Wordless Wednesday: Raya At Large




_____
AADI: Sempat sampai sebelum raya, thanks Doc Bentara.

Sepetang Di Pekan Sipitang


Hari terakhir Ramadhan, sempat buat entri ala Nat-Geo travel, atas permintaan saudara Deaf seperti dalam komen entri WW lepas.

Khamis, 22/6/2017 - Singgah sebentar di Pekan Sipitang semasa perjalanan balik dari Miri ke Membakut (bermalam di Miri, dari Bintulu hari sebelumnya). Bercadang untuk singgah di Pekan Beaufort lagi 30 km+ tapi disebabkan anak-anak dah mula menunjukkan tanda-tanda kebosanan setelah sehari suntuk dalam kereta, jam pun sudah menunjukkan sekitar pukul 4.00 petang, maka Sipitang jadi pilihan.


Kali terakhir aku meronda Pekan Sipitang ni tahun 2001/2002, fuh~ dah belasan tahun. Biasanya kalau balik kampung jalan darat (trans-Borneo) aku jarang singgah Sipitang, paling-paling pun singgah stesen minyak atau KFC Sipitang sahaja.


Lokasi pilihan ialah GATA Square bersebelahan stadium Sipitang, lokasi Festival dwi-tahunan *GATA. yang juga menjadi lokasi bazaar Ramadhan Pekan Sipitang.


Hari ke-27 Ramadhan, bazaar ni masih meriah, walaupun ada beberapa gerai yang dah tutup. Juadah yang dijual lebih kurang sama sahaja seperti bazaar Ramadhan lain di Pantai Barat Sabah - kepak ayam BBQ, sate, soto, rojak, pelbagai jenis minuman dan kuih-muih. Tapi dari segi harga, lebih tersenyum berbanding Bintulu, kah kah kah...


"Kaansayan ra rataan mih" - ini bahasa Murut, aku tak berapa tau pasal bahasa dan kebudayaan suku kaum Murut ni, jadi sila Google sajalah, hehehe...

*GATA? Macam pernah dengar kan? Jairo pernah buat entri pasal Festival GATA ni sekitar tahun 2009 dalam entri ni, tapi sayangnya gambar-gambar dah tak ada... Juga boleh rujuk di sini. untuk sambutan terkini.

_____
AADI: Ok, #shramzb sekali lagi.

Wordless Wednesday: Coming Home



#shramzb
_____
AADI: Cuti berblog beberapa hari.

Ada Apa Dengan Barbican? (Part 4)


Perisa epal sudah, perisa lemon sudah, perisa delima pun sudah. Kali ni mencuba Barbican perisa nanas untuk juadah sungkei eksotik. Ok secara otomatik entri nanasmania kembali!


Rasanya mengingatkan aku kepada minuman Hillsburg perisa nanas, cuma karbonat Barbican ni lebih kaw dan fizzy. Tapi untuk Barbican, perisa nanas bukanlah kegemaran peribadi, pada pendapat aku perisa epal lebih kimochi~

Kebelakangan ini minuman jenama Barbican ni lebih mudah diperolehi, mungkin disebabkan sudah ada pemgimport rasmi (Coca-Cola Refreshments Malaysia Sdn. Bhd.). Dan harganya pun lebih murah sekitar RM2.00-3.00 sebotol berbanding beberapa tahun lepas RM4.00+. Aku pernah jumpa restoran jual Barbican ni sampai RM7.00-8.00 sebotol, restoran jenis biasa-biasa bukannya restoran franchise.

_____
AADI: "Jangan mendatangkan syak..." boleh jadi tagline rasmi ni.

Ada Apa Dengan Kirks Ginger Beer?


Lagi entri sungkei eksotik, kali ni minum beer... Ooha!

Mula-mula nak cari ginger beer jenama Bundaberg, dah lama tak meneguk Bundaberg. Tapi terjumpa ginger beer jenama Kirks (bukan Kirk Hammett) semasa ronda-ronda di pasar raya J beberapa minggu lepas.


Harga agak premium RM3.60 untuk setin 375 ml, biasalah barangan import. Juga buatan Australia seperti Bundaberg, manufactured and sold by Coca-Cola Amatil (Aust) Pty. Ltd. NSW.
"This ain't just any ginger beer, this is Kirks 'Olde Stoney'. Just so you know, this one's uniquely marked with Old Stoney's upside down face on the label. Only then will you know ya have the right one. So raise a mug of Kirks Olde Stoney ginger beer."
- hype pada tin.
Rasa halianya pedas sedikit berbanding Bundaberg, bila sendawa hidung terasa pedih, penangan gas halia, kah kah kah...

_____
AADI: Nanti pekena beer lagi, root beer.

Sudden GAS: Bass Preamp Pedal (Part 4)


Saingan kepada Hartke Bass Attack 2, satu lagi pedal preamp bass mula muncul untuk menggugat nafsu keGASan dan poket aku - Electro-Harmonix Battalion.


Pedal yang dah boleh dikatakan multi-effects, kerana selain fungsi utama preamp, EQ dan DI, ia juga memiliki fungsi-fungsi tambahan seperti distortion, compressor dan noise gate. Semua dipadatkan dalam pedal sebesar Metal Muff Top Boost.



Pada julat harga yang lebih kurang sama dengan Bass Attack 2 (RM6xx) , aku rasa Battalion ni lebih menang disebabkan fungsi-fungsi tambahan seperti perenggan atas. Selain itu ia juga masih menggunakan bateri 9 Volt tradisional berbanding bateri AA pada Bass Attack 2.

_____
AADI: Tunggu masuk pasaran Malaysia dulu.

Mastodon - Emperor Of Sand


Rasanya dah sebulan lebih aku ada CD ni baru teringat nak buat entri. Perolehan batch ke-12 daripada Radin Music bersama-sama Canggung Mendonan tempoh hari.


Album studio ketujuh Mastodon Emperor Of Sand rilisan 31/3/2017, kira album Mastodon paling cepat aku miliki selepas dirilis setakat ini. Seni tulisan "Mastodon" kembali seperti era pra-The Hunter. Seperti album-album Mastodon sebelum ini, cover depan memang cantik dan menarik perhatian.


Sekali putar agak susah nak hadam lagu-lagunya kecuali dua lagu pertama Sultan's Curse dan Show Yourself yang telah dipra-tonton/dengar di Youtube sebelum rilisan. Dan pasti akan berpendapat album sebelumnya Once More 'Round The Sun lagi best. Tapi bila dah berkali-kali dengar, baru tau lenggok dan kekuatan setiap lagu.


Pada pendapat aku, trademark Mastodon adalah multi-vokalis, ketiga-tiga vokal Dailor/Sanders/Hinds hampir ada pada setiap lagu. Dan ketiga-tiga mereka memiliki identiti vokal yang berbeza. Tak lupa vokalis jemputan Scott Kelly dan Kevin Sharp untuk lagu Andromeda dan Scorpion's Breath.


Dari segi muzik pula, Mastodon memang "rajin" sebab kebanyakkan riff-riff agak kompleks, paling menang ketukan Dailor yang memenuhi setiap lagu. Cuma solo-solo Hinds walaupun best, tapi seakan-akan sama pada setiap lagu.

Kalau perasan, ada beberapa lagu memiliki efek bunyi seakan-akan filem sci-fi, aku pasti ia pengaruh Star Wars, kerana Kelliher merupakan peminat tegar Star Wars.

_____
AADI: Masta! Masta! Don.

Ada Apa Dengan Nestle Bliss? (Part 4)


Edisi terhad minuman yogurt Nestle Bliss kembali lagi dengan dua perisa - ros bandung dan kurma gula Melaka. Pada pendapat aku ia lebih bertemakan Ramadhan berbanding Hari Raya.


Berlatarbelakangkan corak kain batik yang agak funky tradisional. Kedua-dua perisa sememangnya sinonim dengan juadah sungkei (iftar, buka puasa) kita orang Malaysia. Perisa ros bandung yang rustic amat mudah diteguk, sesuai bagi mereka yang baru nak belajar minum yogurt.

Lain pula bagi perisa kurma gula Melaka, ini memang perisa "nang nyaman padah orang Sarawak" dan "paling manang bilang orang Sabah" antara kedua-duanya kesemua perisa Nestle Bliss yang pernah aku cuba. Tak nak cerita, cuba sendiri, kah kah kah... Tapi perisa ini memang susah nak cari di Bintulu (setakat ini) selalu sold-out.

_____
AADI: Entri edisi terhad lain - epal markisa lemon, original, epal pisang.

Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 4)


Untuk tahun keempat berturut-turut (2014, 2015, 2016), Sarawak masih mengekalkan nilai RM7.00 untuk zakat fitrah.


Mungkin ia bukan lagi nilai yang terendah di Malaysia, sebab kebanyakkan negeri-negeri di Malaysia dengar khabar nilainya juga masih RM7.00 - contoh WP/KL dalam entri Rafi Xyrus.

Soalan tahunan, berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: Masih empat keping kupon...

Ada Apa Dengan Yeo's, Hawthorn?


Dah dua minggu puasa, baru ada entri pasal minuman eksotik (eksotiklah sangat). Ikut tradisi AADI seperti tahun-tahun lepas, akan cuba bereksperimentasi sungkei (sungkai/iftar/buka puasa) dengan minuman unik sebegini semata-mata untuk idea entri blog, kah kah kah...


Terjumpa minuman jenama Yeo's dengan perisa hawthorn. Mungkin ini perisa *baru sebab aku tak pernah jumpa sebelum ini. Seperti minuman Yeo's perisa lain, ia agak murah, sebotol 350 ml ni harganya cuma RM1.60 di pasar raya J.

Rasanya agak unik, cukup masam cukup manis, lebih kurang macam rasa cherry campur blackcurrant gitu. Lepas ni dah tak pandang Yeo's perisa laici atau kundur...

[Edited 11.58 am] - *memang perisa agak baru, terjumpa dalam artikel ni.

_____
AADI: Teringat nama kumpulan Hawthorne Heights.

Fender Telecaster Poplar (Replica)


Beberapa hari selepas Strat ungu dituntut tuannya, menerima lagi dua buah gitar untuk diservis, juga daripada rakan-rakan gitaris dari kumpulan NV Unity (band ni ada tiga gitaris, macam MUP). Servis aku dicanangkan dari mulut ke mulut rupanya, kah kah kah...


Sebuah Fender Telecaster dan sebuah singlecut ala Les Paul jenama Harmonics. Telecaster ingin diservis "tengok-tengokkan apa yang patut", manakala Les Paul ingin tukar isi perut baru (overhaul, new wirings) dan setup action sebab ada dead note pada fret bawah.


Untuk entri ni aku hanya akan cerita pasal Telecaster ni, Les Paul Harmonics tu aku akan buat entri berasingan. Sekali imbas memang nampak cantik kan? Masih baru, bau kayunya pun masih kuat.


Kemasan atas amber sunburst yang cantik dengan corak kayu poplar, ada binding tepi. Standard T-style SS singlecoil pickups, cuma aku kurang familiar dengan bridge jenis sebegini.

Fender, made in USA eh?

Ok, selepas 5-6 minit memegangnya, aku perasan ada beberapa perkara yang tak kena dengan gitar ni - hujung fret kasar, tuning peg (gambar atas) ada sticker putih yang meragukan.


Area bolt-on, neck lebih lebar ~2 mm daripada neck socket. Ok sah, ini bukan Fender original. Tak sampai hati cakap "tiruan" pada tuan punya, hanya cakap "replika" sahaja. Tuan punya memuji aku sebab dapat kesan gitar ni bukan original (kembang la sikit), dia kata harga gitar ni RM5XX sahaja. Fuh, untuk gitar replika, dari segi pertukangan ia boleh dikira masih berbaloi per harganya.


Sempat menjenguk isi perut, menggunakan suis dan pot jenis Alpha berbanding CTS dan Fender-style 3-way switch. Dengan bau harum kayu yang familiar seperti bau gitar-gitar Ibanez RG/GRG-series (GRG270, RG350M, RG331M), aku pasti ini kayu basswood. Begitu juga dengan kemasan atas poplar tadi, bukannya kayu poplar betul, tapi hanyalah veneer.


Aku tak tau macam mana nak servis "tengok-tengokkan apa yang patut". Buat intonation pun agak mencabar untuk bridge jenis sebegini, string senang "melompat" kalau strumming ganas, sebab alur saddle yang tidak munasabah.

Selain intonation dan action, tiada apa-apa yang aku boleh buat, wiring pun tak ada masalah. Cuma aku boleh cadangkan tuan punya tukar tiga benda kalau nak gitar ni jadi hebat:
  1. Tuning peg @ machine head - bending sikit, dah lari talaannya, cari machine head yang lebih stabil.
  2. Bridge - seperti yang aku ceritakan di atas tadi, mungkin boleh ganti dengan saddle jenis blok.
  3. Pickups - tuan punya nak main metal, tapi pikap stok agak tidak menepati citarasa untuk metal, kuat humming, kurang-kurang kena guna pikap jenis rail, stacked-singlecoil atau pikap aktif.
Tapi serius, dengan harga RM5XX untuk replika, gitar ni memang menarik, corak poplarnya pasti menyerlah atas pentas.

_____
AADI: Kenapa tak pilih Squier? Lagi puas hati.

Wordless Wednesday: King 6





_____
AADI: Lama tak layan Masterplan.

Moody Monday: Let Go The Load


Dua album bertahap soundtrack of my life yang menyambut ulang tahun yang ke-15 dan ke-21 masing-masing semalam 4/6/2017.

Imej entri tahun 2009, belum ada watermark.
Rilisan tahun 2002 tetapi dilayan awal 2003, Let Go merupakan memori ketika bekerja (semula) di sebuah premis perkomputeran di Sungai Dua, Penang. Tahun 2003 baru nak stabil selepas bergelut dengan masalah pekerjaan/kewangan dan percintaan tahun sebelumnya... Tahun 2002 memang aku agak down.

2002-2003 +1 :)
Selain itu, imej Avril (2002-2003) juga boleh aku katakan "image of a perfect girlfriend". Tiba-tiba aku teringat awek Kampung Baru yang selalu aku ceritakan tu, hehehe... Ironinya, ini sajalah album Avril yang aku ada, album kedua macam tak masuk, lepas tu terus tak follow.

Rilisan tahun 1996, Load pula dilayan semasa aku berada di Tingkatan 5. Ia merupakan peneman waktu study SPM tengah malam, bersama-sama abangnya album Black.


Lagu-lagu dalam Load dan Black berjaya digunakan sebagai "subliminal" untuk mengingat/menghafal rumus-rumus Fizik ketika itu. Contohnya lirik "so close, no matter how far..." digunakan untuk menghafal rumus fulkrum (Wiki). Itu belum lagi Ain't My Bitch, Until It Sleeps, King Nothing, Hero Of The Day, Cure, Mama Said, Bleeding Me...

_____
AADI: Bekerja dengan mood masih bercuti.

Purple Strat


Beberapa hari sebelum Ramadhan, aku menerima sebuah gitar Stratocaster untuk diservis. Dimiliki oleh gitaris daripada kumpulan NV Unity setelah disarankan oleh Azrol.


Katanya gitar ini sudah berpindah 2-3 pemilik berdasarkan "relic" pada fretboard, dan warnanya sebelum ini merah berbelang hitam dengan pickguard berwarna putih (DIY tema EHV kot?)


Tanpa merujuk decal "Fender", tengok bentuk headstock pun dah tau ia bukan Fender. Tapi oklah, diperolehi dengan harga bawah *RM100 dan neck masih lurus kira berbaloilah tu.


Sebelum bertukar milik, diceritakan gitar ni sudah lama tidak digunakan dan ada masalah elektronik kerana menghasilkan output yang statik.


Tapi pada pendapat aku, ia mungkin "f*cked-up job" selepas dicat warna ungu, kerana beberapa wayar telah dikerat sewenang-wenangnya, wtf?


Wiring yang "by the book" nampak kemas tidak berserabut. Ya, wayar putih (output) selepas volume pot telah dikerat di tengah-tengah dan bukan di hujung output jack, mengesahkan teori "f*cked-up job" tadi.

Oh ya, volume pot memang bermasalah, aku tak ada pot gantian yang sesuai, penyelesaian pantas dan ekonomi ialah memindahkan mid tone pot menjadi master volume, walaupun berbeza taper, tapi masih boleh guna. Konfigurasi terkini - 1 master volume, 1 master tone, pot ketiga hanyalah dummy.


Alur skru pikap mid pun sudah loose, dapat idea sebegini daripada apa yang dipelajari menerusi blog Yustech, tapi dengan penyelesaian yang lebih ringkas, hehehe...


Action gitar ni terlampau tinggi sekitar 7-10 mm pada fret ke-12, tahap yang amat-amat menjengkelkan bagi aku. Setelah saddle bridge dilaras seminimumnya pun masih tinggi 6-9 mm.

Cuba untuk melaras truss rod, tapi truss rod pula dah barai tak dapat dilaras. Kaedah terakhir ialah dengan menambah shim kertas pada neck pocket supaya sudut neck naik (tilted) sekitar 2-5 darjah - trial and error.

Pemilik datang tepat-tepat selepas kerja-kerja selesai, tak sempat nak tangkap gambar hasil akhir kerja. Oklah, sekurang-kurangnya pemilik dapat jimat sekitar RM100-120 berbanding buat wiring baru (tukar pot, suis, jack + servis) di luar. Nilai yang agak tidak berbaloi jika dibandingkan dengan *harga gitar tadi kan?

_____
AADI: Aku sarankan pemilik lain kali beli gitar lain yang lebih proper.

Golden June


Selepas menyambut ulang tahunnya yang keenam sebulan yang lepas (28/4/2017), gitar paling senior dalam axology aku, Epiphone 1957 Les Paul Goldtop aka Goldie diset semula kepada spesifikasi asal.


Segala modifikasi dibuka dan dipasang semula dengan aksesori asal - pickguard, ring pikap (cream), strap button. Kecuali pikap menggunakan Epiphone ProBucker berbanding pikap asal Gibson 57 Classic (N) dan 57 Classic Plus (B) yang agak "kontroversi".

Pikap asal - "Patent Applied For".
Ketika itu aku tidak suka dengan bunyi pikap klasik, kalau boleh semua nak high output, semua nak high gain, semua nak metal. Akhirnya ia dijual melalui Mudah untuk memberi laluan kepada set pikap Tesla Plasma-2. Antara tindakan yang agak disesali beberapa tahun kemudian, kah kah kah...

Sekarang Goldie direhatkan daripada tugas-tugas jamming atau gig, ia lebih kepada gitar koleksi dan nostalgik (gitar kahwin beb). Tetapi jika ingin lari sebentar daripada dunia gitar berpikap jenis high output, Goldie sedia menyahut cabaran.

Selamat berbulan Jun, selamat Gawai Dayak kepada Sarawakian, selamat Kaamatan kepada Sabahan dan masih belum terlambat untuk mengucapkan Ramadhan mubarak.

_____
AADI: Oooha!

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger