Showing posts with label yNot. Show all posts
Showing posts with label yNot. Show all posts

Multi-Stomping The Bass


Semenjak kembali fokus kepada Bass, terkial-kial juga mencari efek bass yang ada amp modeling. Pada mulanya ingin mendapatkan B1on/B1Xon tetapi memilih MS-60B untuk lebih kompak dan mudah alih. Diperolehi dengan *harga penghabisan stok (unit terakhir) daripada MMO Music (yNot/Engbok).

Ini merupakan kali ketiga aku membeli pedal siri Multi-Stomp Zoom, sebelum ini pernah ada MS-50G dan MS-70CDR (kedua-duanya dah dijual).

Macam warna BC-2.
Kenapa amp modeling? Sebab aku dah tak ada amp bass. Dengan adanya teknologi amp modeling, setup bass rig aku boleh disambung terus ke PA system dengan bantuan DI unit. Dalam MS-60B ni ada enam jenis amp modeling - Ampeg SVT, Fender Bassman 100, Hartke HA3500, Aguilar DB 750, Markbass Little Mark dan Acoustic 360 - lebih daripada cukup.

*Harga pasaran untuk pedal-pedal siri Multi Stomp sekarang dah melebih RM400. Tak lama dahulu harganya hanyalah sekitar RM300-350. Harga penghabisan stok MMO Music sebenarnya murah sedikit daripada harga jualan akhir tahun, oklah tu.

_____
Ada apa: BFX-708 tuan asal nak beli balik.

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 11)


Dah agak lama aku tak memesan barangan daripada yNot Studio (MMO Music Net), kali terakhir merupakan Stagg UPC-424 pada awal tahun 2012 (fuh, dah dua tahun tak beli barang daripada Engbok).


Semalam menerima tiga buah kotak besar beralamat daripada MMO Music Net (yNot Studio la tu) yang dihantar oleh syarikat logistik Eignretep Sdn. Bhd. sebelum cuti CNY. Walaupun dijangkakan sampai selepas sebulan, tapi paling mengejutkan apabila ia tiba lebih awal daripada jangkaan iaitu hanya dua minggu.


Beberapa minggu lepas Bob Kandar telah menaiktaraf barangan PA system Hepi Sound And Entertainment (untuk sewaan) dengan tambahan mikrofon UX-4P Iva. Kali ni Bob memesan lagi barangan tambahan berjenama Behringer iaitu crossover CX2310, compressor MDX1600 dan dua buah subwoofer VP1800S.

Super-X Pro CX2310 crossover.
Autocom Pro-XL MDX1600 compressor.
Ini merupakan pengalaman pertama kami menggunakan compressor dan crossover, memang sepanjang malam tadi aku mentelaah ilmu dan mengorek segala info daripada Internet (mostly forums) mengenai penggunaan compressor dan crossover ni.

Petang nanti nak cuba soundcheck PA system guna barang-barang baru ni untuk kegunaan Malam Kimia 2013 (ya 2013 bukan 2014, tertangguh) yang dijadualkan malam esok. Tapi kali ni tiada persembahan Hepi;) mahupun Metuk Ulau Project.

_____
Ada apa: Untuk sewaan, sekurang-kurangnya ada masyuk~

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 10)


Walaupun ia beralamat dari MMO Music, aku tetap menggunakan nama yNot Studio untuk entri ni. Tidak menjadi masalah sebab kedua-duanya diusahakan oleh Engbok - MMO Music merupakan "kedai" online beliau, manakala yNot Studio merupakan studio beliau di Farlim (Penang) yang juga ada menjual alatan muzik.

Bungkusan poslaju yang diterima Rabu lepas (22/2/2012) berisi Stagg UPC-424 pedal case, yang merupakan pedal case bersaiz paling kecil dalam keempat-empat pedal case Stagg (UPC-424, UPC-500, UPC-535 dan UPC-688).

Kenapa kodnya UPC-424? Sebab ukuran dimensi dalaman pedal case ni ialah 226 x 424 x 100 mm, 424 mewakili ukuran panjangnya.

Stagg - Universe Of Music.

Aku lebih suka logo lama Stagg ni berbanding logo Stagg yang baru. Seperti Behringer, Stagg menghasilkan produk-produk pada harga yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

Ia juga disertakan dengan velcro strip berjenama 3M, kunci dan sepaket silica gel. Tapi aku tak guna velcro strip 3M ni (simpan), aku akan guna velcro strip cap ayam dulu.

Seperti yang terGAS dalam entri ni, aku memang perlukan pedal case, supaya pedal-pedal boleh disusun dan diselenggara lebih awal di rumah, secara tidak langsung menjimatkan masa setup ketika jamming.

Multi-purpose pedal case:

  • Config. A - Crowded jamming rig.
  • Config. B - Simple jamming rig, my favourite rig (tried and tested).
  • Config. C - Simple bass rig.
  • Config. D - Logistic vessel for Pod X3 (when needed).

Walaupun ia diperbuat daripada plastik dan tidak setegap flight case, tapi penjuru-penjurunya diperkukuh (reinforced) dengan kepingan aluminium. Kira dah cukup tegaplah kalau setakat dibawa turun naik studio jamming.

_____
Ada apa: It looks cool too...

Pod X3, Si Kacang Merah


Hmm... Macam mana aku nak buat ulasan (review) pasal benda ni? Kali ni aku rasa lebih kepada cerita berbanding ulasan. Well, here goes...

Dah lebih dua bulan aku miliki benda ni - Line 6 Pod X3 (discontinued) guitar multi-effects processor "the most powerful Pod ever!" (before Pod HD Desktop came out though). Dengan bentuk yang seakan-akan kacang dan berwarna merah, ia lebih dikenali dengan nick "red bean" (kacang merah).

Banyak cerita disebalik pembelian benda ni - GAS bermula dari sini, tapi "out of stock + discontinued" di CK Music (as told by Bro Amizan), kemudian tempah (berdeposit) dari Engbok of yNot Studio (via MMO Music), tapi pembeliannya terbengkalai beberapa bulan sebab aku sibuk dengan Projek Mega 2011 ketika itu, dan paling lucu bungkusannya tersesat sampai ke Tawau! WTF?

Bila dapat tahu ia dah "sold-out" di CK Music, aku cuba mencarinya di tempat lain. Habis satu Malaysia aku cari benda ni (secara online lah), lepas survey cuma di MMO Music saja ia dijual dengan harga yang murah (semurah harga CK Music Year End Sale).

Dan beberapa hari selepas aku tempah dari MMO Music, tiba-tiba Bro Amizan SMS masih ada lagi satu unit benda ni di CK Music (display unit dalam entri ni?). *Sigh~* dah memang rezeki MMO Music nak buat macam mana? Lagipun MMO Music pun order stok dari CK Music juga kan?

Isi kandungan - The Pod itself, AC adapter (whopping 2000mA!), USB cable, thick pilot's manual (five languages), model gallery, warranty card and registration card. Err... Mana installation/software CDs?

Soalan khas untuk Abang Ben Dr. Ben - Waktu bro beli Pod X3 Live dulu ada dapat apa-apa CD tak?

Menurut kata Engbok, sekarang dah tak pakai CD, semua driver dan sofware main download dari website Line 6 je (yeke?).

Some knobs and buttons.

Akupun secara jujurnya baru terokai (explore) 40-50% daripada fungsi Pod X3 ni - guitar/bass effects, vocal effects, dual-tone, two rigs at once. Bab Pod Farm dan digital recording belum lagi aku cuba. Aku belum pandai main gitar/bass, malu nak rakam... Tapi aku memang suka bab-bab sound engineering dan teknikal gitar.

Second input - khas untuk equipment yang menggunakan
soket XLR, contohnya mikrofon.

Selalunya waktu jamming dengan rakan-rakan (sama ada Hepi ;) ataupun Metuk Ulau Projekt) memang 80% aku yang jadi vokalis merangkap bassist (atau kadang-kadang third guitarist). Jadi kalau dapat kawal kedua-dua efek (bass dan vokal) pada masa yang sama tanpa perlu membawa pedal efek yang berlainan (terutamanya efek vokal yang mahal dan susah nak cari), ini sudah kira bagus!

Sebab tu fungsi dual-tone (one instrument with two sound settings) dan two rigs (guitar+vocal or bass+vocal or guitar+bass or guitar+guitar) merupakan punca utama kenapa aku suka Pod X3 ni.

Perbandingan saiz dengan netbook Lenovo S10-2 aku.

Nak cerita apa lagi eh pasal Pod X3 ni? Terlalu kompleks dan teknikal untuk cerita semuanya dalam satu entri blog ni. Mungkin aku akan sambung lagi dalam entri yang lain secara berperingkat (kalau ada masa dan idea).

To be continued...

[Edited @ 9.00 am] Pod HD (300, 400, 500, Desktop) boleh guna untuk bass dan vokal juga ke?

_____
Ada apa: Apa? Alang-alang Pod HD terus?

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 9)


Lagi bungkusan poslaju dari yNot Studio yang diterima semalam (Khamis 28/7/2011). Kali ni bungkusan yang kecil saja, dan ada kaitan dengan Pod X3 dan ME-70 yang diperolehi hari tu.

Engbok dan yNot Studio (MMO Music) memang tak pernah menghampakan dari segi servis yang cepat dan harga yang rendah - recommended! Thanks again Engbok!

Cerita pasal ME-70 tu, baru kejap tadi ia dituntut oleh tuan punya (kawan kepada Korawk). Yup, memang orang yang sama yang order Zoom G2Nu hari tu. Sambil berborak-borak beliau mengatakan hasrat nak order power amp pula lepas ni (or maybe it was guitar amp head?).

Roland/Boss PSA-230 compatible adapter, XLR male to 1/4" mono plug cable dan dua keping picks Stagg sebagai penggenap nilai.

Custom ordered Kadas cable (3 metres) with Neutrik XLR male and 1/4" mono plug, yang bakal digunakan untuk input kedua (XLR input) pada Pod X3. Dengan adanya kabel ni, dua gitar (atau gitar+bass) boleh disambung pada rig Pod X3. Sebelum ni tanpa kabel sebegini, input kedua hanya dapat digunakan untuk mikrofon saja (gitar+mic atau bass+mic).

Neutrik XLR male head.

Disebabkan ME-70 tidak disertakan dengan adapter, dan tauke Dead Eye Guitars (DEG) pun tak dapat nak cari adapter Boss dari pembekalnya (katanya kehabisan stok), jadi aku cuba mencarinya di yNot Studio (nasib baik ada). Walaupun ia adalah adapter Roland dan bukan Boss, tapi Roland dan Boss kan adik-beradik. Dan adapter ni bertulis "PSA-230 compatible".

Korawk, tak jeles ke?

_____
Ada apa: Tiba-tiba rindu AX3000G aku dulu.

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 8)


Bungkusan yang sesat lari pi Tawau minggu lepas sudah selamat sampai ke pejabat aku pagi semalam. Walaupun ia merupakan bungkusan parcel post (poslambat) tapi ia dihantar oleh brader poslaju (kes tak nak langgar piagam kot?).

Dan yang pastinya pengirim tak salah tulis poskod Bintulu dan alamat aku terang-terang bertulis BINTULU, SARAWAK bukannya TAWAU, SABAH.

Bungkusan agak besar diterima dari yNot Studio (MMO Music), credits to Engbok for wrapping it securely with extra protection. Dari Penang sesat pi Tawau kemudian patah balik pi Bintulu pula, kesian... Benda apa pula kali ni?

Sneak peek dulu...

Dah lama aku order benda ni dari Engbok, rasanya pertengahan April lepas, selepas dapat tahu benda ni dah "out of stock + discontinued" di CK Music (as told by Bro Amizan). Disebabkan beberapa bulan lepas aku sibuk dengan Projek Mega 2011, jadi urusan benda ni terbengkalai sehingga awal bulan ni.

To be continued...

_____
Ada apa: Lepas ni memang aku akan pikir dua kali kalau nak guna poslambat.

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 7)


Bungkusan dari yNot Studio (MMO Music) kali ni ada kaitan dengan Behringer FX600. Diterima Khamis lepas (31/3/2011) setelah diorder dua hari sebelumnya, credits to Engbok once again for prompt service.

Oke, isinya ialah Behringer PSU-HSB-ALL 9V 1.7A universal power supply unit (AC adapter la tu). Amat sesuai untuk mereka yang ada banyak pedal/stompbox, dan leceh nak guna bateri 9V.

"1.7A current capacity can power more than 20 effects pedals, keyboards and other DC 9V gears." - hype dari website Behringer.

Behringer simple packaging.

Mula-mula aku bercadang nak beli sama ada Visual Sound 1Malaysia 1Spot (1.7A) atau Godlyke Powerall (f*cking 2.0A!), tapi ternyata PSU-HSB-ALL ni lebih berbaloi jika dibandingkan dengan 1Spot dan Godlyke, harga yang ditawarkan oleh MMO Music juga memang murah berbanding tempat lain (mungkin faktor pelanggan tetap/setia memainkan peranan di sini). Selain itu, masalah pada FX600 aku juga antara faktor kenapa aku memilih Behringer.

Package includes:

  • The 9V 1.7A adapter itself.
  • 2 units daisy-chain cables each with 5 connectors, equals to 10 pedals!
  • 4 assorted jumpers - 9V battery cap type (grey), phone connector type (blue), reverse polarity type @ positive center (red), extension cable (black).
  • 8 plastic caps, to insulate bare/unused connectors.
  • Incomplete manual (as usual).

Err... Aku tak jumpa pun perkataan "Behringer" pada adapter ni.

Hanya satu kelemahan yang aku jumpa - connector(s) pada daisy-chain yang dibekalkan adalah jenis lurus (straight), bukan bersudut (angled), walaupun ia amat sesuai untuk pedal-pedal yang power connector di sebelah atas seperti Boss, EHX dan Zoom, tetapi ia amat leceh untuk pedal-pedal yang power connector berada sebelah tepi seperti pedal-pedal Behringer. Jadi, sabo jelaaa~

_____
Ada apa: Sedang menyusun konfigurasi pedal-pedal, nak kena ada pedalboard juga ni...

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 6)


Dah lama aku terima bungkusan ni, diterima pada hari yang sama dengan pickup Tesla AH-1 iaitu pada Khamis 27/1/2011. Dan entri ni pun dah hampir masuk tiga bulan dalam bentuk draft. Bungkusan dari Engbok of yNot Studio yang berisi Behringer FX600 Digital Multi-FX pedal.

Seperti biasa, yNot Studio (aka MMO Music) merupakan tempat aku memperolehi produk-produk Behringer, disebabkan yNot Studio menjualnya agak murah jika dibandingkan dengan tempat lain, dan servis pun cepat. Kalau ada stok, hari ni order dan bayar, paling cepat barang akan sampai esok atau lusa.

"Studio effects processors sound really good, but they can bulky, complicated and expensive. Now you can have all the power and great sound of studio-grade, stereo effects processing, thanks to the ultra-affordable, and easy-to-use FX600." - hype website Behringer.

Behringer FX600 Digital Multi-FX - digital stereo multi-effects pedal, info lebih lanjut sila layari website rasmi Behringer. Dah lama aku berkenan dengan pedal ni, untuk digandingkan dengan [insert overdrive/distortion pedal name here] as a simple guitar rig hooked-up with clean channel of Cube-15. Dan pada harga yang tak sampai RM150, kita akan memperolehi enam efek digital dalam satu pedal - flanger, chorus, phaser, delay, tremolo dan pitch shifter.

Empat tombol - LEVEL, PAR 1, PAR 2 dan FX.

Sebenarnya aku cuma perlukan fungsi CHORUS sahaja. DELAY dan PITCH SHIFTER pada pedal boleh dikirakan sebagai bonus. Fungsi-fungsi lain; FLANGER, PHASER dan TREMOLO aku tak guna pun. Mungkin TREMOLO tu ada juga la terguna untuk main Twang clean. Malas nak review panjang-panjang, tengok sajalah video YouTube di bawah ni.

Oke, ni pendapat peribadi aku pasal FX600 ni.

Kelebihan

  • Multi-effects pedal at stompbox simplicity.
  • Stereo output.
  • Juga boleh digunakan sebagai vocal effects, PITCH SHIFTER amat sesuai untuk vokal ala-ala duet (harmonics).
  • It's a Behringer stompbox pedal = cheap.

Kelemahan

  • Hanya satu efek saja yang dapat digunakan pada satu-satu masa.
  • It's a Behringer stompbox pedal = plastic, somewhat not very durable nor battle worthy (paham-paham sajalah).

Dan satu masalah yang agak besar, pedal ni agak leceh bab power supply. Kalau guna bateri 9V memang tak sampai lima minit pasti akan ada masalah - LED mula berkelip-kelip kemudian bunyi pada output pun akan hilang.

Aku cuba guna AC adapter Zoom AD-0006E (9V 300mA) dan Roland ACR-230E (9V 500mA, adapter Micro-Cube), juga masih mengalami masalah yang sama. Aku mula suspek masalah arus (ampere) tak cukup kuat, jadi aku hantar semula ke yNot Studio untuk kepastian.

Menurut kata Engbok, setelah mencuba pelbagai jenis AC adapter, ternyata pedal FX600 ni memang leceh, ia hanya memilih AC adapter original Behringer PSU-SB (100mA) atau PSU-HSB-ALL (1.7A) sahaja untuk berfungsi dengan baik. Hahaha good marketing! Engbok juga bagitau ia bukan masalah ampere sebab dia pernah cuba dengan adapter berarus 2A, juga mengalami masalah yang sama.

Memandangkan aku ada beberapa pedal/stompbox, mungkin agak berbaloi juga kalau aku gunakan adapter ampere tinggi (daisy-chained). Well, that might be another story...

_____
Ada apa: Kalaulah semua pedal/stompbox Behringer diperbuat daripada logam (macam Beta-Aivin, Moen, Joyo) kan bagus...

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 5)


Rabu 27/10/2010 - Received yet another parcel from Penang. Yup, bila dari Penang memang tak lain tak bukan daripada Musyrif Abu Bakar Engbok of yNot Studio.

Aku order benda ni hari Isnin lepas (via SMS je), dihantar pada hari Selasa. Benda apa pulak kali ni? Seperti biasa, kalau dari yNot studio (under MMO Music Net) memang aku order stuff Behringer, sebab lebih murah berbanding tempat lain dan berurusniaga dengan Engbok memang lancar dan hassle-free, kali ni merupakan urusniagaku yang keenam dengan Engbok.

Oh ya, bendanya ialah Behringer BLE100 bass limiter enhancer. Apa fungsi limiter/enhancer ni? Yang tu pada asasnya kena bukak balik buku Fizik Matrikulasi topik Optik dan Gelombang, bab Frekuensi dan Modulasi. Susah-susah, baca je penerangan kat website Behringer.

Cheap plastic packaging. Hey, what you pay is what you get!

Seperti BOD100 dan BDI21 yang aku ada, pedal Behringer memang tidak mempunyai dokumentasi yang lengkap (terutamanya bab pasang bateri) dalam pakej bungkusannya, mujurlah aku dah berpengalaman mengendalikan pedal-pedal Behringer. Harganya? Hampir sama dengan pedal-pedal Behringer yang aku ada, termasuk pos cuma RM1xx sahaja.

Aku suka warnanya, warna hijau Petronas.

Aku perlukan pedal limiter/enhancer untuk "membantu" bass playing style aku yang kurang konsisten (masih beginner) sama ada guna jari atau pick. Cuma tinggal satu pedal bass saja lagi aku nak target iaitu pedal chorus, kira baru lengkap bass rig aku. Efek-efek yang lain (flanger, phaser, tremolo, delay, reverb) memang aku tak guna pun, jadi buat apa nak beli kan? Kalau kemaruk nak main efek-efek macam tu, kat dalam B2 aku pun dah ada...

Mesti ada yang akan tanya, dah ada B2 awat aku beli lagi pedal jenis stompbox sebijik-sebijik?

Btw, pedal ni merupakan klon Boss LMB-3.

Ada masa nanti aku review dalam entri lain. Tak sempat nak test dengan Black Ice, sebab aku dah pindahkan barang-barang kegitaran pi rumah sewa baru. Kecuali Replacement dan Micro-Cube saja yang masih tinggal. Hujung minggu ni pun tak dapat nak jamming sebab Sabtu aku sibuk pindah barang dan bersihkan rumah, Ahad pulak dah plan nak dating pi Sibu.

Bass amp coming soon :)

_____
Ada apa: Awat tak ambik stuff Boss kali ni?

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 4)


Rabu 22/9/2010 - Ya, ada lagi sesuatu dari yNot Studio yang aku order Isnin lepas. The best thing about dealing with Engbok, I just browse his MMO online store, sms him for best price and stuff availability, pay (via bank-in of account transfer) and within 24-48 hours you'll receive the item.

Beberapa bulan lepas aku ada merapu GASsing about USB guitar interface, setelah berpikir panjang aku pun mengambil keputusan untuk memilih Behringer USB Guitar Link UCG102 disebabkan harganya yang ekonomi (merely below RM250), cukuplah untuk n00bish bedroom axeman macam aku ni. Nanti dah rasa terer baru beli yang advance.

Simple packaging.

USB interface (sebesar modem 3G Celcom/Huawei lama), manual setebal satu inci, dua CD software EnergyXT2 (recording software) dan Guitar Combo (combo amp modelling software). Sayangnya software Guitar Rig tidak disertakan dalam pakej UCG102 ni.

Cool blue LED, untuk output aku guna Sony MDR-XD100 headphone.

Software Guitar Combo mempunyai tiga jenis virtual combo amp modelling iaitu Twang Combo (Fender type), Plexi Combo (Marshall type) dan AC Box Combo (VOX type). Ketiga-tiga merupakan demo version, untuk versi penuh (full version) kita cuma boleh aktifkan satu daripada tiga combo amp sahaja dengan nombor siri yang terdapat pada slipcase CD.

For sure I'll go for Marshall I mean Plexi Combo, sebab ia mempunyai distortion yang agak kasar dan berat sesuai untuk main Metal. Dua combo yang tidak diaktifkan masih lagi boleh digunakan dalam versi demo, cuma ia akan auto-close selepas 30 minit.

How's the performance, sound and ease-of-use? Nanti ada masa aku buat entri lain pasal UCG102 ni, sebab aku belum habis lagi explore software Guitar Combo. Software EnergyXT2 pun aku tak install lagi, sebab aku bukan nak buat recording pun hehehe...

_____
Ada apa: Guna bass pun boleh, cuma tadak setting yang khas untuk bass.

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 3)


Sebenarnya dah lama aku terima bungkusan ni, hari yang sama waktu aku terima GC-V gigbag (selepas beberapa jam kemudian). Disebabkan aku order benda ni 30/8/2010 jadi ia sampai selepas Hari Merdeka. Seperti tajuk entri, aku ada order sesuatu dari yNot Studio.

Bungkusan berisi Zoom G1N guitar effects pedal. MMO Music Net (nama online store untuk yNot Studio) ada buat Merdeka Sales sehingga 31/8/2010, beberapa barang memang price drop gila-gila (contohnya Behringer V-Ampire LX combo amp). Jadi aku tak lepaskan peluang untuk membeli G1N ni dengan harga yang cukup murah RM2xx, lebih murah daripada harga Year End Sale CK Music (murah beberapa ringgit je, bukannya puluh-puluh).

Zoom G1N guitar effects pedal, upgraded version of old Zoom G1.

Yang hairannya, kat dalam cuma ada manual dalam satu bahasa sahaja (English), tak seperti B1X, G1X, B2 dan G1M yang pernah aku beli dulu yang dibekalkan dengan manual dalam enam bahasa! Agaknya pihak Zoom nak jimat kertas kot? Empat keping pick Stagg tu sebenarnya nak menggenapkan nilai bayaran.

Sebenarnya pedal ni bukanlah untuk aku, ia dipesan oleh seorang kawan di Bintulu ni yang katanya akan diambil selepas gaji bulan September (beberapa hari lagi), sebab kalau aku yang beli kira alang-alang beli G1u atau G2Nu terus kan? Ada USB interface.

Sama je macam Zoom G1M, warna dan patches je lain.

Sementara menunggu tuannya menuntut pedal ni, aku tak lepaskan peluang untuk mencubanya. With simple rig Abominations -> G1N -> MDR-XD100 headphone. Tidak seperti patches G1M yang lebih kepada muzik Metal, patches dalam G1N ni lebih versatile seperti G1X. Country, Classic, Jazz, Reggae, Punk, Rock, you name it, semua ada patches yang sesuai (main lagu Sejati dan The Trooper pun best).

Nak main Metal? No problem, patch B0 (Deep Sand) memang sesuai untuk heavy chords muzik Metal. Ada tiga patches diambil dari G1M iaitu patch b9 (Nemesis II Rhythm), C0 (Buried Dreams II Lead Wah) dan C1 (Revolution II Clean). Ada jugak beberapa patches yang diambil dari signature pedal Zoom yang lain antaranya dari G1K, G2R dan G2G. Kesemua patches ni tidak terdapat pada G1/G1X.

_____
Ada apa: Nak menunggu CK Music 2010 Year End Sale...

Guitar Talk: Behringer V-Ampire LX Combo Amps


Behringer V-Ampire series was already discontinued and replaced by V-Tone series. Kalau masih ada kat pasaran pun mungkin ia stok lama. Behringer V-Ampire LX112 dan LX210 100/120 watt combo amps. Dengan 100-120 watt memang dah cukup kuat untuk jamming studio atau mini gig tanpa bantuan PA system.

LX112 - with 1 x 12" speaker

LX210 - with 2 x 10" speakers

Nampak sama je kan antara LX112 dan LX210 ni? Memang sama, perbezaannya cuma pada speaker yang digunakan.

Front interface - Modelling dan built in effects pun boleh tahan jugak; 32 amps, 15 cabinets, 16 effects dengan 125 ruang penyimpanan preset (aka patches). Dah tak payah nak sambung-sambung dengan multi-effects pedal atau stompboxes lagi. Foot switch was included too for easy access... Since it's digital, mungkin modellingnya taklah sehebat amp/cab sebenar, tapi kalau rotan dah tak ada, akar pun jadilah kan?

Back panel - external unbalanced and balanced (XLR) stereo output pun ada kalau nak sambung dengan cabinet tambahan atau mixer. Terdapat jugak MIDI interface.

Review kat Ultimate-Guitar pun bagi rating 8/10 kepada kedua-dua amp, quite good enough for cheap amps. I wonder why Behringer discontinued this amp line. Adakah V-Tone series lebih bagus daripada V-Ampire? Ataupun ia hanyalah proses penjenamaan semula (rebranding)? Itu aku tak dapat nak jawab.

Mungkin disebabkan nak menghabiskan stok, the famed yNot Studio menawarkan harga yang agak "gila-gila" untuk kedua-dua Behringer V-Ampire LX112 dan LX210 ni. F*cking 45-65% discount from retail price! Kalau nak dibuat perbandingan, harganya lebih kurang sama macam harga amp 30 watt! Damn! Good stuff, great price but at a wrong time of the year...

Btw, yNot Studio having their "Happy Merdeka Day! Sales" from 23-31/8/2010 (seems to be like stock clearance sale). Check out their online store here.

But the main question is - IS IT WORTHED?

Credits - imej-imej amp link dari website Behringer.

_____
Ada apa: Eh? Bonus raya ada ke tak?

Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 2)


Jumaat 23/7/2010 - It's a fast decision really, yesterday I've contacted Engbok of yNot Studio (Farlim, Penang), asking about DI unit especially Behringer DI boxes for guitar or bass. And came up with Behringer V-Tone Bass BDI21 - bass amp modeller, direct recording preamp, DI box in one stompbox size.

Seperti biasa, yNot studio memang tempat untuk aku mendapatkan produk-produk Behringer, sebab lebih murah berbanding premis-premis lain (BDI21 standard retail price RM180) dan senang nak deal dengan Engbok. Pagi semalam order, bank-in duit belah tengahari, pagi ni dah dapat bungkusan dari PosLaju, quite fast eh? Thanks Engbok, you rock! Credits to PosLaju staff too.

Behringer V-Tone Bass BDI21 pedal dan seunit patch cable Belden
(yang sepatutnya aku dapat dua unit waktu beli BOD100 dulu).

BDI21 ni boleh digunakan untuk bermacam-macam fungsi - preamp, overdrive, simple equalizer, tube sound emulator/modeller, direct recording dan fungsi paling penting sebagai DI unit. Dengan menggunakan XLR output, aku boleh cocok output bass rig aku ke PA system atau mixer dengan "selamat", no more overloaded high impedance sound signal rushing through. Dan normal output yang satu lagi aku boleh cocok kat bass amp (bila dah ada bass amp kelaklah).

As for other Behringer stompboxes/pedals, as expected with Behringer quality, this pedal was totally plastic! Except for the rubberised base plate which was metal, just make this pedal feels heavy and rugged. It's a Behringer, what did you expect? With couples of "manual" sheets only which doesn't really give you the idea what this pedal really was.

Powered by 9V battery or AC adapter (not included) but since I've got Zoom AD-0006E adapter, so it's not a big deal.

Normal 1/4" input/output jack dan balanced XLR output.
Nak kena cari kabel with XLR connector (microphone cable).

Imej link dari website Behringer.

Sound? Petang tadi dah buat soundcheck, test pedal ni bersama-sama Black Ice dan BOD100 beberapa minit kat makeshift studio with this setting Black Ice -> BOD100 -> BDI21 -> PA system. Not bad, not bad at all... Especially that presence and blend knob, kalau pandai cari setting yang sesuai memang boleh dapat sound yang agak "dalam".

Empat knobs yang atas tu pulak (drive, treble, bass, level) fungsinya seakan-akan overdrive knobs kat BOD100. Ground lift switch may reduce the humming sound if the rig wasn't earthed properly. Tapi buat pertama kalinya aku dapat pulas tombol PHAT-II preamp kat Black Ice aku full blast tanpa bunyi yang menggerunkan. Selama ni aku tak berani nak pulas tombol PHAT-II full blast, takut nanti akan menjejaskan PA system Bob Kandar.

Esok plan nak jamm lagi (bergantung kepada keputusan Bob Kandar), mungkin esok dapat test pedal ni seoptimumnya.

_____

Lain cerita,

Selain BDI21 ni, memang aku dah survey beberapa DI box (untuk bass) yang lain. Tapi memandangkan harganya agak mahal, in the end sucked-up with Behringer :)

Hartke VXL Bass Attack @ RM35x (kanan - imej link dari website Samsontech). Yang ni aku nak tunggu CK Music Year End sale, pastinya pedal ni harganya drop gila-gila macam tahun lepas.

Tapi tahun lepas aku ambik keputusan untuk beli Zoom B2, sebab waktu tu aku tak terpikir pun nak guna DI unit, apa itu DI unit pun aku tak tau...

MXR M80 Bass DI @ RM89x (kiri - imej link dari website Jim Dunlop). Awat la produk MXR ni harganya terlampau mahal? kalau bawah RM4xx tu kira mampu lagi la.


_____

Ada apa: Behringer pun Behringer la... It's not that bad after all.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger