Ogos September


Selamat bercuti panjang - Merdeka, Aidiladha, hujung minggu dan terbaru cuti peristiwa Sukan SEA 2017.


Gambar hiasan - projek sambutan Hari Merdeka sekolah Lil'Ijau Jumaat minggu lepas, ada pertandingan mewarna untuk ibu bapa (what?). Oklah, dapat masuk top-5, kah kah kah...

_____
AADI: Dah lama tak mewarna secara serius.

Wordless Wednesday: Jim Dunlop Picks




_____
AADI: Beli sikit-sikit, lama-lama jadi banyak...

Ada Apa Dengan Milo Kaw?


Milo "kaw" edisi terhad bersempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Ada empat imej berbeza menampilkan ahli sukan negara, aku terpilih Nur Dhabitah Sobri secara rawak. Serius, dah lama Milo tak keluar dalam tin sebegini, kalau ada pun, tin paling besar.


Sebenarnya aku dah lama aku tak minum Milo bancuh, selalu minum jenis segera 3-in-1 dan yang dalam tin 240 ml atau kotak UHT. Mrs. Ijau sahaja yang masih rajin bancuh Milo secara tradisional. Setiap bulan beli yang jenis isian semula (refill) dalam plastik.

Kaw? Tak tau pula. Bagi aku rasanya sama macam Milo bancuh biasa. Mungkin kena buat perbandingan secara saintifik A/B baru dapat perbezaan.

#bersatukitateguh #kitajuara

_____
AADI: Dengar khabar, versi tin pun ada edisi terhad?

Red Stratocaster


Squier Standard Stratocaster merah ni juga dimiliki oleh pemilik gitar Les Paul Harmonics dalam entri lepas, tapi dihantar untuk servis dua minggu lepas semasa sessi Hepi;) Pemuzika.


Potongan Stratocaster dan ergonomiknya memang sama seperti Charvel So-Cal Style 1 HH (Calypso) aku, cuma beza hanya pada bentuk headstock, fretboard dan bridge. Fretboard Squier ini beradius 12" manakala Calypso memiliki radius kompaun 12-16".


Pikap setup HSS lebih sesuai sedikit untuk muzik keras berbanding SSS. Bridge moden jenis two-point synchronised tremolo sebegini juga lebih mesra palm-mute berbanding tremolo klasik jenis enam skru.


Aku tak suka headstock 70's jenis besar begini, aku lebih suka headstock tradisional yang kecil. Tapi serius, *seni pertukangan Squier Indonesia memang halus, boleh menandingi Calypso aku yang buatan Amerika. Setakat ini aku belum jumpa lagi apa-apa gitar buatan Indonesia (tak kisah apa brand; LTD, Ibanez, Cort, Squier, Epiphone) dengan pertukangan yang teruk atau ala kadar. Thumbs up for Indonesian luthier!


Oh ya, gitar ni dihantar untuk servis kerana masalah kecil pada output jack, tip terlalu "kangkang" menyebabkan kabel tidak "melekat" pada jack. Hanya perlukan sebuah playar muncung tirus untuk membaikinya, output jack masih ok tak perlu ditukar. Tapi jika masalah sebegini kerap berulang, maka penukaran output jack adalah mandatori.

*Serius, aku hampir-hampir terGAS untuk memiliki Squier Indonesia. Kalau aku tertarik picu, mungkin aku akan pilih Deluxe Stratocaster, kalaulah...

_____
AADI: Haih! Dah ada Charvel, duk diam-diam!

Harmonics Les Paul Copy


Gitar Les Paul (copy) jenama Harmonics ini diterima serentak dengan gitar Telecaster Poplar bulan Ramadhan lepas (baru nak buat entri). Dihantar oleh rakan-rakan gitaris daripada kumpulan NV Unity.


Untuk LP Harmonics ni spesifik minta diservis action dan tukar isi perut (tukar elektronik - pots, output jack). Walaupun LP ini hanyalah copy, tapi sekurang-kurangnya ia ada identiti sendiri (jenama sendiri) berbanding Tele Poplar yang sampai jenama pun direplikakan


Oh ya, ada tandatangan Hattan (Datuk) "LONG LIVE ROCK ROLL" pada gitar ni, mereka pernah menjadi pemuzik iringan Hattan tak berapa lama dulu di Miri (kalau tak silap). Tapi sayangnya, tandatangan ini berada di lokasi yang kurang sesuai, mudah lusuh jika selalu bergesel dengan lengan.


Sebelum servis biasanya aku akan perhatikan (dan gambar) kelainan/anomali yang ada. Benda pertama yang aku nampak ialah pikap bridge yang terbalik. Begitu juga dengan kedua-dua ring pikap, curamnya menghala ke bridge.


Dalam proses "membetulkan" kedudukan pikap bridge, sempat menjenguk kaviti pikap, nampak kemas dan dicat.


Pendawaian yang ala kadar, tapi pematerian jauh lebih kemas daripada yang aku buat, kah kah kah. Nampak urat-urat kayu yang selari pada kaviti? Ini merupakan tanda-tanda kayu yang digunakan untuk badan adalah kayu berlapis (plywood) dan bukannya kayu padu.


Dan agak terkejut apabila mendapati kesemua pot untuk volume dan tone adalah jenis 250k dan bukannya 500k yang biasa digunakan untuk pikap jenis humbucker.


Suis 3-arah yang digunakan pun jenis box dan bukannya toggle. Ikut pengalaman, suis jenis ini cepat rosak (patah) berbanding jenis toggle yang tahan pukul. Tapi suis ni masih berfungsi, tak perlu tukar.


Ok, pendawaian baru menggunakan pot 500k bersaiz penuh. Seperti biasa, wayar-wayar diikat dengan cable-tie supaya nampak kemas, sesuatu yang dipelajari daripada blog Yustech. Walaupun biasanya tuan punya tak akan tengok isi dalam ni, hanya untuk kepuasan diri.


Juga ditukar dengan tombol jenis speed knobs atas permintaan. Kemasan flamed maple "tiger burst" memang nampak menarik, walaupun ia sebenarnya hanyalah dekorasi (faux) dan bukannya veneer atau maple cap sebenar.


Satu passion aku kalau servis gitar ialah membersih/mencuci/menggilap gitar yang ada walaupun tanpa disuruh. Ini biasanya "on the house" atau dengan kata lain aku yang belanja, tak perlu masuk dalam bil.


Gitar ini dikhabarkan pernah jatuh beberapa kali menyebabkan neck sedikit berpilin (warped). Dan yang paling menyedihkan, truss rod sudah tidak berfungsi. Satu-satunya cara untuk membetulkan action ialah melaras bridge tune-o-matic (TOM) menjadi senget sebelah supaya selari dengan neck yang berpilin tadi.

Dengan pendawaian baru dan action yang optimum, gitar ini dah boleh kembali beraksi dengan cemerlang. Aku pasti tuan punya akan dapat merasa perbezaan ketara pada tona bunyinya. Another one for the AADI archive.

_____
AADI: Tiba-tiba rindu nak main Goldie.

Marshall Boss


Boss ST-2 Power Stack ini diperolehi daripada seorang rakan dari Kuching, bukan *dibeli tapi hasil pertukaran (swap/trade) dengan BC-2 Combo Drive aku.


Kebetulan si rakan ni sejak tahun lepas dah mengintai BC-2 aku, berkali-kali memujuk aku menjualnya pada "harga kawan-kawan". Tapi bila aku tau dia ada ST-2 yang tak berapa digunakan, maka berlakulah tawaran pertukaran suka sama suka di situ.


Seperti BC-2, ST-2 ini juga lebih kepada simulasi amp yang dinamik berbanding sebuah pedal distortion. Jika BC-2 bunyi amp Vox combo, ST-2 pula bunyi amp Marshall stack. Dengan melaras tombol SOUND, pelbagai bunyi ikonik amp Marshall dapat disimulasikan, daripada crunch Plexi hinggalah high gain JCM/JVM (kot?).


Suka tengok demo Pete Thorn.


Banyak dah pedal-pedal Boss keluar masuk dalam axology aku, tapi yang pasti mesti ada tiga pedal Boss yang utama pada gigrig BCB-30 - distortion, chorus, delay. Dan ST-2 ini menjadi distortion utama menggantikan BC-2. When all else failed, this is my go-to "real men use three pedals" rig.

_____
AADI: *Puasa beli pedal selagi urusan #7 belum selesai.

Blaze Bayley - Soundtrack Of My Life


Kompilasi 30 buah lagu-lagu bermakna sepanjang kareer Blaze Bayley pasca-Iron Maiden dimuatkan dalam pakej CD berkembar. Diperolehi daripada Rock At Large pada harga yang agak berpatutan. Kalau di eBay atau webshop Blaze Bayley, bila ditambah dengan kos penghantaran, harganya menjadi agak tidak berbaloi.


Imej-imej yang terdapat pada muka depan boleh dibuatkan trivia daripada album manakah ia berasal? Contoh gerhana matahari, litar bersepadu di perut patung, kelawar tiang belah kiri, robot tiang belah kanan, keranda berduri dan grafiti kepala serigala di muka belakang, dll...

Keranda berduri, dan kelibat grafiti kepala serigala.
Lagu-lagu daripada album Silicon Messiah (5), Tenth Dimension (4), Blood And Belief (2), The Man Who Would Not Die (5), Promise And Terror (3), The King Of Metal (2), bonus track daripada Silicon Messiah (3) dan Tenth Dimension (1), Russian Holiday EP (1).

Dua lagu daripada album artis lain iaitu Thomas Zwijsen Nylon Maiden (The Clansman) dan Sinnergod It's A Wonderful Life (Wonderful Life). Manakala ada dua buah lagu baru khas untuk kompilasi ini - Hatred dan Eating Children.


Dalam inlay, setiap lagu ada ulasan dan cerita di sebalik lagu tersebut yang membuatkannya begitu bermakna buat Bayley. Tapi ulasan paling best dan paling pendek ialah untuk lagu The Day I Fell To Earth - "the day I was sacked by Iron Maiden", sedih yang epik.

Juga boleh singgah blog KDHR Deaf Angel untuk entri ulasan panjang lebar album ini dalam edisi platinum.

_____
AADI: Up the Blaze! \m/

Wordless Wednesday: SIM Card Adapter




_____
AADI: Pernah terorder nano SIM daripada telco, inilah penyelamat.

Activated HSS Mirage


Untuk kesekian kalinya, gitar bilik tidur aku LTD M-103FM (Mirage) menerima overhaul pikap lagi. Kombo HSS Seymour Duncan *Cool Rails + Hot Rails + Invader sebelum ini pun sebenarnya dah serasi, tapi disebabkan TERpancing set EMG SA/SA/89 dalam entri beberapa hari lepas (and because I can), so here we go again...


Dengan EMG solderless system, pemasangan menjadi amat mudah, tak sampai 15 minit. Tone pot dan stereo output "dipinjam" daripada EMG SA yang ada dalam stok peribadi untuk melengkapkan litar.

Cuma terkial-kial juga hampir 2-3 jam trial and error mencuba konfigurasi gabungan dua manual berasingan (EMG push/pull pot + 5-way switch).


Rupa-rupanya EMG 89 ini merupakan model lama (red logo) berbanding model baru (gold logo). Push/pull pot yang digunakan pun agak berbeza, hanya ada H5 busses berbanding H6 pada model baru. Terpaksa mencari manual S/S/89 set lama barulah litar 100% berfungsi.


Tak lupa dibelanja dengan tali gitar baru D'Addario EXL140 (10-52), stok terakhir D'Addario dengan bungkusan design lama. Dah menjadi kebiasaan dipasang secara songsang sebegini (ball-end pada headstock). Ditala pada talaan D-standard, sesuai dengan fungsinya sekarang sebagai gitar metal - ESP, EMG dan metal berpisah tiada.

Mirage ini pernah dipasang dengan konfigurasi HS EMG SA/81 dua tahun lepas. Jadi karekteristik EMG SA sedikit sebanyak sudahpun diketahui - sparkling cleans, moderate when overdriven. EMG 89 pula karekternya berbeza sedikit berbanding EMG 81, mungkin disebabkan jenis magnet yang digunakan.


Dipandu-uji seoptimum pada keesokan harinya di studio Hepi;) bersama-sama Pod HD300 dan Vypyr 30. EMG pada pendapat aku lebih sesuai digunakan bersama-sama pemproses bunyi berbanding direct amp (quite the opposite compared to Probucker).

Cuma agak menyesal pula pasang tali bersaiz 10-52 di atas tadi, lebih bagus jika aku pasang saiz 9-46 atau 10-46 untuk talaan standard/Eb berbanding D. Dengan EMG SA/SA/89 Mirage lebih sesuai menjadi gitar versatile berbanding one trick pony metal guitar.

_____
AADI: *Disimpan dalam stok, untuk gitar lain atau dijual GLTL.

Ada Apa Dengan Yeo's, Justea?


Dah lama aku minat minuman jenama *Justea ni (produk Yeo's), rasanya sejak awal 2000an kot. Kalau dulu cuma ada dalam versi tin 325 ml, sekarang dah ada opsyen kotak UHT 250 ml, 1 liter dan botol PET 300 ml seperti di bawah.


Cuma kelemahan (mungkin kelebihan bagi orang lain) jenama Justea ni agak manis tehnya. Agak kurang sesuai untuk orang-orang yang nak melangkah masuk umur pertengahan hidup macam aku ni. Nak ok sikit, cairkan dengan nisbah 4:1 atau 3:1.

Entri Mini: Selamat... Thank You! Empat Tahun Lepas


Dah empat tahun dah ye? Nak baca entri lama, boleh klik Part 1, Part 2, Part 3.

Juga boleh baca pengalaman konsert yang sama versi bloggers berikut - Dead Eye Guitars, Metal Brain Asylum, Shafid Prime, Dark Shah dan D'arsil.


Aku bersyukur mereka TIDAK singgah KL semasa tour Januari lepas. Cuma Korea, Hong Kong, China dan Singapura menjadi persinggahan mereka.


Tetapi KL telah "diselamatkan" oleh Abang Mus & Co., yes!

_____
AADI: *Teringat nama awek USM dulu, kah kah kah...

EMG SA/SA/89 Set


TERpancing set pikap EMG SA/SA/89 terpakai yang diiklankan di Jamtank Facebook pada harga yang bisa membuatkan peminat EMG tersenyum.


Hampir 80% daripada EMG solderless system asal disertakan termasuk suis 5-Pos dan push/pull pot untuk EMG 89, cuma tiada tone pot dan stereo output jack disertakan. Adapter baterinya pula boleh dipertikaikan.


Menurut penjual, ia dikeluarkan daripada gitar Cort G Custom. Penjual tidak suka dengan bunyi pikap aktif. Bila bincang topik yang sama, kadang-kadang interaksi antara penjual/pembeli terasa macam borak dengan kawan yang dah lama kenal...


Sebelum ini aku pernah menggunakan EMG SA pada Mirage, jadi dah agak biasa dengan karekteristik bunyinya, stok peribadi pun masih ada. Ia merupakan jenis stacked singlecoil dengan magnet alnico.


EMG 89 ni sebenarnya dua pikap dalam satu (dual-mode) - humbucker dan stacked singlecoil, teknologi yang berbeza jika dibandingkan dengan pikap humbucker pasif yang boleh di-coilsplit-kan.

Dah boleh agak gitar mana yang akan dipasang dengan set ni kan?

_____
AADI: Masuk balik kem EMG.

Ada Apa Dengan Ah Huat White Coffee? (Part 2)


Kalau malas buat entri panjang, biasanya akan ada entri makanan/minuman. Nah kopi putih tin jenama Ah Huat perisa original. Dua tahun lepas pernah buat entri perisa hazel nut, kali ni imej apek agak menarik (manga style) dengan hype "Huat ah!".


Rasa generik kopi putih dalam tin, cukup lemak, cukup manis, harga pun tak berapa premium, tapi mahal sedikit daripada kopi tin Nescafe, Pokka atau Wonda. Jika ada tiga jenama tadi, jenama Ah Huat ni mungkin berada di tangga yang tercorot dalam senarai beli.

_____
AADI: Akan cuba target, kopi putih Ipoh, aku lupa apa jenama.

Wordless Wednesday: T-Shirt Tengkorak (Part 6)




_____
AADI: Manjada Lazada...

Zoom G5 Atau Line 6 Pod HD300?


Kesinambungan entri Hepi;) Pemuzika semalam. Ikut perjanjian sebelum Zoom G5 ini ditukar (swap) dengan Pod HD300 aku, kedua-dua pihak diberi masa seminggu untuk memandu-uji dan membiasakan diri. Jika kedua-dua pihak berpuas-hati dan setuju, barulah transaksi diteruskan, Jika tidak, akan dipulangkan semula.


Sebelum aku mengambil keputusan memilih Pod HD300 hampir lima tahun lepas semasa YES 2012, G5 merupakan pilihan utama aku. Hanya kalah kerana Pod HD300 disertakan dengan hadiah percuma beg Line 6 FG5 sedangkan G5 tiada apa-apa hadiah percuma ditawarkan. Harga runcit beg FG5 pun dah RM200+, kira lagi berbaloi kan?


Pertama sekali yang aku perasan ialah dari segi kualiti bunyi, memang sama dengan *MS-50G. Mungkin disebabkan teknologi yang digunakan adalah sama (chip ZFX-IV).


Mengekalkan tradisi energizer pada model G7/G9, ciri-ciri tidak ada pada model G1/G2/G3. Kalau tak silap model-model terkini G3n/G3Xn/G5n juga tidak memiliki tube booster, kenapa?


Unit ini masih menggunakan firmware v1.10, jadi aku update kepada v1.20 yang diperolehi daripada website Zoom.

Dipendekkan cerita... Kelebihan berbanding Pod HD300:
  1. Kuantiti modeling amp yang lebih banyak 22 jenis, yang penting ada acoustic simulator.
  2. Senang diedit, kalau dah biasa dengan pedal-pedal Zoom, tak sampai 10 minit boleh serasi.
  3. Effect-chain boleh disusun ikut suka hati.
  4. Ada drum machine
  5. Ada tube booster, boleh boost volume dan tone, sesuai untuk solo.
  6. Editor software yang lebih mesra pengguna.

Kelemahan berbanding Pod HD300:
  1. Hanya ada satu output XLR, ada dua pada Pod HD300 (stereo).
  2. Tiada modeling khas untuk bass, Pod HD300 ada Flip-Top (Ampeg Portaflex).
  3. Expression pedal (Z-pedal) yang pada pendapat aku kurang tegap, kadang-kadang boleh "terkehel".
  4. LCD besar yang senang rosak, antara masalah yang selalu dihadapi oleh rakan-rakan yang menggunakan G3/G3X/G5. Unit ini pun sudah ada menunjukkan masalah pada LCD pertama dan ketiga.
Mungkin disebabkan masalah (2) dan (3) tersebut, varian terkini G3n/G3Xn/G5n tidak lagi menggunakan LCD yang besar, begitu juga dengan teknologi Z-pedal.

Jadi aku membuat keputusan untuk tidak memilih unit G5 ini dan kembali kepada Pod HD300 kerana:
  1. Modeling Treadplate (Mesa/Boogie Dual Rectifier), Angel F-Ball (ENGL Fireball 100) dan Solo (Soldano SLO100) pada Pod HD300 lebih umph!~ (high definition) dan serasi dengan muzik yang aku mainkan.
  2. Expression pedal pada Pod HD300 lebih tegap.
  3. Unit Pod HD300 aku masih nampak baru walaupun sudah berusia hampir lima tahun, berbanding unit G5 ini yang nampak bermusim.
_____
AADI: Tunggu hujung minggu baru dapat tukar.

Sessi Hepi;) Pemuzika


Sessi yang tak berapa jamming pada petang Sabtu lepas (12/8/2017) lebih kepada sessi pandu-uji beberapa gajet aku yang ingin dilepaskan untuk dana-dana *GLTL. Selain ahli Hepi;) sessi juga disertai oleh dua orang ahli Pemuzika.


Item pertama, Line 6 Pod HD300 yang ingin ditukar (swap) dengan Zoom G5. Dipandu-uji terus menggunakan kabinet Laney IRT-X. Tempoh percubaan tambahan seminggu diberi kepada dua-dua pihak sebelum membuat keputusan. Mungkin aku boleh buat entri berasingan pasal G5 ni nanti.


Item kedua, amp Peavey Vypyr 30 (bersama-sama Sanpera I). Semenjak IRT-X tadi menjadi rig utama yang lebih mesra logistik, Vypyr 30 ni tidak lagi digunakan. Mencari tuan baru yang lebih memerlukan amp yang cukup kuat untuk studio jamming (walaupun hanya 30 Watts).


Item ketiga, Epiphone 1958 Explorer Korina (Korina). Selepas dilema dalam entri lepas, macam dah tawar hati nak lepaskan Korina ni. Tapi kalau ada yang betul-betul berminat, aku akan kenakan nilai yang lebih tinggi daripada sebelum ini, nasiblah~

*Kita tunggu hujung bulan nanti.

_____
AADI: Macam sayang pula nak tukar Pod HD300 tu.

Sudden GAS: Vox MV50 AC


Seperti biasa, setiap kali amp head kecil (tube, solid state or hybrid) diiklankan, aku pasti akan terGAS. Kali ni terGAS dengan Vox MV50, terutamanya model AC.

Imej: Gear Otaku.
Kabinet? Tak ada masalah, sebab aku masih ada kabinet V110NT yang sekarang ini digunakan bersama-sama HT-5RH.

Cuma harganya agak kurang menarik, mungkin boleh fikirkan jenama/model lain sebagai alternatif seperti:
  1. Peavey 6505 Piranha
  2. Orange Micro Dark
  3. Joyo Bantamp (Zombie/Meteor/Atomic/Jackman).
  4. Hotone Heart Attack
Tapi masih boleh bermuhasabah dan bersabar sebab ada GAS lain yang belum selesai.

_____
AADI: Tunggu jualan akhir tahun.

Newsted - Heavy Metal Music


Album studio pertama dan satu-satunya album daripada band Newsted (dieja NEWST∃D), yang diterajui oleh tak lain tak bukan Jasonic (Jason Newstead), diperolehi daripada Rock At Large beberapa minggu lepas bersama-sama kompilasi Soundtrack Of My Life.


Dah lama aku cari album ni semenjak ia dirilis hampir empat tahun lepas, sebab nak dengar macam mana muzik metal acuan Jason. Di eBay harganya agak tidak berbaloi, dan sebelum ini (kalau tak silap) Rock At Large cuma ada versi piring hitam, terima kasih kerana membawa masuk versi CD.


Vokal raspy Jason memang ngam dengan lagu-lagu dalam album ni. Riff-riff thrash dan heavy ala Metallica era AJFA (dan mungkin DM atau HTSD) pun ada terasa, yang mellow ala era Load/Reload pun ada. Bunyi bass lebih menonjol seakan-akan bass Lemmy Motorhead, dan kalau tak silap ada juga solo bass, tak perlu dibincangkan kenapa.

Kerja gitar (Mike Mushok?) pun menarik, solo-solo ringkas tapi ada umph tersendiri tanpa perlu ada efek wah-wah, hehehe...


Sayangnya Newsted tak bertahan lama, dibubarkan tahun lepas atas sebab-sebab tertentu, Jason ni kan penuh misteri. Aku rasa jika album ni di-mainstream-kan, cukup promosi, ia mungkin menjadi pesaing hebat muzik thrash/heavy semasa.

_____
AADI: King of the underdogs...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger