Showing posts with label ax3000g. Show all posts
Showing posts with label ax3000g. Show all posts

Guitar Talk: Multi-Effects Versus Stompbox (Part 2)


Dulu aku pernah memiliki beberapa multi-effects terutamanya dari jenama Zoom, antaranya G1X, G1M, G1N, G1XN, G1u, B1X dan B2. Tapi multi-effects yang paling dominan aku gunakan ialah Korg AX3000G (aka Behemoth). Disebabkan waktu itu aku lebih fokus kepada bass, ia juga menjadi mangsa "gali lobang tutup lobang".

Kebelakangan ni semenjak berkecimpung dengan Metuk Ulau Projekt sebagai vokalis dan "si gitaris ketiga", aku mengambil keputusan untuk hanya menggunakan stompbox dengan rig yang ringkas - distortion, chorus dan booster - dengan harapan senang dari segi logistik, setting dan tak perlu pening memilih efek mana (modeling) yang perlu digunakan.

Jamming rig #1 (MT-DS, Pocket Metal Muff, FX600, GDI21)

Tapi setelah beberapa sessi jamming (dan satu gig) menggunakan stompbox, aku rasa agak kelam-kabut sebab terpaksa menumpukan perhatian kepada tiga perkara sekaligus - vokal, gitar dan efek - mungkin disebabkan aku masih lagi n00b dan kurang pengalaman.

Jamming rig #2 (CM-1, CC-1, VXL), rig yang aku gunakan untuk Opening Season Gig 2012. Gambar link dari Facebook Es Oasiss.

Contoh paling senang ketika main lagu Coming Home yang agak progresif, daripada intro (distortion) kepada verse (clean) perlu off distortion kemudian on chorus (dan efek tambahan lain, jika ada), begitu juga seterusnya "vice-versa". Memang nampak senang dan ringkas, tapi kalau tersalah pijak memang kelam-kabut nak memulihkan keadaan.

To be continued...

_____
Ada apa: Selamat Hari Bumi...

Guitar Talk: Remembering My Ex-Pedals


Beberapa hari yang lepas merapu pasal ex-axes, kali ni merapu pasal ex-pedals pula. Dalam keghairahan, kerakusan dan ketamakan aku serta GAS untuk memiliki effects pedal tertentu, kebiasaannya aku akan let-go pedals yang jarang digunakan atau tak diperlukan lagi untuk mendapatkan dana-dana tambahan. Here's my ex-pedals in order of let-go'ness...

Zoom B1X bass multi-effects pedal - Effects pedal pertama yang aku miliki (in general) waktu mula-mula berkecimpung dalam dunia kegitaran (bass) dahulu. Mula-mula aku tak reti nak edit patches sendiri, jadi kebiasaannya waktu praktis atau jamming aku akan guna stock patches. Let-go sebab nak upgrade kepada Zoom B2.

Zoom G1X multi-effects pedal - Effects pedal (gitar) pertama aku miliki. Kalau ikutkan keperluan dan level aku, dengan pedal ni boleh dikirakan sudah memadai. Tapi sifat tamak haloba aku untuk memiliki effects pedal yang lebih advance membuatkan aku let-go pedal ni. Antara pedal yang aku rasa menyesal let-go. Nevermind, next time maybe I'll go for G1XN.

Vox Sarchurator Joe Satriani Signature distortion pedal - Aku beli disebabkan harga waktu CK Music Year End Sale tahun lepas yang amat mengiurkan dan tak lupa hype Satch. Great pedal especially with the existence of MORE switch for instant boost of volume and gain. In the end, terpaksa let-go bagi mendapatkan dana-dana tambahan untuk projek bass amp (yang kemudiannya dibelot oleh Dinoscars).

Zoom G1M Michael Amott Signature multi-effects pedal - Mempunyai patches yang terlalu keras dan tidak versatile untuk muzik-muzik lain selain Metal (it's Michael Amott signature in the first place), great for drop-tuned sound. So, have to let it go and find a more suitable and versatile pedals.

Zoom G1N multi-effects pedal - Seperti yang aku cerita dalam entrinya, pedal ni bukan aku punya. Aku cuma membelikannya untuk seorang kawan di Bintulu ni, tapi sempat juga guna dalam beberapa minggu, not bad... But the lack of expression pedal made this pedal's performance somewhat limited.

Moen MO-VM Violent Metal distortion pedal - Yang ni aku tak let-go, tapi atas masalah-masalah teknikal, ia perlu dipulangkan semula kepada pembekal, dan kemudiannya digantikan (upgrade) dengan Boss DS-1 distortion pedal.

Korg ToneWorks AX3000G multi-effects pedal - Nicknamed Behemoth, antara multi-effects pedal yang lama aku guna, rasa-rasanya mencecah setahun atau lebih. The only bad things about this pedal was it's Behemoth size (pun intended here) and the lacks of USB interface for direct PC recording (eleh, macamlah aku nak buat recording). Let-go sebab perlukan dana-dana tambahan untuk membiayai Replacement.

Let-go itu, let-go ini... Jadi sekarang apa cerita?

Untuk bass, aku masih memiliki Zoom B2 dan tiga pedal Behringer iaitu BOD100, BDI21 dan BLE100. Dan yang menyedihkan, buat masa ni untuk gitar aku cuma memiliki Boss DS-1 sahaja dan yang lainnya hanya bergantung efek-efek pada Micro-Cube.

Tak lama lagi CK Music bakal mengadakan acara tahunan iaitu CK Music Year End Sale yang berlangsung sepanjang bulan Disember, jadi manalah tau GAS datang lagi... But that was another story, right tauke DEG?

_____
Ada apa: Stompboxes camp or multi-effects camp?

Let-Go: Korg AX3000G


Aik let-go lagi? Kebelakangan ni manjang je entri pasal let-go kan?

Kali ni aku let-go multi-effects pedal kegemaranku - Korg AX3000G aka Behemoth. Don't get me wrong, aku let-go pedal ni bukan pasal ia tak best, malahan selama setahun aku memilikinya, ia merupakan multi-effects pedal yang paling versatile dan best pernah aku (dan Azroy) guna waktu jamming (once you get used to it, of course) berbanding Zoom G1X, G1M dan G1N.

Esok, ia bakal memulakan perjalanannya menuju ke Labuan. Tuan barunya tak lain tak bukan merupakan orang yang sama membeli Zoom B1X aku tahun lepas (yang jugak berasal dari Membakut) yang memang benar-benar berminat dengan Behemoth aku ni. Semoga ia akan "mengganas" di Labuan kelak.

So, what's next? Ntahlah... Nak tunggu CK Music 2010 Year End Sale.

_____
Ada apa: Beg cap buaya Gator GK2110 aku nak letak apa kat dalamnya eh?

Ada Apa Dengan Kabel? (Part 2)


Isnin 20/9/2010 - Hari ni hari pertama bekerja setelah bercuti raya selama 10 hari. Hari ni jugak aku menerima tiga bungkus barangan eBay, dua daripadanya merupakan CD dari UK iaitu The Man Who Would Not Die dan Somewhere Back In Time, nanti akan ada entrinya tersendiri. Dan satu bungkusan dari China (or Hong Kong?).

Ia berisi USB to MIDI interface cable atau aku ringkaskan menjadi kabel USB/MIDI sahaja. Kabel ni sebenarnya memang murah nak mampus, cuma AU$1.00 sahaja (RM2.94!) Aik? Seller dari China tapi guna currency Australian Dollar? Ditambah dengan shipping cost AU$4.58 jumlah kesemuanya hanya RM15.94! Aku pernah survey kabel ni kat kedai-kedai muzik (local and online), kabel-kabel yang berjenama seperti Alesis, ESI, Yamaha dan M-Audio berharga sekitar RM150-400! Mampuih!

Simple packaging for a cheap price... Pada mulanya memang aku was-was sama ada kabel ni berfungsi ataupun jenis rejected, tapi takpelah dengan harga cuma RM15+ aku berani gamble.

Inilah kabel USB/MIDI yang ringkas. Ia menukarkan signal MIDI kepada bentuk USB yang senang diakses oleh komputer (or vice-versa). Kalau PC zaman dulu-dulu (pre-USB era), kabel MIDI dicocok pada port DA-15 (port yang berbentuk trapezium warna kuning/oren), port yang sama untuk joystick port (game port) pada soundcard, owh~ this bring back some of my 90s memories...

Untuk apa kabel USB/MIDI ni? Ia digunakan untuk menyambung peralatan muzik (keyboard, instrument synthesizer) kepada sistem komputer (PC atau notebook) supaya bla bla bla... Malas aku nak terangkan, sila baca artikel Wiki mengenai MIDI dan MIDI controller. In my case, I want to connect my Behemoth (Korg AX3000G) directly to my PC or netbook.

Simple test rig: Dinoscars -> Behemoth -> kabel MIDI -> my Lenovo S10-2 netbook.
And what do you know? The cable really works!

Input kabel USB/MIDI pada Behemoth. Output aku guna Sony MDR-XD100 headphone.

Screenshot interface AX3000G versi desktop. Btw, software AX3000G SoundEditor dimuat-turun (download la) dari website Korg, sebab ia adalah optional dan tidak disertakan dalam pakej AX3000G.

_____

Pro - Apa kelebihan rig dan software ni? Bagi aku, nothing special kecuali kita dapat set parameter AX3000G direct dari desktop interface (menggunakan mouse dan keyboard) tanpa perlu memulas tombol-tombol pada pedal AX3000G. Dari dekstop interface ni jugak kita boleh akses patches dengan pantas berbanding dengan "kaki". Contohnya dari patches 1-1 (bank 1, patch 1), kita boleh klik pada patches 15-2 dan secara automatik kita terus melompat ke patches 15-2 tanpa perlu melalui patches 2 hingga 14 seperti menggunakan "kaki".

Patches tambahan jugak boleh didapati dan dimuat-turun dari website seperti haax.se yang kemudiannya boleh diakses dengan software AX3000G SoundEditor tadi. Jadi, tak perlulah kita bersusah payah nak set parameter satu persatu (manual version - leceh), cuma download dan open, kemudian save (override) patches yang kita berkenan pada pedal.

