DiMarzioed Korina (Part 2)


DiMarzio PAF Master dan Satchur8 inilah set yang diperolehi untuk menggantikan set classic rock PAF 36th Anniversary dan Super Distortion yang telahpun dipasang pada RG331M Nuing. Dan Korina secara rasminya menjadi gitar perumah untuk set ini.


PAF Master bridge untuk dipasang pada posisi neck, ya neck. Manakala Satchur8 pada posisi bridge. Set ini aku namakan set hibrid Gilbert-Satriani, kerana masing-masing merupakan signature Paul Gilbert dan Joe Satriani.


Dalam banyak-banyak gitar aku, pendawaian pada Korina ini paling mencabar kerana ruang kavitinya yang sempit, agak sukar untuk gimnastik pateri dan wayar-wayar. Untuk memudahkan kerja, semua pematerian pada pot dan kapasitor dilakukan di luar kaviti. Dengan besi pemateri yang baru, kerja-kerja pematerian menjadi begitu lancar.


Dalam kesempatan yang ada, ia dibelanja dengan set tali baru GHS PRDM Dave Mustaine signature (10-52) dan ditala pada talaan standard D atau drop-C# jika perlu, sesuai dengan karekter Explorer yang sinonim dengan muzik berat (walaupun badannya taklah seberat Goldie atau ex-Johnny).

Dalam perancangan awal ingin membawanya untuk Sarawak Rock & Mob petang nanti, tapi selepas pengalaman leceh membawanya semasa sessi rehearsal, aku hanya membawa adik-beradik LTD (Neon, Mirage) sahaja.

_____
AADI: Tinggal satu lagi stok PRDM untuk dihabiskan.

Wordless Wednesday: Kit Kat, Avengers Infinity War



Aku pilih Iron Man.
_____
AADI: Kehangatan Infinity War mula terasa.

Sarawak Rock & Mob: Bintulu Chapter Rehearsal (Part 3)


Sabtu (24/03/2018) - Sessi rehearsal terakhir Sarawak Rock & Mob sebelum D-day minggu depan. Bermula sekitar 2.00 petang di dataran Paragon (open air), bukan lagi di foyer depan KFC seperti dua sessi sebelumnya untuk medapatkan suasana hari kejadian.


Jika sessi sebelum ini aku membawa Korina, kali ini aku membawa Neon. Siapalah Ijau D. Koceng tanpa gitar berwarna hijau kan? Pernah terlintas untuk membawa Calypso, tapi tujuan utama aku mendapatkan Mark V (gitar hijau lain) adalah supaya aku tidak perlu membawa Mark III (prized possession) untuk acara sebegini.


Setup aku antara yang paling ringkas dan radikal seperti sessi sebelumnya, Boss GT-1 digunakan bersama-sama Laney IRT-X. Dengan adanya troli Mr. DIY, kerja-kerja logistik menjadi lebih mudah. Juga membawa Mirage yang ditinggalkan dalam kereta (200 m walk) sebagai backup.

Azroy Hammett.
Cuaca sebelah petang amat mengizinkan pada hari tersebut. Walaupun agak terik pada awalnya, diikuti dengan awan-awan mendung yang berarak sepanjang petang, dan hanya sekitar 5.30 petang barulah ada terasa sedikit titisan renyai hujan. Harapnya cuaca minggu depan lebih mengizinkan, insya-Allah.

Bunyi-bunyian dan vokal untuk sessi kali ini juga agak jelas, mungkin inilah kelebihan bermain di kawasan lapang, tiada pantulan akustik seperti bermain dalam kawasan foyer.

Waktu rehat.
Hanya ada beberapa foto yang sempat aku snap dalam telefon aku, selebihnya mungkin akan cilok daripada Facebook rakan-rakan. Seperti biasa, untuk acara sebegini akan ada liputan dari Facebook Bintulu Info, berikut disertakan beberapa video "live" semasa kejadian.





Pihak Paragon juga memberi pelepasan untuk melanjutkan sessi rehearsel ini sehingga sebelah malam. Tapi aku tidak turut serta kerana komitmen keluarga. Dan kebetulan sebelah malam hujan makin lebat, aku tak pasti sama ada sessi tersebut diteruskan atau dibatalkan.

Post-mortem peribadi untuk sessi kali ini:
  1. Dah lama tak berjemur, lengan-lengan dan leher aku hampir sunburn. Perlu pakai sarung lengan "tattoo" dan topi yang lebih lebar untuk D-day minggu depan. Apa kata kalau aku pakai terendak Melanau?
  2. Mungkin akan menggunakan sistem wireless Takstar supaya lebih "bebas" bergerak. Harapnya tiada orang lain menggunakan frekuensi FM 364.80 MHz nanti.
  3. Kalau kena jiran-jiran yang sekepala, memang keluarlah "teen spirit"nya, kah kah kah...
Jumpa anda minggu depan! \m/

_____
AADI: Pertama di Sarawak, kedua di Malaysia (selepas Perlis).

Meteora 15


Mengikut data arkib aku, album ini diperolehi menerusi eBay dan diterima pada 25/8/2010, mungkin terlepas pandang atau terlupa buat entri ketika itu. Dah hampir lapan tahun baru dibuatkan entri, bersempena dengan ulangtahunnya ke-15 hari ini (25/03/2018).


Kalau bukan pasal kes kematian Chester Bennington tahun lepas, akupun lupa yang aku ada CD album ni dalam arkib (juga pernah ada CD versi lanun).


Tidak seperti album Hybrid Theory yang agak rebellious sesuai dengan usiaku ketika ia dirilis, Meteora ini lebih tenang dan jiwa, juga sesuai dengan kehidupan aku ketika itu (2003) yang baru stabil dengan pekerjaan dan gaya hidup baru.


Meteora ini juga aku kategorikan sebagai super album sama seperti Hybrid Theory, dan merupakan satu daripada soundtrack of my life of early 2000s. Hanya dua album ini yang aku layan, album Minutes To Midnight dan seterusnya aku dah mula cair dengan Linkin Park.

Pernah cover lagu Numb semasa sessi jamming KKB, menjadi juga walaupun guna talaan Eb. Solo yang dimasukkan pun jenis improvised.

_____
AADI: Thank you Chaz.

Blackstar HT-112 Speaker Cabinet


Antara yang pernah terGAS beberapa tahun lepas, akhirnya kini berjaya diperolehi. Kabinet speaker Blackstar HT-112 yang teramat-amat sesuai dipadankan dengan HT-5RH head.


Diperolehi daripada Gapnap berbekalkan dana-dana hasil GLTL Peavey Vypyr 30 bulan lepas. Ironinya, Vypyr 30 pada mulanya digunakan sebagai kabinet speaker 1x12 untuk HT-5RH (entri ini)


1/3 opened-back, ia tidaklah tertutup habis seperti kabinet Vox V110NT. Dengan hukum ibu jari (rule of thumb?) kabinet jenis opened-back akan menyerlahkan bunyi yang agak nyaring berbanding jenis closed back yang lebih tebal (bass-y).


Sayangnya, pada sebelah atas amp tiada lubang khas untuk menempatkan "kaki" HT-5RH supaya tetap pendiriannya. Dengan berat sekitar 11 kg, kabinet ini masih dikira ringan untuk dibawa ke lokasi jamming, jika perlu.


Speaker yang digunakan ialah Blackstar 50, berimpedens 16 Ohm dan mampu menampung kuasa sehingga 50 Watt. V110NT juga berimpedens 16 Ohm, maka kedua-duanya boleh disambung pada HT-5RH secara serentak menggunakan kedua-dua output 8 Ohm.

The green and the black.
Akhirnya lengkaplah pasangan HT-5RH dengan HT-112. Seperti biasa, sesebuah speaker amp baru perlu mengambil sedikit masa untuk break-in. Mungkin akan dibawa jika ada sessi jamming Hepi;) untuk lebih break-in. Yang pasti aku tak akan membawanya untuk sessi rehearsal Rock & Mob petang nanti atas faktor-faktor logistik.

_____
AADI: Katanya Adrian Smith pun guna amp ini semasa rakaman TBOS.

T-Shirt Sarawak Rock & Mob


T-shirt rasmi acara Sarawak Rock & Mob yang bakal berlangsung minggu depan, kelolaan Pemuzika dengan harga RM35 sehelai. Walaupun pembeliannya bukanlah diwajibkan, tapi oklah nanti nampak juga seragam dengan rakan-rakan Pemuzika lain (walaupun aku bukan ahli).

Depan.
Grafiknya ringkas menggunakan imej seperti logo Rock-N-Mob Russia, dengan tambahan "All 4 One" dan tarikh kejadian. Adakah logo ini berdaftar atau bebas royalti, dan boleh digunakan secara bootleg?

Belakang.
Kualiti grafik dan cetakannya agak biasa-biasa saja, seperti kualiti t-shirt autism awareness. Aku tak pasti kompeni mana yang digunakan untuk membuat cetakan t-shirt ini (adakah Squegeesaurus?). Tapi yang bagusnya ada saiz gergasi 4XL, muahaha...

_____
AADI: Rehearsal esok aku pakai t-shirt ESP.

Freedom - Siri Bintang Pujaan


Album kompilasi Siri Bintang Pujaan daripada Universal Music Malaysia diperolehi melalui Lazada dengan alasan untuk menggunakan kupon RM5. Menampilkan 30 buah lagu "pujaan terbaik" daripada kumpulan Freedom.


Sudah lama kompilasi ini berada dalam wishlist, tapi baru tergerak hati untuk memilikinya selepas menonton rancangan retro RTM yang menyiarkan kembali konsert Istimewa Bersama Freedom (slot ala Hiburan Minggu Ini) yang pernah disiarkan penghujung 80an dulu.



Aku dulu bukannya minat kumpulan Freedom ni, tapi bila layan kembali lagu-lagu seperti Mulanya Di Sini, Jauh Di Rindu, Persamaan dan Babak Cinta Terakhir, otomatik akan terkenang kembali memori zaman kanak-kanak.


Daripada gitaris Freedom Ghani (dengar khabar dah meninggal dua tahun lepas, ILWILR) juga, aku dapat tau yang solo gitar elektrik juga boleh main tekan-tekan (tapping) melalui video klip lagu Persamaan yang selalu disiarkan di RTM ketika itu.


Ok, kesemua bunyi-bunyi adalah mantap dan hi-fi, jelas kedengaran bunyi fingering bass yang letup-letup. Setaraf dengan statusnya yang telah di"remastered" dan bukannya hanya merakam terus daripada piring hitam (atau kaset) yang dah berkulat tanpa sebarang suntingan pasca-rakaman semula.

Sayangnya, inlay hanya memiliki lirik-lirik lagu, tiada apa-apa info mengenai kumpulan Freedom. Siapa-siapa ada info pasal Freedom boleh sambung dalam ruangan komen.

_____
AADI: Mungkin akan cuba cover lagu Jauh Di Rindu.

Ada Apa Dengan Tong Garden, Popcorn Dark Chocolate?


Bila teringin nak makan popcorn premium ala Royale Popcorn TGV, inilah gantiannya - Tong Garden Popcorn. Aku memilih perisa dark chocolate, juga terdapat dalam perisa lain seperti cheese. caramel, tomyam dan seaweed.


Walaupun harga popcorn ini agak premium juga, tapi taklah sepremium Royale Popcorn TGV tadi. Cuma seperti bungkusan keropok kentang atau kekacang, 30-50% isinya adalah oksigen (kalau faham).

Dan seperti mitos urban, popcorn paling sedap dinikmati ketika tengok wayang (atau filem di rumah).

_____
AADI: Bukannya selalu dapat pergi TGV.

Power Steel Neon


Mengambil kesempatan memasang tali gitar SIT Power Steel PS1046 pada Neon selepas selesai sahaja projek Warnell HSS, menggantikan GHS PRDM sebelum ini yang tidak sesuai untuk talaan standard (disimpan untuk kegunaan akan datang). Neon ini bakal dibawa untuk sessi rehearsal Rock & Mob hujung minggu ini, sebab itu ditala standard, agak serik untuk membawa Korina lagi.


PS1046 ini satu daripada empat unit yang ditaja oleh Bro Sub bulan Disember lepas. Seperti pesanan penaja, satu untuk aku dan tiga lagi untuk diagihkan kepada rakan-rakan gitaris berdekatan - dua telah diagihkan, satu lagi belum dituntut.

Tali jenis stainless steel ini lebih nyaring (bright) berbanding jenis nickel wound, paling ketara semasa dalam keadaan unplugged. Tapi untuk masa akan datang, jenis nickel wound akan digunakan kerana mudah didapati.

_____
AADI: Terima kasih Bro Sub.

Solder Of Fortune (Part 3)


Setelah beberapa kali kecewa dengan besi pemateri murahan (kecuali yang ini, tahan 4-5 tahun) dan servis gitar rakan-rakan yang semakin kerap, sudah tiba masanya untuk aku melabur pemateri yang lebih berkualiti.


Menggunakan platform Shopee (ubah angin kejap, dah bosan Lazada) aku mendapatkan dua jenis besi pemateri "berjenama" dan beberapa pembelian sampingan daripada States Electronic Sdn. Bhd. (seller id e_World) yang berpengkalan di Ipoh.

Pro'sKit SI-S106A, ditulis 30W tapi sebenarnya 20W (duh~).
Hakko Red 24W.
Harapnya 20W dan 24W cukup panas untuk projek pematerian yang biasa dijalankan, sebelum ini aku biasa menggunakan pemateri 30-40W. Tapi aku pernah terbaca artikel mengatakan pemateri berkualiti 20W mungkin lebih panas berbanding pemateri cap ayam 30W disebabkan pemanasan yang efisyen.

Dan nilai Watt merujuk kepada kuasa (power) yang diperlukan untuk elemen pemanasan, bukannya berapa panas suhu yang dihasilkan. Betul tak Yustech?


Satu daripada pembelian sampingan ialah Pro'sKit Helping Hand 608-391A, yang juga memiliki lensa akrilik bermagnifikasi 6D/2.5X. Sesuai untuk memegang komponen kecil semasa memateri.


Dan dua unit bateri AA GP ReCyko+ 1300 series yang (kononnya) akan dikhaskan untuk kegunaan Boss GT-1 supaya lebih mudah alih semasa Rock & Mob kelak, adapter PSA akan dijadikan sebagai backup.


Daripada penggunaan percubaan, didapati timah pateri lebih mudah cair dan melekat pada permukaan muncung (tip) kedua-dua pemateri tadi. Memang jauh beza berbanding pemateri cap ayam yang digunakan selama ini. Dan yang paling penting, kedua-duanya menggunakan palam tiga pin 13A dan memiliki sticker SIRIM.

_____
AADI: Tak jadi nak pilih Hakko Presto.

Warnell HSS Superstrat


Dihubungi oleh drummer COG yang juga merupakan co-founder dan 2nd drummer MUP - Rashid Malim, yang ingin menghantar gitar milik Donny (gitaris COG) ini untuk diservis elektroniknya.


Warnell, rasanya ini kali pertama aku mendengar jenama ini. Mungkin ia jenama setaraf Clevan kot? Katanya ini merupakan gitar belasahan, manakala Cort VX-2V pula merupakan gitar pentas.

Walaupun jenamanya tak berapa terkenal, tapi seni pertukangan kayunya agak bagus setaraf LTD 100-series, Cort atau Ibanez Gio (Indonesian made?). Aku berani kata kualiti buatannya lebih bagus berbanding gitar replika yang pernah masuk servis sebelum ini.


Feel pun seolah-olah seperti sebuah gitar LTD disebabkan bentuk neck, radius fretboard (mungkin 350 mm @ ~13.8" seperti LTD) dan headstock yang seakan-akan sama. Dot inlays pada fretboard yang digunakan pula adalah abalone, fuh lagi hebat daripada Neon aku yang hanya memiliki dot inlays plastik putih.


Pikap HSS asal adalah jenis "cukup syarat" kosmetik tutup habis seolah-olah pikap aktif (ala EMG). Tombol tone agak keras tapi masih boleh dipulas, begitu juga dengan suis 5-arah. Tapi tombol volume memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.


Menjenguk isi perut, pematerian asal agak kemas cuma wayar berserabut. Kesemua komponen dalaman memiliki hablur seakan-akan garam. Ya, ini merupakan reaksi kimia yang biasa terjadi bila komponen logam terkena peluh atau cecair bergaram lain.

Servis yang diperlukan ialah overhaul elektronik termasuk pikap pada kos yang rendah, selain proses-proses pembersihan dan intonasi.


Agak terkejut bila melihat routing ruang kaviti pikap dan elektronik yang bersih, ia lebih bersih berbanding routing beberapa jenama besar (contohnya gitar ini). Sayangnya, fret sudah haus hampir 20% - aku tak pandai buat re-fretting - tak ada peralatan dan kemahiran lagi.


Dipasangkan dengan set pikap terpakai ESP LS-120/LH-150 (G&B Pickups) yang merupakan pikap asal Mirage. Daripada tidak digunakan, ada baiknya ia berkhidmat untuk gitar lain, dan secara tidak langsung dapat menjanakan modal tambahan.


Isi perut pula dipasangkan dengan komponen yang diperolehi menerusi Lazada - pot 500k untuk volume dan tone, kapasitor "Chiclets", suis 5-arah dan output jack. Seperti sudah menjadi kebiasaan, wayar-wayar diikat supaya nampak kemas (Yustech GT fanboy detected).


Akhir sekali, dipasang dengan tali gitar bersaiz 10-46, tuan punya memilih Ernie Ball Regular Slinky berbanding D'Addario EXL. Serius, selepas buat setup dan intonasi, ia hampir-hampir sama seperti sebuah gitar LTD dari segi feel, tona dan respon.

Melakukan servis gitar sebegini selain menambah pengalaman dan milestone (sebagai guitar tech tidak rasmi MUUV), ia juga sebahagian daripada terapi dan kepuasan diri.

_____
AADI: Perlu melabur untuk besi pemateri berkualiti lepas ini - Hakko terus?

Wordless Wednesday: 50 Watts 16 Ohms




_____
AADI: Formerly Blackbird 50.

Bon Jovi - Crush (Japan Pressing)


Satu daripada pancingan Inverno Music Station minggu lepas sebahagian daripada promosi 2CD @ RM50/60 (lagi), album studio ketujuh Bon Jovi - Crush. Ada dua versi Crush yang diiklankan, aku memilih versi Japan pressing (hence the OBI strip), versi yang satu lagi tu aku tak pasti pressing mana.


Aku tak berapa follow Bon Jovi, album-album mereka yang aku ada hanyalah jenis yang memiliki nostalgia contohnya Cross Road, These Days dan Slippery When Wet. Setakat ini, hanya Keep The Faith sahaja lagi album Bon Jovi bernostalgia yang belum dimiliki.


Seperti biasa, selain OBI strip, antara ciri-ciri CD Japan pressing ialah memiliki dua jenis inlay; inlay asal dan inlay tulisan Jepun. Rasanya aku tak banyak CD Japan pressing, yang paling menarik ialah Ghost Opera.


Album ini merupakan rilisan tahun 2000, tahun yang mencabar bagi aku dari segi akademik, kerjaya, percintaan dan emosi. Ia berkongsi memori bersama-sama album House Of God dan Brave New World yang juga rilisan tahun 2000, rasanya tak perlulah aku ceritakan sekali lagi.


Modem dialing sound...

Dan kebetulan It's My Life merupakan satu daripada lagu yang bakal dipersembahkan semasa Sarawak Rock & Mob hujung bulan ini. Lagu ini ringkas, senang dan memang enjoy dimainkan beramai-ramai, tak hairanlah ia menjadi antara lagu anthem Rock & Mob seluruh dunia.

_____
AADI: Thank you for loving me...

Ada Apa Dengan Dutch Lady Star Wars?


Dah lama aku mencari batch susu Dutch Lady Milky 225 ml bertemakan Star Wars ini. Berkali-kali mencarinya di hampir semua pasar raya besar di Bintulu, namun tidak ketemu.


Tapi bila bahang The Last Jedi sudah reda, barulah terjumpa kedua-duanya di kedai runcit stesen minyak Shell (Shell Mart?). Tapi dalam website ia seperti "eksklusif" untuk premis 7-Eleven, My News, Family Mart, Happy Mart, Petronas, Shell, Petron, BHP Petrol dan Caltex sahaja, betul ke?

Tiada yang istimewa, hanyalah grafik Darth Vader untuk perisa coklat dan Storm Trooper untuk perisa strawberi. Sebagai seorang hoarder collector, kononnya ingin disimpan sebagai koleksi, tapi bila ia mula dimain oleh anak-anak, akhirnya TERbuang juga, kah kah kah...

_____
AADI: Tisu Kleenex Star Wars pun teringin nak beli.

Antara DiMarzio, Dunlop, Warwick Dan Ernie Ball


DiMarzio terakhir dengan harga jualan akhir tahun (YES) 2017, PAF Master bridge (DP261F) diperolehi daripada Gapnap bersama beberapa pembelian sampingan - Warwick RockStand Worwei, Dunlop Formula 65 polish & cleaner dan sebungkus Ernie Ball (lagi?) Regular Slinky.


Terdapat sedikit salah faham untuk PAF Master ini, aku memesan model neck DP260 yang dirancang untuk dipadankan dengan Satchur8 yang ada dalam stok untuk kombo Gilbert/Satriani. Tapi hanya tinggal dalam stok Gapnap hanyalah model bridge DP261, kalau nak order lain sudah tiada diskaun YES.


Tapi selepas menonton klip YouTube ini, it's not a bad idea after all, model bridge ini dipasang pada posisi neck. Lagipun output DP261 masih kecil 278 mV berbanding output Satchur8 375 mV, kira masih seimbang untuk kombo Gilbert/Satriani tadi.


RockStand Worwei dipesan untuk kegunaan semasa Rock & Mob, rehearsal dan D-day kelak. Stand mudah alih sebegini amat sesuai dibawa semasa busking, dan membuatkan gitar anda nampak lebih dihargai berbanding diletakkan atas lantai yang hanya berlapikkan gigbag. Cuma ia tidak sesuai untuk gitar jenis ekstrim seperti Explorer, Flying V dan seangkatannya.


Ernie Ball Slinky juga sebagai pembelian sampingan impulsif (impulsive collateral purchase?), dan sejurus selepas diterima ia terus dibuka untuk memeriksa sama ada berkarat atau tidak pada tali GBE. Ya, batch kali ini masih segar dari ladang, tiada sumpahan karat seperti 1052 yang lepas. Akan cuba dipesan sekali lagi untuk pembelian akan datang, nak tengok konsistensinya.

Harapnya, tiada lagi perolehan pikap premium untuk tahun ini.

_____
AADI: Mungkin akan bermastautin dalam Korina.

Fender 50's Stratocaster Sunburst (Replica)


Selepas RG331M keluar, gitar ini pula masuk untuk diservis pada hari berikutnya. Sebuah Fender Stratocaster seakan-akan model 50's, tapi sebenarnya ini merupakan gitar replika yang dibeli dengan harga yang murah.

Tiba-tiba teringat pada ex-Tobi aku.
Gitar ini dimiliki oleh pemain gitar kumpulan NV Unity, juga pemilik gitar Telecaster poplar (replika) dalam entri tahun lepas dan memiliki Gibson Les Paul (replika) yang digunakan semasa sessi rehearsal Rock & Mob lepas.

Tuan punya amat suka membeli gitar-gitar replika sebegini, mungkinkah tuan punya lebih pentingkan logo berbanding playability? Pada pendapat aku, Squier Standard Stratocaster dalam entri ini lebih halus seni pertukangan kayunya berbanding replika ini.


Tapi tak mengapa (parap-parap) preference masing-masing, katanya gitar ini akan dijadikan gitar projek atau belasahan. Antara modifikasi yang telah dilakukan oleh tuan punya ialah menggantikan machine head (tuning peg) dengan set warna hitam dan string tree jenis roller.


Dihantar servis untuk menggantikan set pikap asal dengan set single coil yang dibekalkan. Pikap asal bukanlah Fender Noiseless tapi hanyalah tulisan "Noiseless" pada bobbin yang menutup pikap murahan.


Aku jangkakan pikap yang dibekalkan adalah pikap premium seperti Seymour Duncan atau DiMarzio, tapi hanyalah set pikap generic alnico yang diperolehi daripada Lazada. Tapi sekurang-kurangnya pikap ini nampak lebih solid berbanding pikap asal.


Nampak kerja yang kurang professional pada routing kaviti pikap. Alaaa~ ini gitar replika bukan, bukan orang akan tengok pun bahagian dalam ni kan? Nak tau seni pertukangan kayu gitar tu bagus atau tidak, jenguk-jenguklah area kaviti begini.


Untuk pematerian kali ini aku agak berpuas hati kerana besi pateri aku kembali dengan kepanasan yang optimum, kerja-kerja memateri pun lebih lancar, kemas dan cepat. Belakang pikap nampak tegap seperti DiMarzio Velvet series.


Sedikit setup dilakukan, menambah shim pada soket neck dengan menggunakan beberapa lipatan kertas supaya kecerunan neck kurang selari sedikit berbanding badan. Ini untuk memudahkan kerja-kerja melaras action dan intonasi.


Atas perminataan tuan punya untuk memasang set tali gitar baru bersaiz 9-42 pada gitar ini. D'Addario EPS520 ProSteel dipilih kerana hanya model ini sahaja yang bersaiz 9-42 ada dalam stok peribadi aku, selebihnya bersaiz 10-46, 10-52 dan lebih besar.

Tapi tuan punya kata pikap Lazada ini lebih "umph" berbanding pikap asal. Aku bukanlah peminat pikap jenis singlecoil, jadi aku tak tau macam mana menilai kualiti bunyi pikap singlecoil. Gitar aku yang ada single coil hanyalah Mirage (EMG SA).

_____
AADI: Ada lagi satu gitar rakan masuk untuk diservis.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger