Showing posts with label larrong. Show all posts
Showing posts with label larrong. Show all posts

Wordless Wednesday: Road To SMR 2024



_____
AADI: Azrol main tiga dua band - Larrong, Erectus dan Nirram.

Wordless Wednesday: SMR 2024



_____
AADI: Team Bintulu.

Let-Go: Dinky


Mengucapkan selamat tinggal kepada gitar paling bongsu dalam axology aku iaitu Jackson Pro Series DK2 Dinky (Dinky). Baru sahaja berpindah milik kepada seorang rakan sepergitaran paling aktif di Bintulu, tak lain tak bukan Azrol (MUP, Erectus, Larrong).

Gitar pertama dilepaskan tahun ini menjadikan axology aku turun menjadi lapan unit, makin menghampiri sasaran semasa iaitu 6-7 unit.

Sejak dimiliki penghujung 2022 ia hanya pernah dibawa jamming sekali, selebihnya menjadi "koleksi" terperap dalam hardcase. Belum ada nilai-nilai nostalgik atau attachment, jadi tiada masalah untuk aku melepaskannya walaupun ia sebuah gitar bertaraf hi/mid-end.


[Edited] Added on 22/07/2024.

Aku lebih rela jika ia berada di tangan Azrol berbanding orang lain, kerana aku tahu gitar ini akan pergi jauh seperti gitar-gitar lain sebelumnya (ex-Mirage, ex-Deluxe). Katanya ia akan dibawa untuk persembahan Larrong di Asakusa Deathfest 2024 (Japan) November kelak.

Fuh, Dinky balik kampung.

_____
AADI: 2024 purging #1.

Wordless Wednesday: Larrong Taiwan



_____
AADI: Jauh dah ex-Mirage aku mengembara...

Pimp Your M-103FM


Antara tindakan utama Azrul selepas memiliki ex-Mirage aku (LTD M-103FM) ialah untuk menjadikannya sebuah gitar berprestasi tinggi. Azrul membekalkan aku dengan set bridge Gotoh GE1996T dan locking nut FGR-2-C untuk dipasang pada gitar ini.


Seymour Duncan Invader yang sebelum ini dipasang pada Cort X-11, juga dipindahkan ke gitar ini. Serasi dengan tugasnya sebagai gitar utama menggantikan X-11 tadi, katanya Azrul suka dengan respon unik pikap ini.


Daripada konfigurasi HSS kini menjadi H tunggal, sama seperti projek DiMarzio X2N sebelum ini. Lubang kaviti SS ditutup dengan sticker ESP/GC (diperolehi dalam entri ini), untuk nilai estatika dan tema jenama ESP (walaupun cuma LTD).


Stud-bolt, spring dan claw Floyd Rose Special (FRS) asal digunakan. Jika ditukar menggunakan barangan Gotoh, akan mengambil masa selain kekangan perkakasan khas. Selagi boleh pakai, teruskan...

Lupa snap gambar, kitar-semula gambar entri lama.
Mengekalkan templet sebelum ini, menggunakan suis tiga arah untuk mendapatkan tiga konfigurasi berbeza untuk sebuah pikap yang memiliki 4-wayar konduktor - parallel/split/series.


Dengan konfigurasi begini, sekiranya output series agak melampau (it's the Invader after all), opsyen parallel ataupun split (singlecoil sound) sudah tersedia. Kapasitor Sprague Orange Drop 22pF juga dikekalkan.


Sama seperti material GE1996T, locking nut FGR-2-C juga telah terbukti tahan pukul pulas berbanding locking nut FRS R3. Lebih yakin untuk menguncinya dengan ketat. Dan untuk melengkapkan pakej, dipasangkan dengan set tali SIT Stings S1046 pada talaan Eb-standard.


Kini ia menjadi gitar utama Azrul dan digunakan bersama-sama *Larrong untuk dua gig di Miri Sabtu ini (semalam) iaitu Tareng Fest dan Miri Bike Week. Seperti harapanku sebelum ini, semoga gitar ini akan pergi lebih jauh bersama Azrul, berbanding hanya terperap di rumah (bedroom guitar) dan gitar sandaran (backup) jika masih bersama aku.


_____
AADI: Akan cuba men-GE1996T-kan Nightfall atau Neon selepas ini.

Sekitar Metal United World Wide Bintulu


Sabtu (15/06/2019) - Metal United World Wide yang serentak di seluruh dunia, di Malaysia untuk 2019 hanya Bintulu dan Ipoh sahaja yang mengambil bahagian. Di Bintulu, ia di bawah kelolaan Sarawak Metal Regime.


Lokasi kejadian sama seperti gig Metuk Ulau Fest beberapa bulan lepas iaitu Teresang Bong Bi Bi. Seperti biasa hanya entri malas kosong, tiada apa-apa ulasan menarik. Mungkin blog Molotov Cocktailz bakal ada ulasan penuh.

Nogas.
Aku datang sekitar pukul 4.00 petang, acara bermula setengah jam kemudian dengan persembahan daripada Nogas dan Tahi Suci. Banyak merchandise yang menarik, tapi pasca-raya ni faham-faham sajalah.

Tahi Suci.
Selepas itu, giliran Curse Of God (COG), dah lama tak tengok persembahan COG semenjak gitaris/vokalis Donny yang agak kurang sihat sebelum ini.


Rashid Malim, tukang pukul COG merangkap "abang kawasan" (yang nampak semakin berisi) sedang memasang Pearl M1440 piccolo snare, pernah ada dalam entri AADI tujuh tahun lepas.

Curse Of God.
Selain piccolo snare tadi, ketiga-tiga axes yang digunakan COG juga memiliki cerita tersendiri dalam blog AADI. Pertama, bass Ibanez GSR200EX suatu ketika merupakan bass aku (ex-Clover). Kedua, superstrat Warnell putih pernah masuk untuk servis dan tukar pikap. Ketiga, Cort VX-2V Donny juga ada sejarahnya dalam AADI.


Juga menggamet memori ialah Boss DD-3 yang digunakan Donny, dilepaskan tahun lepas untuk dana-dana segera ketika anak ketiga aku beberapa kali keluar-masuk wad sebab G6PD dan jaundis. Habis persembahan COG, aku balik untuk mengejar curfew aku pukul 6.00 petang.

Larrong featuring Amunk.
Sebelah malam dapat keluar sekitar 8.30 malam, kali ini sempat menyaksikan persembahan Larrong. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tidak disertai oleh vokalis dan bassist menyebabkan setlist mereka menjadi pendek. Dengan vokalis jemputan Amunk (Koersive Forse) untuk lagu cover Slayer, Angel of Death kalau tak silap.

As-Sahar.
Ok, aku tak follow As-Sahar, cuma penghujung 90an atau awal 2000an dulu pernahlah juga dengar kompilasi As-Sahar bersama-sama beberapa band underground Malaysia lain (apa nama kompilasi tu?). Lagi satu aku ingat, waktu itu Takilala suka guna "Tinggam" sebagai nickname online, kah kah kah...


Seperti biasa, lepas habis persembahan utama akan ada sessi fotografi camaraderie metal Sarawakian gitu. Bak kata vokalis As-Sahar "korang tak ramai, tapi korang united". Carilah yang berjaket quantum realm Avengers dalam tu...

_____
AADI: Agi idup agi metal! Ai lemened anang kurang...

Sekitar Metuk Ulau Fest


Sabtu (20/04/2019) - Dikatakan sebagai gantian untuk dua gig yang (terpaksa) dibatalkan iaitu Sarawak Metal Regime, Miri (20/04/2019) dan Rock In Sibu (21/04/2019). Band highlights - Suaka, Vociferation Eternity, Larrong - sepatutnya beraksi semasa SMR/RIS ada beraksi dalam gig ini. Dan jika tidak melibatkan masalah birokrasi, mungkin band Defiled juga dapat beraksi.

Tahi Suci.
Di Bintulu, pengurusan diserahkan kepada Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) dan Teresang Bong Bi Bi Club menjadi lokasi kejadian. Untuk entri ini, aku tidak mengulas, hanya entri malas kosong. Nantikan ulasan penuh dalam blog Geng Kereta Sapu atau Molotov Cocktailz.

Koersive Forse.
Pintu dibuka sekitar 2.30-3.00 petang, aku tiba sekitar 3.30 sempatlah mencari muka-muka yang dikenali untuk menempel. Persembahan bermula sekitar 4.00 petang oleh band penganjur *Tahi Suci sebagai pembuka gelanggang.

Nogas.
Kemudian diikuti oleh Koersive Forse dan Nogas, satu merupakan nama baru yang mula menunjukkan taring dan satu lagi merupakan taring besar dalam scene bawah tanah Bintulu mutakhir ini.

Nimang Ensera.
Sebelum habis persembahan Nimang Ensera, aku balik sekitar pukul 6.30 petang (terlepas curfew pukul 6.00) untuk menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.

Sebelah malam sempat menyempat untuk keluar, sampai sekitar 8.30 malam, terlepas pula persembahan Larrong.

Suaka.
Atas sebab-sebab tertentu, dikatakan equipment Suaka masih di Miri. Maka mereka membuat persembahan dengan equipment pinjaman.


Antaranya bass Warlock PFG5 (ex-Francesco) milik Herman Akmal dan RG7321 milik Edan (Tahi Suci).

Vociferation Eternity.
Dan persembahan Vociferation Eternity menjadi penamat. Kali ini line-up tidak disertai oleh Dr. Bentara dan Deadzid seperti gig mereka di Sibu beberapa tahun lepas.


Sempatlah juga masuk dalam family photo. Satu-satunya gesture "peace" dalam puluhan (ratusan?) gesture "cornas/maloik". Dan senyap-senyap meloloskan diri sekitar pukul 10.00 malam selepas mendapat talian hayat. Tamat.

*Kenapa bukan MUP? Metuk Ulau Fest tanpa Metuk Ulau Project? How ironic. MUP hanyalah cover band tanpa material sendiri selain PDAP, masih belum layak untuk beraksi dalam liga sebesar ini.

_____
AADI: Tak tahan asap rokok berkepul-kepul.

Wordless Wednesday: Fest, Without Project



Cilok dari Facebook MUUV.
_____
AADI: Backdated.

Pimp Your X-11


Dihubungi oleh Azrul yang ingin menghantar Cort X-11-nya untuk diservis dan dimodifikasi. Sebagai persediaan untuk "projek besar" bulan Oktober-November nanti, iaitu menjadi gitaris gantian untuk sebuah band metal terkenal dari Sibu/Mukah yang bakal membuat persembahan di KL dan Penang.


Untuk tugasan yang digalas, Azrul perlukan gitar bertremolo untuk dive-bomb, sebab itu KIKOSP tidak digunakan. Beberapa bulan ini Azrul agak sibuk dengan side-project dan jelajah gig, sebab itu tidak dapat berkomitmen dengan MUP sehingga hujung tahun. Akupun masih lagi *cuti paternity, jaga anak-anak.


Bridge katanya sebelum ini pernah dipasang dengan Ibanez Edge III daripada GRG270 dan dimodifikasi secara "jury-rig". Kemudian dipasang semula dengan tremolo Cort asal dengan tambahan saddle eBay untuk menggantikan saddle yang rosak.


Begitu juga dengan kaviti spring tremolo di belakang, tidak terlepas daripada modifikasi "jury-rig". Pendawaian masih lagi seperti yang pernah diservis empat tahun lepas. Untuk projek kali ini, segala isi perut akan diganti.


Membuka hardware dan elektronik asal memang mencabar, terutamanya skru yang sudah berkarat teruk yang tidak dapat lagi dibuka menggunakan kaedah biasa.


Untuk projek modifikasi kali ini, Azrul ingin menjadikan X-11 ini kepada humbucker tunggal. Seymour Duncan SH-8B Invader yang ada dalam stok peribadi dipilih menjadi nadi utama, amat bersesuaian dengan genre band pada perenggan pertama tadi.


Kaviti pikap neck dan mid ditutup menggunakan dempul (putty) dan diratakan selepas kering. Kemudiannya dilekatkan dengan sticker kereta bercorak carbon fibre sehingga ke belakang bridge untuk menutup celaan "juri-rig" pada perenggan ketiga tadi.


Dipasang dengan tali gitar jenama Dean Markley Signature Series LTHB (10-52) dan ditala pada talaan Eb-standard. Untuk menyeimbangi saiz 10-52 pada talaan Eb, spring tremolo tambahan perlu dipasang.


Pendawaian Invader yang ringkas ikut citarasa Azrul, hanya volume pot sahaja diperlukan, tak perlu opsyen series-parallel mahupun tombol tone. Output jack pun ditukar.


Aku pernah menjadikan Mirage aku berkonfigurasi humbucker tunggal begini beberapa kali (L-500XL, Super 3), tapi belum bersedia untuk menutup kaviti pikap SS secara kekal.


*Atas sebab-sebab cuti paternity, projek ini mengambil masa 4-5 hari untuk disiapkan. Terpaksa dibuat secara berperingkat, sehari curi-curi masa 1-2 jam. Yang pasti, projek ini berjaya disiapkan sebelum dateline 15 September yang mana Azrul akan mula menggunakan X-11 ini untuk sessi latihan. Semoga berjaya.

_____
AADI: Teringin nak jamming.

Jackson RR3 LaRRong


Bersangkut paut dengan entri Rocktoberfest 2017 blog Molotov Cocktailz semalam. Aku dimaklumkan oleh Azrol yang gitar Tazudin (gitaris Larrong) ada masalah output semasa sessi praktis mereka di Bintulu petang Khamis (5/10/2017). Mungkin akan dihantar ke tempat aku untuk "ditengok-tengokkan" petang Ahad disebabkan aku tiada di Bintulu hujung minggu tersebut kerana balik ke kampung Mrs. Ijau.


Dihantar oleh Adi Herman pada malam Isnin (9/10/2017), sebuah gitar Jackson Rhoads, aku tak pasti model apa tapi berkemungkinan model RR3 berdasarkan karekteristiknya. Ini merupakan gitar utama Tazudin, ditinggalkan di Bintulu untuk servis, manakala *gitar kedua (backup) BC Rich Mockingbird digunakan semasa persembahan mereka di Miri - berdasarkan gambar-gambar Facebook Adi Herman.


Headstock Jackson sememangnya seksi. Dah lama teringin untuk mendapatkan sebuah Jackson dalam axology, kali terakhir ber-Jackson tujuh tahun lepas dengan Kelly Kelly (JS32T Kelly). Tapi mungkin jodohku bukan dengan jenama Jackson, sebab baru-baru ini pun terlepas peluang untuk memiliki sebuah Jackson, mungkin akan dirapu dalam entri lain.


Buatan Jepun dengan plet nombor siri 9767588. Maple neck, ebony(?) fretboard with the infamous Jackson's sharktooth sharkfin inlays. Bernadi Seymour Duncan, tak pasti model apa, berkemungkinan besar hot rodded set (JB/Jazz). Dengan sistem tremolo Jackson, design seperti Schaller. 2x volume, 1x tone, 3-way toggle switch.


Difahamkan gitar ini bermasalah dengan output, sama ada output kurang ataupun langsung tiada output. Biasanya masalah macam ni sama ada volume pot bermasalah ataupun output jack. Tapi yang peliknya, bila aku cuma pandu-uji untuk pertama kali, semuanya normal, tiada masalah.


Menjenguk isi perut, masih lagi pendawaian asal dari kilang Jepun, belum ada apa-apa modifikasi. Tiada apa-apa wayar pintas (short-circuited) dikesan.


Output jack pun dah guna Switchcraft yang tahan pukul, juga tiada masalah dikesan. Dipandu-uji berkali-kali menggunakan amPlug2, Micro Cube dan HT-5RH, ketiga-tiganya tiada masalah, ada output, dan output maksima bisa mendapatkan bunyi distortion yang tepu.

2-3 hari kemudian, dicuba lagi, masih tiada masalah. Jadi kesimpulannya, gitar ini tiada masalah, berkemungkinan besar masalah pada kabel yang digunakan.


Ok lain cerita, gitar ini dihantar bersama-sama hardcase Gator GW-Extreme. Hardcase yang lebih berat (8.0+ kg) berbanding gitar (3.0+ kg), teringat Jairo ada hardcase sebegini untuk Ironbird-nya. Mana Jairo?


Hardcase ini mempunyai foam pelbagai bentuk yang boleh dipadankan dengan gitar berbentuk ekstrim - Jackson (Rhoads, King V, Kelly, Warrior), Gibson (Explorer, Flying V, Firebird), BC Rich (Warlock). Sempat jugalah mencuba Korina masuk dalam hardcase ni, memang muat untuk Explorer, kah kah kah...

*Moral of the story - sentiasa bawa gitar backup kalau ada persembahan awam atau gig di luar kawasan. Shit do happens...

_____
AADI: Jackson oh Jackson, lari ke LTD.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger