?

Satu kelebihan gitar jenama Cort ialah setiap gitar dibekalkan dengan gigbag tak kisahlah ia model murahan. Gigbag walaupun ala kadar nipisnya, tapi lebih bagus daripada tak ada langsung kan?

Amat berpuas hati malah kagum dengan kualiti yang jauh lebih bagus daripada jangkaanku terutama pertukangan kayunya yang aku rasa setaraf dengan Squier Classic Vibe yang berharga 2-3 kali ganda. Cuma hardware (tuner, bridge) dan elektronik sahaja ala kadar, tapi itu boleh dinaik taraf kemudian. Hanya action sahaja terlalu tinggi untuk citarasa peribadi, akan dilaras dan diintonasi kemudian.

Disertakan dengan trem bar, dua batang Allen key, spring tremolo ekstra dan dua keping pick Alice sebagai pemberian. Tiada manual, tag model dan tag tali D'Addario disertakan. Rotosound DarkZone DZ10 itu pula merupakan pembelian sampingan.

Seperti biasa, gitar murahan sebegini akan dijadikan gitar projek dan gitar harian, tatkala anak-anak rajin masuk bilik hobi, tak cuak sangat bila gitar ini dikacau berbanding gitar lain... Nickname? Dengan penampilannya yang natural kombinasi kayu ash dan maple, ia akan digelar WOODY.

_____
AADI: *Model lain yang tewas - Squier Bullet/Affinity HSS dan Yamaha Pacifica PAC012.

Ada Apa Dengan Sarawak Laksa Keropok?


Tajuk tu nampak salah tatabahasa kan? Sepatutnya "keropok laksa Sarawak", tapi nak buat macam mana, dah memang nama produk ini dieja begitu...

Keluaran Fourway Snack Food jenama di bawah Lee Fah Mee, buatan Tatien Food Industries Sdn. Bhd. Kuching, Sarawak. Dengan harga RM1.70 untuk sebungkus 50 g ini. Bungkusan nampak sebesar Twisties, tapi sayang 50% isinya adalah oksigen.

Rasa? Bolehlah, ada sikit rasa laksa Sarawak dan taklah sepedas mana. Anak kecik aku si Arlo pun rileks je makan.

_____
AADI: Teringin nak makan muruku Popo.

Wordless Wednesday: Blacklisted



_____
AADI: Serius, aku cuma berminat nak dengar versi Jason Isbell dan The Hu.

StarCraft II Mode (Part 4)


Legacy Of The Void sememangnya kempen StarCraft II yang hebat, lebih hebat berbanding Heart Of The Swarm dan Wings Of Liberty sebelumnya. Ditambah dengan dua kempen "bonus" prolog dan epilog membuatkan kempennya lebih panjang.

Dan untuk meneruskan kuadrologi, selepas habis memainkan LOTV dibeli pula kempen Nova Covert Ops dengan harga USD9.50 sejajar dengan semangat gaming-PKP. Harapnya dapatlah nocturnal gaming lagi untuk jangka masa seminggu.

Kempen ini berpaksikan Nova, ejen Ghost terkemuka Dominion Terran. Kempen-kempennya lebih teknikal selain strategi asal StarCraft II. Mengingatkan aku kepada kempen Command & Conquer: The Covert Operations sekitar 25 tahun lepas yang lebih mencabar berbanding kempen asal C&C.

_____
AADI: Defenders Of Man?

Isäni Ääni


Mendengar versi Suomi terasa lebih menyentuh hati dan eksotik liriknya berbanding versi English...



Selamat hari bapa, ayah, abah, papa, bapak, apak, apai, beliau dan apa saja gelarannya di seluruh dunia kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap AADI yang berstatus ayah.

_____
AADI: Dah dua tahun aku tak dapat menjenguk bapa di kampung dek isu pandemik.

Ada Apa Dengan Hype Energy Mojito?


Perisa kedua Hype yang dicuba ialah Mojito, ultra mint & lime.

Walaupun masih keras manisnya dan ditambah pedas-pedas karbonat, tapi dengan rasa pudina dan limau, perisa minuman yang agak tipikal dan senang diteguk berbanding perisa After Dark yang eksotik.

_____
AADI: Dah habis dah promo RM0.99 setin.

Ada Apa Dengan Hype Energy After Dark?


Ok, ini percubaan pertama untuk minuman tenaga jenama Hype, dengan perisa After Dark cinnamon fire yang katanya merupakan perisa edisi terhad(?). Imej luarannya memang ranggi dan sedikit sebanyak menjadi penarik.

Dah lama aku perhatikan minuman tenaga jenama ini di pasar raya M, tapi harganya yang agak premium (seperti Monster Energy) sekitar RM3.00+ untuk setin berisipadu 250 ml membuatkan aku tidak tertarik picu untuk membelinya. Tapi untuk batch ini ia dilelong dengan harga RM0.99 sahaja, mungkin menghabiskan stok? Tiga perisa dibeli, dua stok untuk entri akan datang.

Buatan Poland dan ada tanda logo halal Poland bagi mereka yang was-was. Rasanya agak keras ditambah dengan rasa pedar-pedar kayu manis (cinnamon) dan pedas karbonat membuatkan pengalaman meneguknya sesuatu yang sukar dilupakan. Sesuai untuk peneman pemanduan jarak jauh, itupun kalau dah dapat rentas daerah/negeri.

_____
AADI: Kalau jumpa lagi dengan harga begini, beli.

Ada Apa Dengan Kopiko Lucky Day?


Satu lagi lebihan entri minuman yang sepatutnya untuk entri ketika bulan Ramadhan lepas yang tersimpan dalam bentuk draft.

Diperolehi di kedai runcit CW dengan harga aku lupa, mungkin tak sampai RM2.00 untuk sebotol berisipadu 180 ml, memang terasa tak puas untuk kopi yang lemak berkrim begini. Teringat pula Kopiko kopi latte 78°C dalam entri lima tahun lepas.

_____
AADI: Kopiko, kopiku, kopi kau, kopi kaw.

Teras Logam Boss


Tatkala harga pedal-pedal stompbox Boss melonjak naik, aku berjaya mendapat pedal Metal Core ML-2 ini padal harga 30% lebih murah berbanding harga runcit kerana berstatus stok lama baharu (new old stock, NOS).

Diperolehi daripada Studio Gitar Kopak melalui perantaraan Facebook Jamtank. Sejajar dengan statusnya NOS, pedal ini nampak baharu tanpa calar, batch kotak hitam.

Diperolehi berbekalkan dana-dana hasil jualan pedal Silencer beberapa minggu lepas, supaya aura "hobi lama mendana/menjana hobi baru" terus mengalir.

Berbeza dengan Combo Drive BC-2 dan Power Stack ST-2 yang seangkatan, ML-2 ini pedal jenis one-trick pony kerana tiada variasi karekter bunyi apabila tombol DIST dipulas, hanya intensiti distorsi sahaja yang bertambah.

Begitu juga dengan 2-band EQ (tombol LOW/HIGH) yang hanya melaras treble dan bass sahaja, bunyinya tetap akan hi-fi mid-scooped. Selebihnya perlu dilaras MID dan/atau PRESENCE pada amp yang digunakan.

Akan menjadi pedal distorsi utama dan diintegrasikan bersama-sama CH-1 dan DD-7 dalam pedalboard BCB-30 untuk menghidupkan kembali rig "real men use three pedals" Boss.

Eleh!~ Azam awal tahun katanya berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox... Mungkin jika ada dana dan peluang, ingin mendapatkan *Metal Zone MT-2 lagi sekali.

_____
AADI: *Atau MT-2-3A, tapi harganya tidak berbaloi.

StarCraft II Mode (Part 3)


Setelah habis memainkan kempen Heart Of The Swarm dua pusingan, terliur pula untuk memainkan kempen seterusnya iaitu Legacy Of The Void.

Dibeli dengan harga yang sama seperti kempen Heart Of The Swarm iaitu USD14.99, tapi kempen berpaksikan Protoss ini lebih berbaloi dari segi jalan cerita, tempoh kempen yang lebih panjang dan kepuasan memainkannya. Ditambah pula dengan muzik runut yang ohsem.

_____
AADI: En taro Zeratul!

Sedekad 7611


10 tahun yang lepas, hari ini.

Ungu D. Koceng?

Dengan keadaan isu semasa, tiada mood untuk menyambutnya dengan *cemerlang, gemilang mahupun kebilangan terbilang.

Hanya awal pagi lagi Mrs. Ijau dah siapkan sarapan istimewa, rojak mee hibrid rojak Dalat + rojak Beaufort, seperti anak-anak kami hibrid Melanau + Brunei, Melanei/Brunau?

Sejak 14 tahun lepas, AADI juga sedikit sebanyak menjadi "kapsul masa" mengimbau perjalanan hidup zaman bujang, zaman bercinta, berumah tangga, sehinggalah kini tiga (lima sebenarnya) cahaya mata - Lil'Ijau, Ijau Jr. dan Arlo (nama timangan dalam penulisan blog).

Arlo? Merujuk kepada watak dalam filem The Good Dinosaur.

_____
Ada apa: *Melancong secara maya sahaja.

T-Shirt ESP Malaysia


Mengakhiri bulan Mei dengan menerima t-shirt rasmi "ESP Malaysia" daripada Music Bliss, *pengedar rasmi ESP/E-II/LTD Malaysia (bukan lagi Guitar Collection). Seperti yang diumumkan dalam Facebook Music Bliss sebelum raya, nama aku dan Azrul antara yang sangkut.

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG . Seperti yang telah dijanjikan, berikutan adalah senarai nama pemenang 'ESP GIVEAWAY...

Posted by Music Bliss on Saturday, 8 May 2021

Tapi rasnaya, macam semua nama rakan-rakan kenalan ber-ESP yang menyertai tersenarai di situ.

Hadapan.
Belakang.
Hiasan lengan kiri dan kanan.

T-shirt adalah jenis jersi bola, nipis dan cepat kering. Nasib baiklah saiz yang dipilih 2XL cukup besar untuk saiz badan aku yang gergasi. Bolehlah dipakai kelak untuk sessi jamming atau gig, tatkala PKP dah berakhir.

Tak sah kalau tak digambar bersama-sama keluarga ESP yang aku ada, trio Eclipse - Eclipse-II (Shiro), EC-1000VB (Deluxe) dan EC-257 (Sven).

Terima kasih kepada Music Bliss. *Harapnya dapat bawa masuk model-model LTD semasa/terkini dan jadikan ESP hebat kembali "make ESP great again" gitu.

_____
AADI: Tapi t-shirt ESP "Seven" aku lagi gempak, hahaha...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger