Showing posts with label flashback friday. Show all posts
Showing posts with label flashback friday. Show all posts

Flashback Friday: Dokken 2026


Entri ni patutnya aku post sebelum raya, waktu Bro Sub ada cerita pasal Dokken dalam entrinya. Lama benar tak cerita pasal Dokken, entri terakhir berkaitan Dokken tahun 2011. Kebetulan minggu sebelum raya lepas layan lagu-lagu Dokken versi live melalui Youtube - zaman 80an dan zaman 2010an.

Antara sebab aku mengeluarkan semula album kompilasi The Very Best Of Dokken ini. Ada beberapa lagu Dokken yang teringin aku nak cover sejak berkecimpung hobi bergitar, antaranya Breaking The Chains, In My Dreams, Dream Warrior, lagu berhantu Alone Again dan 1000 Miles Away (Don Dokken).

"aku pun bleh dikirakan baru jugak minat dgn dokken ni, xsengaja minat dorg, semuanya gara2 dgr braingell radio yg skali skala pasang lagu2 dokken. antara lagu dokken yg 1st aku enjoy dgr ialah lagu breaking the chain. lbh2 lg bila dgr killer solo oleh george lynch. dah kebetulan cerita pasal dokken, cd ni pun ada dlm koleksi aku - the very best of dokken"

- Entri 2009.

Fuh, masih wujud lagi Braingell Radio ni.

_____
AADI: Sekarang kalau audio CD harga RM43.90 dikira murah.

Flashback Friday: Blogging Blues 2026


Tahun ke-19 berblog bawah platform Blogger (dahulunya Blogspot sebelum dibeli Google), selepas berpindah dari platform Friendster (The Blog Of Ijau) sekitar Januari 2007, dan kemudiannya menukar haluan menjadi blog perhobian awal 2009.

*Battle suits collection.

Tahun demi tahun berlalu, semangat dan kehangatan untuk berblog sebenarnya semakin kurang. Lebih-lebih lagi bila geng blogger yang masih aktif kini hanya boleh dikira dengan sebelah tangan. Semakin berusia ni terasa semakin kurang perasaan untuk menonjol lagi dalam dunia siber. Entahlah, kalau aku putus asa (kalau) mungkin akan berhenti berblog tahun depan 2027, biar genap 20 tahun bawah platform Blogger.

Sehingga kini pun banyak entri AADI yang sudah tidak lagi relevan aku dah tapis dan turunkan, terutamanya entri berkaitan kehidupan peribadi dan keluarga. Kalau ada hyperlink yang tidak berfungsi tu maknanya entri tu sudah aku turunkanlah. Tinggalkan entri yang betul-betul berkaitan dengan hobi sahaja - gitar, jamming, gig, CD/DVD, muzik metal, gaming, kaki wayang dan tinju.

_____
AADI: *Belajar prompting.

Flashback Friday: Menace To Orang Asing 30


Memindahkah beberapa folder mp3 album-album bertaraf *soundtrack of my life untuk dipasang dalam Silvia. Baru perasan dua album ini sama-sama menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini, kedua-duanya juga adalah rilisan bulan Jun 1995 (terlepas empat bulan) - Wings Orang Asing (03/06/1995) dan Ugly Kid Joe Menace To Sobriety (13/06/1995).

"in 1994-1995 (baru lps PMR ni) aku cuma layan lagu2 alternative dan grunge (biasala zmn2 tu zmn nirvana, green day, the offsprings, OAG gitu~). penghujung 1995 member rapat aku jantayu beli kaset (bersama2 kaset wings orang asing) ni dan kitorg sama2 layan, maklumla tiap2 ptg aku slalu melepak kat rmhnya atau sama pi pantai mandi laut. so, memori zmn gila2 remaja tu mmg terbayang bila dgr lagu2 dlm album ni (especially cloudy skies)"
- entri Menace To Sobriety (25/12/2009).
"Antara album Wings yang banyak meninggalkan memori. Album ni dikeluarkan pada tahun 1995, aku baru tingkatan 4 (layan bersama-sama UKJ Menace To Sobriety) dan sekali lagi album ni (bersama-sama album Mencari Asal Usul) aku layan waktu aku second year kat USM tahun 1998. Jadi bila dengar lagu-lagu dalam album ni mulalah teringat banyak memori, memori dua tahun yang berbeza 1995 dan 1998. Memori bergumbira mandi-manda tiap-tiap petang di Pantai Pimping bersama best friend aku Jantayu (bukan nama sebenar) dan memori tengah perah otak selesaikan assignment tutorial kimia organik bersama-sama housemate."
- entri Orang Asing (07/02/2010).

*Antara album lain yang dipindahkan - Louder Than Hell, Dominator, Best Of Exists, Duran Duran Greatest dan Menakluk Kosmos.

_____
AADI: Menakluk Kosmos pun dah lebih 10 tahun kan?

Flashback Friday: Pistol 30


Album pertama self-titled Foo Fighters atau album "pistol" hari ini menyambut ulang tahun yang ke-30. Mengimbau kembali betapa jauh berbeza muzik mereka ketika itu berbanding sekarang, lebih alternatives dan rebellious, era post-Nirvana, post-grunge. Memang ngam dengan jiwa remaja aku ketika itu.

"Kalau nak cerita pasal memori album ni memang agak lucu, ia dikeluarkan sekitar tahun 1995 tapi aku layan awal 1996. Waktu tu aku di tingkatan 5 dan bakal menghadapi SPM tapi terjerumus dalam kancah "cinta monyet", lagu-lagu dalam album ni (bersama album-album Nirvana) merupakan pengubat hati yang luka dan motivasi untuk meneruskan pembelajaran (teruknya emo aku waktu tu~)."

- Entri 2013.

Sejak bulan lepas pula, semua platform media sosial Foo Fighters mula mengimbau kembali lagu, gambar, video dan konsert lama mereka dari penubuhan sehingga kini dengan hashtag #ff30 dan #foofighters30.

Entri musim PKPx, Foo 25.

Seperti yang pernah aku ceritakan, dulu aku hanya minat era tiga album pertama (FF, TCATS, TINLTL). Selepas mendengar One By One aku mula muak dengan muzik FF dan berhenti mengikuti mereka. Mungkin kerana ketika itu aku lebih ke arah genre power metal (Blind Guardian, HammerFall, Nightwish, Kamelot).

Hanya kembali selepas Dave Ghrol patah kaki semasa konsert di Sweden pada 2015. Selepas itu mula mengumpul kembali album-album FF yang ditinggalkan, kebanyakkannya melalui eStock. Dan album-album terkini melalui Radin Music atau Inverno Music.

Beberapa hari lepas FF juga ada merilis lagu baru yang mungkin untuk album terbaru(?) mereka. Semoga FF akan maju untuk 30 tahun lagi

_____
AADI: Walaupun macam ada masalah lagi dengan drummer baru.

Flashback Friday: Alasanmu 2025


Exists merilis versi 2025 lagu Alasanmu di YouTube beberapa hari lepas...

Tapi aku tetap lebih suka versi *vanilla rilisan 1995 daripada album Diammu Gunung Berapi. Selain memori sebalik lagu ini, solo Along juga amat ikonik dalam versi asal.

Kedua, tiap kali Along guna gitar Kramer kuning pasti aku akan teringat mentor pateri-memateri online aku arwah YusTech. Inilah antara legasi terakhir beliau untuk persada muzik tanah air, selagi Along dan Exists menggunakan gitar ini.

_____
AADI: *Mencari Alasan (versi pasaran Indon?).

Flashback Friday: BNW 25


Rasanya macam baru saja aku buatkan entri ulang tahun ke-20 album ini, semalam (29/5/2025) genap 25 tahun usianya. Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya.

Cerita di sebalik album ini sudahpun diceritakan dalam entri tersebut. Untuk entri kali ini entahlah, mungkin nak cerita keinginan untuk cover lagu Blood Brothers tidak kesampaian.

Untuk cover lagu ini perlu ada geng yang memang betul-betul peminat Maiden, terutamanya bassist dan drummer, kalau tak memang tak menjadi. Solo Janick Gers dalam lagu ni antara solo Gers yang paling aku suka, walaupun pendek dan tak berapa teknikal, tapi melodinya menusuk kalbu.

Lagu The Wicker Man pula pernah cover beberapa kali ketika era jamming di 36 Studio dulu, tapi tak pernah main atas pentas.

_____
AADI: Garisan halus antara cinta dan benci?

Flashback Friday: Tyrant 20


Terasa macam baru saja aku buat entri sedekad album ini, pejam celik pejak celik, hari ini sudah dua dekad jadinya album solo Bruce Dickinson kegemaranku ini - Tyranny Of Souls.

Bukan lagi menjadi album "terkini" Bruce Dickinson kerana tahun lepas sudahpun dirilis album The Mandrake Project. Dan seperti album-album terkini artis/band lain kegemaranku, juga belum tergerak hati atau berusaha untuk mendapatkannya.

Ia akan sentiasa dalam sirkulasi album-album yang selalu dipasang dalam kereta (Silvia - versi mp3, Imago - versi JSCD) untuk pemanduan harian mahupun jarak jauh. Maka akan terpiculah memori tahun-tahun terakhir "wasted years" aku di Penang.

_____
AADI: Belum tercapai hajat untuk cover Abduction dan/atau The Power Of The Sun.

Flashback Friday: Black Halo 20


Giliran album ketujuh Kamelot The Black Halo menyambut ulang tahunnya yang ke-20 esok (15/03/2025). Kalau ikutkan, inilah album Kamelot kegemaranku mengalahkan album sebelumnya Epica.

Jika Epica mengingatkan aku pada tahun terakhir aku di Penang dan musim menganggur di kampung sebelum dapat kerja di Bintulu, album ini pula mengingatkan aku pada era kembali rajin berblog selepas penjenamaan semula AADI. Walaupun ia rilisan 2005, tapi aku hanya layan album ini sekitar 2009 selepas menonton DVD One Cold Winter's Night.

Selepas Roy Khan keluar Kamelot pada 2011, aku agak suam-suam kuku untuk layan Kamelot. Tiga album era Tommy Karevik; Silverthorn, Haven dan The Shadow Theory, walaupun kesemuanya aku ada versi CD tapi seperti tidak melekat walaupun didengar beberapa kali.

_____
AADI: Album terkini The Awakening (2023) pun belum dijengah.

Flashback Friday: Erectus SMR 2024


Video persembahan Erectus semasa gig Sarawak Metal Regime 2024 bulan Disember lepas yang dimuat naik dalam channel YouTube Azrol.


Syair Siulan Sayu.

Komander Teragung.

Saqang.

Speech, Puaka Dunia Part 1 - Amarah Duka.

The Ancient Throne Of Metal.

Gemersik Ritma.

_____
AADI: Aku pening efek lampu kelip-kelip atas pentas.

Flashback Friday: Rise To Remain 2011


Ketika menaip entri ini baru aku tau yang band Rise To Remain telahpun dibubarkan pada tahun 2015 (sumber Wiki). Sempatlah menonton konsert mereka di Kota Singa pada 15/02/2011.

Sebenarnya mereka menjadi aksi pembuka (opening act) untuk konsert Iron Maiden di Singapura bersempena jelajah dunia album The Final Frontier. Rugilah Berteromber datang lambat.

Aku rasa kali terakhir aku buat entri ulang tahun konsert ni ketika tahun ke-11 (2022). Tahun 2023 dan 2024 tak terbuat entri, dua tahun berturut-turut agak berkabung pada bulan Februari.

Masih adakah peluang untuk menonton konsert mereka di nusantara? Maksud aku Iron Maiden, bukan Rise To Remain... Nicko pun dah pencen, ahli lain bakal menyusul(?).

_____
AADI: Korawk lagilah langsung tak datang, burn tiket.

Flashback Friday: PlayStation 30


Baru-baru ini Sony menyambut ulang tahun PlayStation yang ke-30. Dalam lima generasi PlayStation, aku hanya sempat memiliki dua generasi iaitu PSOne dan PS4. Maklumlah dahulu aku lebih kepada PC gamer berbanding konsol.

PSOne sempat diperolehi sekitar 2003 ketika di Penang, itupun untuk dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bila aku balik kampung. Sebelum berpindah milik, sempatlah memainkan 2-3 tajuk game dengan serius berjam-jam. Untuk PSOne ini game yang paling melekat ialah Digimon World 3, savegame-nya pun masih lagi ada dalam memory card.

Zaman PS2 pula hanya sempat bermain di rumah kawan-kawan, itupun ala kadar memainkan game seperti FIFA dan The King Of Fighters. Tidak tergerak hati untuk memiliki PS2 atau PS3 kemudiannya kerana ketika ini aku masih lagi PC gamer tegar.

Sehinggalah ketika Fallout 4 dirilis pada 2015, PC aku ketika itu memang di bawah spesifikasi minimum untuk menampung Fallout 4. Kos menaiktaraf PC aku supaya serasi dengan spesifikasi minumum jauh lebih mahal berbanding harga sebuah konsol PS4 baharu.

Akhirnya pada penghujung 2016, aku menarik picu untuk mendapatkan sebuah PS4 Slim 500GB semata-mata untuk memainkan Fallout 4. Transisi daripada PC gamer kepada console gamer memang kekok pada mulanya.

Selepas habis memainkan Fallout 4 tiga pusingan pada awal 2017, tiada lagi kehangatan untuk berkonsol aka gaming fatigue. Maka PS4 Slim tadi terperap tidak dimainkan lagi sehinggalah musim PKP 2020.

Ketika musim PKP, kembali aktif berkonsol terutama nocturnal gaming. Empat game yang pasti mengingatkan aku pada musim PKP ialah The Last Of Us, Remastered, Doom (2016), Tomb Raider: Definitive Edition dan Days Gone.

Sehingga habis fasa keempat PKP, sekali lagi mengalami gaming fatigue. Dan atas faktor baby blues bakal menimang cahaya mata keempat ketika itu (tapi tiada rezeki), aku mengambil keputusan untuk melepaskan PS4 Slim ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali bass Francesco (PFG5 Warlock) aku.

Fast forward awal tahun ini keinginan untuk berkonsol kembali, lebih-lebih lagi teringin untuk memainkan semula Days Gone. Maka tertarik lagi picu mendapatkan sebuah PS4 Pro 1TB terpakai.

Tahun ini game yang menusuk kalbu dan meninggalkan banyak memori pastinya game Red Dead Redemption II. Memang game tahap karya agung, masih relevan dimainkan selepas enam tahun rilisannya.

PS5? Belum lagi sampai tahap teringin untuk ber-PS5. Banyak lagi tajuk-tajuk game menarik PS4 dalam senarai intai yang belum ada peluang untuk dimainkan - The Outer Worlds, Elden Ring, Doom Eternal dan Shadow Of The Tomb Raider. Game yang aku dapat sekali dengan PS4 Pro - Sekiro, GTA-V, Jump Force - pun tak terkacau lagi.

_____
AADI: Tunggu mood untuk gaming kembali.

Flashback Friday: S&M 25


Ini sebenarnya entri yang dibuat bersempena ulang tahun ke-20 album ini (2019) tapi terperap beberapa tahun dalam bentuk draft. Dikorek dan diolah semula untuk entri ulang tahunnya yang ke-25, esok (23/11/2024).

Pernah memiliki album ini beberapa kali dalam pelbagai format - VCD (versi JS, 1999/2000), audio CD dan DVD (Speedy Video, 2010 dan 2013).

Bagi aku, lagu yang sinonim dengan S&M ialah lagu No Leaf Clover, radio Hitz FM hampir tiap-tiap hari pasang lagu ni (ketika itu). Lagu yang otomatik mengimbau era awal tahun 2000 di Penang ketika bergelut dengan pelbagai masalah - pelajaran, kewangan, percintaan, tempat tinggal, dll.

"Dilayan sehingga awal 2000, akan mengingatkan aku pada dan musim aku ambil lesen motosikal dan layan VCD filem-filem koboi Clint Eastwood, seterusnya dapat tahu lagu runut Ecstasy Of Gold adalah daripada filem The Good, The Bad And The Ugly yang selalu menjadi intro konsert Metallica."

- Entri 40th Metallica.

_____
AADI: Album live S&M2 pun belum terlayan lagi.

Flashback Friday: Youthanasia 30


Giliran album ini pula menyambut ulang tahun yang ke-30. Ada dua entri pasal perolehan CD album ini daripada eBay - entri 2009 dan entri 2014.

Entri 2014.

Ini antara album Megadeth yang ada nilai-nilai nostalgia selain album Risk, kerana aku mula mengenali Megadeth menerusi album ni, seperti yang aku pernah ceritakan dalam entri 2009 (gaya penulisan ketika itu agak berbeza).

"aku 1st tgk kaset ni thn 1995 (form 4), classmate aku bawa kaset ni pi skolah dgr guna walkman. time tu aku xtau pun band megadeth ni, cuma cover art album ni menarik perhatian... time tu aku cuma dgr lagu2 drp green day, offspring, ugly kid joe dan nirvana"

Cerita selebihnya tak perlulah aku taip semula...

Teringin sangat nak cover lagu A Tout Le Monde... Rasanya pernah sekali dua main waktu jamming tapi tak pernah lengkap/habis sebab tak semua rakan-rakan jamming tahu lagu ini.

_____
AADI: Selepas Dystopia dah agak kurang layan Megadeth.

Flashback Friday: Once 20


Giliran album studio kelima Nightwish, Once pula menyambut ulang tahun ke-20 hari ini.

Album yang memperkenalkan aku pada muzik Nightwish menerusi videoclip lagu Wish I Had An Angel yang tertonton di Yahoo! Music Nuclear Blast (ketika itu belum ada YouTube) awal 2005. Sebelum itu aku hanya kenal nama Nightwish melalui kaset album Century Child housemate aku, tapi tak ambil kisah dan tak pernah dengar pun muzik mereka ketika itu.

Aku ada dua versi CD album ini, versi AsiaLink yang dibeli di dB Music Komtar dan versi limited Edition melalui eBay. Sebuah super album yang lagu-lagunya pasti akan mengingatkan aku pada tahun-tahun akhir aku di Penang.

Nemo, my name forevermore...

_____
AADI: Juga selamat 7611, hari ini.

Flashback Friday: 15 Tahun Bergitar


Entri rutin tiap kali pertengahan Mac, tiada entri bragging rights tahun ini, tiada peningkatan perbatuan kegitaran untuk 2023. Tiada gig atau persembahan awam yang disertai, keinginan untuk membuat persembahan atas pentas gig atau persembahan awam pun sudah agak cair. Mungkin faktor masa dan usia.

Gambar zaman bujang.

Adapun hanya menyertai jamming healing-healing bersama rakan-rakan di Luk Lalai Studio yang lebih kepada memainkan lagu-lagu cover rock jiwang. Tapi setakat entri ini ditaip, untuk 2024 hanya pernah jamming sekali sahaja pada awal Januari lepas (tiada entri). Line-up MUP pun entah ke mana dah...

[Nota: perenggan ini ditaip pada penghujung bulan Februari] GAS? Malas nak sasarkan apa-apa tahun ini, tapi kalau Epiphone Dave Grohl DG-335 ada masuk pasaran Malaysia dan harganya tidak semahal Epiphone Dave Mustaine Flying V, pasti akan masuk dalam senarai intai.

Terkini, harga runcit pre-order DG-335 telah didedahkan oleh Music Bliss (pengedar rasmi Epiphone Malaysia). Ya, memang murah daripada Mustaine V, tapi masih melebihi paras RM5k.

Bagi aku menarik picu untuk sebuah lagi gitar melebihi RM5k rasanya agak keterlaluan, apatah lagi untuk sebuah Epiphone. Entahlah, ada baiknya aku teruskan 2020 purge, lepaskan 2-3 lagi gitar dalam axology yang "tidak digunakan" mungkin dapat GLTL...

_____
AADI: There goes my hero.

Flashback Friday: Tiga Skrin, Tiga Memori


Gambar terakhir sebelum dihantar ke pusat pengumpulan barangan e-waste Sabtu minggu lepas. Tiga skrin yang memiliki tiga memori berbeza.

1) Monitor (aku lupa jenama) 16" - Monitor PC pertama aku ketika fasa menganggur di kampung Januari-April 2006. Gaming PC aku ketika di Penang aku bawa balik, tapi monitornya terpaksa dijual kerana tidak ekonomi untuk dibawa balik. Monitor inilah menjadi pengganti supaya aku dapat gaming beberapa bulan di kampung sebelum dapat tawaran bekerja di Bintulu.

Sebelum musim PKP aku bawa ke Bintulu kononnya untuk digunakan di sini, tapi akhirnya terbiar jua dalam stor kerana sudah tidak relevan menggunakan monitor CRT.

2) TV Ichiban 19" CRT - TV yang dibeli menggunakan gaji pertama aku bekerja di Bintulu, bersama-sama langganan pertama Astro Jun 2006. Waktu itu dengan bil bulanan hanya RM50 dapat layan tiga pakej - variety, learning, sports- selain pakej asas. Inilah TV fasa bujang, beberapa kali diusung kerana berpindah-pindah rumah sewa. Kenangan layan WWE, TNA, Akademi Fantasia, Maharaja Lawak, Piala Dunia dan Animax bersama rakan-rakan serumah sewa.

Masih berfungsi, tapi selepas perolehan item perenggan di bawah, ia menjadi penghuni tetap dalam stor.

3) Sharp Aquos 32" LCD - Pernah dibuatkan entri dalam AADI pada tahun 2012, penangan ketika mula-mula bertukar kepada Astro B.Yond dan tak puas hati dengan paparan TV Ichiban tadi. Inilah TV yang mengingatkan aku pada fasa bergelar ayah, kerana layan Astro Ceria, Disney XD dan Moonbug Kids bersama anak-anak.

Bertahan 11 tahun (sebaya anak dara aku si Lil'Ijau) sebelum paparannya kembang dan warna pudar pada tempat kembang tadi. Ditamatkan perkhidmatannya awal tahun ini dan digantikan dengan jenama dan model sama tapi berteknologi LED dan saiz yang lebih besar.

_____
AADI: 80-90an dulu TV 14" layan sekeluarga.

Flashback Friday: MotoVlog By Mamu Vinyl


Terima kasih kepada geng blogger Mus Speedrider aka Mamu Vinyl yang menunaikan permintaan aku untuk motovlog lagu Jalan Sungai Dua (USM) Penang. Walaupun tak seperinci butiran yang diminta, tapi bila dapat melihat tempat-tempat yang dikenali, rasa sebak pun ada...

Minit ke-14 bila masuk area bulatan Bukit Jambul ke Sg. Nibong, masuk ke Jalan Sungai Dua, Batu Uban dan terus ke Gelugor Glugoq, memang area paling banyak memori suka-duka selama lapan tahun aku di Penang (student USM 1997-2001, kerja 2002-2005).

Kali terakhir aku turun Penang penghujung tahun 2009, sebab ada Kursus Kenegaraan. Tahun-tahun sebelumnya memang aku akan turun Penang setiap kali musim Konvokesyen USM. Mungkin suatu hari nanti aku akan bawa Mrs. Ijau dan anak-anak melancong ke Penang.

_____
AADI: Juga terima kasih sebab tag dalam video Abu Mamu.

Flashback Friday: Memori Lefthanded


Terpanggil untuk mendengar semula lagu-lagu Lefthanded yang aku ada selepas menonton temuramah Youtube Kerusi Dj Nazz bersama Datuk Nash beberapa hari lepas.

Aku cuma ada satu album studio Fanatisme dan dua kompilasi Lefthanded. Bila korek entri-entri lama, memang aku tak pernah buatkan entri pasal dua album kompilasi tersebut. Kedua-duanya sudahpun berusia 20 (Reunion - 2003) dan 31 (Seleksi Lagenda - 1992) tahun masing-masing.

Kaset Reunion dibeli di Kompleks Bukit Jambul, mungkin sekali dengan kaset St. Anger penghujung 2003. Manakala CD Seleksi Lagenda di Midvalley Megamall pada 31/5/2005 (tarikh dalam inlay) selepas balik majlis perkahwinan Joad Takilala di Kajang.

Lagu-lagu Lefthanded berbeza berbanding kumpulan rock lain pada ketika itu. Liriknya lebih berkonsep ketuhanan dan keinsanan walaupun muziknya yang agak berat.

Selepas mendengar kembali lagu-lagu dalam kompilasi tersebut, mengingatkan aku pada dua musim. Pertama, musim lagu-lagu itu hits di radio sekitar 80an, zaman kanak-kanak riang. Kedua, memori tahun-tahun terakhir "wasted years" aku di Penang (2005-2006) peneman layan perasaan bersendirian ketika itu.

_____
AADI: Tapau karaoke lima lagu Lefthanded berturut-turut.

Flashback Friday: DOD 20


Album ke-13 Iron Maiden ini pula menyambut ulang tahun yang ke-20 hari ini (rilisan Jepun awal seminggu 02/09/2003). Teringat entri 14 tahun lepas dengan gaya penulisan yang berbeza ketika itu...

"album dance of death plak aku beli cd pirated (hehehe... sori harris) kat kompleks bkt jambul penang (dkt2 nak bln puasa) bbrp minggu sblm album ni release kat msia (sbb dah release awal kat uk & europe, the power of the internet sharing) tp xpe, aku dah menebus kesalahan dgn mmbeli cd album yg ori ;) lagu febret dlm album ni - wildest dreams, rainmaker dan journeyman"

Tahun 2003 amat banyak memori positif, tahun yang mana kehidupan aku di Penang mulai tenang dan stabil selepas tahun 2002 yang agak mencabar kerana pernah tersungkur dan kecundang dari segi kerjaya, kewangan dan percintaan.


Aku suka ulasan Nico LOTB ni...

Jika Meteora mengingatkan aku pada kehidupan awal 2003, album ini pula untuk penghujung 2003. Bertahap soundtrack of my life dan satu daripada lima album Iron Maiden kegemaran peribadi selain SIT, FOTD, VIX dan BNW.

_____
AADI: Teringin nak cover lagu Wildest Dream dan Rainmaker.

Flashback Friday: Kita Brutal


Aku tak follow XPDC apatah lagi Mael sebagai individu. Tapi lagu-lagu era Kita Peng-Yu dan Brutal antara yang pasti akan menggamet memori tahun-tahun pertama aku di USM (1997-1998). Era Samurai dan V6 pun ada memori ke-Penang-annya, tapi itu era Ali.

"Walaupun album ni keluaran 1994, tapi aku hanya terlayan album ni bersama album Brutal apabila menjejakkan kaki di USM sekitar 1997-1998. Ketika mana mereka-mereka di sekeliling aku meminati XPDC, dari rakan bilik sebelah (yang kemudiannya jadi rakan serumah sewa) sehinggalah pakcik supervisor tempat aku bekerja sambilan di Sungai Dua (Penang)."

Tak nak cerita banyak, aku hanya dapat tahu beritanya daripada Facebook Joe Branko/Barbarik pagi tadi. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Terima kasih untuk muzik, memori zaman remaja dan menjadikan metal itu mainstream di Malaysia.

_____
AADI: ILWIIR.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger