Antara 'hasil rampasan perang' waktu aku rajin menyerbu kedai-kedai kaset hujung bulan Januari yang lepas. The Best Of Bumi Putra Rockers, album kompilasi lagu-lagu terbaik BPR. Yup BPR antara kugiran yang cukup popular penghujung 80'an dan awal 90'an dulu (waktu tu aku baru darjah 4 atau 5 kot? Tengah gila main layang-layang) dengan lagu-lagu balad yang selalu berkumandang di corong-corong radio. Tapi lagu-lagu rancak dan keras diorang memang amat-amat jarang dimainkan (kecuali Rock Selamba Muzik.fm).
Mula-mula aku ingat album ni album kompilasi keluaran lama, tapi bila tengok (P)(C) 2009 Hup Hup Sdn. Bhd. Malaysia, Life Records Industries Pte. Ltd. rupa-rupanya keluaran tahun lepas. Cuma aku hairan kenapa agak mahal kompilasi ni RM21.00 sedangkan kompilasi-kompilasi lain kebiasaannya berharga RM19.90 atau lelong RM12.90

Kembang gila rambut Joey, hahaha...
Tracklist
- Dajal
- Yakjud Dan Makjud
- Dari Sinar Mata
- Hidup Era 90'an
- Seribu Tahun Takkan Mungkin
- Aku Hanya Serangga
- 1511
- Harum Subur Di Hati
- Goyang-Goyang
- Silaturrahim
Selain lagu-lagu balad killer seperti Dari Sinar Mata, Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga dan Harum Subur Di Hati yang selalu berkumandang di radio, aku tertarik dengan dua buah lagu iaitu Dajal dan 1511, memang enjoy dengar lagu ni.
Lagu Dajal ni pada pendapat aku antara lagu keras BPR. Kalau tak silap waktu sessi latihan jamming Manggas hari tu diorang ada cover lagu ni. Walaupun intronya ada sikit-sikit macam tema Jiraiya, once dah masuk part guitar lick lagu ni jadi best. Dan lirik-liriknya yang tak berapa puitis (cliche lagu-lagu M. Nasir) membuatkan kita senang nak hafal. Aku paling suka part chorus... Nanti nak try belajar cover lagu ni especially that lick part.
Lagu 1511 yang ironinya banyak persamaan dengan muzik Iron Maiden, kalau dengar betul-betul lebih spesifik kepada lagu Where Eagles Dare. Suatu ketika dulu, lagu ni la mengingatkan aku fakta dan tarikh sejarah Melaka jatuh di tangan Portugis waktu nak jawab soalan peperiksaan PMR.
So, otai-otai sekalian... Sila hujahkan komen-komen anda.
_____
Ada apa: Sapa tau album BPR apa yang banyak lagu-lagu keras macam muzik Metalika?