Con - Kelemahannya? Ia tidak dapat digunakan untuk direct desktop recording seperti pedal yang mempunyai USB interface (contohnya Zoom G1u, G2Nu/G2.1Nu dan Vox ToneLab ST). Atas alasan inilah aku bercadang nak let-go Behemoth aku ni (dah ada potential buyer) dan upgrade/downgrade kepada pedal yang mempunyai USB interface, namely those four pedals I've mentioned earlier.

_____
Ada apa: Nasib baik aku tak beli kabel USB/MIDI yang mahal, kalau tak sia-sia je...

Membakut, Here I Come! (Part 6)


Walaupun masih ada lebih kurang 35 jam sebelum aku memulakan perjalanan balik bercuti raya di kampung, ada beberapa barang yang aku dah siap-siap kemas.

Yela, esok (Isnin 6/9/2010) aku kena kerja lagi sehari, takut nanti lepas balik kerja tak sempat nak mengemas, memandangkan aku kena tidur awal dan akan bertolak selepas subuh dalam pukul 5.30-6.00 pagi.

Sebahagian daripada barang-barang yang dah dikemas, kebanyakkannya merupakan barangan hobi (supaya tak bosan post-raya), sebahagian daripadanya akan di"let-go" apabila sampai di kampung kelak. Barang-barang makanan dan kuih raya (kek lapis) belum kemas lagi, semua masih dalam fridge...

Btw, lepas ni nak pilih 10 audio CD untuk "bekalan" ketika memandu nanti. Tapi tak dapat nak pasang yang terlampau heavy macam selalu, sebab "co-pilot" tak tahan muzik yang terlampau bingit. Layan Nassier Wahab oke kot? Hahaha!~

_____
Ada apa: Kenyang makan nasi lemak kukus special, hari ni hari terakhir makcik tu berniaga...

Sessi Jamming Yang Wasted


Sabtu lepas 17/4/2010 - Jangan salah paham, 'wasted' yang aku maksudkan bukanlah sessi ni yang wasted (terbazir), tapi sessi kali ni kitorang try cover lagu Iron Maiden kegemaran aku iaitu Wasted Years (berpandukan kepada DVD Guitar Techniques Of Iron Maiden dalam entri lepas). Bob Kandar memang tau lagu ni jadi drumroll tak menjadi masalah, cuma Azroy je tak tau lagu ni... Tapi kelebihan Azroy ni, bagi je dia dengar mp3 lagu ni 2-3 kali, cepat je dia dapat tangkap intro licks dan berpandukan bassline, senang-senang je dia buat solo sendiri...

Sessi bermula dalam pukul 7.30 malam dan berakhir dalam pukul 10.00 malam, biasanya kitorang akan berhenti bila Bob Kandar dah mula merungut penat nak ketuk drum. Mulanya Azroy datang dengan Shahrin... Tapi ntah apsal lepas setengah jam Shahrin kelam-kabut balik awal (awek call kot? Hahaha).

Equipments? Untuk sessi kali ni Kelly Kelly aku direhatkan, cuma guna Mephisto saja sebab aku tau Azroy suka main tremolo dan digandingkan dengan Behemoth (Satchurator dah dijual). And my Black Ice was hooked up with BOD100 (tak guna B2).

Seperti biasa, lagu Hati Emas, Sejati dan The Trooper dah jadi lagu wajib, jadi setiap kali ada sessi jamming pastinya kitorang akan main lagu ni.

Selain cover lagu-lagu Wings seperti Sejati, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, atas permintaan Bob Kandar kali ni jugak kitorang cover lagu Audioslave Be Yourself. Aku pun makin suka dengan lagu ni semenjak tengok HBK farewell speech on Raw, this song was his farewell theme song on Raw that night... So, I play this song as a tribute to HBK.

Lagu Be Yourself ni sebenarnya lagu kegemaran Bob Kandar, yela takkan manjang nak main lagu kegemaran aku je kan? Lagipun bassline lagu ni senang je BDGE ulang-ulang dari intro, verse, solo, bridge, outro sampai abis (macam lagu Zombie), antara kelebihan lagu-lagu Alternative, skali-skala main Alternative best jugak eh?... Walaupun lirik ada, tapi aku tak reti nak nyanyi lagu ni, jadi kira main instrumental sajalah. Azroy dapat cover hampir 80% guitar works Morello untuk lagu ni (ntah Azroy kenal ke tak siapa Tom Morello ni) kecuali part wah-wah solo, nanti nak kena ajar dia guna expression pedal kat Behemoth as a wah-wah pedal.

Lagu kegemaran Azroy? Dia lagu apapun dia suka main, sebab dia enjoy main gitar... Tapi awas kalau dia dah start main Metallica, tak terkejor aku yop!

Bob Kandar berkeras nak pose dengan Black Ice aku memandangkan Kelly Kelly direhatkan untuk sessi kali ni. Dan rungutan Bob Kandar (seperti biasa) pasal amp berasingan untuk bass tetap ada seperti sessi-sessi yang terdahulu... Ya aku tau, tunggu la bulan depan aku beli amp bass, 30+ watt rasanya cukup la kot untuk bilik kecik macam Hepi ;) makeshift studio ni. Mikrofon sendiri pun kena beli jugak ni nanti, mikrofon cilok dari bilik sebelah (bilik mesyuarat) yang aku guna ni macam dah kureng sikit.

Berbalik kepada lagu Wasted Years tadi, memainkan lagu ni merupakan suatu pengalaman yang baru untuk aku. Disebabkan bassline lagu ni lebih kompleks berbanding The Trooper, jadi susah aku nak tumpukan perhatian main bass sambil nyanyi sekaligus. Jadi seperti lagu Be Yourself tadi, lagu Wasted Years ni pun kitorang main secara instrumental sahaja - versi kitorang la bukannya 100% macam lagu asal, lagipun Azroy baru je dengar lagu ni 2-3 kali. Perlu banyak latihan lagi ni...

_____
Ada apa: Waktu ni aku masih lagi batuk-batuk, jadi tak berapa nak nyanyi sangat...

Sessi Jamming Yang Terlampau


Sabtu 20/3/2010 - Seperti yang dirancang, pukul 5.00 petang kitorang jamming lagi kat Hepi ;) makeshift studio. Bob Kandar terlampau teruja nak suruh aku debut my Kelly Kelly. Selain Azroy, sessi kali ni jugak ada lagi sorang gitaris jemputan, Shahrin (yang dah diracun oleh Bob Kandar). Jadi kali ni ada dua gitaris, ini sudah bagus!

Efek fotografi - disengajakan ataupun "hikmat laungan singa ganas" aku tu terlampau kuat?

Aku datang sejam lebih awal sebab nak soundcheck Kelly Kelly aku supaya serasi dengan setting Behemoth dan sound sytem (cap ayam) yang digunakan. Selesai je soundcheck aku pi makan dulu...

Untuk sessi kali ni, Bob Kandar suruh aku cari atleast empat lirik dan chords lagu-lagu Wings. Sejati pastinya dah biasa main dan hafal lirik serta chords. Aku print tiga lirik/chords lagu-lagu Wings daripada website MalayOLGA - Opera Hidup, Taman Rashidah Utama dan Belenggu Irama.

Bob Kandar - tukang ketuk merangkap tukang racun.

Azroy Hammett - Tukang "pandu uji" Kelly Kelly dengan jari-jemarinya yang pantas. Katanya best main gitar Jackson ni, tapi dia lebih suka main Mephisto aku sebab ada tremolo.

Shahrin - gitaris kidal undangan kali ni, setelah dipujuk-pujuk supaya bawa gitar sendiri. Hehehe mula-mula aku ingat Jackson Dinky, rupa-rupanya Santa Cruz (aku sikit lagi nak terbeli gitar macam ni dulu). Bukan setakat bawa gitar, dia jugak bawa effect pedal (Digitech Grunge) dan amp sendiri (Ibanez Toneblaster 15R - cukup ke 15 watt?), ni mesti termakan pujukan politik Bob Kandar ni...

Effect pedals yang digunakan - Vox Satchurator (backup pedal), Behringer BOD100, Digitech Grunge (Shahrin punya) dan Korg AX3000G @ Behemoth.

Hepi ;) in full strength:

Bob Kandar - Drums
Azroy - 1st Guitar
Shahrin - 2nd Guitar/Drums/Vocals
Aku - Bass/Vocals

Antara lagu-lagu yang kitorang cover kali (yang aku ingatlah)

  • Tribute to Wings - Sejati (lagu wajib), Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Belenggu Irama.
  • Hati Emas (lagu wajib)
  • Beberapa lagu Metalika (tunggang-terbalik, hentam sajalah)
  • The Trooper (enjoy beb cover lagu ni, up the Irons!)
  • Fear Of The Dark (pun tunggang-terbalik, nak jadi lagu projek sessi akan datang)
  • Dan beberapa lagu lain yang diorang main tanpa bassline, sebab aku tak tau lagu tu.

Gambar ni ada *orang komplen "tinggi sangat la bro, Kelly tak sesuai main tinggi macam tu, kena rendahkan lagi..." Sebenarnya disengajakan tinggi sebab nak cover perut >:) hehehe...

*Calvin of Dead Eye Guitars

Rehat pukul 6.30 petang, sambung balik pukul 7.00 malam dan kemudiannya berlarutan sampai pukul 10.00 malam! Hah! Memang terlampau! Habis sengal-sengal bahu aku berjam-jam pikul Black Ice.

Yang pastinya lagu Opera Hidup menjadi lagu febret untuk sessi kali ni, ntah 4-5 kali kot kitorang main lagu ni... Dan selalunya waktu penghujung-penghujunglah lagi enjoy main, makin serasi dan mantap. Agaknya ni kelebihan ada studio sendiri ni, boleh main sepuas hati dan terlampau...

Antara yang best sessi kali ni:

  • Setting sound system memang best, especially for vocal (ehem)... Kurang feed-back, kurang reverb (echo), tarik pitch tinggi pun best (bukan falsetto eh).
  • Sebab ada dua gitaris, jadi muzik makin kompleks, harmonics dan makin banyak variasi.
  • Behringer BOD100 bass overdrive memang best, sound overdrive yang aku cari-cari selama ni. Senang-senang je dapat sound macam overdrive amp Warwick ala Marco Hietala. Walaupun aku guna bateri cap ayam (kedai RM2.00) tapi memang dapat bertahan main 4-5 jam.
  • Amp gitar Ibanez 15 watt yang Shahrin bawa memang mampu sama level dengan bunyi drums, tapi kena pulas volume full blast la (yang pastinya memendekkan hayat speaker)... Kalau macam tu, amp 30-40 watt aku rasa cukup kot untuk main kat makeshift studio ni.
  • Semua sekepala, minat genre muzik yang sama... So anything goes, goes well.

Bob Kandar dah sound lagi, minggu depan kalau line-clear nak ajak jamming lagi. Aku tak kisah, lagi selalu jamming lagi bagus sebab dapat improve skill dan keserasian antara bandmate...

Cuma yang tak best nak angkut semua equipment dari rumah - bass, gitar, pedal, kabel, dll... Nak simpan kat studio, almaklumlah studio kitorang ni jenis transformers - hari biasa jadi bilik analisis UV, hujung minggu convert jadi studio, habis main kena kemaskan nanti ada pegawai lain komplen. Aku lagi suka kalau aku cuma perlu bawa equipment yang aku guna sahaja (bassist equipment).

_____
Ada apa: Peduli apa orang nak kata, janji rok!

March 2010 - Rookie Bassist Turns One


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mac 2010. Dan pastinya bulan Mac tahun ni aku boleh dikategorikan sebagai rookie bassist dengan satu tahun pengalaman, hahaha! Serius beb, aku baru je setahun main bass (dan gitar) ni... Saya budak baru belajar, kalau salah, salahlah... Apa boleh buat? Belajarlah lagi (pembelajaran sepanjang hayat).

Mac tahun lepas aku ambil keputusan untuk berkecimpung dalam hobi dunia kegitaran ni setelah lama memendam perasaan (chewah) dan jugak untuk mengisi masa lapang (hujung minggu kat Bintulu ni memang membosankan).

Alhamdulillah, selepas setahun ni walaupun banyak steps aku skip (dan berapa banyak duit dah aku laburkan)... Bermula dengan zero knowledge, sekurang-kurangnya sekarang aku sudah boleh main bass untuk beberapa lagu. Walaupun suatu ketika dulu aku pernah putus asa nak belajar main gitar sebab tadak bakat.

Yup, video YouTube kat atas merupakan RACUN utama yang membuatkan aku menceburkan diri dalam hobi dunia bergitar. Selain daripada itu aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih seperti dalam entri ni.

Ada orang tanya, bassist mana yang jadi inspirasi untuk aku main bass ni? Steve Harris? Lemmy? Cliff Burton? Jason Newstead? Emma Anzai? Sharlee D'Angelo? Eddie Wings? Jay Jay? PQot Thundergirl? Bukan... Sebenarnya Marco Hietala (Tarot, Nightwish). Selain daripada bermain bass, Marco jugak mempunyai vokal yang power... Bassist dan jugak vocalist, hmmm... (Warwick Infinity NT... slurrrp!~)

Imej Wikipedia.

Walaupun aku berjiwa metal, tapi aku jugak teringin nak main bass dengan irama jazz, classical, rock & roll, funk dan reggae. Tunjuk ajarku sifu!

Kronologi (so far)

  • Mac 2009 - Ambil keputusan nak cuba main bass sebab susah nak belajar main gitar
  • 25/3/2009 - My first bass set - Ibanez GSR190J Jumpstart nickname: Crows
  • 16/4/2009 - My first bass multi effects - Zoom B1X Bass Effects Pedal
  • 26/4/2009 - Sessi jamming pertama

  • 9/6/2009 - My first classic guitar - Pepatung XA Classic nickname: Nandung
  • 1/7/2009 - My first guitar multi effects - Zoom G1X Guitar Effects Pedal
  • 9/7/2009 - My first electric guitar - Ibanez Gio Roadgear GRG270 nickname: Mephisto
  • 18/7/2009 - Sessi jamming pertama bersama-sama Mephisto
  • 9/9/2009 - My second multi effects, a big one - Korg AX3000G Modeling Signal Processor nickname: Behemoth
  • 10/10/2009 - Ubahsuai bilik UV-Vis jadikan makeshift studio untuk jamming hujung minggu

  • 3/11/2009 - My first guitar amp - Roland Micro-Cube nickname: Little Big Man
  • 3/12/2009 - My second bass multi effects - Zoom B2 Bass Effects Pedal (letgo my B1X, upgrade to B2)
  • 26/12/2009 - My second bass, powerful and my current bass - Ibanez Iceman Bass ICB200EX nickname: Black Ice (letgo Crows, upgrade to Black Ice)

  • 30/12/2009 - My first distortion stompbox - Vox Satchurator Joe Satriani Distortion (letgo my G1X, downgrade to stompbox)
  • 7/1/2010 - Kali pertama "ikut tumpang glamour" tengok Manggas praktis kat BRC. Telinga aku tengiang-ngiang bengal selama 24 jam dek kebingitan muzik Manggas. Lepas insiden ni aku siap-siap stok sepasang ear-plug kat dalam setiap gigbag

Dua orang inilah yang paling banyak menabur racun dan menjadi sumber inspirasi... Hahaha!
Sorang kata hentam sajalah Labu! Sorang kata luahan rasa mengikut kata hati sendiri...

  • 19/1/2010 - My second electric guitar - SX Pirate Series PEG2 Les Paul Copy nickname: Les Pirate
  • 31/1/2010 - Sessi jamming yang paling best dan hepi ;) siap rakam dua video cover lagu The Trooper dan Sejati. Terima kasih atas komen-komen membina geng-geng bloggers.

  • xx/3/2010? - Sempena ulangtahun pertama ni, aku nak raikannya dengan gitar baru (dana yang sepatutnya untuk Dean VMNTx tapi dah kensel dan tambahan daripada dana hasil jualan Les Pirate). Gitar apa? Shape apa? Brand apa? Hehehe sama-sama kita nantikan...

Ya aku tau, aku ni kejap beli, kejap letgo, beli lagi, letgo lagi... Ntahlah macam susah aku nak terangkan. Tapi rasanya aku boleh terangkan dengan sebaris ayat "aku punya duit, aku punya suka lah!". And thanks to Tom Satchman, Amizan of CK Music, Engbok of yNot Studio and Calvin Dead Eye Guitars for supplying me with cheap, good yet high quality exotic equipments!

Sekali lagi aku ucapkan ribuan terima kasih atas segala komen-komen membina, racun, cabaran, kritikan, kutukan dan sokongan anda semua. Moga tahun-tahun mendatang aku akan lebih tekun menimba ilmu-ilmu muzik dan belajar sesuatu yang baru. Rock on! \m/

_____
Ada apa: Siapa sudi jadi mentor aku?

Sessi Jamming Yang Berasap


Jumaat 26/2/2010 - Dalam pukul 3.00 petang kitorang jamming lagi, macam biasa kat makeshift studio... Kali ni ramai sket dalam lima orang, Bob Kandar ajak member, Azroy pun ajak member. Amboi-amboi... Lain kali kalau nak ajak member tu, ajaklah member yang ada equipment sendiri (apa guna kebilangan main gitar/bass kalau equipment pinjam?).

Yeah! Welcome! Welcome!

Sessi kali ni tak berapa hepi, sebab aku rasa macam crowded, bila dah crowded dan ada strangers rasa malu pulak nak main. Lagipun aku masih penat pagi tadi ikut berarak Maulidur Rasul dan kebetulan sebelum jamming ni aku baru bangun tidur, mamai ngantuk lagi.

Equipment (kecuali drumset, mic, amp dan speakers) macam biasalah aku yang punya - Black Ice, Mephisto, Behemoth dan B2. Satchurator aku ada bawa (as a backup), tapi tak guna pun sebab nak test patches baru yang aku set kat Behemoth. Kadang-kadang terasa tensen jugak tiap-tiap kali jamming nak mengangkut menalah-menalah tu semua dari rumah pi opis makeshift studio. Kalau boleh aku nak bawa bass dan effects pedal je, gitaris bawa gitar dan equipment sendiri (macam sessi jamming Manggas hari tu).

First time Black Ice aku dimainkan secara kidal!... Shahrin (berkopiah, ketayap, snow cap or wateva you wanna call it), member Azroy ni pun boleh tahan main gitar dan bass. Pun berjiwa 80's rock dan heavy metal, ini terbukti bila dia main lagu Heavy Chains dan beberapa lagu Metalika. Yang duduk sebelah Bob tu aku lupa nak tanya nama, dan Bob pun tak perkenalkan (dia ni vokal tumpang glamour je).

Kali ni Behemoth beraksi dengan jayanya tak buang masa untuk setup dan soundcheck, sebab aku dah set tujuh patches yang aku dapat dari internet dan edit beberapa patches yang sedia ada. Antaranya aku namakan DokAlone, OtaiRok, MegaGain, Aurora, Maidenes, DimeTera dan Metalika (daripada nama patches ni korang boleh agak macam mana sound yang dimaksudkan).

Cover list macam biasa Hati Emas (lagu wajib), Sejati, The Trooper, Orion dan Mentera Semerah Padi. Jugak test cover beberapa lagu baru belajar Heavy Chains, Fade To Black, Fear Of The Dark dan Pawana. Dan harap maaf kepada rakan-rakan bloggers, disebabkan kali ni tak berapa hepi, jadi tadak mood la nak rakam video.

Sesuai dengan tajuk entri kali ni, tengah best-best kitorang main lagu The Trooper tiba-tiba hilang bunyi, ada bau hangit dan nampak asap keluar daripada amp cap ayam BJL (parody JBL). Hahaha! Amp overloaded!...

Kasi releks 10 minit kemudian try on balik, yup amp masih oke~ sambung main lah. Selang hampir satu jam kemudian jadi lagi hilang bunyi, tapi kali ni tak berasap... Jam dah menunjukkan hampir-hampir pukul 5.00 petang, macam malas nak sambung. Jadi sessi 'berasap' kali ni berakhir selepas hampir dua jam jamming.

Macam tanda-tanda nak suruh beli amp bass berasingan je ni...

_____
Ada apa: Teringat aku babak dalam filem Rock, 'goreng' gitar sampai speaker hangus!

Eksperimen: Bermain Dengan Distortions


Hari ni hampir sehari suntuk aku berperap kat rumah, dari pagi selain online, tengok TV, dengar radio Klasik Nasional, cuci baju, kemas bilik, susun koleksi CD... Memang bosan gila, belah petang disebabkan terlampau bosan, aku cuba buat eksperimen gila-gila. Lebih kurang macam eksperimen dua multi-effects beberapa bulan yang lepas.

Kali ni aku cuba gabungan distortions dan overdrive daripada dua multi-effects (Korg AX3000G @ Behemoth, Zoom B2) dan satu distortion stompbox (Vox Satchurator) menggunakan gitar SX PEG2 Les Pirate (eksperimen D-tuning: DGCFAD) dengan susunan rig seperti berikut:

PEG2 -> Satchurator -> B2 -> AX3000G -> Sony MDR-XD100 (headphone)
(huk... Banyak stuff CK Music ni)

Keputusan eksperimen? Memang menyakitkan telinga... Hahaha! Kalau tak tahan bunyi bingit memang boleh kena migrain tau... Main lagu Hati Emas with drop tune + triple high gain distortions, macam-macam setting aku cuba. Nasib baik aku guna headphone, kalau aku guna Micro-Cube ntahlah maybe jadi quadruple high gain distortion!

Yang pastinya setting rig macam ni memang tak konvensional sebab aku tadak kabel tampal (patch cable), so kena guna kabel-kabel yang ada; satu gitar + tiga efek = empat kabel. Kebetulan memang aku cuma ada empat kabel saja, abistu bass aku nak cucuk pakai apa? Tali rapia? Hmmm, macam mana agaknya bunyi rig ni kalau aku ganti Les Pirate dengan Black Ice aku? >:) But that was another story...

Aku jugak mengambil kesempatan ni untuk 'mengisi masa lapang' menggentel tombol-tombol Behemoth mencari setting bunyi-bunyian yang sesuai dengan lagu-lagu yang selalu kitorang cover waktu sessi jamming. Kalau tak, nanti jadi macam sessi jamming impromptu yang lepas... Buang masa hampir 30 minit setting dan soundcheck.

So far aku dah dapat empat setting, save dalam patch, set dan rename seperti berikut:

  1. DokAlone - bunyi yang aku rasa seakan-akan intro lagu Dokken Alone Again, juga sesuai untuk clean pick/strum lagu Sejati dan lagu-lagu ballad Wings yang lain. Guna drive/amp AC15 + bi-chorus modulation + studio reverb.
  2. OtaiRok - vintage rock overdrive ala-ala bunyi AC/DC, sesuai untuk cover lagu Hati Emas. Guna drive/amp AC30TB + garage reverb (nanti-nanti aku nak modified patch ni tambah efek Vox Wah atau tukar drive/amp Orange Distortion, then save dan rename sebagai patch lain).
  3. MegaGain - full gain distortion yang aku 'ciplak' daripada bunyi Satchurator (full gain + more). Yang ni setting kalau-kalau nak release tension main lagu-lagu thrash. Guna drive/amp metal (full gain, full volume) + mild canyon reverb.
  4. Aurora - eksperimen bunyi-bunyian, drone pre-fx + classic flanger modulation + room reverb. Ntah macam bunyi apa... Macam bunyi ala-ala sci-fi/space pun ada. Errr... Bunyi-bunyi Joe Satriani ke?

Dah dekat lima bulan aku beli menalah ni, baru sekarang aku tergerak hati gentel-gentel, pulas-pulas tombol nak set personal sound. Nanti kalau rajin, aku nak cuba cari setting sound 'gambus' Joe Wings waktu intro lagu Alam Barzakh. Btw, aku cuma pandai main powerchords je hehehe... Efek je lebih, mainnya kureng... Tapi "pedulik apa orang nak kata, duit aku... Yang penting hepi ;)" hahaha~

_____
Ada apa: Esok (Selasa 16/2/2010) pukul 8.00 pagi, sapa rajin tune-in TV3 tengok MHI, Bottlecapt ada buat unplugged performance.

Jangan Lupa Lirik


Kalau diikutkan lagu Sejati memang aku dah lama hafal, sejak album Teori Domino released 20 tahun lepas lagi aku dah hafal sebab selalu sangat dengar kaset, berkumandang di radio dan tv. Tapi pernah tak korang tiba-tiba blank atau celaru bila menyanyikan (kecuali karaoke) lagu yang sepatutnya korang memang hafal? Contoh kes aku ni, sepatutnya part bridge "Usia perangkap kita..." aku terus masuk part chorus "Tinggal kenangan..." kelam-kabut tukar chords, hehehe...

Kes yang berbeza dengan lagu The Trooper (yang secara terus terang aku tak berapa hafal), walaupun aku dah print lirik tapi masih buat silap. Yelah kebetulan lirik The Trooper pun dalam bentuk rhyme atau gurindam. Aku selalu salah verse, bercampur aduk jadinya.

"The smell of acrid smoke and horses breast..." Aaa? Horses breast? WTF?

Sebenarnya malam tadi kitorang buat impromptu jamming pukul 8.00 kat bilik mesyuarat (bukan kat makeshift studio), ntah kemaruk nak lepas gian. Dua-dua Bob Kandar dan gitaris jemputan Azroy on aje kasik greenlight. Kali ni Mephisto dan Behemoth beraksi. Yup seperti yang pernah dinyatakan oleh Oriaj dalam satu entri blognya, memang leceh guna multi-effects pedal kalau nak jamming, soundcheck saja dah dekat 30 minit, lain amp setting pun jadi lain... Mephisto pulak out of tune, mau jugak 10 minit nak retune balik (dah lama berperap dalam gigbag semenjak ada Les Pirate).

Tapi tak tau kenapalah sessi kali ni macam ada samtingrong sesuatu yang tak kena, tak macam sessi yang lepas. Aku manjang je salah lirik, awal masuk chorus, main bass pun kadang-kadang salah chord (padahal lagu yang memang dah selalu main), suara pun dah tenggelam tak dapat nak tarik lagu tinggi-tinggi, kebetulan petang tadi dah belasah karaoke beberapa lagu classic rock kat bilik ni jugak (praktis karaoke bersama-sama staf lain untuk perform Malam 1Kimia Sabtu nanti). Aku boleh tarik lagu tinggi tapi maksimum tiga buah lagu jela, lepas tu memang vocal out, pitching abis lari...

Aiseh... Tak HEPI la macam ni~

Btw... Malam tadi jugak aku berkesempatan belajar beberapa bassline ala-ala rock & roll dan blues daripada staf veteran kitorang (pak guard) Chief Manan.

_____
Ada apa: Belasah karaoke lagu Don't Talk To Strangers versi Jatt (BDB) dan Still Loving You versi Joey (BPR)... perit tekak dibuatnya.

Sessi Jamming Yang Emo


Sabtu 23/1/2010 - Sepatutnya hari ni kitorang ada sessi latihan jamming dijadualkan pukul 10.00 pagi kat makeshift studio kitorang, nak praktis beberapa buah lagu zaman rock kapak.

Aku dan Bob Kandar dah setup equipment - drumset, amp, mikrofon, kabel-kabel, soundcheck gitar malam tadi (waktu aku tangkap gambar-gambar makro Les Pirate) supaya keesokan harinya terus boleh praktis tanpa membuang masa setup dan soundcheck.

Tapi yang sedihnya cuma aku dan Bob Kandar saja yang berkomitmen tinggi. Dua orang gitaris pemain gitar (aku tak nak letak istilah gitaris sebab semua gitar aku yang punya) macam kurang komitmen. Yang sorang main kejap lepas tu keluar jumpa kawan, kemudian datang boleh pulak utamakan main ping-pong? Yang sorang pulak datang lambat, plan pukul 10.00 pagi kalau datang 11.00 pagi tu aku tak kisah la, ni datang pukul 12.00 lebih... Bob Kandar pun dah balik pi jemput isterinya balik kerja. Terpaksalah main tanpa drummer...

Black Ice dan Les Pirate dah tersadai, tuned dan sedia untuk beraksi.

Tu pun dah kira baik cuma perlu lenggang bawa badan saja sebab equipment aku (gitar, bass, effect) dan Bob Kandar (drumset, amp) dah sediakan dan setup awal-awal. Bob Kandar ada buat lawak "macam mana mau buat album ni kalau lambat datang... nak kena pecat ni".

National RQ-K12 (kat belakang sekali) dah blown semalam waktu aku test power Les Pirate with Satchurator full volume crank! Hehehe... Amp TSE AK-977D yang aku pau (bersama-sama mikrofon) dari bilik mesyuarat kat sebelah.

Bob Kandar balik pukul 12.00 tengahari untuk jemput isterinya balik kerja, terpaksa main tanpa drummer.

Dalam perancangan nak praktis bagi mantap untuk slot persembahan Malam Kimia 2009 awal Februari nanti, tapi rasanya kalau sambutan diorang dah dingin macam ni, baik aku nak kensel sajalah persembahan! Aku dah tawar hati dah nak ajak diorang jamming lepas ni, kecuali diorang ada equipment sendiri. Ya, aku tau dorang lagi handal main gitar daripada aku bagai langit dan bumi, tapi bab equipment, electric guitar techniques, effects, sound engineering? Amacam? Takpa, takpa, korang stick la dengan dunia kapok korang...

Behemoth aku tak beraksi kali ni disebabkan kekurangan kabel. Tapi bagus jugak, terselamat daripada dipijak-pijak oleh kaki orang lain... Sedangkan aku sendiri pun tak pernah lagi pijak menalah ni dengan kaki berkasut/sandal.

Kalau dah kurang persefahaman, minat (genre muzik) yang tak sama dan tadak komitmen memang payah nak ngam. Selama ni aku sanggup drop down my music genre to their level of music from heavy/thrash/power metal to hard rock and mainstream music semata-mata nak ngam dengan citarasa genre muzik diorang supaya dapat main bersama-sama. Tapi WTF? All my efforts was taken for granted (lagi baik aku ajak Azroy Hemmett).

Imej cilok.

Emo aku eh!

_____
Ada apa: Lepas ni jangan kata aku sombong tak ajak korang main sama-sama... Nasibla~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger