Berkesempatan singgah di premis Sports Direct Malaysia di Vivacity Megamall ketika berada di Kuching minggu lepas. Dan pastinya terus menuju ke area sukan kombat seperti di premis Decathlon tahun lepas.
*Atas sebab bajet yang ciput, hanya memancing barangan tinju kecil-kecilan seperti pembalut tangan (wraps) Everlast Elite dan woven wrist support. Selebihnya (pelbagai jenis gloves) hanya dicuba saiz dan akan dipesan melalui platform Lazada/Shopee Sports Direct Malaysia jika ada bajet berminat kelak.
Tertarik juga perhatian pada dua tali pinggang angkat berat Everlast ini, satu nylon dan satu kulit. Kalau terasa kreatif bisa dimodifikasi menjadi strap gitar yang lebih ranggi ni.
Sabtu (30/08/2025) - Bertolak dari Bandar Baru Samariang sekitar 1.30 petang, memandu dengan pemandangan menarik berlatar belakangkan Gunung Santubong. Tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian. Aku datang awal supaya dapat secure parking dan kononnya ingin meronda Kampung Budaya Sarawak terlebih dahulu.
Kampung Budaya Sarawak ni antara tempat yang masuk dalam senarai baldi (bucket list) aku. Kalau bukan pasal Loudness entah bilalah dapat jejak kaki ke sini. Padahal dalam 20 km saja dari "rumah aku" di Samariang. Entri kali ini biarlah untuk Rock In The Jungle 2.0 sahaja, untuk cerita ronda-ronda Kampung Budaya akan dibuatkan entri berasingan kelak.
Walaupun pemegang tiket RITJ katanya boleh masuk Kampung Budaya seperti pengunjung biasa, tapi kiosk untuk pemegang tiket QR hanya dibuka sekitar 3.30 petang. Ada lagi sejam lebih baru dapat masuk.
Mulanya melepak di depan pintu utama sambil minum Nescafe tin. Tiba-tiba kelibat Minoru Niihara dan rakan-rakan keluar daripada pintu utama lalu depan aku menuju van (Toyota Hiace) untuk kembali ke hotel selepas sessi soundcheck.
Serius, kalau bukan kerana mereka cakap Jepun, memang aku tak perasan pun, sebab nampak macam apek-apek lokal dengan baju t-shirt/singlet. Hanya Akira Takasaki sahaja yang sedikit ranggi dengan kasut birunya. Aku yang kaget hanya sempat berbalas isyarat tangan dengan Akira sampai terlupa nak keluarkan fon. Jadi tak adalah bukti untuk bragging, kecuali kalau korang tanya Akira sendiri.
Old school, Casio Edifice (jam kahwin).
Bila kiosk tiket QR sudah buka, dengan pantas terus tebus gelang tangan untuk masuk Kampung Budaya. Selepas pemeriksaan keselamatan, singgah sekejap di booth merchandise, sempat memancing sehelai t-shirt rasmi Loudness untuk acara RITJ ini (buatan RIB).
Dari jam 4.00 sehingga 6.00 petang aku mengambil peluang untuk meronda Kampung Budaya ini. Tapi semua rumah-rumah tradisional tutup dan tiada lagi apa-apa aktiviti kebudayaan kerana sudah petang. Hanya dapat meronda sebelah luar sahaja. Gambar dan entri berasingan akan menyusul. Tapi memang strategiklah Kampung Budaya ini untuk acara konsert. Tandas bersih, surau pun luas.
Menang betul-betul "...in the jungle".
Kebetulan ada food court tak jauh dari pentas utama, sempatlah memesan mee sapi dan buah-buahan untuk mengalas perut sebelum acara bermula. Tapi faham-faham sajalah harga dalam memang jauh berbeza berbanding harga luar. Juga ada khemah "water station" menjual pelbagai minuman tin dan air botol.
Acara bermula sekitar 7.30 malam dengan dua band aku anggap saja sebagai opening band - Breathe In Ocean (7.30) dan Fearless (8.30). Waktu ini hanya beberapa orang sahaja yang berada di depan barrier. Aku mengambil peluang ini untuk secure tempat betul-betul di depan stage right yang ada dua full stack Marshall pastinya untuk Akira. Band lain hanya guna half stack atau combo.
Dah sampai depan barrier baru teringat aku lupa bawa earplugs, mampuslah esok dapat tinnitus sebab betul-betul mengadap full-range speaker besar depan stage. Nasib baiklah ada earphone Edifier X2 TWS dalam beg satchel aku. Sekurang-kurangnya adalah sedikit perlindungan daripada bunyian bingit.
Breathe In Ocean - band metalcore yang bagus katanya baru setahun ditubuhkan, main pun tight. Tapi rata-rata majoriti penonton adalah gen-X dan warga emas, bukanlah genre dan cita rasa majoriti. Mereka juga ada mainkan lagu cover This Fire Burns (Killswitch Engage) yang lebih dikenali sebagai lagu tema CM Punk. Oklah atleast ada juga lagu yang aku tahu.
Fearless - yang ini pula band gabungan Malaysia-Indonesia, genre agak rock and roll, tapi aku suka bassistnya yang funky, bassline pun gulung-gulung. Hanya selepas mereka memainkan dua lagu cover yang mesra majoriti iaitu Aces High dan Welcome To The Jungle (duh~) barulah suasana terasa semakin hangat.
Masayoshi Yamashita dengan seluar kuda belangnya.
Loudness naik pentas sekitar pukul 10.00 malam, waktu ini hujan mula turun renyai-renyai mengiringi lagu pembuka Crazy Nights. Aku dah siap-siap bekal baju hujan dan dalam keadaan standby, hanya akan dipakai jika hujan betul-betul lebat.
Serius, aku tak banyak ambil gambar atau video sebab aku nak enjoy dan bukan nak fokus pada skrin telefon. Bukan selalu dapat peluang depan barrier betul-betul menghadap Akira. Kebanyakkan video yang aku ambil pun hanya ketika Akira menyolo.
Aku pasti akan ada dalam kalangan penonton yang merakam konsert penuh dan dimuat naik ke YouTube kelak [edited: sudah jumpa video YouTube, disertakan di bawah] dan liputan daripada outlet berita tempatan. Aku link sahaja gambar/video menarik daripada mereka yang aku jumpa.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku bukanlah peminat tegar Loudness, bukan semua lagu aku familiar. Selain memainkan full album Thunder In The East bersempena ulang tahun ke-40nya, mereka juga memainkan lima lagi lagu daripada album lain (rujuk setlist di bawah).
Video di YouTube yang aku jumpa...
Konsert tamat sekitar 11.30 malam, aku berharaplah Akira akan membaling pick gitar kepada kami yang di depan barrier seperti yang dilakukan oleh Masayoshi di sebelah sana. Tapi alangkah hampanya bila guitar-tech Akira mengambil kesemua pick yang ada di mic stand Akira. Booo!~
Post-mortem:
Tiket RITJ lebih murah berbanding harga tiket konsert mereka di Zepp tahun lepas.
Pemerhatianku, kebanyakkan peminat yang datang adalah dari Borneo berbanding Semenanjung. Adakah tiada promosi di sebelah sana? Sama macam kes Wings RITJ tahun lepas.
Geng warga emas ramai yang duduk tepi sahaja berbanding ke depan walaupun masih ada ruang menyelit, mungkin tak tahan berdiri kot?
Skrin besar kiri dan kanan stage terlalu banyak guna filter. Agak annoying tengok skrin dengan filter efek api, elektrik, psychedelic bagai.
Bunyi dan pencahayaan memang mantap bertaraf konsert antarabangsa.
Ada seorang amoi peminat tegar dari Jepun namanya Kaori, katanya kejar dan hadir setiap konsert Loudness sejak tour Jepun mereka sebelum RITJ ini. Teringat aku cerita Lisa yang kejar Iron Maiden ketika era Flight 666 dan The Final Frontier.
Konsert mesra OKU, ada seorang penonton OKU berkerusi roda diberikan seat paling depan. Lebih depan daripada kami di barrier.
Masayuki "Ampan" Suzuki memang besar beb!
Lagu paling happening malam itu ialah So Lonely, crowds sing-a-long part "ooo..." tak henti-henti. Dalam video YouTube tak kedengaran tapi kami yang depan barrier memang terasa macam tengok bola. Nampak jelas kepuasan pada muka Minoru dan rakan-rakan dengan respon crowds RITJ.
Setlist ini aku dapat selepas konsert diberikan oleh seorang crew kepada kami yang masih lepak depan barrier. Oklah tak dapat pick, dapat setlist pun jadilah sebagai arkib.
Adalah menyelit di situ.
Dah lama tak layan konsert metal, kali terakhir waktu Megadeth turun KL 2017. Tak sangka dapat ke depan barrier pula tu dengan harga tiket yang amat berbaloi (tahap tiket duduk Megadeth/Metallica). Walaupun tak follow sangat Loudness, tapi sebagai peminat metal amnya, konsert ini paling puas hati untuk aku setakat ini. Harapanku agar Kuching menjadi hub konsert artis *antarabangsa selepas ini.
Selamat berbulan September, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan/Merdeka ke-68 untuk pengikut AADI. Bak kata MC Rock In The Jungle 2.0 "kami sambut ambang merdeka layan Loudness!".
Masih belum dapat move-on dan masih tepu dengan idea untuk dibuatkan entri. Aku letak setlist dululah, memang betul-betul full album Thunder In The East dimainkan. Dan nasib baik ada juga menyelit dua lagu kegemaranku daripada album lain iaitu Shadows Of War dan So Lonely. Nantilah bila sudah ada masa lapang baru aku buat entri penuh.
Btw, setlist tu aku dapat daripada crew waktu mereka sedang berkemas dan menunggu band turun dari bilik persalinan backstage ke kereta.
_____ AADI: Rugilah Bert tak datang, senang-senang dapat first to the barrier.
Katanya eksklusif untuk konsert Rock In The Jungle 2.0 hujung bulan ini, Loudness akan memainkan lagu-lagu dalam album Thunder In The East sepenuhnya bersempena ulang tahun ke-40 album ini.
Kira oklah, tak perlu banyak buat homework untuk setlist Loudness, memandangkan aku tak ada apa-apa material fizikal mereka. Tapi aku pasti, lagu-lagu hits lain pun akan dimainkan dalam konsert kali ini untuk memaksimumkan masa.
Jom Berteromber! Masih ada masa untuk tiket early bird sehingga 15/8/2025. Aku boleh taja pengangkutan dari Bandar Baru Samariang sampai ke Kampung Budaya.
_____ AADI: Sudah masuk dalam jadual website rasmi mereka.
Selepas memikirkan beberapa faktor, terutamanya lokasi, logistik dan penginapan, aku radu saja tiket early bird Rock In The Jungle 2.0 untuk hari kedua (30/8/2025) nanti kerana headliner band Loudness.
Aku bukanlah peminat tegar Loudness, material fizikal mereka pun aku tak ada (hanya ada beberapa mp3). Tapi membesar dalam zaman 80's rock yang pastinya tidak terlepas daripada mendengar lagu-lagu Loudness - Crazy Nights, Heavy Chains, Ashes In The Sky, So Lonely dan my all time favourite Twenty Five Days From Home.
Tapi seperti faktor pada perenggan pertama tadi, bukan selalu dapat tengok konsert band antarabangsa di sebelah sini (Borneo) lagi-lagi band rock/metal. Kebetulan tarikh tersebut kami sekeluarga memang merancang untuk ke Kuching menjenguk "rumah" kami di Samariang sana (~20 km dari lokasi konsert), memang Mrs. bagi lampu hijau terus.
_____ AADI: Kena study setlist mereka tahun lepas.
Ditag oleh Bro Eden beberapa hari lepas berkaitan headliner malam kedua festival muzik Rock In The Jungle 2.0 yang bakal berlangsung di Sarawak Cultural Village pada 29-30/08/2025 nanti.
Tarikh dah cantik, tempat pun lagi cantik, penghujung dunia area Santubong sana (jauh dari town) dah kira dekat sangat dengan "rumah" aku di Samariang. Kita rancang dulu...
Geng bloggers lain, ada siapa-siapa yang merancang ingin pergi?
Mencari kesempatan melawat premis Music Outlet Metrocity ketika berada di Kuching cuti sekolah dan Krimas bulan Disember lepas.
Memilih cawangan Metrocity Matang kerana dekat dengan tempat penginapan kami berbanding cawangan lain. Dan berdekatan dengan McDonald's drive-thru Metrocity, alasan untuk aku dan my boys (Junior dan Arlo) jalan-jalan cari makan.
Inilah yang ingin diintai di cawangan ini, setelah diiklan di Facebook beberapa minggu sebelumnya. Sebuah Edwards Snapper E-SN-145FR terpakai yang ditawarkan pada harga yang memang sukar ditepis.
Memang ia menepati ciri-ciri yang aku inginkan - MIJ superstrat 24-fret, rosewood fretboard, Seymour Duncans, Floyd Rose 1000 dan yang pastinya warna hijau.
Tapi selepas memikirkan beberapa faktor antaranya Mirage yang baru diperolehi bulan November lepas dan axology aku sudahpun mencecah 10 unit, niat untuk memiliki gitar ini terpaksa dilupakan.
Aku tidak pulang dengan tangan kosong, beroleh sebuah gigbag Superbag (jenama apa ni?) pada harga yang berbaloi per fitur, kualiti dan ketebalan. Agak besar mungkin boleh memuatkan sebuah ES-335 atau gitar berbentuk pelik seperti Firebird, Iceman, Warlock dan bass berskala pendek.
Ini pembelian ria (*joybuy) selepas ia diiklankan dalam Facebook Marketplace area Kuching. Ibanez RGA42FM terpakai ini dituntut sendiri ketika bercuti sekeluarga beberapa hari di Kuching minggu lepas.
Ditawarkan pada harga 36% daripada harga runcit semasa (atau 30% ikut harga pra-2022) tapi dengan klausa tanpa pikap. Amat sesuailah dijadikan gitar projek dan kebetulan akupun ada banyak pikap tanpa gitar perumah. Diterima dalam keadaan berdebu dan bersawang, seperti sudah lama berada dalam stor.
Harga ditawarkan tadi adalah termasuk sekali dengan strap Planet Waves, Straplok Dunlop dan gigbag Gator 4G-series. Ketiga-tiga item terpakai inipun kalau diikutkan harga keseluruhan memang sudah dikira berbaloi.
Gigbag ini fizikalnya masih tegap, cuma ada beberapa tempat permukaan agak teruk seperti menjadi tempat kucing mengasah kuku. Tapi setakat untuk membawa gitar turun naik studio jamming sekitar Bintulu masih tiada masalah.
Dengan kemasan bernama blue lagoon burst flat (BLF) ia mengingatkan aku pada kemasan deep sea blonde (DSB) JIVAJR signature Nita Strauss. Sudah lama aku tiada gitar jenama Ibanez dalam axology (bass lain cerita). Kali terakhir ber-Ibanez ketika era ex-Replacement (RG350M) berbelas tahun lepas.
Kaviti pikap jenis direct mount ini agak cetek, bakal memberikan sedikit cabaran untuk mengenalpasti pikap apakah yang bisa muat di dalamnya.
Berat keseluruhan amat ringan sekitar 2.7 kg sahaja tanpa pikap. Calar-balar yang dikesan agak minimum dan hanya sedikit lekukan pada bahagian belakang. Bagi aku dengan kotoran seadanya (residu manusia, debu dan karat) ia masih aku kategorikan sebagai 8/10.
Daripada nombor siri I181109414, ia merupakan buatan November 2018, tapi aku pasti ia adalah model untuk rilisan 2019. Buatan Indonesia, jadi tak perlu risau tentang kualiti pertukangannya.
Badan asas kayu meranti, kemasan atas kayu maple, fretboard pula menggunakan kayu jatoba. Warna kayu jabota ini agak janggal pada gitar gelap atau hitam (contoh), tapi pada gitar berwarna biru, ia agak kontras dan menyerlah. Fret masih 85-90% jangka hayatnya.
Fixed bridge Ibanez, aku sebenarnya tak suka bridge jenis begini, kerana skru terpacak keluar amat menjengkelkan ketika palm mute. Kalau model lama RGA32 menggunakan bridge jenis Gibraltar (rujukan) yang sedikit selesa.
Isi perut yang ok, masih mengekalkan output dan suis 5-arah Ibanez 3SWLSP5. Cuma pot volume dan tone sahaja sudah ditukar kepada jenis CTS, tak pasti jenama apa tapi bukan DiMarzio.
Maka proses restorasi pun bermula dengan pembersihan residu dan debu, kemudian cucian badan dan fretboard menggunakan produk Dunlop. Pikap? Elektronik? Yang ini akan difikirkan kemudian.
Nickname? Buat massa ini ia akan digelar LAGOON atas faktor kemasan blue lagoon burst-nya. Axology aku kembali menjadi sembilan. Tapi perancanganku selepas restorasi ini, ia akan cuba didagangkan semula untuk modal pusingan.
Berjaya memperolehi sebuah gitar ESP Eclipse-II, satu daripada "final fantasy" hobi kegitaran sejak aku mengenali jenama ini. Walaupun berstatus terpakai (tak mampu beli baharu) yang pasti ia berlogo ESP dan bukan E-II.
Diperolehi daripada seorang seller (Mr. A) dari Kuching yang telah mengiklankannya di Facebook Jamtank. Kebetulan aku ke Kuching penghujung Ogos lepas atas urusan kesihatan Mrs. Ijau. Sempatlah buat temujanji berjumpa dengan Mr. A di studionya untuk merisik gitar ini.
Harga yang ditawarkan walaupun masih dikira premium, tapi agak berbaloi untuk sebuah ESP terpakai (-40% daripada harga asal), ini semua rezeki PKP. Seperti siri-siri standard ESP lain, ia didatangkan dengan hardcase ESP yang khas untuk bentuk Eclipse (form-fit).
Spesifikasi tak perlulah aku ceritakan, rujuk sahaja katalog ESP 2011. Sememangnya aku sudah biasa dengan gitar berbentuk singlecut lebih-lebih lagi bentuk Eclipse. Profil dan beratnya pun sama seperti berat EC-1000VB (Deluxe), feels at home.
Kemasan snow white memang terkenal kerana mudah menguning, lebih-lebih lagi jika berada lama dalam hardcase (contoh M-II Bro Sub). Mengikut ceritanya, gitar ini jarang diguna oleh Mr. A setelah memiliki PRS SE Tremonti yang lebih serasi.
Tuning machine head Gotoh Magnum Lock memang tegap, logamnya padu berbanding jenama/model tuning machine lain yang pernah dipegang sebelum ini.
Nombor siri SS1032115 yang diinterpret (berpandukan sumber) sebagai keluaran kilang Standard ESP (SS) tahun 2010 (10), minggu ke-32 (32), Isnin (1), produk ke-15 (15) atau ringkasnya produk ke-15 pada 09/08/2010. Ok, dah berusia 10 tahun.
Standard ESP Eclipse bernadi kombo EMG 81 (bridge) dan EMG 60 (neck). Aku tak ada masalah dengan pikap EMG, ini gitar metal, dan aku main metal. Kalau tak nak main metal, gitar lain ada.
Menjenguk isi perutnya, masih lagi menggunakan pendawaian berpateri (hardwired) dan bukannya versi solderless. Pematerian pun memang kemas, begitu juga ruang kaviti. Yang ini akan dibiarkan seadanya - hardwired, standard, active, EMG.
Untuk sebuah ESP yang berusia 10 tahun, ia masih nampak baharu (kecuali kekuningan) jelas ketara pada fret, hardware dan langsung tiada battle scar. Bak kata Mr. A, daripada gitar ini mereput dalam hardcase, ada baiknya ia dilepaskan kepada rocker/metalhead lain yang lebih menghargainya - to be played, hard.
Untuk "mengurangkan beban" serta selaras dengan tema 2020 purge, satu daripada dua Eclipse versi LTD akan cuba dilepaskan.
Nickname? Ia akan digelar SHIRO bersempena warnanya (白い shiroi, putih) dan tempat asalnya negara matahari terbit. Akan dijadikan gitar utama dengan talaan Eb-standard atau drop-C# jika perlu.
T-shirt SMR bersempena gig Sarawak Metal Regime 2018 pada 5/8/2018 yang lepas di Black Box Borneo, Kuching. Kali ini versi emas, aku terlepas versi hijau gig sebelum ini.
Diperolehi menerusi perantaraan Azrul yang menyertai band Tahi Suci, satu daripada band yang membuat persembahan semasa gig tersebut. Ulasan gig ini kita tunggu entri blog Molotov Cocktailz Adi Herman yang juga merupakan frontman Tahi Suci.
Oleh kerana saiz gergasi sudah habis lebih awal, Azrul hanya berjaya mendapatkan saiz XL untuk aku yang cukup-cukup muat perut boroi aku bagai pembungkus nangka, kah kah kah...
Woven patch SMR, antara merch yang teringin untuk dimiliki, sebahagian daripada kombo pembelian Azrul. Aku tidak ada battle jacket, dan mungkin tidak akan memilikinya. Tetapi patch ini akan dilekat pada gigbag gitar.
Juga disertakan dengan dua flyer gig tersebut, satu daripadanya memiliki autograf daripada ahli kumpulan Impiety yang juga merupakan persembahan utama pada gig tersebut.
Rajin membeli t-shirt SMR sebegini kerana boleh dijadikan uniform semasa persembahan pentas MUP, contohnya di sini, di sini dan di sini. Hampir kesemua ahli MUP memiliki t-shirt SMR, dan sebagai tanda MUP merupakan wakil SMR untuk scene upper-ground (yes, upper) Bintulu.
_____
AADI: Kalau scene underground Bintulu, dah banyak band wakil SMR.
Pagi-pagi Jumaat ni baik buat entri pasal masjid (macam entri Deaf-Angel), ni cerita bulan lepas waktu aku sekeluarga (Mrs. Ijau, Lil'Ijau - sekeluarga la tu) pergi ke Kuching untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kembar Mrs. Ijau.
Majlis akad nikah berlangsung selepas solat Jumaat, jadi sebelum majlis aku dibawa oleh iparku untuk bersolat Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Ini merupakan kali kedua aku menziarahi masjid ni, kali pertama penghujung tahun 2006 waktu berkursus induksi di Cawangan Kuching. Aku tak pasti sama ada masjid ni bertaraf masjid negeri ataupun tidak, aku pasti akan ada anak jati Sarawak yang akan menjawabnya kelak.
Ruang solatnya memang luas, rasanya dalam 2-3 kali ganda luas daripada Masjid Setia Raja Mukah. Aku suka tengok ruang dalaman yang luas dengan tiang (pillars) dan kubah (dome) bergeometri dan melengkung (arched), seakan-akan sedang berada di dalam Halls Of Moria.
Rekabentuk lengkungan tiang seakan-akan sama seperti di Masjid Assyakirin Bintulu (mungkin arkitek yang sama). Ruang luas yang unik sebegini tidak memerlukan pendingin hawa yang banyak, pengudaraan (ventilation) semula jadi berbentuk lingkaran berpilin (vortex) terhasil daripada bentuk kubah dan lubang-lubang yang strategik (aku tak tau istilah arkitek).
_____
Ada apa: Info lebih lanjut mengenai masjid ni boleh layari website IslamGRID.
Macam tak sangka album ini sudah mencecah usia sedekad, terasa seperti baru beberapa tahun lepas ia dirilis. Tapi bila difikir semula, rupa-...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?