Antara Micro Cube GX Dan Nita Strauss


Terkejut juga (and that OMG moment) bila Nita Strauss menjadi komentar pertama gambar Micro Cube GX merah aku tak sampai sejam selepas ia dimuatnaik dalam Instagram pagi Sabtu lepas.

Braegen Russell following me?
Biasanya amat jarang artis nak like gambar walaupun ditag (kecuali Blaze Bayley dalam entri ni), apatah lagi nak komen...


Mungkin inikah maksud tersirat "be mindful of your social media presence" dalam tips #2 artikel Music Radar ni?

Oh Nita~ (image linked from Roland)
Harap Nita akan lebih berjaya pada masa akan datang, lebih-lebih lagi selepas menyertai Alice Cooper. Rock you like a @hurricanenita!

_____
Ada apa: Alasan nak guna Ibanez RG/S series.

Sepetang Di Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2014


Dah dua tahun aku tak buat entri pasal Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ni (entri lama 2011, 2010, 2009), rupanya tahun ni dah kali ke-10 (aku bermastautin di Bintulu ni pun baru lapan tahun).

Hanya sekeping gambar ni saja yang sempat diambil.
Tahun ni pergi sebab nak bawa Lil'Ijau yang sejak Khamis lepas dah teruja tengok banyak layang-layang dari jauh setiap kali lalu area pekan lama. Kalau tak, jangan harap aku nak redah jem dan parkir jauh nun di seberang City Point semata-mata nak tengok layang-layang.

Cuma penat dan lelah tu hilang bila tengok muka Lil'Ijau yang "priceless" terlalu teruja tengok layang-layang dari jarak dekat, terutamanya layang-layang cicak (Oscar kot?). Sempat juga beli belon Minions (aka "bee-do bee-do") sebagai kenang-kenangan...

Mungkin dalam blog Molotov Cocktailz atau Barangkali Marus akan ada liputan penuh mengenai festival ni.

_____
Ada apa: #BIKF

Roland Micro Cube (GX) Reloaded


Roland Micro Cube GX ni merupakan unit terpakai (used), diperolehi dengan harga yang tersenyum menarik (abaikan warna) daripada seorang "guitar enthusiast" Mr. W dari Miri setelah diiklankan di Mudah. Nak dijadikan cerita Mr. W juga merupakan seorang pembaca/pengikut blog AADI (bangga la pula), jadi segala transaksi berjalan dengan lancar.

Merah D. Koceng
Nampak masih baru untuk unit terpakai (macam ayat CD eBay). Menurut Mr. W, amp ni baru berusia 5-6 bulan dan diperolehi daripada Dead Eye Guitars, dijual kerana telah memiliki amp baru (familiar situation?).

Sebenarnya aku agak menyesal sebab menjual amp Micro Cube lama aku. Aku cuba mencari pengganti (mobile modelling amp) dan mendapatkan Vox Mini3 G2, namun dari segi ketegapan dan kualiti bunyi, ia tidak dapat menandingi Micro Cube (pendapat peribadi). Antara faktor yang menyebabkannya menjadi tukaran (trade) dengan si kacang merah.


Ok, berbanding Micro Cube lama, versi GX ni ada beberapa kelebihan, antaranya:
  1. Louder than hell, 3 watt berbanding model lama hanya 2 watt.
  2. Fungsi MEMORY, boleh simpan setting peribadi untuk setiap amp model.
  3. Tambahan satu jenis amp model bernama EXTREME yang lebih "edgy" berbanding R-FIER, owh I like~
  4. TUNER yang lebih versatile (chromatic) berbanding TUNING FORK pada model lama.
  5. i-CUBE LINK, yang ni sebenarnya aku tak suka, mendiskriminasi pengguna Android sebab ia hanya untuk peranti iOS (iPad, iPhone).
Agaknya inilah yang membuatkan harga pasaran GX 25-30% lebih mahal berbanding versi lama, manakala model lama pula telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued).


Oh Nita~

Dan ada kalanya amp kecil mudah alih sebegini (yang boleh guna bateri) memang diperlukan, contohnya digunakan semasa mengembara (travelling) atau balik kampung, latihan dan persembahan impromptu (seperti busking) tanpa perlu membawa efek tambahan (ayat kitar semula).

_____
Ada apa: Lompat masuk ke dalam kem Roland/Boss.

Antara Zoom, D'Addario, Jim Dunlop Dan Joyo.


Pembelian impromptu untuk menggantikan unit kedua Zoom G5 soft case yang tak kunjung tiba stok barunya. Unit pertama dah sampai dalam entri ni, dan telah dibeli oleh gitaris sebuah kumpulan indie yang terkenal di Bintulu.

Zoom APH-1 accessory pack, bakal digunakan bersama-sama Zoom H1 handy recorder aku. Kalau diikutkan logik, sebenarnya benda ni lebih berguna berbanding soft case tadi. Terima kasih sekali lagi kepada tauke Music Master Studio (Gapnap the Gapster) kerana tak bosan melayan karenah aku.


Disertakan sekali dengan pembelian sampingan (collateral purchase?) lain iaitu Joyo 9V adapter, Jim Dunlop Stringwinder dan D'Addario EXL120 (strings again~) sebagai penggenap bayaran.


Seperti APQ3-HD untuk Q3HD kepunyaan Korawk, APH-1 ni juga mengandungi aksesori-aksesori dengan tema yang sama - windscreen (aka David Arumugam), USB type AC adapter, USB cable, mini tripod, padded-shell case, mic clip adapter.


AC adapter AD-17E ni jenis USB, dengan kata lain boleh juga digunakan untuk mengecas bateri telefon pintar (dengan kabel yang sesuai).

Prestasi aksesori ni bersama-sama H1 akan diketahui jika ada sessi jamming hujung minggu ataupun jika ada sessi JOTB #4 kelak.

Pembelian sampingan, penggenap bayaran.

Tiada perkataan "Joyo" dikesan pada label adapter ni. Menurut Gapnap, ia merupakan jenis OEM yang dibuat di kilang Joyo untuk kegunaan barangan ICT. Aku tak kisah pun asalkan voltage dan polarity (9V centre negative) sesuai untuk pedal, tapi arus 1000mA agak besar untuk kegunaan 2-3 buah pedal.

_____
Ada apa: Tali gitar tu simpan dalam stok, lain kali boleh jual...

The Winter Soldier


Semalam menerima DVD promosi The Winter Soldier selepas menyewa filem tersebut melalui Astro Best bulan lepas dengan harga promosi RM19.90 (tidak termasuk 6% cas Astro).

ScaJo lenggok abis~
Waktu filem ni ditayangkan di pawagam awal tahun ni aku tak sempat menontonnya (filem The First Avenger pula cuma tengok versi sedut), dan tanpa spoiler, inilah peluang untuk menontonnya di rumah sendiri (in HD) beberapa kali sampai muak dalam tempoh 48 jam sewaan.

Sebelum aku menyewa filem ni, aku siap minta pendapat daripada peminat tegar Marvel/DC universe, tak lain tak bukan Gapnap the Gapster, yang mengatakan filem ni lagi best daripada The Avengers dan Iron Man 3.

DVD akan menjadi bahan koleksi sahaja.
Rasanya tak perlu aku buat ulasan mengenai filem ni, cuma satu plot yang aku agak hairan mengenai keputusan "bodoh" SHIELD untuk memusnahkan ketiga-tiga helicarriers, sedangkan mereka ada pilihan lain yang lebih "bijak" (since they can hacked into helicarrier's offensive/defensive system).

Ini merupakan filem keempat yang disewa melalui Astro Best selepas Riddick, Elysium dan Lone Survivor. Tapi ketiga-tiga filem ni tidak mempunyai promosi DVD (harga sewaan pun hanya RM10.00). Lepas ni kalau ada promosi filem best + DVD, boleh lagi diteruskan...

_____
Ada apa: Menyesal sebab teragak-agak nak sewa Frozen + DVD beberapa bulan lepas.

Ada Apa Dengan Barbican? (Part 2)


Jika dalam entri tahun lepas cerita pasal Barbican perisa epal, kali ni aku mencuba perisa lemon pula. Diperolehi di restoran FM Cafe dengan harga yang agak premium sekitar RM4.00 (kalau tak silap) untuk sebotol berisipadu 330 ml.


Seperti perisa epal, perisa lemon ni juga agak manis dan fizzy (banyak karbonat), Rasa lemonnya walaupun tidak semasam Bundaberg LLB, tapi agak pelik dan lucu kerana mengingatkan aku kepada satu *rasa yang dah lama ditinggalkan...

_____
Ada apa: *Rasa apa? Rasa seperti Jolly Shandy hahaha...

Wordless Wednesday: Memory Remains (Part 2)




_____
Ada apa: Kali terakhir digunakan tahun 2003, tak habis main Digimon World 3.

Santana Goldie


Kali terakhir aku menukar tali gitar pada Goldie ni tepat setahun yang lepas menggunakan Kerly Kues. Dalam masa setahun ni, ia dapat bertahan tanpa karat (dengan penjagaan optimum), cuma kekenyalannya semakin berkurangan.


Jika Mirage dipasang dengan GHS Santana BCXL (9.5-43) seperti dalam entri bulan lepas, Goldie pula dipasang dengan model BCCL (9.5-48). BCCL ni besar sedikit daripada Ernie Ball Hybrid Slinky (9-46) yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.

Ini merupakan percubaan aku untuk menggunakan tali jenis teras besar (big core) pada kedua-dua singlecut dan superstrat, ternyata aku lebih suka jenis biasa seperti siri Boomers. Selepas ini mungkin giliran Dunlop Zakk Wylde (yang juga jenis teras besar) untuk dicuba.

_____
Ada apa: Teringin nak cuba NYXL.

Sekitar Jammed Of The Beast Episode #3


Walaupun dijadualkan bermula pukul 11.00 pagi, tapi disebabkan hanya tinggal tiga band sahaja yang dapat beraksi - MUPaiks, My Eyes See Ghost dan Adapting To Genocide - maka aktiviti hanya bermula pukul 1.00 petang (mengikut keselesaan studio).


Hanya sempat snap sekeping gambar semasa band MESG (Alex and company) masih lagi soundcheck. Sessi ni boleh dikira sebagai persediaan awal MESG untuk beraksi di Sibu (Rock In Sibu) bersama-sama Erectus dan TxSx bulan Oktober nanti.

Tiada gambar MUPaiks, aku akan cuba dapatkan gambar daripada ahli band lain yang mungkin sempat snap gambar MUPaiks ketika sedang beraksi. Jika ada, aku akan tambah kemudian.

Rasanya sessi kali ni lebih kepada sessi jamming hujung minggu biasa-biasa berbanding tema JOTB, bad timing?

_____
Ada apa: Ada apa dengan MUPaiks?

Jammed Of The Beast Episode #3


Jammed Of The Beast Episode #3 - sessi jamming beramai-ramai kembali lagi, bakal berlangsung tengahari nanti setelah menyepi sejak bulan Januari.

Kali ni kelolaan junior-junior BIMM (Alex and company), Korawk tidak dapat mengelola dan turut serta sessi kali ni kerana agak sibuk dengan urusan keluarga.


Juga tiada artis antarabangsa undangan untuk episod kali ni, tidak seperti episod-episod lepas ada Burzum dan Rotting Christ, mungkin atas kekangan masa dan kewangan. Dan disebabkan kekangan yang sama, hanya empat buah band sahaja yang turut serta.

Metuk Ulau Project tidak turut serta kerana kekurangan ahli, dan digantikan oleh parodinya - MUPaiks.

_____
Ada apa: Dengan tema - chicken wings, termos kita!

Taring Hitam Papahet


Boleh dikira sambungan entri dua hari lepas...

Juga memiliki beberapa keping pick Hetfield Black Fang (PH112) yang diperolehi sedikit demi sedikit secara pembelian sampingan dan pemberian mutual daripada DEG dan Reco sejak tahun lepas.

Boleh simpan sekali dalam Papahet pick stash.
Berbanding pick Papahet tin (JPH01T088) yang lebih kepada koleksi, pick Black Fang ni sekeping-dua memang aku guna kerana ia berasaskan pick Ultex Sharp (cap badak) yang selalu aku gunakan selain custom pick Nonuz The Ego.

Aku juga sebenarnya pengumpul pick (hobi sambilan), terutama pick signature dan yang mempunyai grafik menarik. Nantilah jika ada kelapangan aku buat entri lain koleksi pick aku yang tak seberapa.

_____
Ada apa: Perri's Iron Maiden picks?

Antara Tommy Dan Hennessey


My Mark IV, aka Tommy (Ibanez SR300) dipasang dengan sistem straplock Hennessey. Dah lama straplock ni terperap dalam stok peribadi sejak diperolehi semasa lawatan sambil belajar ke Music Master Studio bulan Februari tahun lepas.


Goldie aku juga dipasang dengan sistem straplock Hennessey sebegini versi chrome. Aku suka straplock Hennessey ni kerana ia lebih mudah dipasang pada strap (dan lebih murah) berbanding straplock Dunlop. Apalah sangat RM3x jika dibandingkan dengan trauma?

JS jadi Sr?
Jangan pandang remeh pada fungsi straplock, selain penyelamat "maruah" dan gitar/bass anda, lebih-lebih lagi jika anda selalu buat persembahan pentas (attention TxSx!), ia juga dapat menjimatkan masa membuka dan memasang strap.

Jika anda rasa straplock sebegini agak premium, terdapat juga straplock jenis ekonomi.

_____
Ada apa: Persediaan untuk JOTB#3 Sabtu ini...

Wordless Wednesday: Papahet Pick Stash





_____
Ada apa: Dah setahun lebih berbungkus, baru nak buka...

Calypso Turns Two


Hari ni genap dua tahun Calypso (Charvel So-Cal Style 1 HH) berada dalam axology. Dah agak lama aku tidak menggunakannya, terperap dalam gigbag, keluar pun sekali-sekala untuk dibersihkan. DR Evergreen yang dipasang tahun lepas pun masih lagi bertahan dan kenyal.


Sebagai gitar pentas (stage guitar), kali terakhir ia beraksi di atas pentas ialah semasa BRRU Rock Nite penghujung 2013. Selepas itu ia mula dorman kerana aku tidak menyertai mana-mana gig ataupun persembahan awam (dah tak laku). Setakat jamming ataupun di rumah, aku lebih menggunakan Mirage dan kadang-kadang Goldie.

Seriously, the best comfortable guitar so far...

Entri Mini: Wolfenstein Mode


Image source.
Kes terliur entri semalam, selepas itu aku cuba main-main semula game Wolfenstein ni, tup-tup sampai pagi juga dibuatnya. Mrs. Ijau pun dah mula geleng kepala, hahaha~

_____
Ada apa: Skill FPS dah mula berkarat...

Ada Apa Dengan Wolfenstein: New World Order?


Tiba-tiba terliur nak main game ni...

Image source.
More info on official site or Wikipedia.

Tapi rasanya Wolfenstein (2009) pun aku tak habis main, nampaknya lepas ni nak cuba cari balik DVDnya, install dan main semula...

_____
Ada apa: Dah tak mampu main tahap "Uber" (dah tua),

Lamunan Terhenti Versi Les Paul


Gambar yang agak "heaven" bagi sesetengah orang, terutamanya peminat Les Paul (the guitar, not The Man). Teased by Gapnap via Facebook Messenger few months ago...

Walls of Gibson, somewhere in Tokyo.
_____
Ada apa: Ada versi Epiphone pun dah memadai (buat masa ni).

UPC-535: Size Doesn't Really Matter


Seperti yang aku ceritakan dalam entri lepas, benda ni dipesan sebelum cuti raya dan sepatutnya tiba seminggu (atau dua) selepas raya, tapi entah di mana silapnya boleh pula terlajak laris lepas sebulan baru sampai.


Pedal case Stagg model UPC-535 medium, dengan ukuran dimensi 535 x 320 x 83 mm. Sebelum ini aku pernah ada UPC-424 dan UPC-688, tapi kedua-duanya telah dijual kepada rakan yang lebih memerlukannya (ketika itu).


Juga dibekalkan dengan selembar velcro berjenama 3M, susah nak cari velcro 3M di tempat aku. Biasanya velcro 3M ni aku simpan, dan gunakan velcro cap ayam untuk dilekat pada pedal.


Pada mulanya pedal case ni akan dijadikan (1) platform untuk gigrig #2 ataupun (2) kotak logistik untuk barangan live audio (kabel, DI, mixer, dll) bersama Hepi Sound And Entertainment. Tapi tak sangka pula Pod HD300 boleh masuk cukup-cukup muat dalam pedal case ni, secara tak langsung menjadi fungsi ketiga pedal case ni.

Pedal-pedal yang bakal disumbat dalam pedal case ni sebagai gigrig #2 pun belum lagi dipilih, mungkin pedal geng-geng Joyo kot? Harap-harap nanti taklah melarat dan berserabut macam Pedaltrain rakan ni...

_____
Ada apa: Hero Jackhammer atau Satchurator?

Wordless Wednesday: Sex Beast (Err... I Mean Saxbys)




_____
Ada apa: Sars?

Perampas Dana (Part 8)


Pagi-pagi lagi dah mengular ke Sri Ting Auto (authorised Perodua Service Centre) untuk mengenalpasti bunyi "misteri" yang kurang menyenangkan di bahagian bawah-belakang Imago aku yang mula dikesan sejak minggu lepas.


Terkial-kial juga mekanik mencari punca bunyi "misteri" tu, yang mungkin hanya boleh didengar oleh (1) tuan punya Imago (2) mekanik berpengalaman (3) mutant with super-human hearings. Dalam kes aku ni, tauke Sri Ting sendiri yang turun padang.


Pemeriksaan untuk kali kedua mengesahkan penyerap hentakan (shock absorber, oksoba?) belakang kiri bermasalah. Benda ni baru saja aku tukar (sepasang) selepas balik bercuti raya tahun 2013. Semenjak itu rasanya Imago aku tidak mengalami sebarang situasi hentakan kuat yang cukup untuk membuatkan benda ni rosak. Atau mungkin dah nasib...

Tapi tak mengapa (parap parap), dana-dana yang dikumpul untuk sesuatu terpaksa dikorbankan untuk menggantikannya. Nak harapkan "sindrom Tony Stark" lagi dua minggu lah jawabnya. Aku agak cerewet bab-bab keselamatan dan keselesaan Imago ni, tak nak tunggu lama-lama.

_____
Ada apa: Sesuatu...

Dream Theater - Systematic Chaos (Special Edition)


Satu lagi album Dream Theater yang diperolehi secara impromptu setelah terjumpa disenaraikan dengan harga tersenyum €4.18 (RM18.45) dalam katalog estock_deutschland. Diterima serentak dengan Cryptic Writings minggu lepas.


Selain harga tersenyum seperti kompilasi Greatest Hit, album Systematic Chaos (album semut) yang diperolehi kali ni juga merupakan versi "special edition" dengan tambahan DVD bonus dan imej slipcase yang berbeza sedikit (sekurang-kurangnya bukan digipak).


(P) & (C) 2007 The All Blacks B. V. issued to Road Runner Records. Meskipun slipcase yang koyak dan jewel case yang patah/retak, namun inlay, CD/DVD dan selebihnya masih nampak baru.


DVD bonus pula memiliki keseluruhan album dengan kualiti bunyi 5.1 surround dan sebuah dokumentari 90 minit bertajuk Chaos In Progress: The Making Of Systematic Chaos - diarahkan oleh MP. Memang best kalau ada (atau bekerja dalam suasana) studio seperti dalam dokumentari ni.


Ada beberapa perkara aku perasan dalam dokumentari ni - (1) MP memang bossy, hahaha!~ (2) JR jarang ditemuramah (3) lagi teruk, tiada langsung JM ditemuramah, mungkin aku terlepas pandang kot? (4) perkataan yang paling banyak disebut semasa temuramah MP/JP/JLB ialah "you know~".

Sebelum memiliki album ni, aku cuma pernah dengar tiga buah lagu sahaja iaitu In the Presence of Enemies, Forsaken dan The Dark Eternal Night. Tetapi secara peribadi, album ni lebih mudah dihadam berbanding Train Of Thought. Mungkin disebabkan lagu-lagu dan beberapa solo JP dalam album ni ada iras-iras lagu yang pernah aku dengar (Metallica, Anthrax, Iron Maiden, King Diamond, Opeth, Masterplan, dll).

Aku tercari-cari ulasan pakar (Krenmaut) untuk album ni, tapi tak jumpa.

_____
Ada apa: Akan rembat lagi album Dream Theater lain sekiranya disenaraikan dengan harga tersenyum.

Vox V110NT Speaker Cabinet


Aku perlukan sebuah speaker cabinet (cab) untuk digandingkan dengan Orange Micro Terror amp head. Peavey 1x12" project cab sebelum ini agak besar dan tidak sesuai untuk kegunaan di rumah, lagipun ia adalah milik Hepi Sound Entertainment.


Pada mulanya ingin mendapatkan cab Orange PPC108 (1x8") yang memang serasi dengan Micro Terror, tapi maklumbalas daripada mereka yang pernah memilikinya, PPC108 hanyalah menang kosmetik berbanding sonik.

Pilihan seterusnya sama ada Kustom Defender 1x12 atau Vox V112TV, tapi kedua-duanya masih lagi mendatangkan masalah seperti yang dijelaskan pada perenggan pertama tadi.


Vox V110NT yang merupakan cab untuk siri Night Train (hence, the NT) adalah pilihan yang berbaloi setakat ini. Selain memiliki driver (speaker) Celestion 10", ia juga lebih murah berbanding PPC108.


Ada masa nanti mungkin aku akan cuba buka dan tengok driver (speaker) Celestion di dalamnya. V110NT ni buatan China dan bukan Vietnam seperti VT40+, PFB-10 dan Mini3G2.

Perbandingan saiz bersama Micro Terror.
Dan dengan impedens 16 ohm, beroutput maksimum 30 watt, ia juga masih sesuai digunakan bersama-sama kebanyakan amp head (tube) kecil lain yang ada di pasaran - Vox NT15H-G2, Blackstar HT-1RH, H&K Tubemeister 5, Marshall DSL15H, Orange Dark Terror, dll (sekiranya terGAS untuk amp head kecil jenis high gain lain).

My own "British" settings.
Goldie (with DiMarzios) -> JF-01 (TS808 wannabe) -> Micro Terror -> V110NT

Setting sebegini memang dah cukup kuat untuk kegunaan di rumah (yang ada anak kecil dan kejiranan yang dekat) walaupun VOLUME hanya suku. Belum ada kesempatan untuk memulas tombol VOLUME semaksimum yang mungkin.

_____
Ada apa: GASsed for another smaller wattage tube amp head?

Megadeth - Cryptic Writings


Januari lepas aku pernah order album ni daripada estock_deutschland, tapi entah apa silapnya dapat pula album kompilasi In Memoriam Freddie Mercury.


(P)(C) 1997 Capitol Records Inc. diperolehi dengan harga tersenyum €3.01 (RM13.44). Untuk mengumpul kembali diskografi Megadeth (sebelum ini telah dilelong), aku memilih versi asal dan bukannya versi remixed and remastered (RNR).

Untuk cerita versi RNR boleh baca entri lama yang ditaip penghujung tahun 2009 dengan bahasa dan gaya penulisan yang agak berbeza.

Muka-muka ceria sebelum bersengketa.
Seperti biasa lagu kegemaranku dalam album ni masih lagi Trust dan She-Wolf. Rindu pula nak tengok aksi goreng-menggoreng antara Abang Mus dan Al Pitrelli semasa penghujung lagu She-Wolf dalam DVD Rude Awakening (tapi sayangnya DVD ni juga menjadi mangsa lelongan).

_____
Ada apa: Teringin nak cover lagu She-Wolf.

Music Master Boxes


Pagi semalam menerima dua buah kotak dihantar melalui pos lambat parcel, beralamat daripada Music Master Studio. Credits to Gapnap the Gapster.


Bungkusan sebelah kanan tu dah nampak label dan logo, tidak syak lagi ia berisi barangan Vox. Dipesan minggu lepas bersama-sama Zoom G5 soft case, tetapi disebabkan saiz dan beratnya, ia dihantar melalui pos parcel untuk opsyen yang lebih ekonomik


Bungkusan yang kedua pula berisi pedalcase Stagg UPC-535. Cerita di sebalik bungkusan kedua ni agak sedikit menyakitkan hati. Barang dipesan sebelum cuti raya (dana hasil jualan L-500XL) dan dipos oleh Gapnap pada 24/7/2014, tapi baru sekarang diterima selepas lebih sebulan menunggu (cuti raya kot).

Dalam kotak ada kotak, sama seperti VT40+.
Seperti label yang tertera pada kotak, ia berisi speaker cabinet (cab) V110NT, cab yang dicipta khas untuk digandingkan dengan amp Lil' Night Train. Tapi dalam kes aku ni, ia akan menjadi pasangan kepada Micro Terror yang belum ada cab yang sesuai untuk kegunaan domestik dalam rumah. Cerita selanjutnya akan disambung dalam entri lain (jika rajin).

Sebenarnya gambar dalam entri semalam hanyalah imej daripada kotak.

_____
Ada apa: Vox lagi...

Wordless Wednesday: All Aboard!




_____
Ada apa: I'm going off the rails...

Zoom G5 Soft Case


Bukan tanda-tanda aku ada (atau nak beli) Zoom G5, tapi disebabkan beg ni comel dan boleh dikatakan agak ekonomi berbanding jenama lain yang setaraf (namely Gator GK2110), perasaan GAS itu pasti ada.


Kali ni bukannya diperolehi secara terus daripada CK Music (Bro Amizan dah lama berhenti kerja), tetapi melalui perantaraan Music Master Studio (thanks again Gapster).


Agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan beg Line 6 FG5 yang agak premium. Tapi nasib baiklah ia diperolehi percuma dengan pembelian Pod HD300 semasa Year End Sale 2012.


Dan besar sedikit daripada beg Pedaltrain-Nano. Dengan kata lain Pedaltrain-Nano dan pedal-pedal stompbox gigrig #1 boleh juga dimuatkan dalam beg G5 ni, dan masih ada sedikit ruangan untuk perkakasan lain (mungkin kabel dan adapter).


Atau mungkin juga boleh dimuatkan dengan DIY pedalboard yang dah lama terbengkalai, kena ubahsuai ikut ukuran dalaman beg G5 ni.


Dan ini merupakan pembelian sampingan, Dunlop Zakk Wylde Icon Series medium (10-46). Zakk Wylde bukanlah faktor pembelian tali gitar ni (aku bukannya peminat ZW), tapi hanyalah perasaan ingin mencuba tali gitar "signature" pada saiz yang jarang aku guna (9-42, 9-46). Sebelum ini hanya pernah mencuba "signature" Dave Mustaine, Kerry King dan Santana sahaja.


Oh ya, dalam kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat ulangtahun keenam untuk Music Master. Yang pasti Music Master akan sentiasa menjadi satu daripada sumber memperolehi barangan kegitaran (mostly pedals) untuk tahun-tahun mendatang.

_____
Ada apa: Lepas ni nak cari Rotosound Michael Amott dan/atau Paul Allender pula (fuh~ big gauges).

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger