Showing posts with label f&n. Show all posts
Showing posts with label f&n. Show all posts

Ada Apa Dengan F&N Sparkling Honey Lemon


Honey lemon, perisa siri F&N Sparkling ketiga yang dicuba selepas espresso dan apple barley.

Rasanya tidaklah se"kimochi" apple barley, terasa seperti generic lemonade berkarbonat tapi dengan rasa manis madu yang unik. Dengan harganya per isipadu yang agak premium, ada minuman berkarbonat jenama lain mahupun dari F&N sendiri yang lebih berbaloi untuk dijadikan minuman *kasual.

_____
AADI: *Bukan minuman harian.

Ada Apa Dengan F&N Teh Tarik Kurang Manis?


Ok, ini merupakan versi "kurang manis" untuk teh tarik ori dalam entri beberapa bulan lepas.

Sama seperti teh susu paket/botol/tin jenama lain, rasanya agak sintetik. Dan mungkin disebabkan kekurangan rasa manis menyebabkan rasa kelatnya lebih ketara berbanding versi biasa. Dinikmati sejuk supaya mudah diteguk berbanding suam.

_____
AADI: Teh jenama Three Tea masih menang setakat ini.

Ada Apa Dengan F&N Sparkling?


Terjumpa minuman F&N Sparkling di pasar raya TK beberapa minggu lepas. Ada beberapa perisa, tapi untuk permulaan ini perisa espresso dan apple barley dicuba. Aku tak pasti apakah kategorinya, adakah ia minuman berkarbonat atau sparkling water berperisa, tapi macam sama saja kan?

Perisa espresso agak lucu, dah biasa kopi espresso berwarna gelap tapi minuman ini berwarna seperti air kencing pekat F&N Zappel. Ternyata ia hanyalah perisa esen kopi yang ditambah dalam sparkling water.

Berbeza pula untuk perisa apple barley, vibe F&N Zappel masih ada tapi dengan tambahan perisa barli membuatkan rasanya agak eksotik. Yang ini aku suka, ditambah dengan pedas-pedas karbonat mengingatkan aku kepada minuman Gabu-Gabu yang kimochi~

Walaupun berlogo pilihan lebih sihat, tapi untuk tahap aku rasa manis kedua-dua minuman masih tinggi.

_____
AADI: Tidak disarankan untuk menjadi minuman harian.

Ada Apa Dengan F&N Teh Tarik Ori?


Dah lama perasan minuman teh tarik botol ni di pasaran, tapi baru tergerak hati untuk mencubanya. *F&N teh tarik ori, dijumpai di pasar raya S dengan harga RM2.70 untuk sebotol berisipadu 270 ml.

Rasa teh susu memang susah untuk di-paket/botol/tin-kan berbanding kopi susu. Biasanya akan ada seperti rasa sintetik yang biasa ada dalam teh tarik bancuh 3-in-1. Minuman ini tidak terkecuali daripada memiliki rasa tersebut.

_____
AADI: *Juga terdapat dalam versi kurang gula.

Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 5)


Sekali lagi minuman F&N Fruit Tree bertukar label (face-lift) berbanding entri lima tahun lepas.

Agak menyedihkan kerana selain label, rasanya juga sudah berbeza, tidak lagi sepekat dan semanis seperti dahulu. Terasa seperti lebih kepada minuman berperisa oren (sirap/kordial) berbanding jus oren, hirisan aloe vera pun tak banyak.

_____
AADI: Harapnya perisa nanas masih kekal sama.

Ada Apa Dengan F&N Sarsi Classic?


Penemuan yang agak basi kerana tin versi klasik ini katanya bersempena CNY yang lepas. Juga ada versi klasik Orange Crush tapi aku memilih sarsi untuk modal entri AADI kali ini.


Harganya sekitar RM2.00 untuk setin 240 ml, agak mahal jika dibandingkan dengan versi tin biasa 365/360 ml dengan harga yang hampir sama.


Pendapat aku, jika dihidangkan dengan pelbagai jenis sarsi berkarbonat daripada jenama yang berbeza, rasa trademark sarsi F&N ini paling mudah untuk dikenalpasti.

_____
AADI: Tak ada bekalan sarsi di rumah.

Ada Apa Dengan F&N Seasons? (Part 3)


F&N Seasons semakin inovatif dengan minuman teh berperisa mereka. Kali ini aku terjumpa perisa tembikai laici.


Rasa tembikai tak berapa menyerlah, tetapi aroma laici lebih harum dan hampir-hampir menenggelamkan rasa tembikai tadi. Sama macam kes teh hijau Oishi Oyoshi perisa laici.

_____
AADI: Ada perisa buah naga?

Ada Apa Dengan F&N Seasons? (Part 2)


F&N Seasons Nutri Well berperisa *sengkuang Cina (water chestnut) dengan ketulan sengkuang.


Rasanya lebih kurang macam teh herba, cuma kurang manis dan ketulan-ketulan sengkuang terasa seperti kekacang atau isi buah kelapa (nata de coco?) yang keras.

Untuk kenikmatan maksimum, pastikan anda menggunakan straw berdiameter besar (straw ABC) atau tuang kesemua isipadu dalam gelas. Kalau guna straw kecil, ketulan sengkuang pastinya akan tersangkut - potong stim.

_____
Ada apa: *Eleocharis dulcis.

Ada Apa Dengan F&N Seasons?


Jenama F&N Seasons ni dah lama ada di pasaran, rasanya awal 2000an dah ada. Waktu tu (setahu aku) Seasons antara yang terawal mengeluarkan minuman berperisa teh ais lemon, yang agak manis berbanding batch sekarang.


Kebelakangan ni aku perasan Seasons dah banyak buat teh buah alternatif menggantikan lemon, antaranya pic (iced peach tea) dan sekarang ada epal pula (iced apple tea). Kalau dah biasa dengan perisa teh lemon, rasa teh epal ni agak lucu sedikit. Lucu? Funny taste...

Tapi minuman teh sebegini memang sesuai dijadikan minuman alternatif pengganti kepada minuman berkarbonat. Lagi kurang manis, lagi bagus...

_____
Ada apa: Pokka pun ada buat banyak minuman teh buahan-buahan sebegini.

Ada Apa Dengan F&N Nenas?


Dah lama tak buat entri berkaitan nanas (aka nanasmania).


Edisi terhad minuman ringan F&N berperisa nenas (ejaan yang betul ikut DBP ialah nanas). Berapa lamakah ia akan terhad?

Pada siapa yang biasa minum perisa Zesty Zappel, rasanya tak jauh berbeza. Mula-mula teguk akan ada rasa macam Zappel, kemudian baru ada rasa nanas, magis kan? Tapi tak boleh minum selalu, terlalu manis...

_____
Ada apa: Jom tengok Nightwish malam ni.

Ada Apa Dengan 100 Plus? (Part 4)


Sambungan entri minggu lepas. Aku tak pasti tin edisi khas 100 Plus ni bersempena dengan *acara apa (malas nak cari rujukan).

Depan.
Tiada perbezaan ketara selain tin berwarna emas, gambar ikan koi dan kanji 福 (menurut pak Google maksudnya "blessings" atau "good fortune") yang diolah menjadi logo 100 Plus.

Belakang.
Bagi mereka yang jenis pengumpul (hoarder collector), tin sebegini sesuai untuk disimpan sebagai koleksi. Tapi kalau aku, tak lama nanti mungkin tin ni masuk dalam bakul kitar semula, sama nasib macam M7 Drive Aaron Aziz.

*Mungkin sebab dah nak dekat dengan CNY kot? Akupun tak pasti, kalau ada rakan-rakan bloggers atau pembaca boleh jelaskan, sila tulis di ruangan komen ya~

_____
Ada apa: Masih lagi rasa 100 Plus biasa.

Ada Apa Dengan 100 Plus? (Part 3)


Pada mulanya aku jangkakan 100 Plus perisa beri ni adalah keluaran semula perisa *kranberi pada awal 2000an dulu, malangnya tidak...


Rasa berinya *tidak sama dan yang agak biasa-biasa (too common), tidak dinyatakan beri apa secara spesifik. Tapi tak mengapa (parap-parap), sekali-sekala layan 100 Plus berperisa selain perisa asli pun best juga.

Pagi tadi ternampak 100 Plus tin emas edisi khas di Kedai Mesra Petronas, boleh buat modal entri 100 Plus akan datang.

_____
Ada apa: *Selalu order 100 Plus kranberi bila makan di kedai mamak dengan awek USM dulu.

Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 4)


Selalunya pagi Isnin tak ada idea nak buat entri, tapi nasib baik ada banyak gambar minuman dah simpan dalam draft sebelum bulan puasa hari tu, boleh juga buat filler/cover.


Ok, satu lagi minuman jus F&N Fruit Tree yang sudah dicuba, apple aloe. Sama seperti perisa orange aloe dalam entri minggu lepas, perisa apple aloe ni juga mengandungi kiub-kiub kecil isi aloe vera yang seakan-akan nata de coco. Ini membuatkan pengalaman minum anda lebih menarik.

_____
Ada apa: Buat entri sambil minum Alicafe Latte.

Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 3)


Juga entri yang agak lama dalam bentuk draft, rasanya sebelum bulan puasa. F&N Fruit Tree, kali ni dengan perisa orange aloe.


Rasa jus orennya agak biasa-biasa, cuma yang membuatkannya agak menarik ialah kiub-kiub kecil isi aloe vera di dalam jus, terasa macam nata de coco.

Kalau siri Fruit Tree ni aku suka jus nanas, memang jelas terasa kenanasannya. Tapi, tidak seperti perisa nanas yang didatangkan dalam tin jenis keras (jenis macam tin sardin), perisa orange aloe ni didatangkan dalam tin aluminium biasa.

_____
Ada apa: Menunggu buku-buku jiwa dengan penuh debaran.

Ada Apa Dengan Est Cola?


Est Cola, sebenarnya gambar ni dah lama dalam draft, kalau tak silap sebelum bulan puasa. Dibeli di premis F dengan harga pengenalan RM1.00 untuk setin 325 ml. Ketika itu (beberapa bulan lepas) ia belum dijual di premis-premis lain, sekarang rasanya dah berlambak.


Rasa? Hmmm... Kalau dah biasa dengan rasa Coca-Cola atau Pepsi, sudah pasti rasa kola jenama lain agak lucu (funny taste?). Ini merupakan produk F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd. Aku tak pasti kenapa F&N cuba untuk memasarkan jenama kola baru lagi walaupun dah ada My Cola yang juga rasanya seakan sama (lucu?).

Bila diGoogle, rupanya jenama Est Cola ni berasal dari Thailand dan ada kaitan dengan jenama Pepsi. Mungkin F&N hanya sebagai pengilang/pengeluar dan bukan pemegang hak jenamanya.

_____
Ada apa: Segan minum kola depan Mrs. Ijau, nanti kena "tegur".

Ada Apa Dengan 100 Plus? (Part 2)


Bila minum 100 Plus berperisa selain perisa asli biasanya akan mendatangkan situasi suka/benci (love/hate situation). Kadang-kadang rasanya sedap, kadang-kadang susah nak teguk. Contoh bila minum perisa lemon limau, bau limaunya kadang-kadang macam bau cecair pencuci pinggan (those Sunlight, Glo stuff).


Begitu juga dengan bentuk tin, jika diberi pilihan antara tin tradisional dan tin tirus, aku lebih suka tin tradisional. Bentuk tin tradisional dah terbukti lebih stabil (susah tumpah) lebih-lebih lagi jika diletak dalam pemegang cawan (cup holder) dalam Imago aku.

Tapi aku suka 100 Plus perisa *kranberi (label merah) yang pernah dipasarkan awal 2000an dulu. Aku berharap F&N dapat keluarkan semula perisa ni.

_____
Ada apa: *Rasa yang nostalgia...

Ada Apa Dengan 100 Plus?


100 Plus tin baru (isipadu masih 325 ml) lebih tirus, nampak menarik dan tak menarik pada masa yang sama.


Menarik sebab senang dipegang, tak menarik sebab susah diletak dalam pemegang cawan (cup holder) kereta aku, senang tumbang/tumpah kerana diameternya makin kecil.

Selain 100 Plus, beberapa produk minuman berkarbonat F&N lain juga telah menggunakan tin tirus sebegini.

Entri Mini: Selamat 6 Jun (6615)


Operation Overlord (D-Day) 71th anniversary.

Entri lama.
Terlayan filem Fury (Blu-ray copy) bersempena dengan tema Perang Dunia Kedua (WW2).

Imej cilok.
Don "Wardaddy" Collier (Brad Pitt) adalah seorang Highlander "superhuman" - ditembak empat kali (1x pistol, 3x Kar98) dua daripadanya kena dada, tapi masih belum mati. Akhirnya mati kena letupan Stielhandgranate dua ketul jarak dekat dalam ruang tertutup, itu pun badan tak berkecai (macam Red), muka masih maintain.

    Entri Mini (Lagi): Hail to the King!


    Solek Dendam Tak Sudah" - imej Wikipedia.
    _____
    Ada apa: Filem WW2 kegemaranku setakat ini masih lagi Kelly's Heroes dan Saving Private Ryan.

    Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree? (Part 2)


    [Nanasmania] Dua tahun lepas aku pernah buat entri pasal jus nanas F&N Fruit Tree, aku perasan tahun ni ia didatangkan dengan label baru (face lift) yang lebih menarik, tapi masih mengekalkan tin jenis keras.

    "Tahukah anda? Nenas nanas segar mengandungi enzim bromelain yang membantu memecah protein, ia biasanya digunakan dalam perapan untuk menghasilkan hidangan daging yang empuk dan lazat."
    - Hype dari tin.

    Dan jus nanas F&N Fruit Tree ni masih lagi menjadi penanda aras (benchmark) untuk jus nanas dalam tin kegemaranku, selain Fontana (kategori kotak UHT).

    _____
    Ada apa: F&N ni geng Coca-Cola...

    Ada Apa Dengan F&N Fruit Tree?


    [Nanasmania] Lagi cerita pasal minuman berorientasikan jus nanas. Kali ni produk tempatan, F&N Fruit Tree pineapple juice. F&N Fruit Tree sememangnya antara jus buah-buahan yang terkenal di Malaysia selain Marigold Peel Fresh dan Joy. Dengan harga yang berbeza-beza mengikut kedai, antara RM1.20-2.00 setin.

    Berbeza dengan jus nanas Fontana, jus nanas versi F&N Fruit Tree ni lagi kick! Memang terasa serat-serat (fibre) nanas melekit-lekit atas lidah bila minum. Kepada mereka yang tak tahan meminum minuman yang terlalu manis, jus nanas ni memang bukan untuk anda. Pada yang jaga badan, jangan takut, ia merupakan manis daripada jus nanas asli dan bukan manis daripada gula.

    Antara perbezaan antara jus nanas ni dan jus-jus lain dalam kategori F&N Fruit Tree ialah, tin jus nanas ni jenis tin keras (macam tin sardin), tak macam tin minuman aluminium yang lain. Ada sesiapa yang masih ingat tin minuman zaman 80'an dulu?

    _____
    Ada apa: Nenas atau nanas? Kamus Dewan -> Nanas.

    Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

    Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

    Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

    Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

    -IDK-

    Indeks Awan Label

    12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
     
    |  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger