Selamat Tinggal GKC
-
Selepas 16 tahun bersiaran (01/07/2010), blog Grune Katze Corner ini sudah
tidak relevan lagi sebagai medium untuk "garage sale" mengiklankan barangan
pe...
Melepaskan alat ganti gitar keemasan yang terdiri daripada Gotoh GE1996T tremolo unit, GHL-2-G locking nut dan Planet Waves PWAT-6R3, kepada seorang rakan sepergitaran veteran Bintulu. Katanya mencari alat ganti berkualiti untuk projek restorasi sebuah gitar klasik 80an.
Daripada benda-benda ini terperap lagi dalam stok peribadi selepas dikeluarkan daripada ex-Praetor tahun lepas, ada baiknya dilepaskan memandangkan tiada lagi gitar-gitar aku yang memerlukan modifikasi ini. Sekurang-kurangnya dapatlah modal pusingan untuk GLTL lagi.
Daripada pengalaman menggunakan ex-Sarge tiga tahun lepas, King V siri JS32 ini memang platform yang tegap untuk modifikasi.
Tak sampai dua hari dimiliki, Praetor ini terus dimodifikasi menggunakan hardware "emas" berprestasi yang sama pernah dipasang pada ex-Sarge - Gotoh GE1996T tremolo unit, GHL-2-G locking nut dan Planet Waves PWAT-6R3 auto-trim locking tuners.
Sebelum memulakan proses modifikasi, mengambil kesempatan untuk menggilap fret yang kusam dan merawat fretboard yang kering dengan produk Dunlop.
Seperti yang dijangka, model ini masih menggunakan pikap Belcat yang dijenama semula. Pikap ini berfungsi dengan baik, tapi untuk citarasa peribadi dan keberadaan pikap aftermarket dalam simpanan, ia akan diganti.
Pendawaian asal yang ringkas - 1x volume, 1x tone, 3-way toggle switch - dalam kaviti yang agak kemas dan bercat konduktif (hitam). Jika ingin menggunakan pikap atau preamp aktif, luas kaviti ini dapat menampung sebiji (atau dua) bateri 9V.
Sebagai gitar perumah yang berpotensi, ia dipasangkan dengan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 serta cover emas (generic Shopee) untuk melengkapkan tema hardware "emas" dan tugasnya sebagai gitar metal. Warna emas cover agak cerah berbanding bridge dan tombol (OCD melanda).
Dipasang secara humbucker penuh tidak perlu pendawaian yang kompleks seperti opsyen push-pull coil-split, series-parallel. Mengekalkan komponen elektronik asal, selagi ia berfungsi tidak perlu ditukar. Wayar-wayar dikemaskan untuk meneruskan legasi YusTech.
Dan akhir sekali dipasangkan dengan set tali baharu PRS Classic 10-52 pemberian Bro Sub The Guitar Addict tiga tahun lepas. Masih tidak berkarat selepas sekian lama dalam simpanan, tidak seperti jenama cap burung yang satu lagi tu. Action direndahkan seoptimumnya, diintonasi dan ditala pada D-standard. Sedia untuk beraksi...
Seronok tengok video YouTube Kiko Loureiro dan juruteknik gitarnya (tech) Keaton Rich memasang tali gitar baharu pada gitar bersistem floating bridge Ibanez Edge dalam masa sekitar 9-10 minit sahaja.
Tak pernah pula aku catat berapa masa untuk menukar tali gitar, terutama gitar dengan sistem floating bridge (Floyd Rose variant, Ibanez Edge variant, Gotoh GE1996T, etc.).
Teknik aku lebih kurang macam Keaton iaitu membuka kesemua tali dan bukan satu-persatu seperti Kiko. Biasanya aku akan buat perlahan-lahan sebab ia adalah sejenis terapi, hence the name "restring therapy".
Gotoh GE1996T.
Ada beberapa ilmu/teknik baharu yang dapat aku pelajari selepas memerhatikan teknik Keaton:
Ambil ukuran jika pada fine-tuning untuk rujukan sekiranya menggunakan tali jenis/jenama/saiz yang sama.
Gulung semua tali lama sebelum dibuka/dikeluarkan daripada tuning machine head dan saddle.
Jika guna strobe/chromatic tuner, guna neck pickup dan tone rolled-off (disabling high end) supaya bacaan tuner lebih stabil.
Dan antara beberapa teknik yang telah dipelajari sebelum ini:
Guna bateri sebagai penyedal bawah floating bridge, aku guna bateri AA bukan 9V.
Potong tali lama di tengah-tengah (12-fret).
Teknik pasang tali secara songsang, ball-end pada machine head. Tapi Keaton akan potong ball-end.
*Ini teknik peribadi "trade secret" aku bila memasang tali gitar pada floating bridge. Hujung tiga tali teratas (plain strings, GBE) yang akan masuk ke dalam saddle dibuat seakan cangkuk begini. Tiga tali terbawah (wound strings, EAD) tak perlu.
Tujuannya adalah supaya lebih banyak luas permukaan tali untuk dikepit oleh saddle, secara logiknya akan mengurangkan kebarangkalian gelinciran (slippage) ketika ganas menggunakan whammy bar.
Aku dapat ilham untuk teknik ini berdasarkan pengalaman menggunakan sistem Floyd Rose Special dan varian floating bridge murahan lain (Cort Double-Locking II) yang saddlenya akan pecah jika terlalu ketat mengepit tali.
*Harap teknik ini berguna kepada gitaris lain yang mengalami dilema yang sama.
_____ AADI: Hanya tinggal So-Cal sahaja yang ada sistem Floyd Rose (FR1k).
Selepas setahun memilikinya, barulah aku "berani" membuat modifikasi ke atas Shiro ini (ESP pun tak terlepas daripada mangsa modifikasi) walaupun telah dirancang sejak set Lace Alumitone/Deathbucker diperolehi hujung tahun lepas. Inipun terpicu projek selepas set EMG 81/60 asalnya telah dirobek oleh Deluxe.
Kerja-kerja pemasangan mengambil masa hampir sejam, walaupun dengan bantuan solder station baharu yang melancarkan proses pematerian, namun proses lain perlu dilakukan dengan cermat dan disusun sepremium mungkin.
Kedua-dua Alumitone dan Deathbucker ini disyor menggunakan pot 250k. Tapi aku ada banyak stok pot 500k dalam simpanan, pot B500k Gotoh digunakan untuk kedua-dua volume neck dan bridge.
Manakala pot 500k DiMarzio EP1201PP push-pull pula untuk tone yang juga berfungsi sebagai coil-splitter (yes, split-able). Kapasitor Sprague 0.0473uF Orange Drop besar itu pula antara legasi NoobAxe yang hampir 10 tahun dalam simpanan.
Sebelum ini set Alumitone/Deathbucker pernah dipasang pada Goldie, tapi aku berpendapat ia terlalu metal untuk gitar tersebut. Goldie juga akan direhatkan daripada tugasan luar (jamming/gig) digantikan oleh Tigra yang lebih ringan.
Antara kelemahan menggunakan pot 500k tadi ialah karekter bunyinya agak nyaring (bright), tapi dapat diseimbangkan dengan tombol tone sama ada pada gitar, pedal, amp atau menggunakan kabel yang panjang. Penampilannya juga agak unik berbanding ESP lain yang menggunakan EMG atau Seymour Duncan.
Selebihnya, temberang saja yang lebih, kah kah kah...
_____ AADI: Juga menjadi lebih ringan, kurang 200 gram.
Setelah lebih sebulan berfikir, akhirnya keputusan diambil untuk memasang set Lace Alumitone HSS loaded pickguard pada Mr. Smith (Jackson SDX) minggu lepas sebagai terapi minda dan emosi. Aku perlu bersedia untuk menerima hakikat yang karekter bunyi gitar ini akan jauh berbeza daripada sebelumnya, kerana set Alumitone HSS ini bukanlah set beroutput tinggi.
Seperti yang dijangka, kaviti pada SDX tidak dapat menampung konfigurasi pot VOL-TONE-TONE pickguard Lace, kerana pot VOL akan sangkut pada bongkah kayu antara kaviti pikap dan lubang bolt bridge (sama seperti kes So-Cal beberapa tahun lepas).
Solusinya ialah dengan menggunakan pickguard asal SDX dengan sedikit modifikasi, iaitu dengan membesarkan sedikit lubang singlecoil supaya dapat memuatkan pikap saiz singlecoil Alumitone.
"Pickguard Note: Alumitones require a rectangular cutout, simple modification is usually required" - Lace website.
Lubang dikikis sedikit demi sedikit menggunakan kikir murahan (Mr. DIY) supaya boleh muat bentuk pikap singlecoil Alumitone. Hanya lubang singlecoil sahaja yang perlu dikikir, lubang humbucker tidak memerlukan mondifikasi.
Begitu juga dengan lubang untuk potentiometer, asalnya bersaiz Alpha 5/16" (~7.94 mm) manakala pot Lace adalah jenis CTS 3/8" (~9.52 mm). Step-drilling bit digunakan dipulas manual dengan tangan, tak perlu guna drill Bosch.
Elektronik Lace dimodifikasi menjadi VOL-TONE sama seperti konfigurasi asal SDX. Komponen yang dibekalkan Lace adalah jenis berkualiti, pot adalah jenis CTS 250k dengan kapasitor 22nF, manakala suis 5-arah adalah jenis CRL.
Modifikasi elektronik terakhir ialah menggantikan output jack asal dengan output jack Switchcraft tajaan YusTech GT.
Perancangan awal adalah untuk menukar sistem Floyd Rose Special (FRS) kepada Gotoh GE1996T dan GHL-2-G. Tapi bila mengalami isu keselarian (alignment), FRS dan locking nut asal digunakan semula.
Ok, pemerhatian awal untuk set Alumitone HSS ini - agak senyap, sesenyap pikap aktif EMG. Karekter bunyi juga agak jelas dan nyaring (clean and bright), humbucker bridge agak PAF-ish kerana jenis medium output.
Kelemahan? *Sustain terasa agak pendek, dan disebabkan karekter jelas dan nyaring tadi, sebarang kekucilan pada fretboard akan ketara. Secara fizikal, lubang di bawah pikap amat senang untuk bendasing dan fauna masuk ke dalam pickguard. Tapi macam biasa, semua ini pendapat aku yang temberang saja.
_____
AADI: *Mungkin berbeza pada situasi jamming.
Antara tindakan utama Azrul selepas memiliki ex-Mirage aku (LTD M-103FM) ialah untuk menjadikannya sebuah gitar berprestasi tinggi. Azrul membekalkan aku dengan set bridge Gotoh GE1996T dan locking nut FGR-2-C untuk dipasang pada gitar ini.
Seymour Duncan Invader yang sebelum ini dipasang pada Cort X-11, juga dipindahkan ke gitar ini. Serasi dengan tugasnya sebagai gitar utama menggantikan X-11 tadi, katanya Azrul suka dengan respon unik pikap ini.
Daripada konfigurasi HSS kini menjadi H tunggal, sama seperti projek DiMarzio X2N sebelum ini. Lubang kaviti SS ditutup dengan sticker ESP/GC (diperolehi dalam entri ini), untuk nilai estatika dan tema jenama ESP (walaupun cuma LTD).
Stud-bolt, spring dan claw Floyd Rose Special (FRS) asal digunakan. Jika ditukar menggunakan barangan Gotoh, akan mengambil masa selain kekangan perkakasan khas. Selagi boleh pakai, teruskan...
Mengekalkan templet sebelum ini, menggunakan suis tiga arah untuk mendapatkan tiga konfigurasi berbeza untuk sebuah pikap yang memiliki 4-wayar konduktor - parallel/split/series.
Dengan konfigurasi begini, sekiranya output series agak melampau (it's the Invader after all), opsyen parallel ataupun split (singlecoil sound) sudah tersedia. Kapasitor Sprague Orange Drop 22pF juga dikekalkan.
Sama seperti material GE1996T, locking nut FGR-2-C juga telah terbukti tahan pukul pulas berbanding locking nut FRS R3. Lebih yakin untuk menguncinya dengan ketat. Dan untuk melengkapkan pakej, dipasangkan dengan set tali SIT Stings S1046 pada talaan Eb-standard.
Kini ia menjadi gitar utama Azrul dan digunakan bersama-sama *Larrong untuk dua gig di Miri Sabtu ini (semalam) iaitu Tareng Fest dan Miri Bike Week. Seperti harapanku sebelum ini, semoga gitar ini akan pergi lebih jauh bersama Azrul, berbanding hanya terperap di rumah (bedroom guitar) dan gitar sandaran (backup) jika masih bersama aku.
Memulakan Julai dengan mengucapkan selamat tinggal kepada Mirage (LTD M-103FM) yang merupakan gitar kedua senior dalam axology aku, dimiliki sejak 24/11/2011. Setelah hampir lapan tahun dalam axology dan beberapa kali percubaan untuk dilepaskan, akhirnya ia bertukar tangan jua, tapi ia tak lari ke mana...
Kini ia dimiliki oleh Azrul (MUP, Tahi Suci, Larrong, Erectus) yang sudah sekian lama serasi dengan gitar ini. Pernah digunakan beberapa kali oleh Azrul semasa persembahan MUP untuk Opening Season Gig 2012, Oktoberfest 2012, Bintulu Bike Week 2013, dan BOTB Sebauh 2016, tatkala belum ada gitar "proper" atau ketika gitar utamanya (Cort X-11 ketika itu) bermasalah.
Oktoberfest 2012, masih muda lagi.
Ia dilepaskan dalam keadaan asal kecuali tanpa pikap (pikap asal dah jual) dan segala modifikasi sebelum ini (pikap, bridge dan locking nut) telahpun dikeluarkan. Aku yakin gitar ini akan pergi jauh bersama-sama Azrul berbanding terperap di rumah. Lagipun aku dah ada Neon (M-50FR) yang lebih "serasi".
Dan untuk meneruskan legasinya sebagai gitar platform modifikasi, Azrul membekalkan set bridge dan locking nut Gotoh GE1996T dan Gotoh FGR-2-C bersama-sama pikap Seymour Duncan Invader (dikeluarkan daripada X-11 sebelum ini) untuk dipasang dan menjadikan M-103FM ini gitar berprestasi tinggi. Dan set SIT Strings S1046 untuk talaan Eb-standard sebagai pelengkap.
_____
AADI: Proses modifikasi akan dibuat entri berasingan kelak.
Setelah dipandu uji semasa Isolated Gig Vol. 1 hujung bulan Mac lepas, ternyata Sarge merupakan gitar yang tegap dan sesuai menjadi platform untuk modifikasi.
Tapi hardware dan elektronik asal tidak berapa memuaskan hati (it's a lower tier Jackson after all) dan harus ditukar untuk menjadikannya gitar berprestasi tinggi. Enter, gold upgrades.
Sebelum modifikasi, untuk perbandingan.
Hardware dan elektronik yang ingin digunakan telahpun dirancang lebih awal, pada asalnya merupakan projek untuk Nightfall. Kebanyakkannya pernah dipasang pada gitar lain.
Tiada apa-apa masalah dihadapi semasa pemasangan tuning machine dan locking nut. PWAT-6R3 memang retrofit 100% dengan lubang tuning machine asal tanpa perlu sebarang modifikasi. Dan mungkin kali ini teknik aku betul, tali high-E dan B dapat dikepit dengan kuat tidak sepeti kes PWAT-331L dalam entri semalam.
Hanya locking nut perlu dilaras ketinggiannya secukup rasa dengan shim logam yang dibekalkan Gotoh dan tambahan beberapa cebisan kertas.
Begitu juga dengan bridge GE1996T yang retrofit dengan ruang kaviti tremolo asal berbanding sangkut semasa cuba dipasang pada Neon. Set pikap EMG 81/85 Metal Works emas melengkapkan pakej emas dan juga tugasnya sebagai gitar metal.
Perlu diikat dengan cable tie supaya nampak kemas.
Litar solderless EMG memang memudahkan kerja, ruang kaviti pun cukup luas berbanding pada Korina sebelum ini. Hanya wayar output sahaja perlu dimodifikasi sedikit (dipanjangkan) kerana jarak output jack (upper wing) dengan ruang kaviti (lower wing) agak jauh, dan kabel solderless asal agak pendek.
Span di belakang spring sebagai peredam.
Ini masalah yang sama dihadapi semasa memasang GE1996T pada Miragebeberapa tahun lepas. Kerana blok brass 40 mm agak panjang, ruang kaviti spring tidak dapat ditutup. Penyelesaian mudah, biarkan terbuka, tak ada masalah...
Kini, dengan hardware yang lebih berkualiti terutama barangan Gotoh yang mengunci tali pada kedua-dua hujung, lebih yakin untuk menggunakan whammy bar. Prestasi kombo EMG 81/85 akan dipandu-uji semasa sessi jamming petang nanti.
_____
AADI: Akan cuba mendapatkan strap lock emas jenama Loxx.
Dan setelah dikeluarkan daripada Neon minggu lepas, aku membuat keputusan untuk memasang set Seymour Duncan progressive metal Sentient/Pegasus ini pada Goldie, bukan pada Johnny mahupun Korina.
Terkial-kial hampir tiga jam menyiapkan projek ini, mujurlah tiada kesilapan dan pengulangan. Aku hampir putus asa ketika memateri wayar-wayar halus pada push-pull tone pot untuk opsyen series-parallel seperti konfigurasi asal Goldie. Selepas ini kalau elektroniknya bermasalah, memang aku tidak akan buat opsyen series-parallel lagi, guna tone pot biasa sahaja atau bypass terus tone.
Pikap dengan output medium seperti Pegasus memberikan respon yang berbeza pada gitar berat, berdasarkan pengalaman menggunakannya pada Johnnytahun lepas, berbanding pada Neon yang ringan baru-baru ini. Sentient pula terasa lebih tebal (fat) seakan-akan PAF, berbanding nyaring (bright) semasa berada pada Neon. Nampaknya faktor tona kayu bukanlah mitos semata-mata.
Semasa menggunakan ProBucker sebelum ini, aku baru perasan yang TOM bridge pada Goldie (dan mungkin kesemua Les Paul Epiphone) memiliki spacing 52 mm, serasi dengan trembucker Seymour Duncan atau F-spaced DiMarzio. Pegasus yang dimiliki ini merupakan versi trembucker, jadi kesemua tali adalah sejajar dengan pikap.
Kembali bersemangat memainkan Goldie, sudah sekian lama ia terperap dalam hardcase, akan digunakan semasa sessi jamming akan datang.
_____
AADI: ProBucker mungkin akan di-GLTL-kan untuk modal pusingan.
Masalah utama yang ada pada sistem Floyd Rose Special (FRS) ialah material yang digunakan tidak tahan lama (contohnya kes #1, kes #2, kes #3 dan kes #4) kerana menggunakan aloi zink berbanding keluli yang terdapat pada Floyd Rose Original (FRO).
Tapi dari segi kestabilan talaan (tuning stability) FRS, ia tidak berbeza daripada FRO kerana rekabentuknya yang sama. Jika ada yang kata FRS tak stabil, pastinya yang berkata gagal untuk mengguna/menyelenggara FRS dengan betul.
Exit FRS, enter GE1996T.
Ok kembali kepada cerita Gotoh GE199T dan Mirage. Daripada apa yang aku baca ia juga dibuat daripada keluli (atleast the saddles are processed steel). Untuk bacaan lanjut mengenai kualiti GE1996T beserta gambar sila klik forum JCF Online.
Kalau dah biasa buka pasang FRS, GE1996T ni memang senang dipasang, ia cukup-cukup muat dalam routing/kaviti asal FRS pada Mirage. Tetapi atas kekangan perkakasan (tak ada drill), stud-bolt Gotoh tidak dapat digunakan, lubang baru perlu ditebuk kerana diameternya lebih besar daripada diameter FRS.
Begitu juga dengan spring serta pemegangnya (spring claw), aku masih menggunakan spring dan claw asal FRS. Spring Gotoh agak keras (tegap) dan pendek, manakala jarak skru pada claw lebih lebar, perlu ditebuk lubang baru (juga, atas kekangan perkakasan).
Satu daripada inovasi Gotoh berbanding FRS, spring dikunci pada blok brass dengan skru, fungsinya supaya spring tidak terlepas jika tremolo dimainkan dengan ganas. Inovasi sebegini juga ada pada tremolo varian Edge Ibanez.
Blok brass 40 mm sebegini agak panjang berbanding ketebalan badan gitar, ia akan terkena dengan penutup ruang spring. Penyelesaian mahal, beli blok brass 33 atau 36 mm. Penyelesaian murah, tak payah tutup...
Tahun lepas berjaya memperolehi locking nut Gotoh GHL-2-G pada harga tersenyum. Sekarang kedua-duanya ia sudah sepadan berwarna emas.
Sememangnya warna emas begitu menonjol pada gitar hitam, lepas ni nak cuba cari tombol warna emas yang murah di eBay.
Pastinya lebih yakin untuk untuk bending sampai 2-3 semitone, yakin tali gitar tidak akan terlepas daripada cengkaman saddle. Teknik tremolo lain aku bukannya reti, kalau setakat dive-bomb bolehlah.
Bunyi akustik (main tanpa amp) terasa lebih nyaring, mungkin disebabkan blok brass yang besar/panjang.
Lebih senang ditala kerana talaan halus (fine tuning) pada hujung tremolo amat sensitif.
Sekarang ia kembali menjadi gitar utama di rumah (bedroom guitar), mungkin juga akan dipandu-uji hujung minggu ini bersama-sama "Petruccised" Goldie semasa jamming pasca-raya.
_____
Ada apa: Stay away from FRS-equipped guitars...
Selasa lepas (29/1/2013) terjumpa buku ni di premis Reissued Magazine, Amcorp Mall - An Oral/Visual History By The Red Hot Chili Peppers Wit...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?