Showing posts with label marshall. Show all posts
Showing posts with label marshall. Show all posts

REG Studio 2026


Sabtu (31/01/2026) - Dijemput oleh Azrol untuk *jamming saja-saja di REG Studio ketika menghantar EC-1000VB-nya (ex-Deluxe) untuk diservis malam sebelumnya kerana bermasalah pada pot. Tiada perancangan dan latihan, hanya harapkan muscle memory memainkan 3-4 lagu. Oklah, akupun dah lama tak jamming, dapatlah juga menjadi platform untuk mencuba memandu uji gitar dan pedal.

Kali ini giliran **Horizon (GrassRoots G-HR3-68) dibawa untuk dipandu uji kerana tidak pernah lagi dibawa jamming lebih-lebih lagi selepas dipasang dengan set Seymour Duncan Jazz/JB Mac tahun lepas. Sekali lagi berpeluang menggunakan amp lagenda JCM800.

Juga baru berkesempatan menggunakan gigbag ukulele Ibanez IUBS301 sebagai beg sampingan untuk mengisi pedal, adapter, kabel, strap, dll. Pedal LT-Dual dipilih kali ini sebagai overdrive/front-end booster JCM800 bersempena 10 tahun ia dalam axology aku tahun lepas. MS-70CDR pula seperti biasa untuk chorus/delay/reverb dalam effects loop.

Mulanya agak menyesal membawa LT-Dual ini kerana secara sonik bunyinya agak kureng jika digunakan sebagai overdrive (low gain, high volume) melalui high sensitivity input pada JCM800. Aplikasi yang sebelum ini amat cemerlang jika menggunakan pedal GT-OD atau overdrive lain seperti MojoMojo atau SD-1.

Tapi bila guna low sensitivity input, barulah LT-Dual ini cemerlang digunakan sebagai mild distortion unit (mid gain, mid volume) terutama channel 1 berbanding channel 2 yang agak boomy. Maka ternyatalah LT-Dual ini adalah sebuah pedal distortion dan bukannya overdrive. Demo? Video? Tak ada, ini semua temberang saja...

*Sebenarnya Azrol dan rakan-rakan termasuk Bro Eden (tauke studio) sedang dalam proses mencari ilham dan praktis lagu terbaharu projek kolaborasi mereka. Aku? Aku menempel saja di situ, tidak terlibat dengan projek.

**Mulai 2026, Horizon ini akan aku gelar TOFU atas sebab karekter putihnya yang seakan-akan tofu/taufufah.

"Buat masa ini ia akan digelar HORIZON sahaja sehinggalah dapat nickname yang sesuai."

- Entri GrassRoots Brado.

_____
AADI: Masih rasa janggal guna superstrat.

MUP Comeback?


Sabtu (27/09/2025) - Sessi jamming "comeback" di REG Studio sebagai entiti MUP setelah sekian lama dorman. Tiada latihan, hanya harapkan muscle memory untuk memainkan lagu-lagu playsafe yang biasa dimainkan suatu ketika dahulu. Sebenarnya matlamat sekunder adalah untuk memandu uji amp, gitar dan pedal. Juga disertai oleh Asri Cop Kids sebagai bassist jemputan.

Kali ini aku berpeluang menggunakan amp Marshall *JCM800 + 1960AHW REG Studio yang baru diperolehi tahun lepas. Bukan selalu dapat main amp harga 5-digit (rujukan harga - head, kabinet). Atas sebab itu, akses untuk menggunakan amp ini ketika jamming hanya diterhadkan kepada rakan-rakan gitaris terdekat sahaja.

Mulanya ingin membawa Iron Cross, tetapi memilih Swede kerana gilirannya untuk dipandu uji semasa jamming setelah hampir tiga tahun dalam axology. Lebih-lebih lagi selepas dipasangkan dengan kombo PAF Pro/Super 3.

Aku juga ada membawa amp head BanTamP XL Zombie II untuk dipandu uji dengan beberapa kabinet 4x12" yang ada di REG Studio. Di rumah aku hanya pernah menggunakannya bersama-sama kabinet 1x10" Vox V110NT. Di REG Studio aku sempat mencubanya dengan kabinet Randall RG412.

JCM800 REG Studio ini adalah model 2203 Reissue, memiliki effects loop di belakang. Untuk setup aku, pedal MS-70CDR digunakan di sini untuk efek-efek chorus, delay, reverb dan solo boost.

Dua pedal overdrive/distortion yang terpilih dalam entri lepas (GT-OD dan Dark Matter) sebagai front-end booster (max VOLUME, min GAIN). JCM800 ini hanya ada satu channel sahaja dan amat cemerlang untuk bunyi overdriven. Kalau nak clean, kena pandai bermain gain dan tombol volume pada gitar.

Secara tunggal seadanya, bunyi amp ini hanyalah se-rock 'n roll ala AC/DC. Tapi jika ditambah overdrive, ketika inilah karekter lagenda JCM800 itu diperolehi. Bunyi NWOBHM dan early thrash metal memang senang-senang dapat.

Setting yang aku guna - PRESENCE-0, BASS-8, MIDDLE-8, TREBLE-0, MASTER-2, PRE-AMP-5. Tube amp 100 Watts memang agak overkill untuk setup studio jamming, pada VOLUME suku pun sudah kira cukup bingit jika berdiri betul-betul di hadapan amp. Antara sebab kedua-dua tombol PRESENCE dan TREBLE tadi pada nilai minimum.

Azrol pun sempat mencuba Zombie II aku dengan kabinet Laney LX412A. Tapi pendapat aku, kabinet Randall tadi lagi padat bunyinya. Untuk sessi jamming pula Azrol menggunakan amp Ceriatone Overtone Special FM 50. Katanya dia suka bunyi ala Plexi amp ini yang cut-thru.

Post-mortem

  1. Hagstrom Ultra Swede - Kedudukan suis toggle di belakang bridge yang agak janggal untuk aku yang sudah biasa dengan suis di bahagian atas pikap neck standard Les Paul. Saiznya yang lebih kecil berbanding Les Paul juga sedikit sebanyak mengganggu keergonomikan perut aku yang boroi. Respon pikap PAF Pro/Super 3 tetap mantap.
  2. MXR M193 GT-OD - Tetap ganas memacu amp-amp tiub berbanding overdrive lain dalam axology aku.
  3. TC Electronic Dark Matter - Sebagai booster, bunyinya agak kelam sedikit (darker), sesuai untuk boosting amp jenis bingit. Jika di-gain stack-kan dengan overdrive lain, contohnya GT-OD di atas, ia boleh menghasilkan distorsi yang ampuh sesuai untuk clean amp.
  4. Marshall JCM800 2203 Reissue - Amp lagenda antara lagenda, kena ada ilmu kalau nak guna amp ini. Tapi kalau diberi pilihan aku lebih suka menggunakan amp Orange Rockerverb 100 MkIII kerana ada dua channel, built-in reverb dan gain yang tinggi tanpa perlu booster/overdrive.
  5. Joyo BanTamP XL Zombie II - Dengan kabinet 4x12" barulah keganasan amp ini terserlah. Cukup padat (tight) walaupun pada suku GAIN - sesuailah dengan hype-nya sebagai klon amp Mesa/Boogie Dual Rectifier. Mungkin akan menggunakan amp ini untuk sessi jamming akan datang jika tidak mendapat akses kepada amp JCM800 atau Rockerverb REG Studio.
  6. Ingin praktis cover lagu-lagu Wings era Orang Asing untuk sessi akan datang.

_____
AADI: *Kalau aku ada dana begini, aku akan pilih model JVM410H yang lebih moden.

Wordless Wednesday: JCM800/1960AHW REG



_____
AADI: Belum ada peluang pandu uji.

Sepetang Di REG Studio (Part 2)


Sabtu (20/11/2021) - Mula menjejakkan kaki di REG Studio untuk sessi latihan dan membiasakan diri dengan suasana baharu studio. Studio ini dirancang menjadi lokasi acara Facebook live stream bersempena ulang tahun ke-10 MUP yang dirancang Sabtu ini *27/11/2021. Serius, kali terakhir aku ke sini tahun 2015, setengah jam sesat mencari lorong, suasana persekitaran pun sudah jauh berbeza.

Beberapa rakan tidak dapat menyertai sessi ini - Korawk awal pagi lagi bergegas balik kampung isterinya atas urusan kecemasan keluarga, Azrol pula ada urusan sepanjang petang. Hanya aku, Nuing, Bob Kandar dan Rody Erectus (drummer jemputan, merangkap drummer kedua) yang dapat hadir.

Hah, inilah tarikan terbaharu studio ini iaitu Orange Rockerverb 100 MKIII dengan kabinet seragam PPC412. Bukan selalu dapat peluang main amp mahal (check the price), antara amp final fantasy selain Marshall JVM410H.

Mesti pakai t-shirt Orange liao~

Goldie-senpai digunakan seperti dirancang dalam entri sedekadnya, terus ke amp tanpa sebarang pedal. Serius, bunyi dirty channel memang kaw-kaw seperti yang diura-urakan walaupun Goldie hanya bernadi set pikap Epiphone Alnico Classic. Tapi sayang pada hari kejadian amp ini akan digunakan oleh Azrol, rujuk perenggan kedua akhir.

Nuing masih setia menggunakan Ibanez RG331M dengan pemprosesan Boss GT-1 ke Marshall AVT100, amp lagenda studio ini. Dulu mereka memiliki dua Marshall AVT - AVT100 dan AVT50 - tapi AVT50 dah rosak. Amp Fender Bassman 100T di belakang sana masih kukuh...

Dirancang untuk line-up "MUP signature" 3-amigos aku-Azrul-Nuing untuk hari kejadian. Tapi atas sebab-sebab tertentu Korawk tidak memberikan komitmen sebagai bassist untuk kesemua setlist. Untuk tidak melancarkan proses latihan seterusnya, aku akan menggalas tugas sebagai bassist sepenuhnya pada hari kejadian.

Cobaan~

*Dan semasa entri ini ditaip, tarikh terpaksa ditunda disebabkan penganjur (Korawk) tidak dapat berada di Bintulu pada tarikh yang dirancang atas masalah kecemasan keluarga pada perenggan kedua tadi. Tarikh tundaan sebenar masih belum diputuskan, cadangan utama pada Sabtu seterusnya 04/12/2021...

_____
AADI: Maaf, tak banyak gambar diambil.

Wordless Wednesday: Marshall Nita



Oh Nita~ (Image: Marshall)
_____
Ada apa: Dah tak guna Blackstar dan Roland?

Di Sebalik Tabir Jepak Mini Gig


Sambungan entri Jepak Mini Gig awal bulan lepas (selepas 18 hari, hahaha), beberapa gambar yang ada dalam Zenfon aku sebelum dan selepas persembahan MUP.


Aku tiba sekitar pukul 10.00 pagi, tersesat sekejap kerana tak biasa dengan jalan dan lorong di Kampung Jepak. Waktu aku sampai di lokasi, band kedua sedang membuat persembahan, aku lupa band apa.


Kalau tak silap ini persembahan band ketiga atau keempat, Nawaitu band. Kelihatan kelibat ex-gitar hibrid si Korawk di situ digunakan oleh Lan COG (kanan).


Pra persembahan MUP, Bob Kandar sedang menala dan soundcheck drum. Drumset Ludwig dan hampir semua simbal adalah daripada jenama Meinl.


Amp-amp yang digunakan untuk gig ni agak "over-par" berbanding lokasi. Contohnya, amp #1 ialah Randall KH120RHS Kirk Hammett signature dengan kabinet serasi KH412.


Amp #2 juga adalah Randall model RG1503H dengan kabinet serasi RG412. Tapi sayang, seperti KH120 di atas tadi, ia tidak digunakan seoptimumnya kerana hanya clean channel digunakan.


Amp #3 Marshall MG102DFX yang sebenarnya merupakan amp backup, atau untuk kegunaan band yang ada tiga gitaris seperti MUP. Aku memilih amp ni semasa persembahan MUP kerana dah biasa menggunakannya ketika di 36 Studio dahulu.


Amp bass Orange CR100BXT, abang long kepada CR50BXT yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.


Amp bass backup Peavey MAX112, pernah digunakan semasa sessi jamming Tupa Blacen beberapa tahun lepas.


Rehat pukul 12.00 tengahari sehinggah 1.00 petang untuk memberi laluan rehat Zohor, kebetulan surau di belakang tempat kejadian. Ya, MUP ada dua kali persembahan #1 sebelum rehat (2+ lagu), dan #2 selepas rehat (4+ lagu).

Cuaca mendung kemudiannya hujan renyai-renyai, air mula masuk ke kawasan gelanggang sedikit demi sedikit...


Project Band yang membuat persembahan selepas persembahan #2 MUP. Keadaan pentas sedikit sempit disebabkan kawasan sekeliling yang basah dek hujan. But the show must go on.


Gambar terakhir sebelum aku balik (sekitar pukul 3.00 petang), terpancar wajah ceria pengarang Pentagran Di Atas Pusara merangkap bassist MUP sambil memuat naik video dan gambar kejadian ke media sosial.

Dikhabarkan sessi gig berlangsung sehingga lewat petang dengan persembahan beberapa buah band lagi, kemuncaknya persembahan geng-geng otai daripada Pro-X Band (Bintulu Rockers Re-Union).

_____
Ada apa: Stage Of The Beast boleh lawan tak?

theGUITARaddict! (Part 9)


Perolehan hujung tahun yang keempat, sebuah kotak kecil tapi berat beralamat dari Kota Singa, kiriman Bro Sub (The Guitar Addict). Diterima semalam setelah hampir sebulan belayar.

Berdasarkan entri Sale @ Davis, aku memesan sebuah pedal Marshall EH-1 Echohead melalui perantaraan Bro Sub.

Aku tertarik dengan pedal delay Echohead yang merupakan pedal termurah dalam senarai. Walaupun dengan nilai ringgit yang jatuh, tapi masih murah untuk sebuah pedal delay.


Buka saja kotak, memang terkejut bila ada "kotak lain" selain Echohead, kotak hijau berisi Blackstar LT-Dual. Ya, benda yang sama seperti dalam entri ni. Katanya hadiah bonus, mutual gift. Alhamdulillah terima kasih Bro Sub, aku anggap ia sebagai hadiah harijadi aku beberapa belas hari lagi (birthday comes early?).

Untuk entri ni aku cerita pasal Echohead sahaja, LT-Dual tu akan ada entri berasingan.


Aku dah ada pedal delay iaitu Boss DD-3, tapi apa salahnya memiliki sebuah lagi pedal delay kan? Seperti DD-3, Echohead ni juga merupakan sebuah pedal delay jenis digital. Fizikalnya sama seperti pedal JH-1 The Jackhammer yang pernah dimiliki sebelum ini, berat dan tegap.


Apa yang menarik mengenai Echohead ni, ia memiliki enam jenis mode delay - HIFI, ANALOGUE, TAPE ECHO, MULTI TAP, REVERSE, MOD FILTER. Lebih kurang macam delay yang biasa ada pada multi-effects. Nak terangkan setiap jenis, adalah lebih baik tengok video di bawah ni.


Dalam enam jenis delay ni, mungkin aku hanya gunakan mode HIFI dan ANALOGUE saja kot? Yang lainnya boleh dieksperimenkan lain kali.


Telah dicuba secara impromptu malam tadi bersama-sama LT-Dual. Prestasi penuh akan dicuba semasa sessi jamming Hepi;) mungkin selepas cuti Krismas nanti. Tunggu Sang Korawk balik Bintulu.

Terima kasih Bro Sub sekali lagi.

_____
Ada apa: Kalau masih ada stok, dana dan peluang, nak cuba pesan Eden WTDI pula.

Sepetang Di REG Studio


Gara-gara tiada tempat untuk jamming (makeshift studio kekurangan kelengkapan) akhirnya kami memilih REG Studio sebagai tempat melepas gian.

Tukang pukul.
Atas sebab-sebab tertentu, dah lama kami tak jamming di REG Studio ni, kali terakhir dua tahun lepas.

Tukang gentel.
Tiada apa-apa perubahan pada studio ni, yang berubah hanyalah posisi kelengkapan serta perjalanan menuju studio ini lebih mudah berbanding dahulu.

Tukang hiris.
Serius, bila dah lama tak main secara 3-piece, bunyi-bunyian yang dihasilkan kedengaran agak "longgar". Akupun dah lama tak main bass, terasa macam ada yang tak kena...

_____
Ada apa: Vokal pun dah teruk, mungkin faktor usia...

Sepetang Di Master Jam Music Studio


28/2/2015 - Selepas kehilangan arah untuk jamming disebabkan penutupan 36 Studio, kami mencuba studio lain sebagai alternatif untuk melepas gian jamming, mungkin sessi jamming terakhir entiti 3-piece Hepi;) sebelum aku hiatus?


Azrol mencadangkan untuk mencuba Master Jam Music Studio, aku pada mulanya membantah atas sebab kadar sewa yang agak mahal iaitu RM45 sejam (kadar hujung minggu). Azrol memujuk supaya memberikan peluang kepada studio ni, jika tidak "sesuai" maka inilah sessi pertama dan terakhir.


Master Jam ni terletak di Li Hua Plaza yang juga sebenarnya merupakan bekas Z-Studio, mungkin bertukar pengurusan kot? Setiap langkah menaiki anak tangga menuju studio ni mengembalikan nostalgia ketika Metuk Ulau Project mula menggila penghujung 2011 dulu.

Terdapat dua buah bilik kecil untuk jamming, kami menggunakan studio B. Disediakan dua buah gitar Stratocaster jenama Squier dan Jazz Bazz juga jenama Squier, tapi seperti sessi jamming yang lain kami lebih selesa membawa gitar sendiri.


Amp pertama ialah Marshall MG50DFX (discontinued model), 50 watt sahaja, tapi aku rasa dah cukup kuat untuk saiz bilik. Dah biasa guna amp Marshall MG-series, setting untuk amp ini tiada masalah. Disediakan juga stompbox Behringer Ultra Metal UM300, jika anda tak berpuas hati dengan distortion/drive Marshall.


Amp kedua ialah Ibanez Toneblaster 50R (discontinued model), juga 50 watt. Amp ni lebih "straightforward" berbanding MG50DFX. Di bawah amp ni disediakan sebuah pedal Boss Distortion DS-1.


Drumset 5-piece ni macam pernah aku tengok, macam yang pernah digunakan ketika era Z-Studio dulu, yang berbeza cuma warna dah kuning emas berbanding hitam.


Untuk amp bass pula disediakan amp jenama Park, aku lupa model apa. Oleh kerana sessi kali ni tiada bassist, maka apa-apa yang berkaitan bass tidak diganggu.


Azrol semakin serasi dan kompeten menggunakan Zoom G7.1ut yang disambung pada clean channel amp Toneblaster 50R tadi.


Bob Kandar yang datang setengah jam kemudian kerana masih menyangkakan sessi bermula pukul 3.00 petang (kes tak baca SMS). Rasanya dah sebulan lebih tak jamming bersama Bob Kandar, walau bagaimanapun "chemistry" Hepi;) masih ada.


Masih kekok menggunakan Dark Moon (EC-256) yang masih bertali asal D'Addario 10-46 pada talaan standard. Buat masa ni, aku berpuas hati dengan pikap ESP LH-150 yang ada dan belum tergerak hati untuk menukarnya.


Setup aku pula agak ringkas (travelling light), EHX East River Drive sebagai booster drive channel amp MG50DFX tadi, dan Boss Mega Distortion MD-2 untuk distortion yang lebih "bassy" supaya serasi dengan muzik tanpa bass.

Ok, Master Jam Music Studio ni taklah seteruk yang disangka, tak jauh beza seperti zaman Z-Studio dulu. Cuma aku agak tak setuju dengan kadar sewa RM45 sejam. Jika kami yang dah berkerjaya ni pun mengeluh, apatah lagi budak-budak sekolah? Lebih berpatutuan sekiranya sewa sekitar RM30-35 sejam seperti Z-Studio dulu.

KLMJ, Daymare before Christmas - 24/12/2011
_____
Ada apa: Mungkin sebab kami dah biasa "bermewah" ketika di 36 Studio dulu kot...

Wordless Wednesday: Hampir Tiga Bulan Tak Jamming



Minimalist.
_____
Ada apa: VXL terpaksa dikeluarkan.

Distortion MAY-hem


Entri ini tidak merujuk kepada set pikap Seymour Duncan.

Dengan perolehan JH-1 minggu lepas, aku dah ada lima ketul pedal distortion jenis stompbox dalam axology - DS-1, JF-03, *JF-01 dan CM-1.


Nak buat apa pedal distortion banyak-banyak ni? Entahlah, ada yang dibeli sebab ingin mencuba, ada juga yang dibeli disebabkan terGAS. Nasib baiklah kelima-limanya merupakan pedal stompbox murahan. Worst case scenario, jadi koleksi jawabnya...

Tapi yang pasti, setiap satunya ada karekteristik tersendiri. Walaupun aku suka bunyi distortion JF-03, tapi DS-1 tetap menjadi distortion utama menggantikan MT-2. DS-1 lebih menyerlah pada volume yang tinggi berbanding bunyi metallic MT-2 (pendapat peribadi).

*Ok, kalau diikutkan kategori, JF-01 tu sebuah pedal overdrive bukannya distortion.

_____
Ada apa: Selamat berbulan Mei, tukang blog pun ambil kesempatan untuk bercuti.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger