Showing posts with label gsr190j. Show all posts
Showing posts with label gsr190j. Show all posts

Guitar Talk: Remembering My Ex-Axes


Sekarang dah pertengahan bulan November, tak lama lagi nak masuk dua tahun aku berkecimpung dalam dunia kegitaran sebagai hobi, yup I'm just a beginner with sub two years experience.

Selama setahun lebih ni aku pernah memiliki beberapa gitar yang sebahagiannya sudah berpindah milik (atau let-go) untuk mengejar model lain sama ada upgrade atau sekadar memuaskan nafsu *GAS aku yang membuak-buak (nafsu rakus bak kata Jairo). Jadi kali ni sebagai entri tadak idea, aku mengimbau kembali gitar-gitar yang pernah aku miliki, antaranya...

[Kiri] Pepatung XA Classic (Nandung) - My first guitar in general. Sebelum memiliki gitar elektrik, dengan gitar inilah terkial-kial aku belajar chords. Let-go kepada rakan sepejabat. The only thing I've regretted was to stick that Manowar sticker there hahaha... Setakat ni belum ada rasa GAS untuk memiliki gitar akustik/klasik yang lain.

[Tengah] Ibanez Gio GRG270 (Mephisto) - My first electric guitar. Belum pandai apa-apa dah beli gitar with floating bridge, akhirnya memang terkial-kial nak tune hahaha. Bila dah tau powerchords barulah rasa selesa dan confident untuk main gitar elektrik. Let-go kepada member sekampung merangkap gitaris kugiran Majestic East. Sebenarnya aku suka bentuk GRG/RG, sebab tu aku memilih RG350M (Replacement) untuk menggantikannya sebagai gitar utamaku.

[Kanan] Ibanez Gio GSR190J (Crows) - My first bass (my first axe in general), bought as a starter/jumpstart pack complete with 10W amp, gigbag, strap, tuner and pouch. Dengan bass inilah bermula segalanya, dari buta note sampai boleh jamming. Pernah digunakan oleh kugiran Manggas, Mi Scusi dan Celaru waktu Jairo's wedding opened-air gig. Let-go kepada bassist kugiran polis di Dalat, Mukah untuk upgrade kepada Black Ice, and never look back since then...

SX PEG2 Pirate Les Paul copy (Les Pirate) - Not your average Les Paul sound. Waktu beli dulu tak berapa serius, kira saja-saja beli sebab tension VMNTx yang diorder sejak Oktober 2009 tak sampai-sampai, lagipun harganya bawah RM600 sahaja. Let-go sebab perlukan dana-dana tambahan untuk Jackson JS32T Kelly (waktu tu tengah GAS extreme-shaped guitar).

Kadang-kadang rasa menyesal juga let-go sebab dah susah nak dapat gitar ni dengan harga bawah RM600 even for an SX brand. Sekarang gitar ni berada di Sibu, kalau tak silap dah berpindah tangan dua kali. Selalu sangat naik pentas Indie/Underground scene di Sibu.

Jackson JS32T Kelly (Kelly Kelly) - Well balanced guitar, my first extreme-shaped guitar, comes with cool deluxe gigbag too. Kalau bukan pasal tragedi Kelly Kelly memang aku tak let-go gitar ni. Sekarang ia berada di KK dan dimiliki oleh gitaris kugiran Pentuzera.

Kat website Jackson dah ada model JS3 series with floating bridge, kalau GAS Jackson datang melanda lagi maybe I'll go for another Kelly or Rhoads. But that was another story...

Ibanez Gio GAX010LTD "Law Of The Jurassic Period" 2010 limited edition (Dinoscars) - Hype 2010 limited edition, claw marks and in-fact it's green! Other than that, it's just a plain Gio GAX series. Gitar ni sebenarnya telah membeloti dana-dana untuk membeli bass amp yang sepatutnya aku beli pertengahan tahun ni.

Akhirnya setelah berpikir panjang dan atas sebab bass amp lebih diperlukan waktu jamming berbanding gitar, aku let-go kepada member atas member (geng KORawk). Dengan dana-dana yang ada, aku kembali melaburkannya kepada projek asal yang pernah dibeloti oleh gitar ni. Walaupun ia self-proclaim "Ijau D. Koceng IDK signature series", aku tak menyesal pun let-go gitar ni.

_____

Daripada keenam-enam gitar yang pernah aku miliki, cuma Les Pirate sahaja yang aku rasa agak menyesal sebab let-go... Walaupun ia cuma jenama SX (yang mungkin dilabel sebagai "cap ayam" oleh sesetengah orang) but for me SX brand was the best low budget guitar out there in terms of brand name, playability, quality and sound. Maybe someday I'll go for another SX Les Paul copy, maybe?

Sekarang aku cuma menghadkan semuanya kepada dua gitar dan satu bass sahaja. I'm not a guitar collector in the first place, but in future, who knows?... Hahaha!

*GAS - gear acquisition syndrome (Wiki).

_____
Ada apa: Sorry Bro Sub, sebab cilok idea untuk tajuk entri hehehe...

let-go: crows, B1X (part 2)


urusan eksport bass set crows aku dah setel, duit dah masyuk, brg pun dah hntr guna city-link dijangka smpi mukah hari ni (rabu) hopefully buyer puas hati dgn bass set aku tu yg mmg 99% new

B1X plak dah siap bungkus, akan diposlaju ke labuan hari ni jugak once aku terima sms drp buyer dan payment dah bank-in

bajet dah ada... jd masa utk survey2 bass baru... rasa2 klu aku beli bass yg mcm pic kat bwh ni oke x? (h3ll yeah!~)

gmbr hiasan (cilok drp tinypic.com)

tiba2 XP300FX plak terlintas dlm pikiran... alamaaak~ (VMNTx pun blm tentu lg statusnya...)

ada jugak org tanya aku... "ko tu main gitar pun masih merangkak2, pegang chords pun xbtl, ada hati nak beli gitar design ganas2"...

slamba je aku jawap "aku beli sbb aku mampu dan sbb aku suka... merangkak2 pun lama2 pandai jugak berjalan lurus kan?"

tp apa guna terer main thp shredder gulung2 klu xde gitar atau harapkan gitar pinjam?

xpe, cool down dulu... kita layan video clip ni, dulu2 ni la antara motivasi aku utk bermain bass

_____
p/s: bass dept dah setel, guitar dept apa cerita?

let-go: crows, B1X


ni la pose terakhir bass crows dan zoom B1X aku (pic bwh) sblm kedua2nya berpisah untuk mencari tuan2 baru. yup, i'm letting go all my equipment (except behemoth dan micro-cube). aku skrg dlm fasa menaiktaraf (upgrading) equipment2 aku wlupun skill aku xbrapa nak upgrade... hahaha

mula2 aku bercadang nak simpan semua equipment2 ni as a personal collections bila dah ada *equipment baru kelak. tp aku risau bila dah ada equipment baru, yg lama langsung xpegang dan berperap dlm locker... jd, ada baiknya aku let go kpd mereka2 yg lbh memerlukannya

since selasa lps (24/11), aku mula iklankan equipment2 aku kat mudah. hehe wlupun aku letak harga yg agak premium (tp masih agak murah utk market borneo), xsmpi stgh hari dah byk emel tanya pasal equipment2 aku ni

  • khamis lps (26/11) ada sorg bdk kat bintulu ni (rookie level mcm aku) berminat kat mephisto, siap test power lg tu, maybe mggu dpn dia bg kata putus
  • set bass crows aku ada sorg polis kat mukah (org tenom, sabah) mlm smlm call runding2... bila dia tau aku pun sabahan dan keje gov, lps nego harga dia terus kompom beli dan suruh aku hntr guna courier service slps dia bank-in duit pg nnti (atas dasar sabahan mutual respect)
  • B1X aku plak awal disember nnti mungkin akan lari ke labuan kpd sorg bassist yg mcm desperate nak guna multi-effects zoom
  • G1X aku ramai jugak yg tanya, buat masa ni dah ada 3 org berminat tp blm ada lg yg commited...

sblm aku bersihkan dan bungkus equipment2 td utk shipment, aku layan main bass + effects versi 'hentam sajala' sorg2 sepuas hati (housemate aku dua2 blk kpg cuti raya) knows that this will be the last time i'm playing them. sedih la plak... yelakan, bass set ni yg memulakan segala2nya secara serius, dgn bass ni la aku blajar dari zero knowledge smpi bleh layan jamming (lagu2 simple) dgn member2. xlupa jugak bass aku ni pnh digunakan oleh band2 tersohor iaitu manggas dan mi scusi (hehehe tersohor ke? lupa minta autograf)

*equipment baru? yup, klu cerita pasal dean VMNTx maybe xblh nak rahsia2kan sbb jairo dah korek. equipment lain dun wuri, nnti bila semuanya dah slmt smpi pasti akan ada entry2nya tersendiri

_____
p/s: "only crows fly black..." - tarot

makeshift jamming studio


selasa lps bob kandar tanya aku bila lagi mau jamming lg? aku jawab anytime asalkan weekends, yg pntg cukup korum (ada gitaris la)... tmpt no problem, xmcm sessi yg lps yg kitorg buat open-air kat foyer/garasi jbtn sbb kali ni kitorg main kat makeshift studio

wtf? studio? ekceli kitorg main kat bilik spektrometri UV-vis yg byk ruang kosong terbuang yg selama ni dijadikan stor oleh staf2 jbtn kitorg. disebabkan bilik ni aku yg in-charge dan maintain, so better utilised it... kitorg jdkan sbg studio sementara @ makeshift studio (yg bestnya bilik ni ada air-con 24/7 hahaha)

jumaat lps aku dan bob kandar kemaskan bilik ni supaya ada ruang yg cukup utk kitorg beraksi. bob kandar decide yg dia nak letak drum set, amp dan speakers kat bilik ni (yela, org baru tukar status... rumah xde tmpt nak letak brg2 mcm ni) mls dah nak angkut2 kluar-masuk van... lgpun senang dah nak jam tiap2 ujung mggu, yg pntg cukup korum

equipment - mic cap ayam & stand (cilok dari bilik mesyuarat), tama drums with headliner cymbals & pearl snare, ibanez (ehem) GRG270, GSR190, efek zoom G1X (aku xnak guna korg AX3000G sbb besar sgt, malas nak bawa lgpun bkn aku yg pijak2) disebabkan kekurangan cable, zoom B1X aku xdpt beraksi kali ni... so bass sumbat direct to amp

ni la powerhouse kitorg, amp & mixer cap ayam (BJL tu sengaja parody JBL) 4+1 input. gitar, bass dan mic semua sumbat dlm ni. outputnya kat stereo satellite 15" speakers (cap ayam jugak) tp sound mmg puas hati la... bleh celen peavey speaker system yg dorg pakai kat pentas parkcity mall. ekceli sound system ni kepunyaan bob kandar, yg slalu disewa utk karaoke tiap2 kali ada majlis perkahwinan kat area kg assyakirin

gig-bag yg sengaja disandarkan kat speakers tu, utk perbandingan saiz

sessi 1 - sabtu 10/10/2009

sessi kali ni plan nak start 1000hrs tp biasala dkt 1100hrs baru start... sound check itu ini, buat kopi minum2 dulu...

gitaris jemputan yg sama spt sessi lps, azroy. dia ni oke sket... bassline sumbang pun dia xkisah still continue main, xmcm bro adam yg tiba2 berenti main bila bassline sumbang... bassist pun ilang motivasi klu camtu, heh (drp pemerhatian aku, azroy ni terrer main lagu2 metalika tp xtau lagu2 abg mus... alahai~ a tout le monde pun kena pasang mp3 baru dia dpt tarik)

ekceli aku xreti nak main bass sambil nyanyi (kecuali klu bassline yg simple)... kelam kabut jdnya. jari2 aku blm synchronised dgn lirik lagu. aku cuma bleh kosentret buat satu benda shj... klu vokal, kosentret vokal... klu main bass, bass shj. sbb tu kebanyakkan lagu2 kitorg main konsider instrumental shj. jo dtg lmbt... dia smpt nyanyi 2-3 lagu je

line-up sessi kali ni
bob kandar - drums
azroy - gitaris jemputan
aku - bass/vokal
jo - vokal

jo smpt sms awek hehehe

sessi tamat lbh kurg 1400hrs... equipment malas nak kemas, sbb plan esok nak sambung lg... hehehe kecuali axes and pedals aku la... xnak aku tgglkan harta2 aku kat bilik ni, better bungkus bawa balik

sessi 2 - ahad 11/10/2009

sessi ahad ni kejap je, kitorg kena stop dlm 1230-1300hrs sbb lps ni nak pi open house raya staf2 opis kitorg

kali ni jo xdtg, so 3-piece sajala... selain main bbrp lagu2 spt smlm, sessi hari ni ada request utk praktis lagu raya musafir di aidilfitri (s. jibeng) dan lagu 60-an hidup bersama @ "di tepi pantai" yg last2 jd versi metal xpdc...

kali ni ada 2 problem, 1st - speaker ada unwanted static noise, 2nd - bbrp kali amp tiba2 xde output xde bunyi. mmg hilang mood nak main xbest mcm smlm (sessi sabtu mmg enjoy)

1300hrs kitorg stop, kemas2 equipment... bungkus axes and pedals aku, drum set sorok bawah bench (mggu2 seterusnya senang nak deploy), amp dan speakers susun elok2 kat tepi. in 10 minutes bilik ni dah transform kembali spt hari2 biasa... bilik spektrometri UV-vis, like nothing had happen... hehehe

oke, jom serbu open house... aku pun dah lapar ni

_____
p/s: my 8 months string oddysey... ada peningkatan, klu dpt main slalu tiap2 ujung mggu lg bagus dpt release tension (hahaha esok internal audit)

to jairo... mana bab "sebagai suami orang"?


entry ni khas ditujukan buat jairo, yg cerita dlm entry "bulan ramadhan pertama sebagai suami orang" dah masuk part 2 tp blm ada lg sentuh bab "sebagai suami orang" yg ditunggu2. ni ada sket kenang2an masa ko kawin bln 6 dulu... [dgn tujuan mengingatkan ko klu scan barcode kat dahi akan kluar status *suami orang* so sambung la cerita tu] hehehe...

cantik bass tu kan? hehehe!

coverage dan gmbr2 open-air gig sempena perkahwinan jairo bleh baca entry ni - chemical wedding

_____
p/s: jiaja! kura2!

aktiviti kelab sukan & rekreasi di hujung minggu - jaming (part 3)


sabtu 18/7/2009 - dah lama kitorg x praktis jam rasa2nya ada 2 bln kot. sepatutnya mggu lps (time roadgear aku dah smpi) kitorg nak praktis jam tp jo ikut pertandingan ping pong so xcukup korum. khamis lps bob kandar sound aku dan jo ada sessi latihan hari sabtu dan kebarangkalian kali ni mmg open-air sbb bilik mesyuarat dah kena renovate tampal wallpaper so kitorg xnak la nnti dipersalahkan klu rosak wallpaper (calar, kotor, dll) jd kitorg main kat foyer/garasi jbtn

kali ni equipment xjd masalah sbb gitar dan bass dah ada (ehem, go ibanez!). utk amp pulak kitorg guna amp BJL bob kandar yg disambung kat 2 buah speaker besar thp gaban (sound system utk pertandingan karaoke) dan semua input (gitar, bass, mic) masuk pi amp ni

mephisto & crows

mula2 plan nak start pkl 1000 tp mcm biasa tertunda smpi 1030 setup equipment, sound check, tuning last2 pkl 1100+ baru start. kali ni jo xdpt main lama2 sbb pkl 1300 dia ada perlawanan badminton jemputan kat dewan hockien blkg jbtn kitorg... so dari 4-piece tggl jd 3-piece band

kali ni bob kandar ajak sorg member dia nama azroy (ntah apa nama btl dia ni) sbg gitaris jemputan, terrer jugak mamat ni, mcm2 lagu dia bleh main lbh2 lg lagu metal, mcm thp bro adam jugak la... bila ada lead yg lain follow, lagu apa pun mmg menjadi wlupun bassline sumbang hehehe!~

line-up kali ni

bob kandar - drums
jo - gitar/bass/vokal
aku - bass/vokal
azroy - gitaris jemputan

waktu best2 tgh jamm, tiba2 pengarah dtg jenguk kitorg smbl sengih2... ekceli dia mmg sokong aktiviti kitorg ni lgpun smlm waktu meeting mbj dia ada puji band kitorg smbl bgtau yg foyer/garasi tmpt kitorg main ni bakal menjadi closed-air. nnti nak try bodek pengarah kot2 dpt sponsor apa2 yg berkaitan dgn band... maybe equipment tmbhn >:) dpt gitar stagg hrga RM300+ pun jd la kan?

sessi kali ni berakhir pada jam 1415, mau dkt 3 jam+ jugak kitorg praktis... ujung jari2 aku pun dah rasa kebas mcm nak bengkak pun ada. kena byk minum air sbb dehydrated, main kat foyer/garasi yg mmg open-air, panas byk kluar peluh... yg pastinya bass crows aku bunyi sedap, sesedap mcm bunyi time jairo kawin bln lps, maybe pasal aku main guna pick dan guna amp yg besar. kombinasi roadgear mephisto dan zoom g1x mmg menyengat, azroy shred mmg gila babeng bunyi ttp maintain. xnyesal beli produk zoom dan ibanez beb! (wlupun cuma gio series)... apa2 pun kena byk praktis lagi ni, rock on!

mini entry: pesta jualan & makanan

lps blk sessi latihan aku dan *ehem* sggh kat medan selera bintulu (aka kuburia) konon2 nak tgk pesta jualan & makanan yg berlangsung pada 18-19/7/2009.

smpi2 je kitorg round2 gerai yg menjual makanan smbl dihiburkan dgn pertandingan karaoke. konon2 nak cari mknn yg extra-ordinary ala2 mknn yg jual kat pasar ramadhan... tp hampa sbb yg ada pun cuma yg biasa2 je, kuih muih, kerepek, burger, minuman

banner iklan borneo kite festival, berlangsung bln ogos setiap tahun
(acara tahunan bandar bintulu)

aku tertarik dgn signboard ni (pic kat bwh) dah lama aku xmenikmati char koay teow penang (kes rindu mknn penang), so nak try la...

(pic atas - bila dah mkn baru teringat nak snap pic) 1st impression xnmpk mcm char koay teow penang pun, sbb penang punya slalu warna kehitam2an sbb dkt2 nak hangus (hence the word char) yg ni nmpk kuning2 oren. rasa? okela ada jugak rasa penang style wlupun xbrapa kick. tp dgn hrga RM4.00 sepinggan, mee pun byk, udang besar 3 ekor, mmg kenyang dan berbaloi la... atleast terubat rindu nak mkn mknn penang

_____
p/s: nasik kandaq abu is the best! wowo rindu nak mkn nasik kandaq penang!

aktiviti kelab sukan & rekreasi di hujung minggu - jamming (part 2)


seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik mesyuarat setelah mendapat kebenaran ketua jbtn (boss) lps ni xde dah istilah open-air jamming session... equipment kali ni xde masalah sbb ada 1 gitar ibanez pnjm (gio series strat-look-a-like maybe model grx20 kot, syg gitar ni kotor gila... tuannya xpnh lap ke?) utk kegunaan jo & nelson (tp kabel pendek dan xde apa2 efek - straight to amp)

masalah amp aku yg kecik pun sdh diatasi... kitorg plug-in semua equipment (gitar, bass, mic) kat amp bob kandar yg disambung kat 2 biji jumbo-sized speaker (besar thp funfair) tp bila aku smbg zoom b1x aku... ada bunyi pelik mcm bunyi looping nyaring mmg xsdp didgr, last2 aku smbg direct bass aku kat amp, mggu ni xguna efek.

kali ni seperti yg dirancang oleh en. bob kandar, dia ajak bbrp member utk turut serta menceriakan acara (zul + 2 org lg aku lupa nama) dan bro adam (shredder ni) yg menjadi mentor dan kitorg kali ni...

line-up kitorg minggu ni
bob kandar - drum
jo - gitar/bass
nelson - gitar/bass
aku - bass/vokal
bro adam - lead gitar/mentor
zul - vokal

bro adam dan bob kandar tgh memunggah gitar ibanez itam (gio series gak maybe model grg170dx kot sbb ada sharktooth inlay) beserta zoom gfx-5 effect yg masih nmpk baru berkilat wlupun model ni model lama dah xde dlm pasaran

zoom gfx-5 (pic cilok dr website zoom japan)

sdkt info pasal bro adam ni - anak buah kaum kerabat bob kandar, geng2 dorg jamming zmn dulu2... drp info bob kandar, bro adam ni dah lama x jamming stlh berumah tangga (dia bawa anak2 dia skali time jamming ni) & xde geng nak ajak jamming... tp aku peratikan cara dia main langsung xberkarat pun...

lps tune sket2, warm-up dgn lagu zombie - the cranberries (instrumental)... kitorg start dgn lagu assignment bob kandar, hati emas - kembara... ntahla brapa kali kitorg main lagu ni, sbb tiap kali masuk bab solo gitar (bro adam solo mmg masyuk~) bassline plak salah (hehehe... sape la bassist tu ye?) tp aku mmg enjoy main lagu ni... maybe akan jd lagu wajib kitorg pada sessi2 akan dtg

then layan plak lagu hidup bersama (di tepi pantai) versi 60an... kali ni aku vokal, nelson jd bassist sbb aku blom blajar lg bassline utk lagu ni... ending lagu ni kitorg guna versi metal xpdc.

then layan lagu search (lupa apa tajuk) terkial2 gak aku kejar bassline sbb baru blajar lagu ni secara impromptu xsmpt nak study mlm td... then nelson ganti bassist utk lagu isi & kulit

jo tgh tune2 gitar pnjm (bunyi tgglm dek gitar bro. adam), 2 stack tu amp (wlupun cap ayam tp power gak bunyi) bob kandar yg kitorg guna dsmbg dgn speaker besar thp funfair. lagu terakhir kitorg klu xsilap lagu g&r - sweet child, xde vokal sbb xde sape yg hafal lagu ni (aku xbrapa minat g&r) sama gak aku blajar impromptu & terkial2 kejar bassline... adeh~

sessi kali ni berakhir dlm 2 ptg... aku mcm biasa perut lapar sbb dr pg xmkn lg, bdn pun dah rasa lain mcm dah ni. balik aku sggh tapau nasik kat restoran lesung. lps kenyang mkn sambil layan dvd kamelot, rasa ngantuk la plak... layan tido puas2 smpi pkl 6 ptg... then baru aku buat blog ni hehehe

_____
p/s: ada peningkatan... betul la benda2 ni kena ada mentor baru senang blajar

aktiviti kelab sukan & rekreasi di hujung minggu - jamming


ahad 26/4/2009 - dlm perancangan kitorg mau buat sessi jaming open-air kat foyer jbtn smlm (sabtu), tp disebabkan drummer kitorg (bob kandar) ada aktiviti sosial yg lain so terpaksa tunda hari ni. aku smpi kat jbtn dlm kol 10.15pg, jo dtg dlm kol 10.30... kt jbtn ada 2-3 org time ni, boss (pengarah) pun ada

bila kitorg cerita plan kitorg kat boss... boss terus bg green light, drp main kat foyer dia bg kebenaran utk guna bilik mesyuarat yg sememangnya complete dgn sound system. dia kata bleh jd sebahagian drp aktiviti kelab sukan & rekreasi jbtn yg sememangnya bob kandar merupakan timbalan presiden kelab. sblm ni boss pun dah bg kebenaran (atas nama kelab) guna bilik mesyuarat utk aktiviti berkaraoke di hujung minggu

disebabkan kali ni merupakan our 1st attempt... so mcm2 la masalah teknikal dan human error, spt berikut:

1) bob kandar plak dtg dlm pukul 12.05 dgn toyota liteace yg sarat dgn equipment (drum set, amp, speaker) aku jenguk2 dlm... aku tanya dia "mana gitar?", "harap maaf gitar xdpt pinjam drp mmbr sbb mmbr gi mancing udang..." so terpaksa la jo balik rmh ambil gitar kapoknya...

2) disebabkan amp aku stakat 10watt je, ofkos klu stakat praktis kat rmh tu mmg dah cukup, tp bila dah test power jaming... tenggelam dek bunyi snare drum (bob kandar pukul mcm scott columbus), aku nak sambung kat amp jbtn xbrani plak aku, sbb amp tu utk pa system bkn utk bass, koman2 pecah speaker (ni mcm nak suruh beli amp 25-30watt ni... dah jenguk dah marshall kat li hua plaza around rm800+)

3) kapok jo pun yg dah sambung ngan pa system, pun still kalah dgn bunyi snare drum bob kandar... komen jo "nntila saya ada rezeki saya beli gitar karan"

wlu apapun, as our 1st attempt kitorg ttp teruskan jaming session spt dirancang... dpt main complete 3 buah lagu je (come as you are, isi atau kulit, nafisa) yg lain tu main separuh2 sbb sound mmg xbest & aku pun xbrapa reti main lagu2 kegemaran diorg, after that continue jd sessi karaoke smpi 1600hrs

1600hrs, seperti yg dirancang kitorg teruskan dgn aktiviti menceriakan suasana jbtn, gotong-royong mini bersama boss menceriakan lanskap keliling gelanggang futsal, pindahkan pokok2 bunga kertas masuk pasu... aktiviti abis dlm kol 6 ptg, aku lapar gila ni dr pg lom mkn... balik aku singgah restoran mamak, pekena nasi, kari daging, kuah banjir (ala2 nasik kandaq)

to be continued...

_____
p/s: nak kena byk praktis lagi ni

...of string and me (part 3)


penantian 5 hari~ akhirnya... ibanez gio soundgear GSR190J

tghari td mr. ayang sms "ur bass arrived" so lunch hour pkl 1 aku pun bergegas pi zoso music. sampai je kat zoso, ibanez aku dah tergantung kat stand hitam berkilat lagi tu~

mr. ayang pun suruh aku test power... lps tune sket2 (guna electronic tuner yg dtg skali dgn set ni) aku lyn la nirvana ngan black sabbath (come as u r & iron man, tu je yg aku tau... hehehe) 3-4 round dgn setting yg optimum (ala amp 10w je) soalan mr. ayang "u suka nirvana?" aku jawap "biasala zmn i skolah dulu ofkos layan nirvana" (padahal dlm hati sbb tu je lagu yg aku tau main stakat ni) dah test 15-20mnt kat zoso, aku pun byr balance then bungkus bawa masuk imago aku

ptg lps balik keja aku terus balik umah, memandangkan arini xmain futsal sbb hari selasa & khamis giliran team pompuan yg main. sampai2 je umah aku terus punggah... then susun pose nak amek pic riak ;)

test2 power xsedar dah 1 jam aku gig sorg2 (dgn volume yg minimum sbb xmau jiran2 bising) ntah aku pun lupa aku main lagu apa... rasa2nya main hentam2 je kot asal kluar bunyi. patutnya mlm ni aku pi majlis mkn mlm kat dewan suarah sempena sambutan ulang tahun ke-28 pemerintahan pehin sri... tapi aku mcm malas nak pi sbb temptation ibanez ni membuatkan aku melekat kat rmh. aku rasa nak bg nick kat bass aku ni, sbb dia itam... aku nak bg nick CROWS tribute lagu/album tarot "crows fly black" (wlupun marco guna warwick bkn ibanez)

to be continued...

_____
p/s: welcome to the bass club~

...of string and me (part 2)


setelah survey2 kat internet + lawatan sosial ke zoso music, aku pun nekad nak beli satu set gitar bass utk aku blajar main (seriuosly! learning from scratch... basic, doremi, abc) kesian gak dgn kapok housemate aku (mr. jo), kena bantai main bass style...

atas nasihat dan komen2 (racun) drp joad (manggas), jairo (mi scusi) dan mr. ayang of zoso music (mr. bkn miss) aku decide angkat set ibanez GSR190J dgn harga RM1.2k okela utk hrga kat bintulu ni (yg potong leher) sbb kat ebay pun RM9xx+20

cilok dari website ibanez

set bass jump start ni rasa2nya sesuai utk projek permulaan aku (nak lebih lanjut klik pic set kat atas) sbb everything dah complete utk beginner level mcm aku, berbanding klu aku beli berasingan (mix & match) sbb aku sket lagi nak angkat squier j-bass/yamaha RBX170 + ibanez amp @ RM1145 tp xberbaloi sbb xdpt apa2 aksesori kecil2an lain (gig bag, tuner, strap, dll)

well, aku dah order dgn mr. ayang set ibanez tu dgn deposit RM1k, paling cpt sampai hari rabu ni 25/3 (ngam2 gaji ni) plng lmbt maybe isnin dpn 30/3, so nnti2 kan la...

to be continued...

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger