Antara Dunlop Dan D'Addario


Ini merupakan kali kedua aku memesan barangan kegitaran terus daripada website Bentley Music, kali pertama 2017 dengan gigbag bass Ritter (tak buat entri pula). Pengeposan percuma menggunakan Poslaju (duh~) untuk pembelian melebihi RM100. Ironinya, bungkusan ini tiba seminggu dan bukannya sebulan (mun paham bisa~).


Bentley dipilih kerana harga kedua-dua item ini lebih murah berbanding berbanding premis-premis online lain mahupun platform Lazada/Shopee. Contohnya Dunlop Straplok SLS1034GL dengan kemasan emas ini masih lagi murah (batch lama?) berbanding tempat lain yang sudah mendadak naik (batch baharu?).

Begitu juga dengan set tali bass D'Addario EXL220BT yang berdiskaun 10%. Biasanya versi balanced tension (EXL220BT) mahal sedikit berbanding versi biasa (EXL220).

_____
AADI: Salam Aidiladha 1441H, masih lagi suasana "raya PKP" di sini.

Dark Star Goldie


Untuk kesekian kalinya (ya sekali lagi) abang long Goldie ini bertukar pikap selepas set DiMarzio classic rock (PAF 36th + Super Distortion) sebelum ini dirobek keluar untuk didagangkan seperti dalam entri semalam.


Dipasangkan dengan set pikap Entwistle Dark Star zebra yang ada dalam stok peribadi (satu-satunya set yang masih tinggal, jual pun tak ada orang berminat) sebagai pikap sementara sehingga ada set pikap yang lebih sesuai. Atau akan dibiarkan terus dalam gitar ini jika prestasinya unggul.


Dipasang secara humbucker penuh tanpa opsyen split atau parallel. Pemasangan tidak sampai 15 minit, kerana isi perutnya sebelum ini (50's wiring) telah disusun supaya mudah untuk dipateri tanpa perlu membuka dan mengeluarkan kesemua potentiometer.


Kalau ikutkan cerita, set pikap ini pada asalnya diperolehi untuk dipasangkan pada Goldie, tetapi telah dipotong oleh set Tesla Plasma-X1 yang diterima pada hari yang sama. Set ini hanya pernah dipasang pada ex-Neon, pada gitar tersebut pikap ini adalah on beast mode, pada Goldie pula ia agak kelam (dark). Demo? Boleh singgah jenguk YusTech, aku bukannya *reti main gitar...

_____
AADI: *Jika di hadapan kamera.

Pickup Trader


Ada rakan seperhobian kenalan Jamtank berminat dengan pikap-pikap dalam stok peribadi aku dan memborong hampir *kesemuanya - DiMarzio Hurricane set (Evolution + D Activator), classic rock set (PAF 36th Anniversary + Super Distortion) dan EMG 89.

Guna kotak pikap Tesla.
Classic rock set dikeluarkan daripada Goldie, walaupun dikatakan paling ampuh untuk gitar tersebut, tapi ia dilepaskan jua dan kini masih lopong tanpa pikap. Ini merupakan transaksi secara pertukaran (trade, kecuali EMG 89 yang dibeli tunai) dengan set pikap yang dimiliki oleh rakan tersebut. Dijangkakan untuk entri minggu depan.

*Hanya tinggal DiMarzio X2N dan Entwistle Dark Star zebra set sahaja yang tinggal dalam stok peribadi tanpa gitar perumah.

_____
AADI: Kalau jual tunai, dapat sebuah gitar ni...

Ada Apa Dengan Carbon Masks?


Ok, ini boleh dikira sebagai pembelian impulsif. Kalau ikutkan ceritanya, sebelah siang tak jadi beli topeng muka di Shopee kerana kos penghantaran lebih mahal berbanding harga topeng.


Tapi sebelah malam pula TERbeli Carbon Masks yang agak premium selepas tertarik dengan iklannya di Instagram. Buatan Malaysia dengan pengeposan percuma dihantar menggunakan Ninja Van dan bukannya Poslaju (nasib baik).


Materialnya nampak seperti fabrik seluar dalam (kah kah kah), di dalamnya ada penapis yang katanya boleh bertahan 20 kali penggunaan sebelum ditukar, dan ia boleh dibeli berasingan (strategi pemasaran).


Topengnya pula boleh diguna berkali-kali dan disarankan untuk dicuci sehari sekali atau beberapa hari jika jarang digunakan. Pastikan penapis dikeluarkan dahulu sebelum topeng dicuci. Bagi aku, penapis ini hanya berkesan untuk musim-musim jerebu dan bukan musim-musim PKP ni (kalau faham konsep pemakaian topeng muka).


Dengan pengalaman bekerja aku berbelas tahun yang sentiasa memakai PPE (surgical, N95 & filtered respirator), ternyata topeng jenama Carbon ini agak selesa untuk kegunaan harian tatkala isu semasa masih belum selesai. Ia juga nampak ranggi metropolis.

_____
AADI: Persediaan 01/08/2020?

Wordless Wednesday: Selamat Hari Sarawak



Entri lama.
_____
AADI: Cuti.

Kembalinya Tommy


Bass Ibanez SR300 (Tommy) ini pula berjaya diperolehi semula secara pertukaran (trade) + tunai dengan gitar akustik Ovation Celebrity CC24S (ex-Celeb) dalam entri semalam.


Serius, selepas "menyewa"nya untuk kegunaan gig Metuk Ulau Fest 2020 bulan Januari lepas dan ketika berjaya mendapatkan semula abangnya Francesco bulan lepas, aku mula rindu dengan bass hijau ini. Selain ringan dan selesa, kemasan metallic forest (MFT) juga merupakan *mojo utama.


Amat bertentangan dengan azam awal tahun iaitu untuk mengurangkan axology dengan mengorbankan haluan bass. Tapi tak mengapa, 2020 pun bukannya adil dengan kita. Kini kembali memiliki dua buah bass dalam axology. Harapnya tidak lagi tergerak hati untuk melepaskan bass ini.

Seperti kes Francesco, aku juga berterima kasih kepada tuan punya sebelum ini yang menjaganya dengan baik selain memahami perasaanku yang rindukan bass ini.

_____
AADI: *Self-proclaimed IDK sig Mark IV.

Let-Go: Celeb


Dalam entri ketika ia diperolehi dulu aku pernah kata gitar akustik biasanya tidak akan bertahan lama dalam axology aku. Walau bagaimanapun Ovation Celebrity CC24S (aka Celeb) ini mampu bertahan hampir tiga tahun dan berjaya dilepaskan kepada seorang *rakan sepergitaran Bintulu.


Pernah beberapa kali diiklankan tetapi tiada sambutan. Nampak sangat jenama Ovation ini agak asing dalam kalangan rakan-rakan.

Harapnya selepas ini tidak lagi terGAS dengan gitar akustik. Jika teringin untuk bunyi-bunyian gitar akustik, guna sahaja modeling dalam RP360 atau Micro Cube GX.

_____
AADI: *Tolong praktis bahagian akustik lagu Dragon.

Ada Apa Dengan Yit Foh Drip Coffee?


Sebelum ini aku dan Mrs. Ijau rajin beli kopi jenama Yit Foh Coffee (aka kopi Tenom) jenis segera versi 3-in-1 dan 2-in-1. Kali ini aku terjumpa versi yang agak premium, jenis drip coffee. Dalam tiga perisa yang ada, aku memilih Italiano Coffee berbanding Americano atau Java Mandheling.


Satu peket memang cukup-cukup *pekat untuk satu hidangan (kole/mug), kalau guna coffee maker kena guna 2-3 peket, kalau tak memang cairlah rasa kopinya. Ditambah gula dan susu atau krimer secukup rasa.


Petuanya guna air panas sepanas mungkin, sekitar 95-98°C atau lepas mendidih lagi bagus. Tapi biasanya aku akan biarkan separuh terendam untuk beberapa minit supaya kopinya betul-betul larut. Namun rasa kopinya taklah sampai tahap rasa kopi di premis McCafe (rasa kopi yang dicari sebenarnya).

_____
AADI: *Kalau tak kena waktu, memang boleh pening dibuatnya, hahaha...

Wordless Wednesday: Thank You Mr. Imahara







A post shared by Kari Byron (@therealkaribyron) on









_____
AADI: Grant Masaru Imahara 1970-2020.

Alas Suis Pepijak Warna-Warni


Tergerak hati untuk mendapatkan gula-gula alas suis pepijak (footswitch toppers) Mooer warna-warni ini. Platform Shopee dipilih kerana lebih murah berbanding platform lain (serius, pos parcel biasa dari China lebih cepat sampai berbanding Poslaju).


Fungsinya supaya suis pepijak pada stompbox lebih senang dipijak, lebih-lebih lagi jika kaki tidak beralas (berkaki ayam, buka guna kaki ayam).

Pembelian sampingan ialah dua unit fretwrap ciplak imitasi berjenama Rockhouse (18 dan 20 cm). Ia merupakan imitasi fretwrap jenama Gruv Gear tapi pada harga yang rendah (1/7 harga Gruv Gear) tapi kualitinya ala kadar. Kalau bukan pasal harganya, memang terasa menyesal beli, rasanya tak perlulah aku ulas...


Hanya suis pepijak pada MS-70CDR sahaja yang tidak muat dengan topper ini, selebihnya seperti gambar di atas. Pada pendapat aku, ia lebih menyerlah pada RP360 jika dipadankan dengan kod warna kuning, jingga dan merah bersesuaian dengan patch yang aku set (clean, crunch, lead).

_____
AADI: Biasanya aku guna pengikat rambut.

Beg Gitar Berkembar Cap Buaya


Sudah lama teringin memiliki sebuah gigbag yang boleh memuatkan dua buah gitar seperti Gator GB-4G-ELECX2 ini. Pernah cuba mendapatkannya daripada pengedar rasmi Gator di Malaysia, tetapi kos penghantaran yang ditawarkan mencecah kos penghantaran sebuah hardcase, agak tidak berbaloi.


Kali ini berjaya diperolehi daripada The Guitar House (Teluk Intan, Perak) melalui platform Shopee (kena sabar menanti Poslaju lah). Seller ini dipilih kerana kos penghantaran yang ditawarkan lebih murah berbanding seller lain.


Ia merupakan gigbag standard siri 4G dan tidaklah sehebat siri Transit mahupun Pro-Go dari segi ketahahan dan ketebalan. Kedua-dua ruangan depan dan belakang adalah sama, tiada velcro atau neck-support di dalamnya, hanya padding tambahan di bahagian bawah untuk menampung berat gitar.


Tiada apa-apa yang menarik mengenai gigbag ini selain boleh memuatkan dua buah gitar sekaligus. Sebagai gigbag bersaiz standard, ia boleh memuatkan gitar berbentuk Stratocaster seperti So-Cal.


Juga boleh memuatkan gitar Les Paul dan singlecut lain seperti Goldie. Tetapi tidak disarankan untuk menggalas dua buah gitar berat sekaligus, amat memudaratkan bahu pengguna.


Zip pada poket hadapan agak istimewa kerana boleh memegang sekeping pick gitar bersaiz standard. Pick Gator yang disertakan akan disimpan dalam koleksi dan diganti dengan pick lain yang sama saiz.


Amat sesuai untuk membawa dua buah gitar untuk sessi jamming ataupun gig, sama ada berlainan talaan ataupun gitar sandaran (backup). Sebelum ini untuk gig biasanya aku akan membawa dua buah gitar dalam gigbag berasingan. Gitar backup biasanya ditinggalkan dalam kereta, hanya gitar utama dibawa ke tempat kejadian.

_____
AADI: Cap buaya lagi.

Hepi;) Makeshift Studio Reloaded (Part 3)


Hepi;) Makeshift Studio sekali lagi kembali beroperasi setelah hiatus hampir tiga tahun. Dan kali ini perkataan "makeshift" sudah boleh dibuang kerana telah memperolehi sebuah lokasi kekal (permanent) iaitu sebuah bilik yang sudahpun tersedia dengan dinding berpad.


Cuma perlu sedikit kerja untuk mengemas bilik ini yang berbau busuk kerana telah lama dijadikan stor, aircon perlu diservis, dan barangan yang masih ada perlu dipindah, dikemas, disusun semula atau dibuang.


Barangan studio mula dibawa masuk secara berperingkat sejak minggu lepas, terutama drumset dan PA system kepunyaan Bob Kandar. Sessi kali ini hanyalah sessi percubaan, kerana studio belum disetup sepenuhnya.


Hanya tiga orang sahaja terlibat kali ini (sosial distancing?); aku, Bob Kandar dan seorang rakan sekerja (dalam AADI akan dikenali sebagai Methodman) yang memiliki gitar Squier J5 Telecaster (ex-Johnny) aku yang dilepaskan beberapa tahun lepas. Menggunakan amp LX65R aku tanpa sebarang efek. Amp ini akan ditinggalkan di studio ini sahaja, kalau di rumah pun bukannya dapat guna seoptimumnya.


Aku pula mengambil peluang untuk mencuba Pod HD sikacang hitam ini disambung terus ke mixer. Sejak diperolehi beberapa bulan lepas baru ada peluang untuk dipandu-uji secara optimum. Sessi akan datang mungkin akan mencuba Fly Rig PL1 pula, atau bawa HT-5RH terus?


Juga memandu-uji Mr. Smith, selain tidak pernah dibawa jamming sejak diperolehi tahun lepas. Ia juga merupakan satu-satunya gitar aku dalam talaan E-standard ketika ini. Seperti dijangka, bunyi pikap humbucker agak tidak menepati citarasaku (X2N menanti), berbeza pula dengan kedua-dua bunyi pikap singlecoil yang agak ohsem.


Post-mortem
  1. Bilik ini kekurangan soket elektrik, hanya ada dua point berbanding kelengkapan yang bakal digunakan - PA system, power amp, amp gitar, multi-effects.
  2. Dengan bau yang kurang menyenangkan, berada di dalamnya untuk jangka masa yang lama amat meloyakan. Nasib baiklah aircon masih sejuk, tetapi tetap perlu diservis.
  3. Ia studio jenis peribadi, dan bukannya untuk komersil/sewaan.
Hujung minggu ini mungkin akan bergotong-royong membersihkannya sebelum ada sessi lagi...

_____
AADI: Buat masa ini lokasinya masih dirahsiakan, hahaha...

Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 16)




_____
AADI: Tua, bukan buruk.

Ada Apa Dengan Aizuddin Madani? (Part 2)


Dah lama tak cerita pasal anak buah aku si Aizuddin Madani ni. Sekarang sudah bergelar seorang pendidik. Dalam sibuk-sibuk mendidik anak bangsa, masih ada masa untuk merilis dua buah singles beberapa minggu lepas - DBMSP (14/06/2020) dan Bidadari (03/07/2020) - dan tak lama lagi EP bertajuk Kolaj.




Lagi nak dijadikan cerita, video muzik untuk DBMSP dirakam dan diedit oleh seorang lagi anak buah aku Zarul (anak abang sulung) yang juga seorang YouTuber Sabahan (Just Xarul). Dua orang sepupu ni memang rapat sejak kecil, umur pun lebih kurang sama lahir tahun 1995-1996.


Oh ya, ada lagi seorang anak buah aku yang ada bakat seni Afif Haziq (anak abang kedua) tapi dia ni lebih ke arah hip-hop dengan freestyle yang mantap...



"The Anthem" FREEVERSE 💯 Beat : @kriz_knight Lahir dengan minat di tempat kurang peminat, Banyak kali sasar, sasaranku tidak tepat, Cakap jujur saja walau lidah aku pelat, Darahku gemuruh, adrenalin pantas kilat, Hey, ini underground ! Buat apa nak ganggu ? Apa kamu tahu ? Ini apa kami mahu ! Budak mentah sober zombies, aku jadi Rick Grimes (TWD), Mari sini kasi tunjuk cara spit dalam rhymes, Issa perfect time untuk menyerlah, Tak kenal menyerah kerna masa depan cerah, Brah, hip hop klasik, layan macam rock kapak, Berani tampil skill walau still digelar haprak, Belum warak tapi baris ni cukup bagi insaf, Imma go hard so no need to play it soft, Ikatan saudara, solidariti sebati, Borneo Menace Movement, kekal di bawah satu panji, #hiphoppromore #borneomenacemovement #menacetosociety #membakutmenace #borneobrothaz #hiphopnusantara #myhhcode #borneorapper #hiphopmalaysia #boombap #bringbacktheculture #16barsfreeverse #sabahanhiphop #membakut #sabah #malaysia
A post shared by Afif Haziq Borhan (@afifhaziq_96) on

Walaupun genre mereka bukanlah citarasa aku, tapi tetap berbangga dengan seni dan usaha mereka. Pada umur 20an sudah ada material sendiri, tak macam aku dah 4-series pun masih terkial-kial dengan lirik, kah kah kah...

_____
AADI: I guess it runs in the family...

Kembalinya Francesco (Part 2)


Selepas diterima semula Francesco ini perlu diservis. Fizikalnya semasa diterima lebih kurang seperti ketika ia dilepaskan, terima kasih kepada tuannya sebelum ini kerana menjaga dengan baik.

Dah boleh padankan dengan strap #1512PG.
Hanya gigbag asal sahaja yang koyak di bahagian bawah kerana ia digalas ke sana-sini sambil menunggang motorsikal. Tak hairanlah jika beban tertumpu pada bucu bawah Warlock yang tajam (duh!~).


Fretboard ebony agak kotor, kering dan kusam, dicuci dengan menggunakan produk Jim Dunlop. Fretboard ebony ni taklah sekilat fretboard rosewood selepas dicuci.


Hampir kesemua tombol-tombol yang ada agak keras, mungkin tidak pernah dipulas terutama tombol 2-band EQ. Dipulas-pulas supaya kembali lembut (hah, teknik apa ni?). Pernah juga terfikir untuk menukar pikap yang ada kepada set EMG 40P5 + EMG 40J.


Set tali lama buat masa ini masih boleh digunakan walaupun berusia 2-3 tahun. Tali direkondisi, bridge dicuci buang karat, action direndahkan, kemudian diintonasi dan ditala pada B-standard. Cukup masa aku akan gantikan dengan set tali baru, mungkin akan memilih jenis tapered B.


Ok selepas diservis mengikut spesifikasi peribadi, ia sudah sedia untuk beraksi. Cuba perlu sedikit masa untuk membiasakan diri dengan faktor-faktor seperti dimensi, berat, tona dan playability keterbolehmainan bass ini.

_____
AADI: 4.9 kg wei!~

T-Shirt Virus


Ada virus baru melanda AADI, iron(maiden)inya *ada dan tiada kaitan dengan isu semasa... Teringat aku pernah buat entri pasal virus yang sama 10 tahun lepas.


Selepas menerima emel ini penghujung Februari lepas, dengan pantas (taklah pantas mana, selepas dua hari) aku terus pesan...
"As you know, due to popular demand our Iron Maiden 25th anniversary shows have been expanded into 2020 with another exciting run of festival performances. To mark this we have a new T-shirt in the 'Virus' theme with Blaze's head centred in place of Eddie!

Our thanks once again to Iron Maiden, Rod Smallwood and his team for approving our design. Our thanks also to designer Akirant Illustration for his fantastic work.

The back of the shirt will be a list of all anniversary shows confirmed for 2020 so far.

The new shirt is available to pre-order with immediate effect and it's estimated that shipping will begin on 10th March.
"
- Hype daripada emel.

Sebagai peminat kedua-dua Blaze Bayley dan Iron Maiden, aku mesti mendapatkan t-shirt ini yang katanya edisi terhad (cetakan tahun ini sahaja). Dipesan melalui website Blaze Bayley pada 24/02/2020, dipos pada 05/03/2020 dan hanya diterima beberapa hari lepas 30/06/2020 setelah hampir *empat bulan terkandas akibat isu semasa dan PKP.

Imej Wiki.
Imej yang diilhamkan daripada cover single Virus, imej kepala Eddy digantikan dengan kepala Blaze, agak parodi dan lucu (seperti t-shirt tahun lepas). Memesan saiz gergasi XXL bertag Gildan. Untuk perbandingan, saiz XXL Eropah lebih kurang saiz 4XL Asia.

Depan.
Imejnya pun kurang "ngeri" berbanding t-shirt tahun lepas, sesuai untuk t-shirt harian selain digayakan semasa gig atau persembahan awam.

Belakang.
Aku pasti hampir semua tarikh-tarikh di belakang t-shirt ini terpaksa ditunda atau dibatalkan atas sebab-sebab isu semasa tadi.

There's an evil virus that's threatening mankind
Not state of the art, a serious state of the mind
The muggers, the backstabbers, the two faced elite
A menace to society, a social disease


Untuk lagu Virus itu sendiri, ia dilayan ketika kemaruk album kompilasi Best Of The Beast (aku tak ada versi single) penghujung 90an.

Up the Blaze! \m/

_____
AADI: Watching beginnings of social decay.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (169) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (1) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (462) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger