Showing posts with label console games. Show all posts
Showing posts with label console games. Show all posts

Grand Theft Auto V: Premium Edition (PS4)


Dalam kehangatan hype rilisan Grand Theft Auto VI yang menggegarkan dunia gaming, baru teringat yang aku ada disc Grand Theft Auto V kombo bersama-sama perolehan PS4 Pro terpakai dan beberapa lagi tajuk lain awal 2024 lepas.

Serius, aku tak pernah main apa-apa game daripada siri Grand Theft Auto ni walaupun pada zaman PC game. Pernahlah tengok rakan-rakan main GTA ni era Vice City/San Andreas awal 2000an dulu, dan merasakan ini bukanlah genre yang sesuai untuk aku.

Versi yang aku ada ni ialah Premium Edition (enhanced re-release) untuk PS4 rilisan 2015(?), GTA5 rilisan asal 2013 adalah untuk PS3.

Tapi entahlah, bila akan ada masa dan mood untuk memainkan game ini mahupun game PS4/PC lain dalam katalog. Bak kata kawan lama aku "...dulu masa milik sorang-sorang, sekarang masa dikongsi ramai-ramai".

Lain cerita, satu lagi cerita hype dunia gaming, katanya pihak Sony tidak lagi mengeluarkan game dalam format fizikal (disc) mulai 2028, semuanya adalah secara digital (download) sepenuhnya. Tindakan ini menimbulkan pelbagai reaksi golongan gamers, kebanyakkannya negatif, dan tak kurang pula kompeni lain yang menjadikannya memes berselerakan dalam algorithm media sosial aku.

Tapi kebanyakkan game format fizikal sekarang ni pun lepas install pasti akan suruh kita update patch terkini sebelum boleh main, berpuluh-puluh gigabytes juga saiznya. Nasib baiklah internet rumah aku sekarang ni laju (up to 500 Mbps), tak macam musim PKP dulu hanya harapkan kelajuan 3G sekitar 2-5 Mbps sahaja.

Kalau format digital pula, hanya tergerak untuk masuk bakul (istilah "beli" dah tak sesuai) kalau ada promosi 70% ke atas.

_____
AADI: Misi mengumpul disc game PS4 kegemaran.

Throwback Thursday: Doom 2026


Semalam (13/05/2026) katanya ulang tahun ke-10 game Doom 2016. Walaupun ia rilisan 2016, tapi aku hanya berpeluang memainkan versi PS4 ketika musim PKP 2020. Antara game yang pastinya mengingatkan aku pada musim tersebut selain The Last Of Us, Tomb Raider dan Days Gone.

Aku ni boleh dikira veteren game FPS, sudahpun memainkan Doom dan siri game iD Software lain (Wolfenstein, Heretic, Hexen, Quake) sejak era MS-DOS lagi. Tapi melalui versi PS4 ini aku terpaksa belajar semula bagaimana memainkan game FPS menggunakan joystick (DualShock).

Selepas memainkan sekuelnya Doom Eternal tahun lepas, aku rasakan Doom 2016 lebih estatika dan seimbang kerana level/stage baik di fasiliti Marikh atau alam yang satu lagi lebih "logik" berbanding Doom Eternal yang 1) agak arcade dan cartoonish-logic, 2) banyak platforming yang cabarannya terasa seperti main game Prince Of Persia atau Super Mario, dan 3) strategi penggunaan senjata per jenis musuh serta kapasiti ammo yang terhad.

Dalam Steam pun untuk beberapa hari ini ia berdiskaun 90% menjadikan harganya kini RM7.90 sahaja. Mungkin petang nanti akan masuk bakul, kelak bila dah ada PC yang mampu memainkannya dengan lancar, barulah download dan dimainkan untuk melepaskan dendam kesumat ketidakpuasan menggunakan DualShock.

Dan jangan lupa, muzik runut Mick Gordon (argent metal) merupakan satu daripada faktor yang membuatkan game ini dan Doom Eternal lebih ohsem.

_____
AADI: Decade of rip and tear!

Mario Galaxy


Kesinambungan filem The Super Mario Bros. Movie tiga tahun lepas, sekali lagi anak-anak aku melobi untuk menonton filem sekuelnya The Super Mario Galaxy Movie di pawagam. Dan menunaikan hajat mereke Sabtu lepas (11/04/2026).

Kali ini memilih family friendly hall TGV Bintulu atas faktor waktu tayangan yang lebih mesra ayah 11.00 am dan harga tiket yang murah sedikit berbanding play hall GSC Bintulu. Seperti filem Papa Zola The Movie: Game On, hanya aku dan anak-anak sahaja yang pergi, Mrs. Ijau tak nak ikut.

Entahlah, aku agak lost dengan plot filem kedua Mario ni. Apa-apa yang melibatkan Bowser agak longgar plotnya. Begitu juga dengan Bowser Jr. yang over-powered dan Yoshi pula agak menjengkelkan. Tapi aku tak kisahlah, dapat tengok anak-anak terhibur sepanjang tayangan terutamanya si autis Jr. pun sudah kira berbaloi untuk tema dad and kids day out.

Selebihnya tak perlulah spoiler sangat.

_____
AADI: Ada cameo Minions(?).

2025 Yang...


Seperti biasa, hari terakhir 2025 akan ada entri sinopsis tahunan AADI. Nampaknya untuk 2025, terasa agak biasa-biasa (average) sahaja tanpa ada aktiviti yang menarik untuk di"bragging rights"kan.

1) Tinju - Masih aktif cuma purata satu sessi seminggu atas faktor kesihatan dan urusan keluarga. Ada juga pernah penuh tiga sessi seminggu. Bulan depan genap tiga tahun aku bertinju, akan dibuatkan entri berasingan kelak.

2) Gaming - Sinopsis untuk kedua-dua platform gaming PC (Steam) dan konsol PS4 telahpun dibuatkan entri berasingan minggu lepas. Ketika entri ini ditaip, masih memainkan Tomb Raider I, II, III Remastered.

3) Kegitaran - Berjaya mendapatkan sebuah gitar idaman iaitu Iron Cross, secara impromptu kerana terGAS dan harga promosi Rock & Raya Music Bliss (ketika itu) yang masih berkekalan sehingga promosi merdeka dan jualan hujung tahun, duh~

Hanya berjaya melepaskan bass Francesco yang sekian lama ingin dilepaskan. Tidak tercapai KPI tahun ini untuk melepaskan Swede dan/atau Lagoon, akan dicuba lagi tahun depan. Gajet masuk - G3n, SD-1-4A, Impulse IR Loader, Tone Tattoo, Wireless IEM, amPlug 2 Metal dan HT1 Metal. Tiada gajet keluar.

Rancak dengan perolehan pikap daripada Bentley - Blackouts Loomis, Distortion, Red Devil, Thrash Factor dan D Activator-X. Mungkin beberapa unit akan cuba dilepaskan untuk model pusingan.

Hanya dua gitar rakan diservis tahun ini untuk dipasangkan set pikap - Blackouts EC-1000VB, D Sonic/D Activator-X GRGR221PA.

4) Kugiran - Tidak ada menyertai apa-apa persembahan pentas atau gig tahun ini. Jamming pun hanya sekali dua sahaja.

5) Kaki wayang - Papa Zola The Movie: Game On, Predator: Badlands, Jurassic World Rebirth, The Final Reckoning, A Minecraft Movie, Mickey 17 dan Sonic 3.

6) CD - Tahun ini ada memancing empat album - Patient Number 9, Invincible Shield, 72 Seasons dan Peluru Cokelat. Oklah tak rancak daripada tak ada langsung.

7) Konsert - Setelah lama tak layan konsert, tahun ini tidak dijangka-jangka dapat menonton konsert band metal lagenda Jepun Loudness di Rock In The Jungle 2.0 pada 30/08/2025.

8) Peribadi - Beberapa hari lepas sempat melancong healing-healing hujung tahun bersama keluarga di Stephanie Garden, Kiaru Beach Cabin, Kuala Penyu yang hanya sekitar 20+ kilometer dari kampung aku. Mungkin akan dibuatkan entri berasingan tahun depan, kalau aku rajin...

Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI walaupun medium blog semakin sunyi. Moga 2026 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog.

_____
AADI: Masih jetlag...

PlayStation 2025 Wrap-Up


Beberapa hari lepas dah buat entri pasal sinopsis Steam 2025, kali ni PlayStation Network pula merumuskan sinopsis ke-PlayStation-an aku untuk tahun 2025.

Juara masih lagi Red Dead Redemption II yang aku mainkan semula dua pusingan, pusingan kedua "low honour" tak habis, gaming fatigue. Doom Eternal terbaharu untuk senarai tahun ini sebab itu ada banyak dapat pencapaian (trophies) berbanding game lain yang dimainkan semula.

Hanya game Journey sahaja bukan aku yang main, ia dimainkan oleh anak autis aku Ijau Jr. yang hanya mengambil masa keseluruhan dua jam untuk dihabiskan, kalau betul ia true ending...

Secara peribadi, untuk 2025 tajuk Doom Eternal akan terpahat dalam memori kerana ia rancak dimainkan beberapa hari sebelum Bintulu dilanda banjir besar.

Selain Doom Eternal, juga ada mendapatkan game The Outer Worlds, kononnya untuk dimainkan ketika musim puasa lepas. Tapi sehingga entri ini ditaip, ia hanya pernah dimainkan 30-45 minit sahaja. Mungkin akan diterokai semula tahun depan bersama-sama Sekiro dan/atau GTA-V.

Akan kurang bermain PS4 untuk beberapa minggu akan datang, kerana lebih fokus untuk menghabiskan PC games Black Mesa (dah sampai Xen) dan seterusnya Tomb Raider I, II, III Remastered.

_____
AADI: Dia suruh beli PS5 pula kalau nak main Atlantis/Catalyst.

Atlantis Is Calling, Again...


Beberapa hari lepas algorithm media sosial aku dibanjiri dengan info rilisan dua game dalam siri Tomb Raider iaitu Legacy Of Atlantis dan Catalyst masing-masing akan dirilis pada 2026 dan 2027.

Legacy Of Atlantis - Remake/reimagine game pertama dengan teknologi terkini, katanya "...captures the wonder and excitement of Lara's debut adventure, re-envisioned with modern gameplay, visuals, and storytelling". Padahal sudahpun diceritakan ketika era Anniversary (rilisan 2007) dan versi remastered (rilisan 2023) kini diceritakan lagi sekali, duh... ala cerita pasal Qualopec, Tihocan, Natla dan Scion tu.

Catalyst - Ini pula episod baru, katanya berlaku selepas era Underworld dan Lara pun ketara nampak sedikit berumur dalam video di atas.

Apa-apapun masih lagi selamat kerana seperti Doom: The Dark Ages, ia hanya akan dirilis untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S and Steam. Aku hanya ada PlayStation 4 Pro dan PC aku pula tak mampu memainkan game pasca-2020. Trilogy Square Enix pun masih belum selesai, belum tertarik picu untuk mendapatkan Shadow Of The Tomb Raider: Definitive Edition sebagai penutup.

_____
AADI: Mungkin akan menarik picu untuk versi remastered daripada Steam.

Mesin Stim


Minggu lepas algorithm media sosial aku dipenuhi dengan berita berkaitan Steam Machine, yang secara harfiahnya adalah PC dalam bentuk konsul, hmmm... Macam mana tu?

Entahlah, semenjak ada PS4 Pro dah lama aku tak PC gaming, dan banyak game Steam (lama) yang aku download tak TERmain lagi - The Bard's Tale, Far Cry 2, FEAR 2, The Witcher, Wasteland 3, Call Of Pripyat, Metro 2033, dan Wasteland 2 - atau kalau TERmain pun tak sampai 15 minit atas kekangan masa, kesihatan mahupun hardware PC aku yang mediocre.

_____
AADI: PS4 Pro pun asyik main game lama je.

New Vegas 15


Semalam katanya Fallout: New Vegas menyambut ulang tahun yang ke-15. Pada pendapat aku, ini merupakan game Fallout 3D/FPS yang paling best dari segi jalan cerita dan haluan yang dipilih berbanding Fallout 3 dan Fallout 4 (Fallout 76 aku tak pernah main lagi). Setiap keputusan akan mempengaruhi jalan cerita seterusnya. Juga merupakan indirect sequel kepada Fallout 2.


Aku mula memainkan FNV ini pertengahan 2011. Waktu itu baru bergelar suami, masih terbawa-bawa perangai bujang main game dari malam sampai pagi... Memang bermasam mukalah Mrs. Ijau ketika itu.

Harapnya mereka (Obsidian/Bethesda) akan keluarkan semula FNV ini dalam versi remastered menggunakan enjin Fallout 4. Alaaa... The Outer Worlds pun tak tersentuh, masih sibuk memainkan semula Red Dead Redemption II.

Siri Fallout (Amazon Prime) musim kedua pun katanya akan menggunakan lore New Vegas sebagai background.

_____
AADI: Truth is, the game was rigged from the start.

Penebusan Mati Merah Kedua


Memainkan game ini untuk pusingan ketiga semenjak diperolehi tahun lepas. Kononnya kali ini untuk santai-santai sahaja, tapi terlajak pula sampai *dua bulan...

Ketika pusingan kedua, aku hanya memainkan sehingga habis cerita utama (cerita Arthur Morgan), bab epilog (cerita John Marston) macam malas nak main.

Ketika pusingan pertama pun hanya sampai Armadillo sahaja dengan Marston, selepas itu gaming fatigue melanda. Mungkin akan mengambil pendekatan berbeza pula (low honour) jika memainkannya untuk pusingan keempat kelak.

Tak hairanlah game ini masih relevan selepas tujuh tahun dirilis (2018). Mungkin akan tiba masa mencari game sekuel/prekuel-nya Red Dead Redemption (2010).

_____
AADI: *Alasan kenapa bulan Jun dan Julai hanya ada lapan entri AADI per bulan.

Sedekad HD-330


Tak sangka headphone ini mampu bertahan 10 tahun, sama umur dengan anak autis aku si Junior. Antara item terawal (ketiga) yang dibeli melalui platform Lazada. Tidak pernah ada masalah, hanyalah wear and tear pada span headband dan pad telinga. Katanya serasi dan boleh diganti dengan span Beyerdynamic DT770.

Fungsi utamanya sebagai monitor headphone yang digunakan bersama-sama amp modeler/multi-effects (terutamanya Pod HD Desktop). Bab bunyi memang ampuh berbanding Behringer BH 770, terutama respon bass. Kelemahannya hanyalah kabel yang pendek.

Ia juga selesa digunakan berjam-jam ketika bermain PS4 dari zaman PS4 Slim hinggalah PS4 Pro berbanding beberapa headphone multimedia lain yang pernah diguna. Dengan klausa semi-opened, bunyi-bunyi luaran (ambient) masih jelas didengar dan tidak terasa klaustrofobik.

_____
AADI: Mungkin akan mencuba produk Superlux yang lain..

The Outer Worlds (PS4)


The Outer Worlds, satu lagi game yang dalam senarai ingin dimainkan sejak zaman PKP dulu. Selepas lima tahun barulah tertarik picu untuk mendapatkannya. Inipun hanya mendapatkan unit terpakai (used) untuk harga ekonomi menerusi platform Shopee.

Dipesan seminggu sebelum Ramadhan kononnya untuk nocturnal gaming sambil menunggu waktu sahur (macam Days Gone zaman PKP dulu). Tapi seller pula tersalah hantar game *FIFA21 yang tertukar dengan order pembeli lain.

Agak malang kerana aku memilih opsyen pos laut ekonomi, kena tunggu dua minggu baru sampai. Lepas tu pulangkan semula untuk gantian dan terpaksa menunggu lagi seminggu. Inipun baru saja diterima semalam, dah nak masuk minggu terakhir Ramadhan, dah hilang kehangatan untuk nocturnal gaming sebab sibuk persiapan nak balik raya.

Game bergenre FPS-RPG ini rilisan 2019 oleh Obsidian dan Private Division, gameplay seperti Fallout New Vegas tapi dengan latar belakang di angkasa lepas menggunakan enjin Fallout 4. Sempat memainkannya malam tadi beberapa jam untuk percubaan dan ia masih lagi relevan dimainkan pada 2025. Tunggu ada mood dan masa terluang untuk kembali aktif berkonsul, mungkin selepas raya...

*Serius, FIFA22 dan FIFA23 yang pukal sekali dengan PS4 Pro pun tak tersentuh. NFS Heat pula dah lelong tapi rasa menyesal sebab lelong terlalu murah (trade-in). Kalaulah ada geng yang suka main/kumpul game FIFA dapat tukar (trade/swap) dengan game lain bergenre FPS atau action, sila hubungi aku...

_____
AADI: The Outer Worlds 2 pun katanya akan dirilis tahun ini, tapi bukan untuk PS4.

Doom Eternal (PS4)


Doom Eternal rilisan awal 2020 ini merupakan sekuel kepada Doom 2016. Antara game yang teringin untuk dimainkan selepas habis memainkan Doom 2016 ketika musim PKP dahulu. Tapi ketika itu ia masih panas baru keluar dari oven, maka harganya memang tak boleh tahanlah.

Sekarang selepas hampir lima tahun harganya sudah mampu milik, semurah harga CD audio. Dipesan melalu platform Lazada mengambil peluang kupon diskaun tambahan dan pengeposan percuma. Kali ini kononnya untuk dimainkan ketika musim cuti CNY bila *keinginan untuk berkonsol kembali.

Sudahpun memainkan semula Doom 2016 minggu lepas untuk mendapatkan feel karekter Doom Slayer dan menyeru semula mojo FPS yang sudah lama dorman. 3-4 jam pertama memang pening jugalah, tapi bila mojo itu kembali ditambah dengan muzik runut Mick Gordon, rip and tear! Ternganga juga anak-anak tengok ayah main FPS terlalu laju.

Bila sudah rasa kompeten menggunakan DualShock 4 selepas habis memainkan satu round Doom 2016 barulah mula memainkan Doom Eternal ini yang lebih mencabar mainannya.

Apa yang aku perasan setelah memainkannya beberapa jam, Doom Eternal ini lebih arcade-ish, banyak traversing/platforming macam main Prince Of Persia (atau Mario, kah kah kah), taburan ammo, health, armour dan powerups di lokasi seakan-akan level Quake III Arena. Ammo yang terhad untuk setiap jenis senjata dan setiap demon memiliki kelemahan yang berbeza, memerlukan sedikit strategi, bertukar-tukar senjata, bukan sekadar rip and tear seperti Doom 2016.

Memainkan siri Doom moden ini mengembalikan memori ketika diperkenalkan dengan Doom klasik dan Doom II: Hell On Earth sekitar 1995-1996 (install guna 4-5 disket). Kedua-dua game Doom moden ini pula sebenarnya bukanlah reboot, tapi katanya ada kaitan dan kesinambungan daripada kedua-dua game klasik tadi.

Doom: The Dark Ages pula akan dirilis tahun ini, merupakan prekuel kepada Doom 2016. Tapi ia hanya eksklusif (setakat ini) untuk platform PC, Xbox Series X/S dan PlayStation 5. Selamat. Mungkin bila dah berumur 50an nanti baru beli konsol PS5, kah kah kah... Tiba-tiba teringat pula game Heretic.

_____
AADI: *Selepas gaming fatigue main RDR2.

Wordless Wednesday: IDK's Best Of PS4 (So Far...)



_____
AADI: Kalaulah dapat lupakan memori, teringin main semula tanpa spoilers.

Sonic 3


Ahad (05/01/2025) - Menunaikan janji untuk membawa anak dara aku si Lil'Ijau menonton filem Sonic The Hedgehog 3 di GSC Bintulu, sebagai kesinambungan cerita Sonic The Hedgehog 2 yang kami tonton beberapa tahun lepas. Adiknya si autis Junior pula tak nak ikut sebab dia kata tak suka Sonic, tapi awal lagi dia booking ajak tengok filem A Minecraft Movie bulan April kelak.

Walaupun tarikan filem ini ialah watak Shadow yang disuarai oleh Keanu Reeves, tapi teraju utama untuk filem ketiga ini pastinya Jim Carrey yang melakonkan dua watak Dr. Robotnik (Ivo, Gerald).

Tapi pendapat aku, plot filem ketiga ini agak bertentangan dengan plot filem pertama. Jika betul 50 tahun lepas sudahpun ada eksperimentasi makhluk asing spesies yang sama (Shadow), pastinya dalam filem pertama Ivo dan pasukan (atau Gerald ketika itu) tiada masalah menangkap Sonic kerana sudah ada rekod makhluk asing ini dalam organisasi GUN. Selebihnya biarlah tanpa spoiler dalam entri ini...

_____
AADI: Akan ada lagi Sonic 4?

2024 Yang...


Seperti biasa, hujung tahun akan ada entri sinopsis tahunan AADI.

1) Tinju - Masih menjadi passion untuk 2024 walaupun tidak seaktif tahun lepas. Tahun ini ada sedikit kekangan antaranya masa sessi yang bermula seawal 7.30 malam, berpindah rumah yang semakin jauh dari gym, dan masalah dalaman lain. Namun aku menetapkan sekurang-kurangnya mesti menyertai sessi seminggu sekali untuk kekal berstamina, kalau dapat dua sessi lagi bagus.

2) Gaming - Kembali berkonsol dengan perolehan PlayStation 4 Pro terpakai awal Januari. Memainkan semula Days Gone, Doom 2016 dan perolehan dua tajuk iaitu Rise Of The Tomb Raider dan Red Dead Redemption II. Untuk 2024 ini, paling banyak menghabiskan masa bermain RDR2 yang meninggalkan pelbagai memori untuk dunia konsol aku.

Juga ada tiga PC games yang dimuat turun daripada Steam tahun ini - The Bard's Tale, Far Cry 2 dan FEAR 2: Project Origin yang hanya "sempat" dimainkan 15-30 minit.

3) Kegitaran - Berjaya melepaskan sebuah gitar sahaja - Dinky, tetapi masuk pula dua buah iaitu Lagoon dan Horizon, pi-mai pi-mai tang tu axology aku kembali 10 unit.

Gajet masuk - Ditto Stereo Looper, Vortex Flanger, CR3-X, CT-1 tuner, Power Block, Helix Phaser. Gajet keluar - Polytune 3, LT-Metal, DD-7, ML-2, Sentry Noise Gate dan Series One 10 AE.

Masih ada perolehan pikap tahun ini - 490T chrome, 490T gold, dan pertukaran pikap untuk gitar-gitar sendiri sebagai terapi.

Juga ada menservis empat buah gitar rakan - Gibson Explorer, Jackson JS32 King V, Ibanez Gio GRG250P dan Schecter Hellraiser C-1 FR S.

4) Kugiran - Mulanya seperti tidak aktif lagi berkugiran, hanya ada dua kali sessi jamming bulan Januari dan Oktober. Tapi penghujung tahun pula menyertai Erectus sebagai bassist jemputan (sessionist) untuk gig Sarawak Metal Regime 2024 di Sibu beberapa hari lepas. Ini merupakan gig pertama aku di luar Bintulu.

5) Kaki wayang - Masih ada menonton beberapa filem, tapi tidaklah serancak tahun lepas; Furiosa, Bad Boys 4, Deadpool And Wolverine, Red One dan Gladiator II. Tahun ini lebih berhati-hati memilih filem apa yang ingin ditonton, kebanyakkan filem-filem kebelakangan ini sama ada dicemari oleh agenda LGBTQ+ dan wokeness atau langsung tak menarik.

Bersama geng Kaki Wayang Bintulu + Tebabo!

6) CD - Hanya dua CD audio diperolehi tahun ini - Exists Reunion dan But Here We Are. Tak sempat untuk mendapatkan album Peluru Cokelat, mungkin akan cuba tahun depan.

7) Kesihatan - Aku terlupa nak buat entri perbatuan yang aku sudah 20 tahun bebas rokok. Sepatutnya bulan Ogos lepas, ceritanya boleh rujuk entri 10 tahun lepas.

Imej John Couch.

Dijangkiti C19 untuk kali ketiga pada bulan Jun, beberapa minggu sebelum cuti kuarantin C19 dimansuhkan KKM. Tapi kali ketiga ini hanya macam demam selesema biasa.

Bab lutut osteoarthritis pula, dengan ikhtiar pengambilan suplemen dan merancang aktiviti yang melibatkan kaki sedikit sebanyak melegakan simptomnya. Dengan aktif bersukan tinju seperti poin nombor satu di atas tadi, hidup aku terasa lebih sihat dan berstamina.

8) Peribadi dan keluarga - Amat jarang bercerita pasal hal peribadi dan keluarga dalam AADI. Mungkin boleh cerita ronda-ronda Petaling Jaya bulan Mei lepas setelah tujuh tahun tidak menyeberang Laut China Selatan.

Juga tercapai hajat melancong di negeri sendiri membawa isteri dan anak-anak ke Kundasang pada penghujung November. Bab yang sedih pula, ibu pergi untuk selamanya pada bulan Februari, tepat 364 hari selepas pemergian ayah tahun lepas.

9) Honorary mention - Diketengahkan dalam entri personality highlight blog Bro Sub The Guitar Addict bulan lepas. Terima kasih.

Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2025 kelak menjadi semakin ohsem. Rehat dulu beberapa hari sebelum sambung berblog...

_____
AADI: Tahun 2024 juga berlalu begitu pantas.

Flashback Friday: PlayStation 30


Baru-baru ini Sony menyambut ulang tahun PlayStation yang ke-30. Dalam lima generasi PlayStation, aku hanya sempat memiliki dua generasi iaitu PSOne dan PS4. Maklumlah dahulu aku lebih kepada PC gamer berbanding konsol.

PSOne sempat diperolehi sekitar 2003 ketika di Penang, itupun untuk dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani bila aku balik kampung. Sebelum berpindah milik, sempatlah memainkan 2-3 tajuk game dengan serius berjam-jam. Untuk PSOne ini game yang paling melekat ialah Digimon World 3, savegame-nya pun masih lagi ada dalam memory card.

Zaman PS2 pula hanya sempat bermain di rumah kawan-kawan, itupun ala kadar memainkan game seperti FIFA dan The King Of Fighters. Tidak tergerak hati untuk memiliki PS2 atau PS3 kemudiannya kerana ketika ini aku masih lagi PC gamer tegar.

Sehinggalah ketika Fallout 4 dirilis pada 2015, PC aku ketika itu memang di bawah spesifikasi minimum untuk menampung Fallout 4. Kos menaiktaraf PC aku supaya serasi dengan spesifikasi minumum jauh lebih mahal berbanding harga sebuah konsol PS4 baharu.

Akhirnya pada penghujung 2016, aku menarik picu untuk mendapatkan sebuah PS4 Slim 500GB semata-mata untuk memainkan Fallout 4. Transisi daripada PC gamer kepada console gamer memang kekok pada mulanya.

Selepas habis memainkan Fallout 4 tiga pusingan pada awal 2017, tiada lagi kehangatan untuk berkonsol aka gaming fatigue. Maka PS4 Slim tadi terperap tidak dimainkan lagi sehinggalah musim PKP 2020.

Ketika musim PKP, kembali aktif berkonsol terutama nocturnal gaming. Empat game yang pasti mengingatkan aku pada musim PKP ialah The Last Of Us, Remastered, Doom (2016), Tomb Raider: Definitive Edition dan Days Gone.

Sehingga habis fasa keempat PKP, sekali lagi mengalami gaming fatigue. Dan atas faktor baby blues bakal menimang cahaya mata keempat ketika itu (tapi tiada rezeki), aku mengambil keputusan untuk melepaskan PS4 Slim ditukar (trade) untuk mendapatkan kembali bass Francesco (PFG5 Warlock) aku.

Fast forward awal tahun ini keinginan untuk berkonsol kembali, lebih-lebih lagi teringin untuk memainkan semula Days Gone. Maka tertarik lagi picu mendapatkan sebuah PS4 Pro 1TB terpakai.

Tahun ini game yang menusuk kalbu dan meninggalkan banyak memori pastinya game Red Dead Redemption II. Memang game tahap karya agung, masih relevan dimainkan selepas enam tahun rilisannya.

PS5? Belum lagi sampai tahap teringin untuk ber-PS5. Banyak lagi tajuk-tajuk game menarik PS4 dalam senarai intai yang belum ada peluang untuk dimainkan - The Outer Worlds, Elden Ring, Doom Eternal dan Shadow Of The Tomb Raider. Game yang aku dapat sekali dengan PS4 Pro - Sekiro, GTA-V, Jump Force - pun tak terkacau lagi.

_____
AADI: Tunggu mood untuk gaming kembali.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger