Pyramid Epiphone
oleh Ijau D. Koceng 27 August 2016 pada 1:00 AM 0 commentsSebelum karatnya menjadi kritikal, ada baiknya dipasang terus pada gitar. Pek bersaiz 9-46 dipasang pada Korina, manakala pek bersaiz 9-42 pula dipasang pada Goldie.
Sebelum dipasang, tompokan kecil karat tadi dikikis dengan menggunakan kertas pasir gred paling halus kemudian dilap dengan GHS Fast Fret. Jika hanya karat permukaan luar, ia masih selamat digunakan. Tapi jika karatnya jauh ke dalam, jangka hayat tali tersebut tidak akan lama, biasanya akan putus di tempat berkarat.
Harapnya kedua-dua set ni mampu bertahan sekurang-kurangnya sebulan...
_____
Ada apa: Pyramid pertama jauh lebih tahan.
theGUITARaddict! (Part 7)
oleh Ijau D. Koceng 23 April 2015 pada 8:00 AM 3 komen:Hadiah kuiz tersebut merupakan tiga keping pick Jim Dunlop (Jazz I, Jazz III, Jazz III XL) tajaan Davis Guitar. Manakala dua set tali gitar Pyramid (9-42, 9-46) pula merupakan pemberian mutual kerana menjadi pengikut setia blog tersebut sejak 2009.
Ikut pengalaman menggunakan tali gitar Pyramid ni, ia tahan disimpan lama. Set yang diterima sebelum ini tahan hampir tiga tahun dalam simpanan tanpa tanda-tanda berkarat. Tegang dan nyaring merupakan karekteristik tali Pymanid ni, jadi ia sesuai dipasang pada gitar tanpa tremolo (fixed bridge).
_____
Ada apa: Terima kasih Bro Sub.
Pyramid Mirage
oleh Ijau D. Koceng 12 March 2013 pada 1:00 AM 4 komen:Walaupun dah hampir tiga tahun dalam simpanan, tapi kesemua tali masih lagi berkilat dan tiada tompok karat dikesan. Tidak seperti tali jenama Rotosound, Ernie Ball dan Gibson (paling teruk).
Pendapat peribadi?
- Agak keras dan tegang berbanding tali bersaiz 9-42 yang digunakan pada Mirage sebelum ni.
- Bunyi yang nyaring (secara akustik).
- Kombinasi saiz yang agak berbeza (9-12-16-22-32-42) berbanding kombinasi jenama lain (9-11-16-24-32-42).
- Ketahanan, kena tunggu dan lihat selepas beberapa bulan.
_____
Ada apa: Baru ada semangat nak main Mirage.
thE guitaR addicT! (Part 4)
oleh Ijau D. Koceng 04 August 2010 pada 1:00 AM 6 komen:Selasa 03/08/2010 - I've received yet another complimentary gift from Bro Sub thE guitaR addicT! A pack of guitar strings "sample" for self QC test.

Hang nak setem Singapore tak mhagnoth?

String apa? Pyramid superior quality pure nickel round wound strings (.009-.042 gauge set), made in Germany. Ntah bila aku dapat guna string ni memandangkan string Dean Markley hari tu pun masih oke lagi after five months of aggresive playing style (tapi dengan penjagaan yang optimum la).
Thanks again bro...
_____
Ada apa: Macam nak start buat koleksi string gitar je ni, hahaha...
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Kenapa A&W tidak menjual lagi A&W root beer seperti dahulu? Sekarang yang banyak di pasaran ialah A&W sarsaparilla... Ya, sarsa...
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Selasa lepas (29/1/2013) terjumpa buku ni di premis Reissued Magazine, Amcorp Mall - An Oral/Visual History By The Red Hot Chili Peppers Wit...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-








