Inverno Fishing (Part 2)


Hasil pancingan daripada Inverno Music Station, Mahkota Parade Melaka.


Kali ini ia dipancing secara atas talian, setelah diiklankan dalam Facebook promosi dua CD untuk RM50, aku memilih tajuk-tajuk di atas.

Sebenarnya banyak lagi CD yang dipromosikan, tapi kebanyakkannya bukanlah citarasa aku. Kalau ada yang best-best akan dipancing lagi. Entri berasingan akan menyusul...

_____
AADI: Umpama batu.

Dilema Korina


Korina (Epiphone 1958 Explorer Korina) gitar bertahap *limbo dalam axology aku, juga telah dikembalikan kepada spesifikasi asal mengikut jejak langkah abangnya Goldie (Epiphone 1957 Les Paul Goldtop).


Dipasang semula dengan pikap asal Epiphone Alnico Classic set. Pikap sebelum ini DiMarzio PAF 36th + Super Distortion bersemayam hampir setahun, telahpun dirobek oleh Johnny (Squier J5 Telecaster) yang lebih praktikal dan eksperimental.


*Disebabkan belum attached dengan gitar ini, ia pernah beberapa kali ingin dijual untuk dana-dana mendapatkan PS4 dan juga GLTL lain. Tapi beberapa kali itu juga telah ditaburi janji-janji manis oleh pembeli berpotensi yang akhirnya mengayam-keluar (chickening-out) walaupun telah diberi beberapa kemudahan.

Harap maaf, selepas ini tiada lagi peluang anda untuk memilikinya. Ia akan direhatkan dan disimpan sebagai gitar koleksi, sama seperti Goldie. Lagipun aku sudah tiada nafsu lagi untuk menjualnya kerana telahpun memiliki PS4, dan kuota "empat buah gitar" pun telah dibatalkan.

_____
AADI: #7 menanti...

Flashback Friday: Rasengan Raja Rimba?


Membelek-belek koleksi Raja Rimba semasa cuti raya bulan lepas (ada kaitan dengan entri ni)...


Muka depan isu #70 (keluaran sekitar Disember 1996) agak menarik perhatian, watak Sang Rimau Kumbang (versi Tenno Gelap) seakan-akan sedang buat jutsu Rasengan, lebih awal sebelum Naruto wujud, kah kah kah...

_____
AADI: "Bila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata" - peribahasa epik.

Wordless Wednesday: Soundtrack Of Heavy Metal




_____
AADI: Rock At Large mari.

One Piece 20th Anniversarry


Bagi peminat siri One Piece, pastinya mengetahui yang manga/anime ini sudahpun berusia 20 tahun pada Sabtu lepas (22/7/2017). Kali pertama ia disiarkan dalam majalah Shonen Jump pada tahun 1997 dan versi anime mula disiarkan sekitar tahun 1999.

Entri lama tahun 2009 - CD kompilasi 10th Anniversary Super Best.
Aku mula mengenali siri ini daripada komik versi terjemahan Comics House dengan tajuk Budak Getah sekitar penghujung 90an. Versi anime pula mula dilayan sekitar 2003, dan masih aktif menyedutnya sehingga kini, keh keh keh...

Sebagai seorang peminat One Piece, pastinya dalam AADI juga tak terlepas daripada entri-entri berkaitan, antaranya...

Wadou Ichimonji.
Sandai Kitetsu dan Yubashiri.
Log pose nail-cutter.
Kabuto Sogeking.
Keychain bootleg.
Lagi...
Impak siri One Piece ni memang hebat dan tak perlu aku ceritakan di sini (boleh minta bantuan Pak Google atau Wak Wiki). Dan jangan hairan aku yang berumur lewat 30an ni pun masih layan hentai anime. Siri ini berjaya menjadi my all-time favourite anime, mengalahkan Mospeada dan Macross yang pernah bertakhta semasa zaman kanak-kanak dulu.


Going Merry's Viking funeral from episode 312 (circa 2007).

Setiap kali tonton babak di atas pasti akan sebak dan menitiskan manly tears gitu... The most emotional scene so far.


Tak lupa juga, aku mengenali band Masterplan melalui videoklip/montaj nukilan Many Lemons dengan lagu runut Sail On.

[Maybe will add more rants later, here...]

Thank you Eiichiro Oda.

_____
AADI: "One Piece motherfucker! One Piece!".

Pembolos Jengking


Dihubungi oleh seorang pembaca senyap (silent reader) AADI awal tahun ini selepas terbaca entri lama Raja Rimba dan menawarkan diri untuk membeli koleksi komik aku. Jawapan aku, jika tawaran berpatutan, apa salahnya kan? Tapi kena tunggu aku balik Membakut baru dapat meneruskan urusniaga.


Cuti raya beberapa minggu lepas baru berkesempatan balik Membakut, dapatlah mengorek semula koleksi komik yang ada. Pada saat-saat akhir (sebelum aku bertolak ke Bintulu) pembeli bertukar fikiran untuk memilih koleksi Pembolos Keranjang dan Jengking Merah berbanding komik-komik manhua lain (Raja Rimba, Jejak Wira dan Dewata Raya).

Berdasarkan rekod arkib (tarikh, tempat beli) yang ditulis pada muka surat pertama setiap komik, kebanyakannya dibeli sekitar 1995-2000, teringat segala memori zaman-zaman pasca PMR sehinggalah masuk USM.

Dengan dana-dana yang diperolehi, rasanya cukup untuk mendapatkan sebiji pedal stompbox Boss, hehehe...

_____
AADI: Hobi lama menjana dan mendanakan hobi baru.

Selamat Hari Sarawak


Selamat Hari Sarawak. Walaupun aku bukan anak Sarawak, tapi aku bangga bermastautin di Sarawak, Bintulu khasnya. Budaya dan latar belakang kehidupan antara Sabah dan Sarawak tak jauh berbeza.


Bersemangat pakai t-shirt Sarawak Metal Regime (version 1) hari ini, walaupun ramai yang salah anggap ia t-shirt S4S, kah kah kah...

Dikhabarkan juga bersempena Hari Sarawak, MeNJREX NeRTO akan mencetak semula t-shirt SMR v1 bermula minggu depan. Kali ini menggunakan t-shirt Gildan berbanding Fruit of the Loom seperti keluaran lepas (2013). Nak order satulah...

_____
AADI: Agi idup, agi metal!

Flashback Friday: Meteora Theory


Baru saja pagi semalam aku dengar lagu terbaru Linkin Park (tak tau apa tajuk) menerusi radio Traxx.fm kalau tak silap. Secara muzikal aku tak sangka ia muzik terkini Linkin Park, tapi vokal Chester Bennington memang aku boleh cam. Apa dah jadi dengan LP ni? Lepas tu baru aku teringat isu kenyataan Mike Shinoda pasal gitar ESP.

Image added on 22/7/2017
Pagi tadi macam-macam newsfeed daripada media sosial mengenai kematian Chaz. Terkejut juga sebab sekali lagi cerita pasal bunuh diri, isu yang malas aku nak ulas. Radio Traxx.fm pun awal-awal pagi lagi dah pasang lagu Crawling, memang KLMJ.

Entri Hybrid Theory tahun 2010.
Ya, aku juga pernah meminati LP semasa era dua album pertama mereka - Hybrid Theory dan Meteora. Antara album awal 2000an yang ada nilai-nilai nostalgik, sebahagian daripada soundtrack of my life, bersesuaian dengan jiwa rebellious aku ketika itu. Tapi album ketiga dan seterusnya, citarasa muzikal aku dah tak selari dengan muzik LP, seterusnya membawa persoalan seperti perenggan pertama di atas.


In the end, it doesn't even matter... Thank you for the music Chaz.

_____
AADI: Eh? Aku baru perasan aku tak ada buat entri album Meteora.

Foo Fighters - Live At Wembley Stadium (DVD)


Membelek-belek katalog Foo Fighters di eStock musicMagpie, terjumpa DVD Live At Wembley Stadium dengan harga agak tersenyum £3.58 (RM20.55). Pembelian dibuat semasa video klip Run dan mood "kononnya FF nak singgah KL bulan Ogos kelak" sedang memuncak.


Konsert mega di Stadium Wembley, London yang berlangsung pada dua malam berturut-turut 6-7/6/2008, tapi kalau tengok rilisan rasmi ni sekali harung memang tak akan perasan pun.


Mengetengahkan lagu-lagu mereka sehingga album keenam Echoes, Patience, Silence & Grace. Sayangnya tiada lagu-lagu daripada album pertama, walaupun dikatakan ada lagu This Is A Call dan Big Me semasa konsert, tapi telah disingkirkan daripada rilisan rasmi ini.


Majoriti lagu-lagu dimainkan secara 4-piece (Grohl, Shiflett, Mendel, Hawkins), selebihnya dengan pemuzik tambahan seperti Pat Smear (gitar), Rami Jaffee (kibod, akordian), Drew Hester (perkusi) dan Jessy Greene (biola, celo). Kini selain Smear, Jaffee pun telah diiktiraf sebagai ahli tetap FF.


Dengan kejutan daripada dua anggota Led Zeppelin, Jimmy Page dan John Paul Johns mempersembahkan dua lagu klasik Rock And Roll (Hawkins vocal, Grohl drums) dan Ramble On.



Dave kata ini merupakan konsert FF paling hebat dan bermakna baginya dan dalam sejarah FF itu sendiri. Yelah, kalau dah dua malam berturut-turut menghiburkan puluhan ribu peminat di lokasi konsert antara yang tersohor di dunia, ditambah pula dapat beraksi bersama-sama childhood hero atau idolanya (Page, Johns), sesiapa pun pasti akan mengalirkan manly tears gitu~

_____
AADI: Nasib baik FF tak singgah KL bulan Ogos ni...

Wordless Wednesday: Donald Who?




_____
AADI: That's not even a duck~

Mr. Jackson And Mr. Smith (Part 2)


Tiap kali kalau Deaf-Angel buat entri konsert Iron Maiden TBOS 2016 dalam blog KDHRnya, aku selalu request minta gambar Adrian Smith dengan gitar Jackson hijaunya. Siap jadi highlight dalam entri ni.

Imej KDHR.
Ini merupakan model custom shop Jackson, one-off berasaskan signature series Adrian Smith San Dimas DK. Dikatakan dalam Twitter ia bernadi Seymour Duncan JB, agak terkejut sebab H terkenal sebagai ahli khemah DiMarzio Super Distortion.

Imej KDHR.
Surprise, surprise! Untuk Summer NAMM '17 Jackson bikin hangin jadikan gitar hijau tadi sebagai signature model terkini untuk Adrian Smith - SDXQ.

Imej cilok website Jackson.
Apa yang menarik ia merupakan X-series, siri *mampu-milik seperti model lama SDX. Dan seperti SDX, tiada pikap Seymour Duncan atau DiMarzio, hanyalah pikap in-house Jackson HSS. Floyd Rose Special juga sebagai pembendung harga. Harap-harap ia buatan Indonesia berbanding India.

*Tapi dengan forex sekarang USD748.29 (~RM3.2k) pun dah dikira di luar kemampuan. Tak mampu ke San Dimas, duduk di Selatan California (So-Cal) pun dah kira berbaloi, get it? So, skipped for the time being...

_____
AADI: Nak masuk khemah Jackson?

Ada Apa Dengan Pokka Premium Mocha Coffee?


Kopi tin Pokka antara kopi segera kegemaran selain Nescafe dan Wonda. Kali ni terjumpa variasi baru (mungkin dah tak berapa baru) - premium mocha coffee.


Rasa pahit mocha (kecoklatan) agak kuat berbanding rasa pahit kopi, membuatkan rasa kopi ini agak lucu (funny taste?). Dan kalau Pokka premium ni aku lebih suka premium cappuccino dalam versi botol 500 ml seperti dalam entri ni.

Tapi oklah, sebab kopi Pokka ni dah banyak variasi berbanding Nescafe dan Wonda.

_____
AADI: Tapi kopi Alicafe lebih murah.

Trivium - Ember To Inferno


Album studio pertama Trivium, Ember To Inferno diperolehi daripada eStock musicMagpie. Ini merupakan versi rilisan semula tahun 2004 dengan tiga lagu tambahan dan CD bonus. Harganya pun taklah seberapa tersenyum £3.82 (RM22.12).


Dalam usaha mengumpul diskografi Trivium, aku menghadapi masalah menghadam dua album terawal mereka (album ini dan Ascendancy) dan album In Waves, terutama bab lagu-lagu yang memiliki vokal terais-terais Heafy. Tapi album The Crusade dan Shogun memang senang masuk.


Kalau dari segi muzik tak ada masalah, Trivium antara generasi muda yang meneruskan legasi metal dengan kerja gitar yang ampuh. Dua album terkini mereka Vengeance Falls dan Silence In The Snow merupakan buruan aku seterusnya.


CD bonus yang dimaksudkan, memuatkan "sampler" kompilasi lagu daripada artis/kumpulan naungan LifeFore Records.


Bergaul dengan generasi muda seperti Azrol sedikit sebanyak membuatkan aku mula respek dengan muzik Trivium, seterusnya mengikuti perkembangan mereka. Kalau tidak, mungkin sampai sekarang pun aku tak pandang Trivium ni.

_____
AADI: Harap sempat memiliki album fizikal SITS sebelum Trivium meriliskan album terbaru.

Wordless Wednesday: Galaxy Guts




_____
AADI: Prying tool = guitar pick(s).

Sekitar Gig Raya Warung Deli


Gig Raya anjuran bersama Warung Deli dan Vaie Voice Entertainment berlangsung Jumaat lepas 7/7/2017 di halaman asmara Warung Deli, Jalan Kampung Baru, Bintulu.


Dikhabarkan ada tujuh buah kumpulan yang beraksi malam tersebut, tapi aku cuma ingat enam sahaja (atau mungkin cuma enam kumpulan, aku pun lupa) - Jepak Buskers, Natas, Metuk Ulau Project, NV Unity, Pemuzika BAWARIS dan Pro-X Band.

"Gig's"
Acara bermula pukul 8.30 malam diterajui sendiri oleh tauke Warung Deli, Bro Bakeri merangkap vokalis Natas dan Hamka vokalis NV Unity. Selepas cabutan undi giliran, persembahan pun bermula sekitar 9.00 malam. Seperti biasa bab "souncheck 101" masih ramai yang gagal.

Jepak Buskers
Dengan tema Hari Raya, setiap kumpulan mempersembahan tiga buah lagu dengan sekurang-kurangnya satu lagu raya. Persembahan pertama daripada Jepak Buskers dengan vokalis duet yang menarik perhatian, terutama vokalis wanitanya.

Natas
Natas menggegarkan ruang udara Kampung Baru dengan bass letop-letop Bro Awie dan alunan keytar Din Glamour yang terlebih mix berbanding kedua-dua gitar yang tenggelam.


Ya, Azrol double-duty malam tersebut bersama Natas (Schecter Demon 7FR, standard) dan seterusnya MUP (Cort X-11, Eb). Kelihatan kelibat Azroy Hammett di belakang sana. MUP beraksi selepas Natas, tapi disebabkan tuan blog yang terlalu bias, cerita MUP akan ditulis eksklusif di perenggan bawah nanti, kah kah kah...

NV Unity
Kumpulan keempat beraksi ialah NV Unity (NV = New Village = Kampung Baru). Dua daripada tiga gitar yang aku servis semasa bulan puasa lepas ada beraksi pada malam itu; Poplar Tele dan Purple Strat.

Pemuzika BAWARIS
Persembahan kelima adalah daripada Pemuzika BAWARIS yang juga disertai oleh Saudara Murad aka Barangkali Marus (seruling) dan Bro Adam (gitar).


Bro Adam dengan gitar baru aku tak pasti apa model, tapi ala Tele Thinline Acoustic. Dan melalui pemprosesan Zoom A2.

Kumpulan keenam ialah Pro-X Band, waktu ni dah dekat tengah malam, akupun dah mengantuk dah balik, jadi tak ada lagi mood untuk merayau-rayau tangkap gambar - harap maaf.

Ok, masa untuk perenggan yang lebih bias kepada MUP. Rasanya ini persembahan awam MUP pertama untuk 2017 semenjak BOTB Sebauh. Tidak seperti kumpulan lain yang rata-rata menyanyikan hampir kesemua lagu-lagu raya dalam setlist mereka, MUP hanya memainkan satu lagu raya, satu lagu cover dan satu lagu sendiri.


Dua daripada tiga lagu dinyanyikan oleh Adi Herman, lagu pertama Like A Stone cover Audioslave. Adi merupakan peminat tegar Chris Cornell, jadi lagu ini dinyanyikan sebagai tribute kepada mendiang.


Untuk lagu kedua, kami rasa ini merupakan venue yang sesuai untuk debut lagu ciptaan MUP sendiri bertajuk Pentagram Di Atas Pusara bersempena dengan buku antologi cerpen nukilan Adi Herman dengan tajuk yang sama. Checkout the Soundcloud clip below.



Dirakam terus menggunakan Zoom H1, dan diedit dengan perisian Audacity. Lirik oleh Adi Herman (merangkap vokalis untuk lagu ini), senang-senang saja dia buat lirik, dah empat tahun lagu ni tanpa lirik. Manakala muzik gubahan aku dan Azrol sejak 2013 lagi. Pernah dimainkan secara instrumental semasa Gig YOLO 2013 dengan tajuk Project Madness.


Dan cerita pasal lagu raya, lagu yang kami pilih ialah lagi playsafe Sepasang Kurung Biru, tetapi di-MUP-kan, lebih pantas, lebih metal, yang langsung tak ada ampun maaf hari raya, dengan tajuk parodi Sepasang Mengkarung Biru.

Post-mortem Gig Raya untuk MUP:
  1. Kalau tahu dari awal, lebih baik main dua lagu raya, yang di-MUP-kan, kah kah kah...
  2. Kurang masa praktis.
  3. Sususan muzik lagu Sepasang Mengkarung Biru mungkin akan dijadikan lagu MUP.
  4. PA system yang agak overkill berbanding skala venue.
  5. Tapi bab soundcheck, MUP paling pantas.

Harap maaf, hampir semua gambar kurang berkualiti diambil menggunakan telefon pintar murahan aku Zenfon Go 45. Kecuali gambar yang ada tag "HermanNVU" yang dikongsikan oleh Herman gitaris NV Unity (bukan Adi Herman).

_____
AADI: Korawk?

Tali Gitar Gaya Pos (Part 2)


Kali kedua membeli tali gitar daripada Strings By Mail yang diterima Rabu lepas. Seperti yang aku kata dalam entri pembelian pertama, SBM hanya untuk membeli tali-tali gitar yang susah diperolehi di Malaysia dan/atau pelik saiznya.


Untuk kali ini GHS Progressive Dave Mustaine signature PRDM (10-52) diborong lima unit, dengan diskaun 20% penghabisan stok, mungkin disebabkan Dave Mustaine dah masuk kem Cleartone. Dalam website GHS, model ini masih wujud, tapi tanpa nama Dave Mustaine walaupun masih mengekalkan kod PRDM (bukan PDRM).


Pernah menggunakan PRDM ni enam tahun lepas, dibeli di premis Davis GMC Peninsula sebelum ke konsert Iron Maiden Singapore. Sekarang saiz 10-52 merupakan saiz kegemaran untuk talaan Drop-D atau D-standard.


Lain cerita, tapi masih cerita tali gitar GHS. Dimaklumkan oleh Azrol beberapa hari lepas menerusi Whatsapp yang premis My Music Bintulu juga ada penghabisan stok diskaun 50% untuk GHS Boomers 7-String stok lama.

Belum ada gitar bertali tujuh, tapi tak mengapa (parap-parap) enam tali pertama (EADGBE) pada GB7L/M adalah bersaiz sama seperti set 9-42 dan 10-46. Jadi ia boleh digunakan pada gitar-gitar bertali enam yang biasa, tali ketujuh (B besar) boleh disimpan untuk kegunaan kemudian hari.

_____
AADI: Minat jenama GHS selain D'Addario.

Roto Tommy


Beberapa hari lepas, bass hijau aku Ibanez SR300 (aka Tommy) dipasangkan dengan tali baru Rotosound Roto Bass RB45 yang sudah terperam dalam simpanan sejak tahun lepas.


Ironinya, inilah pengalaman kali pertama aku menukar tali bass setelah lapan tahun terjerumus. Lima bass aku sebelum ini (GSR190J, ICB200EX, GSR200EX, GARTB20 dan F-54) kebanyakkannya hanya bertahan dalam axology purata setahun dan tak sempat bertukar tali. Dan Tommy ini memegang rekod kerana setakat ini dapat bertahan melebihi tiga tahun.

Bersempena Gig Raya malam esok, aku akan menggalas tugas penggentel bass MUP, manakala Adi Herman pula akan menjadi frontman. Selebihnya masih line-up yang sama, kecuali si Korawk yang menghilangkan diri...

_____
AADI: MS-60B pun sudah diedit beberapa patches terbaru.

Wordless Wednesday: Taman Firdaus, Revisited



29 Ramadhan 1438H.
_____
AADI: Jangan lupa kita juga akan kembali...

WASP - Dominator (Part 2)


Diperolehi bersama-sama I Worship Chaos dalam entri WW minggu lepas daripada Rock At Large, kedai CD/DVD/LP online Dr. Bentara kita.


Dituntut sendiri di Pejabat Pos Membakut sehari sebelum Hari Raya kerana aku menggunakan alamat kampung, percaturan yang menjadi. Kalau guna alamat Bintulu, nampak gaya memang lepas raya baru aku dapat.


Aku pernah memiliki album ni tujuh tahun lepas melalui eBay. Tapi atas sebab-sebab tertentu, ia dipulangkan semula. Apa-apa cerita berkenaan album ni, boleh baca entri tersebut.


Dengan adanya Rock At Large, ia berjaya dimiliki semula. Lepas ni boleh request album-album Blaze Bayley pula, kan Doc?

_____
AADI: I'll make you cry for mercy!

MUP Dan Gig Raya


Baru sampai Bintulu semalam, sudah ada projek pasca-raya untuk MUP...

Imej cilok dari Facebook BRRU.
Ada sedikit rombakan line-up untuk projek kali ni, dan insya-Allah jika sempat akan debut lagu Pentagram Di Atas Pusara menggunakan riff dalam entri ni.

_____
AADI: Btw, apalah maksud "gig's" tu? Siap ada apostrophe.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger