Showing posts with label kaset. Show all posts
Showing posts with label kaset. Show all posts

I Try To Explain, But You Just Don't Understand


Malam tadi sebelum tidur terlayan pula video YouTube konsert Offspring Smash 30th Anniversary yang baru dimuat naik beberapa hari lepas, tarikh konsert 01/06/2024. Sedar tak sedar 40+ minit masa "terbuang" layan konsert sampai habis...

Seperti beberapa komen pada video tersebut, berbelas tahun aku tak dengar album ini, tapi secara otomatik sing-a-long dan ingat (hampir) semua lirik yang dinyanyikan Dexter Holland. Terasa "muda" seketika, menjadi remaja ketika 90an memang unik.

Sebelum kenal grunge dan metal, album ini dan Dookie merupakan halwa harian telinga aku ketika itu, sinonim dengan jiwa remaja yang mula rebellious, youth energy dan honeymoon year ketika tingkatan 4 (awal 1995). Apa memori yang otomatik terlintas difikiranku ketika mendengar lagu-lagu dalam album ini ialah musim Power Rangers dan komik Raja Rimba.

_____
AADI: Satu-satunya album Offspring yang aku ada.

Throwback Thursday: 30th-Factor


Album ke-10 Iron Maiden The X-Factor menyambut ulang tahun yang ke-30 hari ini. Sudahpun dirapukan dalam entri ulang tahunnya ke-26 empat tahun lepas. Entri dan gambar kali inipun aku kitar semula daripada entri tersebut.

Versi kaset dibeli pada 27/08/1998.
"cerita nostalgia di sebalik album ni... kaset album ni aku beli somewhere in sept-nov 1998 kat sunshine square, penang. aku beli time cuti semester, semua housemate rmh sewa blk kmpg tggl aku je sorg2 kt rmh... lyn lagu2 dlm album ni time kesunyian smbl menghabiskan masa cuti semester dgn bermain game carmageddon, tomb raider ii dan half-life... keje part-time plak belah malam"

- Entri 2009.

Thank you Blaze.

Lagu-lagu dalam album ini sememangnya menggamet memori-memori yang tertulis pada perenggan di atas tadi, haih~ c'est la vie!

Dalam media sosial dan website Blaze Bayley pun sudah mula mempromosikan tour ulang tahun ke-30, katanya akan memainkan lagu penuh daripada album ini. T-shirt rasmi tour pun nampak menarik, mungkin akan cuba mendapatkannya kalau ada bajet.

Akan cuba cover lagu Man On The Edge bersama MUP, kali ini bikin jadi oh!~

_____
AADI: Up the Blaze! \m/

Garage 25


Satu daripada album lagu-lagu "cover" yang bertaraf soundtrack of my life (selain Masterpieces HammerFall), album Garage Inc. Metallica sudahpun berusia 25 tahun Jumaat lepas (rilisan 24/11/1998).

"lagu febret? ofkos byk lagu2 cover dlm album ni best2, tp aku rasa aku suka medley mercyful fate (aku dgr lagu ni sblm aku kenal/minat king diamond & mercyful fate), astronomy, whiskey in the jar (aku ada byk dgr versi lagu ni, versi irish drinking song best... yg metallica cover ni versi thin lizzy yg dimetalkan), stone cold crazy, blitzkrieg, so what, dan lagu2 motorhead (sama jugak, dgr lagu2 ni sblm aku kenal/minat motorhead)
versi kaset aku dah ada, aku beli somewhere in 1999 kat berjaya video, sg. dua penang. album ni kira byk memori... time tgh jiwang2 dgn junior usm hehehe, sama kes mcm album there is nothing left to loose"

- Entri 2009.

Versi kaset dibeli pada 13/06/1999 manakala CDnya di-eBay dua kali - 2009 dan 2013 sebagai pelengkap koleksi. Memorinya seperti mana perenggan di atas yang dipetik daripada entri 2009 dengan gaya penulisan blog yang berbeza ketika itu.

_____
AADI: Teringin cover lagu Turn The Page.

Flashback Friday: Memori Lefthanded


Terpanggil untuk mendengar semula lagu-lagu Lefthanded yang aku ada selepas menonton temuramah Youtube Kerusi Dj Nazz bersama Datuk Nash beberapa hari lepas.

Aku cuma ada satu album studio Fanatisme dan dua kompilasi Lefthanded. Bila korek entri-entri lama, memang aku tak pernah buatkan entri pasal dua album kompilasi tersebut. Kedua-duanya sudahpun berusia 20 (Reunion - 2003) dan 31 (Seleksi Lagenda - 1992) tahun masing-masing.

Kaset Reunion dibeli di Kompleks Bukit Jambul, mungkin sekali dengan kaset St. Anger penghujung 2003. Manakala CD Seleksi Lagenda di Midvalley Megamall pada 31/5/2005 (tarikh dalam inlay) selepas balik majlis perkahwinan Joad Takilala di Kajang.

Lagu-lagu Lefthanded berbeza berbanding kumpulan rock lain pada ketika itu. Liriknya lebih berkonsep ketuhanan dan keinsanan walaupun muziknya yang agak berat.

Selepas mendengar kembali lagu-lagu dalam kompilasi tersebut, mengingatkan aku pada dua musim. Pertama, musim lagu-lagu itu hits di radio sekitar 80an, zaman kanak-kanak riang. Kedua, memori tahun-tahun terakhir "wasted years" aku di Penang (2005-2006) peneman layan perasaan bersendirian ketika itu.

_____
AADI: Tapau karaoke lima lagu Lefthanded berturut-turut.

26th-Factor


Seperti yang dimaklumkan oleh Berteromber dalam entri beberapa hari lepas, album ke-10 Iron Maiden The X-Factor juga menyambut ulang tahun yang ke-26 semalam 02/10/2021. Sepatutnya buat entri ulang tahun ke-25 tahun lepas, tapi sebaliknya aku buat entri berkaitan Blaze Bayley, oklah tu...

Versi kaset dibeli pada 27/08/1998.
"cerita nostalgia di sebalik album ni... kaset album ni aku beli somewhere in sept-nov 1998 kat sunshine square, penang. aku beli time cuti semester, semua housemate rmh sewa blk kmpg tggl aku je sorg2 kt rmh... lyn lagu2 dlm album ni time kesunyian smbl menghabiskan masa cuti semester dgn bermain game carmageddon, tomb raider ii dan half-life... keje part-time plak belah malam"

- Entri 2009.

Thank you Blaze.

MP3 album ini dipasang on-loop sambil menaip entri. Serius, lagu-lagunya memang menggamet memori-memori yang tertulis pada perenggan di atas tadi, haih~ c'est la vie! Secara rasminya album ini juga aku kategorikan sebagai satu daripada soundtrack of my life.

Lick dan solo Murray/Gers dalam album ni memang beremosi.

_____
AADI: Up the Blaze! \m/

Flashback Friday: Brave New World, 20 Years Later


Banyak yang aku boleh ceritakan mengenai dan berkaitan album ini. Satu daripada album bertahap super album (all killer, no filler), soundtrack of my life (rujuk perenggan akhir) dan top 5 dalam senarai album Iron Maiden kegemaran peribadi selain SIT, FOTD, VIX dan DOD. Dalam banyak-banyak cover art album Iron Maiden, pada pendapat aku album ini memiliki cover art paling cantik.

Blood Brothers.
Album yang memperkenalkan aku (semula) kepada Adrian Smith, yang kini antara satu daripada gitaris idola. Eh? Ya, aku mula meminati Iron Maiden era FOTD, hanya kenal Dave Murray dan Janick Gers sebagai gitaris mereka, itupun info daripada inlay kaset. Bila tengok ada mamat "baru" dalam inlay BNW, aku tertanya-tanya, siapakah ini?


Memori di sebalik album ini, kasetnya dibeli pada 03/06/2000 di sebuah kedai kaset/CD dalam Kompleks PKNS Shah Alam. Waktu itu beli kaset pun boleh dapat poster besar percuma. Pada sebelah malamnya pula ada gathering besar-besaran channel DALnet mIRC Malaysia di Intekma Shah Alam. Aku antara chatters tegar channel #rosak, satu daripada channel yang menyertai gathering tersebut. Ini merupakan kali pertama aku ke Shah Alam.

[Kalau aku jumpa gambar gathering, aku letak di sini kelak]

Dipendekkan cerita, habis gathering aku stranded di Intekma, hampir tengah malam sesat mencari jalan balik menapak ke Kompleks PKNS meredah kawasan perumahan berlatar belakangkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz dengan beg galas berisi poster BNW, telinga sumbat earphone berkumandang lagu-lagu BNW dipasang dengan Walkman. Nak call kawan, call siapa? Waktu itu semua belum mampu bertelefon bimbit. Akhirnya berpatah balik ke Intekma dan tidur di suraunya, esok pagi baru mencari alternatif untuk balik Puduraya dan seterusnya ke Penang (masih student USM ketika itu).

_____
AADI: Backdated.

There Is Nothing 20 Years To Lose


Facebook mereka kata album ini menyambut ulang tahun yang ke-20 hari ini... Wiki pula kata Sabtu lepas 02/11/1999, mana satu?

Tak cukup syarat untuk gila format.
Album ketiga Foo Fighters ini bukanlah album FF kegemaranku (fav to date TCATS), tetapi disebabkan nilai-nilai *nostalgik album ini, ia boleh dikategorikan sebagai album bertaraf soundtrack of my life.

Kaset terakhir dibeli sebelum Y2K.
*Mendengar kembali lagu-lagu dalam album ini otomatik akan teringat kenangan tahun ketiga di USM (circa 1999-2000). Tahun yang agak "kejam" dari segi percintaan perhubungan dan pelajaran. Seperti ayat entri tahun 2009:
"ekceli aku ada kaset utk album ni, aku beli somewhere penghujung 1999 kat berjaya video, sg. dua, penang. waktu tu aku 3rd year kat usm tgh dilamun scandal dgn awek student junior hehehe >:) album ni jugak mengingatkan aku time aku dan housemate 6 org ramai2 pi round island naik kancil, mcm tin sardin jdnya... dan zaman gila main game planescape torment"
Ada tiga lagu dalam album ini yang teringin sangat aku nak cover; Learn To Fly, Aurora dan Next Year. Ketiga-tiganya ada maksud peribadi tersendiri.

_____
AADI: "I was in the best rock & roll band in the 90's, we've changed the course of rock music..."

Awie - Tragedi Oktober


Ulang kembali ayat entri versi kaset enam tahun lepas:
***Album solo debut "Abang" Dato' Awie (selepas keluar dari Wings) self-titled, keluaran tahun 1994. Boleh dikatakan super album sebab hampir semua lagu-lagu dalam album ni best walaupun terlampau jiwang dan muziknya jauh berbeza dari zaman Wings.
Aku layan album ni waktu aku Tingkatan 4 (1995), sama ada kaset abang aku atau pinjam kaset member. Muzik yang lebih kepada pop, balada dan kontemporari dengan lagu berhantu Tragedi Oktober dan Ukiran Jiwang. Alaaa, waktu tu aku taklah se"metal" mana pun... Jiwang juga, hahaha!
Satu-satunya album solo Awie yang aku suka, album O-Tak dan seterusnya langsung aku tak layan, sehinggalah Awie kembali bersama-sama Wings.***

Dengan adanya versi CD album ni, maka lengkaplah kelima-lima CD album rock Melayu dalam senarai buruanku - Bikin Wilayah, Biru Mata Hitamku, A-Live, dan Medley Rugged - tak kisahlah walaupun hanya versi rilisan semula.


Versi kaset dibeli pada 25/10/1997, versi CD pula dibeli 20 tahun kemudian, ironinya juga dalam bulan Oktober! Memang betul-betul TERjadi Oktoberlah album ni.

_____
AADI: Funky monyet~

Sudirman - Asia's No. 1 Performer (Part 2)


Penantian untuk memiliki versi CD album ni sejak entri versi kaset tahun 2009 kini berakhir, terima kasih kepada Radin Music Centre.

Rupa-rupanya album ni tak pernah ada versi CD audio, yang ada hanya kaset dan piring hitam (album 1989 lah katakan). Menurut inlay, sumber audio untuk rilisan ini pun datangnya daripada piring hitam.


One of the best Sudirman's album, memiliki lagu dalam pelbagai genre - rock, jazz, pop, nusantara(?). Juga tertulis nama-nama besar seperti M. Nasir, Manan Ngah, Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Jenny Chin, Ramli MS, Michael Verappen (to name a few) dalam pembikinan album ini. Jadi tak hairanlah jika lagu, lirik dan muzik di dalamnya semua mantap-mantap belaka.

Untuk vokal, selain Anita Sarawak (lagu *Bercanda Di Pasiran Pantai), suara Liza Aziz juga boleh didengar merata-rata dalam album ini sebagai suara latar.


Cuma aku tak puas hati sebab lagu One Thousand Million Smiles dalam album ini merupakan versi piring hitam (versi single, durasi pendek, tiada solo dan ada beberapa lirik berubah) dan bukannya versi penuh seperti yang pernah ada dalam kaset. Kenapa? Ada masalah copyright?

Kan lagi bagus kalau versi asal dikekalkan manakala versi piring hitam (single) jadi nasi tambah sebagai lagu bonus.

Versi kaset.
Album ini bersama-sama album Fenomena berkongsi memori yang sama. Cerita merapu mengenai memori album ni boleh baca entri 2009 (dengan gaya penulisan yang agak berbeza ketika itu).

Cerita menang Asia's No. 1 Performer di Royal Albert Hall tu tak payahlah aku ulas di sini, boleh di-Wiki-kan, [edited 17/12/2015 0831] dan telah diceritakan dalam blog Rafi Xyrus.

_____
Ada apa: *Dari dulu aku tak suka outro lagu ni, terlalu gedik dan lucah.

Wordless Wednesday: Radio Kaset




_____
Ada apa: Akhirnya, dah boleh pasang kaset, hahaha...

Belajar Untuk Terbang


Selamat berbulan Ogos, dah bulan Ogos dah, masa memang cemburu pada kita...

Terpanggil untuk buat entri berkaitan dengan isu semasa. Bukan, bukan pasal "drama gusti" tu, tapi pasal video Learn To Fly Rockin 1000 yang menjadi viral di laman-laman sosial sejak beberapa hari ni (tarikh video 30/7/2015).


Pada mulanya aku ingatkan mereka buat sebagai tribute untuk Foo Fighters bersempena ulang tahun ke-20 FF atau sokongan moral kepada Dave Grohl yang patah kaki baru-baru ini. Tapi rupa-rupanya nak pujuk FF buat konsert di tempat mereka, hahaha... Bijak, bijak, sudah pasti FF setuju seperti mana yang dijawab oleh Grohl.

Tak cukup syarat untuk gila format.
Learn To Fly merupakan lagu daripada album ketiga There Is Nothing Left To Lose. Bukanlah album FF kegemaranku (personal fav to date is The Colour And The Shape), tetapi disebabkan nilai *nostalgia album ni, aku (ter)beli beberapa versi; versi jewel case (EU pressing), versi digipak (USA pressing) dan kaset KLMJ (Malaysian pressing).

171299.
Tak sangka album ni dah mencecah 16 tahun, dah boleh kira album klasik. *Bila dengar lagu Learn To Fly ni otomatik akan teringat kenangan tahun ketiga di USM (circa 1999-2000). Tahun yang agak "kejam" dari segi percintaan perhubungan dan pelajaran.

_____
Ada apa: Nak cuba "tiru" pada skala kecil, 15-20 orang, hehehe...

Brave New 15th World


Jika minggu lepas album Silicon Messiah dan Tyranny Of Souls masing-masing menyambut ulang tahun yang ke-15 dan ke-10, semalam album ke-12 Iron Maiden iaitu Brave New World pula menyambut ulang tahun yang ke-15.


Album yang boleh aku katakan sebagai pemangkin untuk aku meminati Iron Maiden dengan lebih serius berbanding sebelumnya yang hanya minat begitu-begitu sahaja (cuma ada kaset ARLO, BOTB, X dan XI).

Memori di sebalik pembelian album (kaset) ni ada diceritakan dalam entri tahun 2009. Lagu kegemaranku dalam album ni ialah Blood Brothers, begitu juga solo Janick Gers dalam lagu tersebut yang penuh emosi.

Entri Mini: Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan



1967? Siapa ada EP ni barulah kvlt!

One of the oldest known recorded Kaamatan song, ditujukan khas buat rakan-rakan dan pengikut AADI Sabahan.

_____
Ada apa: Rasanya cuma lagu The Wicker Man sahaja yang pernah dibawa jamming.

Kaset KLMJ (Part 2)


Ada beberapa kaset yang aku nak let-go, dua daripadanya aku dah buat entri eksklusif pada blog GKC. Ada yang hanya pernah dipasang 2-3 kali (dah ada versi mp3 atau audio CD ketika versi kaset dibeli) dan ada juga yang langsung tak pernah dipasang. Kepada rakan-rakan bloggers mat kaset yang berminat boleh tinggalkan pesan pada ruangan komen.


Blind Guardian - A Night At The Opera, Nightfall In Middle-Earth, And Then There Was Silence, Manowar - Kings Of Metal, Megadeth - Rude Awakening, Iced Earth - Tribute To The Gods, Enter The Realm dan Roadrunner United - The All Star Session. Harga? Tak mahal, harga masih munasabah RM16.00 setiap satu, kecuali RM20.00 untuk Rude Awakening kaset berkembar (masih boleh runding).


Aku tak banyak koleksi kaset, ini sahaja yang ada (gambar di atas). Semenjak awal 2000an aku mula bermigrasi kepada format audio CD. Faktor boleh ditukar (rip) kepada format mp3 dan mudah disalin (CD copy) sementara yang original disimpan rapi antara penyebab utama aku memilih format audio CD berbanding kaset, selain kualiti bunyi yang lebih unggul.

Walau bagaimanapun, bukan semua koleksi kaset aku nak let-go, selebihnya disimpan atas dasar nostalgik dan cerita di sebalik pembelian kaset itu sendiri (emotionally attached).

_____
Ada apa: Piring hitam? No No... Alhamdulillah aku masih lagi immune.

Metallica - St. Anger


Pernah dahulu aku berpendapat, jika aku mengumpul semula diskografi Metallica, pastinya St. Anger akan menjadi album yang terakhir dibeli...

Digipak *sigh*~
Tapi tidak kali ini, selain disenaraikan pada harga tersenyum €2.99 (RM13.14) dalam katalog estock_deutschland, faktor DVD bonus juga antara penyebab aku mendapatkan album ni terlebih dahulu sementara menunggu album lain disenaraikan pada harga tersenyum.


DVD bonus yang disertakan bertajuk St. Anger Rehearsals, mengetengahkan persembahan Metallica ala-ala jamming (rehearsal) dalam sebuah makeshift studio (?) untuk semua lagu-lagu dalam album ni. Aku suka tengok rakaman persembahan sebegini, lebih kurang macam dalam VCD Teori Domino Revisited Jamming Session 07.1.


Cuma aku agak hairan pakej digipak album yang aku perolehi ini tidak mengandungi booklet, mungkin tercicir atau hilang, album ni pun agak terpakai (used).


Versi kaset diperolehi di sebuah premis aras dua (lupa nama) di Kompleks Bukit Jambul sekitar penghujung 2003. Ketika itu aku bercadang untuk mendapatkan versi CD tapi aku "diselamatkan" oleh kegawatan ekonomi peribadi, maka pulanglah dengan versi kaset (dan segulung poster besar). Di rumah, album ni dilayan menggunakan Walkman, ketika itulah aku rasa bersyukur kerana tidak mendapatkan versi CD...

Untuk ulasan panjang lebar daripada pakar, boleh baca entri blog Molotov Cocktailz.

_____
Ada apa: Kentang kentang kentang...

Wordless Wednesday: Senandung Labah-Labah




_____
Ada apa: Tiada niat menghidupkan viral.

Nirvana - Nevermind (Part 2)


Album yang pernah diperolehi dalam bentuk CD audio suatu ketika dahulu tetapi telah menjadi mangsa lelongan pasca Projek Mega 2011 (sebenarnya kesemua diskografi Nirvana yang aku ada menjadi mangsa).


Kini dengan adanya estock_deutschland, memperolehinya kembali dengan harga tersenyum amatlah mudah (€3.95 @ RM18.26). CD yang aku dapat ni merupakan cetakan pertama 1991 (DGC/SUBPOP) dan bukan cetakan semula ataupun versi 20th Anniversary, namun ia nampak agak baru untuk cetakan pertama.

Cerita nostalgik di sebalik album ni aku dah cerita dalam entri lepas, anda juga boleh baca entri versi tak mengapa (parap-parap) dan entri ulasan pakar.


Kebetulan kaset-kaset KLMJ yang ada di kampung aku dah bawa balik ke Bintulu, dah boleh anggap proses naiktaraf semula (re-upgrade) untuk album ni dah selesai. Target naiktaraf seterusnya mungkin In Utero ataupun Bleach (bukan Bleach dalam entri ni).

Smells like this...

_____
Ada apa: Thank you Kurt!

Roadrunner United - The All-Star Sessions


Entah kenapa aku terbuat entri ni, mungkin sebab kekeringan idea kot...


Versi kaset diperolehi daripada dB Music, Komtar (kedai Aunty Alice) penghujung tahun 2005, rasanya kaset ni cuma pernah dipasang sekali sahaja semenjak ia dibeli (kes tiada pemain kaset). Versi CD pula diperolehi beberapa tahun lepas daripada LYN Street Mart seperti dalam entri ni.

More info at Wikipedia.

_____
Ada apa: Kalau ada yang berminat, aku boleh letgo kedua-duanya.

Mercyful Fate - Into The Unknown


Nampaknya tiada rakan-rakan bloggers yang terkena viral King Diamond/Mercyful Fate kecuali Dr. Ben, itupun mungkin secara kebetulan sahaja. Tapi tak mengapa (parap parap) aku teruskan entri viral KD/MF dengan kaset album kelima Mercyful Fate - Into The Unknown (satu daripada kaset KLMJ).


Kaset yang dibeli di premis dB Music Centre, Komtar (kedai Aunty Alice) pada 06/11/2000. Ketika itu aku baru berjinak-jinak dengan muzik KD/MF dan akan cuma mendapatkan apa saja material rilisan mereka yang dijumpai. (P)(C) 1996 Metal Blade Records Inc. Diedar dan dipasarkan di Malaysia oleh Rock Records & Tapes.


Disebabkan kaset ni merupakan cetakan Malaysia, beberapa tajuk lagu yang kurang sesuai telah ditapis contohnya lagu pertama Lucifer yang hanya ditulis ........ (sebelum adanya kemudahan internet aku agak musykil tajuk lagu ni) dan lagu kelima pada side B Kutulu (The Mad Arab, Part 2) yang hanya ditulis sebagai Kutulu...

Sekali dengar album ni, terutama lagu kedua The Uninvited Guest akan lebih terasa seperti lagu King Diamond (band) berbanding Mercyful Fate, yang membezakan hanyalah solo-solo Shermann/Denner yang agak berbeza dengan solo LaRocque.

Versi CD audio? Mungkin aku akan cuba lengkapkan diskografi King Diamond terlebih dahulu berbanding Mercyful Fate.

_____
Ada apa: Apa cerita dB Music Centre agaknya sekarang ni?

Wordless Wednesday - The Dark Sides




_____
Ada apa: Muahahahaha!~ Makan budak!

King Diamond - House Of God


House Of God, album King Diamond pertama yang aku perolehi setelah diperkenalkan oleh rakan mIRC pada awal 2000an dulu. Cerita merapu seterusnya mengenai album ni boleh baca entri 2009 ni, seperti biasa gaya penulisan ketika itu amat berbeza (ayat provokasi untuk Portdy).


Konsep dan jalan cerita album ni tak perlulah aku ulas, anda boleh membacanya melalui Wikipedia. Bermula dengan album ni, aku mula mengorek album-album angker King Diamond dan Mercyful Fate yang lain. Mendengar lagu-lagu King Diamond juga sedikit-sebanyak membantu menaiktaraf gaya vokal aku (tak mampu tarik pitch tinggi, guna falsetto).

Tahun ni aku akan cuba naiktaraf dan lengkapkan diskografi King Diamond (dan mungkin juga Mercyful Fate), jika ada rakan-rakan yang nak sambung entri viral berkaitan King Diamond, dipersilakan...

_____
Ada apa: Bukan Curse Of God.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger